Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 : Sekotak Tisu Buat Hishamuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan."

=======================

Tak mudah melatah apanya ? Kalo melatah yang dimaksudkan melatah jenis terkejut atau cucuk pinggang macam pakcik makcik yang dah masuk umur senja tu mungkin relevan dengan kenyataan "polis tak mudah melatah". 


Ya, diowang tak melatah bila melepaskah berpuluh puluh peluru gas pemedih mata..


diowang tak melatah bila mula menyemburkan air asid..



diowang tak melatah dengan membelasah peserta himpunan yang tak melawan..





diowang tak melatah apabila mendatangkan kecederaan..
Screenshot dari : Kelab GB



malah, diowang tak melatah apabila mungkin menyebabkan ada peserta terbunuh


Tak .. diowang tak melatah. Diowang cuma diserang virus gila babi...


Sedih dengan apa yang berlaku ? Pttuiihhh ..hidung wa masih lagi tak henti berair kesan dari berpuluh puluh tabung gas pemedih mata yang dihadiahkan oleh puak yang lu cakap tak melatah. Wa cuma salah seorang yang hadir dengan membawa hanya sehelai kain pelekat dan sehelai bandana yang wa baru beli dengan harga rm10 kat Masjid India. Cukupkah 2 item tu untuk digelar sebagai seorang yang mengancam keselamatan awam? Sekali lagi .. hakkk tuihhh .. 

El Classico Pic Of Today
Tapi wahai Hishamuddin ..wa tak sedih, malah wa rasa bangga hari ni, sebab wa dah tunaikan hak wa untuk berhimpun secara aman ..dan kalo lu berasa sedih, wa dengan rela hati boleh bagi lu sekotak tisu. Sekotak tisu untuk lu lap air mata ketika menonton PDRM yang tidak melatah ketika membelasah warga Malaysia yang mempunyai Hak Untuk Berhimpun dalam jaminan Perlembagaan. 

Menangis la wahai Hishamuddin kerana wa dan juga rakyat yang dizalimi tadi, akan sentiasa berdoa untuk apa sahaja yang terjadi hari ini. .. and may the Karmic Wheel turning faster than before.. InsyaAllah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. polis2 tu semua bingai tak tau hukum agama pntang apa tok ketua dia arah semua suka mintak duit orang tu sebb tak ada perasaan dah bnyak makan duit haram...ko tgok anak2 polis anak2 menteri mcm mana bapak gitulah.... hidup bersih.... buat setiap minggu kami menyokong bgtaulah mak pak smua tukarlahhhhhhh

    ReplyDelete
  2. sakit lg hati ni yg aku geram sangat payah sgt ke nak faham nape org buat demo..? nak ikut saluran taik dia? nak ke ko bg guan eng ke anwar ke berucap mcm si sembab tu berucap dpt live???? ei makcik2 pakcik2 yang setia sangat terutama kat pahang ni fahamlah sikit kenapa orang sanggup berdemo ??? bukan nak gaduh pun polis guna kereta polis g rempuh orang pakai topi keledar pakai seluar pendek polis ke atau diupah malaon mana? buat banyak2 demo biar mampos umno setan

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top