Saturday, March 5, 2011

Jawapan Smash TGNA Untuk Mufti Glamour


KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.

Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.

“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.

“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya.

Friday, March 4, 2011

Owh Rupanya Loteri Tu Bukan Judi

Pulak dah .. hadoih sakit kapla .. gerombolah makin ghaflah jingga .. kah kah kah 

Berpujangga le plak si AJK MCA pusat Datuk Ti Lian Ker.. Loteri adalah dibawah kuasa undang undang persekutuan dan hak untuk menjual dan membeli tiket tersebut tidak boleh dianggap sebagai perjudian . Tambah beliau lagi Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai hak dari segi undang undang untuk menyerbu dan menyita tiket loteri tersebut kerana ia dilihat sebagai cuba mengatasi perlembagaan. 

Luorang boleh baca seterusnya (kalo sudi le) kat The Star 

kah kah kah kah kah 
Pecah lobang plak dah 

Ti kata loteri tu memang dijual kat kedai kedai kat Kelantan .. tapi secara tersembunyi 

So .. tindakan merampas tiket tersebut tak wajar .. sebab dia bukan dipamerkan pada awam 

Patut le Kerajaan Negeri tak tau .. sebab main sorok sorok 

Sebab Kerajaan negeri dah haramkan perjudian kat negeri Kelantan sejak amik alih lagi 

Tup tup keluar cerita ada loteri kat Kelantan ..

Terkejut piang Mak Bedah 

Terlondeh kain Pak Junuh

Kerajaan Negeri halang .. rupanya Kerajaan Persekutuan yang bagi lesen 

kah kah kah kah kah 

Lepas tu blogger blogger pencacai kasi lambung cerita pasal judi 

Kerajaan Negeri tak tau .. blogger cam papagomo plak lebih arif 

Tandanya ?? diowang memang kaki judi kot ?

kah kah kah kah kah 

Apa yang kita boleh nampak dari cerita ni ?

Utusan Meloya plak sambung kasi lagi panas .. sampai Pihak Berkuasa Tempatan mula siasat 

Lepas tu bila tindakan di ambil .. MCA plak kata salah sebab menafikan hak sivil yang dijamin bawah undang undang persekutuan .. 

Utusan cam suh Kerajaan Negeri Bertindak .. The Star plak tak bagi 

kah kah kah kah kah 

Ni apa cerita ni gerombolan weyh ??

Luorang tuduh Kelantan .. tapi rupanya luorang yang keluar lesen 

Bila PBK amik tindakan .. luorang kata tak ikut perlembagaan plak 

Bih tu .. cemana sebenarnya ??

Nak main tarik tali .. tunggu le sukan rakyat ..

kah kah kah kah kah 

Logo Olimpik 2012 Membentuk Lambang Zion

Logo Olimpik UK 2012

Apa yang tak kena ngan foto logo ni ?

Sekali pandang memang tak perasan apa apa

2 kali pandang pon sama gak .. 

Luorang kena renung ngan pandangan makrifat .. keh keh keh 

Logo ni menunjukkan angka 2012 .. 

Tapi susunatur dia .. sebenarnya membentuk perkataan ZION 

Cuba luorang baca dari 2 kebawah dulu .. macam baca sokabar cina 

Ini bukan sesaje wa nak post .. sebab ni bukan pandangan wa 

Ini adalah bantahan awal yang dikemukakan oleh Negara Iran melalui Jawatankuasa Olimpik Negara tersebut kepada IOC .. 

Iran mempertikaikan kenapa angka tersebut disusun sedemikian rupa ..

Bila wa check balik .. rerupanya tulang belakang penganjur Olimpik 2012 kat London ni majoritinya Yahudi belaka. Ada banyak hanky panky yg terbit dari puak puak belakang tabir ni.

Ni wa list down ... 

1. Pembiayaan dari proses melobi untuk hak penganjuran datang dari Goldman Sachs 

2. Paul Deighton , jutawan yang menjadi CEO LOCOG adalah merupakan sekutu rapat Israel dan sering menghabiskan masa di negara tersebut. 

3. Alex Balfour yang dilantik menjadi ketua media. Alex adalah cucu kepada Sir Arthur Balfour bekas PM Britain yang namanya diabadikan dalam apa yang dinamakan Deklarasi Balfour (Perjanjian Balfour) . Deklarasi ini berjaya melahirkan Negara Haram Israel

4. Tiada seorang pon orang Islam yang ditawarkan khidmat dalam bahagian media dibawah seliaan Alex Balfour (dipercayai bahagian bahagian lain juga) 

5. Tekanan telah diberikan kepada negara Arab Saudi (kemungkinan tersingkir dari penyertaan) atas alasan tidak banyak penyertaan dari atlit wanita.

6. Beberapa organisasi yahudi juga telah diserap masuk kedalam comittee atas alasan sempena ulangtahun ke 40 pembunuhan atlit Israel di Munich pada 1962. Maka mereka layak diberikan penghormatan .. 

Banyak lagi forum forum telah diadakan oleh organisasi organisasi yahudi ini samada secara terang atau pun sulit dalam menjayakan agenda Olimpik 2012 . 

Apa apa pon .. syabas kepada Iran kerana membantah penggunaan logo tersebut dan seterusnya isu itu membuka rahsia disebalik tabir .. 

Thursday, March 3, 2011

Meriahnya Pesta Rasuah Politik Menjelang PRK

Kalo tak rasuah .. bukan le umno namanyeeeeee .. keh keh keh 
Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online -  http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang! 

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.

Sumber : HarakahDaily

Mimpi Basah Ali Ketam

Tak dapat mimpi Merc ... mimpi besikal pon jadik laaa .. kah kah kah kah kah

Berkata le memanda Ali Ketam "PAS jangan bermimpi untuk menang di Merlimau"

Weyh Ali .. orang lain punya mimpi ..
lu plak nak busy body ..
kah kah kah kah kah 

Kalo mimpi pon apa salah nya, takkan ngan mimpi pon lu takut
Lain le kalo realiti,  memang logik laa kalo lu nak kalut
Baru kena gempak skit je lu dah mula kelam kabut
Kalo ditakdirkan PAS menang.. sesilap putus nafas lu semput
kah kah kah kah kah

Lagi satu wa nak pesan, umo lu pon lu tak pasti sampai bila
Entah esok entah lusa, siapa pon boleh padam, tua ke muda
So jangan dok tongkat langit laaa, mana de kerajaan yang kekal lama
Cuba le renung sejarah Melaka .. ke lu memang spesis tak membaca ?
kah kah kah kah kah 

Weyh Ali .. kalah dan menang tu di tangan Tuhan
Pemimpin kena jadikan Rasulullah sebagai teladan
Buat kerja biarlah penuh amanah ngan keikhlasan
Bukan setakat masa PRK baru nak beraksi cam gaban
kah kah kah kah kah

Mimpi PAS bukan mustahil jadi kenyataan
Apatahlagi mimpi bukah satu kesalahan
Mimpikan Rasulullah memang satu kemujuran
Ini idak .. lu asik mimpikan Shah Rukh Khan
kah kah kah kah kah

Nota :
Sebut je Ali .. teringat cerita Ali Setan ..
Tapi yg KM Melaka ni lain skit .. Ali Industan ..
kah kah kah kah kah 

Wednesday, March 2, 2011

Saman Ekor : Ketahui Hak Luorang Melalui Perlembagaan


Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalah
gunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Originally posted on FB by Rakyat Jelata .

Monday, February 28, 2011

Masa Untuk Main Pondok Pondok - Adoiyai

Weyh ... *tuttt* laaaa .. takde *tutttt* ke ? kah kah kah kah kah 

IPOH 27 Feb. - UMNO akan mengadakan pemilihan olok-olok di peringkat cawangan dan bahagian pada tahun ini sebagai persediaan memastikan proses pemilihan yang akan diadakan mengikut pindaan perlembagaan parti pada perhimpunan agung khas 2009 lalu berjalan lancar apabila dilaksanakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun tarikh pemilihan sebenar belum ditetapkan, persediaan perlu dibuat supaya pelaksanaannya nanti tidak menimbulkan sebarang masalah.

Katanya, UMNO telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau pemilihan olok-olok yang akan diadakan di peringkat bahagian dan cawangan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serentak Cawangan-Cawangan Umno Perak di sini hari ini, beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu mendapat restu Majlis Tertinggi (MT). - Bernama

=============================

Adeih .. ni apa menda le luorang nak buat ??
Dah takde keje eh ?
kah kah kah kah kah 

Masa kekecik dulu tak puas main pondok pondok kot
Tak pon tak berapa khatam main kawin kawin
Ataupun just teringat nak ulang main masak masak
semua tu agenda tipu tipu aje
kah kah kah kah kah 

Ni le tanda diowang ni dah semakin lintang pukang ..
Dah tak percaya kekuatan memasing .. sebab tu kena buat dummy dulu
Sebab kalo kalah pon tak jadi soal .. boleh recce mana yang lemah
So next time bila buat bebetul .. kubu yang lemah le kena target
Masa tu berhabih le lobi sesungguh .. asal boleh menang jawatan
adoiyaii .. ini macam pon ada ke ?

Ni sape nya idea pandir ?
APCO ke FLOM ?
kah kah kah kah kah 

Hilangnya Sebutir Permata Islam Dari Bumi Turki


ISTANBUL (Reuters) - Bekas Perdana Menteri Turki Necmettin Erbakan, pengasas gerakan Islam moden Turki, meninggal dunia kerana serangan jantung pada hari Ahad, ketika berusia 85 tahun. 

"Erbakan adalah seorang ilmuwan yang mengabdikan hidupnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Kami akan sentiasa mengingati dia dengan rasa takzim," kata Perdana Menteri Tayyip Erdogan,  salah seorang yang pernah menjadi pembantu kepada Erbakan selama bertahun-tahun. 

Erbakan yang mula dikenali pada 1970-an, mengasaskan sebuah parti  yang membawa seruan Islam kepada penduduk konservatif di luar bandar  dan bandar miskin dinegara tersebut di mana agama telah diasingkan dari kehidupan politik. 

Agensi berita rasmi Anatolia melaporkan, Erbakan meninggal dunia di hospital Guven Ankara di mana ia sedang menjalani rawatan. 

"Kami kehilangan pemimpin dunia," kata Yasin Hatipoglu, seorang pembantu yang rapat. "Dunia Islam kehilangan seorang yang ternama." 

Erbakan adalah seorang profesor kejuruteraan sebelum beliau menceburkan diri sebagai seorang ahli politik.

Erbakan telah menjadi perdana menteri Turki selama hanya satu tahun selepas ia dipaksa untuk meletakkan jawatan  oleh tentera sekular negara tersebut. 

Parti Kebajikan Islam pimpinannya telah diharamkan pada bulan Januari 1998 dan beliau bersama para pemimpin parti lain telah dilarang memegang jawatan politik selama lima tahun. Erdogan, seorang anggota Parti Kebajikan, adalah gabenor Istanbul pada ketika itu. 

TGNA : Tak Pinta Lahir Sebagai Melayu - Asalkan Islam


KOTA BARU, 27 Feb — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

“Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,” katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

“Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka,” katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

“Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu,” jelasnya. — Bernama

Sunday, February 27, 2011

Moh Kita Teka Gambar Plak


Ni gambar lawatan ke Turki

Tetiba terperasan plak mamat depan ni punya ketayap

Eh .. macam kenal je kopiah tu ..

Kalo ikut pandangan sisi .. macam dia

Nengok telinga pon macam sama ..

kah kah kah lah kah 

eh .. cemana lak dia boleh ada dalam rombongan tu ?

Bukan dia BEBAS ke sekarang ? kah kah kah kah kah

Dia follow dari belakang ke ? Atau memang dah masuk list awal awal ?

Tak marah ke menteri ngan MP lain ..

Sebab tak dapat follow ke Turki

Adoih ... apa apa pon ..luorang pendai le teka dia sape ..

Kalo betul dia .. bukan ke bebaru ni dia suh TGNA refer surah Abasa

Bih tu .. terlupa ke nak tegur mamat yang letak kalungan bunga kat kubur Attaturk neyh ?

Bukan dia ke yang beria ia nak jumpa ngan Yusuf Qardhawi dulu ?

Tak cakap apa apa ke bila Najib tuduh Ulama tu sebagai pengganas ?

Dah kena bisul ke ? kah kah kah kah kah 

U Help Me .. MAYBE I Can Help You Later

Foto : Makan la gula gula ajaib ni untuk pembangunan dan kemakmuran yang berpanjangan .. kah kah kah kah 

Ini le standard gerombolan .. bukan wa yang kata .. tapi calon tu sendiri cakap masa kena interview ngan Umno Online. 

Ini  bukan ayat jampi oleh tok moh dari gunung siluman .. Ini ayat ancaman .. ini ayat ugutan .. kalo owang kampung nak rasa pembangunan .. kena undi dia .. kalo idak .. none of my business .. dan Kerdau boleh dikeluarkan dari peta Pahang buat sementara waktu .. kah kah kah kah 

Luorang nengok kenyataan calon BN kat bawah .. 

“Saya sendiri sudah mempunyai strategi membangunkan Kerdau sekiranya kemenangan berpihak kepada saya terutamanya di dalam bidang pembangunan pelajaran.” - Syed Ibrahim 

Sebenarnya perkara ni bukan baru .. dah lama dahh .. ayat gini memang keluar setiap kali pilihanraya tak kira samada Kecil atau Umum . Gerombolan dah jadikan perkataan ni SOP dalam kempen .. takde kalu .. macam tak cukup resepi .. 

Pembangunan untuk rakyat Malaysia kena ukur dari menang atau kalah calon .. adoih .. mana nya sistem demokrasi yang diowang ni dok pakai . Bih tu .. kalo rakyat tempatan tak sokong dia .. terkeluar ke dari senarai penduduk negara ? Apa rakyat tu dikecualikan ke dari bayar cukai itu ini ?? 

Masalahnya kat Kerdau nun .. memang dari mula dulu bn yang perintah .. tak pernah sekali pon jatuh kat tangan pembangkang .. apa pembangunan yang boleh diharapkan kat sana selama ni ? Pirahhhh .. Kerdau kekal mundur dan miskin infrasruktur . Apa cer bro ??

Cuba le cari ayat lain kalo nak pancing owang kampung .. contoh .. Undi le saya untuk Pembelajaran Bahasa Arab yang berterusan .. kah kah kah kah kah 

DAP Buat Hal Lagi - Edisi Kantoi ..

Mana lagi tumpahnya kuah kalo tak ke parit ye dak ?
Bapak pakar gelembong .. anak jadi kaki kelentong
kah kah kah kah kah 

Wa malas nak ulas pepanjang .. luorang nengok sendiri . Ni dah kira haktuih ke langit .. jatuh ketepek ataih muka gerombolan .. kah kah kah .

Weyh Mukhriz .. Perak dah lama ada le portfolio tu .. takkan lu tak tau ?? Selama ni lu buat apa ? BN Perak tak inform kat lu ke ? ke lu kena pulau ngan diowang ? kah kah kah kah 
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic