Thursday, February 24, 2011

TAGGED UNDER: ,

Apa Ada Dengan Revolusi : Pendapat 2 Sen Dari Wa



Kebangkitan rakyat telah bermula dari Tunisia, Mesir, Algeria, Maghribi, Libya, Bahrain, Kuwait, Jordan, Yaman dan Iran serta tidak menunjukkan tanda tanda yang ianya akan menjadi reda

Dalam pada masa yang sama, adalah sesuatu yang menggelikan perasaan apabila puak hipokrit Neo Cons dari Barat cuba untuk menjuarai suasana dengan menggambarkan usaha yang dimainkan mereka demi kesejahteraan dan kestabilan keatas dunia Islam ketika revolusi ini melanda. Mereka mereka ini lah yang sentiasa bersubahat dan berpihak kepada para diktator ketika rakyat dan kaum negara Islam ditekan, diseksa dan dibunuh ketika para diktator itu masih memegang tampuk pemerintahan. 

Ketika ini , pihak barat cuba untuk memainkan sentimen agar dilihat seolah olah mereka cuba untuk menawarkan perlindungan dan pertolongan kepada para revolusioner dengan harapan kerjasama dari mereka terus ditagih biarpun nanti kerajaan akan bertukar tangan. Itulah skrip dan drama yang dimainkan oleh mereka tanpa jemu dengan menghidangkan tema yang bernama Liberalisasi Yang Teguh (Muscular Liberalism)

Jika kita menjawab secara jujur tanpa dibelenggu oleh rasa sentimental dan romantik, jelasnya revolusi yang berlaku buat masa ini bukanlah sebuah revolusi Islam yang menuntut kepada peneguhan kepada sebuah pemerintahan yang berlandaskan syarak. Ianya sebuah revolusi rakyat yang dimulai oleh kaum muda yang terhimpit dalam desakan ekonomi yang semakin menghimpit. Ianya sebuah revolusi yang dimulakan oleh rasa tidak puas hati kepada pemerintahan yang tidak memperdulikan nasib rakyatnya yang diambang kebuluran. Maka revolusi sebegini adalah sebuah revolusi yang sangat rapuh dan tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk dibuat sandaran . Yang kita khuatiri, mereka bagaikan terlepas dari mulut singa dan terperangkap pula dalam mulut buaya sekiranya mereka terus dibuai dalam kebergantungan kepada pertolongan kuasa kuasa barat. 

Logiknya pada pandangan wa, rakyat Libya tidak mempersoalkan campurtangan luar yang menjadi penasihat kepada ekonomi negaranya sebagaimana rakyat Bahrain tidak mempersoalkan kedudukan Armada ke 5 US yang menjadikan perairan negara itu sebagai pusat operasi yang sah . Yang kita bimbangi, kuasa bertukar , tapi plot nya sama , dan rakyat sebenarnya tidak memenangi apa apa . 

Wa amat berharap, para revolusioner ini tidak terburu buru dan sentiasa cermat dalam tindakan susulan mereka setelah rejim dapat ditumbangkan. Wa harap mereka sedar dan awas betapa keutamaan untuk menghalau keluar parasit parasit dari Barat ini adalah sama pentingnya dengan menumbangkan rejim dan dijadikan fokus dalam tindakan seterusnya. 

Mereka perlu sedar, pihak barat akan terus memainkan sentimen sentimen yang sensitif sebagaimana yang mereka lakukan di Iraq bilamana mereka dengan sengaja melaga lagakan isu Sunnah dan Shiah supaya kekacauan akan terus berlaku dan kehadiran mereka disitu akan dianggap sebagai sesuatu yang relevan - satu kuasa pendamai .. wadehex.. Apa yang amat diperlukan sekarang bagi para revolusioner adalah mewujudkan satu kesatuan yang kukuh dan menyemai tanggapan bahawa perbezaan antara fikrah itu sangat kecil jika dibandingkan dengan perbezaan yang ketara antara ummat Islam dengan bukan Islam. Unity bro ... (Perkara ini sedang berlaku di Libya apabila sentimen kaum dan puak telah mula diangkat dan dimainkan oleh agensi asing biarpon Gaddafi masih dalam kuasa pemerintahan)

Kerajaan Islam yang bakal dibentuk nanti perlu menunjukkan keutuhan dan kebolehan dalam mengurus sumber kekayaan negara yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dalam usaha untuk menekan kuasa barat dalam polisi dasar luar mereka supaya lebih bersikap adil dan mesra kerajaan. Ini semua mind game yang ditanam oleh agensi agensi luar. Sebagai contoh apabila Sky News cuba untuk mempromosi pendapat yang dikeluarkan oleh Tim Marshall atau Dominic Waghorn tentang apa yang diperlukan sebagai masa depan umat Islam, ini jelas menunjukkan indikasi yang diinginkan oleh pihak barat dalam menentukan halatuju negara negara ini (Demokrasi Terpimpin cam kata Abdul Wahib dalam 3 Abdul).  Adalah penting bagi kerajaan Islam yang bakal terbentuk ini nanti .. berfikir sebaliknya .. (reverse psycho). Barat tidak perlu ditentang dengan kekuatan ketenteraan .. tapi mereka boleh di'ajar' dengan kekuatan ekonomi bahkan itu yang mereka takuti berlaku .. :)

Jawaharlal Nehru pernah mengatakan "Apabila Barat sedang tidur, ketika itu India akan bangkit" . Memang benar, ketika ini kebangkitan Islam menunjukkan potensi yang mengkagumkan di seluruh dunia dan peluang sebegini harus digunakan sebaiknya untuk terus bangkit dan menjadi sesi pembelaan untuk ummat Islam diseluruh dunia bahkan disesetengah negara Eropah  yang telah lama duduk dalam penindasan tanpa mengira warna, pelajaran, pemikiran dan fikrah anutan .. kerana kita perlu lupakan hal hal yang kecil untuk matlamat yang lebih besar .. moga kita akan kembali menjadi terhormat dan bermaruah .. 

Akhir kata .. wa pesan .. kita jangan terlalu ghairah dengan kebangkitan yang ada jika hasilnya nanti tidak membawa apa apa kebaikan kepada Islam itu sendiri. Sekadar peubahan kosmetik tidak akan membawa apa apa pengertian dan kehormatan. Doakan agar mereka selamat dan tidak terus hanyut dengan pertolongan yang boleh membuat mereka terbelenggu dalam Perhambaan Dunia Moden. :)

Adios .. itu pendapat wa .. kalo luorang tak setuju .. tolong angkat tangan .. kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. bro... angkat tangan mcm Usop dlm citer Mak Limah ke??
    warghkahkahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
  2. @madie kah kah kah .. weyh .. yang usop tu dia tetap nak bako umah kak limah .. tanah tu nak buat projek tanam cili .. kah kah kah

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top