Kuala Lumpur, 1 Mei - Saya Pang Teck Yaw, seorang pelajar jurusan undang undang. Saya akui pembacaan tentang undang-undang sangat menyeronokkan namun sekaligus meremukkan hati. Sepanjang pengajian saya, saya membaca tentang konsep pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman, keutuhan hak perlembagaan tetapi apa yang mendukacitakan kesemua itu bagai sebuah cerita fiksyen di peringkat tertentu.
Disebabkan itu saya memutuskan untuk menyertai Bersih dan alasan untuk berbuat demikian adalah untuk meyakinkan diri saya bahawa apa yang saya pelajari boleh dipraktikkan di Malaysia, dan saya boleh menggunakan hak saya sebagai rakyat Malaysia.
Saya jua akui, berasa risau memandangkan peperiksaaan sudah hampir, dan pada petang 26 dan 27 April beberapa anggota polis telah pun kelihatan berkeliaran di kolej saya.
Sebagai jalan selamat, saya memilih untuk bermalam di Jalan Sultan namun tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.
Sungguhpun begitu, pengalaman ini telah membuka mata saya. Pada jam 9.30 pagi, jalan tersebut telah mula dipenuhi dengan manusia. Tidak pernah saya melihat begitu ramai kaum Cina di Jalan Sultan.
Orang ramai disitu seolah olah sedang bersukaria, sebilangan dari mereka sedang memainkan alat muzik, sementara sebahagian pula mengambil kesempatan untuk menjalinkan persahabatan. Saya terkejut melihat ramai rakan sekolej dan pelajar pelajar yang turut hadir. Saya amat pasti, peniaga disekitar kawasan tersebut akan memperolehi keuntungan besar.
12.30, saya melihat orang ramai telah mula bergerak, jadi saya turut serta. Semangat terasa begitu tinggi, perhimpunan tersebut terasa sangat aman, kami berkumpul di Dataran Maybank dan dari situ kami menuju ke Masjid Jamek dan tunggu disitu. Kawasan itu sangat sesak sehinggakan langsung tidak ada tempat untuk duduk.
1.30, beberapa pemimpin telah memberikan ucapan mereka dan jelas khalayak ramai disitu semakin terpesona khasnya apabila Anwar mula berucap. Akhirnya, Ambiga tiba dan mengumumkan Bersih telah mencapai sasaran dan meminta orang ramai supaya bersurai.
Bagaimanapun, khalayak masih menunjukkan emosi yang tinggi, beberapa orang disekeliling saya malah mengatakan yang mereka baru sahaja sampai dan enggan berpatah balik. Ada antara mereka yang menjerit "Dataran, Dataran".
Seketika selepas itu, saya melihat orang ramai didepan saya bertepuk tangan dan melaungkan BERSIH bagaikan baru lepas memenangi peperangan, serta mula untuk bergerak kehadapan.
Naluri saya pada mulanya mengatakan, polis telah memberikan kerjasama dan membenarkan kami untuk meneruskan perjalanan.
Kami bergerak selama 10 minit, apabila secara tiba tiba gas pemedih m ata telah ditembak kearah kami. Kami benar benar jadi keliru kerana sebelum itu memikirkan pihak polis telah memberikan kebenaran untuk kami bergerak ke depan.
Orang ramai menjadi panik dan kami mula berundur. Apa yang lebih membingungkan, walaupun kami sedang berundur, lebih banyak gas pemedih mata yang ditujukan kepada kami. Kami menjadi takut dan panik kerana ada orang yang telah berusia dikalangan kami. Tempat itu sangat sesak dan tidak ada ruang untuk kami bersurai dan kami tidak dapat lari dari merasa takut sekiranya ada yang akan terjatuh dan mendapat kecederaan. Polis tidak memberikan masa untuk kami bersurai.
Saya amat terkejut bila mendapati ada seorang kanak kanak bawah 5 tahun sedang menangis dan menjerit memanggil ibubapanya. Ada beberapa orang telah pengsan dan ada seorang peserta yang tercedera teruk akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang telah ditembak tepat kearah kepalanya.
Gas pemedih mata telah ditembak bertalu talu dalam jumlah yang sangat banyak. Oleh kerana itu, sebahagian dari kami telah memutuskan untuk memanjat dinding masuk ke dalam Masjid disebelah stesen LRT Masjid Jamek. Ketika kami sedang melepaskan lelah didalam masjid, gas pemedih mata masih berterusan diluar.
Kami terperangkap didalam masjid sedangkan pintu masuknya telah dihadang oleh FRU. Kami dapat melihat dengan jelas tembakan air sedang giat dilakukan disekitar Jalan Mahkamah. Terdapat sebuah platform yang menyambungkan antara masjid dan stesen LRT dan ada orang yang sanggup membahayakan nyawa mereka untuk cuba meloloskan diri ke seberang.
Saya duduk diam didalam kawasan masjid selama 1 jam dan setelah itu berjalan ke arah stesen LRT Masjid Jamek. Amat mengejutkan apabila mendapat stesen LRT tersebut telah ditutup. Tiba tiba, secara tak semena mena, kumpulan yang berada diluar stesen LRT telah disembur dengan air dari Water Cannon Truck.
Kami benar benar keliru, samada mereka memang ingin kami bersurai atau sekadar ingin mengasingkan serta membasmi kami.
Orang ramai sekali lagi mula bertempiaran lari, kami berjaya untuk berkumpul di koridor tepi stesen LRT Masjid Jamek berdekatan dengan sungai dan setentang dengan Masjid dimana saya terperangkap sebelum ini. Sehingga detik itu, masih ada yang terperangkap didalam Masjid. Dua orang telah pengsan di koridor dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan. Pada masa ini, dibelakang kami adalah stesen LRT Masjid Jamek dan ia sedang disekat oleh FRU dan satu satunya jalan untuk melepaskan diri adalah dengan berjalan kedepan.
Kami memapah mereka yang tercedera dan terus bergerak. Namun, menambahkan keperitan, gas pemedih mata sekali lagi menghujani kami. Kami terperangkap lagi dan tersekat di koridor tanpa ada mana mana jalan untuk keluar.
Nasib menyebelahi kami kerana adanya sebuah van yang menjual minuman untuk kami berlindung. Tak perlu dikatakan bahawa peniaga tersebut juga telah membuat keuntungan besar. Selepas beberapa ketika, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
Pada ketika itu sebuah ambulan hadir dan kami menyerahkan mangsa yang tercedera kepada mereka yang lebih layak. Semasa kami bergerak menuju ke Jalan Pudu, gas pemedih mata masih ditembak kearah kami. Saya menjadi lebih keliru, sebabnya kami hanya ingin pulang dan kumpulan kami tidak lebih dari 25 orang. Dalam masa yang sama, juga terdapat 2 orang pelancong di kawasan itu.
Apabila kami sampai di Jalan Pudu, stesen LRT Plaza Rakyat juga tidak berfungsi. Kami diberitahu untuk pergi ke Stesen Monorail Jalan Maharajalela jika ingin keluar.
Setelah itu, segalanya menjadi selamat. Apabila sampai dirumah, saya tidak dapat mengelak dari berasa jijik kepada badan polis. Saya mesti akui yang saya telah hilang segala rasa hormat kepada mereka. Saya menjadi percaya sekarang mereka telah merancang untuk memisahkan dan menyerang kumpulan orang ramai secara taktikal, sejak dari awal lagi.
Terjemahan Bebas Dari Sumber : The Malaysian Insider
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah