Saturday, May 26, 2012

Ustaz Mokhtar Senik Kantoikan Jamil Khir



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.


Roboh untuk buat yang baru

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar).

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.

==========================
Nota : 
Kalo tak membohong .. bukan le BN namanya .. kah kah kah 
Ini yang Pak Lah kata tu .. infra kelas dunia tapi mentaliti kelas 3
Macam rakyat masih duduk bawah lampu pelita minyak tanah
Macam time tv kena pakai generator atau bateri kereta 

Weyh .. Jamil .. zaman sekarang sekejap lepas lu cakap..
tak lama kemudian orang dah tahu lu gelembong 
semua pakai petik dan klik ..
Ke lu masih pakai dial up ?
kah kah kah kah

Sepatutnya berita tu berbunyi
Kerajaan Arab Saudi kurangkan kuota haji
Sebab menteri guna duit zakat untuk kegunaan peribadi
kah kah kah kah 

Refresh : Isu Demonstrasi Haram - Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badminton



Penjelasan yang perlu difahami oleh semua yang mempertikaikan demonstrasi atau mereka yang bersetuju tapi ragu dengan hukum demonstrasi.

Cuba anda bayangkan, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?

Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.


Ikuti video penjelasan
Penceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tanyalah Ustaz (12/6/2011)
Tajuk: Amar Makruf Nahi Munkar
Kredit: Tukang upload MP3 entah siapa entah..
Jangan ragu-ragu! Demonstrasi adalah halal! Bukan bid'ah dan bukan haram..




Antara Isi Kandungan Yang Disentuh :

  • Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.
  • Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan teks syarak atau nash.
  • Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat. 
  • Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.
  • Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.
  • Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.
  • Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
  • Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.
  • Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.

Dengar dan cuba fahamkan.

Sumber 

Jawapan Hairie Othman: Terbaik Dari Ladang


kah kah kah .. amik ubat

Wahai chai Adi Isa amacam ?

Lu ingat semua artis kepala hotak macam lu

Kena sepatah dua ngan Hairie tak berjawab

Terus mati kutu

kah kah kah kah 

Friday, May 25, 2012

Syabas: Tamrin Ghafar Sanggup Dipecat Kerana Kecewa Dengan Perangai Ameno


MELAKA- Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.

-Harakahdaily

=====================

Masalahnya kat sini, pemimpin ameno bukan berperangai kebudak budakan, tapi dah peringkat biol dan hilang ingatan, maka tak payah le nak bersusah payah mengharapkan diowang tu faham dengan apa juga nasihat. Nak dengar pon tidak, nak faham jauh sekali. Tahap baham tanah dah memasing.

Uish .. Tergamaknya Pakcik Ini Mencederakan Diri Sendiri

Pakcik ini dipercayai telah membaling batu kearah mukanya sendiri.
Luorang jangan panik, jangan cepat melatah dan jangan makan kuih karipap sambil membaca.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Luoang takkan dapat jawapan jika sekiranya sekadar mengharapkan agar Ameno - Biawak Negara untuk bertanggungjawab atas tragedi yang menimpa pakcik yang malang ini. 

Sangat pasti mereka akan katakan, tiada siapa yang hadir diantara mereka yang membaling batu dan ini adalah kerja yang dirancang oleh PR untuk memberikan imej yang buruk kepada rakyat supaya rakyat membenci kerajaan. Tak usah diragui cara kebangsatan ameno memang semakin cemerlang.

Senario ini boleh dilihat dengan jelas dengan penafian yang dibuat oleh puak hamjadah ini apabila mengeluarkan kenyataan ..

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu.

Perghh ... terbakar darah wa bhai.  Babun babun ni punya otak memang letak kat tapak kaki ke hape ? Sesuka nak cakap PR baling batu .. weyh .. dalam ribuan manusia yang datang tu .. kalo setakat nak langgar luorang yang berjumlah ciput  .. lunyai bhai .. lunyai wa cakap lu.. tapi orang PR masih mempunyai otak yang terpimpin oleh pemikiran yang waras bhai ..bukan macam puak ameno.. kalo letak otak atas meja bedah sebelah otak lembu .. confirm tak dapat nak beza.

Nota : kesal dengan upah yang nak beli selai baju pon tak lepas .. mangkuk hamjadah ni sanggup sampai mempertaruhkan nyawa orang .. kalau mak bapak dia sendiri yang kena batu tu amacam ? suka ? sialll

Sesekali Polis Pon Nak Buat Lawak Gak ....


Foto ni dari entri wa yang terdahulu : Lawakkah Kereta Itu ? .. Kah Kah Kah

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang pasukan keamanan negara sejak akhir akhir ni. Wa taknak cerita lebih lanjut pasal kredibiliti dan intergriti polis sebab memang dah jadi satu rahsia umum dan diperdebatkan waima kat tepi longkang oleh mat pet sekalipun. 

Memang, apa yang berlaku kebelakangan ini tidak bagus untuk imej pasukan keselamatan dan sebut sahaja pdrm, terus keluar berbagai bagai persepsi yang kebanyakannya berbentuk pandangan yang negatif. Begitulah tercalarnya nama baik pasukan beruniform yang sepatutnya sangat dihormati.

Again, itu pon bukan topik yang wa nak cerita sebab hanya membuang masa.. nak kata apa lagi kalau kejadian buruk yang berlaku depan mata baru baru ni, seperti contoh kelakuan biadap NGOk Perkasam kat Melaka dan program ceramah PR kat Lembah Pantai langsung tak dapat perhatian dan kawalan yang sepatutnya dari pihak polis walaupun anggota mereka ada kat tempat kejadian.

So hari ni wa lebih senang nak ajak luorang layan entri  video 'world' kat bawah ..klip ni dah lama .. cuma sedikit sebanyak menghiburkan gak la jiwa wa yang bengang tahap jingga pada diowang..



Nota :
Mereka mungkin polis bantuan
Tapi mereka tetap polis
Lambang dan uniform tetap sama
Latihan juga sama
Cuma tugas yang berbeza

Ini tanda mereka juga manusia .. bukan robot
Ini tanda mereka juga ada keinginan tersendiri
Ini tanda mereka juga mungkin berbakat
Atau ini hanya tanda betapa bengongnya diowang .. kah kah kah kah

Satu pertanyaan...
Tak cukup bajet nak pegi dangdut ke bang ? kah kah kah kah kah

Ustaz Azhar Menyantuni TGNA - Part2

Kalau sebelum ni entry wa Foto Terbaik : Uztaz Azhar Menyantuni TGNA (rujuk foto) ada yang komen cakap foto tu tak berapa clear dan terlindung ..


So, kali ni luorang takde lagi alasan nak kata itu ini .. sebab foto yang kali ni jelas dan bersinar. Ini foto terbaru dari sebuah program Himpuan Anak Muda Kelantan 2012 di Kelantan semalam.


Kredit ada tertulih atas foto dah 

Amacam ? Clear tak ? .. weyh .. sekali lagi wa nak tekankan, kalau level Ustaz Azhar yang tersohor tu boleh gitu hormat pada TGNA, kekita yang tak berapa nak start ni.. agak agak le skit kedudukan kita ..huhu

PM bukan Melayu: Putar Belit Oleh Utusan - Kit Siang

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, baru sahaja telah membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional jelas menentang bermati-matian untuk menjalankan pilihanraya yang bersih, bebas dan adil, terutamanya untuk menunaikan salah satu tuntutan BERSIH 2.0 untuk "Menghentikan Politik Kotor".

Seperti dalam "tweet" saya pagi tadi: "Apabila apa-apa DAP dipaparkan pada muka hadapan Utusan Malaysia, ianya pasti samada berita buruk/masalah politik kerana inilah gaya putarbelit yang digunakan oleh mereka." (When DAP appears on Utusan Malaysia front-page, it is bad news/political trouble because distortion n unethical/dishonest journalism at play.)

DAP sekali lagi dipaparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini, dengan tajuk utama, "Karpal perjuangkan PM bukan Melayu", dengan memetik Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar kiri): "Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri".

Petikan ini adalah satu putar belit berkenaan dengan apa yang telah dikatakan oleh Karpal apabila memberitahu wartawan Utusan Malaysia yang dia hanya merujuk kepada Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri itu sebenarnya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Utusan Malaysia telah bertindak secara tidak beretika dan dengan tidak bertanggungjawab untuk mencipta isu yang tidak wujud (non-existing issue) dan "political mileage" dengan membuat dakwaan palsu bahawa agenda Karpal dan DAP adalah untuk melantik Perdana Menteri bukan Melayu yang akan dimasukkan dalam kempen untuk menakut-nakutkan orang ramai yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak beretika - seperti lemparan fitnah dari bekas Perdana Menteri, Mahathir minggu lepas bahawa sekiranya UMNO ditumpaskan dalam pilihanraya umum yang akan datang ini, Melayu akan kehilangan kuasa politik di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa jawatan Perdana Menteri sememangnya terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, tetapi kami menerima realiti politik selama saya dengan Karpal bergiat dalam bidang ini, Perdana Menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Adakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Najib Razak bersedia untuk memberi kerjasama penuh bersama Pakatan Rakyat untuk memberi jaminan yang rakyat Malaysia tidak akan menjadi saksi kepada pilihanraya umum paling kotor dalam sejarah tanahair ini - sekarang dan pada masa tempoh berkempen untuk pilihanraya umum yang akan datang?

Adakah beliau bersedia untuk menghentikan kempen fitnah, pembohongan dan tohmahan yang paling "kotor" terhadap pemimpin Pakatan Rakyat untuk memulihkan kemuliaan dan adab dalam medan politik dan medan umum di Malaysia?

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Poll Yang Dikeluarkan Oleh SInar Online - Majoriti Bersetuju Dengan Hujah Rafizi


Berikut adalah keputusan undian kajiselidik yang dibuat oleh Sinar Online berkenaan dengan Debat PTPTN yang berlangsung baru baru ini diantara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin.

Lihat sendiri perbezaan yang ketara antara Pro dan Cons. Abih le chai gerombolan makin hilang akal  lepas ni. Spin le weyh .. luorang memang pakar dalam bab spinning ni .. kah kah kah kah

Thursday, May 24, 2012

Utusan: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Muka Plak Ketepek Atas Tahi Ayam .. Huishh

Malang yang diundang .. bertimpa timpa kena tang hidung utusan malaysia.

Etika kewartawanan dibawa Utusan Melayu jika dibandingkan pada suatu masa dahulu dengan sekarang seperti langit dan bumi.

Di zaman kemuncaknya, Said Zahari sebagai Ketua Pengarang Utusan dalam tahun 1950-an dan 1960-an berjuang untuk kepentingan rakyat, khususnya membawa isu-isu orang Melayu yang masih hidup miskin dan melarat.

Sejak pengambilalihan kuasa oleh UMNO, Utusan tidak lagi menjadi suara rakyat, sebaliknya ia hanya menjadi penyebar fikiran UMNO.

Reputasi dan kebebasan Utusan menjadi lebih parah lagi apabila tindakan memecat salah seorang wartawannya iaitu Hata Wahari yang juga merupakan presiden Kesatuan Wartawan Malaysia atau National Union of Journalists (NUJ).

Berbeza ketika era Said Zahari, pemogokan Utusan Melayu yang dikepalainya dari bulan Julai hingga Oktober 1961 bukan sahaja sebahagian daripada sejarah penting Utusan Melayu sendiri bahkan juga sejarah persuratkhabaran dan kewartawanan tanah air yang tidak boleh dipadamkan daripada lembaran sejarah.

Kini, Utusan memang berada dalam era yang sangat malap. Kusam dan hapak serta semakin tak dipedulikan.



Foto : Beribu ribu naskah Utusan yang diedarkan secara percuma ketika Karnival Ameno di Bukit Jalil baru baru ini. (Baca : Bagi free pon tak dipeduli) .. untuk bacaan lanjut rujuk UTUSAN PERCUMA PUN TAK LAKU.....??



Foto : Penarikan diri oleh syarikat syarikat pengiklanan dan penajaan yang berpendapat Utusan telah memberi impak buruk pada imej syarikat mereka. Berita lanjut sila baca di BeritaSemasa




Foto : Semakin kerap diberikan secara percuma  melalui usaha ahli politik ameno untuk kembali menaikkan populariti utusan.




Foto : Berubah wacana dari sebuah akhbar harian kepada sebuah tabloid yang menjadi medium fitnah, sensasi yang tiada asas dan penyebaran porno bagaikan taraf Majalah Mangga.




Foto : Jualan utusan merudum. Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari. Rujuk Sumber




Foto : Seringkali di saman dimahkamah dan berkali kali juga terpaksa membayar akibat kekalahan hujah.

  • Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 sebagai kos mahkamah. - Rujuk Roket Kini
  • Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan - Harakahdaily
  • Biseksual : Nalla & Utusan Disaman Anwar RM100 juta - AIDC
  • Komunis: Utusan Malaysia disaman - Harakahdaily
  • Senator Australia cadang turut saman Utusan - Malaysiakini
  • Utusan Disaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang - btmmari

dan yang terbaru Mahkamah Rayuan menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.- Harakahdaily

Begitulah nasib buruk yang menimpa akhbar yang pernah menjadi kebanggaan rakyat malaysia dan orang melayu khasnya apabila diperkudakan untuk menjadi lidah kepada kerajaan semata mata dan melaporkan berita secara berlawanan dengan etika kewartawanan.

Nota Kaki : Ada dua kemungkinan yang mendatang

  • Utusan Malaysia perlu untuk dimerdekakan dari cengkaman politik dan kembali menjadi wacana penyebar maklumat yang telus dan berani tanpa berpihak -  Retorik yang wa rasa takkan mungkin berlaku.
  • Teruskan sebagaimana yang ada hari ini dan Utusan Malaysia bakal menempah tempat dalam arkib sejarah.
Akhir sekali, buat syarikat penerbitan beserta wartawan yang masih berkhidmat sila baca dengan teliti rayuan dan nasihat yang diberikan oleh seseorang yang pernah rapat dengan luorang - Hata Wahari - Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan

- Karmic Wheel


Wee Ka Siong - Sudah Panas Punggung Ka ?



Merujuk kepada isu saman fitnah DSAI sebanyak RM10juta terhadap Timb. Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Isu ni setel setelah kedua dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah. Rujuk Sumber

ini apa petanda nya ?
kasi kautim luar ..
dah tentulah orang kata betul betul buat fitnah ..
kah kah kah kah

DSAI dakwa kenyataan Wee fitnah dan berbaur jahat
Wee Ka Siong memula nafi mengeluarkan kenyataan
Alih alih bila nak sebutmula kes ..
Wee offer kasi setel luar ..
kalau benar tak bersalah apsal tak tunggu dakwaan ?
kah kah kah kah 

Ini semua perbuatan bacul ..
Baling batu sembunyi tangan ..
Cakap semua bukan main cabul
Tapi tak berani nak mengaku berak tengah jalan
macam pantun plak ..
kah kah kah kah kah

Memandangkan PRU dah around the corner
Wee mungkin gubra tahap jingga
Sebab RM10 juta bukan memain
RM 2 ribu pon dah hilang kelayakan bertanding
Takut tersuntut macam Dr. Kayveas Presiden PPP
Kena saman sampai RM170 ribu
kah kah kah kah kah

Sepatutnya DSAI takyah terima offer ni
Kasi saman sampai rebah ..
Redah kasi pecah .. baru ada akai
Tapi ye laa .. mungkin usaha yang lebih besar menunggu
Malas nak layan orang dari parti yang dah makin tak laku
kah kah kah kak jah

Sidang Media Debat PTPTN



Ini adalah footage sidang media yang diadakan setelah selesai sesi debat isu PTPTN yang lepas.

Nota :
Rafizi meneruskan pandangan yang bernas pada setiap persoalan yang dibangkitkan.
Khairi seperti biasa sentiasa menempelak PR atau PKR khususnya dalam setiap jawapan

Data Rafizi berdasarkan fakta yang telah dan sedang berlaku
Data Khairy berdasarkan fakta ramalan yang berlaku atau tidaknya masih bersifat spekulasi.

Kini terpulang pada penilaian masing masing
Wa percaya luorang ada pemikiran yang tersendiri

Apa apa pun .. syabas pada kedua duanya ..
Kita raikan perbezaan asalkan jalannya telus ..

Moga debat sebegini mekar dalam demorasi Malaysia ..


Panas: Doa Dr Maszlee & Wardina Safiyah Terhadap Blogger Pemfitnah


Sejak selepas hari perdebatan antara KJ dan Rafizi berkaitan dengan isu PTPTN, Dr Maszlee telah dijadikan sasaran tidak puas hati oleh ramai blogger yang tidak dapat menerima hakikat apabila beliau melontarkan cabaran agar Najib berkelaku sebagai anak jantan untuk berdepan pula dengan DSAI.

Tohmahan, kritikan, cercaan, kutukan & fitnah yang melampau dari chai chai blogger tersebut telah sampai ketahap maksimum dan tidak dapat lagi ditoleransi oleh Dr. Maszlee sehingga keluar doa sebagaimana yang dicatitkan beliau dari tweet diatas.




Doa Dr. Maszlee disambung oleh Wardina sebagai tanda sokongan beliau kepada Dr. Maszlee dalam terhadap fitnah jahat dari blogger


Nota :

  • Blogger chai ni mana takut dengan doa semua tu .. TGNA, TGHH, TGHaron Din pon selamba je diowang bahan.
  • Blogger chai mempertahankan Najib lebih dari mempertahankan agama
  • Wa sekadar dapat bekata 'Ameen' pada dua doa tersebut
  • Lepas ni blogger chai boleh layan U-Kiss kat himpunan belia .. kerana ini ajaran wasatiah pemimpinnya .. kah kah kah

Laporan Polis Berkaitan Demo Yang Dirancang Depan Rumah Ambiga



Berikut adalah laporan polis yang dibuat mengenai gangguan yang dihadapi oleh Pengerusi Bersama Gabungan Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreenevasan serta kenyataan berbentuk ancaman dan amaran yang dikeluarkan oleh sesetengah individu terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Gabungan Bersih 3.0 secara keseluruhannya.


Polis DiRaja Malaysia
Repot Polis

Balai: Damansara
Daerah: Petaling Jaya
Kontinjen: Selangor
No Repot: TRAVERS/003793/12
Tarikh: 23/05/2012
Waktu: 2014 PM
Bahasa Diterima: B Malaysia
Butir-butir Penerima Repot
Nama: Mohd Gani bin Ghazali
No Personel: R153864
Pangkat: L/KPL

Butir-butir Pengadu
Nama: Nurul Izzah binti Anwar
No KP (Baru): XXXXXXXXXXXXXXXX
Jantina: Perempuan

SAYA MERUJUK KEPADA LAPORAN AKHBAR THE STAR, BERTAJUK “GROUP PERFORMS ‘BUTT EXERCISES’ IN FRONT OF AMBIGA’S HOME” BERTARIKH 16 MEI 2012 TENTANG GANGGUAN YANG DIHADAPI OLEH PENGERUSI BERSAMA GABUNGAN BERSIH 3.0, DATUK AMBIGA SREENEVASAN.

PADA JAM 1115 PAGI TADI @ 23/05/2012, SAYA TELAH MELAWAT BELIAU BERSAMA AHLI-AHLI PARLIMEN KUALA LUMPUR DAN PAKATAN RAKYAT LAINNYA DI KEDIAMAN DATUK AMBIGA BERALAMAT XXX, JALAN SETIAKASIH 1, BUKIT DAMANSARA, KUALA LUMPUR. LAWATAN KAMI BERKAIT DENGAN RANCANGAN SEKUMPULAN ORANG UNTUK MENDIRIKAN GERAI-GERAI PADA HARI ESOK (KHAMIS DAN JUMAAT) DI LUAR RUMAH DATUK AMBIGA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN SECARA HARAM. KENYATAAN YANG INDIVIDU-INDIVIDU INI KELUARKAN BERBENTUK GANGGUAN DAN AMARAN KEPADA DATUK AMBIGA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN GABUNGAN BERSIH 3.0 SECARA KESELURUHANNYA.

SAYA MENDAPAT MAKLUMAN BAHAWA AHLI-AHLI PEKIDA DAN PERKASA YANG MENYOKONG UMNO JUGA BERCADANG UNTUK HADIR ESOK, DAN BERTUJUAN UNTUK MEMBUAT KEKACAUAN.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA MENDAPATI KELAKUAN-KELAKUAN DI ATAS SERTA AKTIVITI DALAM PERANCANGAN MEREKA INI MELANGGAR, DI ANTARANYA, AKTA-AKTA SEPERTI BERIKUT:

1. SEKSYEN 14 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA336);

2. SEKSYEN 268 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH PERUNTUKAN SEKSYEN 290 YANG SAMA;

3. SEKSYEN 425 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH PERUNTUKAN SEKSYEN 427 YANG SAMA;

4. SEKSYEN 46 AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974.

OLEH DEMIKIAN, SAYA MEMINTA AGAR PIHAK POLIS UNTUK MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN ORANG AWAM TERJAGA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Wednesday, May 23, 2012

Foto Edit Yang Penuh Makna


Memang world lah editing foto bhai .. kah kah kah kah

Itulah senarionya

Itulah situasinya

Anwar dah lama mengharapkan sambutan Najib

Tapi Najib cuma mampu berselindung dibalik media ..

Semalam moderator Dr Mazlee sudah kasi lambung ..

Sekarang 1 Malaysia tunggu Najib sambut ..

Amacam ? Hari tu cakap  'Jangan Cabar Saya'

Sekarang bebetul dah kena cabar ...

Alasan apa lagi nanti ?

kah kah kah kah kah

Rafizi & Dr. Mazlee Adik Beradik Ka ??

The Star
Wartawan the star buat le rujukan bebetul weyh. Dr. Mazlee Malik bukan Dr. Mazlee Ramli.

=======================

Ok .. berita kat atas tu dah expired ..sebab The Star dah amik tindakan buat pembetulan ..


Suasana Harmoni Begini Yang Kita Perlukan Sebagai Tanda Kematangan


Ini satu level lagi yang wa rasa perlu dipertontonkan pada khalayak. Ideologi kita boleh berbeza, tapi lepas tu boleh dok semeja .. dan mungkin boleh teruskan perbincangan yang terbantut dek masa yang tak mengizinkan dalam sessi debat tadi..

Tapi ramai ramai tu, Dr Mazlee .. lu memang win la malam ni .. keh keh keh

Nota : wa upload foto ni sebab dah ada chai ameno yang tuduh Dato Saifuddin kena beli .. gitu aje laa mentaliti chai chai longkang ni .. bodoh dan sungguh meloyakan .. kah kah kah kah

Tuesday, May 22, 2012

Moderator Dr Mazlee Cabar Najib Debat Ngan Anwar .. Amacam ?



SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli diharap akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu akan muncul bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing.

"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.

========================

Sahut lah Najib weyh .. nak dengar gak idea idea bernas dari seorang Pi Em .. kah kah kah kah

Malam Untuk Lepak Nan Santai

Malam ni wa dah setelkan apa yang patut.

dah mandi .. makan malam .. sikat rambut, persis masa kecik kecik dulu bila orang tua wa bagi syarat yang ketat sebelum dapat tengok tv cerita high chapparal ataupun combat - siap kena makan scott emulsion ngan combantrine (ubat cacing) dulu .. kah kah kah

Air neskepe dah siap, kudap kudap pon ready, tv dah on .. perghh .. Rafizi dah mulakan ucapan ..


yeah, malam ni malam debat .. PTPTN antara Rafizi dan Khairy Jamaluddin. Sorry geng, off till the end.



Eh .. ni ke rahsia KJ untuk kekal bertenaga masa debat ni nanti ? kah kah kah .. apa apa je lah .. janji layan 

Ayuh tunjukkan pendapat masing masing, buka mata sang penakut, nyatakan dengan berani .. betapa debat bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti .. err.. Najib berani tengok ke ?? kah kah kah .. asatalavista baybeh

Gelombang Hijau Bukan Untuk Tandingi Gelombang Merah Ameno



KUALA LUMPUR: Gelombang hijau yang dicetuskan menerusi Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun depan di Stadium Darul Aman, Kedah bukan bertujuan untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulang tahun ke-66 Umno baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan ke satu tarikh baru.

"Tidak. Himpunan itu bukan diadakan untuk menyaingi gelombang merah Umno tetapi bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditunda pada bulan depan ekoran pilihan raya umum yang belum ditentukan tarikhnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Selasa.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan tersebut bertujuan untuk menggerakkan pimpinan, ahli, pendokong serta jentera parti di semua peringkat bagi membuat persiapan akhir dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita ingin beri mesej supaya tertanam di pemikiran mereka bahawa ahli-ahli PAS perlu jadi penggerak dan pendokong utama dalam menjayakan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya.

"Malah ia akan memberi gambaran kepada mereka supaya terima calon-calon bukan saja daripada PAS tetapi Parti Keadilan Rakyat dan DAP untuk bantu mereka mencapai kemenangan pada PRU-13," katanya.

Menurut beliau, PAS mensasarkan untuk mengumpul 100,000 peserta dari pelbagai bangsa dan agama untuk menghadiri perhimpunan itu.

"Program itu akan terbahagi kepada tiga peringkat...yang pertama bermula dengan menghimpunkan pimpinan tertinggi PAS. Sesi kedua melibatkan program expresi hijau anak muda ke Putrajaya manakala sesi ketiga iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya," katanya.

Susulan itu, Mahfuz menggesa peserta yang hadir supaya memakai berpakaian serba hijau sebagai tanda sokongan kepada program tersebut yang turut menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Walaupun kita hanya mensasarkan jumlah kehadiran seramai 100,000 peserta, saya yakin lebih ramai akan hadir nanti. Kita juga akan pasang skrin di luar stadium," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh baru muktamar tahunan PAS, Mahfuz berkata ia akan diberitahu kemudian.

================

Awat ?? ketaq lutut ka ? Ini hijau tau .. bukan merah. Sekarang semua menda nak pakai teknologi hijau .. merah tu untuk angin ahmar boleh laa .. kah kah kah kah


PANAS: Debat PTPTN - Khairi Tarik Diri .. Bung Mokhtar Dinamakan Pengganti ?


Malam ini telah jika mengikut jadual, debat PTPTN akan dilangsungkan antara Saudara Rafizi dan Saudara Khairy Jamaluddin.

Wacana debat ini adalah sesuatu yang amat dinanti nantikan oleh penyokong dedua dua belah pihak untuk mendengar pendapat dan hujahan masing masing dalam memperkatakan isu yang berkaitan dengan PTPTN.

Malangnya, dari tweet yang baru diterima, Khairy Jamaluddin dikatakan telah menarik diri dan ingin  menggantikan tempatnya dengan ahli parlimen dari Kinabatangan iaitu Bung Mokhtar Raden. Khairy tidak memberikan alasan secara spesifik tetapi hanya mengatakan 'timbul keadaan yang tak terduga'.


Hadoih .. anti-klimaks le plak ..

Alahai Ameno-BN..Lantik ‘Sub-kontraktor’ Lawan Oposisi



Seronok bila kita lihat gelagat kumpulan-kumpulan pro-UMNO yang tidak habis-habis menibai parti oposisi dengan macam-macam tomahan dan fitnah yang tidak masuk akal.

Tatkala masyarakat Malaysia sudah memahami erti persaudaraan dan kerjasama Bangsa Malaysia, UMNO-BN masih lagi dengan agenda memecah-belahkan rakyat.

Menakutkan Melayu dengan bukan Melayu, melaga-lagakan antara agama … ini semua kerja yang penjajah British pernah buat dahulu.

UMNO pecah-belahkan kesatuan rakyat

Pecah-belahkan rakyat dengan fitnah ini kerja jahat. Tetapi gabungan oposisi dalam Pakatan Rakyat yang bergerak untuk sedarkan rakyat tentang salah guna kuasa dan diskriminasi UMNO-BN dan memilih kerajaan yang lebih telus adalah satu usaha suci. Apa yang salahnya?

Fitnah dan tomahan terhadap Pakatan Rakyat bertujuan bukan untuk mendidik masyarakat tetapi cuma untuk memecah-belahkan kesatuan hati rakyat Malaysia yang makin sedar tentang kebejatan UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka.

Bak kata orang, inilah jadinya bila sudah tidak ada modal bercakap sampaikan berfikir pun tak boleh…

Macamlah rakyat kita sekarang tak pandai berinternet.

UMNO dan projek ‘ali baba’

Hal kumpulan-kumpulan pro-UMNO ini sama sahaja macam kontraktor bumiputera yang mengalibabakan projek yang mereka dapat daripada kerajaan negeri.

Maka, keluarlah macam-macam nama ‘syarikat enterprise’ seperti Perkasa, Jati, Tibai dan sebagainya.

Mungkin disebabkan UMNO-BN sendiri tidak terjawab dengan masalah kronisme, rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi, satu-satu cara yang tinggal bagi mereka ialah berdiam diri dan melantik puak lain untuk bersuara mewakili mereka.

Inilah kerja pengecut.

Perkasa melawan DAP, Jati melawan PAS, TIBAI melawan PKR. Samalah jugak konsepnya dengan buat projek  alibaba. Ada dapat sub elektrik, ada dapat sub plumbing, ada dapat sub mengecat…

‘Alibaba’ satu hal, yang satu hal lagi seolah-olah UMNO dan kumpulan-kumpulan ini kelihatan sudah tidak keruan.

UMNO-BN tuduh DAP anti-Islam, tapi peruntukan untuk pentadbiran Islam di Pulau Pinang semasa BN cuma 12 juta, sekarang di bawah PR ialah RM64 juta…

UMNO-BN tuduh PAS parti ekstremis Melayu-Islam, bila PAS bekerjasama dalam PR, dia tuduh pula PAS gadaikan Islam…

UMNO-BN tuduh PKR di Selangor kuat korup, tetapi ketua audit Negara sendiri memuji pentadbiran PR di Selangor. Tengoklah siapa yang sangkut isu rumah RM24 juta di Shah Alam!

Jadi, mereka nampaknya sudah tidak ada modal, perkara yang dilihat ‘relevan’ untuk menutup kelemahan mereka sendiri ialah dengan terus-menerus memainkan isu ‘moral’ pemimpin utama oposisi.

Siapa pun boleh mendakwa itu dan ini.

Bukan politik bijak

Kalau mau, siapa pun boleh bariskan skandal-skandal pemimpin UMNO … buat master plan dan petik saja nama-nama tertentu.

Akan tetapi, ini bukan politik yang matang. Kata cerdik pandai, pedang lawannya pedang, idea lawannya dengan idea, barulah bijak.

Makin hari, rakyat makin muak dengan mainan politik lucah dan busuk pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini.

Apapun kita rasa hairan juga. Yang nak bertanding pilihanraya ialah UMNO-BN, tetapi yang kuat buat kerja burukkan orang ialah kumpulan-kumpulan lain.

Harap-harap nanti tidaklah melopong, dapatlah wakil TIBAI, JATI dan PERKASA bertanding atas tiket BN… roketkini.com

Perbicaraan DSAI, Azmin Ali & Che'gu Bard Bermula

Foto: Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.


Kronologi : Update setiap 10 minit

9.20 AM:
Azmin tiba di mahkamah

9.40 AM:
Masih menunggu untuk ketibaan hakim
Kumpulan peguam pembelaan sudah bersedia dan hanya menunggu Karpal untuk tiba

9.50 AM:
Bilik mahkamah penuh. 3 pemimpin PKR ini adalah yang pertama didakwa dibawah undang undang yang baru diperkenalkan - Dr. Xavier Jayakumar

10.00 AM:


Kelihatan ketiga tiga pemimpin sedang berbincang bersama barisan peguam
Panas :  Datuk Yusof, pendakwa kanan kes fitnah liwat pagi ini tiba tiba sertai pasukan pembelaan kes DSAI
Pertuduhan terhadap DSAI mula dibacakan
Ikat jamin untuk DSAI sedang diperbincangkan
DSAI diberikan ikat jamin RM500

10.10 AM:
Mahkamah slesai baca pertuduhn terhadap DSAI, beliau tidak mengaku bersalah mahkamah bebaskan dgn ikat jamin RM500 (utk pertuduhan pertama)
Perbiacaraan untuk pertuduhan pertama ditetapkan pada 2 Julai

10.15 AM:
Pertuduhan dibacakan kepada Azmin Ali

10.17 AM:
Azmin juga diberikan ikat jamin sebanyak RM500

'Pertuduhan ke atas DSAI dan saya dibacakan di depan Hakim Tuan Mahmud Abdullah. Tarikh bicara 2 Julai 2012. Ikat jamin RM 500' - Azmin Ali

10.22 AM:
Pertuduhan pada Che'gu Bard pula dibacakan

10.23 AM:

'Alhamdulillah tuduhan dibacakan dan saya tak mengaku salah.. Hakim bebaskan dgn jaminan rm500.. Perbicaraan akan ditetapkan 2Julai' - Che'gu Bard

10.26 AM:
Tuduhan ke dua dibawah seksyen 188 Penal code dibacakan
Kesemua pemimpin dituduh secara bersama melanggar arahan mahkamah  pada hari perhimpunan

10.30 AM:
Mahkamah membenarkan ikat jamin bagi pertuduhan kedua kepada ketiga tiga pemimpin dan menetapkan 2 hb Julai 2012, sebagai tarikh perbicaraan.

1st charge of 'Street protest' means that 300,000 people committed the same offence! Why charge only 3 of them? Clearly political! - Sivarasa

10.40 AM:

Kes telah ditetapkan untuk diperdengarkan pada 2hb Julai 2012, pihak pendakwaan perlu mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan sebelum tarikh itu - Sivarasa

11.00 AM:

Dlm pejabat pegawai polis penjaga mahkamah...jumpa Tuan Munusamy, pegawai polis yg menahan saya di sekolah ketika mengajar hampir 11thn dulu - Che'gu Bard

11.40 AM:

DSAI sedang menunggu untuk proses ikat jamin

Terbaru : Footage Video - Kemalangan Ferrari Dan Teksi Yang Mengakibatkan 3 Kematian

Nota: Video kemalangan ngeri ini dikeluarkan sebagai peringatan. Jangan klik video kalau rasa rasa tak kuat semangat. Berita tentang kemalangan ini pernah tersiar dalam banyak blog dan entri ini adalah yang terbaru apabila video kejadian kemalangan dikeluarkan.



Tiga mangsa terbunuh apabila sebuah Ferrari 599 GTO melanggar sebuah teksi ketika sedang memecut disebuah persimpangan pusat bandar di Singapura.

Pemandu Ferrari tersebut mati serta merta sementara pemandu teksi beserta penumpangnya tidak lama kemudian.

Penumpang Ferrari yang berwarna merah itu bagaimana pun terselamat dan telah dihantar ke hospital, begitu juga dengan seorang pembonceng motorsikal yang turut terlibat dalam kemalangan.

Polis tidak mengeluarkan anggaran rasmi berapa kelajuan Ferrari tersebut namun berlaku hentaman dengan kelajuan tinggi dan boleh dilihat dari video yang disertakan.

Pegawai polis sedang menyiasat kemalangan, namun, sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Motor Authority, saksi mengatakan, pemandu Ferrari, Ma Chi yang berusia 31 tahun, melanggar lampu merah sebelum menghentam sisi teksi biru terbabit.

Perlanggaran itu telah dirakamkan dari dalam sebuah kereta dipersimpangan Rochor Road - Victoria Street.

Cheng Teng Hock
Penumpang teksi, seorang perempuan yang berumur 20 tahun, mati didalam teksi yang dipandu oleh Cheng Teng Hock, 52, bapa kepada 3 orang anak.

Cheng Teng Hock pula mengalami kecederaan otak yang parah dan menemui ajal ketika sedang dirawat dalam unit rawatan rapi di Hospital Tan Tock Seng awal bulan ini.


Nota : Kejar lampu merah memang dah jadi amalan biasa pemandu kat Malaysia. Apa yang wa boleh kata, ubahlah sikap gini.. tak jadi tak pe, tapi bila dah jadi, tak pasal pasal orang lain yang jadi mangsa. 


Wahai Inche Ismail Sabri, Lu Apa Cerita ??


Kerajaan BN tidak beza kepentingan kaum ? kah kah kah kah

Weyh , mata wa salah baca ke ? ..

PENANTIAN SELAMA 40 TAHUN PELAJAR DAN IBU BAPA DI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KEMAYAN DAN LADANG MENTERI TRIANG BERA BERAKHIR APABILA BANGUNAN YANG BARU DIBINA KERAJAAN SEJAK 2008 TELAH SIAP, MEMBABITKAN PERUNTUKAN LEBIH RM1.4 JUTA 

Kalau ibu bapa pelajar 40 tahun lepas .. wa rasa 99% dah mendiang .. isk isk isk

Pelajar tu plak .. kalo masa penantian tu bermula baru masuk darjah satu .. sekarang umur beliau dah 47 tahun .. kalo darjah 6 .. dah masuk 52 tahun .. fuyoo ..setia betul diowang menanti peruntukan bangunan baru tu ye ? .. kah kah kah kah

Baguih dok ada janji gini. Kalo janji 40 tahun dulu baru nak start laksana tahun 2008, janji PRU yang akan datang ni kena tunggu tahun 2048 le gamaknya ye ? Cemerlang sungguh .. kah kah kah

Nota: Selagi BN kuat, selama itulah janji hanya tinggal harapan sebagaimana yang berlaku dalam kes ni. Janji ditabur sekadar untuk menyedapkan hati pengundi setiap kali berlaku pilihanraya. Bila dah menang, lu lu .. gua gua.

Tapi bila sebaliknya yang berlaku, apabila BN semakin lemah, apabila pengundi mula celik dan sedar, time tu le baru nak tunjukkan puak diowang lah juara .. bodo piang.

Ini menandakan betapa pentingnya  ada check and balance dalam kerajaan. Bila pihak pembangkang lemah, kerajaan BN buat sesuka hati pak mentua sebelah abah tiri dia .. Bila BN lemah, baru le terhegeh hegeh nak bagi itu ini .. pii rahhhh

Monday, May 21, 2012

Kenapa DBKL Beria Ia Untuk Mempromosikan Kebodohannya ??

Tajuk entri ni serius, sebab wa memang bebetul serius ketika menaip artikel yang serius ni. Luorang percaya ke tak yang wa serius neyh ? .. kah kah kah kah

Satu hari berlaku kejadian ragut di kawasan bandar, akhbar dah laporkan, berbagai kritikan dan komen hadir dari seluruh negara memperkatakan tentang kejadian malah si pelaku pon dah mengaku berbuat seperti yang diperkatakan.

3 hari kemudian, pihak yang datang menyiasat tempat berlakunya kes ragut tersebut tidak menjumpai apa apa aktiviti ragut atau kesan berlakunya kes ragut kat kawasan tersebut. Maka diisytiharkan kejadian ragut itu tidak berlaku dan tiada pendakwaan yang akan dilakukan.

Luorang yang ada akal sihat boleh ke terima kalau berita tu berbunyi macam tu ? 

Gitu gak le bila wa baca artikel yang tertulis kat bawah


Sumber: FMT

Menurut DBKL, berikutan dari komplen yang diterima pada 14 Mei, jabatan penguatkuasaan telah pergi menyiasat aduan dan mendapati tiada aktiviti perniagaan burger seperti yang dilaporkan.

Adoih .. dah datang berhari hari lepas tu memang le takde kedai burger dah. Apsal DBKL tak gi cek lepas raya haji tahun depan je.. Logik le skit weyh.

Lagi pon komplen tu sebab nak tanya kenapa DBKL tak amik tindakan.. bukan nak suruh DBKL gi cek .. hohohoho

Macam macam kelaku pelik le .. itu le yang wa kata .. jangan sesekali biarkan hidup anda tersampuk dengan parti saka.. boleh lemah akal diluar kawalan dan jadi bodoh melantun lantun.. kah kah kah kah

Pemain Import Kelantan Buat Honar ...


First of all, syabas wa ucapkan pada skuad bolasepak Kelantan yang skang ni lebih glamour digelar TRW (The Red Warriors) kerana usaha penat lelah mereka terbayar dengan memenangi Piala FA, sebuah piala yang ditunggu tunggu sejak 22 tahun yang lalu.

Dengan segala kerja keras TRW memang layak untuk dinobatkan sebagai juara Piala FA 2012.

Tapi bukan tu maksud tajuk entri kat atas nun.. wa nak luorang tengok bebetul foto kat bawah ni ..


Obinna Nwaneiri, pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria berjaya membuat ameno semakin pening sebab mengibarkan bendera PAS ketika meraikan kemenangan TRW..

Wa sekadar boleh cakap .. Baguih Dok Ada ... kah kah kah kah kah
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic