Showing posts with label Sendal. Show all posts
Showing posts with label Sendal. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Kes Haru Biru : 'Anu' Nya Dibawa Lari Oleh Penceroboh.. Perghhh , Naya ~!!


* Berita ni sebenarnya heboh diperkatakan sejak sebulan lepas, namun dek kerana bulan Ramadhan, wa tangguhkan dulu posting ni sebab nanti luorang ingat wa sengaja nak mensensasikan berita pasal kelucahan melampau plak .. huhuhu.

Lelaki malang yang ada dalam foto kat atas bernama Fei Lin, 41, dari perkampungan Niqiaou berdekatan kota Wenling, dalam wilayah Zhejiang yang terletak di bahagian timur Negara China. Perghh .. panjang lebar plak nak menerangkan lokasi .. nak tau lebih lanjut, luorang tanya lah kat pakcik google ..

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak polis, zakar Fei Lin telah dipotong dan dilarikan oleh pencuri yang menceroboh masuk kedalam rumahnya ketika beliau sedang tidur .. 

Fei Lin dikatakan telah memberitahu pihak polis, beliau sedang tidur ketika sang pencuri memecah masuk kedalam rumahnya dan menyerkup kepalanya dengan sebuah beg, sebagaimana berita yang dikeluarkan oleh CEN/Europics dan juga yang dilaporkan oleh Daily Star.

"Kepala saya diserkup dengan sesuatu dan mereka menanggalkan seluar saya dan kemudiannya terus melarikan diri" ujar Lin "Saya berasa amat terkejut dan tidak menyedari apa apa sehinggalah bila saya terlihat ada pendarahan dan ketika itulah saya mendapati zakar saya telah hilang"

Polis percaya, penyerang Lin adalah terdiri dari mereka yang berasa cemburu pada beliau yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang wanita didaerah itu, bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Lin yang mengaku tidak terlibat dalam apa apa hubungan rambang, demikian menurut laporan Austrian Times.

Pekerja Kecemasan beserta pihak polis telah berusaha untuk mencari semula zakar Lin yang telah dicuri itu namun sehingga kini tidak menemukan apa apa. Pencuri zakar tersebut tidak dapat ditemukan namun polis berkata mereka akan menyiasat sesiapa yang terlibat dalam kes cemburu, menurut laporan TNT Magazines

Laporan asal : Hufftington Post

Agak keliru dengan situasi ni samada nak tergelak atau nak menggelengkan kepala. Curi zakar nak buat hape ?? gamak ke nak makan sebagaimana ada orang orang kat Malaysia yang suka cari zakar harimau ngan buaya untuk meningkatkan aura kengkononnya..   atau nak frame then jual kat pasaran gelap ?? kah kah kah .. pening 

weyh .. agak agak luorang cerita gini nak masuk bawah kategori apa ?? 18SX ke 18PL ?? apa pon tak bleyh .. sampai zakar pon orang nak curi .. hadoiyai .. kah kah kah kah

Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Weyh, Ini Bukan Orang Pakatan Yang Cakap


kah kah kah .. siapa yang sebenarnya mudah lupa ni ? (pstt .. wa rasa laa .. bersumberkan foto ni la Najib dapat ilham untuk buat 1 malaysia .. agaknya la .. kah kah kah)

Monday, July 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Gempar: UFO Muncul Di Sunway Mentari



PETALING JAYA: Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.

Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.


Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan. - Mstar

Nota : UFO tu mungkin dapat salah info antara Piramid Giza ngan Sunway Piramid .. kah kah kah kah .. wa sendiri merasa sangat stress dengan entri ni.. tapi apa pun .. rakyat Malaysia sebenarnya sungguh bernasib baik .. sebab kita ada pasukan khas untuk menyiasat ..


Yeah .. Frog In Black sedia untuk berkhidmat ... kah kah kah kah kah

Saturday, July 7, 2012

TAGGED UNDER:

Ancaman Bagi Ramai Orang Tapi SiManja Bagi Segelintir


Hihihi .. kat Pasar Tani Shah Alam, ada peniaga kat situ suka peraga ular sawa dan memang tujuan dia untuk bagi pengunjung yang berminat untuk merasakan pengalaman untuk membelai dan bermesra ngan ular tu .. atau mungkin akan ada yang teringin nak membeli untuk dijadikan haiwan belaan, tapi cam biasa .. yang geli geleman mengatasi jumlah yang berani .. yang berani pun muka cuak macam tak cukup vitamin .. kah kah kah 

Tapi bila nengokkan budak kat foto atas tu ..kemain mesra lagi dengan 'teman sepermainannya'.  Rilek je boleh mandi bersama siap gosokkan kepala lagi .. perghhh .. luorang berani ?? Terus terang .. tobat la wa nak bagi anak wa main dengan menatang ni ..pegang sekejap boleh, bela .. no way .. manja cemana baik pun laaa .. kalau datang angin soprano dia .. sesilap terus bertapa dalam perut ... nangis tak berlagu woo ... huhuhu

Monday, July 2, 2012

TAGGED UNDER: ,

Coretan Askar Jerman Yang Penyedih

Aku seringkali membuat cadangan nama kepada beberapa syarikat dan rakan niaga aku, untuk khidmat terjemahan. Akhirnya, aku biasa bersengkang mata tengah-tengah malam buta, menulis semula atau menterjemah kembali kerja yang dibuat. Sambil itu, kata-kata dan integriti aku, kepercayaan orang kepada aku semakin terhakis sebab mencadangkan mereka yang tiada kemahuan dan kerajinan.

Itulah sebabnya, mereka yang aku kekal berurusan hingga hari ini, mereka yang boleh pakai sahaja. Yang tak boleh pakai, aku rasa baik ambil borang, dan pohon bantuan Azam Niaga daripada Kerajaan.

Pasaran terjemahan di Malaysia agak baik, dengan bayaran yang berpatutan. Aku memberi khidmat kepada pelanggan besar dan kecil dengan saksama, tetapi keutamaan memang diberikan kepada pelanggan besar dengan akaun besar yang membayar dengan pantas.

Aku fikir, rezeki yang ada cukup untuk semua, dan aku berharap ramai lagi yang boleh membuat kerja terjemahan - sama ada dengan aku atau sendiri. Jadi, aku ingin kongsi beberapa perkara yang boleh menolong menjadikan sesiapa penterjemah yang baik:

1. Google Translate hanya untuk mereka yang terencat akal atau berukera

Kalau kau seekor beruk, maka gunalah Google Translate, sebab tangan kau keras dan sukar menaip. Google Translate telah dihasilkan oleh seorang penulis perisian yang mengalami tekanan emosi sebab ibunya dirogol oleh seekor anjing.

Mereka yang menggunakan Google Translate untuk membuat terjemahan samalah dengan seekor berukera yang suka minum air kencing sendiri.

2. BACA DAHULU artikel sebelum menterjemah

Ramai orang yang mahu membuat terjemahan hanya menterjemah perkataan secara individu, tanpa memikirkan konteks mahupun mesej/isi kandungan/pesanan yang ingin disampaikan.

Contoh: After Abu solved the case, he went out to party with Isabella, where they had sex all night long.

Terjemahan Pemalas: Selepas Abu menyelesaikan itu kes, dia keluar untuk majlis dengan Isabella, di mana mereka ada jimak seluruh malam panjang.

Terjemahan Beruk: Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang, TAIK! Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik!

 Kalau kita perhatikan Terjemahan Pemalas, benda paling aku menyampah, penggunaan 'di mana'. Bagi aku, dalam BM, tak wujud perkataan 'di mana' untuk menggantikan 'where'.

Mereka yang menggunakan 'di mana' semuanya Berukera Dari Planet Zargus.

3. Ikut nahu/tatabahasa BM

Nahu atau tatabahasa BM sukar untuk diikut sebab Nik Safiah Karim dan rakan-rakan suka menukar undang-undang bahasa setiap 3 bulan.

Pada tahun 1997, cikgu-cikgu Bahasa Malaysia aku antara panel menetapkan soalan SPM. Mereka diwajibkan pergi kursus bahasa setiap tiga bulan. Setiap suku tahun ini, ejaan banyak berubah.

Contoh: Keretapi menjadi kereta api, kemudian keretapi, kereta api balik, dan akhirnya keretapi sebaik sebelum SPM. Sama dengan jalanraya, lebuhraya, walaubagaimanapun (kadang-kadang walau bagaimanapun). Sebab itu, sampai hari ini, aku selalu pakai 'Namun' dan 'Justeru' sebagai wacana, sebab bila aku tulis 'walaubagaimanapun', aku jadi sangsi.



Jangankan perkataan, nama matapelajaran pun asyik tukar sebab pengaruh ahli politik. Dendam kesumat aku pada ahli politik bermula sejak mereka asyik menukar Bahasa Malaysia menjadi Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia balik, Bahasa Melayu Malaysia dan akhirnya Bahasa Malaysia.

Jika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menukar nama bahasa kita menjadi Bahasa 1Malaysia, aku bersumpah akan mengundi parti pembangkang pada kesemua pilihanraya akan datang. Kini dan selamanya.

Namun (wacana!), ada beberapa undang-undang bahasa yang aku ikut. Pertama, 'dari' dan 'daripada'. 'Dari' untuk masa dan tempat. Dia bekerja dari pagi hingga petang. Dia berasal dari Kuching, Sarawak. 'Daripada' untuk asal-usul dan semua yang lain. Iron Man diperbuat daripada kayu cengal.

Kalau ingin tahu nahu dan tatabahasa yang betul dan terkini, maka beleklah majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa (kalau masih diterbitkan). Kesalahan tatabahasa dalam majalah itu tidak banyak.

Maaf, aku kembali bekerja sekarang. Esok aku harus ke klinik gigi kerajaan sebab (oh, ya, aku kurang menggunakan 'kerana' sebab satu undang-undang yang aku sudah lupa) aku sudah rongak.. 

Oleh Askar Jerman Yang Penyedih - Cilok dari Blog Amir Hafizi

Sunday, July 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Surat Jawapan Tun Madey Kepada Kay Jay



Kepada yang berkenaan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Yayasan Tun Perdana telah menerima sepucuk surat dari seorang manusia yang tidak jelas jantan betinanya tetapi telah mengakui dirinya sebagai Kay Jay. Adalah diberitahu bahawa surat tersebut telah difailkan dalam Pejabat Yayasan. Adalah juga diberitahu isi kandungan telah difahami. Maka surat di bawah ini adalah jawapan rasmi dari Yang Teramat Mulia Pekuda Tun.

Kay Jay,
Sebelum beta... ops... kami meneruskan surat ini adalah dinasihatkan supaya kamu menyediakan kertas tisu atau sapu tangan. Kami sedar bahawa ketika kamu membaca surat ini hingus kamu akan meleleh. Kami tidak mahu surat suci kami ini akan dinajiskan dengan hingus cair kamu.

Adalah kami maklumkan bahawa apa sahaja yang kami tulis di sini adalah benar. Tidak ada apa-apa yang benar melainkan pembohongan belaka yang kami nyatakan sebagai benar.

Sebelum memanjangkan surat ini adalah beta... opps... kami ingin memberitahu bahawa kami tahu semua tidak tanduk kamu. Kami juga tahu bagaimana kamu telah cuba-cuba mengurat ahli parlimen Lembah satu ketika dahulu. Kamu ingat beta... opss.. kami tidak tahu semua ini. Riwayat kamu cuba mengurat ahli parlimen ini telah kami ketahui bukan dari orang lain melainkan dari Tun Musaa sendiri.

Tun Musaa itu dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang agak rapat dengan bapa mertua kamu. Tetapi adakah kamu sedar bahawa Tun Musaa yang mempertahan bapa mertua kamu dengan hujah 'elegant silence' - sunyi yang mengghairahkan - itu sebenarnya adalah mata-mata kami.

Malah apabila kamu mula mengurat isteri kamu sekarang, Tun Musaa telah menyindir kamu. Sila ingatkan kata-kata Tun Musaa kepada kamu: "Kay Jay... you are doing good... not only you work for the boss, you are also married to the boss's daughter...."

Ingat atau tidak akan kata-kata Tun Musaa ini? Kamu jangan jadi Melayu yang cepat lupa. Tun Musa telah menyindir kamu. Pada ketika itu kamu hanya bekerja sebagai pegawai khas kepada timbalan perdana menteri yang akhirnya menjadi bapa mertua kamu.

Ketika Tun Musaa menyindir, kamu yang bermuka tebal buat-buat tidak mendengar sindiran itu. Kamu memang bernasib baik. Muka tebal kamu ini telah dibantu pula oleh kulit kamu yang hitam.

Tahukah kamu kenapa Tun Musaa membuat semua laporan kepada kami? Di sini ingin beta... opps... ingin kami terangkan bahawa kami ada menyimpan semua gambar dan rekod Tun Musaa yang suka bertogel dan suka berompi-pompi. Malah rekod bapa mertua kamu juga masih ada di tangan kami. Jadi di sini kami beri amaran kepada kamu agar jangan kamu cuba mengada-ngada.

Tahukah oleh kamu kenapa beta...ops... kami melantik Tun Dolah sebagai timbalan perdana menteri dan kemudian menjadi perdana menteri? Jangan sesekali kamu silap faham. Jangan kamu anggap bahawa bapa mentua kamu itu memiliki kualiti perdana menteri. Tidakkah kamu sedar bahawa Tun Dolah ini hanya berkeupayan untuk menjadi ketua penanggah jika ada kenduri kahwin di kawasan Felda. Tidak lebih daripada itu.

Adakah kamu tahu bahawa beta... ops... kami melantik bapa mertua kamu itu bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia tidak memiliki keupayaan untuk berfikir. Inilah kualiti yang beta.. .ops.... yang kami perlukan sebagai pengganti beta...ops... sebagai pengganti kami.

Apakah kamu tidak sedar bahawa beta... ops... kami melantik Tun Dolah itu sebagai ‘tilam Dunlop' agar orang ramai dapat terkencing di atasnya. Apakah kamu lupa kisah riwayat sesudah Tun Dolah menandatangani surat Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pemimpin gerakan reformasi pada bulan April 2001 dahulu. Apakah kamu lupa apabila bapa mertua kamu ditanya tentang penangkapan ini dia berkata: "Saya tidak tahu menahu...."

Inilah sebenarnya kualiti yang menjadikan Tun Dolah kami pilih untuk mengganti beta... ops... untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Beta... ops... kami telah merancang untuk menjadikan Tun Dolah ini sebagai ‘tukang ikut' apa sahaja arahan beta... ops... arahan kami. Tetapi kamu dengan licik telah merancang untuk menjadi menantunya walau pun anak Tun Dolah ini bukan ‘taste' kamu. Dari laporan mata-mata, kami tahu ‘taste' kamu ialah gadis-gadis cun, kurus langsing lagi bergetah seperti Altantuya, Ziana Zen atau Maya Kirin. Tetapi kamu sanggup menyeksa batin kamu untuk tujuan politik kamu.

Beta menjadi murka... ops... kami menjadi marah kerana kamu telah menggagalkan semua perancangan kami. Kamu dengan licik telah mengumpulkan kawan-kawan kamu untuk bekerja di tingkat empat pejabat perdana menteri. Secara angkuh kamu kelihatan memiliki kuasa yang lebih dari kuasa bapa mertua kamu.

Jangan ingat kami tidak melihat betapa ganasnya kamu berkempen di pilihan raya kecil Ijok. Ketika itu kamu hanya naib ketua Keadilan ops... naib ketua Pemuda United Malays National Organisation. Dalam kempen di Ijok kamu dilihat rancak dan ganas. Kamu berkelakuan sedemikian kerana kamu telah mendapat ‘kuasa surat nikah'. Dengan lesen nikah ini kamu dilihat begitu berani menibai ke hulu ke hilir.

Kami juga tahu bagaimana ketika di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir kamu telah menggunakan khidmat tiga orang polis trafik bermotosikal untuk mendahului perjalanan kereta kamu. Amat jelas kepada beta... ops... amat jelas kepada kami bahawa kamu telah berlagak sebagai seorang menteri.

Kay Jay,
Peranan kamu sebagai ‘level floor boys' tidak dapat beta... ops... tidak dapat kami maafkan. Biar kami terangkan jenayah yang telah kamu lakukan.

Pada mulanya kamu telah memberi arahan kepada akhbar dan TV agar tidak melaporkan apa yang beta... ops... apa yang kami suarakan. Kamu telah membuang barua-barua.... ops... wartawan-wartawan kami di En Es Ti. Kamu telah menggantikannya dengan seorang jantan yang bernama Ka Li.

Jantan Ka Li yang asal usulnya amat-amat disyaki. Kami difahamkan bahawa Ka Li ini juga bekerja sebagai agen Ah Seng. Mata-mata kami telah memberi laporan bahawa Ka Li ini hanya akan mendengar arahan dari kamu dan dari agen Ah Seng.

Kamu telah menjadi rakan niaga kepada agen Ah Seng ini sehinggakan kamu menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Kontrak-kontrak yang dahulunya diberikan kepada kroni beta... ops... diberikan kepada kontraktor Bumiputera kini telah kamu rembat.

Kamu jangan buat 'dek' macam bapa mentua kamu. Kamu jangan buat-buat lupa bagaimana abang ipar kamu telah merembat semua kontrak-kontrak yang dahulunya akan diberikan kepada ahli-ahli perniagaan Bumiputera yang berkebolehan lagi berjaya seperti Mohzani Madey... seperti Meerzan Madey.. seperti Marryna Madey.

Kamu dengan abang ipar kamu bersama seorang lelaki berketurunan Chingling yang bernama Paprick telah bersubahat untuk merembat harta kekayaan negeri Terangganu. Kamu jangan buat-buat ‘confuse' apabila beta... ops.. apabila kami menggunakan perkataan Chingling. Chingling ialah keturunan China Keling.

Ketika bapa mertua kamu sedang tidur kamu bertiga telah merancang satu projek tipu yang kamu panggil Monsoon Kap di Terangganu. Pada ketika ini negeri Terangganu bawah pimpinan Derih Jusuh. Kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling dan Derih Jusuh telah membuat projek-projek bangang sebagai cara merembat duit minyak Petronas yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Bukan beta tidak tahu... ops... bukan kami tidak tahu projek Monsoon Kap ini bertujuan untuk menandingi Projek F1 di Sepang. Kamu anak beranak telah merosakan kawasan Seberang Takir dan Pulau Duyong. Pekan China di sebelah Pasar Kepayang yang beratus-ratus tahun umurnya itu juga telah kamu musnahkan. Kamu ingin menandingi Projek F1 di mana harga tanah di Sepang telah naik berganda-ganda.

Kamu menuduh beta... ops....kamu menuduh kami merosakkan Kuala Lumpur dengan menghodohkan bandar ini dengan projek LRT dan monorel tetapi apa yang kamu lakukan itu seribu kali lebih hina. Kuala Lumpur yang dihodohkan adalah bandar milik China. Manakala kamu menghodohkan kawasan-kawasan sejarah yang seratus peratusnya milik orang Melayu.

Untuk mengolah persetujuan orang ramai kamu, abang ipar kamu dan Mat Chingling telah mendirikan apa yang dipanggil Taman Tamadun Islam. Projek ini sebenarnya hanya projek untuk merembat duit wang ehsan. Projek bangang kamu ini telah menjadikan kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling ini kaya raya. Tidak cukup dengan ini kamu telah merekrut Jackie Chan dan Michelle Yeoh untuk mengglamorkan projek haprak kamu itu.

Kay Jay,
Beta rasa... ops... kami rasa hingus kamu semakin cair. Justeru kamu jangan merasa bangga kerana dapat mengalahkan putera beta... opss.... anak kami untuk menjadi ketua Pemuda. Mata-mata kami memberi laporan bahawa kamu dengan bantuan Mat Chingling telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli undi.

Muhris anak kesayangan kami telah menangis meraung mengadu kepada beta... ops... mengadu kepada kami tentang kelakuan kamu membeli undi untuk menang. Jangan sesekali kamu lupakan jenayah kamu ini.

Akhir-akhir ini telah sampai ke pengetahuan beta bahawa kamu telah mencadangkan penubuhan satu Tribunal Jenayah Madey Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Beta dengan ini memberi amaran bahawa jika beta dihadapkan ke tribunal ini, beta berjanji ayah mertua kamu juga akan beta libatkan sama.

Beta memberi ingatan walau pun kereta beta tidak memakai angka plat mahal WWW2, ini tidak membuktikan bahawa beta tidak berkuasa dan tidak berdaulat. Kamu jangan sekali-kali mengungkit-ungkit nama-nama tongkang yang membawa 'datuanda' beta ke Pulau Pinang.

Kamu janganlah berangan-angan untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Kamu jangan bermimpi-mimpi. Apakah kamu juga sedang tidur seperti bapak mentua kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara ini. Jika tribunal yang kamu cadangkan ini berjaya diwujudkan maka inilah tanda-tanda bahawa tongkang yang bernama United Malays National Organisation itu akan tenggelam.

Sekian dari beta... ops... dari Yang Teramat Mulia Pakuda Tun.

P/s: Jangan kamu berangan-angan untuk mengambil kerusi selamat di Kepala Batas.

Oleh :
Hishamuddin Rais
Caya lah lu Bro TT
Sumber : Malaysiakini



Artikel Berkaitan: (sila baca sebelum faham kronologi .. kah kah kah)

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hebat: Huluran Derma Dari Insan Yang Tak Dijangka


Apakah ekspresi pertama yang selalu terfikir oleh akal kita bila melihat insan kelainan upaya seperti dalam foto? Meminta ihsan dari orang ramai yang mungkin bersimpati ? No No No .. never judge the book by it's cover.. tidak semestinya sedemikian sebab apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang kadang kadang orang normal pun bagi macam macam alasan.

Moh kita saksikan foto ke 2 apa yang berlaku sebenarnya ..


heh heh heh .. beliau turut menyumbangkan derma dan ini adalah satu perbuatan yang menyentuh emosi sentimental wa ..seriesli .. kalo luorang tak terasa apa apa .. wa cadangkan ..baik luorang pergi cari gua mana mana kat dalam hutan dan berenti jadi orang .. kah kah kah kah

Friday, June 22, 2012

TAGGED UNDER: ,

Santai: Cucu Yang Efisien .. Kah Kah Kah


Situasi : Kamu baru pulang dari sekolah. Nenek kamu sedang menonton televisyen ketika kamu masuk ke rumah

Tindakan: Suruh nenek tutup televisyen nanti duit televisyen sapa yang nak bayar.

kah kah kah
macam macam kelakuan la debudak sekarang
jawapan makin advance dan moden
apa tindakan luorang kalau anak luorang bebetul buat macam tu?
sekadar bersetuju atau kena tempeleng laju laju ?

Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Warkah Cinta Yang Kecundang .. Kah Kah Kah


Quote "Kenapa tak balas ke Awak dah Ada perepuan lain kalau Ada cakap lah Ada kan senang. saya tak ganggu Awak lagi sebab saya takut kekasih Awak marah kepada saya ni satu lagi saya nak cakap dengan Awak saya nak Awak tunggu di dalam kelas Awak balik sekolah nanti sebab saya ada hal penting nak cakap kepada Awak kalau Awak betul-betul sayang dan cinta kepada saya balas .... dan kalau awak mencintai saya awak tak payah bergurau dengan sikin kalau saya nampak awak dengan dia senang senang kita putus ok. abang balas . dan saya sayang awak . awak sayang saya tak . kalau sayang tolong balas"

Adoilaaa .. meneliti dari warkah yang syahdu ni, sumpah makan sate 3 cucuk, konfem dari debudak skolah rendah.

Hebatnya debudak sekarang, kekecik pon dah pandai cinta & cemburu .. aicewah .. rasa cam nak sekeh pala memasing ..

Weyh .. luorang pon ada ke gini gini masa kekecik dulu ?

Nota: Ini bukan warkah cinta Shafie Bedal ngan Ratu Botox .. harap maklum .. kah kah kah 

Thursday, June 14, 2012

Chai Ameno Kantoi Lagi Ngedit Foto .. kah kah kah

Edit

VS

Asal
Debudak chai ameno ni
Kalau tak nipu .. tak sah gamaknya
Fitnah dah macam makan nasi
Gebang macam takde akal
Bodoh melantun lantun .. 
kah kah kah kah kah

Monday, May 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pelik Tapi Benar .. Tapi Benar Benar Pelik .. Ke Guane?



Cuba lu orang perhatikan 2 foto kat atas ni. Luorang bebas untuk buat tafsiran sendiri.. terpulang pada penerimaan masing masing. Wa taknak komen atau buat ulasan yang takde kena mengena sebab tuan empunya diri pon tak sebut apa apa.

Salah konotasi boleh membuahkan tafsiran yang bukan bukan.. nanti luorang kata wa kurafat plak .. kah kah kah kah .. padahal menda ni memang jelas pelik bagi wa.. tapi macam biasa.. itu semua Allah punya Qudrah dan `Iradah.

====================================


Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali .........

Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepada tuan rumah .... Allah juga nak tunjukkan pada semua akan Kebesaran Nya ......

Ia berlaku di Taman Setia, Klang pagi tadi .... mungkin disebabkan litar pintas


====================================

Nota: Sekuat dan setegar mana sehelai bendera dan sekeping poster untuk bertahan dalam api yang marak apabila semuanya selain besi dan atap, hangus rentung?? .. erkkk .. again .. wa tak nak berspekulasi .. luorang nilai sendiri


Monday, April 9, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lawak : Apa Buruk Beno Nama Restoran Ni ?


Kalo luorang kena call member then bagitau lokasi perjumpaan kat restoran ni .. cemana penerimaan member tu eh ? .. adakah beliau akan menyangka yang luorang sengaja nak mempermainkan dia .. sekadar melawak .. atau luorang dah masuk air ? kah kah kah kah ..

Kedai ni memang wujud, bukan sekadar anekdot, rekaan atau khayalan wa semata mata ..ini betul betul .. bukan cobaan .. kah kah kah kah

Mamak ni tak reti ke nak tanya bebetul sebelum daftar nama tu ? .. walopon tak sama tapi bunyi memang saling tak tumpah ..ahh .. takyah nak tuding jari kat sesapa .. sebab dek mungkin azimat  papan tanda.. tak sedar sampai 2 bungkus nasi lemak wa balun .. kah kah kah kah

Psst .. ni bukan iklan komersial .. mamak tu tak rasuah wa apa apa pon untuk wa post menda ni .. sesilap kalo dia jumpa wa .. kena debik lagi ada... kah kah kah kah

Tuesday, April 3, 2012

TAGGED UNDER: ,

Santai : Hari Tu Keladi .. Ni Lobak Merah Plak


Weyh .. hari tu wa post pasal keladi bentuk cam kaki - refer post - hari ni wa nak share pasal lobak merah yang bentuk sebijik cam tangan .. memula wa nak ajak luorang ucap "SubhanAllah"..jangan lupa takde yang mustahil..

Lobak merah ni memang sesuai sangat kalo luorang nak tambah power masa menampar mulut mulut yang celupar .. padat dan padu .. kah kah kah kah


Walo pon dedua lobak merah ni datang dari hasil kebun yang berlainan, tapi luorang perasan tak .. dedua membentuk tapak tangan kanan .. tu tandanya kalo nak lempang .. kena pakai tangan kanan .. kah kah kah kah 

Tapi berbeza plak gambar yang last ni .. 


romantik siot .. nampak ala ala 'caring' gitu .. mesti keladi yang hari tu naik jeles .. perghhhh

Saturday, March 31, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Weyh .. Ini Bebetul Keladi .. Bukan Lawak



Sesekali keluar tajuk le plak..

Weyh.. jangan panik .. gambar kat atas ni memang pure .. takde tacap tacap. Menda ni memang keladi cuma luorang berselera ke nak memamah keladi kalo dah bentuk dia cenggini ? Dah serupa kaki betul .. kalo terjumpa dek uncle seekers .. konfem dia kata kaki bigfoot .. kah kah kah kah

Keladi ni jenis boleh dimakan mentah, dituai di Quanzhou daerah Fujian, dan merupakan bahan biasa yang digunakan dalam perubatan China bagi penyakit buah pinggang. Kat sana ia juga dikenali sebagai Akar Shanyao .. 

Moh tengok lagi sekali .. keh keh keh keh 


uish .. lepas wa belek belek .. bila nengok dari angle ni ..cam nak sama lak gambar keladi ni ngan gambar kat bawah .. isk isk isk ... dasat plak kebetulan ni ..saling tak tumpah .. kah kah kah kah kah '

Thursday, March 22, 2012

TAGGED UNDER: ,

Awas : Jangan Gelak Macam Ni


weyh agak agak la ..
luorang kalo nak gelak pon kaver kaver le skit ..
bukan apa ..
takut makhluk kat bawah ni ingat luorang perli dia ... kah kah kah kah kah



Thursday, February 24, 2011

TAGGED UNDER: ,

Selangor Terkini Terbitan Zombie Kuang

Selangor Terkini (depan) yg diterbitkan oleh Alien berbanding Selangor Kini yg diterbitkan oleh manusia 

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkuasa negeri.

Sumber : Malaysiakini   , Tajuk Berkaitan : Akhbar Palsu 

==========================================

Mamat ni buat pelik dah . Dia ngaku turut jadi agen dalam pengedaran akhbar misteri ni .. sebab elok je terletak kat depan pusat khidmat dia kat Dun Kuang nun .. kira cam magik laa .. tetiba je ada . Kalo buku 50 Dalil dulu ada pengarangnya .. tapi yang ni memang tak diketahui asal usul .. jatuh dari langit kot .. kah kah kah kah kah 

Mamat ni berjawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor . Takkan dia tak tau basic dalam penerangan ? Maklumat kena tepat dan bersumber . Kalo idak .. dah setaraf surat layang je .. Takkan tak tau penerbitan cenggitu perlukan permit dari KDN ? so kalo dia sama sama tumpang tui dalam pengedaran akhbar ni .. secara otomatik dia sebahagian dalam penyebaran sesuatu yang melanggar akta .. tak gitu ? KDN taknak siasat ke ? 

Dalam masa yang sama , penggunaan lambang rasmi kerajaan Negeri Selangor pon turut merupakan satu kesalahan .. takkan dia tak tau ?? Bih tu cemana dia leh sandang Ketua Penerangan ? kah kah kah kah

Tapi apa nak heran ye dak ? makhluk dari planet ni semua pon boleh .. kah kah kah 

Asalkan boleh serang Kerajaan Negeri .. berita palsu pon jadi .. 

Nanti dia kata .. Akhbar tu terbit sendiri .. dan puak pencacai pon sambut ngan tepukan gemuruh ..

Macam kes peguam .. Semua tu macam saya .. tapi bukan saya 

Macam Kes TBH .. dia tak dibunuh dan tak membunuh diri 

Macam Kes DSAI .. dia mencederakan diri sendiri 

Sebab Malaysia Boleh ... kah kah kah kah kah 

Tuesday, February 22, 2011

TAGGED UNDER: ,

Kerdau Bakal Jadi Bandar Alien ??

aik .. ni gambar papantanda Stesen Keretapi Kerdau tahun 2005 ..

Temerloh : Pekan Kerdau berpotensi dibangunkan sebagai bandar satelit menjelang 2020 berikutan kedudukannya yang terletak kira kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh dan Mentakab dengan masa perjalanan kira kira 2 jam dari Kuala Lumpur ...

Sumber : Berita Hairan

============================

Gelembong dah mula naik syeh .. kah kah kah 

weyh ..luorang jangan le bagi pepening owang kampung 
Orang Kerdau bukan le macam owang kat Kepong 
Ini mesti idea datang dari grup profesor kangkung
Takkan ngan pakcik makcik tu pon luorang nak kelentong 
kah kah kah kah kah 

Yang tetiba keluar cerita pasal bandar satelit tu pasal hape ?
Takkan sebab alasan dari Temerloh dan Mentakab 20 Kilometer ?
Takkan sebab jarak dia dari kelumpo setakat 2 jam aje ?
Bih tu Bentong, Karak, Lanchang semua luorang nak campak mana ?
kah kah kah kah kah 

Adoih .. ni memang baik punya umpan 
Lagi baik dari projek mee cintan 
Sebab target 9 tahun ke depan 
kalo tak jadi pon .. takde sape nak perasan 
kah kah kah kah kah 

===============================

Bandar satelit ni hape ? bunyi macam pembelit je ... kah kah kah 

Macam macam cara nak kelentong owang kampung 

Profesor kangkung pon mula le create macam macam istilah 

Politik Wang dah lama ganti rasuah 

Rasionalisasi / Pelarasan Harga ... ganti Minyak/Barang Naik 

Sekang Bandar Satelit tu hape ? kah kah kah

Owang kampung angguk angguk geleng geleng .. 

Mulut memasing dah mula lazim ngan perkataan satelit 

Padahal mungkin dia tau satelit yang ada kat luar ruang angkasa tu je 

Humang aih .. kampung kita dah jadi satelit ... kah kah kah 

Denan Yakob kata .. “Arwah tak sempat (untuk menunaikan janji-janji itu), kita kena laksanalah...
“Bukan kerana pilihanraya, tidak... Contohnya, Allahyarham telah menjanjikan untuk membaiki rumah orang yang layak, setiap kampung lima (5) buah rumah. Dia berjanji, ada 100 buah rumah yang hendak dibaiki. Itu kita akan buat segera. Dalam minggu ini kita hendak buat. Sebab itu janji dia.( isu janji baikpulih rumah  masa PRU 12 dulu )

kah kah kah kah ... mujur ada PRK kat Kerdau skang ni

Baru le owang kampung dapat baikpulih rumah ...

Kalo idak .. PRU 13 pon belum tentu dapat .. waima sampai kaput .. kah kah kah

Bab baikpulih rumah owang kampung pon kantoi ... ni nak buat bandar satelit ?

kah kah kah kah .. sakit perot den .

Sunday, January 23, 2011

TAGGED UNDER: ,

Tok Nenek Anak Cucu Tumpang Lalu - Pulak Dah

Labis : Sebaik sahaja proses penamaan calon, Mohd Azahar Ibrahim, 39, tanpa membuang masa terus memulakan kempen seawal jam 2 petang dengan mengunjungi makam Tok Tenang iaitu pengasas Kampung Tenang yang juga berkaitan dengan salasilah keturunannya, di Tanah Perkuburan Islam kampung Tenang, dekat sini sebelum bertemu penduduk di sekitar kawasan Labis. 

Sumber : Berita Harian 

===================

Eermmm .. nak kata apa eh ? luorang ada nak kata apa ? malas betul le bab ni .. sebab owang melayu memang fofular ngan perangai gini ..errmm..  keris, batu, kayu, keramat .. Perkara ni pasti ada polemik yang tak kunjung padam .. sampai semua dah masuk kedalam . Apa yang wa boleh kata .. kalo sekadar nak sedekah Al Fatihah .. boleh je buat dari mana mana .. tak semestinya pergi kubur sebagai agenda utama .. ahhh .. wa malas nak ulas bebanyak .. cuma wa nak share beberapa perkara .

KHURAFAT

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidaah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah SAW.

CIRI-CIRI KHURAFAT
  1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi SAW).
  2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
  3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
  4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
  5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
  6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus 


HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

من Ų£Ų­ŲÆŲ« فى أمرنا هذا Ł…Ų§ Ł„ŁŠŲ³ منه ŁŁ‡Łˆ Ų±ŲÆ

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

===============

Mamat ni ..
mungkin tak berniat sampai memuja
mungkin sekadar kebetulan saja 
tapi takkan tak tau mana yang lebih utama ?
ni sampai jadi tajuk berita 


weyh mamat
jangan buat perangai lahanat 
nanti orang ingat itu yang Islam suh buat 
perkara utama gi kubur keramat
bukan ke lebih afdhal .. buat solat sunat ?


weyh mamat 
cemana pon wa kena pesan 
ada batasan kufur dan iman 
moga lu tau bezakan 
bukan hanya gah nak kejar jawatan 


dah le .. wa stop dulu .. sebab wa dengar .. 
ramai blogger nak bongkar mamat ni punya tebiat .. 
abih tanah kat area tu dia rembat .. 
biasa le kalo umno . banyak musibat .. 
ingat .. dimana umno kuat .. disitu rakyat merempat .

Tunggguuuuuuuuu ~!!

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top