Saturday, January 29, 2011

Maka Yang Jahil Itu Adalah ....



LABIS 28 Jan. - 'Fatwa' terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong Pas sebagai jahiliah satu lagi bukti penyelewengan agama Islam oleh Mursyidul Am parti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama Islam demi kepentingan politik meskipun mereka sedar 'harga' yang terpaksa dibayar daripada perbuatan tersebut iaitu menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Sambil menyuarakan perasaan tersinggung dengan kenyataan itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai 'tok guru' oleh penyokong Pas telah menganggap seluruh pengundi di Tenang sebagai golongan yang bodoh kerana jelas perkataan jahil itu bermaksud bodoh.

Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."


================

Dengan tak semena mena meloncat le plak Al Malikool Sembab ni bila terdengar perkataan Jahil berkumandang di ruang udara Labis. Maka lahirlah 'fatwa pujangga' dari beliau yang berbunyi 

  • TGNA menyelewengkan agama 
  • TGNA memperalatkan agama
  • TGNA memecahbelahkan umat Islam 
  • TGNA dikatakan memperbodohkan pengundi 
  • TGNA lebih bersifat politik dari agama
  • Beliau pula seorang yang taat pada agama 
  • Beliau amat tersinggung 


kah kah kah .. baca .. beliau amat tersinggung dengan kebodohannya yg sangat klasik 

Soalannya .. Jahil itu apa ?

Ok .. sebelum wa gi melantun lebih jauh, moh kita sorotkan pandangan pada kehidupan sebelum kedatangan Islam. Zaman yang kita gelar sebagai Zaman Jahiliyah. 

  • Apakah mereka orang orang yang bodoh sedangkan mereka adalah pedagang pedagang yang bertaburan di sekitar Hijaz sehingga melangkaui sempadan empayar empayar besar Rom, Persia, Byzantium dan lain lainya 
  • Apakah mereka orang orang yang bodoh sedangkan mereka adalah tukang tukang yang boleh memahat gunung dan bukit menjadi rumah tempat tinggal. 
  • Apakah mereka orang orang yang bodoh sedangkan mereka dikenali sebagai ahli dalam bidang sya'ir, sastera, peribahasa dan kata kata mutiara dengan bahasa yang cukup tinggi
  • Apakah kita ingin katakan sahabat sahabat besar itu adalah dikalangan orang orang yang bodoh sebelum kedatangan Islam sedangkan mereka sangat arif dalam fasohah dan balaghah bahasa yang tertinggi ?


Moh kita refer pada satu Firman Allah yang bermaksud 

“Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dengan Bahasa Arab, bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”. (Fussilat:3)

Maka kat sini jelas, Allah menurunkan Al Quran pada satu kaum yang berjuzuk Arab kerana mereka adalah dikalangan orang yang cerdik pandai. Kalo Allah turunkan kat orang bodoh, cemana diowang nak paham ?? nak pakai thesaurus atau ensaiklopedia ? jangan buat hal .

Jadi, kalo orang orang Arab ni tak bodoh, malahan sangat cerdik dalam pelbagai bidang , so kenapa diowang disebut dengan nama Jahiliyah ? .. jeng jeng jeng

Jahiliyah dalam maksud yang sebenar ialah menolak untuk menerima agama yang benar, iaitu agama Islam yang menyatakan KeEsaan hanya pada Allah. 

Jahiliyah dalam erti kata lain adalah orang yang tak mau nak berfikir di luar lingkup kebiasaannya.

Jahiliyah dalam erti kata bukanlah bodoh atau jahil kerana tidak berilmu pengetahuan, sebaliknya ia adalah suatu sifat ataupun ciri-ciri kaum yang tersesat daripada jalan agama yang benar, di samping sikap mereka yang degil, bodoh-sombong, melancarkan permusuhan terhadap nabi, sering terburu nafsu dan berlagak angkuh.

Jahiliyah adalah satu terma kehidupan yang berlawanan  kepada penerimaan Islam secara total

Jahiliyah ini tidak hanya berlaku dizaman sebelum kedatangan Islam, malah sehingga kehari ini asal sahaja bersikap sama macam orang orang yang disebut kat atas.

Wa ulang .. jahil bukan bodoh .. tapi makna bagi orang orang yang terlibat dalam kebejatan moral dan hidup dalam satu sistem yang punah ranah dan langsung tidak bersandar pada hukum yang diturunkan Allah .. period

Maka .. 

Bertepatan dengan kata kata TGNA ..

Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."


Rumusan 

  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan oleh Allah
  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang mempersendakan garis panduan Islam atas nama kemodenan
  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang memperolok olokkan penubuhan negara Islam 
  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang mempertahankan nasionalis sekularism
  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang meminta pengiktirafan Negara Islam dari Hillary Clinton 
  • Orang yang jahil itu .. adalah orang yang sokong Sex Lek 
  • Orang yangjahil itu .. adalah orang yang diam bila aurat wanita dipersendakan
  • Orang yang jahil itu .. adalah .. (tolong sambung )

kah kah kah kah kah kah kah kah 

Friday, January 28, 2011

BN Kempen Gentle - Tak Perlu Serang Peribadi .

LABIS: Taktik kotor pembangkang yang membuat pendedahan berbentuk serangan peribadi dan fitnah, langsung tidak dihiraukan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebaliknya menguatkan semangat untuk terus berkempen dan berjumpa dengan seramai mungkin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Kami teruskan kerja dan berkempen dengan sebaiknya tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi.

Mohd Azahar yang mesra dipanggil Tok Ai berkata, walaupun tahu calon Pas, Normala Sudirman, 38, bukan anak tempatan serta pengundi luar, jentera BN tidak akan menggunakan serangan peribadi untuk meraih undi sebaliknya berkempen dan mendekati masyarakat secara budiman.

Sunber : HarianMetro 

==================

Begitu lah suci dan luhurnya pengakuan yang dibuat oleh Tok Ai untuk dijadikan pedoman oleh pengundi pengundi di Tenang padah hari ahad ni. Memang benar .. banyak tohmahan dan fitnah yang telah direka untuk mengelirukan dan mempengaruhi pengundi pengundi di sini yang telah direka oleh pihak Pakatan seperti

  • PM naik helikopter semasa buat lawatan dan pelancaran program di Felda Chempelak
  • PM terlupa nak ziarah arwah ketua cawangan yang meninggal pada hari kedatangannya
  • Al Malikul Sembab telah bersekongkol ngan MCA dalam menempelak PAS
  • Najib Takut berdebat .. sebab prihatin ngan tahap kesihatan Anwar
  • Ahmad Maslan taknak debat tapi nak bincang 2 hari 2 malam 
  • Ketua MCA & Ketua Wanita Gerakan persoalkan sarung tangan Cikgu Mala
  • Dan uih .. banyak lagi fitnah .. kah kah kah 


Pengundi diingatkan untuk lebih fokus kepada agenda yang ingin dibawa oleh BN seperti yang sudah diketahui ramai . Tidak ada satu pun fitnah yang keluar dari pihak BN . Antara isi kempen yang kesemuanya lebih berbentuk kepada perancangan masa depan penduduk penduduk di Dun Tenang yang dibawa oleh BN ialah :-
  • Cikgu Mala bukanlah orang tempatan 
  • Cikgu Mala tak disukai oleh rakan dan taulan 
  • Cikgu Mala menyalahi etika kemesraan dengan menggunakan sarung tangan ketika bersalaman 
  • Cikgu Mala tidak popular
  • Cikgu Mala lupa daratan kerana pernah makan gaji ngan kerajaan 
  • Cikgu Mala bertanya kepada seorang peniaga "kenapa jual arak"
  • Cikgu Mala ada harta bernila RM1 juta
  • Cikgu Mala guru haprak
  • Cikgu Mala menghina KFC 
  • dan yang terbaru  - Suami Cikgu Mala berpura pura sakit 

Cuba renungkan .. tidak ada satu pun yang berbentuk serangan peribadi . Kesemuanya berbentuk hasrat kerajaan untuk masa depan rakyat yang gemilang

kah kah kah kah kah kah.

Thursday, January 27, 2011

Antara Debat Dan Debik - Demam Yang Tak Berkesudahan

Di Tenang, Najib menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat. Katanya, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan Ketua Umum KeADILan itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Anwar segera memberi reaksi: "Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serang peribadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya. Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soal peribadi dengan saya."

Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utama demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Mengulas sindiran Najib bahawa beliau  akan demam, Anwar membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. "Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, demam pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," tegasnya semasa berkempen di Tenang.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuya, jawab," tambah Anwar.

Bagi saya, isu debat ini perlu dibangkitkan terus. Politik baru menuntut ketelusan dan keterbukaan. Najib akan terus tertinggal sekiranya didedahkan gentar menjawab pertuduhan yang dimulakannya sendiri. Perdana Menteri mesti digasak terus sehingga bersedia bersemuka di pentas debat.

Petikan dari Sumber : Harakahdaily 

==============

Masa kat skolah dulu wa penah belajar satu peribahasa "Kokok berdegar degar, ekor terpalit taik" luorang rasa kena tak peribahasa tu kalo nak menggambarkan situasi mat monggol ni ? 


Tunggu punya tunggu punya tunggu .. last last wa lak tak pasal pasal yang kena demam ..


Bila nak debat nya ni Najib weyh ? .. hang kata hang teraa .. pi raaaaaaa

Panas : Kartunis Ni Memang Kurang Ajar



Pagi tadi wa belek belek sokabar metro sebab biasa ah , nak nengok update pasal Dun Tenang, tiba kat satu page wa ternampak katun ni , tetiba hati wa jadi panas . Wa belek balik , weyh .. ini sokabar metro , akhbar kat Malaysia , bukan sokabar kat Denmark , bukan sokabar Kat Perancis .

Ikut logik , bukan setakat nyonya ni je, kalo pak amat atau pak dollah yang berniaga ikan dan pakai sarung tangan , lepas tu hulur tangan nak salam ngan wa .. konfem wa taknak gak bhai .. gila babun. Walaupun takde isu mahram yang akan timbul tapi sape nak salam ngan sarung tangan ada darah ikan.. fikir le skit beb ..


Apa yang wa dapat rumuskan, kartunis ni memang kurang ajar. Agak agak la kalau nak sindir pon .. ini dah bersekongkol dengan Sex Lek plak dalam menghina dalam memakai sarung tangan . Apa yang dia nak buktikan ?? Ini dah kira menghina Islam bro . 

Ntah le , wa tak tau pandangan luorang .. tapi wa memang nampak sebenarnya isu ni saja ditimbulkan seolah olah pemakaian sarung tangan tu salah dan kartunis ni plak buat reverse psikologi .. seolah olah suruh owang cina balas balik kat owang Islam ..ahh .. luorang fikir le sendiri . 

Antara Dua Darjat : 1 Cemerlang 1 Musibat


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Hari masih panjang untuk luorang fikirkan dengan terang
Jangan terburu buru , buatlah pilihan dengan matang
Usah salah pilih , kerana urusan ini bukan sembarang
Mari lihat dulu senarai yang ada untuk ditimbang


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Siapa gerangan calon memang telah diputuskan
Seorang lelaki melawan seorang perempuan
Seorang wakil BN ditentang seorang calon Pakatan
Usah risau , kali ni tiada calon bebas untuk buat gangguan


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Well , meh sini kita renung renungkan
Kredibiliti kedua dua calon yang dalam pertarungan
Sesama kita teliti dan buat perbandingan
Supaya nanti tak salah dalam membuat pilihan


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Mohd Azahar Ibrahim , nama yang diingat
Bekas Penolong Pendaftar Tanah Area Segamat
Penampilan bergaya , pakaiannya semat
Tapi sayang berperangai macam musibat


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Ketika masih dalam jawatan
Tanah orang dilelong tanpa pengetahuan
Macam ni ke orang yang nak dijadikan sandaran
Blom apa apa dah ada background gaban


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Katanya, isu itu dah lama selesai
Keputusan mahkamah telahpon dicapai
Bila dirisik .. laa .. lu lagi nak korner ke Tok Ai
Weyh .. kes lu .. sebutannya Februari ni la bhai .


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Terang terang lagi dia nak kelentong
Kesian owang Felda ngan owang kampung
Dah buat salah .. lepas tu nak gelembong
Ni le perangai orang parti keris tak bersarung


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Yang keduanya pula bernama Normala Sudirman
Calon Pakatan dibawah payung Bulan
Bekas seorang guru disekolah kerajaan 
Penerima Anugerah Cemerlang dari Kementerian


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Lebih mesra ngan panggilan Cikgu Mala 
Ibu dan bapanya bekas peneroka Felcra
Ketua Muslimat Johor , amanah yang terlaksana
Exco Pendidikan Muslimat Pusat juga bawah tanggungjawabnya


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Orang nya lembut , tak lekang ngan senyuman 
Membuat gerombolan rasa tak keruan 
Mula mula dah  diserang kiri dan kanan
Hanya kerana bersalam pakai sarung tangan



Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Fikirkan sejenak dengan akal yang waras 
Antara dua calon , pilih lah  dengan cerdas
Samada inginkan pendidik atau pun kaki libas 
Supaya dah lepas PRK nanti .. luorang tak frust 

Wednesday, January 26, 2011

Awas : Projek Pemandulan Sebaran Akan Bermula


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini.

Garispanduan itu, yang berasaskan pada empat atau lima undang- undang, telah diteliti oleh peguam negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media internet dan lamanweb sosial.

Petikan dari : Malayskiakini

=============

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya.

Petikan dari : Malayskiakini 

=============

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Petikan dari : Malayskiakini
=============

Luorang nak dengar satu kesah ?

Dedulu , masa wa muda remaja wa suka tengok TV , sebab tu je la yang ada sebagai hiburan . Nak nengok video bukan takde , tapi kena gi rumah jiran , kena bayar plak tu , 20 sen satu kepala .. adeih  .. tapi cerita punya pasal , wa menggagahkan diri gak curi duit syiling mak wa yang kengkadang berserepah lepas dia balik kedai (weyh .. wa masih kategori anak mithali .. lepas amik .. dah pakai .. baru bagitau .. kah kah kah) . Ada sekali tu wa terkena , jiran wa ni canang ada cerita baru .. Zombie .. perghh .. wa pon tanpa berlengah lagi terus spot check purse mak wa .. alahai mak .. bukan banyak .. 20 sen je .. . Sekali bila cerita dah dah start, laa rupanya cerita yang sama wa dah tengok 3 hari lepas. Then wa dengan rasa tak puas ati , mintak balik duit wa , baik wa gi makan ABC , tapi permintaan wa ditolak tanpa kos oleh jiran wa tu . Weyh Makcik Sauyah .. lu memang melayu glokal .. kah kah kah 

TV . Wa masih ingat cerita cerita yang bercorak sains fiksyen yang bagi gambaran apa yang akan terjadi di abad ke 21. Katanya masa tu , manusia akan sampai ke satu tahap teknologi luar jangkauan. Manusia dah boleh guna kenderaan terbang, lepas tu ada robot jalan sana sini kat pekan dan bandar, ada kereta yang supersonik dan memacam lagi la yang buat wa selalu nak kena pelempang dek ayah wa sebab asik bertanya .. pasal menda menda luar kawasan liputan ni .. adoih .. tapi wa sangat berharap dapat hidup lagi masa semua tu terjadi .

Bila melangkah je ke abad 21, syukur alhamdulillah , wa masih bernafas walaupon dalam lumpur (pinjam lagu Wings sat sebagai lagu latar belakang). Damn . Siyes wa tak pernah marah kat para saintis bila angan angan wa masa kecik tak berlaku pon dalam alam realiti .

  • Mana ada robot kat Bukit Bintang yang jual aiskrim ?
  • Mana ada kereta supersonik ?
  • Mana ada kenderaan kapal terbang yg bersimpang siur kat ruang udara ?
  • Mana de .. mana ? mana ?


Sungguh wa tak marah , sebab wa masih berpegang pada pepatah "kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. tak perlu dikesahkan" (Wings - wa pinjam lagu ni plak) . Apa yang lebih mengharukan bila kerajaan mula membina MSC .. multimedia super corridor yang wa nampak, sikit sikit, angan angan wa bakal jadi kenyataan walaupon dalam hati wa dah tau .. puak ni gebang je lebih . tapi takpe le .. janji IT mesti jalan terus. Salah satu produk hasil dari perkembangan ni ialah .. sesuatu yang dinamakan ..Dasar Langit Terbuka .. perghh .. nama yang cukup untuk buat wa mandi 3 kali sehari .. sape penah tutup langit . angkat tangan .. kah kah kah 

Dengan sistem jaringan maklumat tanpa batasan ni , wa rasa bebetul dah hidup dalam dunia futuristik . Sungguh . Tagline - "Ye nak cari apa ? Pakcik Google sedia membantu" wa rasa cukup meninggalkan kesan yang mendalam didaerah jiwa wa yang paling murni . perghh .. ayat tak boleh blah . 

Tetiba ari ni .. ada le 2 - 3 insan kamil (Camel) yang tetiba rasa , ruang langit terbuka ni sangat merbahaya kepada perahu perahu kecil dan sederhana. Untuk itu satu akta perlu diperkenalkan untuk menyekat maklumat yang sebenarnya dah banyak bagi anjakan paradigma pada pakcik dogol, wak karto, makcik joyah, eric mantoya dan berjuta lagi nama yang tak larat wa nak sebut sebab kalo diowang mintak royalti kang ..kat maa wa nak cekau duit ? kah kah kah 

Weyh , samdols , luorang nak suh owang balik dok kat zaman jepon ke ? nak suh berita hantar pakai telegram balik ? Sampai hati luorang merendahkan kemampuan mentaliti orang ramai ye ? Luorang dah buang tebiat ke hape ? Fitnah apa nya ? kalo luorang nak tau apa itu fitnah .. rajin rajin la baca utusan meloya ngan berita hairan .. tapi tu lu punya pasal la nak baca ke idak .. yang lu dengki dengan wa ni apsal ? patut kah ? patutkah ? kah kah kah 

Ahmad Maslan Berpura Pura Sengal - Part II


LABIS, 25 Jan: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung isu Felda.

Surat tawaran kedua itu telah telah dihantar ke Pejabat Felda Wilayah Segamat pada tengahari ini oleh naib presiden ANAK Shamsul Bakri dan setiausahanya Zabidie Abas.

Tawaran itu merupakan kali kedua dibuat Anak, selepas kali pertama ditolak oleh Ahmad pada satu pertemuan kedua-dua mereka di parlimen pada bulan Julai tahun lalu.

Menurut Mazlan, debat kali ini akan memfokuskan kepada beberapa masalah utama dialami warga peneroka termasuk nasib generasi kedua dan ketiga Felda.

"Pihak Datuk Ahmad Maslan memainkan satu sentimen bahawa Pakatan Rakyat sebagai penghasut, pembawa fitnah dan memecahbelahkan masyarakat Felda.

"Tetapi kita ada fakta dan hujah yang boleh dipegaang," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Ahmad, diberi tempoh dua hari untuk menjawab surat tawaran tersebut yang kan diadakan pada 28 Januari iaitu dua hari sebelum hari pengundian 30 Januari.

Bagaimanapun, Mazlan menyerahkan kepada Ahmad untuk menetapkan tempat debat yang dirasakan sesuai kepadanya dalam Dun Tenang.

Sekiranya tiada jawapan daripada Ahmad, pihaknya akan menyediakan tempat bagi debat terbuka itu, katanya lagi.

Sebelum ini, Mazlan memberitahu terdapat desakan dari pihak peneroka sendiri yang mahu debat itu direalisasikan agar mereka mendapat penjelasan sebenar dari timbalan menteri itu berhubung masalah mereka.

Peneroka kata Mazlan, tidak berpuas hati dengan tindakan Ahmad sebelum ini yang menolak tawaran debat pertama yang dikemukannya.

Ahmad ketika kempennya kepada peneroka sebelum ini juga didakwa ada menyatakan debat pertama gagal diadakan ekoran Anak yang tidak mahu berdebat dan bukannya beliau tidak berani.

Ekoran itu, Mazlan mahu Ahmad menyahut cabaran kedua ini agar peneroka boleh menilai dan mendapat penjelasan sebenar.

Sumber : HarakahDaily
======================

Bro Mazlan ..
dah fikir abih abih ke nak debat 
puak ni wa dengar maha hebat 
bukak mulut je .. lu akan terperanjat 
mungkin kena demam .. atau pon sakit kuat 
kah kah kah 


Bro Mazlan ..
dah fikir abih abih ke nak debat 
bukan apa .. wa risau lu nanti penat 
ajak debat ngan orang terencat
dalam otak dia .. auta je yang padat 
kah kah kah 


Bro Mazlan ..
dah fikir abih abih ke nak debat 
diowang ni bukan berani sangat 
kat owang kampung .. ye laa kena tunjuk hebat
padahal .. diowang ni langsung takde bakat
kah kah kah 


Bro Mazlan ..
apa apa pon ... wa caya sama lu
lu banyak buat puak gerombolan mati kutu 
dah lama sangat diowang ni menipu
cakap berdegar .. tapi takde batu 
kah kah kah 

Ahmad ketika kempennya kepada peneroka sebelum ini juga didakwa ada menyatakan debat pertama gagal diadakan ekoran Anak yang tidak mahu berdebat dan bukannya beliau tidak berani.

kah kah kah .. 


weyh labu ..  
amenda la lu merapu .. 
ini zaman IT tau bukan zaman dedulu
lu cakap skit je pon dah tau lu tipu
yu donno mi .. bat ai no u
kah kah kah 


weyh labu ..
tu cabaran buat kali ke dua
jangan plak lu bagi alasan purba
kekonon berani macam laksamana
tapi nyuruk macam adik manja
kah kah kah 

Nota :  Baca Part 1 
Nota : Mazlan tu Mazlan Aliman tau .. bukan Ahmad Maslan .. keh keh keh

Perak Nak Tiru Kelantan - Tapi Malu Nak Ngaku .. Ceh


Wahai pembaca yang budiman ..
Masih ingat ke luorang pada satu masa dulu, (wa cakap dulu sebab gerombolan ni mudah lupa, padahal baru beberapa bulan je ... kah kah kah) .. Ketika Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas di Kelantan untuk pusingan ke2 (setelah kali pertama pada 2006) maka berbondong bondonglah para hubaya hubaya yang terlebih makan tapai, yang mabuk mengalahkan orang high pekena samsu, menyerang pentadbiran Kelantan dari semua arah, sampai tak tentu arah. Maka datang le kritikan dari blogger yang berfikiran sendat tapi bercita cita nak jadi doktor falsafah dalam bidang penulisan, maka datang lah ulasan dari prof prof kangkung yang mula membuka balik kitab undang undang yang sebelum ni dah naik karat bertapa atas rak buku, dan datang le kutukan  dari penduduk penduduk hujung bukit yang sebenarnya tak pernah nengok pon dinar emas tu cemana rupabentuknya .isk isk isk (gitu le pembuka kata wa yang penuh dengan kesantunan bahasa yang membuatkan wa gelak sambil menaip .. kah kah kah)

Broda & Sista 
wa catat balik apa kata survey .. luorang nengok sendiri ..

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu. Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

kata kata dari seorang Timbalan Menteri yang menanam cita cita yang begitu tinggi utk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri .. sungguh mulia kata kata mu .. moga jadi azimat buat gerombolan untuk dijadikan rujukan pada hari hari yang mendatang .. kah kah kah 

Rujukan ke 2 plak datang nya dari pemikir hebat yang didatangkan khas dari fakulti perkangkungan .. keh keh keh 

Pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya. [Berita Harian]

Rujukan ke 3 plak datangnya dari blog blog pencacai, terutamanya parpukaribasi .. ahhh .. wa malas aaa nak state kan dia punya isi kat sini sebab ulasan diowang penuh ilmiah dan berwibawa .. kah kah kah .. buat kotor wa punya blog aje . Tajuk pasal dinar emas , tapi isi sebab nak serang PMBK .. huh .. memang patut dapat ijazah kedoktoran .. Doktoron .. kah kah kah 


 .. dan kesemua hujah longkang diowang ni terus bersih macam kena simbah ngan klorox bila Husam Musa keluarkan kenyataan balas . Satu pukulan TKO yang membuatkan semua yang begitu bernafsu utk meninju balik ke warung tempat lepak memasing sambil makan nasi lemak seolah olah takde apa apa yang berlaku

Baca Kenyataan Husam Kat Sumber ni 

weyh .. wadehex wa tetiba cerita pasal menda ni .. takde ribut takde angin tetiba je keluar topik ni dari celahan rembulan .. apsal plak dah ? OK wa bagitau .. sebenarnya menda ni wa terbaca semalam .. moh kita rujuk sesama 

=====

Perak Perkenal Dinar Emas, Dirham Akhir Bulan Depan

IPOH: Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari ini.

Sumber : Mstar 
==================

weyh mamak zambry dah nak buat plak .. kah kah kah .. mungkin mamat ni dah baca pasal kenyataan Dr M (geng sepusat sepusing le ni) pasal dinar mas yang luorang boleh baca kat sini

tapi walopon dah ngaku nak ikut jejak langkah Kelantan , dengan penuh kesipuan diowang kata ...namun jauh berbeza dengan matawang yang diperkenalkan Kelantan .. kah kah kah .. mamat ni tak abih baca rupanya .. bila plak Kelantan kata dinar emas tu matawang ? bila ?? .. bila ?? Barter Trade laaaa .. lu faham ke idak ni ? .. dinar emas tu tetap berstatus senilai dengan pasaran emas semasa .. adoih .

pendekata .. dah nak tiru tu .. tiru je la .. takyah le dok korner sana sini .. ate .. malu ke kat owang kampung kalo kata tiru ? kah kah kah

Adek Awang tak nak komen ke ?

Prof ?

Blogger Pencacai ?

laaaaa .. semua tersumbat ... kah kah kah

Nota Tambahan : Artikel Berkaitan Dinar Emas

Wikipedia 
Dinar Emas Elak Manipulasi 
Dinar Dan Dirham : Kenapa Jadi Isu 
Profesor Umar Ibrahim Vadillo tentang Dinar dan Dirham

wa rasa cukup le kot .. wa sebenarnya ngantuk ,.. kah kah kah ... nanti sambung lain .. adioz

Tuesday, January 25, 2011

Ahmad Maslan Berpura Pura Sengal - Padahal Memang Sengal



Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini.

Sumber : Malaysiakini

========================

Bila mamat ni diam .. wa ingat dia bodoh 
bila dia bukak mulut ... laaa .. memang betul betul bodoh 
kah kah kah 

wa pasti dengan yakin bila lu sembang gini kat depan bebudak pencacai .. diowang akan tepuk tangan sambil anguk angguk kepala sambil membayangkan betapa otak lu memang ada batu geliga dan bertaraf glokal dan boleh gantikan tempat pengerusi pertubuhan bangsa bangsa bersatu .. kah kah kah .. eh kejap .. wa kunci jawapan tu .

Ello bro ..Isu kenaikan harga barang ni bukan modal politik la bro , ini soal ketelusan , ketelusan ~!! bukan keteluran .. kah kah kah 

Memang kerajaan PR kat 4 negeri tak dapat nak turunkan harga barang , konfem .. sebab belum pegang kerajaan pusat .. bukan pegang towkey barang punya pusat.. kah kah kah .. bila dah pegang kerajaan .. baru le boleh cerita .. sebab apa ? sebab yang kawal semua tu kementerian .. lu tau tak bro .. Kementerian ~!! bukan kemenyan .. kah kah kah .. sejak bila kerajaan negeri PR ada share dalam kementerian tu ? lu cakap ... cakap ~!!

Lagi satu lu cabar kerajaan negeri cari duit utk turunkan harga barang, weyh .. lu ni mabuk ke apa .. kah kah kah .. apa selama ni umno pakai duit tabung ke nak tadbir kerajaan ? lu ada akal ke idak ni ? Duit yang ada dalam dana kerajaan tu datang dari pelbagai jenis cukai, termasukla dari negeri negeri yang dikuasai PR. Lu tau ke cukai dari negeri Selangor berapa banyak ? tu jugak le yg luorang mentekadarah buat jadi macam harta mak bapak .. Apa kata lu cadangkan supaya hasil dalam negeri ni dikutip sendiri oleh Kerajaan Negeri memasing.. amacam .. berani ?

Tapi satu yang pasti la bro, wa dok kat Selangor. Tetiap bulan wa dah tak payah pikir nak bayar bil air ., memang le tak banyak .. tapi cuba lu bayangkan .. setiap kali bil datang .. nak terjojol bijik mata ...lu nak tau apsal ? sebab yg tertera kat situ .. kengkadang 8sen .. kalo banyak pon 23 sen .. tu paling maksimum.. lu bayangkan laa selama PR perintah Selangor , wa bayar air setakat ni tak sampai RM10 .. lu tau tak bro ??Tapi sape yg irihati ngan hasilkerja PR ni ? puakkk lu jugakkkkkk .. gila babun .

Bro .. dalam macam macam tekanan pon bro .. ahhhh .. wa kopipes je la .. lu baca sendiri ..

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui bahawa kerajaan negeri itu masih belum berjaya mencapai manifesto Pilihan Raya Umum 2008 dalam bidang ekonomi. Bagaimanapun, Azizan berkata kerajaan pimpinannya berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus.

"Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah dapat meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus."

Bukak mata lu besar besar bro .. 205% naik setahun .. 205% aduhai ... berapa banyak le gang lu dah kebas selama ni .

No 2 bro .. pasal Selangor plak ..

Dalam tempoh tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, YAB Dato’ Menteri Besar dan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk menjamin demokrasi sebagai wahana tatakelola yang baik, ketelusan, pertanggungjawaban, merakyatkan ekonomi dan mengamalkan prinsip ‘value for money’ untuk menjana pertumbuhan ekonomi bagi memelihara kebajikan dan kemakmuran rakyat. Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan kecekapan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

weyh .. laporan tu lu boleh cari kalo lu rajin baca Handsard Parlimen .. bukan wa yang sesuka cakap .. tapi Laporan Ketua Audit Negara la bro .. adoih .. lu tau tak audit tu apa ? kah kah kah

Ok no 3 .. dengan selamba kita skodeng Penang plak .. lu follow tak ni ?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melonjakkan pelaburan sebanyak RM1.53 bilion sehingga bulan Jun tahun ini.
"Statistik ini adalah berdasarkan laporan pelaburan terkini di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

wa nak bagitau lu .. yang ni pon bukan dibagitau oleh bomoh siam yang jual ubat kuat yang berlambak kat chokit nun .. tapi MIDA .. lu penah baca ke laporan MIDA ni ? .. kah kah kah

OK Last Call .. Kelantan .

“The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it’s likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication".

eh .. apsal dia keluar Sabah plak ? kah kah kah ... owhh .. baru wa tau .. Sabah negeri termiskin , bukan Kelantan . Ke lu nak kata kajian Bank Dunia tu salah ? errr.. negeri Sabah sape yang perintah ?  Negeri ke 2 termiskin kat Malaysia baru la jatuh kat negeri .. eh .. Terengganu ? aih .. bukan negeri banyak minyak ke ? .. padahal Kelantan apa ada ? kah kah kah ..


tu .. nengok bebaik .. ni bukan statistik yang dikeluarkan oleh Maniam peniaga kacang puteh bermotor .. tapi jawapan menteri dalam parlimen .. lu penah amik tau tak ?? cuba lu nengok 4 negeri yang teratas tu .. adoih .. segan le wa dengan keglokalan lu ..weyhh bro .. kesimpulannya .. KETELUSAN adalah perkara pokok .. bukan sekadar modal politik la bro ... bukak la fikiran .. jangan suka jadi bodoh .. kah kah kah 

Gempar - PapaGomo Di Cabul

Foto : Cilok dari blog member MiloSuam 
Adoih .. tepat tang idung tu 
satu malaysia baca woi
yang nafi tu puteri umno
wa ulang .. puteri umno ~!!
jangan lepas ni lu kata 
diowang tu semua kena bayar ngan Pakatan
atau diowang tu semua kena rasuk masa keluarkan kenyataan
kah kah kah 


weyh papa gomol
dari awal lagi memang lu ni cabul
abih semua perkara lu nak sondol
tapi biasalah dah memang perangai samdol
wa ingat lebih baik lu jadi aktor 'anu dalam botol'
kah kah kah 


weyh papa gomol
tak abih abih lu buat fitnah
24 jam tak sudah sudah 
abih semua orang lu nak sumpah seranah 
agak agak la .. langit tak selalu cerah 
kah kah kah 


weyh papa gomol
lu tau tak fitnah ni dosa besar 
ke memang lu tak penah belajar 
ntah bila la lu ni nak sedar 
baik lu cek otak lu ngan pakar
kah kah kah 


wey papa gomol
lu ni memang kategori benak
sampai puteri umno pon naik senak 
mana lu punya muka lu nak letak 
wa rasa elok lu join Raja Lawak 
kah kah kah 


Nota :
Kepada sesape yang tak kenal ngan mamat ni .. 
baik toksah tau .. kalo nak gak.. cari sendiri
sebab laman dia penuh ngan fitnah, tuduhan dan mencaci 
buang karen je .. baik gi tengok tv 
kah kah kah 

Monday, January 24, 2011

Panas : Tan Lian Hoe Plak Masuk Bong

Baca dengan selingan iklan "Kerana Diri Mu Begitu Berharga"

Nota :
Ini bukan sebarang tangan 
tangan ini jadi bualan 
oleh ketua ketua dalam gerombolan 
seolah olah dah tak lalu nak makan 
pabila tak dapat nak bersalaman 
pada Sex Lek menjadi igauan 
aih .. Lian Hoe pon nak tumpang secawan ?? 
apa dah takde isu ke nak tekan ?
sampai amalan Islam pon jadi persoalan ?
qaplah jingga dah semua setan 
menteri melayu semua pakat pengsan 
Perkasam agaknya nyuruk dalam jamban
Khir Jamil ? MB Kedah dalam khayalan 
Masitah ? lagi ah tak heran 
eh .. apa laaa jauh wa meraban 
cerita ni .. sebenarnya pasal tangan ..
bukan tangan bik mama .. jangan nak perasan .. kah kah kah

Sebelum wa teruskan .. moh kita sesama renung hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :


إنما الإمام جنة يقاتل من ورائه ويتقى به
“Sesungguhnya Imam (khalifah) itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Ok jalan terus , sebab wa tak bermaksud nak menakwilkan hadith ni sebab wa bukan ahli , ahli mesyuarat tingkap pon bukan sebab yuran tak berbayar . apa punya turrrr .. apa apa pon .. kalo ikut pemahaman singkat yang wa dapat kutip, Islam tu perlukan pada perisai , perisai tu plak pemimpin .. tapi pemimpin yang macamana ? yang terlibat ngan altantuya dan  pasangannya plak menganjurkan pertunjukkan fesyen menghina Islam ? atau yang sekongkol ngan Sex Lek dalam menakutkan orang bukan Islam kepada hukum agamanya sendiri ? atau yang piling robengah ? kah kah kah 

====================

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

====================

adoih nyonya ni buat hal plak 
sesuka hatinya mencelah 
dia buat hal sebab dia tau member sekapal akan diam 
dia buat hal sebab dia tau geng dacing semua mandom 
kah kah kah 

weyh nyonya ...
lu suka ke kalo wa pertikaikan amalan lu ?
bakar duit kertas beribu ribu 
lepas tabur sepanjang jalan dia punya abu 
tapi sebab hormat .. wa diam .. walo pon tak restu 
kah kah kah .. restu tu .. hadoih

weyh nyonya ..
soal aurat memang lu tak paham punya
sebab ni hal ehwal dalam agama
sebagaimana yang lu percaya 
eh ... wa tak tau laa lu anut agama apa 
kah kah kah 

weyh nyonya ..
apa ekstrimnya pakai sarung tangan ?
wa cakap dah .. Maikel Jeksen pakai skit owang tak heran 
tapi biasa laa luorang bila dah takde modal nak lawan 
tetiba datang lah luorang punya sakit sawan 
kah kah kah 

weyh gerombolan ..
luorang senyap je tak terkata apa 
mana 40 orang ulama muda ?
mana tentera jihad ngan perkasa ?
aih .. takkan tetiba mandul idea ?
bawak le bangkai ayam, bangkai babi .. ngan kepala lembu sama
kan ke luorang jaguh membela agama, bangsa dan negara 
ptuihhh .. kah kah kah 

weyh gerombolan ..
sehari harian lu canang PAS ditunggang DAP
apa yang DAP buat .. walopon betul luorang sakit hati
dalam hal ni kenapa tetiba  je luorang menyepi ?
dah macam harimau kena kancing gigi
kah kah kah 

weyh gerombolan .. 
ni wa nak bagitau luorang kalo luorang terlupa la sape nyonya ni, 
wa bukan apa tapi nyonya ni memang suka pada kontroversi 
menda ni pon tak le berapa lama .. tapi wa tetap nak kongsi
mana le tau .. kalo luorang masih ada harga diri 
kah kah kah 

Semasa perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 , Tan Lian Hoe menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini. Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar. ..Rujuk Wikipedia

weyh gerombolan ...
wa harap menda ni luorang tak ilang ingatan
jangan sebab dia biru .. semua nak halalan toyyiban
kalo kena kat pakatan .. sampai ilang suara luorang tekan 
tapi sekang wa nak tanya .. sape yg sebenarnya tunggangan ?
kah kah kah 


ate .. dah kena sumbat ke yeop ? kah kah kah 

Nota : Salut pada PPPM kerana berani bersuara 
Nota : Harusani pon dah mula berkata kata  .. eh .. baru terjaga ke ? kah kah kah 
Artikel Berkaitan Isu Yang Sama : 
Chuan Soi Lek Semakin Biadab 
Bila Al Malikul Sembab Berbicara , 
Isa Semakin Pendek 
Gempar DAP Anti Islam - Mesti baca 

Bila Al Malikul Sembab Berbicara .. Ish Ish Ish

Luorang kenal kan mamat ni ? aih .. salah pertanyaan .. wa nak tanya ... apsal dia sembab ? adakah kerana dia debab ?  .. eh tak mungkin.. yang debab tu bik mama ..kah kah kah .. ok , memula wa terbaca gini ...

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton. "Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya. 

Aih .. dari apa yang wa faham ... Hillary tak sentuh pon pasal negara Islam.. takde bukti pon dia cakap gitu .. mamat ni sendiri kata Hillary sentuh pasal pencapaian .. (bukan kecapaian .. kah kah kah) weyh .. kelentong ye ?. Kemudian .. tak lama je lepas tu .. wa terbaca plak dia kata gini ..

Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina.” - Muhyiddin Yassin

weyh .. lu ni cemana ? kejap nak negara Islam .. kejap tak nak . Kalo nak jadi pelupa pon .. tunggu le setahun dua .. paling idak pon sebulan dua , ini baru sehari dua .. hadoih .. otak parkinson betul laa 

Wahai Al Malikul Sembab.. pernah kah kamu mendengar sebuah ayat Al Quran yg mengatakan :

“Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak akan redha kepada kamu (Muhammad) sehingga kamu mengikuti jejak langkah (agama) mereka ...” [Al-Baqarah (2): 120]

====================

weyh Al Malikul Sembab... 
Lu bebetul buat wa panas hati
tak tau la ngan kitab apa lu mengaji
nak iktiraf Islam lu rujuk Hillary 
apsal lu tak tanya kat Pope John Paul sekali ?
kah kah kah 


weyh Al Malikul Sembab ..
Islam bukan pada ucapan 
tapi perlu pada penghayatan 
sejalan plak ngan cara kehidupan 
bukan sekadar utk cari makan 
setan .. kah kah kah 


weyh Al Malikul Sembab 
sekang ni plak lu dah sokong cakap Sex Lek 
suh owang cina terus pandang Islam agama yang pelik
lu ngan Sex Lek pon dah macam adik beradik 
agama sewenang wenang je lu perkotak katik 


weyh Al Malikul Sembab ..
memang dasar PAS untuk menegakkan Islam 
sebab tu nak kena bagi semua orang faham 
kalo lu tak setuju pon .. lebih elok lu diam 
lagi lu cakap .. lagi nampak lu macam talam 
kah kah kah 


weyh Al Malikul Sembab ..
wa nak bagitau .. idup kita ni tak lama
jangan dok menongkat langit .. esok blom tentu ada 
hari ni memang lu ada kuasa .. tapi sampai bila ?
ke lu memang dah konfem jadi ahli syurga ?
kah kah kah 


Nota : Betul ni .. wa nengok muka dia ni ngan Sex Lek dan macam nak sama je .. adik beradik jauh ke ? kah kah kah 

Nota : Orang orang kapiaq.. tidak perlu memaksa umat Islam untuk keluar daripada agama Islam, cukup bagi mereka untuk memesongkan akidah umat ini, daripada berpegang kepada Islam sepenuhnya kepada hanya berpegang untuk urusan-urusan keagamaan semata-mata. Jadilah umat ini hamba kepada sistem sekular kapitalis yang diasaskan oleh musuh-musuh Islam. Jadilah umat ini khadam yang taat kepada sistem dan ideologi selain daripada Islam sehinggakan perjuangan membela wanita sekalipun telah dilakukan oleh badan-badan NGO dengan perjuangan yang amat mengelirukan. 

Sunday, January 23, 2011

Tok Nenek Anak Cucu Tumpang Lalu - Pulak Dah

Labis : Sebaik sahaja proses penamaan calon, Mohd Azahar Ibrahim, 39, tanpa membuang masa terus memulakan kempen seawal jam 2 petang dengan mengunjungi makam Tok Tenang iaitu pengasas Kampung Tenang yang juga berkaitan dengan salasilah keturunannya, di Tanah Perkuburan Islam kampung Tenang, dekat sini sebelum bertemu penduduk di sekitar kawasan Labis. 

Sumber : Berita Harian 

===================

Eermmm .. nak kata apa eh ? luorang ada nak kata apa ? malas betul le bab ni .. sebab owang melayu memang fofular ngan perangai gini ..errmm..  keris, batu, kayu, keramat .. Perkara ni pasti ada polemik yang tak kunjung padam .. sampai semua dah masuk kedalam . Apa yang wa boleh kata .. kalo sekadar nak sedekah Al Fatihah .. boleh je buat dari mana mana .. tak semestinya pergi kubur sebagai agenda utama .. ahhh .. wa malas nak ulas bebanyak .. cuma wa nak share beberapa perkara .

KHURAFAT

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidaah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah SAW.

CIRI-CIRI KHURAFAT
  1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi SAW).
  2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
  3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
  4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
  5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
  6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus 


HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

===============

Mamat ni ..
mungkin tak berniat sampai memuja
mungkin sekadar kebetulan saja 
tapi takkan tak tau mana yang lebih utama ?
ni sampai jadi tajuk berita 


weyh mamat
jangan buat perangai lahanat 
nanti orang ingat itu yang Islam suh buat 
perkara utama gi kubur keramat
bukan ke lebih afdhal .. buat solat sunat ?


weyh mamat 
cemana pon wa kena pesan 
ada batasan kufur dan iman 
moga lu tau bezakan 
bukan hanya gah nak kejar jawatan 


dah le .. wa stop dulu .. sebab wa dengar .. 
ramai blogger nak bongkar mamat ni punya tebiat .. 
abih tanah kat area tu dia rembat .. 
biasa le kalo umno . banyak musibat .. 
ingat .. dimana umno kuat .. disitu rakyat merempat .

Tunggguuuuuuuuu ~!!

Chua Soi Lek Semakin Biadab Di Bawah Mat Sembab

(Foto : Queen Elizabeth bersalam dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan.)

Manmohan : "Member saya kat Malaysia kata , salam tak boleh guna sarung tangan .. tu perbuatan tak bermoral"

Queen Elizabeth : " Eh ye ke ? kalau kat negara saya plak .. sarung tangan biasa je dipakai golongan aristokrat dan juga ngan night gown .. yang tak bermoral tu.. err ..kalo jadi pelakon porno"

kah kah kah

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Serangan peribadi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon PAS, Normala Sudirman kononnya 'kalau dia bersalam pun dengan memakai sarung tangan' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Bahkan ia dianggap merendah-rendahkan pengetahuan dan budaya orang Cina sendiri seolah-olah mereka bodoh untuk menerima pandangan bekas menteri kesihatan itu.

Ini kerana bersalam dengan memakai sarung tangan bukannya merendahkan martabat mana-mana pihak dan tidak ada kesalahanpun dari segi moralnya.

Bagi kebanyakan pihak, kenyataan Chua ini sesuatu yang sangat naif dan menyerang peribadi pihak lain ketika moral beliau sendiri sangat dipertikaikan sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini.

Sumber : Harakahdaily 

================

adoih mamat porno ni 
makin menjadi jadi 
kah kah kah 


weyh Sex Lek
apa kemenda le lu merapu 
pakai sarung tangan pon lu nak buat isu 
lu pon pakai sarung  masa acting citer blue
apa apa pon yg penting .. protection dulu
kah kah kah 


weyh Sex Lek 
dia pakai sarung tangan bukan sepanjang masa
time bersalam ngan orang ramai je 
Maikel Jeksen yang pakai sarung tangan kemana mana
skit pon orang tak kata apa 
kah kah kah 


weyh Sex Lek
Sebab tu wa selalu kata ngan kawan melayu 
yang suka sokong gerombolan cara melulu
fitnah DAP tak kira waktu 
tapi musuh sebenarnya dalam kelambu 
kah kah kah 


Wahai orang orang Johor
udah udah le tu kalo nak sokong umno
dunia tak dapat .. agama pon hancur
takkan sebab dia BN .. luorang nak buat donno ?

Ni le cara salam yang diiktiraf Sex Lek 
Mana mufti harus situ sana sini ?
Mana menteri kat jabatan perdana menteri ?
Mana Ustazah Cun ? uish .. dia pakai seksyen darurat 
kah kah kah 
Mana pejuang yang hantar bangkai ayam ?
Mana Pewaris .. mana jaguh persilatan ?
Mana Pekasam ?
Mana .. mana .. mana 
owh .. diowang dah balik .. tengok TV .. ulangan Raja Lawak musim ke 5 .. kah kah kah 

Nota : Maksud  Hadith
Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].

Kata Nabil .. Lu pikir la senderey ... wa plak cakap .. lu senderey mau ingat .. kah kah kah
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic