Showing posts with label Serantau. Show all posts
Showing posts with label Serantau. Show all posts

Friday, September 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Foto Sekitar Pra-Majlis Keraian Pernikahan Anak Sultan Brunei

Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam.


Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan permaisurinya Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di majlis pra-keraian semalam. Rilek je pakai slack lagi.

Pengantin perempuan : Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah

Pengantin Lelaki : Pengiran Haji Muhammad Ruzain

Keriangan di majlis pernikahan anakandanya yang sebelum ini kali terakhir diadakan pada tahun 2007.

Istiadat oleh Bonda

Ketibaan Di Raja


Senarai dif kehormat masih belum dikeluarkan namun ramai tetamu tetamu kenamaan dan ketua ketua negara dijangka hadir pada hari majlis sebenar ini nanti.




Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 orang anakanda dari 3 perkahwinan.
Majlis kat atas ni cuma rehearsal je. Majlis sebenar akan diadakan hujung minggu ni. Cuma apa yang wa nampak, segala manusia manusia yang hadir dalam majlis ni lengkap dengan pakaian yang menutup aurat berbanding kalau majlis yang sama kat negara ni .. maka akan banyak lah yang nak berlumba lumba untuk menayangkan jambul .. tak gitu ??

Nota : 

Kedua mempelai adalah penjawat awam dan bekerja di dalam sektor kerajaan dimana Puteri Hafizah yang memegang Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan adalah seorang pegawai di Kementerian Kewangan manakala Pengiran Muhammad Ruzaini pula adalah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri.

Puteri Hafizah adalah merupakan anak yang ke 5 pasangan Sultan Hassanal Bolkiah dengan Permaisurinya Pengiran Hajah Saleha.


Saturday, July 28, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Rohingya : Taliban Ancam Serang Kepentingan Myanmar



Jumaat, 27 Julai 2012 Kumpulan Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban (TTP) mengancam akan menyerang Myanmar guna membalas dendam terhadap penindasan terhadap etnik Muslim Rohingya, jika Pakistan tidak menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di Negara tersebut.

Tehreek-e-Taliban dalam satu kenyataan tentang penderitaan Muslim di Myanmar berkata, mereka akan membalas dendam dengan 'menumpahkan darah'.

Jurucakap kumpulan itu, Ehsanullah Ehsan mendesak kerajaan Pakistan menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di Pakistan.

'' Jika tidak, kami tidak hanya akan menyerang kepentingan Yangon tetapi termasuk menyerang rakyat Myanmar di Pakistan satu-persatu di mana-mana,'' katanya dalam satu kenyataan dipetik AFP.

Kedutaan Myanmar di Islamabad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan masalah ini.

Kelompok Taliban sering mendakwa menyerang pasukan keselamatan di Pakistan tetapi kemampuannya untuk melakukannya di luar negara masih dipersoalkan.

Hanya saja, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, terdapat bukti kumpulan itu mendalangi usaha letupan bom di Times Square, New York tahun 2010 dan seorang warga AS-Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.

Sebelum ini, Amerika menuduh Ketua Tehreek-e-Taliban, Hakimullah Mehsud telah membunuh tujuh agen CIA yang tewas dalam sebuah letupan bunuh diri di pangkalan AS di Afghanistan Disember 2009.

Konflik baru-baru ini di Rakhine antara penduduk Buddha dan etnik Muslim Rohingya menyebabkan puluhan orang terbunuh dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mendesak Presiden Myanmar, Thein Sein menangani isu penderitaan etnik Muslim Rohingya sesuai standard hak asasi antarabangsa.

Dalam surat yang dihantar kepada pemimpin Yangon itu, Thein Sein diminta memberi jaminan keselamatan pada etnik Muslim Rohingya sebagai penduduk Myanmar dan menamatkan semua bentuk penindasannya.

Friday, July 27, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Gambar Gambar Bohong Yang Tersebar Tentang Rohingya


Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times



Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto -  Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline 



Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)

Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK


Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan  rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew

Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana. 

Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain .. ciss sungguh.

Wednesday, July 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Foto Buaya Gergasi Yang Berjaya Ditangkap Di Filipina


Bagak gila .. sekali dia ngap, tak sempat nak ngep .. keh keh keh

Saturday, July 7, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Seandainya Saya Bukan Seorang Muslim, Sudah Pasti Isu Warganegara Tidak Timbul

Saya lahir di daerah Arakan, Myanmar. Orang tua saya juga lahir di sana dan begitu juga nenek moyang saya. Terdapat banyak kelompok etnik di Myanmar. Hampir semua merupakan non-Muslim. Majoritinya terdiri dari penganut Buddha, dan beberapa golongan dari mereka adalah Kristian. Namun mereka semua telah diiktiraf dan diakui sebagai warganegara Myanmar.

Orang-orang Kristian ini juga menghadapi berbagai ancaman perkauman di Myanmar, tetapi tidak sehebat seperti yang dihadapi oleh Muslim Rohingya di daerah Arakan (kebanyakan isu perkauman hanya menimpa Muslim Rohingya) . 

Alasannya mudah - kerana mereka bukan orang-orang Buddha. Ada terdapat ramai orang China di Myanmar yang bermigrasi dari China, ketika ini mereka telah diakui sebagai warga negara Myanmar. Ada banyak orang-orang Bangladesh etnik Rakhine, terutamanya di daerah Arakan yang telah mendapatkan kerakyatan Myanmar. Ada banyak orang-orang Hindu yang bermigrasi dari India dan Nepal. Mereka semua ini telahpun diberikan status kerakyatan hanya kerana mereka bukan Orang Muslim.

Ada bukti-bukti sejarah bahawa di sana memang terdapat banyak golongan orang-orang China dan Hindu di Myanmar. Sekarang, dari mana mereka mendapatkan kewarganegaraan Myanmar? Seperti yang saya katakan sebelumnya, ada ribuan orang Bangladesh etnik Rakhine di daerah Arakan yang bermigrasi dari Bangladesh yang diiktiraf dengan rakyat Myanmar. 

Berdasarkan pendapat beberapa orang yang rasis, Rohingya adalah berasal dari Bangladesh kerana bahasa mereka mirip dengan bahasa Bangladesh. Saya ingin bertanya kepada orang-orang rasis itu, begini: 'Apa perbezaan bahasa Rakhine dan bahasa Burma? Bukankah bahasa itu hampir sama? Bahasa Rakhine adalah bahasa yang 80 persen-nya mirip dengan bahasa Burma. Apakah ini bererti bahawa orang-orang Rakhine adalah sama keturunan dengan orang Burma atau orang Burma berasal dari Rakhine? 

Sejumlah orang-orang rasis mengatakan bahawa agama orang Rohingya (Islam) dan kebudayaannya tidak sama seperti kita (warga Burma), bagaimana harus mereka diberikan kewarganegaraan? 

Padahal, mengikut logiknya seperti yang kita semua tahu, ada umat Islam di setiap negara di dunia yang terdiri dari berbagai bangsa dan budaya. Dan ada juga non-Muslim di negara-negara Islam. Contohnya, ada orang Buddha Rakhine di Bangladesh dengan kewarganegraan Bangladesh.

Apakah agama dan budaya mereka sama? Bolehkan alasan bahasa dijadikan faktor penilaian dalam menentukan sesebuah masyarakat itu layak untuk memiliki status warganegara ataupun tidak? Berdasarkan pendapat sejumlah orang-orang yang rasis, kaum Muslimin di Arakan tidak layak menjadi warganegara Myanmar hanya kerana mereka tidak dapat bertutur bahasa Burma. 

Alangkah melesetnya pandangan yang sedemikian, kerana kaum Muslimin yang berpendidikan di Arakan boleh bertutur bahasa Burma dengan fasih. Sedangkan lebih dari 90 peratus orang Rakhine di Arakan tidak fasih berbahasa Burma, malahan mereka bertutur dalam bahasa Rakhine. Di samping itu, sejumlah orang-orang Kachins, Chins, Mons, dan Shans dan lain-lain juga tidak dapat berbahasa Burma. Bukankah mereka warga negara Myanmar? Jelasnya (faktor bahasa) , tidak dapat dijadikan faktor penilaian dalam menetapkan kewarganegaraan penduduk di Myanmar. 

Sejauh yang saya perhatikan, orang Muslim di Arakan tidak lancar berbahasa Burma kerana mereka itu sebahagian besarnya terpencil (diblok) di utara daerah Arakan dan tidak ada pergaulan dan hubungan dekat antara orang Burma dan orang-orang tersebut (Muslim Rohingya). Kebanyakan dari mereka tidak dapat menemukan seorang warga Myanmar pun untuk dilawan bicara dalam bahasa Burma. 

Jadi, bagaimana mereka hendak berbahasa Burma? Kita harus berfikir secara logik daripada sekadar membuat tanggapan sewenang-wenangnya. Tiada pergaulan itu yang membataskannya sedangkan mereka (orang Muslim) yang memiliki hubungan dekat dengan warga tempatan Rakhine, dapat pula bercakap dalam bahasa Rakhine dengan fasih. Malah apa yang lebih buruk, banyak pelajar sekolah tinggi di Maung Daw dan Buthidaung sendiri pun tidak boleh berbahasa Burma dengan fasih kerana mereka diajarkan dalam bahasa tempatan dialek Rakhine walaupun buku-bukunya dalam bahasa Burma.

Selain dari itu, di India, etnik Talim, Telugu dan lain-lain, majoritinya tidak tahu berbahasa rasmi Hindi, apalagi bertutur dengannya. Bukankah mereka warga negara India? 

Di China, bahasa rasminya adalah Mandarin dan terdapat jutaan orang yang tidak dapat menguasai bahasa tersebut. Bukankah mereka warganegara China? Di Thailand, orang-orang yang tinggal di bahagian selatan tidak dapat berbahasa Thailand dengan betul. Bukankah mereka masih dianggap sebagai warganegara Thailand? 

Di Bangladesh, ada jutaan orang yang tidak dapat bertutur dalam bahasa Shudda Basha. Bukankah mereka warga negara Bangladesh? Ini adalah beberapa contoh. Orang-orang yang berfikiran terbuka, logik dan tenang pasti dapat memahaminya.

Di sini, saya ingin bertanya kepada orang-orang yang mengkritik Muslim Rohingya kerana tidak dapat berbahasa Burma secara fasih  'bagaimana mereka dapat berbicara secara fasih dalam keadaan yang mana mereka dilahirkan di daerah Arakan, dan mereka dipinggirkan di sebuah kandang seperti burung?.' Jadi, untuk memenuhi syarat sebagai kelompok etnik, adalah tidak seharusnya mereka diwajibkan untuk sesentiasa menggunakan bahasa yang dominan sebagaimana masyarakat majoriti.

Jadi, kesimpulan dari isu ini , saya fikir satu-satunya "kesalahan" besar bagi mereka - SAYA ADALAH SEORANG MUSLIM!

Aung Min, Muslim Arakan

Sunday, June 3, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Apa Hal Pulak Dengan Singapura Ni ..



Singapura : Rakyat negara ini semakin kaya, dimana lebih ramai menjadi jutawan tahun lepas sebaris dengan China dan India, menurut Kumpulan Perundingan Boston.

17 dari 100 isi rumah di Singapura adalah jutawan, lapor Bloomberg semalam.

Ia adalah kenaikan 14% ke 188,000 keluarga, iaitu nisbah tertinggi isi rumah menjadi jutawan dalam laporan tahunan pengurusan kekayaan ke 12, yang mengkaji 63 pasaran diseluruh dunia.

==================

Wa bangkang laporan Bloomberg ni dan terpaksa memilih untuk tidak bersetuju dengan serta merta.

Sebab Singapura diperintah oleh PAP

Mana boleh maju sampai gitu sekali

Sepatutnya laporan tu kena bandingkan dengan Malaysia, bukan China & India

Sebab Malaysia, taraf pendidikannya lebih maju dari US dan Europe

Sebab Malaysia diperintah oleh BN

Sebab Malaysia diperintah oleh ramai menteri menteri jutawan

Dan sebab paling utama, BN kata .. hanya puak dia je boleh jamin kemajuan ...

kah kah kah kah kah kah 

Nota : Malaysia Boreh

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top