Thursday, January 27, 2011

TAGGED UNDER:

Antara Dua Darjat : 1 Cemerlang 1 Musibat


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Hari masih panjang untuk luorang fikirkan dengan terang
Jangan terburu buru , buatlah pilihan dengan matang
Usah salah pilih , kerana urusan ini bukan sembarang
Mari lihat dulu senarai yang ada untuk ditimbang


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Siapa gerangan calon memang telah diputuskan
Seorang lelaki melawan seorang perempuan
Seorang wakil BN ditentang seorang calon Pakatan
Usah risau , kali ni tiada calon bebas untuk buat gangguan


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Well , meh sini kita renung renungkan
Kredibiliti kedua dua calon yang dalam pertarungan
Sesama kita teliti dan buat perbandingan
Supaya nanti tak salah dalam membuat pilihan


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Mohd Azahar Ibrahim , nama yang diingat
Bekas Penolong Pendaftar Tanah Area Segamat
Penampilan bergaya , pakaiannya semat
Tapi sayang berperangai macam musibat


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Ketika masih dalam jawatan
Tanah orang dilelong tanpa pengetahuan
Macam ni ke orang yang nak dijadikan sandaran
Blom apa apa dah ada background gaban


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Katanya, isu itu dah lama selesai
Keputusan mahkamah telahpon dicapai
Bila dirisik .. laa .. lu lagi nak korner ke Tok Ai
Weyh .. kes lu .. sebutannya Februari ni la bhai .


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Terang terang lagi dia nak kelentong
Kesian owang Felda ngan owang kampung
Dah buat salah .. lepas tu nak gelembong
Ni le perangai orang parti keris tak bersarung


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Yang keduanya pula bernama Normala Sudirman
Calon Pakatan dibawah payung Bulan
Bekas seorang guru disekolah kerajaan 
Penerima Anugerah Cemerlang dari Kementerian


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Lebih mesra ngan panggilan Cikgu Mala 
Ibu dan bapanya bekas peneroka Felcra
Ketua Muslimat Johor , amanah yang terlaksana
Exco Pendidikan Muslimat Pusat juga bawah tanggungjawabnya


Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Orang nya lembut , tak lekang ngan senyuman 
Membuat gerombolan rasa tak keruan 
Mula mula dah  diserang kiri dan kanan
Hanya kerana bersalam pakai sarung tangan



Yeah , mari bertenang wahai pengundi Dun Tenang
Fikirkan sejenak dengan akal yang waras 
Antara dua calon , pilih lah  dengan cerdas
Samada inginkan pendidik atau pun kaki libas 
Supaya dah lepas PRK nanti .. luorang tak frust 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top