Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tuan Guru Haron Din Perjelas Kejahilan Che' Det




SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Wednesday, August 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pemuda PAS Kelantan Pinta Semalam Tapi Sebenarnya TGNA Dah Suruh 3 Tahun Lepas


Semalam Dewan Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan, menggesa mantan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa untuk melepaskan kerusi Parlimen Bachok sekiranya beliau tidak lagi berminat untuk berada dalam perjuangan PAS. Sila rujuk -> Harakahdaily .. untuk berita penuh.

Sebelum ni, dalam entri wa bulan mei hari tu pon dah tercetus khabar yang tidak enak didengar tentang beliau apabila tiada seorang pemimpin PAS pon yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya berbanding kehadiran dari pihak ameno-bn. Masa tu memang pelik sangat dah .. takkan tak dijemput .. kalau dijemput pulak takkan seorang pon tak hadir ? ermm .. something fishy huh~!!? - Rujuk Biarlah Foto Berbicara Sendiri

Tapi dalam pada semua tu .. ada satu yang wa terlepas pandang. Rupanya Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS telah membuat gesaan keatas individu yang sama jauh lebih awal .. iaitu pada tahun 2009. Apakah TGNA sudah dapat membaca bahawa semua ini bakal dan pasti terjadi ?? Malah TGNA sudah memberi label yang akhirnya semakin jelas sekarang iaitu Boneka Umno ..


Berita Penuh :


KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



Wednesday, July 25, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mereka Istiqamah Dalam Perjuangan Menegakkan Islam Di Malaysia .. Kita Bagaimana ??


 Ustaz Ismail Kamus



Professor Dato' Dr Haron DIn



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mereka memperjuangkan agama sejak sekian lama. Mereka menginfakkan masa muda mereka dan terus istiqamah dalam usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia sehingga mereka dipanjat usia. Apa lagi tuduhan yang hendak dilemparkan pada susuk susuk ini ?

Tidak terfikirkah luorang bahawa mereka boleh memilih jalan mudah dengan hanya mengikut telunjuk ameno-bn. Katakan ya, pasti mereka akan dilimpahi dengan segala pangkat dan jawatan. Tapi kenapa mereka memilih jalan yang sebaliknya? Apakah mereka ini bersekongkol untuk menipu rakyat Malaysia? Sudah tentu akal yang sihat tidak akan membenarkannya .. terlintas sahaja tidak.

Semoga mereka terus dilimpahi kurnia Allah dalam tugas dan dakwah Islamiyyah di negara kita. InsyaAllah.

Sunday, July 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Alah Bisa Tegal Biasa : TG Haji Hadi Sekali Lagi Membuktikannya


Bak kata pepatah "Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya" begitulah perkara yang timbul dalam fikiran wa apabila melihatkan foto diatas dimana TG Hadi Awang bersama delegasi pemuda Palestin ketika menjamu selera.

Teringat wa akan kisah kisah para sahabat sahabat terkemuka yang menjadi pemimpin atau panglima Islam suatu ketika dahulu apabila penampilan mereka tidak dapat dibezakan antara mereka dengan orang awam apatahlagi Saidina Umar Al Khattab yang terkenal dengan zuhudnya.

Nota Foto: Tidak perlu protokol, majlis yang gilang gemilang dan pakaian yang gemerlapan kerana mereka mereka ini sudah terbiasa dengan hidup serba sederhana lebih lebih lagi para pemuda Palestin yang sudah lali dengan kepayahan. Takbir~!!

Kredit Foto : Facebook

Friday, June 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Dialog Antara TGNA Dan Lim Kit Siang??



TOK GURU NIK AZIZ : Tak menjadi satu kesalahan kita cintakan negara. Cintakan negara itu sebahagian dari ajaran Islam. Tak ada bezanya Cina-Islam, Melayu-Islam atau India-Islam, yang penting mereka amalkan Islam sebenarnya. Islam ertinya kedamaian dan kemakmuran. Islam adalah agama Universal, agama yang non-violence. Jika orang Arab Jahiliyah yang kejam, jahat dan zalim, yang sanggup tanam anak perempuan mereka hidup-hidup, boleh berubah menjadi masyarakat bertamadun bila menerima Islam sebagai cara hidup, kenapa orang Melayu yang terkenal dengan adab sopan, lemah lembut berbudi pekerti mulia dan berakhlak boleh berubah menjadi masyarakat yang tidak bermoral, kejam dan zalim sehingga ada yang sanggup buang anak, buang emak bapak? Silapnya kerena mereka pisahkan agama dengan politik dan kehidupan.

LIM KIT SIANG : Kalau itu macam bolehkah Tok Guru berdakwah dengan masyarakat bukan Islam supaya mereka boleh menerima "Islamic Malaysia" bukan "Malaysia Malaysia"

TOK GURU NIK AZIZ : Baca ini buku. Mudah-mudahan ia dapat membuka minda anda tentang Dilema Islam dan apa itu sebenarnya "Islamic Malaysia"

Nota : 
Transkrip kat atas ni cuma cuplikan dari sinopsis belakang buku tu 
Buku ni dah lama, tulisan Syed Hussein Al Attas .. saje je wa nak post ari ni .. 
Dialog tu wa tak pasti sahih ke idak .. luorang kena tanya penulis sendiri le.. huhu

Ok Salam Jumaat .. rasa kureng nak berblog sebab Germany kalah .. kah kah kah kah

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Perbandingan Dibuat Oleh Orang Luar Berkenaan TGNA Dan Erdogan

klik untuk tumbesaran

Quote "Two leaders from different countries, but having good leadership. This is what people always want to see. Both of them can buy foods and drinks at street sold by their people. Nik Aziz is the governor of Kelantan State of Malaysia since 1990 and Erdogan is PM of Turkey. Allah bless them...Amin~" - Muhammad El Fateh

Terjemahan bebas : "Dua orang pemimpin dari negara yang berbeza, namun menunjukkan kepimpinan yang baik. Inilah yang sentiasa ingin dilihat oleh orang ramai. Kedua duanya boleh membeli makanan dan minuman dijalanan yang dijual oleh rakyat mereka sendiri. Nik Aziz ialah pemimpin di negeri Kelantan, Malaysia, sejak tahun 1990 dan Erdogan pula merupakan PM di Turki. Allah merahmati mereka.. Amin~"


Saturday, June 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

Contoh Peminat Sejati TGNA


perghhh .. duduk depan sekali tu .. dont play play .. kah kah kah 

Monday, June 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

Aliran Syiah Di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 - Syabas Tuan Guru

klik untuk imej lebih terang .. tapi dalam Jawi .. kat bawah ni terjemahannya



KENYATAAN MEDIA

Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini. Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan. 

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.


Salam hormat,


(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012

Nota: Cegah Sebelum Parah .. Salute TGNA

Tuesday, June 12, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Presiden PAS : Himpunan Hijau Berbeza Dengan Gelombang Biru



Himpunan hijau anjuran PAS adalah siri ijtimak yang diadakan sejak lebih tiga puluh tahun di peringkat nasional, negeri dan kawasan.  Di peringkat nasional dianjurkan tidak secara tahunan, tetapi mengikut masa yang dikira sesuai bagi mengumpulkan ahli di seluruh negara.

Setiap himpunan mempunyai tema bagi memperkasakan aqidah perjuangan PAS dan membangkitkan semangat ahli serta penyokong.

PAS tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan pihak lain, termasuk yang menganjurkan beberapa himpunan gelombang biru yang dikatakan menghimpun berjuta peserta.

Bahkan ternyata perbezaan yang jauh laksana langit dan bumi, seperti berbezanya warna hijau dan biru itu. Aturcara dan pengisiannya juga sangat tidak sama.

Ahli dan penyokong PAS sahaja dikerah datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka datang mengikut arahan pemimpin dengan kenderaan dan cara masing-masing dengan duit sendiri.

Mereka yang datang menyertai gelombang biru lain caranya. Kalau tidak ada habuan yang nampak dimata dan seronok didengar, mereka tidak bersedia pun untuk datang.

Himpunan hijau dihitung sendiri oleh mereka yang datang dan menyaksikannya. Gelombang biru memerlukan tambah nilai dengan berbagai cara penggambaran melalui sudut yang ramai peserta, bukannya semua sudut dan disolek melalui penyiaran  melalui media yang dikuasai sepenuhnya.

Setiap ahli dan penyokong PAS yang datang ke himpunan hijau mengharapkan pahala daripada Allah. Duit dan tenaga terpaksa dikorbankan kerana yakin adanya pahala, walau apapun orang mengata.

Mereka yang menyertai gelombang biru sila nyatakan, adakah mereka juga mahukan pahala?

Himpunan hijau didahulukan dengan pesanan supaya para pimpinan disemua peringkat supaya berjuang dengan sifat taqwa dan ikhlas menegakkan Islam tepat dengan petunjuk Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. dengan akhlak yang mulia dan hanya percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Kalau ditunjuk-tunjuk zahir sahaja tiada fadilatnya dan cabut lari, tanpa  dilihat habuannya dengan mata kasar dan tidak diketahui bila masa mencapainya, sehingga ternganga, tiba-tiba diminta menghulurkan derma pula, tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah.

Gelombang biru dipenuhi ucapan janji kebendaan dan kemewahan melempah ruah. Diminta menunggu bila hendak ditaburkan. Akan diberi apabila ditadah tangan, disuap sebaik sahaja dinganga dan ada yang datang dijemput untuk mengambil atau dibawa bergolek datang ke rumah  atau menadah poket untuk diisi. Semuanya sudah siap dengan angka berbilion ringgit.

Kemuncak himpunan hijau dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjamaah, sembahayang hajat secara bermunajat mengadu dan merayu kepada Allah dan sembahayang isya berjamaah.
Selepasnya mendengar ceramah para pemimpin PAS dan tokoh masyarakat daripada berbagai bidang yang baru menyertai PAS. Diselangi pula dengan laungan takbir, sama ada menyubur semangat atau dibenci syaitan yang tidak suka dengan laungan takbir. Seterusnya diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Mursyid Am.

Ada pun kemuncah gelombang biru ialah pesta hiburan oleh kumpulan K- pop atau sewaktu dengannya. Walau pun melangkah waktu sembahayang fardu, kerana agama hak masing-masing tidak bercampur dengan politik.  Diikuti pula nyanyian bergema bersama sorak surai terlalu gembira, disertakan dengan tari-menari kerana terlalu gembira.

PAS mengerahkan ahli bagi himpunan hijau supaya bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, walau pun belum diumumkan. Kerja pilihanraya mesti dilakukan daripada sekarang. Bersiap sedia menghadapi piliharaya dengan cabaran banyak penipuan yang nyata dan tersembunyi.

Gelombang biru dianjurkan untuk menabur umpan terlebih dahulu secara janji kalau menang dan  sewaktu pilihanraya juga sudah dapat upah.
Para pemimpin dalam keadaan teragak-agak menentukan tarikh pilihanraya kerana mereka yang datang belum tentu mengundi Barisan Nasiaonal.

Penganjur tetap dibayangi kebimbangan  gelombang berlalu dengan meninggalkan mata kail sahaja dan umpannya hilang entah ke mana.

Demikianlah perbezaan mukadimah dan pengisian diantara Himpunan Hijau anjuran PAS dan gelombang Biru anjuran Umno.

Himpunan hijau membuktikan bahawa hampir sejuta ahli PAS sedia mengikut arahan para pemimpinnya diseluruh negara, bukan sahaja berhimpun, bahkan bekerja dengan pendekatan terkini bersama Pakatan Rakyat.

Kerahan dibuat hanya kepada ahli-ahli Pas sahaja, kerana kita tidak mahu diramaikan oleh bukan ahli PAS, termasuk kalangan parti-parti pakatan rakyat. Sekurang-kurangnya menyatakan PAS boleh ganti Umno dan Gagasan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional.

Maka PAS menyeru secara khusus kepada umat Islam, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu, bahawa parti kebangsaan Melayu yang bernama Umno sudah habis tempoh tugasnya dan perlu direhatkan, seperti parti–parti lain diseluruh dunia yang mengamalkan demokrasi.

Bukan sahaja telah berlalu lebih lima puluh tahun sejak merdeka menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi menjadi parti yang leka dan melekakan rakyat dengan hiburan dan janji kemewahan demi terus menang walau pun menipu rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang telah berlalu.

Dihinggapi pula masalah baru dan masalah yang akan datang. Walau pun sudah ada kalangan pemimpinnya yang berani berkata :”Melayu Mudah Lupa!”.

Himpunan hijau menghimpunkan ahli dan penyokong Pas daripada berbagai bangsa yang menganut Islam dan kalangan bukan Islam yang mendukung perjuangan politik Islam melalui Dewan Himpunan, dengan Islam memimpin umat manusia majmuk menegalkan keadilan kepada semua.

Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk kalangan bukan Islam dan bukan Melayu tetap menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk  berpaksikan resolusi bersama bertunjangkan apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Islam Agama Persekutuan dan hak yang adil kepada berbagai agama yang dianut oleh rakyat.

Hak istimewa bumiputera dan layanan adil terhadap pelbagai kaum yang juga menjadi rakyat.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi dan mengiktiraf adanya bahasa ibunda masing-masing.

Raja berperlembagaan yang berhak juga memerhati sekiranya ada kesilapan bukannya simbol tanpa kuasa.

Pendekatan yang menyatukan rakyat melalui asas tersebut dengan betul dan seksama dan bukannya mengapikan semangat fanatik perkauman, apatah lagi dijadikan senjata untuk melagakan rakyat bagi mengekalkan kuasa secara zalim.

PAS  mendukung konsep negara berkebajikan yang diterapkan dalam buku jingga. Berhasrat melahirkan kepimpinan negara yang menunaikan amanah, bukannya mendapat kuasa yang menjadi peluang kepada segelintir manusia dan menghiburkan rakyat supaya leka mudah ditipu.

Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada rakyat menjadi hakim yang adil pada setiap pilihanraya yang benar-benar menjadi hak rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat boleh diturunkan kalau bersalah bukannya secara menipu.

Himpunan hijau adalah latihan kepada ahli Pas bahawa mereka datang berhimpun tanpa paksaan dan habuan. mereka datang sebagai rakyat yang memahami haknya yang sebenar, bukan rakyat yang diajar sentiasa berbohong dengan mengampu para pemimpin yang sentiasa menyuap umpan yang mengenyangkan perut  dan membodohkan akal.

Himpunan hijau adalah menyatakan perjuangan Pas untuk semua rakyat, kerana Islam itu adalah rahmat Allah kepada seluruh alam.

Oleh :
Presiden PAS
Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Sumber : Dewan Ulama Pas Pusat

Thursday, June 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Negeri Bawah PR Bebas Rasuah, Negeri Bawah BN ??




4 NEGERI PAKATAN RAKYAT BERSIH TANPA RASUAH...

YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mempertahankan pemerintahan negeri Kedah selama tiga tahun serta sanggup menempuh segala kesusahan dan kepayahan untuk mengelak segala tohmahan dari pihak pembangkang.

“Kita berjaya memimpin negeri Kedah selama tiga tahun dengan membuktikan pemerintahan sebuah kerajaan yang bersih tanpa rasuah. Selain itu, negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor juga kita isytiharkan sebagai negeri bersih tanpa rasuah.

“Pemerintahan PAS adalah berdasarkan ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan tiada pemisah antara agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.” Katanya semasa Forum Kemasyarakatan sempena Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera dekat Stadium Darulaman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

Katanya lagi, Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji, malah baginda turut menunjukkan contoh yang terbaik untuk mentadbir negera dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala di akhirat kelak.

“Pemerintahan di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

“Saya rasa umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

“Apabila dirombak dan dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan, orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang.

“Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

“Penjajah sudah lama pergi tetapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia pada hari ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan fahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar.” Jelasnya.

Tambah beliau lagi, rakyat kini hanya faham projek-projek dan pembangunan yang perlu dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun.

Yahudi Israel juga menyediakan pembangunan dan kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah kepada rakyat dan menguruskan harta rakyat dengan betul.

Sumber

Sunday, May 27, 2012

TAGGED UNDER:

Santapan Pagi Minggu : Esak Tangis Tuan Guru Setelah Melihat Hasil Didikan Islam Kian Mekar



Tuan Guru Nik Aziz berkata semasa perasmian wisma Markaz Dewan Ulamak (MADU), beliau solat kerana tertarik dgn pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sedang berkhemah di MADU dan melakukan solat di bawah pokok. 

Beliau yang tak tahan melihat, terus mendirikan solat juga. Dalam solat beliau, beliau menangis teresak-esak kerana gembira melihat generasi yang dibawah pimpinannya sudah menjadi generasi yang menjaga solat...

Allahuakbar.


Friday, May 25, 2012

TAGGED UNDER: ,

Ustaz Azhar Menyantuni TGNA - Part2

Kalau sebelum ni entry wa Foto Terbaik : Uztaz Azhar Menyantuni TGNA (rujuk foto) ada yang komen cakap foto tu tak berapa clear dan terlindung ..


So, kali ni luorang takde lagi alasan nak kata itu ini .. sebab foto yang kali ni jelas dan bersinar. Ini foto terbaru dari sebuah program Himpuan Anak Muda Kelantan 2012 di Kelantan semalam.


Kredit ada tertulih atas foto dah 

Amacam ? Clear tak ? .. weyh .. sekali lagi wa nak tekankan, kalau level Ustaz Azhar yang tersohor tu boleh gitu hormat pada TGNA, kekita yang tak berapa nak start ni.. agak agak le skit kedudukan kita ..huhu

Thursday, May 17, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Uish .. Mewahnya Rumah Menteri Besar Dari Parti PAS


Cuba luorang perhatikan gambar ni bebetul, rumah kemain bagak, siap ada kubah, pagar lip lap, tempat letak kereta pon gadang, ada plak 'guard post' .. perghhh .. mewah mewah. 

Eh ni rumah Menteri JPM, Jamil Khir yang 'takde duit' sampai terpaksa pakai duit zakat untuk bayar kos guaman peribadi ..kah kah kah.. rujuk sumber sini dan sini .. sebab bukan foto ni yang wa nak fokus. 

Foto foto kat bawah ni adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang Jawatan Menteri Besar 

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini



Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004


Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
Tagline: Dikala Pimpinan PAS sibuk membangunkan Ummah, Pimpinan Ameno sibuk membangunkan Rumah .. kah kah kah

Tuesday, May 15, 2012

TAGGED UNDER:

Tuan Guru Nik Aziz Bersanding Sekali Lagi ? Kelasss ~!!


Perghh .. amacam ? boleh jadi The Most Marvelous Couple Of Entire Planet ni .. jangan jeles weyh .. luorang ada ?

Sumber Foto : FB Khairul Anuar Mohamad

TAGGED UNDER:

Foto Retro : Bila Tuan Tuan Guru Bertemu



Suatu masa dahulu, ziarah ketika baru diangkat menjadi Menteri Besar Kelantan. Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (no. 2) menziarahi Almarhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Pondok Lanai, Baling, Kedah (no. 1). 

Turut bersama antaranya adalah ulama' pondok Kedah yakni

  • Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid (no. 4),
  • Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah (no. 3) - Bersama dalam Bersih 3.0 baru baru ini
  • Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan/Tuan Guru Hj Awang Lanai (anak murid kpd Almarhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi/no. 5)



Nota : Tuan Guru Hj Umar (atas katil) antara ulama Besar di Kedah. Bahkan beliau dengan jelas menyatakan wadah perjuangan beliau adalah PAS. Beliau antara auliya' melayu yang mahsyur selain dari Tg Hj Saad Mogoi. Tg Hj Yahya Junid pun tidak kurang hebat beliau dalam ilmu turath. Melahirkan ilmuwan yang berjasa. Beliau turut bersama dengan PAS.

Sumber Foto : FB Syed Mohd Nazli
Sumber Fakta : FB Ibnu Fathani

Monday, May 14, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Koleksi Foto : Mereka Menghormati Tuan Guru Nik Aziz Dengan Pelbagai Cara

Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu. Foto : Topeng Perak Unmasked
Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru
Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru
Tuan Guru Haron Din & Tuan Guru


Ustaz Ismail Kamus & Tuan Guru
Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru - dari post wa terdahulu
Ustaz Don Daniyal & Tuan Guru
KhairulFahmi (Apek) & Tuan Guru
Amy Search & Tuan Guru
Kaum Tiong Hwa & Tuan Guru


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِŁ…َŲ§Ł…ْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْŁ„ُ يَŲÆِ الرَّŲ¬ُŁ„ِ ِلزُهْŲÆِهِ وَŲµَلاَŲ­ِهِ وَŲ¹ِŁ„ْŁ…ِهِ Ų§َوْ Ų“Ų±َفِهِ Ų§َوْ نَŲ­ْوِ Ų°Ų§Ł„ِكَ Ł…ِنَ Ų§ْلاُŁ…ُوْŲ±ِ الدِّيْنِيَّŲ©ِ لاَ يُكْŲ±َهُ ŲØَŁ„ يُŲ³ْŲŖَŲ­َŲØُّ.
Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.

Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab “Hasyiah”,juz 2,halaman.116.

2. Imam al-Zaila’i
Beliau berkata :

(يَŲ¬ُوْŲ²ُتقبِيْŁ„ُ يَŲÆِ Ų§ْلعَŲ§Ł„ِŁ…ِ Ų§َوِ Ų§ْلمُŲŖَوَŲ±ِّŲ¹ِ Ų¹َŁ„َى Ų³َŲØِيْŁ„ِ التبَŲ±ُكِ…

Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara’ kerana mengharap barakahnya.

Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh.
[Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]

Ni bukan cium tangan ... sedutt ... kah kah kah kah

Sunday, May 6, 2012

TAGGED UNDER:

Foto Terbaik : Uztaz Azhar Menyantuni TGNA


Kemah Boh .. gini cara dan adab yang sepatutnya jadi tauladan pada orang lain. Walaupun Ustaz Azhar Idrus dah popular dan ada crowd sendiri, tapi rasa hormat pada Tuan Guru begitu menebal. Takbir ~!!

Tuesday, May 1, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bersih 3.0 : Subhanallah, Sebutir Permata Dalam Himpunan Rakyat



Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Hafizahullah berjuang di Medan Bersih 3.0.

Pondok Sik, Kedah

Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :

"Beliau memang tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sangat, semua orang (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."

"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."

"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"

:)



Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa 
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu: Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3

Pendidikan : 


  • Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
  • Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah 
  • Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy 
  • Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Antara Masyaikh Hafizahumullah yang menziarahi beliau :

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)



Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh

Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya

"Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

Fikiran beliau sangat terbuka

Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata

"Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"


Bersama Kepimpinan Ulama'


اللهم ! Ų„Ł†ŁŠ Ų£Ų³Ų£Ł„Łƒ حبك وحب من يحبك ، ŁˆŲ§Ł„Ų¹Ł…Ł„ Ų§Ł„Ų°ŁŠ ŁŠŲØŁ„ŲŗŁ†ŁŠ حبك

(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan cinta kepada amal yang membawa aku kepada cintaMu

H.R Tarmizi

Sumber Foto & Artikel : Facebook Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

Friday, April 13, 2012

TAGGED UNDER: , , , ,

Mesti Baca : Sesekali TG Haji Abdul Hadi Libas - Tepat Dan Padat


Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya.

"Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS?

"Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?"

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat! Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walaupun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka, yang dikira termasuk dalam ke-Rasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah S.A.W memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah Taala :


"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawwa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya". (Al Hujuurat:13)

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah)  dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah S.A.W melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.

Rasulullah S.A.W melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah Taala :


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat". (An-Nisa':58)

Diriwayatkan dalam  Hadith Qudsi bahawa Allah Taala berfirman (yang bermaksud), "(Wahai hamba-hamba ku, sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim)".

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah S.A.W berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Perlaksanaannya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah S.A.W menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan). Ia juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah S.A.W masuk ke Makkah daripada Thaif.  Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.

Rasulullah S.A.W juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah S.A.W mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan  PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman  yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa.   Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib  melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua. Maka, PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk. Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya  yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat. - Tuan Guru Presiden, Abdul Hadi Awang

Saturday, April 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Alhamdulillah, TG Nik Aziz Telah Dibenarkan Keluar HUSM


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan keluar  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sejak Khamis lalu.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas  berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin baik dan telah dibenarkan pulang, cuma beliau sedikit keletihan serta memerlukan banyak rehat."

“Saya juga bersyukur dengan keadaan beliau dan berharap Mursyidul Am Pas  dapat meneruskan khidmatnya kepada Islam dan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Nik Aziz, 81, mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim dan dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz turut mendapatkan rawatan di hospital sama kerana saluran jantungnya tersumbat.

Sementara itu, pada 8 Disember lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke hospital lebih  lima hari kerana masalah tulang belakang dan kemudiannya turut dimasukkan di hospital yang sama, pada bulan sama, selepas mengadu mengalami keletihan.

Walaupun keadaan kesihatan tidak memuaskan sehingga mendapat tekanan pelbagai pihak, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

- Sumber - 

Nota : Semoga TGNA segera sembuh untuk terus memimpin rakyat yang dahagakan ilmu dan pembelaan. Semoga TGNA terus tabah dan dikurniakan kesabaran yang tinggi terhadap segala mehnah dan tribulasi pihak yang sentiasa iri pada perkembangan negeri Kelantan khususnya. Semoga Allah melembutkan hati mereka yang membuat fitnah dan menerima kenyataan bahawa Islam mampu mentadbir negeri/negara dengan adil dan makmur. 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top