Showing posts with label Parti Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Parti Keadilan. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Pindaan Terhadap Kes 3.0, Azmin Ali Selar Tindakan Mahkamah


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan meminda pertuduhan berulangkali berkaitan kes melibatkan insiden BERSIH 3.0 terhadap 3 Pemimpin PKR termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membuktikan institusi perundangan Negara yang agak lemah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, pihak pendakwaraya dilihat tidak sanggup berdepan dengan peguambela dalam membicarakan kes yang dibangkitkan dari pihak mereka sendiri.

"Pagi ini amat mendukacitakan kerana pihak pendakwaraya masih lagi menggunakan ruang pada pagi ini untuk meminda pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya dan Cikgu Badrul dan ini membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini dan terpaksa meminda pertuduhan berulang kali dan ini juga membuktikan pertuduhan ini terlalu lemah dan saya yakin barisan peguam yang akan mempertahankan dan membela tertuduh dan Insyallah sekali lagi kita akan dibebaskan dari pertuduhan yang berbaur politik ini. Ini satu pertuduhan politik yang diguna Perdana Menteri untuk tutup ruang demokrasi," katanya kepada pemberita selepas perbicaraan kes di sini hari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan merujuk kepada Perhimpunan BERSIH 3.0  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Dalam pada itu, Peguam yang mewakili tertuduh Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

Friday, July 6, 2012

Musuh Nombor Satu Barisan Nasional Dan Shahrizat Jalil Tersungkur Dari Kuasa

KUALA LUMPUR — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.

Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.

Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Hari ini, nama Rafizi Ramli digeruni. Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil tersungkur dari kuasa akibat dari kebijaksanaan anak muda ini menyusun strategi dalam mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Shahrizat.

Selepas NFC, Rafizi terus membongkar skandal dan penyelewengan. Terbaru, skandal berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.

Lawan tidak memberikan Rafizi jalan mudah. Pengarah strategik PKR itu diserang kembali dari pelbagai penjuru. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu NFC, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam skandal LRT laluan Ampang dan terbaru semalam, blog beliau www.rafiziramli.com pula digodam.

“Saya percaya selepas pendedahan skandal NFC, rakyat lebih percayakan satu pembentangan hujah yang didokong oleh fakta dan bukti. Pada masa yang sama, rakyat mahu melihat politik baru yang tidak diwarnai serangan peribadi, tetapi berasaskan isu kepentingan awam.

“Kebetulan itu tugas saya dalam PKR dan saya harus tampil membawa isu-isu begini yang melibatkan kepentingan awam. Saya fikir BN merasakan mereka tidak boleh mengulangi ‘NFC fiasco’ kali kedua.”

Tidak ramai yang tahu sebenarnya pengarah strategik PKR itu bekerja dalam sebuah pasukan yang tersusun dan didokong oleh pemimpin kanan PKR dalam mendedahkan sesuatu skandal besar. Ramai menyangka Rafizi bergerak secara bersendirian dan membuat keputusan sendiri.

“Saya mendapat sepenuhya sokongan dari rakan-rakan PKR. Kepimpinan parti berikan sepenuh mandat untuk lakukan siasatan dan ambil pendirian mewakili parti dalam hal-hal ini. Malah, saya tidak perlu pun melaporkan kepada Biro Politik segala perancangan saya dalam sesuatu hal supaya saya ada kelonggaran sepenuhnya menyusun strategi sesuatu isu.

“Dalam strategi kami membina hujah dan isu, contohnya dalam kes NFC, sebenarnya kami ada ‘tag team’ dan kumpulan sokongan yang akan mengembangkan isu itu secara tersusun. Malah, PKR memberi dokongan penuh dari segi nasihat dan bantuan guaman. Setiap isu akan ada 2-3 orang pimpinan kanan yang bersama-sama saya. Cuma,parti memberi kepercayaan sepenuhnya kpd saya untuk ke depan,” jelas Rafizi.

Anak muda kelulusan United Kingdom (UK) itu ternyata tidak gentar dengan serangan bertali arus yang datang kepada dirinya. Tekanan yang dihadapkan kepada dirinya masih belum lagi mmampu menghentikan beliau dari terus membongkar skandal penyelewengan.

“Saya tidak terlalu memikirkan risiko atau kesan kepada saya. Yang penting sesuatu isu itu ada kesan besar kepada rakyat dan sama ada fakta atau bukti itu tepat.

Jadi saya tidak banyak pertimbangan materialistik dan tidak ada cita-cita yang tinggi.

“Oleh itu saya lebih mudah menumpukan kepada tugas tanpa terlalu berkira mengenai kesan kepada diri saya.
Yang paling penting – perlu ada asas kekuatan moral dan agama. Jika kita yakin kita berada di jalan yang benar, ‘gunung’ pun boleh dialih,” kata bakal calon PKR di kerusi parlimen Pandan itu lagi.

Pengarah strategik PKR itu telah berdebat sebanyak dua kali bersama ketua pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin. Pertama debat anjuran UKEC di UK dan terbaru dalam debat anjuran Sinar Harian. Dalam kedua-dua debat, Rafizi kelihatan tenang menghuraikan hujah-hujahnya tanpa retorik dan serangan peribadi. – The Malaysian Insider

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kejutan Apakah Yang Akan Dibawa Oleh DSAI Di Kulim Esok??


PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM


Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti. 

Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.

Sekian dan terima kasih.


che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

Saturday, June 23, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Lawak Awal Pagi Sabtu : Owh My Engrish~!!


Luorang dont play play. Wa taste not happy, what are the because the children fruit at SUK and tribe ghosts show stupid doesn't play. But wa dont want to enter mix..

And luorang here read this good good, this full week wa dont write politics much much ..  wa say sorry, body wa is not delicious,  body wa taste like enter the wind... kah kah kah kah kah

Wednesday, June 20, 2012

DSAI Menang Kes Terhadap Nallakaruppan .. Rumbe Nalla Reke~!!

KUALA LUMPUR 19 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan pembelaan Datuk S Nallakaruppan berhubung tindakannya memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Ketua Umum KEADILAN itu menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation.

Peguam Anwar, Latheefa Koya dalam satu kenyataan memberitahu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menolak permohonan Nallakarupan itu.

Alasan hakim tindakan Nallakaruppan itu remeh, penafian semata-mata dan menyalah guna proses mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Nallakaruppan pada 23 Ogos 2008 dan diterbitkan dalam Mingguan Malaysia di bawah artikel bertajuk “Didakwa Terima 60 Juta.”

Mahkamah mengarahkan Nallakaruppan membayar kos ganti rugi terhadap Anwar dan jumlah tersebut akan dinilai kemudian.

Anwar turut diwakili peguam M Afiq Noor manakala Nallakaruppan diwakili Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Abishegam Sarah dan Nurul Nabiha.

=========================

Satu setel, satu lagi dalam proses. 

Wa naik heran, banyak betul duit puak puak ni untuk membayar saman saman yang dikemukakan oleh PR. 

Seolah olahnya ada satu badan yang ditubuhkan untuk mengelola tabung membayar saman fitnah dan tabung itu akan membayar kesemua saman yang chai ameno/bn kalah dimahkamah.

Sebabnya..
Mungkin Nalla merupakan seorang businessman, tapi untuk membayar sejumlah RM100 juta, amaun yang dipohon oleh pihak DSAI, wa tak fikir duit tu akan keluar dari poket beliau sendiri. Itu kerugian yang boleh diramal dan sebagai seorang bisnesman, risiko macam tu perkara utama yang ada dalam pertimbangan.

Tapi, Nalla meneruskan juga fitnah fitnah yang direkacipta untuk menyerang DSAI, walaupun dia tahu isu isu yang dilambungkan tidak mempunyai asas yang kuat dan mempunyai peluang yang besar untuk disaman  lalu kalah  dimahkamah.

Itu pendapat wa la, atau mungkin Nalla adalah salah satu manusia suci yang dah tak perlu pada duit dan menjatuhkan kredibiliti DSAI hanyalah hobi waktu senggang bila takde game tennis.. kah kah kah


Friday, June 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Panas : Beli Wakil Rakyat - Kasi Pecah La Cepat

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.


"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas


==========================

Amacam ?
Kasi pecah laaa ..
Jangan kasi can
Ini semua bebetul haramjadah
Semua macam anjing
Langsung takde keikhlasan dalam perjuangan..

Khalid Samad jangan tunggu lagi
Takde masa untuk teka teki 
Orang orang gini kasi humban dulu
Jangan bagi peluang bertanding PRU

Jangan sampai kes Perak berulang

Kalau dia kata takde niat untuk melompat ..
Apsal hantar wakil untuk berunding ?
Ini cerita dont play play bhai
betul betul sialan ..



Thursday, June 7, 2012

TAGGED UNDER:

Bertam Nite - Apa Punya Ghaflaaaa



Wa terlepas berita sejak semalam dan tak tahu menahu pasal kes Bertam Nite yang digembar gemburkan hari ni. Tapi itu takleh nak dijadikan alasan untuk kekal tak tahu. So wa buat le blogwalking samada dari kem PR mahupun blog blog chai ameno. 

Apa yang wa nampak dekat sini cuma ada satu penafian rasmi yang dikeluarkan dari pihak Parti Keadilan berhubung isu yang terkait.

KEPALA BATAS 6 Jun: Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah memberitahu, jawatankuasa program ‘Bertam Nite 2012′ terdiri daripada mereka yang dibawa dari luar Cabang Kepala Batas dan tiada kaitan langsung dengan cabang tersebut khasnya dan KEADILAN amnya.

“Saya tegaskan bahawa tidak wujud KEADILAN Bertam di dalam struktur parti, yang ada adalah pimpinan pusat, pimpinan negeri, pimpinan cabang dan pimpinan ranting,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan demikian berhubung program ‘Bertam Nite 2012′ yang berlangsung di Kompleks Sukan MPSP Bertam, dekat sini Ahad lalu yang menjadi kontroversi dengan adanya persembahan tarian menyerupai K-Pop.

Sehubungan itu, Abdul Latif berharap orang ramai tidak lagi terkeliru dan dikelirukan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri di Parlimen Kepala Batas.

Beliau bagi pihak Cabang Kepala Batas memohon maaf kepada seluruh pendokong Pakatan Rakyat khususnya kepada warga Kepala Batas.

“KEADILAN Cabang dan seluruh penyokong PR di Kepala Batas masih tetap berada dalam semangat juang yang tinggi bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya,” kata beliau. Sumber

=============

Terus terang je bhai, penafian gini langsung tak mencerminkan apa apa sebab the damage has been done.

Langsung takde keterangan, cemana TPM1, Mansor yang berada dalam majlis tu takleh nak handle atau tegur on the dot. Sebagai orang yang ada autoriti dalam kerajaan negeri Pulau Pinang tak seharusnya dia membenarkan perkara itu berlanjutan sehingga tamat. Sudah sepatutnya dia sedar bahawa isu ni akan menjadi bola tanggung yang memang ditunggu tunggu oleh musuh buat pukulan smash.

Sorry bhai .. kalau ada alasan, biar konkrit .. jangan perbodohkan orang yang menyokong .. itu dah kira penghinaan pemikiran.

Surat permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak penganjur pula macam 'ada tak menambah, takde tak berkurang'..



Ni lagi satu penyakit ..Ello.. setahu wa, biar apa pon ras dan budaya yang ada dalam Malaysia ni, takde satu pon yang setuju pertunjukan tu sebagai pertunjukan tarian tradisional.. tradisional pala hotak hangpa kalau dah separuh bogel gitu..

Kalau setakat penjelasan yang ada dari sumber parti dan surat permintaan maaf penganjur ..memang patut pon kalo blogger blogger chai terlompat lompat macam beruk mat yeh, dan wa percaya dengan yakin .. zul kulom tengah senyum sambil kunyah kuaci.

Akhirnya, wa jumpa penjelasan yang lebih kukuh dari blog Anak Sungai Derhaka ..

Dari apa yang dijelaskan oleh Tuan Johari Kassim, beliau terkejut dengan apa yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding Sdn. Bhd kerana tidak langsung dimaklumkan akan adanya tarian sebegitu akan dipersembahkan dalam majlis itu oleh pihak penaja.


Menurut Tuan Haji Johari, individu yang mahu menaja persembahan tersebut bukanlah diminta untuk menaja tetapi individu tersebut yang telah bersungguh-sungguh mahu menaja.


Yakin dengan keikhlasan individu tersebut beliau menerima tawaran dari individu yang mewakili Public Pavilion Holding Sdn. Bhd. itu.


Setelah tarian dihentikan Haji Johari telah naik ke pentas bagi memohon maaf bagi pihak penganjur atas tarian yang tidak sepatutnya dipersembahkan di situ pada malam itu.


Dan beliau juga telah meminta pihak penaja menukar persembahan kumpulan yang ditaja mereka itu.


Penyelaras KADUN Bertam, Saudara Asrol juga memberikan jawapan yang sama iaitu tarian tersebut bukanlah antara tarian yang telah dijanjikan oleh pihak penaja. Baca lanjut dari sumber


========================

Nota :  Kepada Ketua Cabang Keadilan Kepala Batas, setakat nak lepas tengkuk kata ini semua ejen luar dan takde kena mengena dengan Keadilan .. wa harap lu kaji balik laa kedudukan lu ..kenyataan lu langsung tak membantu. 

Gini aje ke level pemikiran seorang ketua cabang ? Hit N Run ? Lebih baik lu belajar lagi cara cara nak meneliti sesuatu isu sebelum keluarkan apa apa kenyataan - wa sarankan lu angkat Anak Sungai Derhaka jadi sifu - amacam ? itu lebih baik dari lu sekadar berlepas tangan dan tuduh yang bukan bukan pada orang sendiri. Apa barang lu ni ??

Sunday, June 3, 2012

TAGGED UNDER: ,

‘Wasatiyah’ Najib hanya mainan di bibir- Anwar

KUALA LUMPUR 3 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep kesederhanaan atau wasatiyah yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar ‘mainan di bibir’.

Sedangkan dalam realiti sebenar, kata beliau, rasuah dan penyelewengan wang rakyat tetap berlaku dalam pentadbiran negara.

“Wasatiyyah juga tidak ada pada akhlak dan peradaban kepimpinan negara."

“Pecah amanah, ambil hak orang lain, putar belit fakta, tidak adil dalam pentadbiran, undang-undang yang berpihak juga mencemarkan negara,”  jelasnya semasa menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Sembilang Pantai, Seberang Jaya, Permatang Pauh, semalam.

Katanya, ia tidak jauh berbeza dengan konsep ‘Islam Hadhari’ yang dipelopori Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.

“Islam Hadhari juga menjadi mainan bibir tanpa ada pelaksanaan yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam. Ia hanya setakat penyedap kata.

“Manakala Wasatiyyah tidak dipraktikkan dalam kepimpinan. Polis boleh ganas, tendang dan terajang rakyat dengan kejam,” katanya merujuk kepada keganasan polis semasa himpunan Bersih 28 April lalu.

Tambahnya lagi, apabila Wasatiyyah yang menjadi tuntutan tidak dipraktikkan, bukan saja negara akan celaru dan kucar-kacir, rakyat juga menjadi mangsa kejelekan pemerintah.

Sumber


Wednesday, May 30, 2012

Labun Jangan Tak Labun RPK Weyh



Kah kah kah 
semua orang ada simpan rahsia 
Ezam ada 6 kotak
Nala ada video baek punya
Tibai ada rahsia jantan jambu
Hasan Akidah ada saksi murtad
Zul Kulim ada bukti bisul
kah kah kah kah 

Sekarang keluar plak RPK 
dengan bukti tentang Azmin 
sumber plak bukan memain .. dari Ex- SPRM
Jumlah plak main juta juta 
Tapi 17 tahun lepas la ..
Masa masih bersekutu dibawah bumbung yang sama..
kah kah kah kah kah 

17 tahun tu, Anwar masih dalam kabinet
Mahathir masih seorang diktator
Beliau yang memang beria ia nak singkir DSAI
Dengan isu yang begini punya besar ..
Sekali swing je Anwar koyak ..
Dah tentu rakyat akan terima
Dah confirm rakyat akan berbulu
Dah pasti PAS, PRM & DAP bersorak sorai
Apa payah payah nak cipta isu liwat ?
Buang masa mahkamah dan orang ramai
Tapi apsal isu ni tak timbul ??
Sebab nya cuma satu
Masa tu pon dah clear takde kes  la ..bengong
kah kah kah kah kah

Kesian Mahadet
Pening nak memikir jalan
Padahal pegawai kerajaan yang dia kontrol
Simpan rahsia besar sampai 17 tahun
Baru sekarang dapat ilham nak bongkar
Itu pon pakai RPK 
Apsal tak jumpa Najib terus ?
Dah tentu boleh dapat Dato' paling koman 
Dah tentu Rosmah boleh menari sampai pengsan
kah kah kah kah kah 

Ini semua cerita labun RPK
Apa yang luorang dengki sangat dengan Azmin weyh ?
Dia ada ngorat bini lu ke ?
kah kah kah kah kah

Wa pon ada rahsia gak RPK weyh ..
Kengkadang wa dok depan PC tak pakai baju 
kah kah kah kah kah

Tuesday, May 22, 2012

Perbicaraan DSAI, Azmin Ali & Che'gu Bard Bermula

Foto: Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.


Kronologi : Update setiap 10 minit

9.20 AM:
Azmin tiba di mahkamah

9.40 AM:
Masih menunggu untuk ketibaan hakim
Kumpulan peguam pembelaan sudah bersedia dan hanya menunggu Karpal untuk tiba

9.50 AM:
Bilik mahkamah penuh. 3 pemimpin PKR ini adalah yang pertama didakwa dibawah undang undang yang baru diperkenalkan - Dr. Xavier Jayakumar

10.00 AM:


Kelihatan ketiga tiga pemimpin sedang berbincang bersama barisan peguam
Panas :  Datuk Yusof, pendakwa kanan kes fitnah liwat pagi ini tiba tiba sertai pasukan pembelaan kes DSAI
Pertuduhan terhadap DSAI mula dibacakan
Ikat jamin untuk DSAI sedang diperbincangkan
DSAI diberikan ikat jamin RM500

10.10 AM:
Mahkamah slesai baca pertuduhn terhadap DSAI, beliau tidak mengaku bersalah mahkamah bebaskan dgn ikat jamin RM500 (utk pertuduhan pertama)
Perbiacaraan untuk pertuduhan pertama ditetapkan pada 2 Julai

10.15 AM:
Pertuduhan dibacakan kepada Azmin Ali

10.17 AM:
Azmin juga diberikan ikat jamin sebanyak RM500

'Pertuduhan ke atas DSAI dan saya dibacakan di depan Hakim Tuan Mahmud Abdullah. Tarikh bicara 2 Julai 2012. Ikat jamin RM 500' - Azmin Ali

10.22 AM:
Pertuduhan pada Che'gu Bard pula dibacakan

10.23 AM:

'Alhamdulillah tuduhan dibacakan dan saya tak mengaku salah.. Hakim bebaskan dgn jaminan rm500.. Perbicaraan akan ditetapkan 2Julai' - Che'gu Bard

10.26 AM:
Tuduhan ke dua dibawah seksyen 188 Penal code dibacakan
Kesemua pemimpin dituduh secara bersama melanggar arahan mahkamah  pada hari perhimpunan

10.30 AM:
Mahkamah membenarkan ikat jamin bagi pertuduhan kedua kepada ketiga tiga pemimpin dan menetapkan 2 hb Julai 2012, sebagai tarikh perbicaraan.

1st charge of 'Street protest' means that 300,000 people committed the same offence! Why charge only 3 of them? Clearly political! - Sivarasa

10.40 AM:

Kes telah ditetapkan untuk diperdengarkan pada 2hb Julai 2012, pihak pendakwaan perlu mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan sebelum tarikh itu - Sivarasa

11.00 AM:

Dlm pejabat pegawai polis penjaga mahkamah...jumpa Tuan Munusamy, pegawai polis yg menahan saya di sekolah ketika mengajar hampir 11thn dulu - Che'gu Bard

11.40 AM:

DSAI sedang menunggu untuk proses ikat jamin

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top