Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts

Friday, August 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Manipulasi Indeks Jenayah - Penjelasan KDN Dan Pemandu Dituntut




Menteri Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala perlu tampil memberikan penjelasan mengenai manipulasi data jenayah sebagaimana yang didakwa oleh surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali. Surat beliau mendapat liputan meluas di media maya semalam.

Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.

Surat daripada "Sumun Osram" tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks. Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat. Klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan. Mengurangkan jumlah jenayah indeks akan menunjukkan kadar jenayah sebagai menurun.

'Jenayah Indeks' bermaksud jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan bagi dimengertikan sebagai jenayah indeks bagi kadar jenayah. 'Jenayah bukan Indeks' pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap yang membolehkannya dimasukkan dalam perangkaan jenayah atau sebagai kayu ukur kepada kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi Jenayah Indeks.

Mengikut surat "Sumun Osram", jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(a) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(b) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(c) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Surat tersebut mendakwa manipulasi klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks mencecah ke angka ribuan kes. Tentunya, menghilangkannya dari statistik jenayah akan menunjukkan kadar jenayah di negara ini menurun.

Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran.

* Kenyataan media oleh Sekretariat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 23hb Ogos 2012
Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR Kawasan Lembah Pantai,
Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen PAS Kawasan Kuala Krai,
Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kawasan Bukit Bendera


Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Luorang Bukan Rakyat Malaysia Kalau Tak Kenal Individu Dalam Foto Ni ..


weyh .. serius cakap .. muka ni la luorang usung tetiap hari dalam saku dan dompet.. takde muka ni .. maka tak berasap le dapur .. aih .. dah bunyi macam khurafat plak .. kah kah kah .. tapi itu lah kenyataannya .. kepala agung ni la yang buat wang kertas kita laku di pasaran.

So .. untuk edisi raya kali ni .. moh kita terjah siapakah insan yang wajahnya sangat 'mesra' dengan kehidupan kita ni..

===***===

Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.

Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960. Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata wang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

===***===

Kalo luorang telek matawang kita yang lama lama dulu (80-an), gambar kepala agung tu sangat mirip dengan foto yang disertakan kat atas berbanding wang kertas yang ada sekarang.. la ni dah macam rupa karikatur aje .. huhuhu

Friday, August 3, 2012

Lepas Tarik Balik Logo, Sekarang Lagu Pulak Belum Muktamad .. Gilak Dong Ah ~!!


Sangat dicurigai bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam pencarian idea, pencetus, penghasilan logo, penciptaan slogan, penggubahan lagu dan apa sahaja yang berkaitan dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini telah terkena sumpah ketulahan sehingga sikap mereka berubah menjadi ketidakketahuan tahap akut ... kah kah kah kah

Bermulanya dari isu slogan/tema Janji Ditepati yang telah menjadi bahan bualan dan pertikaian sehingga akhirnya membawa kepada penghasilan slogan baru bagi negeri negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dengan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". 

Kemudian isu logo yang bermati matian dipertahankan oleh menteri warisan (rujuk foto). Logo yang menjadi lelucon dan senda gurauan  atas ke'sofistikated'an rekabentuk yang dipercayai bersumberkan ilham dari planet zebbulun itu.. kah kah kah

Apa yang pasti, setelah bersusah payah untuk mempertahankan 'masterpiece' nya, akhirnya menteri warisan terseungkur jua apabila ia dibentes manja oleh PM yang mengarahkan agar logo bangang tersebut ditarik balik dari penyiaran. Maka dengan senyum simpul yang memang khas milik beliau, dihikayatkan pulak bahawa logo itu cuma selingan dan buat gurauan dikala sepi .. kah kah kah.. padahal dah berapa banyak duit hangus untuk promosi web, banner, bunting dan placard.. hadoih .. apa pon tak bleyh ..

Baca juga



Ter'latest ni plak, lagu 'Janji Ditepati' diumumkan sebagai blom muktamad .. Rujuk - Sinar Harian. Weyh .. apa punya turr.. kah kah kah

Lu cakap je la, Rais warisan suh lu kaver line. Dah berminggu  kecoh diperkatakan orang, dibedal, didebik, di 'dislike' sampai makkin shining dahi si Rais, baru sekarang lu muncul bagitau lagu tu blom muktamad ? hadoiyai .. 

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan."

A' ah ..  macam nak masuk juara lagu le plak siap ada peringkat peringkat sampai ke final ..  dah kena kutuk rapat kiri kanan, macam macam alasan plak yang nak direka cipta. Dah lah tak mengaku lagu ciplak, lirik plak tak langsung membawa makna, sekarang nak kata lagu ni ada makhluk hantu raya plak yang memandai upload sedangkan tak siap lagi .. apa bangsat punya spin .. kah kah kah kah

Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi. Mengenai proses awal penggubahan lagu 'Janji Ditepati', beliau menjelaskan bahawa mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk menghasilkan melodi berdasarkan lirik yang diberi.

Weyh .. Rais siap promote dalam twitter le dol .. macam macam lah luorang ni .. kalo semua tu free takpe .. ini berbayar .. dan kena ingat .. bukan duit mak bapak si menteri warisan .. apa punya turrrr ~!!

Selingan : Dengarkan juga labun menteri spinner di suatu ketika dulu .. hihihi -  Rais Yatim Sekadar Membenarkan Ucapan Beliau 22 Tahun Yang Lampau

Nota: Wa harap lagu ni terus dimuktamadkan sebagai lagu hari kebangsaan, disamping tidak lagi membuang duit dan masa rakyat Malaysia untuk menantikan hasilnya yang mungkin lebih kurang aje nanti,  ia nya juga bakal menjadi pemangkin kepada rasa meluat rakyat terbanyak pada kebejatan otak gerombolan .. kah kah kah

Wednesday, August 1, 2012

Siapa Yang Terpesong Dan Siapa Pula Yang Terpele'ot ?



Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema "Senegara, Sehati, Sejiwa" bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka itu. - Mkini.

====///====

Persoalan dia yang utama, siapa yang cuba memesongkan siapa ??
kah kah kah kah kah 

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang cuba memesongkan matlamat sambutan hari kemerdekaan dengan secara paksa memasukkan unsur unsur kepartian kedalam majlis yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang menggubah lirik pada lagu yang juga ternyata di ciplak dan mengakibatkan para pendengarnya terkena kejutan budaya dan dikhuatiri ada yang dah pun mengalami muntah hijau..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah pula yang mencipta logo hari kebangsaan yang jelasnya tidak membumi pada falsafah sambutan hari besar tersebut sehingga akhirnya logo itu menjadi lelucon dan senda gurau yang menjatuhkan airmuka si penciptanya sendiri ..

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu boleh mendatangkan bukti bahawa pihak yang dituduh telah pernah membelakangkan Hari Kemerdekaan sebelum ini??

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu pernah membandingkan slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" dengan "Janji Ditepati" disamping cuba untuk berlapang dada sambil memikirkan yang mana lebih layak untuk menterjemahkan semangat 1 Malaysia ??


Persoalan yang kedua, Bukankah beliau sendiri yang mencabar Pakatan Rakyat untuk membuat slogan sendiri kalau tak berpuas hati dengan slogan yang dicadangkan ??

Serentak dengan itu Rais menyindir dengan berkata parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong. - Agendadaily.

Namun bila Pakatan Rakyat dah sahut cabaran dan keluarkan slogan yang lebih mencerminkan wadah sambutan hari kebangsaan, ditambah lagi dengan segala hiruk pikuk yang melanda slogan/logo/lagu yang beliau sendiri cipta/paksakan untuk 31 Ogos, tiba tiba dia boleh kata jangan terpesong .. kah kah kah kah .. apa pon tak bleyh .. weyh .. bagi laa can rakyat nilai dulu sebagaimana yang lu cadangkan ..

Nota Tak Terpesong : Memang selama ni kerajaan negeri waima yang diperintah oleh ameno-bn menganjurkan sambutan diperingkat negeri masing masing jadi tak timbul soal sambutan berasingan kat sini. Cumanya negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat enggan menggunakan Tema yang berunsur kepartian dan lebih mengutamakan Tema yang mewakili semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan pegangan politik.

Nota Yang Langsung Tak Terpesong : Rais bukan anak yatim walaupun nama sahih beliau Rais bin Yatim .. kah kah kah kah

Friday, July 27, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Satu Suara Mewakili Kehendak Kebanyakan Rakyat Malaysia


Wa sokong kedua dua post komen akhbar ni walopon sebenarnya wa nak tonjolkan yang bawah (BR1M) tapi yang atas tu pon sangat relevan.

BN buat seolah olah rakyat Malaysia ni sangat bangsat sampai digambarkan meminta minta untuk meneruskan kehidupan padahal realitinya hanya untuk sumbangan rm500. Besar sangat ke rm500 tu dibandingkan dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dek kenaikan harga barang sana sini & kos sara yang hidup melambung. RM 500 tu bukan diberi setiap bulan bhai.. 2 kali pegi TESCO je dah setel.

Dah tu pulak .. yang digambarkan dalam iklan semuanya melayu .. apa indikasi yang nak ditunjukkan ?? huh ~!!

Saturday, July 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Masih Kah Kau Ingat ? Bank Yang Menjadi Perisai Bumiputera, Akhirnya Dikuburkan


Tinggal kenangan ...Bank milik bumiputera yang berjaya dinyahkan dari bumi Malaysia .. dari Bank Bumiputera jadi Bumiputera-Commerce, last last .. CIMB .. err wa tak tau akronim untuk apa .. huhuhu

Bank Bumiputera

  1. BBMB (Bank Bumiputera) telah diperbadankan pada tahun 1965 sejajar dengan hasrat kerajaan ketika itu untuk menyaksikan lebih banyak penyertaan dalam urusan ekonomi nasional oleh kaum bumiputera. 
  2. BBMB telah berkembang dengan pesat dan menjadi bank pilihan utama rakyat Malaysia diseluruh negara.  
  3. Pada tahun 1980, BBMB telah menjadi bank yang terbesar dari segi pemilikan aset
  4. Menjadi bank tempatan pertama yang mempunyai operasi cawangan diluar negara seperti di New York, London, Tokyo, Bahrain dan Hong Kong.
  5. Digabungkan dengan Bank Of Commerce pada tahun 1999 dan dijenamakan sebagai Bumiputera Commerce (BCB). 
  6. Bank Of Commerce (BOC) asalnya hanyalah sebuah bank persendirian yang bernama Bian Chiang Bank yang mula ditubuhkan di Kuching Sarawak yang kemudiannya pada tahun 1979 diambil alih oleh kumpulan syarikat yang dimiliki UMNO (yeah and the fishy story started..)
  7. Sebelum itu, 3 buah bank milik India, Indian Overseas Bank Ltd., Indian Bank Ltd., dan United Commercial Bank Ltd. telah digabungkan pada tahun 1972 menjadi United Asian Bank (UAB) dan bank ini juga telah diambil alih oleh BOC pada tahun 1991.
  8. Pada tahun 1974, Pertanian Baring Sanwa Multinasional Bhd (PBS) telah diwujudkan hasil usahasama Bank Pertanian, Baring Brothers dari UK, Sanwa Bank milik Jepun dan bank Multinasional UK. PBS telah dikawalselia oleh Baring Brothers dan PBS berfungsi sebagai penasihat korporat dan khidmat pinjaman.
  9. Pada tahun 1986, PBS telah ditukar nama kepada Commerce International Merchants Bankers (CIMB) berikutan sayap pelaburan BOC telah berjaya mengenepikan Bank Pertanian sebagai pemegang saham terbesar dalam PBS.
  10. Kesimpulannya, CIMB adalah satu badan yang telah mengambil alih Bian Chiang Bank, Ban Hin Lee Bank, Bank Lippo, Bank Niaga, Southern Bank Berhad, Indian Overseas Bank Ltd, Indian Bank Ltd. United Commercial Bank Ltd., Perdana Finance Berhad, Cempaka Finance Berhad dan sudah tentunya Bank Bumiputera Malaysia Berhad.


Nota Kepala Lutut :

  • Bian Chiang Bank adalah sebuah bank persendirian yang dimilik oleh Wee Keng Chiang sebelum dibeli oleh syarikat milik UMNO dan ditukarkan nama sebagai Bank Of Commerce.
  • Bank of Commerce kemudian telan banyak lagi bank termasuk BBMB dan kini dikenali sebagai CIMB
  • CIMB plak dikendalikan oleh siapa ? huhuhu .. 
  • Iklan BCB suatu masa dulu .. "Kenapa ? Tak percaya?"

Sunday, July 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Tema Janji Ditepati - Kemuncak Lawak Seram Oleh BN .. kah kah kah


Awak ni funny lah UMNO

Saya suka menonton komedi. Ini penting supaya saya tidak terlalu tertekan memikirkan segala macam masalah ekonomi yang saban hari menggasir usia dan sumber-sumber yang saya ada. Kalau ada gunung pun boleh runtuh. Tuntutan kewangan saban hari menjadikan apa sahaja pendapatan yang saya perolehi tidak begitu bernilai.

Jadi saya suka komedi. Kerana komedi buat saya ketawa dan lupa sebentar tentang penderitaan poket dan dompet yang semakin merekah gersang tanpa aliran wang yang baik. Tidak ada ubat yang lebih baik daripada ketawa. Err.. Okay, mungkin ada. Tapi itu bukan pokok pangkal cerita hari ini.

Komedi yang baik selalunya memerlukan lawak jenaka yang nampak bersahaja. Itu yang membuatkan siri Friends begitu berjaya di seluruh dunia. Jenaka yang diperankan oleh sekawan manusia yang berdepan masalah-masalah harian itu dilakukan dengan penuh bersahaja. Tidak nampak dibuat-buat.

Namun pastilah ada komedi yang lebih baik dan lebih berjaya daripada siri Friends, yang hanya bertahan untuk sepuluh musim.

Apabila kerajaan Malaysia kelmarin mengumumkan bahawa tema Hari Merdeka tahun ini ialah ‘Janji Ditepati’, hancurlah reputasi Friends sebagai siri komedi yang baik. Dirampas takhtanya itu oleh Barisan Nasional, yang sudah pun berbuat lawak jenaka sejak puluhan tahun lampau. Pastinya melampaui sepuluh musim Friends.

Jenaka United Malays National Organisation dengan slogan ‘Janji Ditepati’ ini ialah jenaka tahap tinggi. Tanpa perlu berhujah tentang ‘Hari Merdeka bukan bapak dia punya hari jadi’, kita sendiri boleh menilai bahawa 31 Ogos bukan Hari UMNO, biar pun kita akui bahawa memang kita merdeka 10 tahun lewat berbanding orang lain yang bergegas merdeka sebaik tamat perang dunia.

Jadi ‘Janji Ditepati’… Hurmmm. Bila yang dia janjikan duit buat ganti tayar teksi?

Tapi tak apa. Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Razak kerana berjaya  meningkatkan jumlah keterhutangan nasional sehingga begitu hampir ke paras yang dibenarkan undang-undang. Kita semua pastinya akan lebih besar hati kalau Najib Razak boleh keluarkan wang simpanannya sendiri untuk ditabur kepada semua orang, tetapi kita tahu itu tidak akan terjadi.

Tetapi betulkah bantuan ini benar-benar membantu? Atau sekadar dibuat supaya nampak macam sedang buat sesuatu? Maka mudah nanti mengikat leher mereka yang dibantu supaya kekal menyembah takzim kepada Barisan Nasional?

Tidak, saya tidak mempersoalkan nawaitu, saya pasti Barisan Nasional ikhlas dan punya hati yang suci murni untuk membantu meningkatkan beban hutang negara yang akan ditanggung oleh anak cucu kita nanti.


Kemudian apa? Nganga tunggu bantuan spesis lain pula? Dulu BR1M. Sekarang bagi duit tukar tayar, (walau pun masalah sebenarnya ialah hak permit teksi, tapi tak apalah, kita kan dipaksa bersyukur juga) dah jadi TR1Ma.

Lepas ini apa? BAg1 BAL1k kepada Bn1UMN0. 

Seperti yang dicatatkan oleh Anak Mami Di Perantauan - Sumber

Wednesday, June 27, 2012

Weyh Kali Ni Wa Bebetul Bangga Dengan Najib



Pedulilah apa luorang nak kata, nak bedal, nak libas atau nak rasa tak puas hati ngan kenyataan wa ni, tapi kali ni wa memang nak rasa kagum  dengan pencapaian yang telah diraih oleh PM Malaysia di peringkat antarabangsa.. Malah luorang pon sepatutnya turut berasa bangga dengan bangangnya .. kah kah kah 

Kalau sebelum ni, Najib dan kerajaan Malaysia (FLOM tak kira) perlu membayar amaun yang bukan sikit semata mata untuk diberikan publisiti yang menghiasi dada akhbar antarabangsa tapi kali ini dek kerana ketokohan Najib yang menonjol, scoop dan coverage tentang beliau kali ini diberikan secara ekslusif dan percuma. Good Najib, macam tu le sepatutnya .. biar wartawan cari pemimpin ..bukan pemimpin yang kena cari publisiti.. tak gitu ?

//=========================\\

Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. 
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail. 
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia. 
Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan. 
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan. 
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen. 
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. 
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". - Malaysia kini

\\========================//

Perghh ..bukan senang nak di samakan level dengan pemimpin dunia yang lain. Skang ni Najib dah boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Presiden Vladimir Putin .. think big - Russia tu bhai.. malah dah jadi sekufu denga penyandang yang pernah turut menduduki carta yang sama, iaitu Slobodan Milosevic -penjenayah yang membasahkan bumi Yugoslavia dengan darah orang Islam dan Hosni Mubarak - Diktator Mesir yang baru ditumbangkan.. errkkk ?? kah kah kah kah 

Pedulikanlah apa orang nak kata, sebab wartawan tu memang sengaja jeles kat Najib, janji Najib dah pon mencapai cita cita untuk mengharamjadahkan demokrasi sehingga diiktiraf diperingkat antrabangsa sehingga setaraf dengan pemimpin diktator yang lain.. hasrat terlaksana weyh ..Mahathir pon kalah..  kah kah kah 

Nota:

Wahai Chai Ameno.. bergembiralah atas populariti terbaru PM.. bersorak sorailah 3 hari 3 malam dan jangan lupa raikan dengan tarian joget lambak serta persembahan k-pop .. kah kah kah 

Wa harap Najib tidak kecewa kerana hanya berjaya menguasai kategori Demokrat Palsu .. walaupun mungkin sebenarnya Najib target untuk mengungguli kesemua kategori lebih lebih lagi egois gila dan kapitalis tanpa perasaan .. sabarlah Najib .. mungkin ada pencalonan anugerah dari kewartawanan lain pulak .. 

Rosmah mungkin kecewa kerana namanya yang mewakili FLOM tidak dicalonkan untuk mana mana kategori walaupun beliau lah sebenarnya perunding imej dan tulang belakang yang berusaha keras untuk pergerakan Najib. 

Nota kaki : Wa harap  Mark Mackinnon  akan wujudkan satu lagi kategori dalam label autokrat yang mungkin Najib boleh menang tanpa bertanding - Kategori Salah Faham Gender .. kah kah kah kah kah


Tuesday, June 26, 2012

Sad But True : Negara Yang Paling Ramai Menteri

Malaysia Boleh ~!!
Habih duit perbendaharaan nak bayo gaji menteri
Kalo ratio 1 = 1 .. setiap menteri ada 1 timbalan menteri
Ada plak kementerian yang lantik 2 timbalan
kalo efisien tak pe jugak
tapi kalau setakat penuhkan kuota
ngabihkan boreh je la ..

Fakta : Malaysia merupakan negara pertama mempunyai Menteri Wanita lain jantina .. kah kah kah kah

Monday, June 25, 2012

UMNO Dalam Kacau Bilau, Pemimpin Utama Kini Bimbang Kehilangan Kuasa Setelah Hegemoni 55 Tahun

Dewasa ini, setiap presiden atau perdana menteri berada dibawah penelitian yang tidak putus putus. Tiada aktiviti yang dilakukan melainkan orang awam akan mengetahui hampir setiap butiran terperinci. Apatahlagi, jadual tahunan mereka telah dirancang sedari awal.

Namun, kadangkala butiran yang dihebahkan hanyalah apa yang telah diarahkan kepada media - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu dan bukannya apa yang orang ramai perlu tahu.

Dan inilah yang menjadi asas kenapa media alternatif semakin mendapat tempat, kerana ia memberikan pandangan yang berbeza untuk sesuatu peristiwa yang sama dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan pemikiran mereka untuk menilai dan dan membuat pertimbangan.

Biarpun mengawal media, Najib gagal untuk meyakinkan rakyat

Setakat ini, terdapat banyak laporan berita dan  laporan bergambar tentang pelbagai acara politik yang disiarkan dalam media arus perdana, yang semuanya dikawal oleh kerajaan - sebab utama mengapa negara telah dilabel sebagai tidak mempunyai kebebasan media. Oleh sebab itu, segala pergerakan dan senario yang melibatkan semua pihak, termasuk dari parti pembangkang dan NGO telah diambil alih oleh media alternatif dimana terbitannya lebih dihargai berbanding MSM.

Pada masa ini, dengan PRU13 semakin hampir, liputan secara besar besaran telah diberikan kepada UMNO dan perdana menteri Najib Razak. Dan dari sekian banyak laporan, dapat dirumuskan bahawa gambaran keseluruhan di Malaysia adalah tidak menggalakkan dan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti, walaupun pelbagai berita yang kebanyakkannya hanya menunjukkan kebaikan disiarkan oleh media arus perdana. Kenapa walaupun mengawal saluran hebat seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio, Najib dan UMNO tetap terlihat korup dan tidak berkesan?

Memang tak dapat dinafikan bahawa media alternatif di Malaysia dan blog/laman pro-pembangkang memainkan peranan yang sangat efektif. Media alternatif yang dibiayai juga cenderung ke arah UMNO-BN tetapi masih memberikan ruang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyatnya. Media pro-pembangkang pula bergerak dengan bajet yang ketat malah lebih mudah dianggap tanpa bajet langsung. Tidak dapat disangkal, ianya sangat berkesan lantaran dari bakat individu dan keupayaan dalam melontar isu yang dapat menyesakkan nafas Najib dan BN sehingga menghilangkan kredibiliti mereka.

Gabungan tekanan dari media alternatif dan pro-pembangkang seringkali membuatkan Najib tersepit, malah sebenarnya, tekanan tersebut hampir atas semua isu yang dikeluarkan sejak Najib mula mengambil alih jawatan PM pada April 2009. Situasi ini telah menimbulan kesedaran awam bahawa tidak semua yang dicadangkan oleh Najib dan partinya UMNO adalah baik untuk negara.

Sudah lebih buruk dari Abdullah Badawi

Kenyataan dolak dalik Najib dalam begitu banyak situasi telah menimbulkan cakap cakap yang mengatakan beliau telah membuatkan Abdullah Badawi kelihatan seperti mempunyai pendirian yang lebih meyakinkan. Abdullah Badawi, PM yang terdahulu - yang digelar sebagai PM Kaki Tidur, untuk satu tempoh yang dilabel sebagai kurang memberangsangkan, dimana Najib mungkin telah mengatasinya dan ramai yang meramalkan ianya akan membawa satu ruang legasi berbanding Pak Lah.

Tiada satu pun yang Najib telah rancangkan dan laksanakan berada dalam landasan yang betul atau yang tidak berhenti separuh jalan. Selepas mengambil alih jawatan dari Pak Lah, kedudukan sosial, politik, keadaaan ekonomi termasuk undang undang dan perlaksanaannya semakin memburuk. Untuk ini, Najib perlu menerima tempelakan kerana telah membibitkan keraguan awam kepada intergriti kehakiman dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Pada lewat peringkat ini, untuk penggal pertama PM yang dilalui tanpa mengadakan sebuah PRU, beliau begitu gemar untuk bercakap tentang sokongan yang diraih. Walaupun, hasil kajian menunjukkan beliau merupakan seorang yang hanya popular dalam BN, cubalah masuk ke kedai kopi dan tanya orang sekeliling. Ramai orang akan menggelengkan kepala dan menyedari bahawa najib bukanlah orang yang memipin Malaysia keluar dari kemelut.

Dikalangan ahli UMNO, pertengkaran, pergaduhan dalaman, tikam belakang dan sabotaj menjadi semakin buruk terutama sekarang ini apabila Najib nampaknya telah memutuskan untuk menangguhkan PRU13 hanya setelah pemilihan parti diadakan. UMNO kian berantakan dan ia telah sampai ke satu tahap dimana ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Setiap pemimpin UMNO yang terkenal telah keluar dan membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam usaha menonjolkan diri untuk mencuri perhatian. Kumpulan ini, tidak ada yang mendapat jalan yang lebih mudah berbanding bekas PM, Mahathir Mohamad, yang sekarang ini dirujuk sebagai PM de facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib dikatakan akan hilang jawatan sebelum akhir tahun ini.

Pemimpin UMNO bertarung untuk diri sendiri

Sedangkan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Najib dalam beberapa isu seperti contoh, jadi Melayu dulu dan Malaysia kemudian (being a malay first and Malaysian second). Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tanpa ragu telah membuatkan Najib kelihatan seperti sang pengecut apabila tidak berani untuk menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka.

Atas inisiatifnya sendiri, Khairy telah menyahut untuk berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau telah melakukannya 2 kali - pertama kali di London dan kali kedua di KL atas isu PTPTN. Perbahasan ini membolehkan orang ramai untuk menilai wawasan dan kualiti kepimpinan pada para pendebat dan secara tidak langsung mereka mengalihkan pandangan kepada Najib dan mengapa beliau asyik berkata 'tidak' pada cabaran Anwar.

Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlecehkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 Untuk Pilihanraya Yang Adil, telah membuat kenyataan yang jelas membodohkan diri sendiri apabila megumumkan bahawa berdasarkan teknik yang digunakan oleh BBC, bilangan peserta hanya 22,741 orang sedangkan jumlah sebenar adalah sekitar 250, 000 orang.

Dan seseorang dari UMNO amat pasti telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan kehadiran sebanyak 100,000 orang di Majlis Sambutan 66 Tahun UMNO sedangkan jumlah yang sebenarnya kurang dari 50,000.

Klip Video yang ditunjukkan dalam saluran TV kerajaan yang menggambarkan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas telah dicemuh dan tidak dihiraukan oleh orang ramai yang lebih berminat untuk menyaksikan suasana kejadian tanpa suntingan yang mudah didapati dari Youtube, yang turut mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh polis secara berleluasa terhadap peserta yang terdiri dari orang awam.

Cyber troopers UMNO yang terkenal dengan peruntukan RM300, 000 sebulan pun turut senyap. Ulama UMNO juga turut menjadi bebal, diberatkan dengan beban untuk menampakkan UMNO kelihatan lebih Islamik namun dalam masa yang sama isu seks dan skandal rasuah pemimpinnya sangat berleluasa. Shafie Afdal tidak mampu untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak berbelanja jutaan ringgit untuk Zahidi Rafik.

Najib bukan hanya perlu menghadapi skandal bakal menantunya, Maira Nazarbayev (yang dikatakan telah mengambil secara tak sah sebuah kondominium mewah yang bernilai sekurang kurangnya USD20 juta milik bekas suaminya), malah turut dihantui dengan kemungkinan akan diseret ke mahkamah Perancis atas tuduhan rasuah berjumlah 114 juta euro / RM 570 juta ketika transaksi perjanjian membeli 2 buah kapal selam Scorpene dari DCNS, perkara yang pasti tidak dapat luput dari fikiran beliau.

Di seluruh negara dan juga negeri.

Ahmad Shabery yang menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru baru ini, membazirkan sekurang kurangnya RM20 juta duit pembayar cukai hanya untuk menciptakan satu gambaran palsu kepopularitian UMNO, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja tidak mendapat pujian, malah Shabery diterjah dengan persoalan rakyat Malaysia yang ingin tahu tindakan tidak bertanggungjawab beliau membelanjakan sejumlah RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-Pop (Kumpulan Korea) hanya untuk memastikan supaya mendapat sambutan dari belia untuk hadir ke majlis itu. Apabila perlumbaan drag race dicemari dengan insiden perlanggaran 17 orang penonton, Shabery telah melakukan kelakuan biasa burung unta - menyorokkan kepala dalam pasir.

Sementara Menteri Wilayah, Raja Nong Chik masih bertelagah dengan bekas Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Rafidah Aziz pula masih mencari peluang politik biarpun usianya telah memasuki awal 70an. Rafidah dilihat cuba untuk mengambil kesempatan atas aib yang menimpa Shahrizat berikutan isu rasuah RM250 juta NFC dengan meminta beliau untuk melepaskan jawatan, namun Shahrizat telah berjaya memujuk Najib untuk menyebelahi beliau.

Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat telah 'mempunyai' sesuatu untuk Najib dan adalah paling mungkin berkaitan dengan sebuah apartment di Kazakhstan yang berharga RM1.7 juta yang dikatakan dibeli sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.

Idris Jusoh, mantan MB Terengganu masih berusaha untuk mensabotaj Ahmad Said, MB Terengganu sekarang dan tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian setiapkali ada kesempatan. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang layak untuk menteri besar apabila Mohd Zin yang merupakan pengarah pilihanraya BN ditolak oleh ahli UMNO Selangor.

Sepupu Najib sendiri, Hishamuddin Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut merasakan tidak yakin untuk bertanding di Semberong dimana peluang untuk dikalahkan adalah amat besar.

Ghani Othman, Menteri Besar Johor, telah memegang jawatan tersebut sejak sekian lama dan beberapa pimpinan UMNO Johor kini mencari peluang untuk menjatuhkannya, menunjukkan perbalahan dalaman parti kian memuncak di negeri ini.

Di Perak, MB yang tidak popular, Zambri Kadir tidak dapat untuk memberikan jaminan bahawa Perak akan kekal dibawah BN selepas PRU13 nanti. Jika berbuat demikian, beliau hanya akan mendapat sindiran dan cemuhan.

Sarawak pula berada dibawah kawalan Ketua Menteri Taib Mahmud sepenuhnya dan Najib tidak dapat berbuat apa apa lansgung untuk mengawalnya. Sebalinya, Najiblah yang memerlukan pertolongan dari Taib, Sementara di Sabah, Pakatan Rakyat telah membuat jalinan secara rahsia sehingga PRU13 diumumkan kerana bimbang BN akan menggunakan kuasa wang untuk memporak perandakan hubungan mereka dengan ahli politik tempatan.

Mahathir sedang membina kes keganasan?

Mahathir juga sekarang aktif menuding jari. Beliau mengatakan UMNO menjadi lemah sekarang disebabkan oleh Abdullah Badawi. Tapi itu mungkin disebabkan sikap prejudis beliau terhadap Abdullah Badawi dan sebaliknya melindungi Najib yang beliau rasakan menjaga kepentingan beliau dengan baik.

Berdasarkan senario yang disebutkan diatas serta banyak lagi yang memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk disebutkan, peluang untuk BN memenangi PRU13 telah menurun dengan drastik biarpun para penganalisis pro-UMNO bertegas mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan 137 kerusi Parlimen.

Malah, faktanya menjadi semakin jelas UMNO-BN mungkin dikalahkan. Bekas MB Selangor yang diaibkan, Khir Toyo berasa yakin bahawa Selangor, P. Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan dikuasai oleh Pakatan dan tanpa mengambil kira ada beberapa negeri lain juga bakal jatuh ketangan Pakatan.

Mahathir separuh benar apabila mengatakan BN akan kehilangan 5 negeri dan melihat berlaku pengurangan majoriti BUKAN kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN lemah. Tapi setelah 4 tahun, orang ramai sendiri dapat menyaksikan sendiri betapa Pakatan telah menjadi bertambah kuat sementara BN menjadi semakin tidak bermaya.

Disebabkan itu, kedua dua Mahathir dan Najib telah mengancam akan berlaku keganasan apabila berlaku pertukaran kerajaan. Pada dasarnya, UMNO tidak mempunyai perancangan sendiri untuk terus berkuasa.

Setakat ini, ia telah menyerahkan segalanya kepada SPR dan polis untuk memainkan peranan dalam memberikan keputusan yang dikehendaki tetapi kemudian diberikan maklumbalas yang tidak terjangka dengan Demontrasi Bersih 3.0 oleh rakyat Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Penjawat awam termasuk juga polis tidak lagi berminat untuk melakukan penipuan demi mengekalkan kuasa UMNO-BN. Tiada siapa yang ingin dipersalahkan atau didapati berbohong apabila bencana untuk UMNO-BN menjadi semakin jelas dari hari hari.

Sudah tentu UMNO akan tetap menipu dan menjadikan PRU13 sebagai yang terkotor dalam sejarah. Tapi itu juga tidak dapat menjamin kejayaan UMNO-BN, maka itulah sebabnya, Najib masih berteka teki dengan tarikh sebenar PRU13.

Mendepani hakikat kekalahan dan mencari jalan keluar.

Jadi, UMNO perlu menghadapi kemungkinan dikalahkan. Adalah menjadi beban tambahan untuk pimpinan UMNO merangka strategi jalan keluar, tetapi mereka telah melakukannya. Perkara pertama yang mereka lakukan, sudah tentu, WANG TUNAI. Cerdik pandai telah mengesan keanehan urusniaga yang diserahkan kepada Syed Mokhtar, kroni bilionaire yang dipercayai telah dianugerahkan projek penswastaan aset kerajaan pada diskaun yang luarbiasa, dipercayai dengan cara itu, beliau dapat menyimpan kewangan bagi pihak mereka.

Sementelah UMNO telah mempunyai pengalaman dalam kejadian rusuhan kaum 13 Mei, adalah tidak mustahil yang mereka akan menggunakan cara yang sama untuk kekal berkuasa. Tetapi, orang ramai telah cukup celik untuk membaca permainan UMNO yang lapuk itu.

Perlu diingat. Kejadian seperti Mei 13 adalah risiko terbesar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkan tapi Najib sebagai PM yang perlu mengambil tanggungjawab sekiranya ia berlaku diluar kawalan. Sudah pasti, beliau akan memusnahkan legasinya sendiri berserta nama baik keluarganya jika beliau berhasrat untuk menggunakan rampasan sebagaimana yang berlaku dalam krisis negeri Perak.

Rakyat Malaysia telah membuktikan menerusi Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak boleh diperlecehkan dan akan bangun dimuka rejim BN jika ia cuba untuk melampaui batas.

Hakikatnya, rakyatlah secara lembut akan meminta UMNO-BN meninggalkan Putrajaya. Tanda tandanya dah banyak kelihatan dan UMNO belajar dari cara yang sukar bahawa inilah kenyataan yang mereka perlu hormati. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menanam semangat untuk berubah dan mengundi Pakatan.

Akhirnya, Najib dan UMNO perlu menyalahkan diri sendiri. Semuanya dalam tangan mereka untuk menentukan tindakan mana yang mereka perlu ambil, tapi peluangnya jika mereka kembali pada pertimbangan, tinggalkan Mahathir yang menganjurkan idea keganasan hanya untuk mempertahankan diri dan kekayaan keluarganya yang melimpah ruah, dan serahkan kekuasaan dalam suasana aman.




Nota : Terjemahan Bebas dari karya asal : Umno in disarray, top leaders fear losing power after 55-yrs of hegemony - Malaysian Chronicle

Sunday, June 24, 2012

Syarikat Kroni Bakal Cetus Krisis Kewangan Negara?

Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?

Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.

Apa pula ‘helah’ kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai “memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?”

Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada ‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.

“Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?

“Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad,” soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.

Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.

“Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi,” ujarnya.

Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus

Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.

Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.

“Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda,” tambah beliau.

Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.

“Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.

“Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation,” katanya

Persoalan yang terjawab

Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.

Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.

Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.

“Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..

“Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.

“Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya.

Mengkhianati wang pembayar cukai

Isu melibatkan ‘subsidi’ sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.

Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.

Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.

Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com

Friday, June 22, 2012

Apakah Persamaan Diantara 2 Orang Manusia Neyh ??



Weyh .. 2 orang makhluk Allah kat atas ni ada banyak perbezaan, tapi tu bukan perkara tu yang wa nak cerita. Tapi kalau luorang nak tau, diowang ni ada kongsi satu persamaan .. 

Apadia ?? Kedua duanya naik bukan melalui pilihanraya .. dedua pakai pintu belakang.. kah kah kah kah 

Cuma Musharraf rampas kerajaan pakai tentera, tapi Najib gulingkan Pak Lah pakai Mahathir .. kah kah kah kah

Nota : Musharraf dah rebah .. Najib?? Lu pikir laa sendereyyyy

Tuesday, June 19, 2012

Najib Wajib Bersuara Segera .. Banyak Isu Tak Terjawab Neyh ..

Bercakap benar bukan sahaja tuntutan agama malah terhadap pemimpin negara khususnya apabila menyentuh perihal keselamatan dan kedaulatan negara.

Mutakhir ini, tiga isu utama menggamit fikiran ramai, iaitu perihal penjualan rahsia kerajaan melibatkan kapal selam Scorpene; keupayaan sistem kawalan ruang udara yang dipersoalkan; dan keganasan politik yang masih belum dapat kecaman jelas pimpinan atasan.

Peluang Perdana Menteri (PM) untuk bersuara dengan membuat kenyataan rasmi menjawab ketiga tiga isu ini masih belum diambil.

Usul tergempar Parlimen untuk membahaskan pendedahan penjualan rahsia sulit pertahanan negara  mengenai kapal selam Scorpene ditolak bulat-bulat Speaker Dewan Rakyat.

Saranan agar sistem kawalan ruang udara yang baru dipasang untuk diaudit pertubuhan udara antarabangsa juga tidak diendahkan.

Malahan, walau jelas kontrak RM280.6 juta dianugerahkan secara tender terus kepada keluarga bekas  Menteri, penjelasan lanjut kebolehan syarikat tidak diberi.

Rungutan pegawai trafik udara berserta senarai kecacatan sistem tidak terjawab. Panggilan untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk politik samseng sebagaimana Malam Berdarah Lembah Pantai, 24 Mei lalu dan meminta Suhakam menyiasat beberapa kejadian ganas juga diketepikan.

Sudah tiba masanya, PM mempamerkan kepimpinan, keikhlasan dan tanggungjawab walaupun gagal menjamin pilihan raya yang bebas dan adil, sering berdolak-dalik dan menarik balik dasar dengan mudah.

Contohnya, penarikan Skim Baru Perkhidmatan Awam, cubaan pembekuan dana PTPTN untuk Selangor, pembubaran usaha sama Mas-AirAsia dan pengurusan ekonomi yang lemah - menjadi lumrah dan penanda aras identiti kerajaan BN pimpinan beliau.

Sehubungan dengan itu, PM mesti berani melakukan reformasi yang menjamin pentadbiran kerajaan agar lebih telus dan amanah berdasarkan prinsip timbang-tara dan pemisahan kuasa melalui reformasi Parlimen yang menyeluruh.

Reformasi Parlimen iaitu membenarkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen dalam pentadbiran utama kerajaan seperti Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pertahanan, Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Perhubungan Luar Negara  dan Pembelian Aset Negara yang dapat mengelakkan salah guna kuasa, unsur rasuah dan pembaziran.

Ia memastikan segala dasar penuhi prinsip yang mengutamakan kepentingan rakyat. Bayangkan, kerajaan mahukan tambahan belanjawan sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini; membeli peralatan perang melebihi RM12 bilion; dan  RM12 bilion untuk membayar PKFZ.

Kemahuan kerajaan yang pelbagai terlaksana jua tanpa perlu merujuk kepada sebarang Jawatankuasa di Parlimen dan apabila ada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) - itu pun belum bersidang setelah tiga bulan yang lalu - membuktikan reformasi Parlimen sangat diperlukan.

Kuasa rakyat melalui Parlimen untuk menyemak dan meluluskan sebarang perjanjian antarabangsa sudah tentu dapat mengelakkan kehilangan kedaulatan negara seperti dalam urusan sempadan Pulau Batu Putih (dengan Singapura),  Blok L dan M (dengan Brunei) dan perjanjian perdagangan bebas Malaysia-Australia (Mafta) melibatkan isu Lynas dan sisa toksik.

Sesi soal jawab mingguan secara terus kepada PM dengan Parlimen dapat memberikan peluang beliau memberikan penjelasan isu seperti perincian perbelanjaan RM2 juta untuk lawatan sambil menghadiri majlis pertunangan anak  PM ke Kazakhstan dan yang terbaru perbelanjaan RM3 juta untuk lawatan kerja ke kota New York dan Washington DC sambil menghadiri program peribadi; dan juga penjelasan kenapa lawatan ke Milan dan Dubai selama empat hari  pada waktu yang sama tidak didedahkan dalam jawapan rasmi di parlimen.

Reformasi Parlimen mungkin akan menjamin soalan saya agar kerajaan menyenaraikan nama ahli keluarga menteri dan timbalan menteri kabinet yang memperoleh projek tertutup atau melalui tender yang melebihi RM5 juta dari  2000-2011 tidak ditolak mudah Speaker Dewan.

Reformasi Parlimen turut menentukan bahawa Parlimen tidak menjadi Rubber Stamp di mana lapan rang undang-undang disegerakan dalam satu hari tanpa penelitian, pembahasan dan keputusan untuk memenuhi mandat diberikan  rakyat.

Diharap beliau mencerahkan keadaan, bukannya seperti jerebu teruk yang sekali lagi melanda negara sebagai peringatan tahunan akan kegagalan diplomasi PM menuntut negara jiran menghalang kebakaran yang ramai berpendapat  melibatkan syarikat perladangan negara yang nampaknya tidak mahu mendengar nasihat apa lagi arahan PM yang tumpul pengaruhnya.

Akhir sekali, semua ini wajib dibuat PM yang sepatutnya jangan segan bersuara sekiranya beliau benar-benar PM kepada rakyat Malaysia dan bukan untuk keluarga dan kroni sahaja.

Mungkin inilah kepimpinan silence is golden yang mahu diterapkan di dalam kerajaan. Apa kata Najib? Shhhhhhh, diam. 

- Nurul Izzah Anwar



Friday, June 15, 2012

Jabatan Imigresen Pon Nak Buat Lawak Jugaaaaakkkk

Malaysiakini

Rujuk 2 catatan berkaitan


Memang le secara verbal si peguam tu tak jejak pon kat KLIA, sebab visa dia tak diluluskan. Isunya sekarang, VISA BELIAU TAK DILULUSKAN a.k.a TAK DIBENARKAN MASUK MALAYSIA.. ada faham ke bengong?

La ni gi pakat buat cerita nak cek data kemasukan pada hari kejadian.. perghhh .. dah tahap jahanam dia punya jawapan. Peguam tu bukan hilang akal macam pegawai pegawai kat Malaysia yang asyik nak spin isu macam debudak tadika.. dah tak diberi visa .. pejadah apa dia nak masuk pada hari tu .. buang duit kapal terbang aje .. that's why dia terus ke Bangkok.

Muak betul tengok keletah dan perangai manusia manusia yang berjawatan ni. Dah macam setakat main polis sentri... hadoih ..

Nota : Woi imigresen, dulu pon lu dah  buat lawak seram bila dengan sesuka hatinya kata takde rekod kemasukan Altantuya .. padahal badannya dah berkecai pon kena C4. Skang ni lu nak  buat lawak sedih plak .. udah udah lah lawak gini .. tak seronok mana pon mendengonya.. 

Sunday, May 27, 2012

Weyh .. Wassatiyah Nya Perhimpunan Belia - Penuh Dengan Pengisian Rohani


Haramjadah apa ni. Mesej pengisian rohani dengan konsert 500 artis ? Bangang apakah yang melanda seluruh Kerajaan Malaysia? 

Mana jawatankuasa fatwa ?
Mana Imam Muda ?
Mana Mohd Razi Othman ?
Mana Jamil Khir ?
Mana Zul Kulim?
Mana Hassan Akidah ?

Apa yang dah masuk dalam kepala luorang ni weyh ? Apsal bangsat sangat ? Sampai ketahap jijik gini pon, luorang pilih untuk berdiam diri. Celaru sungguh la autoriti agama yang ada kat tanah melayu. Me'layu' sungguh.


Ni .. terselak tersiat sampai nampak seluar kecik.. pengisian rohani kepala hotak luorang. Nganga la sampai mati weyh.. ampulah sampai ke kubur.. jual lah agama sekehendak luorang .. TAPI INGAT ~!! Allah Maha Mengetahui.

Last but not least .. wa attach video Ustaz Nazmi Karim. 


Nota: Rosak belia negara kerana pemimpin haramjadah.

Saturday, May 19, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lawak Bergambar : Dasar Dasar Kerajaan


Nota : Tafsir dasar ke laut ikut perspektif sendiri

Nota : Memandangkan Scorpene tak boleh menyelam, maka dengan ini KPI bagi Dasar Kelaut tersebut FAIL secara mutlak .. kah kah kah kah

Monday, May 14, 2012

Pendidikan : Kenyataan Flip Flop TPM Yang Merangkap Menteri Pelajaran



Memula pada 2 April Muhyiddin kata generasi muda di negara kita mendapat pendidikan yang lebih baik dari US, Britain dan Jerman. Rujuk Entri Berkaitan 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara. 

Laporan ini yang pasti akan membuatkan debudak pelajar berasa kembang kempis dan berjalan seperti diawang awangan. Kualiti sistem pembelajaran yang lebih baik dari negara maju, perghh .. jangan memain. Sesilap berduyun duyun anak mat saleh berminat nak mendaftar belajar kat Malaysia demi rasa kagum nya pada taraf pendidikan Malaysia.. 

Tapi malangnya, rasa nak eksen para pelajar tak dapat bertahan lama. Terkelendat setengah jalan, sebab sebulan je lepas tu, pada  12 Mei, kenyataan ni plak keluar dari mulut yang sama ..

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan meletakkan sasaran realistik bagi membangunkan sistem pendidikan negara setaraf atau lebih baik daripada negara maju dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha untuk mencapai tahap sistem pendidikan setaraf negara maju bukan satu perkara yang mudah dan perubahan dalam pembangunan sistem pendidikan negara tidak boleh dilakukan terlalu drastik. Rujuk Laporan Penuh 

Weyh .. mana aci gini, gelembong aje kerjanya. Kalau dah tahu bukan perkara yang mudah untuk setaraf dengan negara maju apsal hari tu terover konfiden kata lebih baik dari US, Britain & Jerman? 

Mana satu yang makcik Felda kena percaya? Mana satu yang para pelajar kena pegang ? Sebab kalau nak suruh diowang percaya laporan April, laporan Mei kata susah nak capai tahap setaraf. Nak percaya cerita Mei, cerita April kata dah lebih maju plak ..adoih pening .. jangan sampai makcik Felda minum roundup sudah ..kah kah kah kah

Pada para pelajar, tak sempat pon nak berangan ngorat student mat saleh, sebab si Sembab tu kata mungkin 10 tahun ke 15 tahun lagi baru nak sama level.. bila kita dah sampai ke sana, rerupanya kita dah tertingal lagi 25 tahun sebab diowang pon takkan nak duduk kat takuk sekarang je ..mesti nak tingkatkan gak kualiti pendidikan diorang.. tak terkejor yeop.. kah kah kah kah

Nota : Kalau Al-Quran, ada ayat nasikh mansukh .. tapi dalam kamus kerajaan yang diterajui BN, cuma ada ayat asyikk masyhukkk~!!

TAGGED UNDER: ,

Artikel : Bezanya Parti Politik Dan Kerajaan



Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian daripada masyarakat hari ini tidak kira sama ada dari kelompok pelajar, professional hatta orang terpelajar — masing-masing masih belum jelas dengan perbezaan antara kerajaan dan parti politik.

Bukan sekadar kabur dengan perbezaan antara parti politik dan kerajaan bahkan kebanyakkan juga kurang jelas dengan pengertian apa itu kerajaan dan apakah pula parti politik?

Lantaran itu, tidak hairanlah seandainya ada polisi kerajaan yang dikritik, kata-kata sinikal seperti tidak mengenang budi mudah saja ditunding oleh sesetengah golongan ini. 

Pada hakikatnya, kata-kata itu secara dasarnya merupakan satu tuduhan yang tidak berasas ekoran dari kedangkalan dalam memaklumi dan membezakan definisi sebenar kerajaan dan parti politik.

Secara dasarnya, parti politik adalah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama membina kepentingan Negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif manakala menurut Peter B. Harris parti ialah satu kumpulan yang tersusun yang berusaha untuk menguasai kedudukan personel dan dasar sesuatu kerajaan.



Contoh ini dapat dilihat dengan kewujudan parti politik seperti Barisan Nasional, PAS , Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain yang wujud atas kepentingan parti dalam membawa dan menyuarakan hak rakyat.

Penyertaan parti politik ini di dalam pilihan raya umum seterusnya membolehkan parti politik tersebut membentuk sesebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yang mana pada dasarnya telah dipersetujui oleh kelompok masyarakat melalui undian pilihan raya.

Justeru itu, tidak kira parti mana pun yang memerintah, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yang sama. Kemenangan yang diperoleh dalam pilihanraya umum adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk memerintah.

Antara fungsi utama sesebuah kerajaan adalah menyediakan barangan dan perkhidmatan awam untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, seperti infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam dan kemudahan awam yang lain. Perlu ditekankan di sini, bahawa ini adalah satu kemestian atau kewajipan bagi kerajaan untuk menyediakan setiap prasarana yang kondusif kepada masyarakat awam.

Seharusnya, papan-papan tanda seperti “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” tidak seharusnya wujud. Yang perlu wujud adalah “Satu lagi projek kerajaan persekutuan” atau “satu lagi projek kerajaan negeri”.

Hakikatnya, kerajaan itu wujud dan berdiri atas kemenangan parti. Justeru parti apa pun yang menang, itu adalah kerajaan yang bakal memerintah. Jadi apa perlunya menekankan projek yang didirikan itu berlandaskan parti? Setiap dana yang dikeluarkan untuk projek tersebut adalah daripada rakyat dan dikembalikan kepada rakyat, cuma sekadar di realisasikan oleh kerajaan yang memerintah untuk kemudahan rakyat.

Dewasa ini, dapat dilihat ramai antara golongan mahasiswa yang sudah mula membuka mata dan sudah berani untuk mengkritik polisi kerajaan yang dirasakan tidak betul dan tidak menguntungkan masyarakat awam. Tindakan golongan mahasiswa ini adalah atas dasar kepentingan rakyat dan bukan atas isu politik semata-mata.

Namun golongan ini, kerap kali dikecam oleh penyokong-penyokong parti politik. Mereka menuduh bahawa mahasiswa tidak besyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan. Kencaman tidak mengenang budi sudah menjadi lumrah yang ditunding kepada pelajar IPTA atas alasan tidak menghargai subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka dari pendidikan rendah sejak pendidikan tinggi.

Hakikatnya, subsidi adalah tanggungjawab kerajaan, justeru mengapa pelajar harus dikecam seandainya mereka menyuarakan pendapat tentang polisi kerajaan yang dilihat tidak berasas atau tidak membawa keuntungan kepada rakyat. Lantaran setiap dana yang dikeluarkan itu harus diambil kira secara mendalam tentang kepentingannya untuk jangka masa panjang kepada masyarakat.

Apa perlu diungkit sama ada mahasiswa itu perlu mengenang budi atau tidak? Soal itu sebenarnya tidak pernah timbul! Hakikatnya itu adalah sudah menjadi satu kewajipan kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut kepada masyarakat awam.

Lantaran itu, keperihatinan mahasiswa dalam mengkritik polisi kerajaan sama sekali tidak harus dipersoalkan. Hal ini kerana sama ada barisan nasional mahupun pakatan rakyat, masing-masing harus bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan yang sama.

Apakah golongan terpelajar sekadar perlu duduk dan melihat apa saja yang dilakukan dan menerimanya seadanya tanpa memberikan sebarang teguran seandainya ada kekhilafan yang terbentang di depan mata?

Kelompok masyarakat seperti inilah yang menyumbang kepada kelompok masyarakat tipikal yang mudah berpuas hati apabila diberikan sedikit ganjaran. Inilah juga yang menyumbang kepada kelompok masyarakat yang tidak kisah jikapun wakil rakyat mereka tidak turun padang dan memantau kebajikan masyarakat yang telah mereka wakilkan di dalam pentadbiran kerajaan. Cukup sekadar wakil rakyat tersebut turun sewaktu hari berkempen dan memberikan sedikit saguhati sepanjang hari berkempen.

Perkara ini seharusnya dibanteras dengan lebih cepat. Bagi mendapatkan satu kerajaan kebajikan yang mementingkan kebajikan masyarakat lebih daripada kepentingan individu. Untuk tujuan itu, maka seharusnya masyarakat kita harus mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima kritikan membina dari setiap pihak untuk kemaslahatan bersama.



Rakyat pula harus bijak dalam membezakan antara tanggungjawab kerajaan dengan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh parti politik bagi memastikan keputusan yang dibuat sewaktu menentukan kuasa kepimpinan Negara adalah yang terbaik di masa akan datang.

Nota:  Artikel Dari Sumber

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top