Tuesday, May 1, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bersih 3.0 : Subhanallah, Sebutir Permata Dalam Himpunan Rakyat



Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Hafizahullah berjuang di Medan Bersih 3.0.

Pondok Sik, Kedah

Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :

"Beliau memang tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sangat, semua orang (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."

"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."

"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"

:)



Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa 
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu: Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3

Pendidikan : 


  • Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
  • Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah 
  • Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy 
  • Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Antara Masyaikh Hafizahumullah yang menziarahi beliau :

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)



Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh

Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya

"Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

Fikiran beliau sangat terbuka

Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata

"Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"


Bersama Kepimpinan Ulama'


اللهم ! إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك

(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan cinta kepada amal yang membawa aku kepada cintaMu

H.R Tarmizi

Sumber Foto & Artikel : Facebook Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

16 comments:

  1. insya allah kita yakin pada Nya bumi Malaysia akan juuga ditadbir oleh org yang cintakan keadilan dan islam.. amin.. apabila yok guru turut berjuang bersama 2 ini membuktikan bahawa apa yg dibuat bersih adalah satu shj jalan untuk mendesak kjaan spy pilihanraya di adadkan secaRA BERSIH/... BERTUAH LAH ANDA DAPAT BERSAMA2 TUAN GURU.. KALAU SY LAA ADA PADA WAKTU ITU BSAMA DIA SY AKAN MINTA DIA JUGA DOAKAN UNTUK SY SPY DPT PKUKUH IMAN.. KERANA DOA tok2 guru amat mustajab

    ReplyDelete
  2. apabila org2 alim yang sentiasa berzikir, bersuluk bertahajud sudah mula keluar bersama rakyat... maka tanda2 kemenangan semakin hampir. aminn

    keluarnya mereka seperti singa2 yg keluar dari hutan.

    alamat pemerintah zalim dan thoghut penghisap darah rakyat akan dibumihanguskan oleh Allah.

    insyaallah

    ReplyDelete
  3. salam perjuangan utk sume ambil barOkah dr TG hidup islam. Ilahi antamaksudi wa redhO kamatlubi .

    ReplyDelete
  4. Aku penyokong barisan nasional,aku pun pergi jugak untuk DUDUK & BANTAH minta pilahanraya bersih..tak sangka anwar ada MOU dgn Ambiga utk buat rusuhan,nyawa aku hampir tergadai...celaka betul...tertipu jugak aku....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous Laa .. ye ke ? .. wa percaya dan pasti lu memang ada sebelah diowang masa diowang sain MoU tu .. kan kan ?? kah kah kah kah

    ReplyDelete
  7. orang2 alim tu pergi utk duduk & bantah..tak salah malah digalakkan...tapi anwar dah buat onar..bersih bukan utk parti politik..jangan salah faham..perkara yang baik kita sokong..

    ReplyDelete
  8. @Anonymous so .. apa masalahnya dengan post ni ? Tak de kan ? .. siapa yang salah faham ni ? .. kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Heran ada puak yang label PAS sebagai Parti Ajaran Sesat tu akhirnya ada perempuan simpanan yang mendapat bayaran termahal!

    ReplyDelete
  10. Yg ptg skg spr perlu ubah. klu x, kt trn bersih lg. peduli isu anwar atau anbiga. bkn itu matlamat kt. ABU!

    ReplyDelete
  11. tok guru ni memang teerkenal nikat kedah..sebut ja nama dia terus ingat pondok kat sik..

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan Tanah,

    Pada hari sama, sekitar pukol 11.45 am, saya berjalan dgn anak dari stesyen LRT Mesjid Jamek menuju ke persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR. (Saya sampai stesyen itu pukol 10.45am daripada Bangsar...LRT sendat tetapi rakyat berbagai bangsa, warna kulit, berbilang agama, berbilang usia, lelaki dan wanita bergembira untuk bangkit membantah!)

    Di kaki lima bangunan OCBC yang bertentangan mesjid Jamek, seorang lelaki berjubah putih dan berserban putih ....kemas dan bersih duduk berlunjur bersandar dinding bangunan OCBC itu. Dia hanya duduk dan tunduk walaupun ramai manusia berjalan di jalanraya dan di kaki lima itu.

    Saya ternampak lelaki itu lalu berhenti seketika....hati tertanya, siapa gerangan lelaki berjubah/berserban putih lagi kemas itu. Tak sempat ambil gambar kerana halangan ramai orang

    saya berbisik kepada anak saya....'InsyaAllah, himpunan rakyat ini akan dilindungi Allah....kerana DIA telah membuka hati alim ini untuk hadir sama mendoakan kesejahteraan umat!'

    saya beredar sambil merasa syukur kepada Illahi!

    gheng lama

    ReplyDelete
  13. wow sangat menarik sekali infonya,terima kasih atas artikel yang menarik ini

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top