Saturday, February 26, 2011

Alahai ..Bila Wanita UMNO Merajuk


Merlimau - Wanita Umno Jasin berasa kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih wakil daripada pergerakan itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau seperti diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Selain tersinggung, mereka mendakwa pemilihan itu menunjukkan suara Wanita selama ini tidak pernah didengar dan diperdulikan barisan atasan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang berkata, keadaan itu menjunjukkan pucuk pimpinan tidak mahu memberi peluang kepada Wanita, sedangkan pembangkang pernah meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang sebelum ini.

"Wanita ada melancarkan program 'Gelombang Merah Wanita' untuk menunjukkan pada pucuk pimpinan komitmen dan persediaan kita, tetapi nampaknya 'signal ini tidak diperhatikan. Jika pembangkang boleh mengeluarkan calon dari kalangan wanita kenapa tidak BN. BN tidak pernah meletakkan wanita sebagai calon walaupun sudah 15 kali PRK" katanya ketika ditemui Sinar Harian disini, semalam.

Zaleha yang juga antara tujuh nama calon yang tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon yang dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu. 

"Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada diluar negara melalui setiausahanya" katanya.

Sumber : Sinar Harian 

===========================

Adoih pecah pala Malikul Sembab ...
kah kah kah kah kah 

Zaleha Oh Zaleha 
Buat apa lu kasi bocor cerita
Ini kan hal dalam kelambu punya
Sampai PR pon lu nak ungkit sama
Haiya .. c'mon la .. it just a small matter

Zaleha Oh Zaleha
Lu kata itu atasan bikin lu tersinggung
Adeih .. biasa maaa .. jangan terpekik terlolong
Sekarang lu sudah bocor gerombolan punya pekung
Aiseh .. nanti lu jugak susah .. sape mau tolong ??

Zaleha Oh Zaleha
Yang pasti .. lu bikin wa sedar satu perkara
Sudah 15 PRK .. satu calon pon wanita takda
Ceh .. macam mana wa boleh tak nampak ini cerita
So .. wa ucap banyak banyak tima kasih laaaaa

Zaleha Oh Zaleha
Opsss .. rupanya lu marah sebab nama lu tersenarai
Tapi alih alih  gugur sebelum sempat lu try
Patut laaa lu punya angin satu badan dah membadai
Apa lagi .. calon bebas laa ..baru betul ada akai

Zaleha Oh Zaleha
Lepas tu lu bagitau pulak lagi
Calon dipilih bukan kehendak pengundi
Waaaa .. ini cerita betul betul  sensasi
Apa lagi kasi langgar laaa .. jangan undi

Zaleha Oh Zaleha
Lu cakap lu sudah ngadu sama itu Kak Jat
Apa pasal wanita tarak dapat tempat
Eiceh .. sesilap dia dah tau lagi cepat
Sebab tu keluar negara dia berangkat

Zaleha Oh Zaleha
Apa sebab lu tutup bilik gerakan
Hari ni kan dah tiba untuk penamaan
Freak .. ke lu nak tarik perhatian ??
Minta dipujuk .. almaklum laa .. perempuan

Apa apa pon ...
Ali Ketam gerenti hangin ngan lu
Sebab lu dah buat tindakan melulu
Sepatutnya lu dah sedar dari dulu
Tapi apa nak buat .. Tak Tercapai Akalmu
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah (gelak postponed)

Nota :
Tersenarai dan tak terpilih di Kerdau kata nak tanding bebas
Tersenarai dan tak terpilih di Merlimau plak tutup bilik gerakan
Gini le perangai ahli ahli barisan gerombolan  yang frust
Dulu .. kini .. dan selamanya ... GILA JAWATAN
kah kah kah kah kah

Friday, February 25, 2011

Mahathir Semakin Hanyut


Dangkalnya pemikiran yang ada pada seorang yang pernah menjawat kerusi PM Malaysia selama 22 tahun. 

Jenuh wa nak cerna apa yang jadi persoalan dalam pertikaian antara TGNA ngan Che'Det

TGNA minta Che'det buktikan yang beliau pernah dituduh kafir oleh TGNA 

Pusing punya pusing .. laaa .. baru wa perasan .. ada satu paragraf jawapan dari Che'det 

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap 'sokong Pas' baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya," katanya.

Mamak ni memang dah makin poyo 

TGNA kata SOKONG PAS ERTINYA SOKONG ISLAM 

apa masalahnya nak faham kat situ ? sokong bukan semestinya dia Islam .. sebagaimana kelab penyokong PAS yang sekarang dah berubah jadi Dewan Penyokong PAS yang dianggotai oleh mereka mereka yang bukan pun penganut agama Islam . 

Sebagaimana Abi Talib yang menyokong perjuangan Rasulullah tapi tidak masuk Islam atas alasan kaum Quraisy menghormatinya. Sokong kat sini bukan menganut le Mamak oih .. tu le .. sokong sangat BI sampai bahasa melayu mudah pon susah nak paham.. simple maaaa

TGNA tak kata pon SOKONG PAS BARU JADI ISLAM 

Sebab tu le TGNA kata Che'det ni perlukan pertolongan dan bimbingan . Makin parah dah dia ni . Dia yang buat rumusan salah .. dia plak buat tamsilan seolah olah TGNA nak kata sape tak sokong PAS tu bukan Islam .. kan bangang nama nya tu ? 

Dr. Mahathir berkata, tindakan Nik Abdul Aziz dan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP sebelum ini juga adalah bukti menunjukkan bahawa parti itu telah dipengaruhi oleh DAP.

Ada ke gitu perginya .. hadoih .. mamat ni memang dah nyanyok .. takkan kita nak kata .. Rasulullah memperkenalkan Islam ke kaum kafir sebab Rasulullah dah dipengaruhi oleh orang orang kafir ? AstaghfiruLlah .. Itu dinamakan dakwah le wahai bengong .. sakit betul hati wa dengan dia ni .

Al Quran surah al 'Asr: Tafsirnya: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Belum lagi nak dikira senarai serangan serangan yang dibuat oleh Che det ni kepada Islam secara khusus .. lu orang boleh baca kat entri ni -> Panas : Agama Yang Dipersenda - Satu Senarai Panjang

Mamak ni dikurniakan umur yang panjang .. tapi umur yang panjang tak bermakna apa apa kalo tak dilengkapi dengan keberkatan 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah". (Hadith Riwayat Imam Hakim)

Roslan Ahmad - Calon BN Merlimau Adalah Seorang Transformer


Weyh .. jangan tak caya ..
mamat ni salah seorang transformer yang baru mendarat
kah kah kah kah kah 

=========================


JASIN 24 Feb. - Setiap pagi kebiasaannya, Roslan Ahmad, 44, sudah berada di pejabatnya di Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. di Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Namun, mulai hari ini, perwatakan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin berubah sekelip mata selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Pakaian dulunya kasual kini sudah beralih ke pakaian baju putih tertera lambang Barisan Nasional (BN) dan bersongkok, selain wajahnya yang dulunya agak serius tetapi berubah dengan terukir wajah gembira.

Sumber : Utusan Meloya 

=========================

Mamat dikata berubah perwatakan 
Bila dah dipilih jadi wakil gerombolan 
Sebelum ni dia pakai baju perniagaan 
Sekang dah jadi warga kebanyakan 
kah kah kah kah kah 

Weyh .. dikatakan mamat ni serius memanjang 
Tak kira siang malam pagi dan petang 
Tapi sejak nama calon dah berkumandang 
Baru le dia tau nak sengih macam kerang 
kah kah kah kah kah 

Ini lah dia rupa gerombolan punya calon 
Setakat depan orang ramai baru nak belakon
Kalo idak .. perangai dah serupa cam jebon 
Ni bukan Autobots tapi Decepticon 
kah kah kah kah kah 

Ni utusan meloya yang kata 
Dia berubah sekelip mata 
Tetiba dia jadi orang yang mesra 
sok sok .. kejap ada kejap takde 
kah kah kah kah kah 

Owang Melaka memang dahsyat 
Ada Tuah dan ada yang Jebat 
Tapi lagi banyak yang perangai musibat 
Dah owang kampungku .. apa nak buat 
kah kah kah kah kah 

Bercerita pasal real politik kat Melaka ni, sejak dari PRU ke 12 dah ada skit skit perubahan. Owang kampung mula dah nampak yang mereka ni dah kena gelembong .. tapi group yang sedar ni tak le sebanyak ngan group yang suka kena kelentong . Susah skit be .. apa tak nya .. imam kampung merangkap bendahari umno, bilal plak .. ajk bahagian , siak masjid merangkap setiausaha .. adoih .. totok belaka .. kah kah kah 

Kalo dulu, sebelum tahun 98 .. wa langsung takleh bukak mulut tak tentu pasal , dari pagi sampai malam le wa kena balun .. kah kah kah .. kalo letak mat rempit pon yang bertanding .. asalkan pakai lambang keris telanjang .. konfem menang .. tu dulu laaa . skang ni dah nampak le perubahan sesikit .. skit je tak banyak .. tapi ada le sinar di hujung terowong . Debudak muda banyak yang dah tunjuk kesedaran politik yang boleh tahan . 

Apa apa pon .. wa harap .. usaha untuk pembaharuan akan terus diberi penekanan . Siapa tahu nanti .. Melaka juga menjadi sebahagian dari kubu PR dibahagian selatan tanahair .. (jangan lupa NS pon gerombolan hampir kecundang dalam PRU12 )

Thursday, February 24, 2011

Denan Yaakob Bangga Ngan Kelucahan


TEMERLOH, 24 Feb (Bernama) — Apa isu di Kerdau? Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

“Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu “isyarat tangan” yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan “isu lama” itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan “isyarat tangan” itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

===============================

Mamat kelucahan ni cakap  .. “Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Semalam dia cakap .. nak memperbaiki rumah orang kampung yang berjumlah lebih kurang 100 buah kat Dun Kerdau .. wadehex .. ?

Hari ni dia dah lupa plak pasal isu tu .. sebab dia tak sebut pon .. kah kah kah kah 

Mamat ni wa nampak .. sungguh sombong, angkuh dan bongkak ..

Apa isyarat tunjuk tangan tu mulia ke bagi dia ?

Isu tu takde kena ngena ke ngan akhlak seorang Islam .. apatahlagi yang berjawatan tinggi ??

Apa lak pandangan kaum yang bukan Islam dalam bab bab gini ??

Ke owang Kerdau memang tak kesah cara gitu ?

Nak terus punah ranah ke baru nak sedar ?

Weyh .. revolusi kat Tunisia bermula dengan seorang pemuda yang takde kerja ..

Kalo isu yang Denan sebut tu .. lagi besar kalo nak ikutkan berbanding jatuhnya regim sebuah negara dek isu yang 'kecik' je

Denan ni lupa ke .. semua tu bukan kat tangan dia nak menentukan menang ke kalah ..

Malang betul owang Pahang .. ada MB cenggini je mentaliti dia .. kah kah kah kah 

Apa Ada Dengan Revolusi : Pendapat 2 Sen Dari Wa



Kebangkitan rakyat telah bermula dari Tunisia, Mesir, Algeria, Maghribi, Libya, Bahrain, Kuwait, Jordan, Yaman dan Iran serta tidak menunjukkan tanda tanda yang ianya akan menjadi reda

Dalam pada masa yang sama, adalah sesuatu yang menggelikan perasaan apabila puak hipokrit Neo Cons dari Barat cuba untuk menjuarai suasana dengan menggambarkan usaha yang dimainkan mereka demi kesejahteraan dan kestabilan keatas dunia Islam ketika revolusi ini melanda. Mereka mereka ini lah yang sentiasa bersubahat dan berpihak kepada para diktator ketika rakyat dan kaum negara Islam ditekan, diseksa dan dibunuh ketika para diktator itu masih memegang tampuk pemerintahan. 

Ketika ini , pihak barat cuba untuk memainkan sentimen agar dilihat seolah olah mereka cuba untuk menawarkan perlindungan dan pertolongan kepada para revolusioner dengan harapan kerjasama dari mereka terus ditagih biarpun nanti kerajaan akan bertukar tangan. Itulah skrip dan drama yang dimainkan oleh mereka tanpa jemu dengan menghidangkan tema yang bernama Liberalisasi Yang Teguh (Muscular Liberalism)

Jika kita menjawab secara jujur tanpa dibelenggu oleh rasa sentimental dan romantik, jelasnya revolusi yang berlaku buat masa ini bukanlah sebuah revolusi Islam yang menuntut kepada peneguhan kepada sebuah pemerintahan yang berlandaskan syarak. Ianya sebuah revolusi rakyat yang dimulai oleh kaum muda yang terhimpit dalam desakan ekonomi yang semakin menghimpit. Ianya sebuah revolusi yang dimulakan oleh rasa tidak puas hati kepada pemerintahan yang tidak memperdulikan nasib rakyatnya yang diambang kebuluran. Maka revolusi sebegini adalah sebuah revolusi yang sangat rapuh dan tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk dibuat sandaran . Yang kita khuatiri, mereka bagaikan terlepas dari mulut singa dan terperangkap pula dalam mulut buaya sekiranya mereka terus dibuai dalam kebergantungan kepada pertolongan kuasa kuasa barat. 

Logiknya pada pandangan wa, rakyat Libya tidak mempersoalkan campurtangan luar yang menjadi penasihat kepada ekonomi negaranya sebagaimana rakyat Bahrain tidak mempersoalkan kedudukan Armada ke 5 US yang menjadikan perairan negara itu sebagai pusat operasi yang sah . Yang kita bimbangi, kuasa bertukar , tapi plot nya sama , dan rakyat sebenarnya tidak memenangi apa apa . 

Wa amat berharap, para revolusioner ini tidak terburu buru dan sentiasa cermat dalam tindakan susulan mereka setelah rejim dapat ditumbangkan. Wa harap mereka sedar dan awas betapa keutamaan untuk menghalau keluar parasit parasit dari Barat ini adalah sama pentingnya dengan menumbangkan rejim dan dijadikan fokus dalam tindakan seterusnya. 

Mereka perlu sedar, pihak barat akan terus memainkan sentimen sentimen yang sensitif sebagaimana yang mereka lakukan di Iraq bilamana mereka dengan sengaja melaga lagakan isu Sunnah dan Shiah supaya kekacauan akan terus berlaku dan kehadiran mereka disitu akan dianggap sebagai sesuatu yang relevan - satu kuasa pendamai .. wadehex.. Apa yang amat diperlukan sekarang bagi para revolusioner adalah mewujudkan satu kesatuan yang kukuh dan menyemai tanggapan bahawa perbezaan antara fikrah itu sangat kecil jika dibandingkan dengan perbezaan yang ketara antara ummat Islam dengan bukan Islam. Unity bro ... (Perkara ini sedang berlaku di Libya apabila sentimen kaum dan puak telah mula diangkat dan dimainkan oleh agensi asing biarpon Gaddafi masih dalam kuasa pemerintahan)

Kerajaan Islam yang bakal dibentuk nanti perlu menunjukkan keutuhan dan kebolehan dalam mengurus sumber kekayaan negara yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dalam usaha untuk menekan kuasa barat dalam polisi dasar luar mereka supaya lebih bersikap adil dan mesra kerajaan. Ini semua mind game yang ditanam oleh agensi agensi luar. Sebagai contoh apabila Sky News cuba untuk mempromosi pendapat yang dikeluarkan oleh Tim Marshall atau Dominic Waghorn tentang apa yang diperlukan sebagai masa depan umat Islam, ini jelas menunjukkan indikasi yang diinginkan oleh pihak barat dalam menentukan halatuju negara negara ini (Demokrasi Terpimpin cam kata Abdul Wahib dalam 3 Abdul).  Adalah penting bagi kerajaan Islam yang bakal terbentuk ini nanti .. berfikir sebaliknya .. (reverse psycho). Barat tidak perlu ditentang dengan kekuatan ketenteraan .. tapi mereka boleh di'ajar' dengan kekuatan ekonomi bahkan itu yang mereka takuti berlaku .. :)

Jawaharlal Nehru pernah mengatakan "Apabila Barat sedang tidur, ketika itu India akan bangkit" . Memang benar, ketika ini kebangkitan Islam menunjukkan potensi yang mengkagumkan di seluruh dunia dan peluang sebegini harus digunakan sebaiknya untuk terus bangkit dan menjadi sesi pembelaan untuk ummat Islam diseluruh dunia bahkan disesetengah negara Eropah  yang telah lama duduk dalam penindasan tanpa mengira warna, pelajaran, pemikiran dan fikrah anutan .. kerana kita perlu lupakan hal hal yang kecil untuk matlamat yang lebih besar .. moga kita akan kembali menjadi terhormat dan bermaruah .. 

Akhir kata .. wa pesan .. kita jangan terlalu ghairah dengan kebangkitan yang ada jika hasilnya nanti tidak membawa apa apa kebaikan kepada Islam itu sendiri. Sekadar peubahan kosmetik tidak akan membawa apa apa pengertian dan kehormatan. Doakan agar mereka selamat dan tidak terus hanyut dengan pertolongan yang boleh membuat mereka terbelenggu dalam Perhambaan Dunia Moden. :)

Adios .. itu pendapat wa .. kalo luorang tak setuju .. tolong angkat tangan .. kah kah kah 

Selangor Terkini Terbitan Zombie Kuang

Selangor Terkini (depan) yg diterbitkan oleh Alien berbanding Selangor Kini yg diterbitkan oleh manusia 

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkuasa negeri.

Sumber : Malaysiakini   , Tajuk Berkaitan : Akhbar Palsu 

==========================================

Mamat ni buat pelik dah . Dia ngaku turut jadi agen dalam pengedaran akhbar misteri ni .. sebab elok je terletak kat depan pusat khidmat dia kat Dun Kuang nun .. kira cam magik laa .. tetiba je ada . Kalo buku 50 Dalil dulu ada pengarangnya .. tapi yang ni memang tak diketahui asal usul .. jatuh dari langit kot .. kah kah kah kah kah 

Mamat ni berjawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor . Takkan dia tak tau basic dalam penerangan ? Maklumat kena tepat dan bersumber . Kalo idak .. dah setaraf surat layang je .. Takkan tak tau penerbitan cenggitu perlukan permit dari KDN ? so kalo dia sama sama tumpang tui dalam pengedaran akhbar ni .. secara otomatik dia sebahagian dalam penyebaran sesuatu yang melanggar akta .. tak gitu ? KDN taknak siasat ke ? 

Dalam masa yang sama , penggunaan lambang rasmi kerajaan Negeri Selangor pon turut merupakan satu kesalahan .. takkan dia tak tau ?? Bih tu cemana dia leh sandang Ketua Penerangan ? kah kah kah kah

Tapi apa nak heran ye dak ? makhluk dari planet ni semua pon boleh .. kah kah kah 

Asalkan boleh serang Kerajaan Negeri .. berita palsu pon jadi .. 

Nanti dia kata .. Akhbar tu terbit sendiri .. dan puak pencacai pon sambut ngan tepukan gemuruh ..

Macam kes peguam .. Semua tu macam saya .. tapi bukan saya 

Macam Kes TBH .. dia tak dibunuh dan tak membunuh diri 

Macam Kes DSAI .. dia mencederakan diri sendiri 

Sebab Malaysia Boleh ... kah kah kah kah kah 

Di Tonggeng Halal

Foto : Nak letak 'HALAL' bior le bertempat weyh 
PUTRAJAYA 23 Feb. - Sebanyak 366 hotel dan resort di seluruh negara telah menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 77 sijil dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala 289 lagi dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (Jain).

"Daripada 366 hotel dan resort tersebut, 273 buah iaitu 74.59 peratus adalah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang, 53 buah atau 14.48 peratus bertaraf satu hingga dua bintang, manakala 40 buah iaitu 10.93 peratus hotel bajet yang ada perkhidmatan sajian dan resort yang ada perkhidmatan sajian tanpa penginapan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Jamil Khir sebelum itu menyampaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Hotel Pullman dan Hotel Thistle.

Berdasarkan rekod, terdapat 1,574 hotel dan resort di negara ini yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, yang mana 412 adalah bertaraf tiga hingga lima bintang. - Sumber Bernama

==============================

Ni le gambaran yang ada kat negara kuh yang terchenta 

Apa yang pelik kat sini .. ??

Kalo hotel tu ada penarafan Halal .. boleh ke buat maksiat kat situ ?

Kalo hotel tu ada penarafan Halal .. boleh ke minum todi kat situ ?

Kalo hotel tu ada penarafan Halal .. boleh ke beronggeng dan berdoggy ?

kah kah kah kah kah 

Sebelum ni bagi status halal kat makanan kucing ..

kah kah kah kah kah 

Jamil Khir dah takde kerja lain ...

Banyak lagi hal halal haram yang berterabur depan mata 

Banyak lagi menda yang perlu dititikberatkan 

Bukan sekadar bermegah ngan pengurniaan Halal kat hotel hotel ...

Berapa juta orang Melayu/Islam yang check in tetiap hari ?

Kalo bab masakan plak .. selalunya breakfast je 

Tapi yang dok kat hotel .. tak amik kesah pon selalunya .. sebab tidor terbabas

kah kah kah kah kah 

Tapi owang melayu yang berpendapatan sederhana .. mana de gi Pullman 

Tapi owang melayu yang berpendapatan rendah .. mana de gi Thistle 

Yang pergi hotel tu selalunya .. owang yang tak berapa melayu .. kah kah kah 

Yang pergi situ selalunya .. owang yang tak berapa amik tau pasal halal haram 

Kalo debudak melayu plak .. selalunya gi hotel budget ...

Yang tu taknak bagi status Halal ke ?

Nota : wa kata selalunya ... tapi bukan le semua 

Kah kah kah kah kah kah 

Wednesday, February 23, 2011

3 Soalan Maut Buat Naib-Naib Presiden PAS

Soalan 1

Apa pandangan Naib Presiden sekalian terhadap serangan bertubi-tubi Umno, terutamanya terhadap Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat?

Tuan Ibrahim:

Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Murshidul Am PAS menggambarkan ketakutan Umno terhadap pengaruh beliau di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga merupakan usaha Umno bagi menjatuhkan imej PAS di mata rakyat Malaysia.

Serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi PAS bukanlah perkara baru, beliau dituduh melakukan rasuah, menyampaikan ajaran salah, tidak pandai mentadbir, dan lain-lain; cuma kali ini ianya lebih fokus dengan andaian bilamana imej Mursyidul Am jatuh, maka PAS tidak lagi mendapat tempat di kalangan pengundi.

Bahkan di Kelantan mereka melantik dan membayar upah kepada 'tok guru pondok bagi memperlekehkan Tok Guru Nik Aziz dengan pelbagai dakwaan bohong mereka.Namun ianya masih gagal mengikis pengaruh beliau; lantaran itu serangan peribadi begini merupakan asam garam bagi Tuan Guru dalam pengalaman perjuangan yang lama dihadapinya.

Bahkan beliau tidak takut dan bimbang dengan celaan mereka yang mencelanya kerana dengan ilmu dan pengalaman yang ada, beliau yakin akan berjaya menangkis fitnah buruk ke atasnya. Insya Allah.

Salahuddin Ayub:

Pada pendapat saya, mereka telah mengenalpasti tonggak kekuatan PAS, dan di antaranya ialah kekuatan yang dimiliki oleh Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz ialah Mursyidul Am dan seorang pemimpin yang berjaya merentasi sempadan kaum dan agama yang diterima sebilangan rakyat di negara kita kerana PAS hari ini telah berjaya memecahkan tembok pemisah orang Islam dan orang bukan Islam.

Tembok yang dibina Umno ini telah runtuh dan mereka kini menyaksikan kehakisan sokongan terhadap MCA, MIC dan Gerakan – itulah punca sebenarnya mereka menyerang samada soal peribadi ataupun kredibiliti Tok Guru Nik Aziz.

Mahfuz Omar:

Tok Guru Nik Aziz diserang kerana Umno berasa beliau ialah faktor kekuatan yang menyebabkan masyarakat dan rakyat menerima PAS. Pada diri Tok Guru Nik Aziz mempunyai daya kepimpinan yang berjaya untuk membina kepercayaan masyarakat dan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Sifat Tok Guru yang penuh integriti, akaunbiliti dan ketelusan dalam melaksanakan tanggungjawab telah menjadi faktor kekuatan PAS yang perlu dilumpuhkan oleh Umno. Secara langsung, Umno mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang tidak dapat ditandingi selama ini – dari segi kepimpinan, kewarakan, ilmu pengetahuan dan integritinya selama 21 tahun memerintah Kelantan sebagai Menteri Besar.Sehingga kini, tiada apa-apa perkara yang boleh Umno guna untuk mengheret Tok Guru ke mahkamah dan sebagainya.

Soalan 2:

Perbezaan kefahaman "Islam" dan "Melayu" yang paling ketara antara PAS dengan Umno?

Salahuddin Ayub:

Kita menjadikan Islam sebagai asas dan tonggak dalam kekuatan Melayu. Melayu harus bergantung kepada Islam sebagai agama dan dasar – dan Islam jugalah yang memandu PAS selama ini. Ini kerana PAS menyedari sebaik manapun kepimpinan yang dilahirkan, ia hanyalah manusia biasa yang mesti dipandu Islam dan agama sebenarnya.

Itu beza kita dengan Umno – kita tidak menjadikan Melayu itu sebagai segala-galanya – kerana Melayulah kita tolong orang, kerana dia Melayulah kita mesti beri dia semua kelebihan, kerana Melayu kita boleh buat segala-galanya. Dalam PAS, Melayu itu perlu disandar kukuh dengan Islam di mana neracanya ialah Islam sebagai agenda besar perjuangan kita.

Mahfuz Omar:

Perbezaannya cukup jelas jika kita merujuk kepada perlembagaan PAS di mana parti menjunjung Islam pada kedudukan yang amat tinggi berbanding dalam perlembagaan Umno. Dalam soal Melayu, ia tidak terpisah antara soal Melayu dengan Islam apabila kita meletakkan Islam dalam konteks agama yang dijunjung tinggi, maka dengan sendirinya, orang Melayu yang berlatar belakang berasaskan Islam akan turut dijunjung dari segi kepentingan dan keutamaan.

Ini berbeza dengan Umno kerana ia tidak meletakkan soal Islam itu sebagai suatu yang tinggi – walaupun zahirnya orang nampak macam serupa antara PAS dan Umno dari sudut Islam, kepimpinan Melayu, akan tetapi hakikatnya mereka tidak serupa umpama ikan keli dan ikan sembilang yang sukar dilihat perbezaannya. Namun, hakikatnya mereka tidak sama, satu hidup di laut dan satu hidup di sungai – nampak serupa tapi ia tetap berbeza.

Tuan Ibrahim:

Perbezaan paling besar ialah ketika Umno menanam keyakinan rakyat bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu 
Melayu – satu kefahaman yang mengakibatkan masyarakat khususnya bukan Muslim gagal mendapat gambaran sebenar tentang Islam bilamana mereka melihat akhlak dan perangai orang Melayu yang tidak mencerminkan Islam yang sebenarnya.

Bagi PAS Islam ialah a way of life, yakni suatu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan Islam berada di atas dalam segala urusan. Islam memerintah bukan sekadar sebuah jabatan atau majlis yang diperintah dengan pelbagai perkara bertentangan dengan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan jabatan-jabatan lain.

Manakala Melayu adalah jenis bangsa yang dicipta oleh Allah sebagaimana Allah mencipta bangsa lain; sayang kepada bangsa adalah fitrah manusia. Islam melarang kita bersifat taksub kepada bangsa sehingga melakukan penganiayaan dan kezaliman kepada bangsa lain. Bangsa bukan tuan, ia hanya hamba Allah. Istilah ketuanan Melayu yang menggambarkan seolah-olah Melayulah tuan, manakala yang lain bukan tuan; jesteru ia bertentangan dengan nilai Islam yang sebenar.

Bagi PAS, Islam adalah rahmat bagi alam seluruhnya; bukan sesuatu yang perlu ditakuti atau dibimbangi; dan pelaksanaannya secara syumul dalam semua urusan adalah kewajipan yang mesti diperjuangkan. Ia bukan bermakna orang bukan Islam tidak ada hak atau jaminan; bahkan jaminan inilah yang membawa rahmat bagi alam seluruhnya. Usaha menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar mesti dilakukan bagi menyelamatkan negara dari  kehancuran moral dan akhlak. Kuasa politik diperlukan bagi menyempurnakan perintah Allah ini.

Soalan 3:

Satu cadangan untuk memperkasakan parti PAS di peringkat cawangan?

Mahfuz Omar:

Kita perlu meningkatkan keupayaan mengurus kepada pemegang-pemegang jawatan – itu yang sangat-sangat penting untuk mereka dapat menyesuaikan diri dalam konteks negara moden supaya mereka memahami soal approach yang harus dilakukan.

Tuan Ibrahim:

Perlu diwujudkan satu mekanisme bagi menghubungkan antara cawangan dengan kawasan. Oleh kerana hubungan rasmi antara cawangan dengan kawasan tidak dinyatakan secara jelas dalam struktur; maka dicadangkan sebuah Majlis Tindakan Kawasan (MTK) dibentuk; di mana mesyuarat bersama antara pimpinan kawasan dengan semua ketua dan setiausaha cawangan perlu diadakan samada bersifat dwi bulanan atau tri bulanan.

Ini perlu dilakukan agar maklumat dan pengarahan parti dapat disalur terus kepada cawangan dan dengan ini kita akan berjaya mengikuti perkembangan sesuatu cawangan serta dapat memperkasakan cawangan tersebut.

Salahuddin Ayub:

Ahli-ahli PAS perlu diberikan pengetahuan sebagai nilai tambah kepada asas perjuangan yang sedia ada. Untuk memperkasakan cawangan PAS, mereka harus lebih ke hadapan dalam menerajui pembaharuan yang dikehendaki  masyarakat di keliling mereka.

=========

Nota : Syabas atas jawapan yang simple tapi padat dan derek tu poin .. mantap woh

Kerdau : Calon Bebas Dari Kalangan Mahaguru



MUNGKINKAH berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Kemungkinan itu boleh berlaku apabila seorang bekas wakil rakyat sekitar 1980-an mahu menawarkan diri untuk sama-sama bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas merebut kerusi DUN tersebut atas tiket Bebas.

Yang pastinya, BN telah pun menamakan calonnya iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, manakala di pihak pembangkang, sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan wakil mereka esok.

Berbalik kepada bakal calon Bebas itu, bekas kakitangan Jabatan Penerangan Jerantut itu pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekitar 1980-an.

Ketika itu, DUN Kerdau diletakkan dalam Parlimen Jerantut. Kini DUN Kerdau berada dalam Parlimen Temerloh selepas persempadanan semula 2004.

Bekas Yang Berhormat itu (yang enggan namanya disiarkan) memberitahu, hasratnya untuk bertanding atas tiket Bebas bertujuan 'mengajar' Pas dan BN supaya tidak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan.

"Saya bertanding bukan kerana mahu menang tetapi mahu memecah undi," jelasnya yang kini berusia 60-an.

Difahamkan juga, anak bekas wakil rakyat terbabit turut disenarai pendek oleh Badan Perhubungan UMNO negeri untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil Kerdau tetapi tidak berjaya.

Sumber : Utusan Meloya 

=========================================

kah kah kah kah kah

Mamat ni tak puas lagi jadi ADUN

Dia dah penah duduk kat kerusi tu tahun 80an katanya

Bila ada pertandingan , dia lobi lagi nak jadi calon

Tapi tak dapat .. dia kata nak try tanding pakai lambang Bebas

Katanya nak ajar BN ngan PR .. kah kah kah kah 

Apa yang lu nak ajar weyh ??

Ajar cemana nak jadi ADUN ke ?

Ajar cemana nak lobi ke ?

kah kah kah kah kah 

Mamat ni taknak diketahui

Maklumatnya dirahsiakan ... tapi dia bagitau plak dia bekas ADUN kat situ .. rahsia menda plak eh ?

Lepas tu dia ada bagitau .. anak dia pon disenaraipendekkan

Weyh .. anak beranak nak jadi calon .. kah kah kah 

Kalo anak dia terpilih .. dia nak ke lawan jadi Calon Bebas ?

Ni le lambang orang kecewa ...

Kecewa ngan BN .. sebab tak dapat bersama sama untuk membelit orang kampung

kah kah kah kah kah 

Jenayah Berat : Ular Sawa Di Tahan


adoih .. kah kah kah .. pagi pagi dah buat wa pecah perut

Luorang perasan tak apa yang wa nampak ?

Ular sawa tu dah ditahan ...

Lepas tu tangkap gambar ramai ramai

Sebab bangga dah dapat tangkap penjenayah .. kah kah kah 

Adoih laaaa ... Utusan Meloya sampai dah tak tau beza antara jenayah ngan isu semasa

kah kah kah kah kah 

Luorang tak caya ?? cuba nengok kolum atas dia tu ... ada ke post bawah tajuk JENAYAH ...

Pekak ke badak ke atau pekak badak ? kah kah kah kah kah 

Tapi wa rasa .. mungkin pemberita tu nak buat laporan sinis kot ..

Ye la .. pukul anak sindir menantu ..

Ular sawa sebenar memang ada kat dalam negara ..

Luorang pernah terdengar ... cam ular sawa kekenyangan ??

Gitu le sesikit gambaran dia ...

Yang penting pandai membelit ...

Tapi ular sawa ni bukan belit sesikit ..

Satu negara dia bagi belit .. kah kah kah kah kah


Sekang ni ular ular sawa tu tengah berkumpul kat Kerdau ngan Merlimau ..


Yang spesis ni memang layak dok bawah tajuk .. Jenayah ..

Jenayah Membelit .. kah kah kah kah kah

Tuesday, February 22, 2011

Kerdau Bakal Jadi Bandar Alien ??

aik .. ni gambar papantanda Stesen Keretapi Kerdau tahun 2005 ..

Temerloh : Pekan Kerdau berpotensi dibangunkan sebagai bandar satelit menjelang 2020 berikutan kedudukannya yang terletak kira kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh dan Mentakab dengan masa perjalanan kira kira 2 jam dari Kuala Lumpur ...

Sumber : Berita Hairan

============================

Gelembong dah mula naik syeh .. kah kah kah 

weyh ..luorang jangan le bagi pepening owang kampung 
Orang Kerdau bukan le macam owang kat Kepong 
Ini mesti idea datang dari grup profesor kangkung
Takkan ngan pakcik makcik tu pon luorang nak kelentong 
kah kah kah kah kah 

Yang tetiba keluar cerita pasal bandar satelit tu pasal hape ?
Takkan sebab alasan dari Temerloh dan Mentakab 20 Kilometer ?
Takkan sebab jarak dia dari kelumpo setakat 2 jam aje ?
Bih tu Bentong, Karak, Lanchang semua luorang nak campak mana ?
kah kah kah kah kah 

Adoih .. ni memang baik punya umpan 
Lagi baik dari projek mee cintan 
Sebab target 9 tahun ke depan 
kalo tak jadi pon .. takde sape nak perasan 
kah kah kah kah kah 

===============================

Bandar satelit ni hape ? bunyi macam pembelit je ... kah kah kah 

Macam macam cara nak kelentong owang kampung 

Profesor kangkung pon mula le create macam macam istilah 

Politik Wang dah lama ganti rasuah 

Rasionalisasi / Pelarasan Harga ... ganti Minyak/Barang Naik 

Sekang Bandar Satelit tu hape ? kah kah kah

Owang kampung angguk angguk geleng geleng .. 

Mulut memasing dah mula lazim ngan perkataan satelit 

Padahal mungkin dia tau satelit yang ada kat luar ruang angkasa tu je 

Humang aih .. kampung kita dah jadi satelit ... kah kah kah 

Denan Yakob kata .. “Arwah tak sempat (untuk menunaikan janji-janji itu), kita kena laksanalah...
“Bukan kerana pilihanraya, tidak... Contohnya, Allahyarham telah menjanjikan untuk membaiki rumah orang yang layak, setiap kampung lima (5) buah rumah. Dia berjanji, ada 100 buah rumah yang hendak dibaiki. Itu kita akan buat segera. Dalam minggu ini kita hendak buat. Sebab itu janji dia.( isu janji baikpulih rumah  masa PRU 12 dulu )

kah kah kah kah ... mujur ada PRK kat Kerdau skang ni

Baru le owang kampung dapat baikpulih rumah ...

Kalo idak .. PRU 13 pon belum tentu dapat .. waima sampai kaput .. kah kah kah

Bab baikpulih rumah owang kampung pon kantoi ... ni nak buat bandar satelit ?

kah kah kah kah .. sakit perot den .

Monday, February 21, 2011

Ahlan Wa Sahlan Blog Bob Lokman

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.

Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

========================

Itu le antara kandungan intro yang dipersembahkan oleh Bob Lokman setelah beliau memilih jalan untuk satu transformasi dan akhirnya mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS di Perhimpunan 30 ribu Pemuda baru baru ini.

Wa dengan tak malunya .. dengan ini .. menyenaraikan blog Bob Lokman kat senarai Blog Member .. luorang boleh follow dari situ .. (kat senarai blog member kiri tu le) .. psttt .. Header Blog dia bertuleh .. Demi Allah

Sunday, February 20, 2011

Ben Ali - Diktator Tunisia - Temui Ajal Di Saudi ?



Ben Ali dies in Saudi Arabian Hospital

According to reports from France 2 the ousted Tunisian President Zine El Abidine Ben Ali has died at a hospital in Jeddah.

Sources from Saudi Arabia reported that Ben Ali was in critical condition after following  severe complications of a stroke.

On January 14, seventy-four-year-old deposed Ben Ali and his family initially headed to exile in France but authorities their refused permission for his plane to land.

He later fled to Saudi Arabia after he was forced to step down on 14 January to end his regime.

Sumber : Ikhwanweb

==============================

Nota : Sumber ni masih dalam proses pengesahan

Perginya seorang diktator ..

Beliau dikatakan telah mendapat serangan jantung yang kuat

Biarlah sejarah dan Allah SWT yang mengadili beliau 

Tidak seperti di Libya, Mesir , Teheran, Bahrain dan Yaman

Rakyat yang memprotes telah dipukul , ditembak dan dibedil hanya kerana bersuara

Ben Ali lebih terpuji dalam tindakannya

Sekurang kurangnya .. apabila rakyat mula bersuara , beliau dengan aman terbang keluar dari negara.

Dan proses peralihan kuasa di Tunisia berlaku dengan lebih teratur dan tenang.
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic