Wednesday, August 29, 2012

Kementerian Pelajaran Di Gesa Perbetulkan Fakta Sejarah



Kota Kinabalu : Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu.

"Tarikh sebenar negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957."

"Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan antara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah."

"Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia."

"Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke 55 pada tahun ini"

"Perbezaan tarikh kemerdekaan antara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi" kata Edward.

Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya.

Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, pemuda pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun.

"Kesemua mereka menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963"

"Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali ke 49 dan bukannya 55. Malaysia wujud 49 tahun lalu bukannya 55 tahun," katanya.

Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini.

Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah.

Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah. - Sumber : Akhbar

Tuesday, August 28, 2012

Tuan Guru Haron Din Perjelas Kejahilan Che' Det




SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Ketara Umno Tak Paham Pon Makna Dan Dimensi Demokrasi



Perbezaan pendapat tentang isu hudud, Negara Islam, hutang PTPTN dan termasuk juga isu tentang undang-undang lompat parti didalam gabungan Pakatan Rakyat dilihat oleh elit-elit politik UMNO sebagai ‘kecelaruan’ dasar parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan ini bukanlah pelik bagi kita kerana, orang-orang yang tidak memahami sudut dan dimensi demokrasi akan melihat perbezaan pendapat ini sebagai satu ‘perpecahan’ atau  ‘ketidak sefahaman’.

Inilah  masalah asas bagi mereka yang duduk dalam satu sistem dari warisan feudal. Dalam sistem feudal, tidak ada istilah ‘soal’ dan ‘rundingan’. Yang berkuasa mencadangkan pilihan, dan mereka jualah yang membuat keputusan. Tidak ada perbincangan, pertukaran pendapat, kritikan, nasihat, analisis dan maklum balas dalam sesuatu hal yang diputuskan dalam sistem feudal.

Pendek kata, tuan tanah boleh berbuat semahunya dan pekerjanya (ahli) hanya perlu menurut dan mengangguk sahaja. Hasil dan kejayaan dari setiap keputusan yang dibuat akan dijadikan sebagai suatu kejayaan bagi tuannya. Tetapi sesuatu kegagalan itu terjadi, maka ahli-ahliny akan dipersalahkan.

Inilah feudalisme. Maka, bagi UMNO yang mewarisi budaya feudal ini, memang mustahillah bagi elit-elit politik mereka untuk menerima perbezaan pendapat sebagai suatu fitrah yang positif dalam dunia yang serba moden tamadunnya.

Pemikiran golongan warisan feudal

Jika kita menelek kenyataan Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berhubung isu cadangan DAP untuk penggubalan undang-undang lompat parti sebagai ‘tidak sehaluan’ dengan parti-parti dalam PR iaitu PKR dan PAS, tidaklah menghairankan.

Kata Saifuddin,  “ pemimpin DAP seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya.”

Perbezaan pendapat dalam apa jua isu, baik soal dasar, perlaksanaan dan pendekatan merupakan asas penting dalam memastikan setiap isu dibahas dan dinilai dengan halus sevukup-cukupnya. Ini pastinya untuk memastikan suara semua pihak mempunyai peranan. Di peringkat ahkir membuat keputusan, pastinya semua pihak akan mudah menerimanya kerana mereka yang terlibat mendapat peranan dalam proses tersebut.

Demokrasi budaya baru

Dalam budaya demokrasi yang sihat, sesiapa jua boleh mencadangkan, sesiapa jua boleh memberi justifikasi dan sesiapa jua boleh membantah, namun pada akhirnya, setiap cadangan perlu melalui proses perbahasan. Inilah yang sedang diamalkan dalam PR dan inilah juga budaya yang tidak ada didalam UMNO.

Demokrasi bukan sekadar ‘undi’ dan nombor (jumlah) tetapi demokrasi juga adalah budaya yang penuh dengan kepelbagaian dan perbezaan, dan yang menjadikan ianya menarik adalah setiap suara boleh didengar dan setiap keluhan akan terjawab. Malah lebih menakjudbkan lagi, apa jua perbezaan pendirian atau keinginan, kita masih boleh duduk bersama, mencari titik persamaan dalam perjuangan dan bergabung membentuk satu arus baru politik Malaysia, inilah yang tidak dapat difahami oleh mereka yang mewarisi mentaliti feudal.

Jika UMNO mahu tahu beza BN dengan PR, maka silalah berlapang dada menerima hakikat bahawa UMNO dan BN sudah ketinggalan zaman dan tidak releven. Jika kenyataan ini mampu diterima, maka pastinya masa depan Malaysia, akan lebih menjanjikan. - Sumber
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic