Saturday, March 5, 2011

TAGGED UNDER: , ,

Jawapan Smash TGNA Untuk Mufti Glamour


KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.

Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.

“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.

“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya.

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

7 comments:

  1. sesaorang yang bertaraf 'MUFTI' pasti faham....terlebih faham...sebab ilmu mereka tinggi kan...tapi yang menjadi masaalah klo buat2 tak paham......KENAPA YA????..adoiiiii!!!....kita nak cakap banyak2 pon kita bukan pandai sangat...

    ReplyDelete
  2. mufti yang harus sahaja.biarkan dia.kita tak tau dia lena tidor ke atau tak.mungkin jiwanya tak tenang.kita doakan agar dia akan tersedar adanya neraka dan adanya surga.jangan tak sempat bertaubat.dah

    ReplyDelete
  3. Bahaya kalau mufti begini. bahaya bahaya bahaya

    ReplyDelete
  4. jawapan yanag paling baekkk sekali...
    http://knkini.blogspot.com/
    http://bit.ly/fMS9Q8

    ReplyDelete
  5. Kalau Mufti pun dah mula nak mempermainkan hukum Allah dan buat-buat tak faham hukum, tunggu azab daripada Allah.

    ReplyDelete
  6. Semakin ramai mufti sesuap nasi di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  7. Allah telah menyebutnya dengan jelas dalam Al-Quran iaitu ada dua golongan ulamak.Ulamak dunia dan Ulamak Akhirat.Ulamak maksud mudahnya ialah orang yang memiliki ilmu agama yang tinggi.Ulamak akhirat mempergunakan ilmunya untuk menyeru manusia kepada akhirat dan beramal dengan ilmunya.Ulamak dunia pula mempergunakan ilmunya untuk mempertikai ilmu ulamak akhirat atas suruhan orang lain dengan ilmunya atas faktor habuan dunia.Allah mengumpamakan ulamak ini seperti ANJING.Termasuk dalam tarkrifan golongan ulamak itu ialah para mufti.Ada mufti akhirat dan ada Mufti dunia.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top