Ahli Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof Datuk Ahmad Zaidee Laidin hari ni mendedahkan manfaat Lynas didirikan adalah supaya Universiti dapat mengkaji hasil yang bakal didapati dari kilang tersebut .. baca terus dari sumber
Perghhh .. dah lagi teruk dari tikus dan katak sebab kesan dari bahan radioaktif ni bukan diuji dalam makmal tapi secara langsung kepada masyarakat tempatan.
"Hasil kajian dan penyelidikan ASM, kami mendapati tahap radiasi sumber yang akan diproses oleh kilang itu nanti adalah rendah sama seperti sumber yang dibawa dari Australia yang mana tahap radiasinya adalah yang terendah sebagai sumber nadir bumi," katanya.
Prof ni tak dapat menyangkal memang akan ada radiasi walaupun cuba dilunakkan dengan berkata jumlahnya amat minima dan terkawal. Masalahnya, radiasi ni bukan sesuatu yang dapat dijangka dan boleh dikawal macam nak jaga sereban ayam.
Apakah kita tak ambil pengajaran dengan kegagalan yang berlaku pada loji Chernobyl di Ukraine yang menurut pekerja yang terbabit dalam usaha pemulihan berkata kesan tersebut tidak akan pulih walau dalam masa 300 tahun lagi. Apakah tidak ada langkah secukupnya yang diambil sebelum itu untuk mengelakkan dari kemusnahan itu berlaku? Apakah Chernobyl tidak mempunyai jawatankuasa pemantau?
Apa pun alasannya, nyawa rakyat tidak boleh sama sekali dijadikan taruhan. Sepatutnya Prof ini menggesa supaya Lynas membina lojinya di Australia yang memang kita tahu mempunyai kawasan gurun yang luas, bukannya di Gebeng yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman politik perlu berganding untuk menolak pembinaan Kilang Lynas dari dibina kerana ini adalah melibatkan kesan ke atas Malaysia dalam satu jangkamasa yang panjang.
Cegah Sebelum Parah.
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah