Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Isu Talam : Dedah Jadi Padah, MCA Jerut Leher Sendiri

Gambar ehsan Pejabat Menteri Besar Selangor



10 OGOS – Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tidak nampak. Begitulah yang sedang berlaku sekarang kepada ‘ayam sabung’ MCA-BN Datuk Chua Tee Yong apabila terus menerus membuka mulut mengomel dan membuat kenyataan terhadap pengutipan semula hutang Talam oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malangnya bagi Chua yang merupakan anak kepada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, tanpa ragu lagi beliau terbukti melakukan kesilapan besar yang melucukan. Apa tidaknya, tindakan Tan Sri Khalid adalah mengutip semula hutang untuk kerajaan negeri, dan bukannya ‘menyelamatkan’ syarikat Talam, sebanyak RM392 juta dalam bentuk aset dan tunai.

Sudahlah hutang RM392 juta tersebut warisan ‘pusaka’ pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini di mana ia tidak dipungut dengan baik, tetapi bila kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu menyelamatkan wang rakyat dengan kutip hutang semula, mereka dituduh selamatkan syarikat. Memang tak masuk dek akal.

Tuduhan yang memperbodoh dan memalukan BN

Antara tuduhan Chua terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid ialah mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam sehingga RM1billion (yang sehingga kini anak Presiden MCA itu gagal membuktikan jumlah yang dituduhnya itu).

Adakah Chua mengalami kecelaruan bahasa sehinggakan beliau tidak dapat membezakan antara perkataan ‘mengutip hutang’ dan ‘menyelamatkan syarikat’? Kalau selamat, apa yang selamatnya? Kerajaan negeri ‘ambil’ dari Talam, bukan ‘beri’ kepada Talam. Wang kerajaan adalah milik rakyat. Mengapa BN yang gagal membantu rakyat dalam isu Talam tiba-tiba mahu menyalahkan Pakatan yang berani bertindak demi rakyat sekarang?

Di sebalik tuduhan tak berasas dan tersasar dari fakta sebenar, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, mempersoalkan sama ada Chua melaksanakan tugas kementeriannya dengan mencari sebab kenapa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFC, apatah lagi ia dimiliki oleh keluarga Ketua Wanita UMNO sendiri Datuk Shahrizat Jalil pada 2008?

“Adakah Datuk Chua Tee Yong akan mengutip semula RM250 juta hutang NFC yang di bawah bidang kuasa kementeriannya sendiri memandangkan beliau kelihatan terlalu sibuk dengan pengutipan balik RM392 juta hutang oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya.

Katanya, Chua yang begitu ghairah melawat beberapa kawasan di Selangor untuk mencari kesalahan kerajaan PR Selangor sepatutnya menjalankan amanahnya sebagai timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melawat NFC juga.

“Adakah Chua sering melawat NFC, mungkin untuk membilang berapa ekor lembu  yang dipelihara dan dibiakkan dari melawat beberapa ‘trip memancing’ di tasik Bestari Jaya?” ujarnya.

Hentam keromo BN

Katanya, hartanah itu bukan sahaja telah dinilai oleh penilai profesional tetapi juga dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah (JPPH) di bawah bidang kuasa kementerian Kewangan kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya penilai profesional dan JPPH boleh mencapai satu nilai yang boleh dipersetujui bersama, siapa pula Datuk Chua Tee Yong untuk memberikan nilai yang berbeza terhadap tanah ini? Adakah Datuk Chua Tee Yong memutuskan untuk jadi penilai hartanah dari seorang akauntan?”

Nampaknya BN semakin resah dan celaru. Di sebalik ‘pendedahan’ kononnya salah guna kuasa dilakukan oleh kerajaan PR Selangor, mereka akhirnya menjerut leher sendiri.

MCA pejam mata skandal kewangan UMNO

Buat Datuk Chua Tee Yong, adakah beliau pernah mengambil inisitif untuk mencari punca mengapa NFC tidak membayar satu sen pun hutang mereka pada kerajaan apatah lagi hutang tersebut sepatutnya perlu dibayar sejak Januari 2012?

Adakah Datuk Chua mampu dan berani memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa setiap sen dari amaun RM250 juta akan dipungut semula tidak kira samada secara tunai ataupun aset sepertimana yang telah kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim lakukan terhadap hutang Talam?

Lagipun, bagi rakyat Selangor yang mengenali Tan Sri Khalid, bekas tokoh korporat yang menjayakan usaha meningkatkan ekonomi orang Melayu suatu ketika dahulu bukanlah orang bodoh dan cuai yang senang-senang dipermainkan. – Roketkini.com

Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Air di Selangor: Benarkah ada krisis atau SYABAS sembunyi maklumat daripada rakyat?

KUALA LUMPUR 10 OGOS: Selangor sebenarnya tidak mengalami krisis air. Ia hanya dakwaan ciptaan kroni Barisan Nasional, iaitu syarikat air nasional SYABAS serta media kawalan UMNO-BN untuk memperlekehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Buktinya ialah istilah “krisis air” disebar meluas dalam media arus perdana tetapi sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun kononnya Selangor mengalami krisis air.

Malah, sehingga hari ini, memorandum yang telah dihantar oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) kepada SYABAS pada 26 Julai lalu masih belum dijawab.

Tuntutan maklumat itu meminta SYABAS supaya:
1-      Maklumat mengenai aliran keluar air mentah dari empangan dan stesen pam
2-      Maklumat aliran air kepada loji rawatan. Ini penting kerana ia akan menjelaskan adakah kita mengalami krisis atau tidak.
3-      Maklumat dari buku log yang disahkan dan maklumat meters yang digunakan untuk memastikan air  yang masuk ke dalam air loji rawatan
4-      Malumat air yang keluar dari loji rawatan kepada sistem pengagihan SYABAS
5-      Bil elektrik bagi loji rawatan
6-      Jumlah bahan kimia yang digunakan untuk merawat air
7-      Bil bayaran SYABAS ke puncak niaga kepada SPLASH dan pihak ABBAS.

Menurut wakil jawatankuasa CAWP, Charles Santiago, untuk membuktikan bahawa wujud krisis air, semua pihak termasuk rakyat Selangor perlu mempunyai akses kepada maklumat mengenai kedudukan air di Selangor.

“Tujuan kita datang pada pagi ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang kita mohon tempoh hari tetapi malangnya pihak SYABAS memaklumkan bahawa mereka perlukan kebenaran pihak kerajaan negeri Selangor dan kerjan persekutuan sebelum maklumat diserahkan,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SYABAS di Jalan Bukit Pantai di sini semalam.

Menurutnya, ia bukti sikap dolak dalik SYABAS kerana sebelum ini syarikat itu telah menyatakan bahawa mereka akan memberikan semua maklumat yang diminta demi kepentingan ketulusan dan juga demi kepentingan rakyat selangor.

“Dan surat yang diberikan kepada pihak kita hari ini menegaskan bahawa mereka tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kepada kita oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian konsesi yang telah ditulis beberapa tahun lalu.”

Untuk menyelesaikan perkara ini secara professional, Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata, pihaknya mahu membawa isu ini ke mahkamah untuk membuat keputusan bagi mendapatkan maklumat dari pembekal air, termasuk Puncak Niaga, SPLASH, ABBAS  dan SYABAS sendiri.

“Kita akan failkan kes ini di mahkamah minggu depan kerana bagi kita, ini sudah terlalu keterlaluan,  pertama sebab dakwaan mereka mengenai  krisis air di Selangor, jika benar-benar ada krisis air di Selangor, kenapa tiada siapa yang boleh beri maklumat yang munasbah dan benar?

“Mereka kata pihak kita ada krisis, sebenarnya pihak mereka juga ada krisis maklumat kerana sehingga kini tidak siapa yang tahu masalah yang berlaku kerana ketiadaan maklumat lengkap.” kata Santiago. – Roketkini.com


Tuesday, August 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Majlis Perkahwinan Gay Ini Diadakan Tanpa Ada Apa Apa Halangan


Berita Penuh :


KUALA LUMPUR - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini".

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.

====///====

Cerita asalnya dilaporkan oleh Associated Press. Dalam berita yang dikeluarkan, pasangan songsang ini telah menjemput beberapa wartawan dari media berbahasa cina dan itu tidak menghairankan kerana pasangan tersebut mungkin telah menyenaraipendek siapa yang boleh hadir kemajlis mereka.

Tetapi apa yang wa nak sentuh kat sini, apakah tujuan Utusan Meloya menerbitkan cerita ini? Turut mempromosi ke ? 

Sementara itu, kenapa kerajaan langsung tidak bertindak untuk menangani majlis ni? Kenapa seorang paderi yang memang telah mengaku secara terang terangan merupakan seorang gay, boleh menganjurkan sebuah majlis perkahwinan dalam negara ini secara terbuka ? Apakah kerana mereka bukan dari kalangan orang yang berkecimpung dalam bidang politik ataupun rapat kepada orang politik tertentu maka isu mereka tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan?

Wahai Ahsang Jati, Perkasa, Pekida, Zul Kulom dan segala Ngo'ks yang kononnya sangat sensitif dengan isu LGBT, sila tunjukkan kemahiran anda berdemo sekarang.. dan langkah pertama, sila tunjukkan solidariti luorang kat depan pejabat Utusan Malaysia yang kelihatan turut mbersekongkol dalam penyebaran berita ini.. ada bran ??




Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mungkinkah Satu Suntikan Gergasi Pada FGV Bakal Dibuat Untuk Kembali Memujuk Peneroka Felda ??



PETALING JAYA: Biro Peneroka PKR menjangka kerajaan akan membuat suntikan besar-besaran ke atas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) bagi menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum 13.

“Suntikan `gergasi’ itu akan dibuat kerana kerajaan bimbang peneroka Felda akan mengundi pembangkang. Sudah ada tanda-tanda peneroka marah kepada kerajaan kerana FGV hanya indah khabar dari rupa.

“Peneroka marah kerana sejak penyenaraian FGV lebih sebulan lalu, mereka hanya mendapat keuntungan 60 sen bagi seunit saham.

“Pada hari penyenaraian FGV 28 Jun lalu, harga seunit ialah RM4.55, manakala semalam ialah RM5.10. Kadar ini masih rugi kerana peneroka terpaksa membayar pelbagai kos kepada FGV.

“Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Bagaimanapun, Suhaimi berpendapat, FGV jauh panggang dari api untuk menempa keuntungan berikutan keengganan korporat luar negara melabur modal.

`Omong kosong’

Katanya, FGV masih bergantung harap kepada pelaburan tempatan terutama agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.

“Tanpa pelaburan asing, FGV sukar untuk mengaut keuntungan dalam jangka panjang. Saya bimbang akan mengalami nasib seperti KUB dan amanah-amanah saham di beberapa negeri yang mengalami kerugian besar.

“Kononnya saham FGV akan menjadi lebih besar dari Facebook nampaknya akan menjadi omong-omong kosong saja,” tambah Suhami.

Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara ditawarkan 800 unit saham seorang dengan harga RM4.55 seunit.

Bagaimanapun, penyenaraian FGV ini tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala beberapa kerajaan negeri turut tidak menyerahkan tanah milik mereka kepada FGV. - FreeMalaysiaToday  

***

Nota Karmic : Adakah wa gembira dengan berita ni ? atau mungkinkah kita ingin bersorak dek kebobrokan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin negara? Yang tersiratnya adalah hartabenda dan kepunyaan bangsa melayu sedang diperkotak katikkan. Kita boleh dengan pantas menuding dan mempersendakan pakcik makcik di Felda atas keghairahan mereka ketika memikirkan penyenaraian Felda ke bursa saham akan memberi laba yang lumayan pada mereka.

Apatahlagi dengan sejumlah besar dari mereka adalah golongan yang terkenal karat dengan ameno-bn. Sudah pasti pada perkiraan mereka, apa sahaja yang dibawa oleh parti keramat mereka adalah satu tuah yang tidak dapat ditolak. 

Manakala segelintir dari mereka yang awas, tidak mempunyai pilihan selain dari terpaksa mengikut arus lantaran tidak ingin menjadi kera sumbang akibat dipulaukan oleh masyarakat setempat.

Sedangkan, mengikut trend, saham Felda semakin hari semakin menunjukkan indeks menurun dan ketika entri ni ditulis, harganya adalah sekitar RM5.10, iaitu catatan keuntungan sebanyak 60sen dari harga pemula.

Mengikut laporan (rujuk sumber) para peneroka telah diberikan sebanyak 800unit saham yang mana jika mengikut congak mudahnya, mereka mendapat keuntungan atas kertas sebanyak RM480 (800unit x 60sen). Sedangkan yang pastinya, mereka perlu membayar lebih dari jumlah itu untuk kos pengurusan, pinjaman, yuran dan sebagainya sementelah lagi jumlah 800 unit adalah satu amaun yang hampir mustahil untuk diperjual beli (jumlah yang diperlukan adalah 1 lot yang bersamaan dengan 1000 unit).

Biarpun penyenaraian Felda ke bursa saham diiringi dengan paluan propaganda tentang gahnya sebagai kedua terbesar sesudah IPO saham facebook, namun aliran menurun carta keuntungannya mencerminkan sebaliknya. Apakah cukup dengan suntikan dana dari kerajaan untuk terus memastikan saham Felda berdaya saing sedangan sambutannya dari para pelabur kekal dingin?

Apa yang pasti, diakhirnya, sang peneroka juga yang menanggung segala natijahnya lantaran perjanjian dengan bank telah dimeterai, faedahnya perlu dibayar, tanah sudah dipertaruhkan sedangkan tiada jaminan dalam menentukan kelangsungan FGV dalam bursa saham.

Apakah kita bakal menyaksikan satu lagi episod sedih kepada tanah tanah milik melayu ini ? Wallahua'lam

Thursday, July 26, 2012

TAGGED UNDER: ,

Rupanya Pimpinan Ameno Penang Yang Jadi Broker Angin Jual Tanah Melayu

Hero 'Melayu' Penang Terakhir .. kah kah kah kah



Saya tidak terperanjat membaca laporan yang menyatakan dua orang pemimpin UMNO Pulau Pinang bertindak selaku 'broker' dalam urusan jual beli tanah milik Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau. Ia bukan sesuatu yang baru dan yang menghairankan.

Balik Pulau merupakan satu-satunya daerah di bahagian pulau yang majoriti penduduknya orang Melayu dan Ahli Parlimen juga Melayu. Jika kampung demi kampung milik Melayu dipindah milik ke tangan bukan Melayu, khususnya syarikat-syarikat pemaju hartanah, maka akan terhakislah 'wajah' perkampungan Melayu Pulau Pinang.

Siapa yang harus dipersalahkan? 

Selama ini, lebih tegas lagi selepas BN kalah di Pulau Pinang, pemimpin UMNO begitu kuat bersuara kononnya mempertahankan kepentingan Melayu terutama tanah milik Melayu. 

Siapa pula yang menjadi 'broker' untuk membeli dan menjual tanah milik 31 keluarga Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau? Bukankah ini perbuatan mereka yang tergolong dalam kategori munafik? Atau kata rakyat biasa "cakap tak serupa bikin" dan mementingkan diri sendiri daripada kepentingan orang Melayu secara amnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terang-terangan menyebut nama dua orang pemimpin UMNO berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir yang juga seorang Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam (pent) dan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri yang juga anak saudara Musa, iaitu Omar Faudzar.

Menurut Guan Eng, kedua-dua Musa dan Omar meraih keuntungan 57 peratus atau RM5 juta melalui syarikat milik mereka, Maison Heights Sdn. Bhd. dalam tempoh tiga setengah bulan sahaja.

Tanah milik 31 penduduk kampung berkenaan dipindah milik kepada Maison Heights pada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta untuk kemudian dijual kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada 16 Mei  dengan harga RM13.5 juta.

Saya percaya apabila Kay Pride atau syarikat lain yang bakal memajukan tanah tersebut dengan sama ada kondo mewah atau pembinaan hartanah lain, maka akan adalah NGO yang menyokong parti politik tertentu membuat bising dengan alasan mempertahankan kepentingan Melayu, dan yang akan dipersalahkan ialah pentadbiran negeri Pulau Pinang atau "kerajaan DAP". Wal hal, yang menjadi 'broker' dan meraih keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta adalah  pemimpin UMNO.

UMNO atau mana-mana NGO "Melayu" Pulau Pinang tidak boleh mempersalahkan orang lain jika pemimpin mereka sendiri yang terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu. Usahlah bersandiwara jalanan kerana rakyat tidak buta dan tuli untuk melihat dan mendengar apa yang berlaku.

Oh ya, jika ingin melihat 'perjuangan' pemimpin Melayu Pulau Pinang khususnya UMNO, lihat saja kediaman dan kereta mewah milik mereka. Baru-baru ini, ada seorang daripada mereka yang membeli sebuah kondo mewah di Persiaran Gurney (Paragon Gurney) bernilai lebih RM1 juta. Hebatkan pemimpin Melayu Pulau Pinang! 

Kita ingin membaca laporan Utusan Melayu mengenai perkara ini. Atau mungkin pengarangnya dah dapat arahan (perintah) untuk tidak menyiarkannya kerana ia tidak memberi 'kelebihan dan keuntungan' kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan selepas umat Islam berhari raya. Mungkin itu agaknya. 

Sumber - Kuda Ranggi

Friday, July 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Malaysia Negara Diterajui Oleh 3 Orang Perdana Menteri??

Wa tak tau apa persepsi peribadi luorang, tapi bagi wa memang negara kita ni dah macam ada 3 orang PM.



Atas kertas memang Najib Tun Razak namun dah lama orang pertikaikan keputusan keputusan beliau yang lebih bersandarkan kepada kebenaran Rosmah. Dah banyak gambar dan peristiwa yang dapat menerangkan  duduk perkara ni dengan lebih jelas. Akhirnya jadilah Najib Menteri yang menjaga hal ehwal manita kerana mungkin jawatan tu kurang glamour bagi Rosmah.




Tapi ada lagi sorang yang rupanya lebih penting dalam menentukan halatuju negara. Siapa lagi kalau bukan Che Det yang wa rasa memang kemaruk untuk terus mengekalkan kuasa. Perlu diingat serangan yang dibuat keatas Pak Lah sehingga beliau ugut dan keluar dari Ameno tak lain dan tak bukan ialah kerana Pak Lah gagal mengikut apa yang disarankan oleh Mahathir.

Begitu juga Najib yang ketika itu play safe dan enggan menggugat Pak Lah turut menerima tempias tempelakan Che Det dan dianggap tidak mempunyai mileage untuk menyandang jawatan No 1 Malaysia.

Hari ini sekali lagi Che Det membuktikan yang beliau masih memegang tampuk pemerintahan Malaysia apabila membuat pertemuan dengan Presiden Republik Czech. Umum mengetahui pertemuan itu bukanlah sebuah pertemuan bekas rakan sejawatan tapi ianya merupakan perbincangan kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan. 

Weyh, apa portfolio yang dipegang oleh Che Det ni sehingga dia boleh mewakili Malaysia dalam hal hal berkaitan ekonomi dan hala tuju perdagangan?? 

Sedangkan dalam laporan yang sama turut mengatakan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut berada bersama Che Det hanya berstatus menteri pengiring. Seorang menteri menjadi pengiring kepada yang bukan menteri ?? Apa punya pelik ?? 

Bukankah sepatutnya perkara perkara yang berkaitan dengan perdagangan dua hala antara dua negara ini diwakili oleh PM atau setidak tidaknya oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa?? 

Makin pelik dengan senario politik BN ni .. kasi tumbang la weyhh ...

Wednesday, July 4, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Isu Hudud Johor : Realiti Beserta Fakta Bergambar

Mula Mula ..
|
\/

Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh
|
\/

Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek 
|
\/


Namun, Di Back Up Mufti Pahang 
|
\/



Malangnya Di Tepis Jawantankuasa Agama 
|
\/


Sebabnya Bos Dah Bagi Taau Awal Awal
|
\/


Maka .. Inilah Pengakhirannya .....
|
\/

Monday, June 25, 2012

TAGGED UNDER: ,

Air Asia : Kenapa Kerajaan Malaysia Rela Untuk Terus Diperbangangkan Oleh Tony Fernandes ??


Dari hari pertama, Tony Fernandes telah memanipulasi undang undang Malaysia beserta pengamal perundangan hanya untuk kepentingannya, dan setiap kali dia mendapat apa yang dia inginkan, dia menjadi semakin angkuh dan sombong.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri telah menghentikan amalan penipuan harga yang meletakkan digit akhir ".99" yang mempengaruhi rakyat untuk berfikir bahawa sesuatu itu lebih murah dari harga sebenarnya. (beza RM7.99 berbanding RM8.00, sedangkan angka 7 diberi font yang besar dan .99 dengan font yang jauh lebih kecil - pent.). Namun Air Asia telah mengiklan tambang sebegini sepanjang masa dengan sewenang wenangnya. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan garis panduan dimana semua restoran, hotel dan syarikat penerbangan perlu (baca wajib) menyenaraikan senarai harga terperinci, namun untuk lebih sedekad Air Asia mengiklankan ilusi tambang murah dengan tidak menyatakan banyak caj caj lain yang tersembunyi. Juga, berjuta ringgit duit penumpang 'dirompak' akibat pembatalan penerbangan dengan tidak memberikan apa apa pampasan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Kewangan telah membuat semakan, menilai dan memutuskan jumlah cukai lapangan terbang dan caj lapangan terbang yang perlu dibayar. Air Asia enggan membayarnya selama bertahun tahun dan dengan secara terbuka melanggar undang undang yang telah diwartakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Pengangkutan telah menyelia dan meluluskan Pelan Induk KLIA, sebaliknya Air Asia dapat 'mengatasi' dan mendapatkan LCCT yang dibina mengikut tempat yang mereka kehendaki, sudah pastinya dengan wang pembayar cukai. Tidak lama kemudian, mereka merungut tentang lokasi yang dikatakan tidak cukup bagus. Mereka inginkan sebuah lapangan terbang dibina di Negeri Sembilan tanpa memperdulikan risiko bahaya pada kawalan udara kerana berada berdekatan dengan hub penerbangan terbesar di Malaysia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar telah mengeluarkan garis panduan pembangunan KL Sentral sebagai hub laluan rel-udara, dan unit kediaman mewah bertujuan untuk menarik pasaran global. Namun Air Asia 'berjaya' menempatkan sistem pengangkutan bas tambang rendah tanpa memperdulikan bantahan oleh pemilik aset asing (pelabur), pihak ERL dan yang lain lain pihak yang telahpun mengeluarkan pelaburan yang bernilai jutaan ringgit. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Khidmat Penerbangan Udara Untuk Kawasan Terpencil MAS telah 'dirampas' dari rakyat Sabah dan Sarawak oleh sebuah syarikat milik swasta yang diberikan nama FAX. Syarikat ini telah memberikan beban yang tidak tergambar pada rakyat dengan sikap mementingkan diri dan amalan polisi yang sangat ketat. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) diakui telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia atas usaha mereka untuk menjadi yang terbaik di dunia dalam berbagai bidang. Tetapi malangnya di Malaysia, ia telah dibuli, diperkotak katikkan dan dirompak oleh syarikat Air Asia tahun demi tahun. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Malaysia Airlines (MAS) sentiasa menjadi mangsa serangan dan perlecehan oleh Tony Fernandes tanpa menghiraukan fakta bahawa MAS yang berdaftar dengan IATA dan tertakluk pada piawaian penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan kebangsan itu tidak boleh mengamalkan jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Air Asia. Dalam beberapa minggu, beberapa laluan MAS yang menguntungkan seperti Surabaya telah 'dikorbankan' dengan memberikan penguasaan mutlak kepada Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

FlyFirefly.com (FireFly)  sangat berjaya secara kewangannya, dengan menyediakan rakyat Malaysia kadar tambang mampu dan mudah diantara Semenanjung dan Malaysia Timur. Ia juga telah menjadi mangsa korban kerana dianggap menjadi ancaman kepada monopoli 'umpan tambang murah' yang menguntungkan bagi Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE) membelanjakan jutaan ringgit untuk membina fasiliti Penyelenggaraan Pembaikan & Baik Pulih Pesawat (MRO) milik bumiputera yang pertama di Malaysia, di atas janji Air Asia untuk menggunakan khidmat mereka. Sebaliknya kemudian, Air Asia menandatangani perjanjian dengan Singapura dan ini bermakna SAE beserta MAS benar benar dipermainkan. Sejumlah besar tunai kini mengalir ke Singapura. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd telah diberikan janji yang pasti bahawa ia akan menjadi hub utama untuk Air Asia, namun setelah berjuta juta ringgit dikeluarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuan pelaburan, akhirnya janji itu tidak ditunaikan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kerajaan Negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan sebagainya telah menerima berbagai bagai janji dari Air Asia namun tidak satu pun yang dikotakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Rakyat Malaysia yang patriotik telah disajikan propaganda bahawa Air Asia adalah satu kebanggaan negara. Dalam masa yang sama, Air Asia telah mengkritik dan memalukan syarikat syarikat berkaitan kerajaan yang terbaik termasuk kementerian kerajaan secara terbuka melalui serangannya dalam internet. Watak utama yang dijadikan sandaran oleh Tony Fernandes adalah seorang wanita Singapura, dan segala perbelanjaan MRO telah dialirkan ke Singapura. Sekarang, syarikat Air Asia membuka Ibupejabatnya di Indonesia dan tidak diragukan, berjuta ringgit juga akan mengalir kesana. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kesemuanya ini hanyalah sebahagian kecil dari keadaan yang sebenar - untuk lebih 10 tahun rakyat Malaysia terlalu takut untuk bersuara disebabkan oleh adanya hubungan yang teguh antara kaki putar belit dan pakar manipulasi. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Sampai bilakah ianya akan berakhir??


Nota :

Artikel diatas adalah terjemahan bebas dari artikel ZAM : Air Asia Gains, Rakyat Loses

Nota Kaki :

  • weyh ZAM, lu masa duduk dalam kabinet apsal tak bersuara? akai letak mana masa tu woih.?? Lu kalo masa jadi menteri pon duduk dendiam genggam telo, jangan la masa ni lu salahkan rakyat tak bersuara. 
  • Sape yang kasi naik Tony & Air Asia ?? Master lu laa Che Det
  • Sape yang kasi jaga kepentingan diowang?? Master lu jugakk .. Pak Lah & KJ 
  • Sape yang takut pada Tony sampai kena bina airport KLIA2 bila Tony gertak nak pindah Jakarta ?? Master lu la pun .. sape lagi kalo bukan Najib.
  • Lu tak payah gebang sana sini laa .. FAX sape control ?? Rafidah Aziz .. lu punya suku la jugakk 
  • Abih tu sape kaki putar belit dan sape pakar manipulasi ? Siapa lagi kalo bukan sedara sepusat sepusing lu 
  • Apsal Kerajaan Malaysia senang sangat dibuli oleh Tony & Air Asia?
  • Ni semua sape nak jawab weyh ??
Memang wajib kita tukar kerajaan jika kita serius nak membasmi semua ketirisan yang berlaku. Baru kita boleh jawab semua persoalan kat atas .. selagi BN masih menjarah kuasa .. tak ke mana le jawabnyaaa .. semua simpan bawah karpet sampai reput.

Monday, June 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

2 Foto Dari Borneo, Weyh Sape Nak Jawab Ni ??


Hati hati bila memilih dalam PRU, jangan terus ditipu oleh biawak yang bertopengkan manusia. Pengundi bagi mereka hanya fixed deposit untuk terus kekal berkuasa, namun setelah kuasa ada ditangan, nasib pengundi terus diabaikan .. foto dibawah ini menceritakan kisahnya.


Ini terjadi di pedalaman negeri Sabah. Rujuk Sumber Facebook



Ini pula foto dari Sarawak . Rujuk Sumber Facebook

Sudah tiba rakyat dari borneo untuk membuka mata dan menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang dipilih oleh mereka saban pilihanraya untuk membantu mereka dalam urusan hidup seharian.

Dikala rakyat ditimpa kesusahan, pemimpin sibuk dengan mengejar pangkat dan mengumpul harta. Dan mereka hanya menunjukkan muka diwaktu sudah hampir dengan pilihanraya, untuk sekali lagi merayu agar rakyat mengundi mereka .. cukup cukuplah ... jom tumbangkan rejim yang angkuh kerana sudah tiba masa untuk satu perubahan. 


Wednesday, June 13, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Diragut, Diheret Tapi Cuma Dilihat

AKIBAT RAGUT: Mangsa menunjukkan luka di sikunya dalam kejadian tersebut.


Wanita diragut, tapi lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton


SIBU: Lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton ketika seorang wanita berpaut pada beg tangannya sambil diheret peragut, pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berketurunan Cina merupakan seorang ibu berumur dalam lingkungan lewat 40-an baharu sahaja keluar dari keretanya untuk ke sebuah poliklinik di Jalan Oya di sini.

Menurut saksi wanita yang baharu keluar dari poliklinik tersebut, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangannya, namun mangsa bertindak memeluk erat beg tangannya pada dadanya.

“Saya hairan kerana orang ramai yang berada di kedai kopi berdekatan tidak seorang pun mahu membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa dengan dua peragut di situ,” kata saksi yang enggan dikenali.

Wanita terbabit yang kurang jelas pendengaran selepas telinganya dirawat di poliklinik pagi tersebut, pada awalnya memikirkan ada orang sedang bergaduh di kawasan berkenaan.

Mangsa mungkin ada menjerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun orang awam tampil membantunya, katanya.

Menurutnya lagi, seorang lagi rakan suspek yang menunggu di atas motosikalnya dekat situ turut menuju ke arah mangsa kelihatan seolaholah mahu memukul mangsa dengan topi keledarnya.

Mungkin kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa melepaskan begnya kepada dua peragut tersebut yang terus memecut lari dari situ.

Mangsa bukan sahaja menanggung kerugian wang tunai, kad ATM dan beberapa dokumen peribadi penting, namun juga mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku dada, lutut dan kakinya akibat diheret sejauh 20 kaki di jalan di pusat komersil di situ.

Hanya telefon bimbit mangsa yang terjatuh dari beg tangannya semasa pergelutan itu dijumpai semula oleh mangsa.

Saksi berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana sedang mendukung anak kecilnya.

Mangsa kemudiannya ditemani oleh saksi pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden tersebut.


Sumber 

Nota: Weyh.. Bila dikatakan negara ini aman dari jenayah, wa susah nak tune kan pemikiran untuk bersangka baik. Sebabnya setiap hari bila baca dari mana mana media, pasti ada je cerita jenayah disana sini. Bunuh, rogol, rompak, culik, dera, samun, belasah berkumpulan dan perbagai kegiatan jenayah yang lain, semua dah jadi macam makanan hari hari. 

Apakah definasi aman dalam kamus KDN??

Tuesday, June 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Nostalgia : Siapa Kata Demo Bukan Budaya Orang Melayu??

Kuala Lumpur. Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu "

Melaka. Sepanduk : "Zalim Itu Binasa"


Demo oleh Melayu Kelantan menentang Malayan Union
Demonstrasi secara besar besaran ini dilaporkan berlaku pada Februari 1946. Menurut akhbar MAJLIS (9/2/1946), perhimpunan itu dihadiri sejumlah 36,000 orang melayu Kelantan manakala akhbar SERUAN RA'AYAT pada hari yang sama telah melaporkan kehadiran seramai 65,000 orang.  

Nota : 

Rakyat Kelantan memang dah bijak dalam politik dan hak mereka sejak sekian lama.. syabas betta

Kalau Rais Yatim dah ada pada ketika itu sebagai menteri, mungkin akhbar MAJLIS akan melaporkan hanya 3277 orang saja yang hadir, termasuk jurugambar dan pasukan cheerleaders.. kah kah kah


Perarakan anggota API, AWAS & GERAM di Melaka menentang Malayan Union. Demonstrasi ini diadakan setelah gabungan politik berhaluan kiri selesai mengadakan Sidang Kongres di Melaka.

Nota: pada manusia manusia yang berkepentingan yang sesuka hatinya mengatakan demonstrasi bukan dari budaya melayu/malaysia, sila buka mata dan jangan pekakkan telinga. Demo itu hak yang terjamin dalam perlembagaan yang bertunjangkan demokrasi .. bukan sebab demo tak kasi ..err.. demo lo ni doh tok supo mulo .. kah kah kah kah


Monday, June 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

PPP Minta Taraf Bumiputera Pulak Dah .. kah kah kah


Weyh ..
ini mesti sebab dia jeles mamak mamak Penang tu semua bumiputera
Mamak kat Kedah plak boleh jadi PM
kah kah kah kah 

Bro Kamaraj & The Gang..
Luorang sudah salah masuk parti laa
Sepatutnya luorang register jadi ahli ameno
automatik luorang akan jadi melayu ..
tak caya tanya geng geng Sabah
atau lagi senang tanya Ridhuan Tee
sangat melayu dari melayu ..
kah kah kah kah kah

Kalau sudah semua orang bumiputera
Apa guna ada perkataan bumiputera?
Dulu ada gak la Bank Bumiputera tapi dah kaput
mungkin nanti hanya tinggal member wa Bumiputera Berjaya
dan kumpulan legend Bumiputera Rockers
errr .. Seribu Tahun Takkan Mungkin
kah kah kah kah kah

Nota:
2-3 hari ni apsal PPP banyak buat lawak sengal? apakah ini petandanya yang PPP akan tinggal kenangan untuk jadi bahan lawak dikemudian hari?

Nak gak tengok kalau kalau Perkasam, Waris Jari Hantu, Zul Kulom, Ahsang Jati Jalur 3 suku berdemo. Weyh .. itu PPP sudah usik pasal status bumi .. luorang apsal senyap? batu kena picit ka ? kah kah kah kah

Sunday, June 10, 2012

TAGGED UNDER: , ,

PPP Bedal Ameno - Wahai Perkasam Sila Demo Sekarang .. kah kah kah

Sumber : Malaysiakini

Hanya disalurkan pada parti tertentu?
tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkan?
kah kah kah kah

weyh .. lu tak cakap pon satu malaya sudah tahu
TEKUN memang bawah ameno
sape yang nak mintak bantyuan TEKUN kena isi borang ameno
kawan kawan, sedara mara wa ramai yang tak lepas
sebab taknak isi borang amennuuu...
luorang dari PPP pon takkan kena isi borang ameno kot??
kah kah kah kah kah 

Wahai Perkasam ..
ini bukan DSAI yang cakap
ini bukan kenyataan Lim Guan Eng
ini dari lubuk BN
kalau luorang non partisan macam yg luorang selalu teriak
sila demo sekarang ..
batu sudah hilang kaa ?
kah kah kah kah kah

Chandrakumanan ..
Moohyidin Yassin baru berura ura nak letak lu jadi calon
kemungkinan besar kat Parlimen Batu
dengan kenyataan lu yang bernas ni ..
tak mustahil lu akan terus jadi batu selama lamanya
kah kah kah kah kah

TAGGED UNDER: , ,

Satu Kesimpulan Yang Jelas.. err Kayveas Memang Bodoh .. kah kah kah

Sumber : Malaysiakini
Memang bagus Ameno BN bela orang orang gini. Terserlah kebodohannya. Apa kaum kaum dari gerombolan ni asik skodeng pompuan cantik je ke? Sampai isu dakwat kekal pon nak kait pompuan cantik .. apa barang neyh? 

Lagi satu bukan 3 bulan la samdol, 3 hari je .. dan untuk orang Islam dah diputuskan boleh dibawa solat. 

Wa cadangkan Kayveas ni dilantik jadi menteri wanita ganti ah jib .. sebab dia peka dengan keinginan pompuan yang menjaga kuku.. tak pun wujudkan kementerian nikah kahwin macam cerita musang berjanggut, supaya dia dapat buat satu guideline supaya pompuan yang jumpa boyfriend mesti warnakan kuku masing masing ...

kah kah kah kah kah 

Nota : 
Kesian PPP ada presiden tahap baham tanah gini
weyh.. bukan dia baru lepas kena saman kaa? so cemana nak jadi calon? 
tapi takpe .. BN memang ramai badut, memang tak mengherankan pon 
kah kah kah kah kah


TAGGED UNDER: ,

Najib kata, RM50 bilion tolak Rm5 bilion negara jadi bankrap?????

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

DSAI berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.

"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Wednesday, June 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Aaaa .. Free ? kah kah kah kah

Liow: I got my number plate free of charge - Sumber


Selepas beberapa hari dok balik tirai
sebab tak dapat nak jawab isu beli no. plat
tetiba mamat ni ngan eksyen isytihar
nombor plat yang jadi kepunyaanya tu
tak perlu disebarluaskan isunya
dek kerana beliau dapat dengan kadar percuma
wuhaiiii .. terlopong wa
kah kah kah kah 

Pasai apa plak boleh jadi free ?
ada hubungan istimewa ke dengan JPJ ?
ada back to back agreement ke ?
ada sponsor dari memana kot?
berbuih la lu nak menjawab
kah kah kah kah kah

Kalau dia kata ada korum sponsor
makna SPRM kena siasat
mana boleh tetiba dapat free
RM24, 200 tu skit ke kalo nak sesuka je bagi ?
kalo isu kek pon SPRM tungganglanggang kejar
ini plak sejumlah wang yang besar ..
gaji purata rakyat Malaysia setahun tu ..
perghhh ...

Apa yang pasti .. inche liow dah korek lubang sendiri
tak payah nak susah susah debik
macamana orang yang semacam beliau boleh dapat free
sedangkan Sultan Johor pon kena bayar setengah juta
apa lebihnya beliau untuk dapat percuma ??
mampoih mca ..
kah kah kah kah

Tuesday, May 22, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Wahai Inche Ismail Sabri, Lu Apa Cerita ??


Kerajaan BN tidak beza kepentingan kaum ? kah kah kah kah

Weyh , mata wa salah baca ke ? ..

PENANTIAN SELAMA 40 TAHUN PELAJAR DAN IBU BAPA DI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KEMAYAN DAN LADANG MENTERI TRIANG BERA BERAKHIR APABILA BANGUNAN YANG BARU DIBINA KERAJAAN SEJAK 2008 TELAH SIAP, MEMBABITKAN PERUNTUKAN LEBIH RM1.4 JUTA 

Kalau ibu bapa pelajar 40 tahun lepas .. wa rasa 99% dah mendiang .. isk isk isk

Pelajar tu plak .. kalo masa penantian tu bermula baru masuk darjah satu .. sekarang umur beliau dah 47 tahun .. kalo darjah 6 .. dah masuk 52 tahun .. fuyoo ..setia betul diowang menanti peruntukan bangunan baru tu ye ? .. kah kah kah kah

Baguih dok ada janji gini. Kalo janji 40 tahun dulu baru nak start laksana tahun 2008, janji PRU yang akan datang ni kena tunggu tahun 2048 le gamaknya ye ? Cemerlang sungguh .. kah kah kah

Nota: Selagi BN kuat, selama itulah janji hanya tinggal harapan sebagaimana yang berlaku dalam kes ni. Janji ditabur sekadar untuk menyedapkan hati pengundi setiap kali berlaku pilihanraya. Bila dah menang, lu lu .. gua gua.

Tapi bila sebaliknya yang berlaku, apabila BN semakin lemah, apabila pengundi mula celik dan sedar, time tu le baru nak tunjukkan puak diowang lah juara .. bodo piang.

Ini menandakan betapa pentingnya  ada check and balance dalam kerajaan. Bila pihak pembangkang lemah, kerajaan BN buat sesuka hati pak mentua sebelah abah tiri dia .. Bila BN lemah, baru le terhegeh hegeh nak bagi itu ini .. pii rahhhh

Friday, May 11, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Aik .. Umno Shah Alam, Macam Potong Queue Nampak ??

Nota : Satu lagi kemenangan buat PR. selepas berminggu mencanangkan untuk mengadakan bantahan kepada kerajaan untuk pemansuhan tol sehingga kepada cadangan untuk membuat demo bantahan 13 Mei ini, dengan tak semena mena ameno shah alam potong tang korner dengan mengadakan bantahan lebih awal hari ini.


Memula wa nak bina ayat skema, ameno juga rupanya selama ini berasa tertekan dengan kehadiran tol yang cukup membebankan rakyat sekitar Shah Alam dan Klang kerana terpaksa membayar tol sekiranya mempunyai urusan diluar kawasan tersebut.

Ameno juga rupanya bersetuju dengan perjuangan PR yang dilihat lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan segelintir kroni yang mendapat manfaat dari hasil kutipan tol tersebut.

Seterusnya, ameno mungkin merasa amat tertekan kerana habis isu isu rakyat telah/sedang diperjuangkan oleh PR sehingga diowang kekurangan modal isu untuk diketengahkan ...

dah mula ayat tak berapa skema .. kah kah kah 

weyh .. ameno, kalo agak agak nak join jangan le memalu datang sama ahad ni bagi ramai skit majlis, setakat 200 orang je yang berhimpun apa barang, kasi up ribu ribu la, baru kelasss!! err.. ada ke 200 dalam gambar tu ? kah kah kah kah

Kalo teringin nak jadi champion, cari le isu lain, tak yah le tumpang isu orang lain then claim jadi juara, ke luorang memang tak mampu nak jana idea sendiri? .. apsal tak bawak kepala lembu ? kah kah kah ..

Serupa le masa sebelum merdeka, pejuang pejuang kemerdekaan abih diburu british, ameno yang dok bawah ketiak penjajah tiba tiba claim memerdekakan tanah air .. cehhh

So, encik ameno sekelian, tolong le generate isu isu lain yang boleh diketengahkan untuk kebajikan rakyat Selangor demi kepentingan bersama ..owh , wa lupa .. Dr. M kata tak de yang cemerlang dalam ameno ni .. maafkan wa sebab tak teringat ..kah kah kah

Nota : Isu Berkaitan Yang Diperjuangkan Oleh PR


Thursday, May 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Fokus Bhai .. Jangan Hilang Tujuan

Lately, kita dah banyak dilambakkan dengan isu isu dangkal yang ditimbulkan oleh pihak kerajaan seolah olah untuk mengalihkan perhatian kita pada isu yang utama.

Isu keganasan dan rusuhan, Isu sampah oleh DBKL, Isu tangkap peserta Bersih oleh polis, Saman oleh NGO, Fatwa, Panel Siasatan Bebas, Prof Prof Kangkung dan berbagai isu lagi berjaya menenggelamkan isu pemberian wang yang berlambak oleh Safie Afdal pada seorang artis yang begitu hangat diperkatakan sebelum Bersih 3.0

Dah tentu le kerajaan suka dengan keadaan ni, isu yang ditimbulkan bersilih ganti dan kita tanpa sedar terheret untuk terus menari dengan irama diowang. Bukan salah pon bagi kita untuk menjawab tuduhan dan fitnah, tapi kena ada check and balance gak dalam perkara ni.

Skang ni Kak Jat dah boleh tidur nyenyak, lensa dah alih ke tempat lain. Muhyiddin senyum simpul, Shafie Afdal lega, blogger pencacai bersorak.

So, Gesaan oleh 14 buah NGO yang menyokong Bersih 3.0 untuk kita kembali fokus kepada isu sebenar, memang tepat pada masanya.

Isunya bukan sekadar untuk membersihkan daftar pemilih, malah mencakupi genre yang lebih besar termasuklah perkara no 7. Hentikan Rasuah. Apa yang boleh kita katakan dengan pengumuman durian runtuh pada Felda semalam ? Bukan kah ini satu bentuk Rasuah ? 

Memandangkan PM dengan bangga mengatakan  barulah beliau yakin untuk membubarkan parlimen setelah melihat sambutan penduduk Felda pada program tu.. maka sahihlah yang pemberian itu memang semata mata untuk modal pancing undi pilihanraya. Rasuah dulu baru boleh yakin kaa ? Apa punya turr ..

Selebihnya, luorang boleh baca Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

Monday, May 7, 2012

Kenyataan Geli Ketiak Dari Najib Malah Cencorot Pon Boleh Terbersin .. kah kah kah

Foto Cilok Dari BatuvsKayu
Nota : Ini adalah satu bentuk kenyataan yang sangat transgender dari seorang jantan yang suka pakai lipstik .. kah kah kah kah

11.15 PM: Wa datang untuk himpunan Bersih berbekalkan kain pelikat dan berus gigi (sebab niat bermalam di bawah titisan embun)

Malam tu penuh gak le aktiviti dari himpunan spontan, fotoshot, persembahan seniman jalanan oleh Nik Jidan & Black dengan lagu tema Bersihnya, Deklamasi puisi oleh Pyanhabib dan acara makan makan oleh wa ngan member serombongan.

9.00 AM: Sarapan pagi dengan beberapa orang sahabat kat Selangor Mansion, belasah nescafe ngan roti special yang 'world'..

10.00 AM: Lepak kat sekitar Masjid India sambil tengok manusia yang kebanyakannya berpakaian kuning lalu lalang. Sempat gak tengok peniaga yang dah start dikerumuni pengunjung. Member baik wa sempat gi gam tapak kasut (biasak ah.. working class, tapak kasut selalu haus dan tercabut)

11.00 AM: Wa sempat buat shopping baju kat area Mydin, beli baju skuad harimau yang berwarna kuning. Brother yang jual tu kata nyesal tak bawak stok banyak sebab semua size hampir kaput - sold out. Gitu gak ngan beberapa peniaga yang lain .. senada seirama.

12.00 AM: Kembali ke area Masjid India. Waktu ni anggota Unit Amal dah mula berbaris - Ramai yang tumpang sekaki untuk fotoshot - Glamer dah Unit Amal .. wa plak sekadar memerhati kalau kalau ada orang yang wa kenal. Jumpa gak le member dari Masjid Dahlan (orang orang kuat Che Mat Sabu). 

12.30 PM: Ternampak Abe Jak (Kelantan) yang pernah kena fitnah angkat kain depan Puteri Umno. Sempat le berborak dan bertanya khabar.

13.30 PM: Zuhur dan lepas tu dengar taklimat ringkas dari Dr. Zul - Kuala Selangor. Waktu ni crowd memang tahap pecah panggung.. 

14.10 PM: Mula bergerak ke Kawasan Berhimpun di Simpang Jalan TAR - Jalan Tun Perak. Jalan memang tersumbat. Wa berdua terpecah dari 2 orang lagi member (masa ni, terleka je kejap memang terus tak nampak le member tu .. sebab semua pakai baju kuning)

14.30 - 16.00 PM
  • Dapat duduk kat area bersebelahan Jalan Raja Laut
  • Nampak semua golongan masyarakat - Melayu, Cina, India dan Lain Lain - saling tersenyum antara satu sama lain.. bagi wa .. ini .. WOWW .. dan sangat WWOOOWWWW ..
  • Suasana memang dah macam satu pesta karnival rakyat, ada yang berborak, gelak ketawa, tertinjau tinjau ke depan, ada yang duduk, ada yang bergerak cari port, ada yang cari angle untuk fotoshot .. malah ada yang tertidur sambil mengeluarkan bunyi yang misteri .. kah kah kah kah
  • Nampak ketibaan Chegu Bard dan Anwar dari jauh - walaupun tahu memang ada ucapan dari sebelah sana tapi memang sepatah haram tak dengar apa apa.
  • Tetiba wa nampak nun .. polis berlari lari kesana sini .. apa kes? Wa pon mula cari posisi tinjau untuk tengok apa yang dah jadi, tapi masa tu le mata wa tetiba pedih, kulit jadi panas, dan nafas macam tersekat .. laaa .. dah ada perlancaran gas pemedih mata rupanya.
  • Wa mudik ikut jalan Raja Laut sampai ke bangunan KWSP, baru pandangan wa kembali pulih seperti sediakala .. mata berair jangan cakap la, hingus pon keluar tanpa kawalan.
  • Rujuk rakaman wa pada masa tu..
  • Wa stay kat area tu sambil tengok polis seronok main mercun kanister.. Semakin banyak tembakan padahal orang ramai dah semakin berundur. Dari jauh wa nampak ramai yang kena pegang dek mato mato. 


16.40 PM: Wa dapat panggilan dari member wa kata dia dah tunggu wa kat depan Sogo dengan sorang lagi member yang terpecah dari kumpulan tadi. Bila wa tiba kat sana, memang masih ramai yang tengah lepak, namun ramai gak yang wa tengok dah onboard bas metro yang lalu kat area situ. Masa ni kejadian kereta polis langgar orang yang lepak kat sana belum berlaku .. cuma timeline dia dah dekat.

Oleh disebabkan rasa haus pada tahap jingga, wa ajak member member tadi cari port untuk minum air panas. Lokasi tujuan : Doraisamy. Masa lepak kat sini le baru terdengar, ada kereta polis sudah kena terbalik selepas langgar orang kat depan Sogo .. perghh .. selisih.

Member wa sempat tanya mamak kat Dorai tu, hasil perniagaannya pada hari tu, jawapannya ? Kelass .. mamak tu siap kata, kalo boleh ada perhimpunan gitu selalu.. fuhhh .. bengong betul sape yang tak buat biz pada masa tu..

17.30 PM: Polis dilihat masih mengejar peserta peserta Bersih sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Baru & korner ke Jalan Ampang. Tapi semua yang lepak kat dalam restoran tu buat rilek tahap jerung., walaupun hampir semuanya berbaju kuning.. segerombolan polis hanya melewati restoran sambil terjerit jerit ke arah peserta yang kebanyakannya dah jauh dari pandangan.

18.00 PM: Member dapat khabar dari sorang lagi member yang dia kena kantoi dan akan dibawa ke Pulapol. Wa plak amik keputusan untuk balik ke rumah sebab badan dah bau tenuk demam. 

19.55 PM: Wa sampai rumah dengan jayanya.

Gitu lah catatan seharian wa dalam Perhimpunan Bersih 3.0. Dengan berbekalkan kain pelikat dan berus gigi, jadi boleh bagitau wa, kat mana logiknya wa antara yang terlibat dalam cubaan untuk gulingkan kerajaan? biar betik ... kah kah kah kah .. 

Takde sorang pon bawak keris macam perhimpunan Sidang Penghulu Melaka yang menikam gambar Ambiga  atau perhimpunan tibai yang bawak rotan yang juga untuk memangsakan gambar tapi kali ni Anwar..

atau mungkin Najib fikir kehendak rakyat adalah senjata yang lebih ampuh dari water canon & gas pemedih mata ? .. kalo gitu .. wa fikir ada logiknya. Logik yang mengatakan Najib dah kecut ngan kebangkitan rakyat ..malah mana lebih bahaya antara Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dengan kenyataan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir ?? .. wuuhaaiii

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top