Facebook kini berstatus sebagai sebuah syarikat awam, kerana baru sahaja selesai memperdagangkan sahamnya di bursa saham Nasdaq pada Jumaat (18/5/2012) waktu tempatan.
Laman jaringan sosial terbesar ini telah menjual sejumlah 421,200,000 saham dalam penawaran perdana kepada awam (IPO) dengan harga USD38 sesaham. Dengan ini, maka Facebook menggalang dana IPO sebesar USD16 bilion.
Angka sebesar itu membawa Facebook sebagai perusahaan internet dengan nilai IPO tertinggi di US, bahkan jauh mengalahkan Google ketika syarikat enjin carian internet itu menawarkan IPO sebelum ini.
Berikut ini adalah nama individu dan syarikat yang memiliki saham Facebook, yang dipetik dari Reuters. Peratus pemilikan saham mungkin telah berubah, disebabkan terlalu banyak pihak yang memburu saham Facebook.
32.4% - Personnel dan bekas kakitangan Facebook
28.4% - Pendiri sekaligus CEO Facebook, Mark Zuckerberg
11.4% - Jim Breyer dan Syarikat Permodalan Usahasama Accel Partners
7.5% - Pendiri Bersama Facebook, Dustin Moskovitz
7% - Digital Sky Technologies:
3.5% - Goldman Sachs:
3% - Syarikat Permodalan Usahasama Greylock Partners & Meritech Capital
2.5% - Peter Thiel (individu)
1.6% - Perusahaan Microsoft:
1.0% - Syarikat Permodalan Usahasama Elevation Partners:
0.75% - Li Ka Shing (individu)
0.64% - T. Rowe Price
0.2% - Syarikat Permodalan Usahasama Andreessen Horowitz
Nota : 1% bersamaan USD160 juta .. humang aih
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah