Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Friday, July 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Iklan Yang Mencapai Standard Haram Jadah


Apa pasal la mengarut sangat tahap iklan kat akhbar sekarang neyh. Luorang perati tengok ... pakai model bertudung, ok le tu .. tapi siap statement ''ramai lelaki TERUJA melihat kehebatan PAYUDARA kami yang mantap lagi terserlah'' .. terserlah kepala abah dia.. awat bangsat sangat??

Samada sedar atau idak, iklan cam ni pon merupakan satu bentuk penghinaan kepada wanita dan aurat itu sendiri. Baghal ayam betul .. 

Saturday, July 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Satu Lagi Kartun Harian Metro Yang Sangat Biadab ..



Seorang Hafiz Al-Quran, juga merupakan Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! 

Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. 

Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

p/s : Mohon pihak editor akhbar menarik balik gambar dan mengakui kesilapan. Allahurabbi...

Sumber : Facebook

Monday, June 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

Realiti Media Di Malaysia - Lucu Tapi Benar



Beginilah gaya kebebasan media di Msia yg diilhamkan oleh Sdr Luq Kpg Baru :

"SITUASI SEBENAR : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian." 

HEADLINE AKHBAR :

Harian Metro : "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Buletin Utama : "Jangan politikkan isu nenek dilanggar beca."

Utusan Malaysia : "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah : "Kami tiada beca."

Obefiend : "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak : "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid : "Salah satu agenda Freemason dan Illuminati untuk menghapuskan bangsa melayu adalah dengan melanggar nenek-nenek melayu dengan beca."

Majlis Fatwa : "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Papagomo : "Kantoi! Azmin Ali bersubahat melanggar nenek UMNO dengan beca."

Ibrahim Ali : "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera : "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika : "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu : "Beca tak bayar tol dicari"

Sumber Facebook

Nota: Memandangkan ini hasil cetusan orang lain, wa tak berniat nak tokok tambah, walaupun terasa gak nak edit & masukkan beberapa nama lagi .. errr.. luorang kalo nak .. tambah sendiri la .. kah kah kah kah

Sunday, June 3, 2012

Weyh .. Luorang Sudah Goyang Ke ?? kah kah kah


Memang la betul PAS tak mampu bersendirian untuk ke Putrajaya
Siapa pulak yang pernah kata PAS pergi bersendirian ? Ameno ?
kah kah kah kah 

Ameno bersendirian ke selama ni ?
Kalau takde Sarawak & Sabah, jangan katakan ameno ..
gerombolan pon dah lama padam ..
kah kah kah kah kah

Kebelakangan ni ketara betul ameno-gerombolan nak lagakan Pakatan rakyat eh
Apsal ? Telo dah termasuk ke ? weyh ..

PAS pernah lead pembangkang di Parlimen ketika almarhum Ust Fadzil
PAS pernah lead Perak walaupun bukan majoriti ..
Ini realiti politik .. dan bukan cobaan ..dont play play

Sebab realiti di Malaysia, kita masih ada Yang Dipertuan Agong
Bila Perak jatuh ke tangan PR, Sultan menentukan siapa yang boleh jadi MB
Begitu juga tugas YDP Agong, jika PR dapat menumbangkan gerombolan nanti

Ini semua PAS maklum, DAP maklum dan PKR juga maklum
Yang tak faham cuma gerombolan ..
Hingga sanggup me'natang'kan Sultan bila Idris tak terpilih jadi MB
Yang diperkudakan yang wa nampak cuma ameno
Bagi kat Gerakan jadi ketua, walaupun ameno lebih autoriti di PP
kah kah kah kah kah 

Apa pun wa suka la bila ada perkataan 'kagum' dengan PAS
Cumanya ahli PAS tak termakan dengan 'kagum' tu
Sebab dah masak ngan cara gerombolan - ameno
Telunjuk lurus kelingking berkait .. a.k.a lidah biawak
kah kah kah kah kah

Nota: Himpunan hijau 'cuma dihadiri oleh 5 ribu orang' je .. apsal luorang takut ? kah kah kah kah

Friday, May 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

NST Dah Minta Maaf, Utusan Ngan Zahrain Bila Lagi ?

Malaysiakini

Akhirnya kau mengaku jugak ye Ali? (dialog dalam Ali Setan)..kah kah kah .. NST dalam keghairahan untuk membelasah Anwar kerana menjemput seorang pemerhati luar, Nicholas Xenophon untuk memantau Bersih 3.0, dengan tanpa perasaan bersalah dan malu (diowang ada ke perasaan tu semua?) telah dengan sesuka hatinya memutarbelit kenyataan Senator tersebut sebagai seorang yang Anti Islam..

Merujuk kepada pernyataan sebenar Nicholas Xenophon, apa yang diucapkan oleh beliau adalah perkataan Scientology dan telah disalah tafsirkan oleh wartawan NST sebagai perkataan Islam.. weyh .. agak agak la kalo nak salah tafsir pon. Scientology ngan Islam kan jauh dari segi huruf dan nahunya.. bau bau bacang pon tak de..  cisss

Apa apa pun NST dah minta maaf dan tarik balik artikel tersebut- walaupun wa amat sangsi dengan kesediaan NST untuk berbuat demikian - almaklum lah.. akhbar diowang kan berstatus elit, baham tanah lah kalo ngaku salah .. kah kah kah .. dan sekarang terpulang kepada Xenophon untuk meneruskan tindakan saman ataupun idak .. huh .. baru ada akai.

Klik Untuk Tumbesaran .. hehe

Tapi, mungkin dengan menyangka Xenophon tak reti bahasa melayu, Utusan buat pekak badak. Rilek je paparan laporan tu bertakhta dalam edisi online.. Nama penulis punya le cantik, tapi sayang jadi ejen penyebar fitnah.. kayu betul.. wa screenshot lagi satu 

Sumber <-- Klik selagi tawaran masih ada

Dalam masa yang sama, ada plak seekor katak yang tak sedar diri pon cuba untuk jadi champion dengan mainkan isu yang sama.



Katak ni sebenarnya dah terkeluar dari list untuk wa debik memandangkan otak dia kecik walopon kepala dia beso.. kah kah kah 


Commenting on the turn of events, Bayan Baru member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said this showed that Xenophon not only was very outspoken against Islam, but also defended the LGBT issue.

“Should we let someone like Xenophon influence our culture and moral values through politics? By confiding in Xenophon, is Anwar also supporting the LGBT movement?” he asked.

“I also challenge Pas’ ulama to question Anwar on why he sought Xenophon as a confidant, as clearly Xenophon stands against Islamic values.”

Tak menahan, ada hati siap cabar Ulama' PAS, adoih.. apa lah malang nasib dia ni, makin banyak dia bercakap, makin terserlah kekatakan kebodohan dia tanpa dapat disangkal sangkal lagi. 

Kalau Xenophon nak meneruskan saman pada NST, wa harap dia boleh borong Utusan ngan Zahrain sekali secara pukal, supaya jadi pengajaran pada lelain agar tak sesuka hati buat laporan tahap sampah gitu. Baru ngam .. yieehaaa

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top