Saturday, January 22, 2011

Bila Najib Plak Menggedik

Adoih .. baru nak gebang skit pon dah kantoi .. siott je lu Karmic .. kah kah kah 
Kuala Lumpur,  Kehadiran parti politik baru adalah petunjuk bahawa negara ini mengamalkan demokrasi yang sihat dan aktif ujar Datuk Seri Najib. "Setiap orang dinegara ini berhak untuk menubuhkan parti politik, asalkan tindakan dan perbuatan mereka mengikut lunas undang undang. Mereka juga layak bertanding dalam pilihanraya dan sebagainya " katanya lagi. 

Beliau mengatakan demikian ketika diminta untuk mengluas tentang pelancaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), oleh Datok Zaid Ibrahim pada hari Rabu yang lalu.

Sumber : The Star Online
=====================

weyh .. kong kali kong
pendaftaran Pakatan Rakyat lak cemana ?
dah tertangguh punya lah lama
takkan ROS takleh setel dia punya kerja
pstt .. ROS tu registrar of society .. bukan bik mama
kah kah kah


weyh .. kong kali kong
tapi bukan itu yang wa nak cerita
KITA tu kan amik alih AKIM je
bukan pendaftaran baru tapi tuka yang lama
menda kecik gini pun lu nak auta
kah kah kah


Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. 


weyh .. kong kali kong
tu dia wa tunjuk bukti
apa kemenda yang lu kata demokrasi
nak buat parti baru bukan senang luorang nak kasi
luorang akan bagi alasan begitu dan begini
nak gebang lagi ? kah kah kah

Nota : PKN (setelah itu PKR) amik alih parti Ikatan selepas percubaan pendaftaran parti menemui jalan buntu oleh karenah ROS (Pendaftar Pertubuhan) .. Rujuk Laman Keadilan Rakyat

Terkini Dun Tenang : Fight One On One .

Foto :
Pose terkini dari 2 calon
kalo tuan bijak laksana ..
yang mana Sizuka yang mana Doaremon ?
kah kah kah

Nota : Doaremon ada banyak menda misteri dalam poket dia .. sesuai ngan masa dan keadaan .. macam Astro .. macam macam adaaaa .. kah kah kah


LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.

Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

=================

pheeewwwitttt
owh bertenang bertenang
ini bukan cerita perang
kah kah kah


pheeewwwitttt
muktamad sudah sessi penamaan
2 calon yang jadi sandaran
sorang keris dan sorang bulan
eh .. sorang laki .. dan sorang pompuan
kah kah kah


pheeewwwitttt
gendang tempur udah berbunyi
tanda start nya kempen raih undi
Tenang dah hiruk pikuk sana sini
masa ni le nak berpesta .. bila lagi ?
kah kah kah


pheeewwwitttt
rasa rasanya ramai yang dah tahu
negeri selatan ni .. memang kubu biru
eh .. kalo dah konfiden gitu
kenapa plak still ada pengundi hantu ?
kah kah kah


pheeewwwitttt
maka  projek mee segera pon mula tiba
ofcoz la .. dah memang jadi agenda
tetiap PRK .. menda sebegini pasti ada
eh tak le .. sini suci .. tak macam Uganda
kah kah kah


Ok lah .. wa tutup dulu kat sini
sebab lepas ni mmg banyak isu yang menanti
dari mula .. sampai habih mengundi
Isu Tenang ... tak kan sepi
tapi ingat ~!  .. gerombolan .. dah memang sinonim ngan tipu situ sana sini
kah kah kah


Nota : Perkasa terlupa hantar calon ke ? kah kah kah
KITA plak apa cerita ? terlupa nak rekrut ahli dari Tenang ? kah kah kah

Bik Mama - The Puaka Strike Back

Lawatan ini adalah untuk rakyat Malaysia .. saya sayang anda semua .. kah kah kah 
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.¹

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentadbiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Rais berkata, demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Lanjutan dari tajuk Bila Rosmah Mansur Menggedik 
======================

Kadir Jasin Mengatakan  

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011². Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya..  kah kah kah .. 

======================

Lihatlaaaa keindahan .. sawah padi bersama hati kuuuuu
Lihatlaaaa kebengongan .. sorang menteri asal jelebu
kah kah kah


weyh mamat jambatanª ..
semenjak dua menjak ni banyak plak lu meraban
apa bodek najib ke ? nak kaver lu punya jamban
yang dipertikaikan sekarang bukan sekadar lawatan
tapi mileage dia dah lebih dari menteri kerajaan


weyh mamat jambatan ..
bik mama ni dah lebih dari Agung³
semua makan pakai nak kena tanggung
padahal rakyat tau dia punya pekung
Najib sendiri pon tak dapek nak nolong
kah kah kah


weyh mamat jambatan ..
kalo dia bebetul nak jadi menteri
lu nasihatkan dia cecepat balik kesini
lepas Tenang ada 2 kerusi lagi menanti
suh dia jadi calon .. wa tak sabar nak undi
kah kah kah


weyh mamat jambatan ..
lu tak rujuk Tun Det ke mintak pendapat
cemana dulu dia serang budak tingkat 4
sebab takde portfolio tapi ada pejabat
ke sebab dia laki PM .. lu kaver dia rapat rapat ..
cilanat .. kah kah kah

errr... Tun Det .. taknak ulas ke isu ni ? ke sebab dia tak de kena ngena ngan Badawi ? kah kah kah

Nota : Masa di Singapura dulu pun Rosmah pernah kata dia TIDAK AKAN MEMPERDULIKAN apa rakyat kata tentang beliau kerana perkara yang sama juga turut dialami oleh wanita-wanita pertama dari negara lain. Dengan maksud lain, Rosmah akan terus hidup dengan gaya bermewah-mewah selagi peluang ini masih dinikmati ketika laki masih menjadi PM sekarang, 

dah tak jadi besok belakang kira, 
buat masa ni dia tak akan peduli apa orang lain nak kata
ada peluang rembat je apa yang tiba 
Najib tak kisah .. sebab dia sibuk ngan mimpi altantuya
kah kah kah 

Rujukan :
1 - Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet .. errr . bukan masa ni lu pon menentang kerajaan ke ? kah kah kah
2 - Baca Kisah FLOM ( First Lady Of Malaysia) perghhhh

3 - Rosmah took in the sights of Muscat during a cruise on board the Fulk Al Salamah (Ship of Peace) that belongs to the Ruler of Oman, Sultan Qaboos bin Said. It is learned that it was very rare for the Omani monarch to consent to the 136m-long yacht being used to carry guests from outside the Omani royal family. 

a - Kenyataan mamat jambatan ni masa dok dalam S46..  bila ditanya kemungkinan untuk menyertai semula gerombolan .. katanya .. Jambatannya telah ku bakar ... kah kah kah .. jambatan kayu ke ?

Friday, January 21, 2011

Santan Yang Misteri

Minum lah santan  untuk awet muda .. kah kah kah 

Kuala Lumpur: Segelintir peniaga sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi memekatkan santan dan menjualnya dengan harga murah. Mereka berbuat demikian kerana terdesak untuk mendapatkan pelanggan ekoran kenaikan harga santan kelapa ketika ini.

Peniaga santan, Siti Zubaidah Rajab, 35, berkata ada pelanggan terlalu cerewet dan menganggap harga santan segar terlalu mahal sedangkan peniaga juga mendapatkan kelapa daripada pembekal dengan harga yang mahal

"Pelanggan tidak perlulah merungut jika harga santan segar mahal, kerana dimana mana pun harganya antara RM6 hingga RM8 setiap kilogram. Jika mereka mahu santan murah, tentu ia tidak berkualiti dan mungkin dicampur bahan lain" katanya ketika ditemui dipasar Chow Kit disini semalam. 

===========

Wa bebetul tak paham ..
katanya harga barang semua terkawal
ni apa plak santan pon dah jadi mahal ?
bukan seposen doposen yang dia bedal
sekali naik sampai tak masuk akal 
apsal ?

wa bebetul tak paham ..
bila sesetengah pelanggan merungut ..
kenapa yang lain pon turut tersangkut ?
dicampur semua yang karut marut
beli santan buat  perut serabut
ada ke patut ?

wa bebetul tak paham ..
apa dah jadi ngan industri kelapa
sampai tak cukup bekalan dalam negara 
dah tu wa nak makan nasik lemak cemana ?
hadoih ... ni memang bebetul menduga 
apakemenda .... 

Nota : 
luorang jangan tanya pekebun .. nanti dia suh tanya peraih .. 
luorang jangan tanya peraih ... nanti dia cakap kos meningkat.. minyak dah naik  ..
luorang jangan tanya menteri pengguna .. nanti dia cakap .. peniaga salah .. sebab tak letak tanda harga .. 
luorang jangan tanya menteri kesihatan .. nanti dia kata .. makan santan tak elok .. kolestrol .. 
luorang jangan tanya PM .. nanti dia cakap ,, santan kat thailand lagi mahal .. 
luorang jangan tanya kat bik mama .. nanti dia cakap .. bekalan santan akan tiba dari Oman .. 
luorang kena tanya kat beruk .. sebab tu le punca dari segala kegawatan .. beruk mogok .. sebab asik makan pisang .. padahal harga minyak dah naik ... kah kah kah 

Mamak Mudah Lupa

Foto : Ibu Khadijah Sidek . Pesuruhjaya PAS wanita yang pertama 
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten. 

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. .. petikan dari HarakahDaily 

==============

Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah. .. dari Sumber

==============

Johor cipta sejarah: Khadijah Sidek menang di Parlimen Dungun, kini seorang lagi muslimat PAS diangkat ke Tenang

Dulu, satu-satunya negeri yang Pesurujaya PAS dari kalangan muslimat ialah Johor. Namanya Khadijah Sidek. Dia daripada kaum ibu Umno asalnya, sertai PAS dan diberi kepercayaan memimpin PAS Johor. Setakat ini, tiada Pesuruhjaya dilantik dari kalangan muslimat selepas beliau.. dari Sumber

==============

aikk ...
Tetiba owang melayu jadi kuat ingatan
Tetiba owang melayu ingat sejarah
Rupanya penah ada PJ PAS sorang perempuan
Di negeri yang .. birunya .. MasyaAllah
kah kah kah 

Dr. M .. udah udah le tu 
Sekarang kan dah bersara dari politik
Dah tiba masa untuk anak cucu
Kalo boring .. boleh try bela ayam ngan itik 
kah kah kah 

Pstttt .. yang gambar sebelah ni pon kalo bertanding .. Dr M nak bedal gak ke ? kah kah kah 


Nota : Baca lebih terperinci tentang Khadijah Sidek 

SPR Oh SPR


KENYATAAN MEDIA
20 JANUARI 2011

ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PELABUHAN KLANG SEGERA.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) menyokong tindakan Speaker Kerajaan Negeri Selangor yang telah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Keputusan yang dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri itu wajar kecuali jika Badrul dapat mengemukakan bukti-bukti sahih secara hitam putih yang diperakui bahawa beliau ada menghadiri mana-mana sidang sejak dari 15 Julai 2010.

Mengikut Artikel 69 Perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Pemilihan semula amat wajar dijalankan kerana tugas paling penting seorang wakil rakyat ialah mewakili rakyatnya ke sidang DUN untuk membela dan memberi perkhidmatan kepada semua rakyat di dalam DUN masing-masing khususnya para pengundi yang telah memberi kemenangan kepada wakil rakyat tersebut.

‘Yang Berhormat’ baru perlu dipilih jika yang sedia ada telah tidak berupaya membela nasib rakyatnya.

Sehubungan dengan itu, DPPNS berharap agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan meneliti dan seterusnya mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Pelabuhan Klang dengan segera sekiranya Badrul gagal membuktikan dakwaan Speaker Kerajaan Negeri Selangor.

SPR telah mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Tenang pada 24 Disember 2010 selepas mendapat notis kekosongkan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha pada 17 Disember 2010.

DPPNS berharap agar SPR akan mengambil masa yang singkat untuk mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Pelabuhan Klang sebagaimana tempoh seminggu dalam kes DUN Tenang dan biarlah pilihanraya kecil Pelabuhan Klang juga dibuat pada hari cuti seperti yang diistiharkan di Tenang.


ZULKIFLI AHMAD
KETUA PENERANGAN
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

===============

SPR meminta supaya jangan dikaitkan dengan politik
Kenyataan yg bebetul buat wa getik
Sebab ramai yang tau .. SPR kuat merepek
Lebih terer dari Saiful Apek
kah kah kah 


Siapa tak ingat kisah Kedah 
Bila speaker umum kerusi kosong
Pengerusi SPR plak yang melatah
Menampakkan siapa yg dia sokong 
kah kah kah 


Bila tang kawasan selamat 
Dia umum cepat cepat 
Bila rasa condong ke Pakatan Rakyat 
Dia mula buat lambat 
kah kah kah 


Weyh orang dah tahu lu punya mainan
Sentiasa jadi kuda tunggangan 
Selalu buat persempadanan
Itu semua lu punya peranan ..


Tapi satu je yang wa nak pesan
Hidup kita semua tak berkekalan
Amalan kita dalam perhatian 
Jangan sampai bumi tak berkenan 
... jadi setan kuburan 
kah kah kah 

Nota : SPR usulkan buat undi proksi .. pulak dah .. tak cukup ke lagi ngan undi pos ?? mampos .. kah kah kah

Thursday, January 20, 2011

Bila Rosmah Mansur Menggedik

I am The First Lady Of Malaysia .. you know ...

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

============

uuuuu ?
biar betik minah ni 
kah kah kah 


Wahai rakyat Negara
Wahai rakyat 1Malaysia
Tak kira bangsa, parti dan agama
Mari kita berbaik sangka
kah kah kah


Jangan lah kamu bermuram durja
First Lady kesana untuk mewakili kita
Walaupun siang malam melaram sesaja
Hotel pon bukan calang calang punya
kah kah kah 


Wahai pakcik makcik kat kampung
Semua jangan dok termenung
Sebab First Lady dah ganti Permaisuri Agong
Sampai pak arab pon kena lebong 
kah kah kah 


Wahai semua rakyat marhaen
Jangan lah asik fikir kelain 
First Lady kata ini lawatan bukan main main
Sesambil tu dia boleh ushar kain
kah kah kah 


Katanya lawatan ini banyak faedah
Demi rakyat dari Perlis hingga ke Sabah
So takde hal laa duit kerajaan dia tarah 
Lagipon .. ramai yang tak kesah 
haram jadah .. haramjadah 
kah kah kah

Nota : Makin terserlah kerakusan bik mama ni .. weyh .. sape yang lantik dia jadi PM ? kah kah kah 


Nota Sisi : Kutipan Dari Blog Member
Siapa gerangan Bik Mama - Kenali Rosmah Mansur  
Bik Mama Mengganas - Pembaziran Semasa Lawatan 
Pejabat F.L.O.M - Bongkar - Pejabat Bik Mama Di JPM

Terkini : Adun Merlimau Sah Meninggal Dunia - Satu Lagi PRK

ADUN Merlimau meninggal dunia

20/01/2011 3:02pm

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Berita Dari Sumber 

===============
Tarikh PRK DUN Merlimau ditentukan dalam 10 hari

20/01/2011 3:11pm

PUTRAJAYA 20 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. - Utusan
===============

Satu lagi PRK akan diadakan 
eh .. era Najib ni banyak dah PRK ye 
yang belum ada PRU aje
bebaru ni PRK Dun Tenang 
lepas tu ada ura ura PRK Pelabuhan Kelang Barat
sekang ni PRK Merlimau 


Makin pening le si Najiib
kah kah kah
baru baru ni dah janji projek RM1.6B kat Labis
sebab kat sana area Felda so janji le pakai Felda


kalo jadi kat Port Kelang .. takkan nak buat port lagi kot ?
PKFZ pon berselaput ngan skandal .. tak setel setel lagi
kah kah kah 


kalo kat Merlimau , nak janji apa plak ?
weyh Najib .. jangan janji nak bukak ladang limaunya 
itu dialog seniman bujang lapok 
kah kah kah 


weyh PM ku Ms Ros .. cepat le balik dari rantau 
udah udah le buat kunjungan rasmi
'bini' lu dah pening kat sini
nak mintak picit kepala
kah kah kah


Nota : Alfatihah buat Allahyarham 

Isa Semakin Pendek ..

Saya seorang muslim .. kadang kadang pon tak berapa paham apa itu  Islam .. Oleh itu sumua orang pon musti bersama Be End supaya terus tak paham Islam .. sekian trrrrimaaaa kaseyyyy










KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya.

Petikan dari Sumber  
Update Yang Berkaitan : Say No To Isa Samad
==============

adoih ... adoih lagi


mamat ni dah masuk kategori antik 
tapi dia ni geram je wa nak debik


kalo boleh debik sampai lembik
tak sedar umo makin pendek
tak abih abih dengan membodek
tapi dalam umngok .. apa nak pelik .. ye dak ?
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)
sebab tak paham le kena bagi paham 
bukan asik dok dalam syak dan waham
sampai bila lu nak membaham
segala halam haram pon lu taram 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

lu kan dah terbukti kaki rasuah 
sebab tu hukum semua lu main redah 
sekang ni lu nak serang Islam pulak dah 
pergh ..lu memang sah haramjadah 
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

diowang tu dah tentu bukan penganut
kalo lu tak bagi faham cemana diowang nak ikut
so sebab tu kena ada PAS untuk bagi input 
tapi lu plak buat perangai badut 
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

lain kali cakap guna la akal
sebab tu la kena banyak tawakkal
tapi ye la .. kepala lu dah penuh kari dan dhal
sebab lu ngan mamak madey penah sekapal 
kah kah kah 

Nota : Mamat ni dah jadi cam kaduk naik junjung .. almaklum la .. baru terlepas ... kah kah kah
Nota : Edit Tajuk  .. Isa Semakin Pendek .. Akal .. 

Wednesday, January 19, 2011

PRK Dun Tenang : Arwah - 0 , Hidup - 1

GambarCikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam
Nota : 
Bukan berniat untuk 'mempolitikkan' kematian 
Bukan berniat untuk mensensasikan pemergian
Sekadar untuk menyatakan belasungkawa
Apabila 'pergi' dunia tidak lagi bermakna apa apa


Alfatihah untuk Allahyarham

Berita :
LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang mengambilalih tugas mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Fakta :
  • Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
  • Jenazah telah berada disurau itu sejak jam 10 pagi
  • Najib tiba di Labis dengan menaiki helikopter pada jam 9.30 pagi
  • Rombongan Najib melintasi surau yang menempatkan jenazah tanpa sempat singgah walaupun sekadar untuk menunjukkan simpati 
  • Najib terus ke Felda Chemplak Barat untuk urusan perasmian program dan bersarapan dengan warga disana.

Perbandingan :
SEORANG peneroka warga emas seperti tidak percaya apabila rumahnya di Felda Tenang, Labis, menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengharukan, kunjungan tersebut memenuhi impian Bedah Saaid, 81, yang sudah hampir dua tahun terlantar sakit akibat angin ahmar.

Menurut anaknya, Jariah Salleh, 48, dalam tempoh itu, ibunya sentiasa menunjukkan keinginan untuk berjumpa Perdana Menteri setiap kali gambarnya ditayangkan di televisyen.

Perdana Menteri berada di Felda Tenang dalam kunjungannya sehari termasuk di Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat, Segamat.


===========

Nota :
Apa apa pon, wa malas nak komen banyak
terpulang la kat luorang samada nak komen atau idak 
lagi lama nengok , lagi wa rasa senak
lelebih lagi si pendek sebelah dia tu .. rasa geram je nak hentak


Yang pergi tetapkan pergi
yang tinggal tetap ada satu undi ...
huh ?

Anwar Mungkin Dirujuk Ke ICU ?

  
Dah berjanggut dah mamat ni nak tunggu keputusan debat ..  jadi ke idak ? .. idak ke jadi ? kah kah kah

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Petikan dari Sumber

=============

aaaaaa ?
betul ke apa yang wa baca ?
betul ke apa yang wa nampak ?


1. "Kenapa Saya Harus Takut Berdebat Dengannya'?
kalo tak takut kenapa asik bagi alasan ?
kalo berani bagi le jawapan ..
bagi rakyat tengok sape kawan sape lawan 
jangan asik create memacam serangan 
lepas tu asik nyuruk kat belakang Ms Ros nya jamban ..
kah kah kah 


2. "Saya Adalah Perdana Menteri. Saya Ada Semua Maklumat."
kah kah kah 
ye ke ada ?
kalo ye .. kenapa sesusah nak create cerita liwat terkini ?
kenapa nak bagi biasiswa kat budak flop ..err.. Saiful Baukari ?
hadoih ...
lepas tu plak .. import Ummi Hafilda yang dah tahap basi
ke dah sangkut ngan ummi .. sebab dia seksi ?
kah kah kah 
Semua maklumat tu datang dari mana ? WikiLeaks ? 
kah kah kah 




3. "Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".
errr .. wa nak pantun ..


makan nasik lemak buh banyak cabai
lepas tu perut bantai memulas baru ada akai
senak otak fikiran pon jadi serabai
perdana menteri dan bertukar jadi sang kelembai 
kah kah kah 


berapa ramai yang dah demam sekang ni .. sebab PM tak nak bukak mulut .. kah kah kah

Tuesday, January 18, 2011

Pesanan Pimpinan : ELAK 'POSTING' YANG MERUGIKAN

“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-masing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan la gi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat."

“Serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” tegasnya. 

Sebagai contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi. Setelah terbukti blogger tersebut bersalah, beliau memohon maaf dalam blognya namun tulisannya yang tidak benar dipetik oleh blogger-blogger lain sebelum itu telah pun tersebar.

“Berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan. Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya.” 

[Sinopsis ucapan perasmian di Himpunan Dunia Media Baru, Temerloh - 15/01/2011]

=========
Amik perhatian wahai sahabat sahabat blogger ..


Ada isu boleh promo
ada isu jangan hentam keromo
bukan cam Papa Gomo 
yang asik semberono 
kah kah kah 


Tulih bila ada bukti 
bukan tulih ikut sedap hati
bukan cam ParpuKari 
yang asyik syok sendiri
kah kah kah 


Lebih baik kita terangkan 
agenda yang ada dalam pakatan
kita bukan cam pencacai murahan
depa tu memang selalu sawan 
kah kah kah 

Nota : Tengok keadaan la .. tapi mana yang patut wa debik .. tetap wa debik .. kah kah kah

Monday, January 17, 2011

Pengumuman : Hantu Sudah Mula Berkeliaran


Petikan dari Sumber

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Beberapa nama pengundi Cina dikesan dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka di situ sendiri tidak mengenali mereka.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.

“Sekurang-kurangnya setakat dikesan kira-kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang,” tulisnya di dalam blog.

Justeru, beliau mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan SPR harus tampil memberikan penjelasan.

Tambahnya, penemuan itu adalah hasil gerak kerja kecil yang dilakukan pihaknya termasuk berjumpa dengan para pengundi sebelum hari penamaan calon pada 22 Januari ini.

Menurutnya, nama pengundi berkenaan dikesan terdapat di Peti Undi Felda Tenang iaitu antara peti undi dalam Dun Tenang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan nombor kad pengenalan dan memastikan tempat mengundi didaftar.

=============

Jaga jaga ..
Makin tak tenang manusia di Dun Tenang
Hantu mula berkeliaran
Bomoh bomoh mula dipanggil untuk halau hantu
Dukun dukun boleh praktik ilmu

Tapi kali ni hantu cina
Kena panggil Master bukan dukun
Semua orang tahu hantu cina pandai .. kah kah kah
Dia suka main lompat lompat
Kejap lompat kem sana .. kejap lompat kem sini
Hantu melayu je lembab
Sebab asik kena paku .. kah kah kah
Tapi hantu melayu belum sampai
Sebab temankan hantu mak limah balik rumah
kah kah kah

Sunday, January 16, 2011

PRK Dun Tenang : Normala Sudirman dipilih untuk mewakili PR


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Sedikit Biodata Beliau 

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Nota : 
Boleh ikuti perkembangan lanjut tentang beliau melalui halaman Facebook 
Para pengundi Dun Tenang .. ingat bebetul Normala Sudirman tauu .. bukan Normala Shamsudin .. kah kah kah

 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic