Friday, February 25, 2011

TAGGED UNDER: ,

Roslan Ahmad - Calon BN Merlimau Adalah Seorang Transformer


Weyh .. jangan tak caya ..
mamat ni salah seorang transformer yang baru mendarat
kah kah kah kah kah 

=========================


JASIN 24 Feb. - Setiap pagi kebiasaannya, Roslan Ahmad, 44, sudah berada di pejabatnya di Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. di Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Namun, mulai hari ini, perwatakan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin berubah sekelip mata selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Pakaian dulunya kasual kini sudah beralih ke pakaian baju putih tertera lambang Barisan Nasional (BN) dan bersongkok, selain wajahnya yang dulunya agak serius tetapi berubah dengan terukir wajah gembira.

Sumber : Utusan Meloya 

=========================

Mamat dikata berubah perwatakan 
Bila dah dipilih jadi wakil gerombolan 
Sebelum ni dia pakai baju perniagaan 
Sekang dah jadi warga kebanyakan 
kah kah kah kah kah 

Weyh .. dikatakan mamat ni serius memanjang 
Tak kira siang malam pagi dan petang 
Tapi sejak nama calon dah berkumandang 
Baru le dia tau nak sengih macam kerang 
kah kah kah kah kah 

Ini lah dia rupa gerombolan punya calon 
Setakat depan orang ramai baru nak belakon
Kalo idak .. perangai dah serupa cam jebon 
Ni bukan Autobots tapi Decepticon 
kah kah kah kah kah 

Ni utusan meloya yang kata 
Dia berubah sekelip mata 
Tetiba dia jadi orang yang mesra 
sok sok .. kejap ada kejap takde 
kah kah kah kah kah 

Owang Melaka memang dahsyat 
Ada Tuah dan ada yang Jebat 
Tapi lagi banyak yang perangai musibat 
Dah owang kampungku .. apa nak buat 
kah kah kah kah kah 

Bercerita pasal real politik kat Melaka ni, sejak dari PRU ke 12 dah ada skit skit perubahan. Owang kampung mula dah nampak yang mereka ni dah kena gelembong .. tapi group yang sedar ni tak le sebanyak ngan group yang suka kena kelentong . Susah skit be .. apa tak nya .. imam kampung merangkap bendahari umno, bilal plak .. ajk bahagian , siak masjid merangkap setiausaha .. adoih .. totok belaka .. kah kah kah 

Kalo dulu, sebelum tahun 98 .. wa langsung takleh bukak mulut tak tentu pasal , dari pagi sampai malam le wa kena balun .. kah kah kah .. kalo letak mat rempit pon yang bertanding .. asalkan pakai lambang keris telanjang .. konfem menang .. tu dulu laaa . skang ni dah nampak le perubahan sesikit .. skit je tak banyak .. tapi ada le sinar di hujung terowong . Debudak muda banyak yang dah tunjuk kesedaran politik yang boleh tahan . 

Apa apa pon .. wa harap .. usaha untuk pembaharuan akan terus diberi penekanan . Siapa tahu nanti .. Melaka juga menjadi sebahagian dari kubu PR dibahagian selatan tanahair .. (jangan lupa NS pon gerombolan hampir kecundang dalam PRU12 )

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top