Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kenapa dengan Mahathirisme?


Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali.

Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir.

Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil.

Kelahiran budaya kroni

Sungguh pun Dasar Ekonomi Baru diilhamkan pada sekitar 1970, tetapi di kala pemerintahan Mahathirlah maka munculnya jutawan-jutawan segera. Era 1970-an memberi impak kepada majoriti rakyat miskin khususnya kaum Melayu luar bandar, termasuk peneroka Felda. Era Mahathir menjadikan elit-elit kroni sebagai kumpulan yang didahulukan.

Bagaimana boleh munculnya tauke-tauke besar yang menjadi jutawan segera di zaman Tun M? Selain dari DEB, kemudian dengan Dasar Pandang ke Timur, muncul pula Dasar Penswastaan yang berjaya melahirkan jutawan segera yang menjadi kroni pemerintah.

Dasar Penswastaan ini seakan revolusi di Malaysia hinggakan di kala itu muncul istilah ‘drama swasta’ dalam slot rancangan televisyen. Niatnya mungkin baik tapi amalan dan kesannya buruk sekali.

Konsep penswastaan bagi Mahathir cukup mudah, iaitu dengan menswastakan aset atau milik negera yang sudah pun berjaya kepada pihak syarikat atau individu.

Bermula dengan Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu, Pos Malaysia dan banyak lagi.

Bertolak dari ‘revolusi’ ini, maka secara sistematiknya muncullah budaya rasuah di kalangan kakitangan kerajaan, ahli politik dan ahli perniagaan. Semua ini muncul adalah kerana tumbuhnya peluang perniagaan dan keuntungan ‘mee segera’.

Drama-drama Melayu juga mula terhasil melalui skrip dan cerita yang klise. Karya seni mula dihasilkan dengan ‘template’. Semua kerana ingin cepat mendapat pulangan tanpa peduli pada tanggungjawab moral dan estetikanya.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan lebih awal rupanya hanya sebagai motivasi untuk cepat bekerja, bukan teliti bekerja. Ini jalan mudah yang diambil dan difahami oleh Mahathir. Akhirnya kerja memang siap tapi tak bermutu, yang melaksanakannya pula hanya mahu pulangan yang cepat.

Elemen-elemen Dasar Pandang ke Timur dan Dasar Ekonomi Baru dilunakkan lagi dengan gaya politik assabiyah (perkauman) UMNO dan Barisan Nasional. Maka lahirlah sistem kek ekonomi yang berasaskan pecahan kaum yang diutamakan kepada kroni.

Nilai-nilai Mahathirisme

Akhir sekali, DEB, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan politik assabiyah UMNO-BN telah dipakejkan dengan lebih lengkap apabila semua ini diasiosasikan dengan agama. Hasilnya – kuantiti lebih utama dari kualiti, yang tak boleh dikatakan boleh dan akhirnya mutu kerja hanyalah ‘mediocre’ (lebih kurang).

Maka bermulalah apa yang dikatakan ‘Mahathirisme’.

Bila ditanya tentang kemerdekaan – maka jawabnya hanya UMNOlah pejuang sebenar.

Bila ditanya tentang keadilan – maka jawabnya ketuanan Melayu.

Bila ditanya tentang persaingan – maka jawabnya itu hak keistimewaan orang Melayu.

Bila ditanya tentang seni dan kebudayaan – maka jawabnya budaya Melayu adalah budaya
Malaysia.

Jika ditanya tentang filem, muzik, sastera – maka jawabnya hanya sebagai hiburan yang ringan.

Bila mengkritik UMNO – maka pengkritik itu dituduh menghina Melayu, mengutuk Islam.

Bila mengkritik Mahathir – maka pengkritik dituduh pengkhianat negara yang memalukan negara.

Inilah nilai dalam Mahathirisme.

Cegah sebelum parah

Jika ada yang masih tidak faham lagi, tunggulah sehingga sampai satu masa kelak apabila kata-kata ini “aku berhak kerana aku Melayu” akan menjadi frasa seharian. Ketika itu tiada gunanya lagi kerana kewarasan akal kita sudah hilang entah ke mana.

Mahathirisme adalah fahaman assabiyah bercampur kronisme ditambah pula dengan tidak boleh ditegur serta sikap la’ih dan lebih kurang yang tidak membawa kita ke mana-mana kecuali syok sendiri. Jika diadun pula dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran, maka lengkaplah definisi Mahathirisme.

Kita menolak fahaman Mahathirisme bukanlah kerana manusia itu bernama Tun Mahathir, sebaliknya kita tolak fahaman ini kerana ia amalan dan budaya buruk yang boleh menjerumuskan bangsa Malaysia menjadi bangsa jahiliyah. 

Mazir Ibrahim – Roketkini.com

Sunday, July 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Catatan Karmic: Antara Retorik Dan Harapan


Satu hari bila wa pegi stesen Petronas, sempat wa bersapa dengan mamat bangla yang kerja kat situ, kebetulan wa ada beli kuih karipap dari sebuah gerai tepi jalan yang memang nampak menarik, besar tapi malangnya berisikan 2 ulas kentang yang hanya sebesar terung belimbang. Selebihnya penuh angin untuk membuatkan bentuknya kelihatan kembung (mungkin wa kena belajar teknik ni kalo satu hari nanti wa terfikir nak berniaga karipap). Rasanya ? uhh .. out .. serupa macam kunyah tepung goreng, kesat dan tawar. Wa beli 5 biji sebab dah memang itu pakej yang ditawarkan, 5 biji = RM2. So, bila dah berborak dengan mamat bangla ni, wa teringatkan karipap tu dan terus terasa macam nak offer kat dia memandangkan wa tak dah hilang minat untuk melantaknya.

"Bhaiyya nak karipap tak ? saya ada beli lebih tapi tak berapa sedap, kalau bhaiya nak, saya bagi bhaiyya." (wa memang train lidah wa untuk terus berbahasa seharian bila berborak dengan komuniti lain, sebab dengan cara tu wa rasa diowang akan lebih cepat ikut irama bahasa kita berbanding dengan bahasa ajukan.. bhaiyaa karipap mau kaa? saya sudah bili baanyakk tapi tarak sedapp, kalau you mau, saya bolih kasi).. hantam laa labu, gitu le lebih kurang bila wa dengar ..

Tapi apa yang lebih mengagumkan jawapan dari mamat bangla tu lebih dari apa yang wa jangkakan

"Abang, saya datang Malaysia untuk cari makan, saya doa Allah bagi saya rezeki halal. Sedap ka tak sedap ka, akal saja, perut tak fikir itu semua, suruh isi bila lapar" balas mamat bangla tu yang juga cuba untuk berbahasa melayu seharian tapi dengan lidah yang lebih tebal sambil amik sebiji karipap dan mula mengunyah.

"walaeweyh, bhaiya dah berapa lama datang sini?, bukan apa bhaiya, saya rasa karipap tu memang tak berapa kena dengan selera, dari terbiar tak makan, baik saya bagi bhaiya". kata wa kontrol ensem padahal muka rasa naik sebal dan tebal seiras dengan tar yang wa pijak.

"sudah 1 tahun 8 bulan abang, lagi 1 tahun lebih sikit baru boleh balik kampung, 3 tahun kontrak. Alhamdulillah, sedap jugaa, abang blom rasa duduk sana Bangladesh, mau makan ini sedap pon susah, sana kampung very poor la abang, sini banyak makan".

Toiinggg.. sebijik lagi kena tepat atas jambul wa. Tapi perbualan tu tak terhenti setakat tu, banyak yang wa pertanyakan dan banyak lagi kekaguman yang mengisi fikiran wa. Beliau nak menghabiskan kontrak pekerjaan dengan Petronas dan tak bercita cita untuk kembali ke Malaysia sebab dah target untuk ke Britain selepas tamat kursus berbahasa Inggeris. Dia memang mempunyai ramai rakan serta saudara di England namun kekurangan bahasa yang menjadi penghalangnya dan untuk mengambil kursus tersebutlah beliau datang ke Malaysia untuk yuran dan InsyaAllah lebih dari mencukupi kerana yuran yang perlu dibayar di Bangladesh memang jauh lebih murah.

Nota : Semasa gi England dulu, wa pernah terjumpa dengan seorang Pakistan yang fasih berbahasa melayu, dan bila ditanya, beliau memang pernah bekerja di sebuah restoran makanan di Malaysia selama beberapa tahun, so cerita mamat Bangladesh bukan lah sesuatu yang asing.

Suatu masa yang lain, wa singgah untuk membeli durian kat tepi jalan. Penjualnya kebetulan kaum tiong hwa yang agak berusia padahal kebanyakan penjual durian kat tempat wa ni adalah merupakan orang minang. Sebaik je wa sampai, peniaga tu terus menyapa wa dengan bahasa yang masyaAllah, tunggang langgang.

"apa lulian mau calik? lulian kampong ala, d24, udang melah, itu sana molah - ampat soploh, ini tipi punya mahan skit juan kasi timpang tapi lasa ala magut, manyak liao". Lu sendli kasi pilih laa taukey, mana mau? itu halga blakang boleh kasi kulang". (Nak cari durian apa? durian kampung ada, d24, udang merah. Yang sana tu murah - 4biji 10 ringgit, yang tepi ni mahal sikit, jual cara timbang tapi rasa dia bagus, sedap. Kamu pilih sendiri hendak yang mana satu, harga boleh kurang nanti)

Walaupun mata wa memandang pada longgokan durian, tapi otak wa dah melangkau jauh dari banjaran titiwangsa, sebab apa yang datang kat fikiran wa dah sampai ke kebun durian tu sendiri. Secara otomatik, wa teringatkan kampung wa kat Masjid Tanah yang kebanyakan kaum tiong hwa dia bila bercakap dalam telefon, dah takleh nak beza antara melayu dengan bukan melayu.. silap silap luorang akan bagi salam .. kah kah kah

"uncle, tanya sikit boleh? kampung uncle kat mana? uncle meniaga durian dah berapa lama? Durian kampung ni uncle punya ke?"  tanya wa sekadar untuk berbasa basi.

"Apsat? u tau ka itu sungai luan laub? (Sg Ruan, Raub). Lulian sana la manyak magut, lu tak tau ka? itu lulian memang laub latang tapi mukan wa punya pokok. Ini tawun lulian wa tak belapa jadi".. perghhh susah payah dia nak layan soalan wa.

Dipendekkan cerita, bila nak diperbandingkan antara mamat bangla kat permulaan cerita dengan apek jual durian ni, wa buat kesimpulan betapa malangnya sistem yang ada kat negara kita. Bangla tu baru duduk dan tinggal kat sini setahun lebih tapi mempunyai keupayaan untuk berbahasa Malaysia jauh mengatasi apek jual durian yang wa rasa memang dah bermastautin di negara ini sejak keluar dari perut emaknya.

Bila wa sorot pandangan pada negara jiran kita Indonesia, kita sepatutnya berasa malu kerana mereka tanpa mengira ras dan kaum sangat fasih berbahasa Indonesia malah bangga dengan kerakyatan mereka. Sedangkan kita masih dengan dialek sendiri sendiri, tapi masih dengan tanpa bersalah melaung laungkan slogan 1Malaysia. Dimanakah pengisiannya??

Sebenarnya, mengikut pandangan wa, apa yang kita perlukan amat mudah, sebuah intergrasi tanpa prejudis. Intergrasilah yang membuatkan kita dapat menghilangkan tembok pemisah antara kaum melayu dan etnik etnik yang lain tanpa perlu mengorbankan identiti khusus masing masing. Sebagaimana Indonesia yang entiti tiong hwa nya begitu bangga dengan keIndonesiaannya sehinggakan sukar untuk kita meneka samada mereka datang dari kaum itu dan ini.

Dalam konteks negara kita, melayu terus dibiarkan dengan melayu, cina dikalangan cina dan india terus terbiar dengan indianya biar pun cuba dinafikan oleh pihak parti pemerintahan, namun itu realitinya. Senarionya, kita ada UMNO (united malay), MCA (malaysian chinese) & MIC (malaysian indian) yang menerajui kerajaan. Ditambah pula ada persatuan persatuan mutlak perkauman seperti Perkasa, DongZhao & Makkal Sakti (sebagai contoh). Selagi semua pihak mewakili kepentingan entiti masing masing maka penyatuan 1Malaysia yang dilaung laungkan akan kekal sebagai retorik semata mata.

Sebab tu, amatlah penting usaha untuk mendaulatkan bahasa dijalankan secara serius. Bahasa boleh memecahkan tembok pemisah dan rakyat boleh berbicara tanpa prejudis. Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengagungkan bahasanya sendiri, bukannya English yang tidak langsung mencerminkan bangsa Malaysia. (dengan nota: English boleh dikuasai oleh mereka yang menginginkannya tanpa paksaan)

Pastinya perkara ini tidak dapat kita sandarkan pada kerajaan BN kerana terbukti setelah 55 tahun merdeka, BN gagal secara total untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan didalam negara dan menjadikan ianya milik semua (cuba gi ke estet estet dan kampung kampung cina dan berborak dengan diowang .. perghhh .. macam ayam dengan itik).

Jadi, wa tujukan harapan pada Pakatan Rakyat yang memang setiap parti yang bernaung terbuka pada semua bangsa, jadikanlah Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam setiap agenda, mesyuarat dan perbualan sesama rakyat. Kalau Jepun, Korea dan China boleh menjadi negara maju tanpa mengenepikan kepentingan bahasa sendiri apa kurangnya bahasa kebangsaan yang pernah menjadi lingua franca sedikit masa dahulu (berapa ramai orang cina rombongan Laksmana Cheng Ho yang boleh berbahasa melayu dan akhirnya memilih untuk menetap dan menurunkan warisan Baba & Nyonya) .. yeah .. kita boleh .. jalannya cuma dengan mengenepikan retorik perkauman.

Adios ~!! 

Nota : Hanya Islam yang boleh menyatukan bangsa, bukannya melayu. Yeah .. ~!!




Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Apa Bedebah Punya Statement Ni Mahathir Oih ..

Dah berenti bebawak la luangkan masa dengan cucu weyh


Masuk air mungkin tak berapa tepat untuk menerangkan betapa keliru nya fikiran pemimpin yang menjadi idola kepada Ameno dan BN ni, tapi apa lagi perkataan yang sesuai nak cakap kalo itu yang menjadi kenyataannya kebelakangan ni?

Mamat ni mungkin terlihat selalu menyerang sistem pentadbiran Singapura dengan mengatakan begitu dan begini tapi dalam masa yang sama, secara tidak langsung turut mengganggap kedudukannya sama seperti Lee Kuan Yew yang dijadikan sebagai Menteri Mentor kepada Perdana Menteri Singapura.

Dah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan yang menggambarkan seolah olahnya Mahathir memang tukang catur dibelakang pergerakan yang dibuat oleh pemimpin pemimpin Ameno. Antaranya kritikan ulangan beliau pada Pak Lah, yang memperlihatkan tiada langsung pemimpin Ameno yang mahu dilihat menongkah pendapat Mahathir dan membela Pak Lah waima menteri yang pernah mendapat keselesaan di zaman Pak Lah menerajui Ameno. 

Bukankah ini satu bukti yang Mahathir masih mempunyai peranan dalam sepak terajang politik Ameno walaupun dia telah lama meninggalkan kerusi Presiden?

Berbalik pada kenyataan masuk air yang wa catit pada tajuk entri ni, Mahathir baru baru ini mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal pada pandangan wa. Anwar dikatakan menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya melalui saman saman yang dikemukakan. Rujuk sumber - Mahathir: Anwar Saman Untuk Tutup Mulut

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
 
"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Weyh, ini satu pendapat yang sangat dangkal, tidak membumi dan diluar kotak penalti. Jika tanggapan itu benar, kenapa Mahathir dan juak juak Amenonya termasuk dari puak BN yang lain tidak menggunakan method yang sama untuk menutup mulut Anwar yang memang banyak mendedahkan kepincangan BN?. Samanlah Anwar kalau itu boleh memberikan kelebihan kepada BN dalam arena politik Malaysia dan mungkin boleh menutup mulut semua pemimpin pemimpin PR dari terus bersuara.

Realitinya, mereka memang tak ada substansi isu untuk menyaman malah merekalah yang sering kalah dalam setiap kes yang dibicarakan dimahkamah. 

Mahathir beralasan bahawa Anwarlah yang menyebabkan beliau hilang suara selama 4 tahun sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Mahathir sentiasa diberi ruang dalam media arus perdana untuk terus menyuarakan pendapat dan dalam masa yang sama menyerang pimpinan PR. Sedangkan mahkamah hanya menjadi medium untuk pimpinan PR menjawab tuduhan dan membersihkan nama apabila serangan serangan liar berterusan dimainkan oleh pimpinan Ameno melalui media.

Alangkah dangkalnya jika Mahathir menyamakan antara kebebasan bersuara dengan kebebasan untuk melakukan fitnah. Mana boleh kita membenarkan fitnah dibiar tanpa ada apa apa pembelaan. Berapakah nisbah saman yang dikemukakan oleh Anwar berbanding dengan tohmahan yang dilakukan oleh pemimpin dan ahli Ameno? 

Malangnya, pada era kepimpinan Mahathirlah sebenarnya yang berlaku halangan untuk bersuara secara total. Mahathir memang tidak menggunakan mahkamah, tetapi beliau memilih jalan yang lebih ekstrim dengan menggunakan polis dan berbagai akta secara berleluasa malahan ramai juga yang dikenakan ISA apabila menentang polisi Mahathir, apakah beliau lupa? 

Berapa banyakkah penerbitan yang tidak menyokong kerajaan terpaksa bungkus dek kerana peranan KDN yang menjalankan arahan Mahathir? Mungkin Ahmad Lutfi Othman adalah orang yang tepat untuk memberikan syarahan yang lebih jelas dalam perkara ni. 

Kita tidak mungkin tahu apakah yang dihajati oleh Mahathir dalam konteks penglibatannya secara berterusan dalam arena politik negara. Ada yang beranggapan mungkin ini adalah langkah untuk memastikan anak beliau, Mokhzani, terus mendapat tempat dan kedudukan. Ada yang berpendapat, Mahathir mahu memastikan kepentingan pemilikan beliau dalam banyak perkara terus terjaga, malah ada yang fikir, Mahathir inginkan agar orang ramai membetulkan persepsi terhadap dirinya yang tercalar teruk sejak dari pemecatan Anwar Ibrahim agar kembali dihormati sebagai wirawan negara. 

Apapun motif beliau, semuanya hanya akan berjalan mengikut kehendaknya jika BN terus berkuasa. Andaikata teraju negara suatu hari nanti bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (InsyaAllah) pasti banyak hal hal yang tersembunyi akan mula terbongkar satu persatu dan inilah perkara yang paling ditakuti oleh Mahathir.

Wallahua'lam


Layan menda ni lagi best dari baca statement Mahathir .. wuhaiii
Nota Kepala Lutut : Bila tak saman dikatakan gitu dan gini.. bila dah saman tetap kata gitu dan gini gak .. abih tu lu nak apa sebenarnya Che Det?

- Karmic Wheel

Wednesday, May 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tonggeng Bontot Adalah Timur, Manakala Demontrasi Adalah Barat??

Tidak berapa lama dahulu, apabila suatu perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur, ada pihak yang merungut bahawa demonstrasi jalanan adalah "budaya barat".  Ini kerana, kata mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu, demonstrasi lazimnya ada elemen kekasaran yang tidak secucuk dengan "budaya timur" kita yang kononnya halus sifatnya itu.

Jadi tidaklah hairan kenapa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan baru-baru ini mengundang banyak kritikan (dan tindakan) yang serius dari pihak tertentu, termasuk golongan pemimpin dan kelompok lain dalam masyarakat Malaysia.  Kritikan yang dilemparkan terhadap penganjur dan ribuan penyokong BERSIH 3.0 menjadi begitu lantang lebih-lebih lagi setelah perhimpunan itu berakhir dengan keganasan yang menimpa pihak tertentu.

Malah sejurus selepas BERSIH 3.0 diadakan, Majlis Fatwa Negara telahpun mengeluarkan fatwanya bahawa adalah "haram" bagi golongan Muslim menyertai apa yang dianggap sebagai perhimpunan "haram", perhimpunan yang kononnya tidak mendatangkan manfaat kepada umum, mencetuskan kekacauan dan merosak harta awam, memporak-perandakan Ummah dan juga bertujuan mengguling pemerintahan yang sahih melalui demonstrasi.

Nampaknya bukan sahaja perhimpunan dan demonstrasi seperti BERSIH 3.0 tidak sehaluan dengan "budaya timur" kita, ianya juga bercanggahan dengan Islam (dari sudut pandangan Majlis Fatwa tersebut dan kelompok lain di Malaysia).

Tapi jika dilihat apa yang telah berlaku sejak BERSIH 3.0 itu, nampaknya bukan semua demonstrasi dianggap "haram" atau tidak secucuk dengan "budaya timur" Kita.  Sekurang-kurangnya "kesepian" dari segi teguran atau kritikan daripada pihak berkuasa dan kelompok pemimpin agama seolah-olah memberi isyarat bahawa, misalnya, berdemonstrasi di depan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0, S. Ambiga, adalah okay.

video Malaysiakini  
Dalam kes ini, sekumpulan kecil bekas askar telah berdemonstrasi kerana memprotes terhadap Ambiga dan rakan-rakannya dalam BERSIH 3.0 kerana, mengikut pandangan mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April 2012 itu mengaibkan imej negara di mata dunia.  Jadi askar ini merasakan menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk memperbaiki imej negara yang terpalit itu - selain daripada kemungkinan usaha untuk mencipta rekod baru dalam Guinness Book of Records.

Implikasi daripada penggoyangan buntut ini ialah satu tanda tanya timbul sama ada demonstrasi buntut ini secucuk dengan "budaya timur" kita atau lebih penting lagi, selari dengan prinsip Islam - lebih-lebih lagi apabila pucuk pimpinan dan pemimpin agama nampaknya berdiam diri saja dalam hal ini.  Ini selain daripada hakikat bahawa ruang peribadi Ambiga telah dicabuli oleh pihak berkenaan.

Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk mempertikaikan amalan berdemonstrasi dalam masyarakat.  Apa yang ingin ditekankan di sini ialah demonstrasi aman secara prinsipnya adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, satu amalan universal yang tiada timur-baratnya.  Yang membezakan satu demonstrasi dengan demonstrasi lain ialah peradaban yang diamalkan oleh pihak demonstran.

Lagipun, kebanyakan perbuatan dan tindakan tidak tamadun atau biadap itu juga bersifat universal.  Ianya tidak dimonopoli oleh barat maupun timur.  Beberapa contoh tindakan yang diambil oleh segolongan rakyat di masa kebelakangan ini menunjukkan perbuatan kesat dan kasar itu boleh wujud dalam "masyarakat timur" seperti Malaysia.

Apakah "timurnya" perbuatan, misalnya, menghantar kek bercorak tahi atau menghantar keranda simbolik kepada seorang pemimpin negeri semata-mata kerana kelompok berkenaan memprotes terhadap apa yang dianggap sebagai ketidakadilan?  Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika protes itu dibuat dalam bentuk, misalnya, petisyen atau demonstrasi aman di depan jabatan pemimpin itu?  Atau berdiskusi dan berdebat antara pihak yang bercanggahan.

Apakah "timurnya" perbuatan segelintir manusia menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan politik mereka?  Adakah perbuatan "penayang porno" Ini lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video lucah itu?  Adakah ini satu nilai yang perlu dibanggakan oleh generasi muda dan kanak-kanak?

Apakah "timurnya", kalau tidakpun Islamnya, perbuatan media arus perdana menabur fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya?  Tidakkah etika profesion dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan dirinya dicemuh atau dikritik?

Apakah "timurnya" perbuatan memberi burger kepada Ambiga (gambar kanan) ketika umum tahu bahawa daging lembu adalah "haram" bagi seorang penganut Hindu?  Tidakkah ini mirip perbuatan memberi daging khinzir kepada seorang Muslim?

Adakah perbuatan membaling benda yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu tindakan yang berhemah tinggi warga timur?  Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam bentuk debat dan ceramah secara aman?

Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena politik khususnya dan masyarakat amnya.

Apakah "timurnya" perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya?  Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?

Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masakini dan lalu menunjukkan wujudnya faktor kuasa yang bermain dalam kancah politik dan budaya.  Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif oleh mereka yang mempunyai kedudukan kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang "positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya timur" kita ini.

Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan bukannya dalam ruang lingkup sempit yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan.  Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang perlu disanjungi.

Jadi, apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas manakala pemimpin agama berpeluk tubuh bila berhadapan dengan gejala rasuah yang merasuk masyarakat kita masakini?  Atau, apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak-bersihan prosedur pilihanraya setakat ini?

Seperti askar yang menunjukkan buntut mereka di mata dunia, perbuatan membelakangi amalan dan nilai universal yang murni tidak akan dapat menaikkan taraf masyarakat kita sebagai masyarakat yang bertamadun lagi demokratik.

Nota : Dr Mustafa K Anuar  pemerhati politik dan budaya. Diatas adalah tulisan beliau di MerdekaReview

Thursday, May 24, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Utusan: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Muka Plak Ketepek Atas Tahi Ayam .. Huishh

Malang yang diundang .. bertimpa timpa kena tang hidung utusan malaysia.

Etika kewartawanan dibawa Utusan Melayu jika dibandingkan pada suatu masa dahulu dengan sekarang seperti langit dan bumi.

Di zaman kemuncaknya, Said Zahari sebagai Ketua Pengarang Utusan dalam tahun 1950-an dan 1960-an berjuang untuk kepentingan rakyat, khususnya membawa isu-isu orang Melayu yang masih hidup miskin dan melarat.

Sejak pengambilalihan kuasa oleh UMNO, Utusan tidak lagi menjadi suara rakyat, sebaliknya ia hanya menjadi penyebar fikiran UMNO.

Reputasi dan kebebasan Utusan menjadi lebih parah lagi apabila tindakan memecat salah seorang wartawannya iaitu Hata Wahari yang juga merupakan presiden Kesatuan Wartawan Malaysia atau National Union of Journalists (NUJ).

Berbeza ketika era Said Zahari, pemogokan Utusan Melayu yang dikepalainya dari bulan Julai hingga Oktober 1961 bukan sahaja sebahagian daripada sejarah penting Utusan Melayu sendiri bahkan juga sejarah persuratkhabaran dan kewartawanan tanah air yang tidak boleh dipadamkan daripada lembaran sejarah.

Kini, Utusan memang berada dalam era yang sangat malap. Kusam dan hapak serta semakin tak dipedulikan.



Foto : Beribu ribu naskah Utusan yang diedarkan secara percuma ketika Karnival Ameno di Bukit Jalil baru baru ini. (Baca : Bagi free pon tak dipeduli) .. untuk bacaan lanjut rujuk UTUSAN PERCUMA PUN TAK LAKU.....??



Foto : Penarikan diri oleh syarikat syarikat pengiklanan dan penajaan yang berpendapat Utusan telah memberi impak buruk pada imej syarikat mereka. Berita lanjut sila baca di BeritaSemasa




Foto : Semakin kerap diberikan secara percuma  melalui usaha ahli politik ameno untuk kembali menaikkan populariti utusan.




Foto : Berubah wacana dari sebuah akhbar harian kepada sebuah tabloid yang menjadi medium fitnah, sensasi yang tiada asas dan penyebaran porno bagaikan taraf Majalah Mangga.




Foto : Jualan utusan merudum. Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari. Rujuk Sumber




Foto : Seringkali di saman dimahkamah dan berkali kali juga terpaksa membayar akibat kekalahan hujah.

  • Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 sebagai kos mahkamah. - Rujuk Roket Kini
  • Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan - Harakahdaily
  • Biseksual : Nalla & Utusan Disaman Anwar RM100 juta - AIDC
  • Komunis: Utusan Malaysia disaman - Harakahdaily
  • Senator Australia cadang turut saman Utusan - Malaysiakini
  • Utusan Disaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang - btmmari

dan yang terbaru Mahkamah Rayuan menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.- Harakahdaily

Begitulah nasib buruk yang menimpa akhbar yang pernah menjadi kebanggaan rakyat malaysia dan orang melayu khasnya apabila diperkudakan untuk menjadi lidah kepada kerajaan semata mata dan melaporkan berita secara berlawanan dengan etika kewartawanan.

Nota Kaki : Ada dua kemungkinan yang mendatang

  • Utusan Malaysia perlu untuk dimerdekakan dari cengkaman politik dan kembali menjadi wacana penyebar maklumat yang telus dan berani tanpa berpihak -  Retorik yang wa rasa takkan mungkin berlaku.
  • Teruskan sebagaimana yang ada hari ini dan Utusan Malaysia bakal menempah tempat dalam arkib sejarah.
Akhir sekali, buat syarikat penerbitan beserta wartawan yang masih berkhidmat sila baca dengan teliti rayuan dan nasihat yang diberikan oleh seseorang yang pernah rapat dengan luorang - Hata Wahari - Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan

- Karmic Wheel


Thursday, April 26, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Sebab Kenapa UMNO Perlu Jadi Pembangkang !!


Artikel Asal Dari Roketkini

Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka  hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.

Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?

Dalam sebuah kerajaan yang ‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.

Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.

Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.

Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?

Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?

Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.

Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang

Hari ini kita melihat pelbagai ‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.

Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.

Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.

Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…

Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.

Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.

Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.

BERSH kan Malaysia

Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.

Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang  rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.

Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.

Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.

DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.

DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.

Wednesday, April 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sampai Bila Agenda Melayu ?


Luorang pernah gi pasar karat ? Kat Penang wa dengar besar tapi kalo kat KL ni luorang boleh gi kat Petaling Street .. waktu antara 3 - 6 pagi .. kat sana luorang boleh nengok memacam khazanah lama . Sebut je apa yang luorang nak cari .. tutup botol tahun 60an, syiling zaman british, dulang memacam size, piring hitam, gambar seksi marilyn monroe termasuklah radiogram yang kengkadang karat dia lagi berat dari radiogram tu sendiri. 

Tapi wa nak cerita pasal radio khas tahun 70an. Stereo semata mata ngan bateri 2A dan takde pemain kaset. Cuba lu tanya brader yang jual tu .. kalo beli radio tu boleh dapat siaran 70an tak ? wa ingat samada brader tu tak layan lu .. ataupun lu boleh dapat penendang tanpa bayang .. kah kah kah kah 

Muak ! itu yang wa dapat katakan pasal cerita klasik ni. Melayu hilang hak laa .. terhakis laa .. semakin terpinggir laa .. mangkuk hayun laa .. bla bla bla .. dia ni baru keluar dari gua mana pon wa tak tau, atau mungkin dia baru  lahir dari fosil yang dah tertanam sejak zaman merdeka. 

Menatang mana yang jual beli tanah rezab melayu ? 

Paraok yang menzahirkan tentangan pada raja raja melayu secara terbuka ?

Hak dan keistimewaan melayu kian tercalar dan terpinggir pada zaman pemerintahan balaci mana ??

Sejak merdeka sampai la ni .. bukan PAS, PRM, PSM, DAP maupun JKR yang pegang tampuk kuasa maaaa .. dan baru baru ni je melayu baru tersedar yang bangsanya kena gelembong ngan kaum luorang .. 

Yang tak sedar cuma pemimpin dan pencacai yang gila pangkat dan kuasa, bila dah nak terantuk baru nak nampak melayu, kalo idak ..sakan pulun kiri kanan. Takyah cakap banyak laa .. penghulu merangkap ketua cawangan kat kampung wa pon pagar rumah beliau sama nilai ngan sebuah rumah kampung yang sekadarnya .. sedangkan pakcik wa (non partisan pakcik wa ni) bagai nak rak mintak bantuan betulkan zink rumah yang dah macam jala tangkap udang, 2 tahun pon tak dengar bunyi .. pe jadahnya ? 

Ya .. wa harap melayu sedar, sedar yang mereka dah lama tertipu .. dengan mainan rakaman radio tahun 70an .. fuhh

Monday, April 2, 2012

TAGGED UNDER: ,

MCA Yakin PR Akan Terus Menerajui Selangor ??

Sumber : Free Malaysia Today

Kalo ikut teori lapangan quantum then disilangkan ngan hukum tangan kiri flemming kita akan dapati cicak takkan mungkin beranakkan ayam .. kah kah kah  kah..

Luorang kalo tak dapat pakai otak kiri, cuba otak kanan, kalo dedua tak dapat gak .. cuba alignment pakai otak tetengah .. kah kah kah kah 

Donald Lim, pengerusi Macai Cap Ayam Selangor hari ni bermadah .. "Saya hanya ingin memberitahu rakyat Selangor ..kita harap PR boleh cari MB yang lebih baik dari Khalid" . huh .. seolah olahnya beliau konfiden PR akan terus jadi teraju negeri dalam tahun tahun mendatang.

Dengan mengambil kira kedudukan PRU yang akan datang tak lama lagi, Donald tentunya sedar yang jawatan MB tu takkan mungkin bertukar tangan dalam masa yang terdekat .. permintaan beliau yang inginkan MB baru dari PR akan berlaku hanya selepas tu. So kita harap, beliau sabar menanti ..sebab dalam PR memang ramai yang berkualiti berbanding MCA yang terpaksa amik aktor 18sx ..  kah kah kah kah kah

weyh blogger gerombolan.. wa pon terer spin gak .. kah kah kah kah kah 

Sunday, April 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Debik Santai : Spin Sampai Lebam

Refer signboard atas ni .. 

Soalan Pertama : kalo wa cakap hala nak ke Seremban luorang kena terus bukan korner kiri, luorang percaya tak ? Ceh simple melampau soalan ni sebab mesti la luorang percaya sebab signboard tu dah tulih gitu kan ? Takkan le pihak yang bertanggungjawab dengan sengaja nak buat luorang hilang haluan. 

Soalan Kedua : Kalo nak gi Pedas wa cakap, lu kena korner kiri, luorang boleh ikut tak ? .. dah tentu luorang takmo sebab signboard tu dah tulih pergi terus apahal plak nak ke kiri, tak kira le lepas tu boleh u-turn ke atau ada simpang lain boleh tune balik ke Pedas. Ikut arahan signboard cam soalan pertama tu je kan senang.

Soalan Ketiga : Kalo wa yang bagi direction ni berpandukan signboard tu tentang arah yang betul, adakah itu bermakna wa yang bina signboard ni ? .. adoih .. soalan pe lak ni ?

weyh .. rilek laa .. jangan peningkan kepala .. wa bukan nak uji kepintaran atau nak rendahkan intelektual luorang. Wa cuma nak buat analogi mudah bagi kaum kaum yang sebangsa wa paham, dan toksah spin spin bagai nak rak.

Tuan Guru Nik Aziz kata TOLONG ISLAM/TOLONG AGAMA ALLAH balasan dia syurga. Tolong Sekular boleh neraka .. sama gak ngan soalan pertama. 

Yang luorang nak spin cam soalan kedua tu pehal ? Sebab dia Mursyidul Am PAS luorang spin le kata Undi PAS masuk syurga .. gitu ?

Balasan syurga tu bukan TGNA yang buat .. sebab signboard dia memang dah ada cam soalan ke 3. 

Kalo luorang nak spin .. signboard tu kena tukar cam kat bawah ni ... kah kah kah kah kah 


Saturday, March 31, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Artikel : Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?


Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

Di dalam bidang politik pula, kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen? Jadi, adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini?

Skandal dan penyelewengan yang merugikan

Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

  1. Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,
  2. Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,
  3. Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,
  4. Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,
  5. Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,
  6. Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,
  7. Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,
  8. Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,
  9. Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,
  10. Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),
  11. Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),
  12. Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,
  13. Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,
  14. Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),
  15. Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,
  16. Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.


Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit.

Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial.

Kontrak bumiputra dimonopoli Umno

Mengikut polisi-polisi yang ditetapkan di dalam DEB, kontrak-kontrak kerajaan hendaklah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berkebolehan dan berkelayakan mengikut kelas-kelas yang akan ditetapkan.

Akan tetapi, orang-orang Melayu biasa selama ini tidak pernah diberikan kontrak-kontrak sepertimana yang ditawarkan mengikut perlaksanaan DEB, kerana hampir kesemua jenis kontrak yang ditawarkan telah dan sedang dimonopoli oleh kroni-kroni Umno yang kebanyakan terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno.

Oleh itu, adakah orang-orang Melayu biasa dapat menerima kontrak-kontrak kerajaan yang selama ini dimonopoli secara terus oleh para pemimpin Umno ini? Sudah tentunya tidak. Dan jikalau mereka-mereka ini inginkan kontrak daripada kerajaan, mereka dikehendaki mengisi borang untuk menjadi ahli Umno terlebih dahulu, dan kemudiannya bertanding merebut jawatan dalam parti. Kalau menang boleh mendapat habuan, tetapi kalau kalah, apa pun tak dapat.

Sementara di kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno ini menjadi kaya raya, maka gelaran “bumiputra” digunakan dalam umum yang kononnya ada banyak orang-orang Melayu yang telah berjaya di dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya hanya kroni-kroni Umno sahaja yang berjaya menjadi kaya-raya sementara orang-orang Melayu biasa masih miskin, tidak maju dan terpinggir.

Siapakah meminggirkan siapa?

Persoalan yang masih hangat didengar pada hari ini, adalah menurut Umno dan Perkasa, orang-orang Melayu sering dipinggirkan, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu Koon seringkali dituduh meminggirkan masyarakat Melayu, dan apabila Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang, ketua menteri sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan masyarakat Melayu dengan pemerintahan “kejam”nya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dilabel oleh Umno dan Perkasa sebagai kerajaan Cina Pulau Pinang, sementara kerajaan negeri Perak (sebelum Februari 2009) dilabelkan sebagai kerajaan boneka Cina Perak, manakala kerajaan negeri Selangor sering dicapkan sebagai kerajaan pengkhianat bangsa Melayu dan bermacam-macam lagi gelaran yang berunsurkan perkauman.

Soalannya adalah siapakah yang sebenarnya meminggirkan masyarakat Melayu selama ini? Parti Gerakan yang telah memerintah Pulau Pinang bersama dengan Umno sejak dari 1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu masih terpinggir, Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir, Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB, tetapi orang-orang Melayu masih dipinggirkan menurut Umno dan Perkasa.

Siapakah yang memerintah negara ini dan beberapa buah negeri selama ini, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PKR dan DAP yang baru sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan beberapa buah negeri pada tahun 2008 telahpun dituduh mengkhianati dan meminggirkan orang-orang Melayu, Umno telah memerintah lebih daripada 54 tahun, lebih lama daripada mana-mana parti di negara ini dan masyarakat Melayu masih juga terpinggir, hidup dalam keadaan daif, tercirir dalam arus pendidikan dan pembangunan.

Ya, yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

Thursday, March 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Debik : Jangan Berlagak Tapi Bodoh Melantun



Wa dah naik jemu dengan omelan dari orang yang dengan sengaja tak nak paham .. weyh .. nak kritik biar masuk ngan isu, kalo tak paham tak yah kritik , pi balik bagi hamster makan, lagi banyak pekdah ..tak pon ajak burung kakak tua lawan cakap .. baru ada akai..

Menda ni bukan isu baru, dah tu yang bercakap plak bukan orang yang tak gi usrah .. tapi ye le .. baru naik jadi naqib dah rasa terer ngalahkan Syeikhul Azhar. Nak kata apa orang yang cenggini ? Mental disorder ke ? Wa dah banyak kali pesan, menda senang jangan bikin susah , jangan bikin ribut, biar nampak bodoh .. asalkan bukan betul betul bodoh. Jangan salah debat nanti kena debik .. 

Isu nya apa ? Tak nak sokong PAS sebab regu ngan DAP ? Nak samakan regu PR ngan regu Gerombolan ? Pala hotak lu (maaf bahasa kasar). Tu lah, dulu mak bapak bagi duit suh belajar elok elok, lu plak melencong gi taman permainan main buaian, challenge sape lagi laju, challenge sape yang hayun lagi tinggi,  dah beso panjang jadi mangkuk hayun .. baham tanah. 

Weyh, wa cakap lagi sekali, gerombolan adalah satu badan persekongkolan yang memang ditubuhkan untuk sama sama mendirikan negara yang berteraskan sekular sebagai teras perundangan .. nak wa ulang ? Mereka tak kan pernah ada tanam cita cita untuk menggubal perlembagaan sebab terjajah ngan sistem Lord Reid yang terus jadi pujaan. Lu pernah baca statut perlembagaan ? Lu tahu apa itu sekular ? aahh .. lu google je la kan senang ..  Berbanding regu PR yang dalam klausa Tahaluf Siyasi, tapi wa rasa .. klausa ni lagi la lu tak paham .. kan .. ? kan .. ? Ok .. lu fikir kan bebaik .. cerna sampai hadam.. lepas tu kalo masih tak paham baik lu mintak kerja sebagai tukang gali tanah kubur, mungkin lu akan dapat sinar keinsafan lepas tu. Ni wa nak bagi hipotesis yang paling mudah ..

Ahmad - Kaki surau
Bakir - Mat Ranggi
Ah Leng - Tokey ikan

Dalam hidup seharian, Ahmad suka pada majlis ilmu dan kerja amal, Bakir sentiasa up to date ikut perkembangan sementara Ah Leng plak kalo tak gi pasar, dia mem bz kan diri kat kolam ternakan ikan. So dalam hal ni, memang susah nak nampak diowang akan lepak kat kedai kopi simpang jalan dalam satu group. 

Kalo kolam ternakan Ah Leng kena tuba ngan penyangak, Bakir tepuk tepuk bahu Ah Leng suh dia sabar, Ahmad plak ajak Bakir pakat pakat tolong mana yang patut. Setakat itu . Bila motor Bakir hilang, Ah Leng plak sudi tumpangkan lori dia untuk gi buat repot polis sementara Ahmad lancarkan kutipan derma . Setakat itu. Bila kaki Ahmad terseliuh, Bakir tolong carikan ubat sementara Ah Leng plak bagi Ahmad berhutang bekalan ikan selama dia tak leh kerja ..pon hanya setakat itu. Senario ni semua dinamakan gotong royong .. bantu membantu .. tapi weyh .. ni blom lagi masuk ke bab tahaluf siyasi .. lu paham tak ?

Then, tiba musibah kat kampung tu, pencuri bermaharajalela , rumah Ahmad, Bakir dan Ah Leng masing masing dah kena pecah. Masing masing dah tak boleh buat kerja ngan tenang. Lepas satu satu kecurian berlaku sampai diowang takleh tahan. Lepas berpakat, diowang setuju nak buat rondaan macam rukun tetangga. Setelah tu diowang bertiga memang selalu dok sama sama, minum sama sama, bermesyuarat sama sama, bertukar tukar pendapat dan strategi bertujuan untuk menangkap pencuri sekaligus kembalikan ketenangan kampung .. dan yang ni laa dinamakan Tahaluf Siyasi. 

Then , kalo pencuri tu dah ditangkap atau masalah kecurian dah setel, Ahmad takkan mungkin jadi Mat Ranggi, Bakir takkan mungkin jadi Tokey Ikan sementara Ah Leng takkan mungkin jadi Kaki Surau .. lu paham tak ni ? Diowang ni ada watak dan ciri masing masing .. soal samada rukun tetangga tu nak diteruskan selepas kejadian tu soal lain .. terpulang le dengan keadaan .. Cuma yang wa nak katakan .. DIOWANG BERSATU SEBAB NAK PERBETULKAN KEROSAKAN .

Bab anak anak si Ahmad, Bakir dan Ah Leng saling bercakaran tu .. standard ah .. gurau sekampung .. bapak diowang dah ada mutual understanding. Malah Ah Leng sendiri pon dah banyak faham pasal Ahmad secara langsung padahal sebelum tu dia cuma tahu gitu gitu je ..sebab sebelum ni dia ditakut takutkan dengan imej kaki surau oleh makhluk yang sebenarnya sama bangsa ngan Ahmad gak. Natijah dari mesranya hubungan Ahmad dan Ah Leng plak berjaya membuka mata geng Ah Leng dan jiran dari kampung sebelah si Maniam malah ada yang secara sukarela plak yang gotong royong untuk sesama jaga surau .. pelik tak ? 

Weyh ..cerita ni  mudah je, cuba le tingkatkan daya intelektual skit  asalkan lu tak blok pemikiran lu untuk cari korner..  Insya Allah lu boleh nampak line clear..boleh faham ke idak ni ? .. jangan jadi jumud ..wa dah haus .. kalo lu tak faham gak .. lu ulang baca sampai tertekan ..malas aa nak layan lu lelama .. wa nak gi buat neskepe .. kah kah kah kah 

Wednesday, March 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

PR Perlu Rasa Gerun Dengan Dr. Hassan Ali

aaa .. lu cakap mendee ??

Selepas dipecat dari PAS awal tahun ni, nama Dr. Hassan Ali amat kerap disebut sana sini sehingga melompat sakan le blogger blogger pencacai sampai tak tahu kita nak bezakan antara manusia ngan babun.  Maka disambut le dengan kenduri kendara dan pesta oleh puak gerombolan laksana menyambut dewa siluman turun dari langit. Lalu diaraklah beliau ke atas pentas pentas yang dulunya jadi tempat untuk mengumpat dan mencercanya. 

Pemecatan beliau tidak menggugah pendirian yang beliau pegang sejak dari menjadi Timbalan Pengarah BTN dulu iaitu jatidiri sebagai seorang melayu ultra yang langsung tidak akan bersekongkol dengan bangsa lain walaupun bangsa itulah juga antara yang mengundi beliau dalam 3 PRU yang lepas. Bertolak dari itulah beliau dengan bangganya menubuhkan sebuah NGO baru (yang diluluskan dengan kadar serta merta) bertujuan untuk memperjuangkan Islam, Melayu & Raja dengan menyandang nama JATI yang mungkin untuk menandingi lagu popular Wings - Sejati , ataupun mungkin juga sebab beliau selalu shortage bekalan beras kat rumah (tak masyuk jadi wakil PAS) maka diberikanlah nama sempena Beras Jati .. perghh .. lain macam wa punya intro .. kah kah kah .. weyh .. alaaaa .. wa serius neyh.

Kita perlu ada respek pada Dr. Hassan Ali , itu pendapat peribadi wa .. muktamad ..sebab Hassan Ali lambang seorang pemimpin yang berwibawa dan penuh wawasan. Walaupun hanya menyertai PAS pada tahun 1998, beliau dilihat sangat konsisten dalam mempersiapkan diri sendiri untuk bergelar sebagai seorang MB. Inilah satu kualiti yang pastinya tak ramai dalam PAS ada. Kalau tak caya, cuba tanya Prof. Haron Din, Kalau masih tak caya cuba tanya Ust. Ismail Kamus, walaupun mereka dah jadi ahli PAS sejak sekian lama, mereka langsung takde hasrat untuk mencari jawatan, malah beria ia menolaknya. Ini perkara yang tidak betul . Seorang pemimpin perlu jadi MB, baru Islamik .. kah kah kah kah kah .. eh .. wa gelak pasal apa plak ?

Kita perlu rasa segan dengan Dr. Hassan Ali, sebab dia lambang pejuang Islam yang ikonik. Sebab seorang pemimpin Islam, beliau perlu menunjukkan contoh kepada rakyat terbanyak. Penampilan kena ada kelas .. sebab tu dia bersusah payah untuk mengeluarkan perbelanjaan negeri untuk ubahsuai pejabat beliau sampai 300 ribu, walaupun mungkin beliau sedar, kadar tu boleh menampung perbelanjaan pembelian beras JATI (10kilo) untuk rakyat miskin dalam kawasan beliau sebanyak 12 ribu kampit.. adeih .. mana boleh ikut Dr. Halimah yang langsung tak buat pengubahsuaian pejabat .. tak Islamik gitu.. kah kah kah kah .. opss .. sorry .. ok serius geng.

Kita juga perlu ada rasa hormat pada Dr Hassan Ali sebab dengan PHDnya, pasti selepas ini dengan tertubuhnya JATI, beliau dapat menegur Dr. Mahathir yang tak berapa melayu tu supaya insaf dengan kenyataan kenyataan yang pernah dikeluarkan dengan penuh adat dan sopan santun kemelayuan. Mungkin bagi beliau cara teguran PAS selama ini keras, tidak Islamik dan tidak berjaya untuk melunakkan hati Dr. M serta hulubalang pewarisnya. 

Atau, dengan aura Darth Vader (Third Force) yang beliau ada dengan penubuhan JATI , pasti beliau dapat mencegah penghakisan hak hak melayu dan bumiputera yang selama ini terbantut sejak beliau menyertai PAS ( aik .. sebelum 1998 dia buat apa ? bukan dia Timbalan Pengarah BTN ke ? kah kah kah .. err.. maaf ini iklan selingan ). Ironinya beliau macam tak nampak bila MB Selangor mempertahankan hak bumiputera cam gambar kat bawah ..



Atau, mungkin selama ini beliau berpandangan DAP & PKR lah yang jadi dalang sampai orang orang melayu (baca gerombolan) menderhaka pada sultan dan jadi biadab pada raja raja melayu, oleh kerana PAS jadi sekutu PKR & DAP, so dia tak boleh nak bersetuju untuk terus hidup dibawah bumbung PR. Lebih rela beliau untuk bersekongkol dengan humno sebab humno tak buat perkara perkara bodoh tu .. (tapi kalo jawatan MB ada dalam tangan, tu semua boleh kawtim .. kah kah kah)

So .. kesimpulannya, PR perlu rasa gerun ngan Dr. Hassan Ali kerana dalam masa yang singkat, beliau berjaya memikat sekian ramai rakyat Malaysia untuk bersetuju dengannya. Begitu ramai yang terpukau dengan ceramah ceramah beliau walaupun beliau baru sekadar melontarkan hujah hujah yang dangkal dan lemau yang akhirnya banyak yang jatuh ketepek atas muka dia sendiri.. tu baru skit .. belum lagi keluar hujah hujah power PHDnya diselang selikan dengan serangan jurus jurus cela dan nista tanpa bayang, yang mungkin akan menyebabkan penyokong PR tumbang ditempat kejadian ... kah kah kah kah kah .. ya .. kita harus percaya bilamana beliau mengatakan dalam media ..

Menurut Hasan, kenyataan Azmin itu dibuat berkemungkinan atas sebab melihat dirinya menjadi ancaman kepada PR memandangkan setiap siri jelajahnya ke pelusuk negara mendapat sokongan dan perhatian masyarakat berbanding program-program anjuran kerajaan PR sendiri. - Petikan Sumber
Sokongan yang diberikan memang luar jangkaan. Ini dapat dibuktikan dengan foto foto yang wa rasa tak sempat ditacap (touch up) oleh blogger pakatan kat bawah ni .. kira pic raw le ni.. kalo dah tacap .. mungkin jauh lebih kurang dari tu..

Masa Awal Pemecatan 20 ribu orang
Batu Gajah , 15 ribu
Kg Subang , 10 ribu

Sungai Buloh .. err.. 10 ribu gak
eh .. ni iklan .. kah kah kah 
tu blom lagi termasuk tour yang sampai terpaksa dibatalkan atas sebab sebab kehadiran yang sungguh memeranjatkan makcik bedah dan tok seman yang langsung takde kena mengena dalam cerita ni .. kah kah kah

Ceramah Hasan Ali di Puncak Niaga Shah Alam malam tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak ada sambutan. Yang diharap hadir lebih 300 tetapi yang ada 19 orang termasuk penjaga PA sistem dan tukang bawa kereta Hasan. 
Dah le weyh .. kesimpulan yang wa nak kata dah tersimpul simpul .. dari wa terus merapu .. baik wa gi makan karipap .. kah kah kah kah 

p.s : Dari lubuk dia datang, biarlah ke lubuk dia pulang .. jangan biarkan hidup anda diselubungi .. Hassan Ali .. kah kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top