Saturday, May 5, 2012

Owh Malangnya.. Rakyat Malaysia Cuma Bahan Ujikaji



Ahli Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof Datuk Ahmad Zaidee Laidin hari ni mendedahkan manfaat Lynas didirikan adalah supaya Universiti dapat mengkaji hasil yang bakal didapati dari kilang tersebut .. baca terus dari sumber

Perghhh .. dah lagi teruk dari tikus dan katak sebab kesan dari bahan radioaktif ni bukan diuji dalam makmal tapi secara langsung kepada masyarakat tempatan.

"Hasil kajian dan penyelidikan ASM, kami mendapati tahap radiasi sumber yang akan diproses oleh kilang itu nanti adalah rendah sama seperti sumber yang dibawa dari Australia yang mana tahap radiasinya adalah yang terendah sebagai sumber nadir bumi," katanya.

Prof ni tak dapat menyangkal memang akan ada radiasi walaupun cuba dilunakkan dengan berkata jumlahnya amat minima dan terkawal. Masalahnya, radiasi ni bukan sesuatu yang dapat dijangka dan boleh dikawal macam nak jaga sereban ayam.

Apakah kita tak ambil pengajaran dengan kegagalan yang berlaku pada loji Chernobyl di Ukraine yang menurut pekerja yang terbabit dalam usaha pemulihan berkata kesan tersebut tidak akan pulih walau dalam masa 300 tahun lagi. Apakah tidak ada langkah secukupnya yang diambil sebelum itu untuk mengelakkan dari kemusnahan itu berlaku? Apakah Chernobyl tidak mempunyai jawatankuasa pemantau? 

Apa pun alasannya, nyawa rakyat tidak boleh sama sekali dijadikan taruhan. Sepatutnya Prof ini menggesa supaya Lynas membina lojinya di Australia yang memang kita tahu mempunyai kawasan gurun yang luas, bukannya di Gebeng yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. 

Rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman politik perlu berganding untuk menolak pembinaan Kilang Lynas dari dibina kerana ini adalah melibatkan kesan ke atas Malaysia dalam satu jangkamasa yang panjang.

Cegah Sebelum Parah.

Panel Menyiasat Keganasan Polis: Apakah Motifnya?



Kerajaan berkata akan menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dakwaan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu, tetapi persoalannya, Siapakah yang bakal menganggotai panel siasatan tersebut dan apakah motif disebaliknya?

Satu perkara yang sering menjadi persoalan, keyakinan rakyat adalah amat rendah terhadap siasatan bebas seperti ini. Diantara pendapat yang paling kritis terhadap perkara yang diumumkan oleh Najib semalam datang dari Dr. Lim Tek Ghee, yang mengatakan ini semua tak lain tak bukan, hanyalah satu helah Pilihanraya semata mata.

"Dalam satu ketika, Najib mengatakan Bersih 3.0 adalah satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Seketika kemudian dia berkata akan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas. Ini membuktikan yang Najib tidak ikhlas dan ianya jelas hanyalah satu sandiwara politik memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir." Ujar Lim, yang mengetuai badan Centre for Policy Initiatives.

Kita sudah mempunyai banyak pengalaman dengan Suruhanjaya Diraja dan pelbagai Panel Bebas lain, namun semuanya berfungsi hanya untuk memenuhi kehendak kerajaan semata mata, katanya lagi.

"Ia tidak akan menjadi 'bebas' sepenuhnya dan hanya akan menjadi alat menyampaikan hasil dari sudut pandangan BN dan Polis, yang kemudiannya akan dijadikan hujah dan modal politik oleh pihak yang berkenaan. Kita perlu menolak panel sebegini melainkan jika kerajaan menukar kaedah dalam pemilihan anggotanya. Terma terma rujukan juga perlu diberikan keutamaan."

Ketika diminta untuk mencadangkan nama untuk anggota panel tersebut, Lim berkata, cadangan itu perlu datang dari pihak yang terlibat - Penganjur Himpunan Bersih 3.0, Suhakam, Majlis Peguam dan Media.

Naib Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, bersetuju bahawa sebuah panel yang tidak mendatangkan apa apa hasil hanyalah satu usaha yang sia sia. "Kita telahpun mempunyai pengalaman yang mengecewakan dengan panel seperti ini, dimana pandangan awam tidak diendahkan dalam hasil laporan mereka."

Terdapat banyak bukti



Leong merujuk kepada Suruhanjaya DiRaja bagi Salah Laku Polis dan siasatan yang lebih terkini di dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

"Malah laporan tahunan daripada Suhakam tidak dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Tidak ada gunanya mempunyai sebuah suruhanjaya siasatan, atau panel bebas atau siasatan Suhakam, jika penemuan dan cadangan langsung tidak diendahkan. Ia hanya satu proses melengahkan masa atau membuang masa dan juga sumber. "

Leong turut menambah, Pihak polis telah mengatakan bahawa mereka dapat mengenalpasti identiti para peserta Bersih 3.0 dari rakaman video dan foto yang mempunyai salah laku dan akan mendakwa peserta terbabit. Maka pihak polis juga sepatutnya melakukan perkara yang sama kepada anggotanya yang melakukan keganasan dan terlalu banyak bukti mengenainya di internet.

 "Polis seharusnya menamakan pegawai pegawai ini dan serahkan kepada Peguam Negara untuk mendakwa mereka. Jangan buang masa, sila ambil tindakan"

Leong berkata jika pihak berkuasa ingin menubuhkan panel siasatan bebas, perkara perkara berikut wajib diambil kira :
  • Siapakan yang akan menjadi ahli ?
  • Apakah yang akan menjadi terma rujukan?
  • Apakah kuasa yang dimiliki?
  • Dari mana kuasa itu diperolehi?


"Adalah sangat tidak produktif untuk mempunyai satu panel siasatan namun akhirnya tidak membawa apa apa makna" Leong turut mempersoalkan jika panel yang ingin ditubuhkan itu hanya bermatlamat untuk menyiasat isu keganasan terhadap pengamal media. "Bagaimana pula dengan dakwaan keganasan polis terhadap individu individu lain yang terlibat dalam isu tersebut seperti para kerani, setiausaha, pengurus, doktor, jurutera, peguam, arkitek, ahli bank, ahli perniagaan, para pekerja IT, petani, pemilik gerai, pelajar, pesara, juruterbang, buruh, jururawat, artis dan lain lain?"

Kita Amat Perlu Pada Yang Berkecuali

Walau bagaimanapun, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam ASLI , Ramon Navaratnam, berkata mempunyai panel seperti itu adalah "masih lebih baik daripada tiada langsung" walaupun beliau lebih berminat jika siasatan dilakukan oleh Suhakam

Beliau mencadangkan nama-nama berikut sebagai pilihan untuk pengerusi suruhanjaya yang dicadangkan: 
  • Polis bekas ketua Tun Mohammed Hanif Omar
  • Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah
  • Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam
  • Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.


Seseorang yang terpercaya dan tidak mempunyai apa apa kaitan dengan polis perlu mengetuai panel, bukan saya, kita perlukan seseorang kredibiliti yang tinggi

"Siasatan perlu dilakukan dengan cepat - jangkamasa satu bulan, dan perlu tampil dengan kesimpulan dan cadangan. Terdapat bukti yang mencukupi dari setiap pihak"

Robert Phang, Pengerusi Social Care Foundation, juga berkata, Suhakam adalah badan yang terbaik untuk melakukan siasatan.  "Suhakam dilihat sebagai anti-kerajaan, tetapi fakta itu sama sekali tidak benar," katanya.

"Dalam mana mana kes, tidak ada gunanya meletakkan mereka yang berpihak. Kita memerlukan seseorang yang lebih adil dan saksama. Satu nama yang boleh saya cadangkan ialah Naib Pengerusi Suhakam - Simon Sipaun. Juga Abu Talib Osman yang merupakan Pengerusi Suhakam. Kita amat perlu pada yang berkecuali. Persoalannya berkecuali dari apa ? Berkecuali dari sudut pandangan politik atau pandangan awam? Kita perlu mengenepikan ahli politik kerana mereka sememangnya terikat. Mungkin media juga perlu mencadangkan beberapa nama"

Semalam Najib berkata individu yang bakal menganggotai panel siasatan itu adalah mereka yang "boleh dipercayai, berpengalaman dan dihormati" sambil menambah mungkin ianya akan dibentuk dalam minggu depan.

Sebuah portal memetik kenyataan Tony Pua dari DAP yang mendesak kerajaan untuk melantik Suhakam untuk menjalankan siasatan dan berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah panel bebas yang berasingan adalah sesuatu yang tidak perlu.

Terjemahan Bebas Karmic
Sumber Asal : Teoh El Sen @www.freemalaysiatoday.com - 4 May

Friday, May 4, 2012

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama umno ?

Foto Sekadar Hiasan Walaupun Ada Kena Mengena .. kah kah kah


Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita. 

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun ditangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat apa’?

Ini selari dengan kata-kata masyhur Saidina Ali (KW), “undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala” atau “lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat pada siapa yang mengatakannya'


WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

NST Dah Minta Maaf, Utusan Ngan Zahrain Bila Lagi ?

Malaysiakini

Akhirnya kau mengaku jugak ye Ali? (dialog dalam Ali Setan)..kah kah kah .. NST dalam keghairahan untuk membelasah Anwar kerana menjemput seorang pemerhati luar, Nicholas Xenophon untuk memantau Bersih 3.0, dengan tanpa perasaan bersalah dan malu (diowang ada ke perasaan tu semua?) telah dengan sesuka hatinya memutarbelit kenyataan Senator tersebut sebagai seorang yang Anti Islam..

Merujuk kepada pernyataan sebenar Nicholas Xenophon, apa yang diucapkan oleh beliau adalah perkataan Scientology dan telah disalah tafsirkan oleh wartawan NST sebagai perkataan Islam.. weyh .. agak agak la kalo nak salah tafsir pon. Scientology ngan Islam kan jauh dari segi huruf dan nahunya.. bau bau bacang pon tak de..  cisss

Apa apa pun NST dah minta maaf dan tarik balik artikel tersebut- walaupun wa amat sangsi dengan kesediaan NST untuk berbuat demikian - almaklum lah.. akhbar diowang kan berstatus elit, baham tanah lah kalo ngaku salah .. kah kah kah .. dan sekarang terpulang kepada Xenophon untuk meneruskan tindakan saman ataupun idak .. huh .. baru ada akai.

Klik Untuk Tumbesaran .. hehe

Tapi, mungkin dengan menyangka Xenophon tak reti bahasa melayu, Utusan buat pekak badak. Rilek je paparan laporan tu bertakhta dalam edisi online.. Nama penulis punya le cantik, tapi sayang jadi ejen penyebar fitnah.. kayu betul.. wa screenshot lagi satu 

Sumber <-- Klik selagi tawaran masih ada

Dalam masa yang sama, ada plak seekor katak yang tak sedar diri pon cuba untuk jadi champion dengan mainkan isu yang sama.



Katak ni sebenarnya dah terkeluar dari list untuk wa debik memandangkan otak dia kecik walopon kepala dia beso.. kah kah kah 


Commenting on the turn of events, Bayan Baru member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said this showed that Xenophon not only was very outspoken against Islam, but also defended the LGBT issue.

“Should we let someone like Xenophon influence our culture and moral values through politics? By confiding in Xenophon, is Anwar also supporting the LGBT movement?” he asked.

“I also challenge Pas’ ulama to question Anwar on why he sought Xenophon as a confidant, as clearly Xenophon stands against Islamic values.”

Tak menahan, ada hati siap cabar Ulama' PAS, adoih.. apa lah malang nasib dia ni, makin banyak dia bercakap, makin terserlah kekatakan kebodohan dia tanpa dapat disangkal sangkal lagi. 

Kalau Xenophon nak meneruskan saman pada NST, wa harap dia boleh borong Utusan ngan Zahrain sekali secara pukal, supaya jadi pengajaran pada lelain agar tak sesuka hati buat laporan tahap sampah gitu. Baru ngam .. yieehaaa

Thursday, May 3, 2012

Terkini: Bob Kuman Telah Kembali Ke Rahmatullah - Update


Kami baru menerima perkhabaran sedih di’mana Bob Kuman telah meninggal dunia pada 4.38 petang tadi. Al-Fatihah. Perkembangan terbaru akan di bawakan secepat mungkin.

Sumber

=========================

Update : Harakah Daily


PETALING JAYA, 3 Mei: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.



==============================

Laporan dari : Mazidul Akmal


SELAMAT TINGGAL BOB

Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal saya.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Rayuan Gombal Dari Chua Soi Lek


Bermadah le plak CSL: Walaupun kerajaan mengalu-alukan kritikan dari media, tapi media kenalah adil dalam menerangkan polisi kerajaan dan pencapaiannya ..

Malaysia Kini

Wahai apek, lu dah takde isu ke nak cakap ? Media mana yang lu maksudkan ni ? Takkan lah lu tak tahu media media NST, Bernama, Rangkaian Media Prima, Astro, Utusan, Star dan banyak lagi jenama dalam mandarin/tamil yang bukan je asik promosi kerajaan malah sampai ketahap mengampu tanpa batasan.. kah kah kah kah .. 

Kerajaan terima kritikan ? kah kah kah .. bebaru ni Astro pon dah mengaku kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan. Kalo idak, tak kan le tak memasal Astro nak potong siaran dari BBC kan kan kan ? Garis panduan tu siapa yang keluarkan ? Kerajaan Zimbabwe ? kah kah kah kah

Baru kena kritik skit ngan media picisan dah goyang, sebab tu lah antara permintaan Bersih 3.0 dari 8 perkara tu ialah Akses Media Yang Bebas Dan Adil. Kalo mainstream boleh berlaku adil pada semua, wa rasa BN dah lama melingkup sebelum lu sempat jadi presiden MCA.. kah kah kah kah

Nota: Wa dah lama cuba untuk menjadi serius, tapi gerombolan tak habih habih buat kelakar

Isu Scorpene: Najib Minta Tak Banyak .. 3bilion Aje


Terbaru dari Kes Scorpene.

Pendakwaraya yang mengendalikan kes Perjanjian Senjata Perancis - Malaysia telah menjumpai bukti bahawa Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Abdul Razak telah meminta RM3b (US$1b) dari anak syarikat pembuat kapal DCN iaitu DCNI untuk diberikan kepada syarikat tempatan Perimekar ..


Malaysia Kini

Hmang aih .. 3bilion ? atau untuk sesape yang tak pasti, 3b tu bersamaan 3 ribu juta. Kalo jumlah ini diambil kira, komisen yang dikatakan untuk Mendiang Altantuya dulu cuma 1/6 dari jumlah keseluruhan le ye ?  ..ishk ishk ishk ..

Apa yang lebih penting, isunya lebih besar, jika apa yang ditemui oleh pendakwaraya tersebut benar benar sah dan terjadi, amatlah malang bagi kita sebab dengan mudahnya duit pembayar cukai di negara kita diselewengkan untuk mengisi kocek beberapa kerat individu. 

Itu baru satu urus niaga. Memang patut le hutang negara melonjak .. dan patutlah Bik Mama leh shopping sakan ..apa lah sangat cincin 24juta tu kalo nak dibanding dengan 3000juta ye dak ? huhuhuhu .. masyukkkkk beb

Murid Sekolah Bikin Cikgu Panas .. kah kah kah


Wa taknak komen apa apa .. terserah luorang .. kah kah kah kah

Wednesday, May 2, 2012

Ini Jamban, Najib Yang Punya .. Kah Kah Kah



(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)

PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.

Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.

Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.

Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.

"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?

"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.


===================== 

Haru biru dah puak puak ni, sampai jamban tempat najib lepaskan hajat pon jadi agenda sejarah .. kah kah kah .. tak hagak hagak dalam membodek.

Memang tak tau dah spesis ni punya pemikiran dah lalu celah mana.. hadoilaa .. penat perut wa menahan gelak.

Weyh .. lepas ni sesilap puak ni berebut rebut perati bila Najib nak kentut, then tadah kentut tu simpan dalam balang.. sebagai hadiah kenang kenangan yang terindah ..dari seorang Perdana Menteri.. kah kah kah kah

Kenyataan Hilang Akal Dari Bekas Ketua Polis

Mkini

Nota: Jangan tengok screenshot kat atas dengan wajah yang serius sebab ia akan menjadikan luorang nampak lebih berusia .. sebaliknya tengok le dengan muka cemas sebab hasilnya akan membuatkan luorang sendawa diluar kawalan .. kah kah kah kah

Laporan ni memang bebenar 'true'
kalo statusnya berita, berita ini tahap longkang
kalo ianya pendapat, pendapat ini tak lebih dari selonggok sampah
kalo ia syair.. orang gila je kata ini syair 
kalo ini lawak .. lawak ni dah jauh melepasi tahap bedebah ..
kah kah kah kah kah

Dengan tak semena mena bekas KP ni keluarkan statement membabipekak. 
Pro Komunis 70an ? Dasar bajingan .. main terkam je nampak wajah pro komunis.. 
Yang kelakuan polis lebih dari komunis tu dia tak nampak plak ye? 

Sepatutnya kenyataan dia berbunyi :

'Saya dapat mengecam ramai polis yang menyamar sebagai penyokong BERSIH pada hari itu, saya bimbang kerana dari pengalaman saya, mereka inilah yang akan mencetuskan huru hara'

kah kah kah kah

dah lama wa tak pantun pantun weyh..

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entahkan layu sebelum dituai
Apa diharap pada tokey judi yang bangang
Entahkan nyanyuk entahkan pekak
Entahkan sewel ataupun bingai

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Prokomunis pon boleh berubah
Tapi Bekas KP ke Genting jua

kah kah kah kah kah

Nota Penting : Tolong baca Surat Peguam Negara “Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat “Bocor”!!  sebab perkara ni memang dah sah ancaman pada negara. 

Bersih 3.0 : Sejambak Kawat Berduri Untuk Dataran Merdeka

Ironi pada perhimpunan BERSIH 3.0 ialah Ambiga Sreevanasan dan bukannya DS Najib Razak yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia dan memberikan makna sebenar kepada slogan 1Malaysia.

Ambiga berjaya menyatukan semua rakyat Malaysia. Satu sasaran yang berjaya dicapai. Satu tamparan buat Najib apabila Ambiga mempunyai lebih tarikan dari apa yang beliau lakukan.

Seandainya demokrasi di Malaysia seperti orang yang menghampiri kematian, BERSIH 3.0 telah berjaya memberi nyawa baru kepadanya, dan kini terpulang kepada rakyat untuk merawat demokrasi yang nazak tersebut kembali menjadi demokrasi yang sihat.

Hanya sekadar satu mimpi untuk PM atau mana mana ahli politik dari umno, jika mereka dapat menarik jumlah seramai yang hadir ke ibukota pada hari Sabtu yang lalu. Amat diragukan jika mereka mampu menyatupadukan rakyat Malaysia dalam skala nasional ataupun global. Umno yang kita tahu, hanya berjaya memisahkan kaum. Jika mereka tidak sedar tentang perkara ini, itu adalah hanya kerana mereka terlalu bongkak atau hidup dalam penafian.

Orang ramai tahu, setiap acara yang dianjurkan oleh umno adalah dibiayai oleh parti. Duit pembayar cukai dibebankan untuk menyediakan pengangkutan, makanan dan hadiah saguhati, yang selalunya bernilai lebih kurang RM30 kepada setiap peserta.

Untuk BERSIH 3.0, Ambiga dan Ajk nya tidak menjanjikan apa apa pulangan. Apa yang beliau lakukan hanyalah mengembalikan kepercayaan dan rasa hormat-diri pada setiap rakyat Malaysia. Mereka memberikan kepada kita peluang untuk melahirkan penolakan kita kepada sistem pengundian yang sangat dipertikaikan.

Rakyat cuma mahu agar Najib dapat membersihkan SPR. Langsung tidak berbangkit isu hendak menggulingkan kerajaan, ianya hanya berkenaan kemahuan rakyat untuk sebuah sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Apa yang Ambiga dapat beri jaminan pada mereka hanyalah sebuah perarakan menuju ke Dataran Merdeka, yang mana jika semuanya bertenang, pihak polis tidak dapat bertindak ganas sebagaimana yang mereka lakukan ketika BERSIH 2.0.


Adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal, diwaktu pagi 28 April, seluruh dunia dan juga majoriti rakyat Malaysia berkongsi debaran yang sama. Rakyat Malaysia di luar negeri terpaku didepan komputer atau media sosial yang lainnya, untuk terus mengetahui perkembangan yang berlaku di sekitar Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka telah menyaksikan banyak peristiwa bersejarah dan yang paling penting adalah upacara menurunkan bendera Union Jack serta menaikkan bendera Malaysia pada tengah malam 31 Ogos 1957. Ia akan menjadi kemenangan moral jika BERSIH 3.0 dapat melakukan protes Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka. Atas sebab itulah Najib dan umno amat berkeras untuk menghalang BERSIH 3.0 disana.

Rakyat Malaysia yang diketahui memang mempunyai sikap toleran yang tinggi dan taat kepada undang undang, sangat terbuka untuk mematuhi segala larangan asalkan mereka dibenarkan untuk berhimpun. Ratusan ribu rakyat telah menyertainya tanpa berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini.


Sekiranya pun benar seperti yang didakwa bahawa Pihak Pembangkang telah menghasut orang ramai untuk memecah masuk ke Dataran Merdeka, apakah perlakuan ganas dari pihak polis tidak diambil kira ? Ramai saksi yang mengatakan bahawa jalan keluar semuanya telah disekat. Mengapa polis begitu menekan rakyat dan menghalang mereka untuk pulang? Mengapa polis membuat mereka marah dan kecewa ?

BERSIH 3.0 benar benar membingungkan Najib. Ego beliau tercalar dan beliau nampak terkilan apabila mengetahui orang ramai seperti meraikan perhimpunan seolah olah satu karnival jalanan. Beliau mungkin lebih berkecil hati apabila mereka berani untuk mengabaikan arahannya untuk tidak berarak. Mungkinkah Najib memang terlibat dalam merencanakan huru hara agar Ambiga boleh dipersalahkan dan imej BERSIH 3.0 akan tercemar?

Ding Dong Si Najib

Sekiranya kepercayaan umpama jalan dua hala, maka rakyat Malaysia telah dikecewakan dikedua dua hala. Satu dari pihak kerajaan sendiri manakala satu lagi dari masyarakat antarabangsa. Sebilangan dari media antarabangsa melaporkan hanya sejumlah 25,000 orang yang berhimpun di Kuala Lumpur. Adakah mereka benar benar berada di Kuala Lumpur?

Penghujung Mac baru baru ini, Najib dengan penuh bangga mengatakan bahawa Malaysia telah meningkat sembilan anak tangga didalam indeks kebebasan akhbar, Wartawan Tanpa Sempadan. Sudah tentu dia tidak boleh merasa begitu lagi untuk tahun 2013 nanti apabila kedudukan itu pasti jatuh disebabkan keganasan yang dilakukan oleh polis terhadap wartawan, pada hari Sabtu yang lalu.

PM Britain, David Cameron sudah tentu berlapang dada untuk menerima Ringgit Malaysia sebagai pertukaran dengan senjata dan pasti akan lebih gembira jika duit KWSP dapat dilaburkan dalam sektor hartanah di London. Nyata, rakyat Malaysia tidak boleh bergantung harap kepada masyarakat antarabangsa dalam mendatangkan perubahan keatas negara ini.

Hanya rakyat Malaysia yang dapat melakukannya dari dalam. Pemimpin dunia hanya lebih berminat kepada komoditi dan eksport dan mereka akan berterusan untuk menutup mata atas apa yang terjadi di Malaysia.

Warna kuning mempunyai beberapa makna. Ianya merupakan warna Di Raja dan juga adalah simbol pada perjuangan BERSIH, dan kuning juga boleh mendatangkan igauan kepada si pengecut. Bila agaknya Perdana Menteri Malaysia boleh menunjukkan kualiti sebenar sebagai seorang pemimpin? Apabila didatangkan dengan soalan yang agak sukar, apa yang boleh dijawab hanyalah 'no comment'.

Dalam satu majlis persendirian yang diadakan di kelab Diraja selangor baru baru ini, dikatakan bahawa Najib telah ditanya apakah dia akan menyerahkan kuasa dengan rela hati jika ditakdirkan beliau kalah dalam PRU 13 nanti, Najib tidak menjawab melainkan berjalan keluar dengan muka merah padam. Minggu lepas, perkara yang sama juga berlaku apabila beliau telah menamatkan satu sidang akhbar setelah beliau diajukan pertanyaan samada beliau akan memberikan keterangan dalam siasatan kes Scorpene di Paris.

Najib sentiasa mengelakkan diri dari situasi yang sukar. Beliau sentiasa inginkan tangan beliau bersih dengan mengelak dari memikul tanggungjawab.

Tahun lepas, Najib dikatakan ingin mengelak dari menjawab isu BERSIH 2.0 pada 9 Julai dengan mengadakan lawatan keluar negara walaupun beliau sebenarnya mempunyai program hanya pada 13 Julai di England. Ketika itu beliau dihalang untuk berangkat lebih awal oleh isterinya yang lebih maklum yang beliau akan berhadapan dengan kritikan yang lebih hebat sekiranya beliau berbuat demikian.

Tapi kali ini, beliau lebih selesa untuk berada di Sarawak menjelang BERSIH 3.0, sama seperti beliau terbang ke Afrika Selatan ketika keputusan Kes Liwat II DSAI akan diumumkan.

Najib meletakkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Polis untuk bertanggungjawab dalam isu BERSIH 3.0. 

Perdana Menteri seharusnya membenarkan rakyat untuk menyuarakan ketidakpuashatian dan membuat bantahan secara aman di Dataran Merdeka, tetapi bersikap angkuh dan bongkak untuk memberikan laluan kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat.



Mungkin Najib perlu terus biarkan kawat berduri itu kekal di Dataran Merdeka. Biarkan ia kelihatan seperti sebuah hadiah yang dibalut kemas untuk orang ramai memuji dari jauh.

Untuk melengkapkan lagi, beliau perlu meletakkan papan tanda 'Boleh Pandang Tapi Jangan Sesekali Sentuh'. Tetapi kenapa buat separuh jalan ? Kenapa tidak buat penjenamaan semula kawasan tersebut? Kalau rakyat tidak dibenarkan mendekati Dataran Merdeka, Najib sepatutnya menamakan tempat itu sebagai Dataran Barisan Nasional.

Perdana Menteri telah membuat satu perlecehan kepada usaha penambahbaikan dan telah mencacatkan demokrasi. Kita bernasib baik kerana tugu tugu tidak dibenarkan untuk dibina dinegara ini, jika tidak kita akan dapati patung Najib dan 'First Lady' yang tidak sedar diri itu pasti akan merenung kita dari setiap penjuru.

Terjemahan bebas dari karya asal : Mariam Mokhtar (04-30-12) @www.malaysiakini.com

Bersih 3.0 : Satu Testimoni Oleh Pelajar Undang Undang

Kuala Lumpur, 1 Mei - Saya Pang Teck Yaw, seorang pelajar jurusan undang undang. Saya akui pembacaan tentang undang-undang sangat menyeronokkan namun sekaligus meremukkan hati. Sepanjang pengajian saya, saya membaca tentang konsep pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman, keutuhan hak perlembagaan tetapi apa yang mendukacitakan kesemua itu bagai sebuah cerita fiksyen di peringkat tertentu.

Disebabkan itu saya memutuskan untuk menyertai Bersih dan alasan untuk berbuat demikian adalah untuk meyakinkan diri saya bahawa apa yang saya pelajari boleh dipraktikkan di Malaysia, dan saya boleh menggunakan hak saya sebagai rakyat Malaysia.

Saya jua akui, berasa risau memandangkan peperiksaaan sudah hampir, dan pada petang 26 dan 27 April beberapa anggota polis telah pun kelihatan berkeliaran di kolej saya.

Sebagai jalan selamat, saya memilih untuk bermalam di Jalan Sultan namun tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.

Sungguhpun begitu, pengalaman ini telah membuka mata saya. Pada jam 9.30 pagi, jalan tersebut telah mula dipenuhi dengan manusia. Tidak pernah saya melihat begitu ramai kaum Cina di Jalan Sultan. 

Orang ramai disitu seolah olah sedang bersukaria, sebilangan dari mereka sedang memainkan alat muzik, sementara sebahagian pula mengambil kesempatan untuk menjalinkan persahabatan. Saya terkejut melihat ramai rakan sekolej dan pelajar pelajar yang turut hadir. Saya amat pasti, peniaga disekitar kawasan tersebut akan memperolehi keuntungan besar.

12.30, saya melihat orang ramai telah mula bergerak, jadi saya turut serta. Semangat terasa begitu tinggi, perhimpunan tersebut terasa sangat aman, kami berkumpul di Dataran Maybank dan dari situ kami menuju ke Masjid Jamek dan tunggu disitu. Kawasan itu sangat sesak sehinggakan langsung tidak ada tempat untuk duduk.

1.30, beberapa pemimpin telah memberikan ucapan mereka dan jelas khalayak ramai disitu semakin terpesona khasnya apabila Anwar mula berucap. Akhirnya, Ambiga tiba dan mengumumkan Bersih telah mencapai sasaran dan meminta orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, khalayak masih menunjukkan emosi yang tinggi, beberapa orang disekeliling saya malah mengatakan yang mereka baru sahaja sampai dan enggan berpatah balik. Ada antara mereka yang menjerit "Dataran, Dataran".

Seketika selepas itu, saya melihat orang ramai didepan saya bertepuk tangan dan melaungkan BERSIH bagaikan baru lepas memenangi peperangan,  serta mula untuk bergerak kehadapan.

Naluri saya pada mulanya mengatakan, polis telah memberikan kerjasama dan membenarkan kami untuk meneruskan perjalanan.

Kami bergerak selama 10 minit, apabila secara tiba tiba gas pemedih m ata telah ditembak kearah kami. Kami benar benar jadi keliru kerana sebelum itu memikirkan pihak polis telah memberikan kebenaran untuk kami bergerak ke depan.

Orang ramai menjadi panik dan kami mula berundur. Apa yang lebih membingungkan, walaupun kami sedang berundur, lebih banyak gas pemedih mata yang ditujukan kepada kami. Kami menjadi takut dan panik kerana ada orang yang telah berusia dikalangan kami. Tempat itu sangat sesak dan tidak ada ruang untuk kami bersurai dan kami tidak dapat lari dari merasa takut sekiranya ada yang akan terjatuh dan mendapat kecederaan. Polis tidak memberikan masa untuk kami bersurai.

Saya amat terkejut bila mendapati ada seorang kanak kanak bawah 5 tahun sedang menangis dan menjerit memanggil ibubapanya. Ada beberapa orang telah pengsan dan ada seorang peserta yang tercedera teruk akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang telah ditembak tepat kearah kepalanya.

Gas pemedih mata telah ditembak bertalu talu dalam jumlah yang sangat banyak. Oleh kerana itu, sebahagian dari kami telah memutuskan untuk memanjat dinding masuk ke dalam Masjid disebelah stesen LRT Masjid Jamek. Ketika kami sedang melepaskan lelah didalam masjid, gas pemedih mata masih berterusan diluar.

Kami terperangkap didalam masjid sedangkan pintu masuknya telah dihadang oleh FRU. Kami dapat melihat dengan jelas tembakan air sedang giat dilakukan disekitar Jalan Mahkamah. Terdapat sebuah platform yang menyambungkan antara masjid dan stesen LRT dan ada orang yang sanggup membahayakan nyawa mereka untuk cuba meloloskan diri ke seberang.

Saya duduk diam didalam kawasan masjid selama 1 jam dan setelah itu berjalan ke arah stesen LRT Masjid Jamek. Amat mengejutkan apabila mendapat stesen LRT tersebut telah ditutup. Tiba tiba, secara tak semena mena, kumpulan yang berada diluar stesen LRT telah disembur dengan air dari Water Cannon Truck.

Kami benar benar keliru, samada mereka memang ingin kami bersurai atau sekadar ingin mengasingkan serta membasmi kami.

Orang ramai sekali lagi mula bertempiaran lari, kami berjaya untuk berkumpul di koridor tepi stesen LRT Masjid Jamek berdekatan dengan sungai dan setentang dengan Masjid dimana saya terperangkap sebelum ini. Sehingga detik itu, masih ada yang terperangkap didalam Masjid. Dua orang telah pengsan di koridor dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan. Pada masa ini, dibelakang kami adalah stesen LRT Masjid Jamek dan ia sedang disekat oleh FRU dan satu satunya jalan untuk melepaskan diri adalah dengan berjalan kedepan.

Kami memapah mereka yang tercedera dan terus bergerak. Namun, menambahkan keperitan, gas pemedih mata sekali lagi menghujani kami. Kami terperangkap lagi dan tersekat di koridor tanpa ada mana mana jalan untuk keluar.

Nasib menyebelahi kami kerana adanya sebuah van yang menjual minuman untuk kami berlindung. Tak perlu dikatakan bahawa peniaga tersebut juga telah membuat keuntungan besar. Selepas beberapa ketika, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan.

Pada ketika itu sebuah ambulan hadir dan kami menyerahkan mangsa yang tercedera kepada mereka yang lebih layak. Semasa kami bergerak menuju ke Jalan Pudu, gas pemedih mata masih ditembak kearah kami. Saya menjadi lebih keliru, sebabnya kami hanya ingin pulang dan kumpulan kami tidak lebih dari 25 orang. Dalam masa yang sama, juga terdapat 2 orang pelancong di kawasan itu.

Apabila kami sampai di Jalan Pudu, stesen LRT Plaza Rakyat juga tidak berfungsi. Kami diberitahu untuk pergi ke Stesen Monorail Jalan Maharajalela jika ingin keluar.

Setelah itu, segalanya menjadi selamat. Apabila sampai dirumah, saya tidak dapat mengelak dari berasa jijik kepada badan polis. Saya mesti akui yang saya telah hilang segala rasa hormat kepada mereka. Saya menjadi percaya sekarang mereka telah merancang untuk memisahkan dan menyerang kumpulan orang ramai secara taktikal, sejak dari awal lagi.

Terjemahan Bebas Dari Sumber : The Malaysian Insider

Tuesday, May 1, 2012

Masih Kah Kau Ingat ? : Uncle Bersih Buat Polis Terkedu .. kah kah kah



Bravo uncle .. kah kah kah 
Mula mula setuju nak gi balai
tapi lepas tu tanya atas sebab apa nak gi balai
polis terus terkedu
kah kah kah kah

Jangan malu kuat kuat aaaa
kalo takde salah sekarang saya jalan ..
nampaknya Uncle ni lebih matang dalam undang undang
kah kah kah kah

Kenapa Ayam Melintas Jalan ??


Kenapa ayam melintas jalan ?

Akademik

Saintis: Mungkin kerana diseberang jalan terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya kerana ayam mempunyai deria yang sangat sofistikated.

Ahli Matematik: Kebarangkalian ayam tersebut ingin melintas cuma 1/6 dari naluri asalnya yang was was kepada kekalutan jalan raya.

Prof Aziz Bari: Tidak terdapat klausa dalam undang undang persekutuan untuk menghalang dari ayam itu melintas..

Prof Kangkung: Perbuatan ayam melintas jalan itu sangat jelek dan amat memalukan negara

Pak Samad: Ayam itu sesungguhnya tidak sama seperti Lembu.

Media

TV3suku: Ayam ni le sebenarnya jadi penyebab kereta polis tu terbalik.. kita saksikan videonya....

Utusan Meloya: Ini adalah bukti bahawa ayam itu telah terpengaruh dengan anasir luar

Berita Hairan: Ayam itu telah diupah oleh pihak tertentu untuk melintas jalan tersebut..

Mstor: Ayam inilah yang dikatakan telah membelasah seorang wartawan

Manggar: Khabarnya, ayam tu pernah mempunyai klip video 'mesra' bersama pasangannya. 

NGO's & Persatuan

Ambiga: It the chicken's right

Ahsan Jati: Saya percaya, ayam ini adalah salah satu parasit yang menyebabkan saya tersingkir.

Brahim Perkasam: Ayam itu telah cuba untuk menggugat ketuanan. Jangan benarkan ia melintas.

Zaid Mat Ghib: TIBAI - Tolak Individu Bernama Ayam Ini

7 Peniaga Pertama Kompleks: Kami rugi berjuta ringgit sebab tutup, tapi ramai peniaga yang bijak untung  besar. Nyesal plak rasanya

Persatuan Teksi: Ini menyusahkan kami untuk mencari penumpang, kalo lembu melintas lain cerita..

Badan Berkuasa

DBKL: Tidak, kita tidak akan benarkan ayam itu melintas, kerana jalan itu hanya untuk agenda nasional

Mato Mato: Permit? Ikut Akta terbaru, kami cuma perlu dimaklumkan sahaja, sila le melintas, anggota kami sedia tunggu ngan water canon & tear gas

Peguam Chai: Kita masih mengkaji. Sekiranya mempunyai kes, kita akan buat dakwaan.

Peguam PR: Tolong baca perlembagaan Artikel 10 yang memberi hak kepada ayam itu untuk melintas

Politik & Ahli

PR: Ayam itu juga perlu dilindungi dalam konteks demokrasi . Samada ia melintas atau tidak itu pilihannya.

BN: Ayam itu telah diperkudakan oleh err... oleh ayam

Che Dot: Saya ulang kenyataan saya sejak dulu, ia memang berniat untuk menumbangkan kerajaan

Kak Jat: Ini sangat peribadi, orang cuma tahu menghukum, lembu juga boleh memimpin .. eh.. kita cerita pasal ayam eh?

Ku Denan: Kita akan mintak NGO NGO melayu untuk bantu menjelaskan keadaan ini

Mat Maslan: Walaupun saya bodoh, PM tetap lantik saya ..sebab tu lah saya malas nak komen

Sham Keris: Melintas jalan ? Owh itu memang dah jadi SOP polis untuk menyekat ayam dari melintas. 

Mat Monggol: Ayam ? mana mana ? eh .. sesape je yang kata ayam tu dari Monggolia .. adalah pengkhianat.

Pie Bedal: Saya dengan ini menafikan .. takde kena mengena ngan ayam tu !!! 

Individu

Pencacai: Kah kah kah .. kitorang pon tak tau kenapa kitorang gelak .. kah kah kah

Atuk Felda : Entahle .. dulu atuk pening nak jawab mana dulu ayam ke telur ayam .. sekang kau tanya kenapa dia lintas jalan ? jap .. atuk nak amik air semayang

Zida Rapik: Ini fitnah .. bila saya kata nak lintas jalan ?

Ayam : Weyh apa ni ?? Den nak balik rumah je lah .. kah kah kah 

Bersih 3.0 : Subhanallah, Sebutir Permata Dalam Himpunan Rakyat



Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Hafizahullah berjuang di Medan Bersih 3.0.

Pondok Sik, Kedah

Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :

"Beliau memang tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sangat, semua orang (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."

"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."

"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"

:)



Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa 
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu: Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3

Pendidikan : 


  • Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
  • Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah 
  • Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy 
  • Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Antara Masyaikh Hafizahumullah yang menziarahi beliau :

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)



Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh

Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya

"Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

Fikiran beliau sangat terbuka

Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata

"Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"


Bersama Kepimpinan Ulama'


اللهم ! إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك

(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan cinta kepada amal yang membawa aku kepada cintaMu

H.R Tarmizi

Sumber Foto & Artikel : Facebook Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

Monday, April 30, 2012

30 Hari Atau ... ? Bersih 4.0 ?



KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melaporkan beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’.”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.

PAS akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, di Putrajaya hari ini.


Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 : Robohnya Benteng Retorik


Again .. Bersih melangkaui sempadan bangsa dan agama

Bersih 4.0 Bakal Menyusul ..


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima".

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Sumber 

Bersih 3.0 : Tembak Gas Pemedih Mata Dah Macam Main Mercun Je


Ni video cap ayam dari wa.. kualiti ? dijamin hampeh ..

Bersih 3.0 : Sekotak Tisu Buat Hishamuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan."

=======================

Tak mudah melatah apanya ? Kalo melatah yang dimaksudkan melatah jenis terkejut atau cucuk pinggang macam pakcik makcik yang dah masuk umur senja tu mungkin relevan dengan kenyataan "polis tak mudah melatah". 


Ya, diowang tak melatah bila melepaskah berpuluh puluh peluru gas pemedih mata..


diowang tak melatah bila mula menyemburkan air asid..



diowang tak melatah dengan membelasah peserta himpunan yang tak melawan..





diowang tak melatah apabila mendatangkan kecederaan..
Screenshot dari : Kelab GB



malah, diowang tak melatah apabila mungkin menyebabkan ada peserta terbunuh


Tak .. diowang tak melatah. Diowang cuma diserang virus gila babi...


Sedih dengan apa yang berlaku ? Pttuiihhh ..hidung wa masih lagi tak henti berair kesan dari berpuluh puluh tabung gas pemedih mata yang dihadiahkan oleh puak yang lu cakap tak melatah. Wa cuma salah seorang yang hadir dengan membawa hanya sehelai kain pelekat dan sehelai bandana yang wa baru beli dengan harga rm10 kat Masjid India. Cukupkah 2 item tu untuk digelar sebagai seorang yang mengancam keselamatan awam? Sekali lagi .. hakkk tuihhh .. 

El Classico Pic Of Today
Tapi wahai Hishamuddin ..wa tak sedih, malah wa rasa bangga hari ni, sebab wa dah tunaikan hak wa untuk berhimpun secara aman ..dan kalo lu berasa sedih, wa dengan rela hati boleh bagi lu sekotak tisu. Sekotak tisu untuk lu lap air mata ketika menonton PDRM yang tidak melatah ketika membelasah warga Malaysia yang mempunyai Hak Untuk Berhimpun dalam jaminan Perlembagaan. 

Menangis la wahai Hishamuddin kerana wa dan juga rakyat yang dizalimi tadi, akan sentiasa berdoa untuk apa sahaja yang terjadi hari ini. .. and may the Karmic Wheel turning faster than before.. InsyaAllah
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic