Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Kes Haru Biru : 'Anu' Nya Dibawa Lari Oleh Penceroboh.. Perghhh , Naya ~!!


* Berita ni sebenarnya heboh diperkatakan sejak sebulan lepas, namun dek kerana bulan Ramadhan, wa tangguhkan dulu posting ni sebab nanti luorang ingat wa sengaja nak mensensasikan berita pasal kelucahan melampau plak .. huhuhu.

Lelaki malang yang ada dalam foto kat atas bernama Fei Lin, 41, dari perkampungan Niqiaou berdekatan kota Wenling, dalam wilayah Zhejiang yang terletak di bahagian timur Negara China. Perghh .. panjang lebar plak nak menerangkan lokasi .. nak tau lebih lanjut, luorang tanya lah kat pakcik google ..

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak polis, zakar Fei Lin telah dipotong dan dilarikan oleh pencuri yang menceroboh masuk kedalam rumahnya ketika beliau sedang tidur .. 

Fei Lin dikatakan telah memberitahu pihak polis, beliau sedang tidur ketika sang pencuri memecah masuk kedalam rumahnya dan menyerkup kepalanya dengan sebuah beg, sebagaimana berita yang dikeluarkan oleh CEN/Europics dan juga yang dilaporkan oleh Daily Star.

"Kepala saya diserkup dengan sesuatu dan mereka menanggalkan seluar saya dan kemudiannya terus melarikan diri" ujar Lin "Saya berasa amat terkejut dan tidak menyedari apa apa sehinggalah bila saya terlihat ada pendarahan dan ketika itulah saya mendapati zakar saya telah hilang"

Polis percaya, penyerang Lin adalah terdiri dari mereka yang berasa cemburu pada beliau yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang wanita didaerah itu, bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Lin yang mengaku tidak terlibat dalam apa apa hubungan rambang, demikian menurut laporan Austrian Times.

Pekerja Kecemasan beserta pihak polis telah berusaha untuk mencari semula zakar Lin yang telah dicuri itu namun sehingga kini tidak menemukan apa apa. Pencuri zakar tersebut tidak dapat ditemukan namun polis berkata mereka akan menyiasat sesiapa yang terlibat dalam kes cemburu, menurut laporan TNT Magazines

Laporan asal : Hufftington Post

Agak keliru dengan situasi ni samada nak tergelak atau nak menggelengkan kepala. Curi zakar nak buat hape ?? gamak ke nak makan sebagaimana ada orang orang kat Malaysia yang suka cari zakar harimau ngan buaya untuk meningkatkan aura kengkononnya..   atau nak frame then jual kat pasaran gelap ?? kah kah kah .. pening 

weyh .. agak agak luorang cerita gini nak masuk bawah kategori apa ?? 18SX ke 18PL ?? apa pon tak bleyh .. sampai zakar pon orang nak curi .. hadoiyai .. kah kah kah kah

Tuesday, August 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Diselamatkan Dari Bunuh Diri Tapi Bakal Mati Juga Ditangan Skuad Penembak


Foto foto ini adalah gambaran detik mencemaskan yang terjadi di Wilayah Zhanjiang apabila seorang wanita cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan setinggi 9 tingkat namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai termasuk dikalangan keluarga terdekat.



Anak perempuan beliau dibawa untuk memujuknya dari meneruskan hasrat membunuh diri

Mereka berjaya menghampiri wanita tersebut dan mencapai kakinya sebelum sempat wanita itu terjun

Wanita itu akhirnya berjaya diselamatkan

Pekerja penyelamat telah dihubungi apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Sheng, telah terlihat sedang berada diatas bumbung sebuah bangunan berketinggian hampir 100 kaki. 

Usaha para penyelamat dengan menggunakan anak perempuan wanita tersebut untuk memujuknya berhasil apabila mereka dapat menghampiri wanita tersebut dan mencapai kakinya untuk menghalang beliau dari melakukan terjunan.

Bagaimanapun, alasan atas tindakan nekad wanita tersebut untuk membunuh diri akhirnya diketahui apabila beliau sesudah itu mengaku telah menamatkan riwayat anak saudaranya dengan cara mencampakkan kanak kanak malang itu dari atas bumbung yang sama satu jam sebelum itu.

Sheng, sebelum kejadian itu mengakui bahawa beliau telah terbabit dalam pertengkaran dengan iparnya iaitu ibu kepada anak tersebut, dan telah membunuh kanak kanak tersebut dengan cara menghumbannya dari atas bangunan itu sebagai membalas rasa sakit hatinya. 

Jurucakap polis tempatan melaporkan "Wanita itu mengaku bahawa beliau telah mencampak anak saudaranya dari atas bangunan itu". Dalam laporan yang sama kepada media beliau berkata "Biarpun dapat diselamatkan, wanita itu tetap akan menemui ajalnya namun kali ini dihujung senapang skuad penembak" ujarnya kesal.

Fakta:

Negara China adalah merupakan negara yang mencatatkan kadar bunuh diri antara yang tertinggi didunia dan berada di tempat ke 9 dalam senarai World Health Organisation (WHO).

Dengan kadar kes bunuh diri yang dicatatkan pada 2010 sebanyak 22.23 bagi setiap 100, 000 penduduk, China berada dibelakang negara Latvia, Kazakhstan dan Korea Selatan. Bagaimanapun jumlah kematiannya lebih besar dari mana mana negara berdasarkan jumlah populasi negara tersebut. Jika kadar tersebut dinisbahkan dengan penduduk negara China yang berjumlah lebih 1 bilion orang, maka penduduk yang terlibat dengan perbuatan membunuh diri ini sudah melebihi jumlah 223, 000 orang pada tahun 2010 sahaja.

WHO juga menambah, senarai mereka juga hanya berpandukan statistik yang dikeluarkan secara rasmi yang hanya bergantung pada laporan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China. Mungkin jumlah sebenarnya lebih besar dari yang dilaporkan.

Tahun lepas, Jurucakap Biro Kesihatan Beijing, Mao Yu, melaporkan terdapat lebih dari 2 juta kes cubaan membunuh diri yang dilaporkan setiap tahun dan perbuatan bunuh diri ini adalah pembunuh terbesar bagi rakyatnya yang berusia antara 15 ke 34 tahun.


Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mujahidin Taliban Mendakwa Tembak Jatuh Helikopter Yang Mengorbankan 11 Tentera Musuh



KANDAHAR - Sebuah helikopter milik tentera ISAF terhempas di selatan Afghanistan pada hari ini (16/8/2012), mengorbankan sekurang kurangnya 11 anggota tentara ISAF-Afghan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tempatan - Pajhwok.

ISAF mendakwa pesawat miliknya itu terhempas akibat dari kerosakan, perkara ini juga disahkan oleh jurucakap gabenor Kandahar. Menurut laporan awal, 7 orang tentera AS terkorban termasuk pegawai pemerintah tentera AS, turut dilaporkan terkorban ialah 3 orang tentera boneka Afghan berserta seorang penterjemah Afghan.

Namun dalam masa yang sama, pihak Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) mendakwa bahawa mereka menembak jatuh helikopter musuh itu di sebuah desa di pinggiran Tirinkit, ibukota wilayah Uruzgan.

Jurucakap Taliban, Qari Yusuf Ahmadi melaporkan kepada Pajhwok bahawa Mujahidin menembak jatuh helikopter itu dengan sebuah roket di daerah Chinartu. Semua yang berada dalam pesawat itu terkorban setelah helikopter tersebut dikatakan telah terbakar sejurus selepas terhempas.

Sementara itu, pihak Mujahidin belum melaporkan maklumat lebih lanjut berkaitan operasi ini, ini adalah disebabkan laman web rasmi mereka menghadapi masalah teknikal sejak beberapa hari yang lalu.

Wednesday, August 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pengharaman Total Aktiviti Ramadhan : Episod Malang Saudara Islam Kita Di Urumqi

Kelihatan beberapa wanita etnik Uighur sedang melintas dihadapan polis separa tentera yang sedang membuat rondaan di pusat bandar Urumqi


Pihak berkuasa di Xinjiang telah bertindak mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak berkuasa China di rantau barat laut Xinjiang, telah mengenakan sekatan dan pematuhan awam dalam bulan suci Islam Ramadhan pada semua daerah yang diduduki oleh minoriti etnik Uighur, lapor kumpulan yang berada dalam buangan.

Kerajaan, yang pada awal bulan lalu meningkatkan keselamatan berhubung ulangtahun keganasan 2009antara etnik Uighur dan Han yang mengakibatkan korban sejumlah 200 orang, telah mengharamkan sebarang bentuk aktiviti keagamaan oleh umat Islam di rantau ini, menurut jurucakap Kongres Uihgur Sedunia yang berpangkalan di Munich.

"Mereka telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama 'kumpulan kestabilan Ramadhan' didalam setiap jabatan dan organisasi rasmi, dan mereka telah memilih anggota untuk berkhidmat bagi pihak mereka," ujar jurucakap yang bernama Dilxat Raxit sambil menambah "Pegawai dari setiap jabatan ini perlu berada dan tinggal di setiap masjid, sambil melakukan kerja kerja pengawasan di kesemua lokaliti."

Sementara itu, para guru, profesor dan anggota kepada Parti Komunis yang memerintah dan juga semua penjawat awam di Xinjiang adalah dilarang keras dari menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang bermula dari hari Khamis dan berakhir pada 18 Ogos, menurut Raxit.

"Mereka ditempatkan di setiap masjid pada setiap masa. Mereka ditugaskan untuk membuat pengawasan secara teknologi dan juga pengawasan secara peribadi." tambahnya lagi.

Pengharaman Kepada Pelancong

Seorang petugas yang menjawab panggilan telefon di sebuah masjid di pusat bandar Urumqi berkata, para pelancong adalah dilarang untuk menghampiri masjid sepanjang bulan Ramadhan. 

"Ya, memang benar," akui petugas tersebut ketika ditanya adakah langkah langkah khas dilaksanakan dalam masjid.

"Tiada pelancong yang dibenarkan buat masa sekarang, mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam menunaikan solat," ujar petugas tersebut dan berkata "kita akan lihat apa yang berlaku selepas bulan Ramadhan."

Manakala di bahagian selatan bandar Aksu, polis sedang galak mencari bahan bahan keagamaan "yang dilarang' dikalangan orang Islam yang dianggap melampau dan subversif oleh Beijing, lapor seorang penduduk.

"Mereka selalunya memulakan aktiviti menggeledah pada sebelah malam," beritahu seorang petugas yang menjawab panggilan telefon dari sebuah kompleks apartment dalam bandar.

Restoran yang diusahakan oleh Umat Islam Uighur adalah dilarang untuk menutup operasinya pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. "Berpuasa adalah ibadah bagi orang Uighur" ujar petugas tersebut. "Tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa mereka tidak boleh berpuasa, namun operasi restoran mesti dibuka seperti biasa."

Mesyuarat Ideologi

Raxit berkata, pihak masjid perlu mengadakan mesyuarat ideologi dengan pegawai parti pada setiap hari Jumaat. Ini diadakan untuk memantau reaksi penduduk Uighur tempatan.

Zhong, seorang penduduk dari etnik Cina Han bagaimanapun berkata, pendekatan ini terlalu berat. "memang tidak dinafikan, perbuatan ini salah" ujarnya. "Ini adalah merupakan campurtangan kedalam urusan keagamaan orang lain".

Beliau berkata beberapa buah restoran di Urumqi kelihatannya menutup operasi mereka lebih awal ketika bulan puasa.

"Saya telah pergi ke sebuah restoran milik Uighur, dan mereka hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, " ujar Zhong

Pihak berkuasa China mengenakan sekatan keselamatan di semua bandar besar wilayah Urumqi sejak dari 5 Julai, ulangtahun keganasan etnik Uighur-Han yang mengakibatkan kematian pada 197 orang dan kecederaan kepada beratus ratus orang, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan.

Keganasan

Zhang Chunxian, Setiausaha Serantau Parti Komunis, yang dilantik untuk menjadi "Alat Pembersihan" ekoran keganasan yang melanda pada tahun 2009, telah mengarahkan kesemua anggota polis di setiap penjuru wilayah ini untuk meningkatkan langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kemungkinan serangan dari pihak pengganas, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Xinjiang Daily.

Lanjutan dari peristiwa keganasan tersebut, China telah memperkenalkan kempen Anti keganasan di wilayah yang kaya dengan sumber alam ini, namun disebaliknya etnik Uighur mendakwa mereka menjadi mangsa kawalan politik dan penganiayaan ekoran perjuangan menuntut wilayah autonomi yang hakiki dimana selama ini hak mereka dinafikan untuk sama sama mengecapi kepesatan pembangunan ekonomi dari Beijing.

WUC melaporkan bahawa terdapat ribuan orang Uighur yang kebanyakannya lelaki, didapati 'hilang' semenjak tercetusnya keganasan kaum, ramai diantara mereka yang dibawa ke pusat tahanan dengan hanya sedikit ataupun hampir tiada langsung notis dan penjelasan yang diberikan kepada saudara mara mangsa.

Terjemahan Bebas dari Sumber : Radio Free Asia

Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tragedi: 52 Terbunuh Manakala 46 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Bas Di India


Sekurang kurangnya 52 orang termasuk 2 daripadanya masih bayi terbunuh, selepas sebuah bas lebih muatan terbabas lalu jatuh kedalam sebuah gaung di wilayah utara negara India.

Pemandunya dikatakan hilang kawalan setelah salah satu dari tayarnya meletup ketika melalui selekoh tajam disebuah jalan pergunungan yang terletak didalam daerah Himachal Pradesh, 335 batu ke utara New Delhi.

Lokasi Kemalangan: Kelihatan para pekerja penyelamat dan pihak keselamatan sedang berada disamping serpihan bas yang terjunam ke dalam gaung di wilayah uatar Inida

Kebanyakan penumpang yang duduk diatas bumbung bas yang mempunyai had muatan 42 orang penumpang ini terbunuh serta merta dimana 18 orang diantaranya adalah penumpang wanita.

Empat puluh enam (46) penumpang telah dikejarkan ke hopital dengan 12 orang darinya berada dalam keadaan kritikal. Jumlah kematian dijangka bakal meningkat, mengikut laporan yang dikeluarkan.

Operasi Menyelamat : Para penyelamat sedang mencari mangsa dari bangkai bas yang remuk setelah terjunam setinggi 300 kaki kedalam gaung

Seramai 39 orang termasuk pemandu maut ditempat kejadian manakala 13 orang lagi mati dalam rawatan akibat kecederaan.

Tragedi ini berlaku sekitar jam 9 pagi waktu tempatan ketika sebuah bas milik swasta sedang membuat perjalanan dari Chamba - sebuah daerah pergunungan yang terpencil dimana dilaporkan banyak kemalangan jalanraya berlaku - menuju ke Dulera.

Operasi Bantuan. Mangsa yang maut sedang diangkat kes dalam trak

Mayat mangsa yang telah dikumpulkan diselubungkan dengan kain putih  sementara pekerja pencari dan penyelamat  kelihatan sedang berkumpul dilokasi kejadian.
Sunil Chaudhury, pegawai daerah Himachal Pradesh Chamba, melaporkan, kesemua mangsa telah dikeluarkan dari lokasi kejadian namun pasukan penyelamat masih berada disana.

Empat pasukan doktor telah ditugaskan ke lokasi dimana bedah siasat juga dilakukan ditempat tersebut.

Bas dan serpihannya kelihatan bertebaran di sekitar lokasi kejadian.

Walaupun siasatan punca nahas baru dimulakan, Chaudhury bertegas bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan bas yang padat dan lebih muatan.

Negara India memiliki rekod kematian di jalanraya yang tertinggi di dunia dimana 110,000 orang dilaporkan maut setiap tahun dalam kemalangan yang berpunca dari lebih muatan, melebih had laju, keadaan bas yang dhaif dan keadaan jalanraya.

Terjemahan Bebas Dari Sumber : Dailymail

===///===

Nota: Musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, kita doakan moga moga tidak ada tragedi sesadis ini berlaku dinegara kita. Acapkali kita menghadapi berita nahas yang hampir serupa akibat dari kecuaian manusia dan juga keadaan bas yang tidak diselenggara dengan baik. Moga tahun ini tragedi tidak berulang .. InsyaAllah.

Saturday, July 28, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Rohingya : Antara Berita, Cerita Dan Derita - Artikel Dan Foto

Latuffcartoons
Presiden Myanmar Thein Sein pada 19Julai telah berkata, Orang Islam Rohingya perlu dihalau keluar dari negara dan dihantar ke khemah khemah pelarian kendalian PBB.

Myanmar’s President Thein Sein said on July 19 that the "only solution" to the plight of Rohingya Muslims is to send the country’s nearly one million Muslims -- which is one of the world's most persecuted minorities -- to refugee camps run by United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).  Sumber - RARC


Sedangkan dalam masa yang sama, Perdana Menteri Bangladesh, yang menempatkan kebanyakan khemah khemah pelarian itu pula telah berkata, pelarian Rohingya bukan tanggungjawab negara itu. Ujarnya, Bangladesh mempunyai lebihan populasi rakyat dan tiada tempat untuk pelarian.


Malah dari banyak laporan yang dikeluarkan, memang benar, kerajaan Bangladesh telah mengusir ramai pelarian Rohingya yang ingin menyelamatkan diri dari rusuhan kaum/agama yang berlaku di Arakan, untuk kembali ke dalam perbatasan Myanmar. Ada diantara mereka ditahan ditengah tengah sungai Naf dan diarahkan untuk berpatah balik. 





Foto yang menunjukkan pihak pengawal sempadan memintas bot bot pelarian di pertengahan Sungai Naf dan memaksa mereka untuk berpatah balik atau ditunda ke laut lepas.

Sementara itu, dalam masa yang sama, harapan pada pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi turut berkecai apabila 'ikon hak asasi' itu dikatakan enggan untuk mengkritik tindakan Thein Sein yang seolah olah menggalakkan proses penghapusan etnik.

Malah apa yang lebih mendukacitakan, Suu Kyi seolah olah meletakkan kesalahan ke atas kaum Rohingya apabila meminta mereka untuk patuh pada undang undang imigresen dan menghormati kedaulatan undang undang, persisnya kaum Rohingya adalah kaum pendatang di Myanmar. - Rujuk 

Foto Foto Rohingya

Mangsa yang tercedera ketika menyeberangi sempadan sedang dirawat di Hospital Bangladesh namun akan dihantar pulang semula ke Myanmar kerana menceroboh secara haram.






Senario yang menunjukkan beberapa rumah dan kampung dibakar oleh puak pemberontak kaum Rakhine di daerah Sittwe.

Pihak tentera yang dikatakan turut mengambil bahagian dalam peristiwa pembantaian orang Islam Rohingya

Puak Rakhine ini sedang menunggu sesiapa sahaja yang keluar dari rumah (yang dibakar) untuk dibunuh.. dalam laporan dibeberapa tempat lain mengatakan mereka mereka ini bersubahat dengan pihak berkuasa tempatan Nasaka untuk melakukan rampasan dan rompakan secara terbuka terhadap orang Islam Rohingya. Rujuk Berita - Ar Rahmah



Antara mangsa mangsa yang terbunuh sejak terjadinya cetusan rusuhan kaum/agama di Arakan

Kanak kanak/remaja turut menjadi mangsa apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa dimana keluarga mereka tidak akan diberitahu  di pusat/penjara mana mereka akan ditempatkan. Ramai diantara mereka yang terus hilang tanpa dapat dikesan (dipercayai dibunuh)

Penduduk Islam disana tidak diberi layanan berperikemanusiaan. Mereka diherdik, dihina, dihalau, dan diperlakukan wewenangnya. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh PBB, Rohingya merupakan puak minoriti  yang paling tertindas didunia. Rujuk Harakahdaily


Wajah wajah hampa saudara Rohingya .. kemana lagi arah yang harus mereka tuju apabila dunia atau negara negara Islam khususnya, tidak berjaya untuk menunjukkan jalan keluar yang terbaik untuk mereka. Kepada siapa lagi yang perlu mereka susunkan tangan untuk memohon bantuan ?


Antara Pautan Yang Berkaitan:

Rohingya Arakanese Refugee Comittee
LA Times Blog -


Burma 'creating humanitarian crisis' with displacement camps in Arakan - The Guardians
70 Rohingas pushed back to Myanmar - BSSNews
US urges Bangladesh not to send back Myanmar refugees - AFP
Bangladesh: Open Borders for Refugees Fleeing Burma - Human Right Watch

Nota Kaki: Alangkah malangnya nasib buruk yang menimpa saudara seagama kita di perbatasan Arakan. Tiada tempat untuk dituju, tiada harapan untuk bergantung, kampung halaman pula sudah musnah terbakar dan berpatah balik bermakna hanya mengundang maut. Innalillah.

TAGGED UNDER: ,

Indahnya Ramadhan Pertama Bagi Abdullah, Mualaf Dari Pakistan

"Saya sungguh gembira untuk menjalankan ibadah puasa, yang akan menjadi sebuah pengalaman baru bagi saya," ungkap Abdullah dengan gembira kepada Onislam.

Setelah memeluk Islam sejak enam bulan lalu, Mangat Ram yang sekarang menukar nama menjadi Ali Abdullah, kini menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk pertama kali dalam hidupnya.

Abdullah (34) yang berasal dari padang pasir Thar di selatan daerah Sindh, Pakistan baru memeluk Islam pada bulan Januari 2012, meskipun beliau telah membaca kitab suci Al-Qur'an dan kitab-kitab Islam sejak setahun terakhir.

"Saya menghabiskan Ramadhan bersama umat Muslim (pada saat ia masih menjadi seorang hindu -pent) di sebuah kem pemindahan sementara setelah hujan lebat dan banjir besar menghanyutkan rumah-rumah dan ternakan kami setahun lalu," kenang Abdullah semasa menghadiri undangan acara "Tahib Ramadhan" yang diadakan oleh Dars-e-Quran network, sebuah organisasi sastera yang menjurus dalam bidang pendidikan Al-Qur'an di Pakistan.

"Namun, pada ketika itu, sayangnya saya belum dapat menemukan jalan kebenaran (belum mendapat hidayah -pent), dan kehilangan keberkatan Ramadhan," tambah ayah kepada tiga orang anak itu.

"Tetapi pada saat ini, Saya bersedia dengan keyakinan penuh untuk menjalani ibadah puasa."

Isteri Abdullah dan ketiga anaknya juga telah memeluk Islam beberapa bulan lalu setelah ia meninggalkan kem penempatan ke kampung halamannya.

"Saya kagum dengan semangat dan kegigihan saudara-saudara Muslim saya (pada saat itu), yang sedang berpuasa tetapi tetap terus melayani kami sepanjang hari," kata Abdullah.

"Keadaan itu hampir tidak dapat dipercaya oleh saya," Abdullah terharu atas bantuan dan operasi penyelamatan oleh badan amal Islam pada saat hujan lebat dan banjir besar melanda daerah tersebut, bantuan yang telah menyelamatkan hidup ribuan nyawa tahun lalu, dengan izin Allah.

"Saya sangat terinspirasi dengan cara bagaimana kami diperlakukan di kem pemindahan itu, memandangkan kami termasuk dari golongan kasta rendah (dalam adat Hindu), dan malahan kelas tinggi Hindu pun hampir tak peduli pada kami," kata Abdullah.

Pada saat itu, Abdullah meninggalkan kem penempatan untuk mengucapkan Syahadat bersama keluarganya di sebuah Masjid tempatan.

Bagi Abdullah, yang baru saja memulakan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini, puasa di bulan suci merupakan detik istimewa di dalam hidupnya.

"Adalah bulan suci Ramadhan, yang telah mengubah hidup saya untuk lebih dekat dengan Islam," katanya, "Pada tika Ramadhan jugalah, yang mendorong saya untuk berpikir tentang Islam untuk pertama kalinya di dalam hidup saya."

"Saya terus berfikir tentang kerohanian," lanjut Abdullah, "yang telah menganjurkan Muslim untuk tetap sabar  tanpa makanan, air, dan kemewahan hidup lainnya pada saat sedang berpuasa, bahkan selama waktu ketika tak ada orang di sana untuk mengawasinya."

"Saya bersyukur kepada Allah yang telah membimbing saya ke jalan yang benar," ungkapnya terharu.

Mualaf lainnya turut merasakan perkara yang sama

Sesama Mualaf, Abdul Rahman, yang dulunya dikenal sebagai Bhagwan Das, juga amat bergembira menyambut ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Meskipun ini bukan Ramadhan pertama kalinya bagi Abdul Rahman.

"InsyaAllah, ini akan menjadi Ramadhan kedua saya," katanya, yang juga berasal dari daerah Thar, kepada Onislam.

"Tetapi saya lebih bergembira saat ini kerana saya belum tahu banyak tentang pentingnya dan manfaat ibadah puasa."

Abdul Rahman, adalah seorang petani, yang telah memeluk Islam pada Ramadhan tahun lalu di sebuah kem pemindahan yang dikelola oleh badan amal Islam Falah-e-Insaniat Foundation di daerah Badin.

Beliau baru beberapa kali menjalankan puasa kerana memeluk Islam pada minggu akhir di bulan Ramadhan.

"Saya memiliki sedikit pengetahuan tentang Islam dan Ramadhan pada saat itu," kata ayah kepada lima orang anak ini.

"Saya berpuasa (saat itu), tetapi sejujurnya, ada kekurangan pemahaman dan keyakinan," lanjut Abdul Rahman, "Tetapi, saya telah membaca banyak tentang Islam sejak dari itu, dan sekarang saya memahami tentang pentingnya Ramadhan bagi seorang Muslim."

Selain Abdul Rahman,  Muhammad Ibrahim atau dahulunya bernama George Masih, bekas penganut Kristian yang telah memeluk Islam beberapa bulan lalu, juga kagum dengan bulan Ramadhan.

Awalnya, bagi Ibrahim, beliau tidak terlalu kekok dengan ibadah puasa kerana dalam ajaran Kristian  juga turut mengajarkan amalan puasa (berdasarkan aturan Kristian), namun Ibrahim ketika itu belum memahami makna puasa di bulan Ramadhan. Kemudian Ibrahim mempelajari ilmu tentang Ramadhan untuk memantapkan keyakinannya.

"Untuk memahaminya, saya membaca banyak artikel tentang Ramadhan, baik dalam bahasa Urdu mahupun bahasa Inggeris," kata Ibrahim, yang juga merupakan seorang guru.

"Semakin banyak saya membaca tentang Ramadhan, saya mulai memahami rasionaliti dalam Islam, itulah mengapa, bulan suci Ramadhan memiliki makna khusus bagi saya."

Ramadhan tahun ini telah datang, dan Ibrahim telah bersedia menghadapi ujian yang akan dihadapi selama Ramadhan.

"Saya bersedia untuk menjalankan puasa untuk pertama kalinya," tegas Ibrahim, yang tidak begitu  gusar berhadapan dengan cuaca panas dan waktu yang panjang ketika menjalankan ibadah wajib ini.

"Saya sedikit khuatir tentangnya, tetapi saya yakin bahawa dengan rahmat Allah, Saya dapat mengatasinya."

Ribuan penganut Hindu dan Kristian berlindung di kem-kem penempatan yang didirikan oleh beberapa badan amal Islam ketika banjir besar melanda salah satu daerah terbesar di Pakistan. Badan amal Islam itu juga telah melakukan berbagai aktiviti kemanusiaan dan operasi penyelamatan serta projek pengembangan kehidupan bermasyarakat di gurun Thar, di mana hampur 50 peratus penduduknya adalah penganut Hindu.

Ratusan umat Hindu telah memeluk Islam di berbagai tempat di wilayah Sindh dalam tempoh setahun terakhir, terutama dari kalangan kasta rendah Hindu, yang merupakan golongan majoriti di selatan daerah tersebut. Kebaikan kaum Muslimin terhadap mereka telah menarik mereka untuk mempelajari Islam.

Demikian juga, sejumlah umat Kristian telah masuk Islam sejak setahun lalu di daerah yang berbeza di Punjab, salah satu daerah paling kaya di negara itu.

Meskipun di negara-negara tetangga umat Muslim yang minoriti sering dilanda diskriminasi bahkan perlakuan kejam, umat Hindu dan Kristian yang minoriti di Pakistan tetap diperlakukan dengan baik oleh kaum Muslimin, jika mereka kesulitan maka kaum Muslimin mengulurkan bantuan untuk mereka. (edit Ar Rahmah)

Friday, July 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sedih: Kanak Kanak Sebesar Ini Sudah Terpaksa Memikul Senjata


Di kala kanak kanak dan remaja di Malaysia leka dengan PS2, FB, Shuffle & melepak tak tentu arah, anak semuda ini sudah terpaksa memikul senjata di Syria.

Foto menunjukkan seorang dewasa sedang menenangkan remaja yang terbabit yang kelihatan sangat tertekan setelah beliau menyaksikan ramai pemuda pemuda Syria terbunuh oleh serangan serangan tentera Syria didepan mata.




Demi melihatkan keadaan kawasan kejiranannya di Homs, Syria telah dimusnahkan dan beribu ribu penduduk disana telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Bashar Al Assad .. Apakah pilihan yang tinggal untuk kanak kanak itu selain dari turut mengangkat senjata ?? 

Moga kekejaman di Syria tidak berlanjutan dan semoga rejim yang bongkak dan zalim yang diketuai oleh Bashar dapat dinyahkan dari bumi Syria .. Allahuakbar~!!

Thursday, July 5, 2012

TAGGED UNDER:

Real Hot Wheel Tunjuk Aksi .. Ada Berani ??


Manusia ni kalo dah extreme .. bahaya ke hape ke semua dah tak masuk dalam fikiran. Apa yang penting, kepuasan bila dah dapat mengatasi perasaan takut sebagaimana yang selalu diucapkan oleh peminat peminat sukan X-Game.

Terbaru, model permainan perlumbaan kereta Hot Wheel telah diangkat temanya ke alam nyata dengan cubaan untuk mencatatkan rekod dunia Guiness dalam acara Double Loop Dare X-Game 2012 di Los Angeles, US.

Wa cuma terbayangkan cemana kalau tetiba kereta tu hilang momentum masa tengah mendaki 'loop' .. perghhh .. baru betul betul Xtreme bhai .. bersepai .. huhuhuhu

Apa apa pon rekod dah memang tercipta dan luorang boleh saksikan aksi live dari video yang wa sertakan kat bawah.


Dalam masa yang sama, ada gak insiden yang hampir menyebabkan kematian peserta kes kereta tak lepas tanjakan. Tu luorang boleh baca direct dari sumber .. Adios ..


Sumber dan berita yang lebih lanjut -> Dailymail 

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hebat: Huluran Derma Dari Insan Yang Tak Dijangka


Apakah ekspresi pertama yang selalu terfikir oleh akal kita bila melihat insan kelainan upaya seperti dalam foto? Meminta ihsan dari orang ramai yang mungkin bersimpati ? No No No .. never judge the book by it's cover.. tidak semestinya sedemikian sebab apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang kadang kadang orang normal pun bagi macam macam alasan.

Moh kita saksikan foto ke 2 apa yang berlaku sebenarnya ..


heh heh heh .. beliau turut menyumbangkan derma dan ini adalah satu perbuatan yang menyentuh emosi sentimental wa ..seriesli .. kalo luorang tak terasa apa apa .. wa cadangkan ..baik luorang pergi cari gua mana mana kat dalam hutan dan berenti jadi orang .. kah kah kah kah

Thursday, June 14, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hebat: Korea Utara Temui Formula Untuk Menggandakan Hasil Tanaman Padi


Berita baik bagi semua pak pak tani negara yang mengusahakan tanaman padi. Pihak berkuasa Korea Utara telah menemui satu formula untuk mempercepat dan menggandakan hasil pengeluaran tani mereka melalui satu cara yang mungkin tak pernah terfikir oleh para saintis dunia. 

Cara ini mereka dapati amat mudah, murah dan boleh diadaptasi kat memana tanpa had dan batasan. Maka ianya boleh lah mengurangkan kos penyelidikan, pengujian dan kos makmal yang berkaitan.

Foto foto berikut adalah program yang diadakan bagi membuktikan teori penemuan mereka itu. Suasana dirakamkan di wilayah Xinyizhou, wilayah barat laut Korea Utara - yang menunjukkan cara cara mereka dengan hanya menggunakan pancaragam untuk menggalakkan tanaman padi supaya dapat tumbuh dengan lebih pantas .. huh ? .. kah kah kah


Dengan memakai seragam tentera, pancaragam ini memainkan muzik yang memberikan inspirasi kepada tumbuhan padi untuk tumbuh lebih subur.


Nyanyian yang dikatakan akan membuat semangat padi terinspirasi untuk tumbuh dan membiak dengan lebih cepat dan menghasilkan tuaian yang lebih banyak.



Selain dari padi, petani petani juga akan turut terhibur dengan persembahan percuma yang diberikan .. oleh pancaragam tentera plak tu .. huhuhu

Ok .. setel .. moh main kat tempat lain plak ....
Putera Charles pernah berkata dalam satu temuramah pada 1986 "Saya baru sahaja bercakap dengan tumbuhan dan ianya adalah sesuatu yang penting .. saya mendengar tindakbalasnya"

Mungkin bertitik tolak dari wawancara itu lah, idea tersebut dicilok oleh pemerintah Korea Utara untuk berinteraksi dengan tanaman dengan cara yang lebih menghiburkan.

So, mungkin kita pon boleh mencadangkan Kementerian Pertanian untuk mencuba formula yang super sadis ni. Apatahlagi dengan penularan budaya k-pop yang semakin fofular dikalangan pemimpin, dengan aksi yang menjolok mata .. mungkin akan membuat tumbuhan tersebut berkembang secara mencanak canak ... kah kah kah kah

Diolah dari Sumber

Nota :
Kugiran gugiran kat kampung pon boleh le cari makan kalo cara ni dipraktikkan .. tapi .. jangan le luorang buat joget lambak plak kat tengah tengah bendang nun ... kena balun ngan kayu den tuan tanah nanti ... kah kah kah kah

Monday, May 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lambang Kasih Seorang Abang


weyh .. dalam brutal brutal pon wa boleh tersentuh hati nengokkan foto ni. Lambang kasih dari seorang abang. Sanggup berkaki ayam apabila adiknya berjalan dan hanya memakai selipar dengan mendukung adiknya. 

Weyh .. ini lah yang perlu disematkan dalam hati belia belia negara .. saling mengambil berat dan sentiasa ada sikap bertanggungjawab .. bukan dengan sesuatu yang melalaikan dan hanya bersifat kosmetik.

Yiehaaaa ~!!

Friday, May 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

Santai Jumaat - Dubai: Transformasi Selepas 50 Tahun



Dubai adalah merupakan satu pusat kegiatan pembangunan yang termashyur di Timur Tengah, dengan pelbagai projek yang bertaraf mega serta menawarkan kualiti kehidupan yang ekslusif serta sebagai pusat membeli belah tanpa cukai yang terbesar didunia.

Tapi tahukah luorang, apa yang dicapai oleh Negara Emiriyah ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan hanya berlaku dalam masa yang sangat singkat. 50 tahun yang lampau, negara ini hanyalah sebuah kerajaan yang hampir tidak dikenali dan penduduknya hanya bergantung kehidupan dengan pekerjaan sebagai nelayan. Unta dan baghal dijadikan kenderaan pengangkutan utama dan penduduk bandarnya hanya membina rumah dari pelepah kurma.

Namun apabila emas hitam (minyak) mula dijumpai di kawasan perairan teluk, transformasi yang berlaku ke atas negara ini amat drastik dan sungguh diluar jangkaan. Ferrari dan Porche menggantikan unta dan baghal, mahligai menggantikan rumah dan pondok, sementara penduduknya menimbunkan wang simpanan dalam bank dengan banyaknya. 

Pengangkutan Air Dubai: Perahu perahu yang pernah menjadi perantaraan penting bagi Dubai yang terkenal dengan perdagangan mutiara. 

Perlumbaan Perahu Nasional kini menjadi acara Sukan Tradisi 

Hub Perdagangan Utama. Berjuta juta ringgit dilaburkan dalam proses pelebaran sungai untuk memberikan laluan pada kapal kapal besar.

Pembangunan Padang Pasir - Bulatan Menara Jam di kejiranan Deira yang suatu ketika  adalah kawasan  yang terpencil dari kawasan  pusat bandar.

Kini - Pembangunan pesat disekitar Bulatan Menara Jam


Mercutanda Budaya - Sekumpulan lelaki kelihatan sedang berehat di Naif Al Souq, pasar tradisi tertua di Dubai
Sebahagian dari Naif Al Souq musnah dalam kebakaran pada tahun 2008, namun  seorang individu yang kaya telah membiayai pembinaan semula pasar tersebut pada tahun 2010. 

Sebuah pasar terbuka yang terdapat di bandar Dubai..
Kini digantikan dengan gedung yang bergemerlapan dan membuatkan bandar itu menjadi pusat membeli belah golongan mewah dari serata dunia.


Kaedah Pengangkutan - Tidak berapa lama dulu, orang Dubai hanya menggunakan unta dan baghal sebagai kenderaan dan sekarang Ferrari menjadi kebiasaan.


Pada tahun 1959 Dubai telah memulakan usaha untuk menjadi hab perdagangan utama dan berjuta-juta dolar telah dipinjam oleh pemimpin ketika itu Sheikh Rahid dari Emir Kuwait untuk mengubahsuai sungai di bandar ini, bagi membolehkan ia menampung kapal besar.

Penemuan minyak pada tahun 1960an telah mengubah lanskap Dubai dan menjadikan ekonominya meningkat mendadak, dan dalam masa yang sama  menarik ramai pedagang untuk berhijrah dan bermastautin disana. Dengan bermulanya eksport minyak mentah, duit dari petrol melimpah masuk ke Dubai dan bermula dari 1973, Dirham menjadi matawang rasmi negara.

Bagaimanapun, dalam tahun 1980, ekoran dari krisis harga minyak, pendapatan tahunan negara telah jatuh keparas yang terendah dan membuatkan kerajaan terpaksa memikirkan cara alternatif untuk menjana kewangan. Pertengahan 1980an, negara tersebut dijenamakan sebagai destinasi pelancongan sekaligus syarikat penerbangan Emirates ditubuhkan. 

Emiriah mengekalkan status bebas cukainya dan menarik lebih ramai orang luar untuk tinggal di Dubai. Pada tahun 1999, salah satu hotel yang tertinggi di dunia dibuka, dan ini menguatkan lagi statusnya sebagai destinasi pelancongan.

Nota : Adoih, nasib baik lah 'Malaysia cuma negara orang minyak dan orang naik minyak'  .. kah kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top