Saturday, February 19, 2011

Bepuluh Ribu Penyokong Gobala Mendesak Beliau Kekal Sebagai MP

Gobala ditengah tengah ribuan penyokongnya .. kah kah kah 

Nota : Foto ni wa cilok ngan selambanya dari post Gobala kat Fesbuk ..

MP Padang Serai ni kata .. penyokongnya tak bagi dia lepaskan jawatan .. kah kah kah 

Penyokongnya .. fuh .. ramaiiiiiii ... beribu ribu lemon

Tak caya ? cuba nengok gambar atas ...

Setiap yang hadir tu adalah proksi kepada 10, 000 orang yang tak dapat datang.. kah kah kah

Kira diowang ni pakai wakil je .. kah kah kah 

Contoh : wakil golongan golongan tua .. berdiri sebelah Gobala .. kah kah kah

Selebihnya .. wakil penganjur .. wakil penggangur .. wakil pekerja ladang .. wakil kaki glemer .. wakil undi post .. kah kah kah

Sementara Gobala sendiri adalah wakil kepada makhluk kat bawah ni .. kah kah kah 


Nota : Dengan jumlah penyokong yang hadir untuk mendesak agar Gobala mengekalkan jawatan sebagai ahli parlimen Padang Serai ni .. adalah dipercayai beliau berada dalam posisi mudah untuk menghadapi  PRU yang 13 nanti dengan keputusan .. hilang wang pertaruhan ... kah kah kah kah kah 

Friday, February 18, 2011

Shah Rukh Khan Bakal Dikurniakan Tan Sri ?


Weyh .. refer gambar kat atas .. diowang nih kembar tak seiras .. kah kah kah

Sorang hero .. sorang lagi kero

Luorang tak kero tu apa ? kalo owang Melaka kata ... juling .. kah kah kah

Juling sebab skodeng Lara Dutta ngan Priyanka Chopra ...

3 jam ? adoih .. bajet kontrol ensem tak hengat .. kah kah kah

Mungkin lepas ni .. KM nak try jadi pelakon tambahan .. dalam Don 3 .. tapi bukan citer hindustan .. don yang ni .. dondang sayang .. kah kah kah


Ahlan Wa Sahlan Dato' Shah Rukh Khan .

Dulu sebab nak bikin filem One 2 Ka 4 kat sini..
Datang sekejap je sebab cuma 2 - 3 scene lagu hindi
Dapat le A Famosa ngan 2-3 tempat lagi promosi free
Walopon sebenarnya .. tak pasan pon dia punya lokasi ..
keh keh keh keh

La ni datang lagi untuk filem Don yang kedua
Mana lagi kalo bukan Melaka tempat yang dipuja
Weyh tu negeri wa .. kah kah kah .. luorang jangan lupa
Ada ketua menteri .. err.. Ali Ketam dia punya nama
kah kah kah kah kah

ahhhh .. malas plak wa nak pantun .. jap gi Solat Jumaat .

============================


MELAKA Datuk Shah Rukh Khan muncul lagi di Melaka.
Kali ini, bintang Bollywood terkenal itu berada di negeri tersebut bagi penggambaran filem terbarunya Don 2.
Turut berlakon dalam filem tersebut adalah dua pelakon cantik dan seksi iaitu Priyanka Chopra dan Lara Dutta.
Filem terbitan dua penerbit iaitu Ritesh Sidwani dan Farhan Akhtar dan diarahkan oleh Farhan itu menjadikan tiga tempat di negara ini iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Langkawi sebagai lokasi penggambaran yang akan memakan masa hampir sebulan.
Bagaimanapun di negeri ini, hanya lima hari sahaja bintang itu terlibat dengan penggambaran filem tersebut di sebuah kawasan di Sungai Udang dekat sini.
Ketika ditemui pemberita selepas berhenti rehat, pelakon berusia 46 tahun itu memberitahu, Melaka lebih sesuai untuk penggambaran filem romantik.
Kebanyakan kawasan di tepi sungai di negeri ini sangat cantik, alangkah sesuai jika sebuah filem romantik dibuat di sini, katanya yang gemar membuat lawak.
Dalam filem Don 2, seramai 140 krew terlibat termasuk pelakon filem tersebut.
Apa yang mengejutkan filem itu turut menampilkan pelakon lelaki kacak tempatan Ady Putra.
Turut meninjau tempat penggambaran filem itu iaitu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meluangkan masa kira-kira tiga jam beramah mesra dengan Shah Rukh Khan yang popular dengan filem Kuch Kuch Hota Hai.


============================

Weyh .. Si SRK kata

Kebanyakan kawasan di tepi sungai di negeri ini sangat cantik, alangkah sesuai jika sebuah filem romantik dibuat di sini, katanya yang gemar membuat lawak.

adoih .. ni bebetul ke dia melawak ? kah kah kah

Kalo kali pertama dulu masa dia datang .. dia tak cakap apa apa .. tapi dapat Dato'

Kali ni dia dah cakap 'apa apa' .. adoih .. sesilap dapat Tan Sri

Sib baik dia ni bukan warganegara .. kalo idak wa konfem .. Merlimau dia jadi calon .. kah kah kah

Pening .. KM berjiwa hindustan .. sanggup lepak ngan Shah Rukh kat tempat lokasi sampai 3 jam

Hiburan sebelum PRK Merlimau .. abih le makcik pakcik semua terlopong mulut sebab Ali dan jadi kembar SRK .. kah kah kah 

Lupa segala kesusahan .. lupa segala bebanan .. lupa debat cara Ali .. lupa PRK ..lupa segalanya .. sebab cerita baru dah muncul ..

Kuch Kuch Pala Hotak Hey

Wednesday, February 16, 2011

Perhatian : Makluman Dari PDRM - Mesti Baca

Foto : Kat atas ni berok bukan kertas .. so takde kena ngena ngan announcement kat bawah .. harap maklum

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA "

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) 

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Luorang berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Luorang start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila luorang melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, luorang dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan luorang.. Jadi luorang parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan luorang tadi.

Bila luorang sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah penyamun ni akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Penyamun tu plak mungkin akan merempuh luorang dengan laju semasa mereka melarikan kereta luorang.

Perasan tak kaum hawa? Wa yakin beg duit luorang masih didalam kereta. Jadi sekarang penyamun tu dah  dapat cilok kereta luorang, alamat rumah luorang, duit luorang, dan kunci2 luorang. Rumah luorang dan kesemua identiti luorang telah diperolehi! .. All in one ..BINGO .. so watch out

===============================

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika luorang melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kereta, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana luorang dah baca menda ni.

Wa harap luorang sebarkan kat  kengkawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan luorang sudah tentu terkantoi bila dah jatuh ke tangan orang lain.

Tuesday, February 15, 2011

Komunis Memang Melampau Lampau


Saluran TV Islam yang pertama akhirnya dilancarkan dalam siaran percubaan sulungnya di Negara Russia. Pemberitahuan mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jabatan Mufti Russia, Ravil Gainutdin.

Tidak ada butiran lengkap yang dikeluarkan. Namun dijangkakan saluran tersebut akan memaparkan pemimpin agama dan ulama yang akan menjelaskan dasar-dasar Islam secara tradisional, adat Muslim dan budaya.

Pada tahun 2009, Presiden Dmitry Medvedev mengeluarkan kenyataan bahawa saluran tersebut sangat penting bagi Rusia, di mana Islam adalah agama kedua terbesar selepas Kristian Ortodoks, dengan sekitar 8 juta pengikut. Ketika itu, Presiden mengatakan bahawa saluran TV ini bakal ditonton sejumlah besar penduduk di daerah  majoriti Muslim, seperti Republik Tatarstan, Bashkortostan dan Dagestan di Wilayah Kaukasia Utara.

Sebelumnya, Ketua Kesatuan TV dan Radio Kebangsaan Russia, Eduard Sagalaev menganggarkan kos pelancaran dianggarkan sekitar 1.4 sehingga 4juta USD,  anggaran yang sama ketika pelancaran Saluran agama Kristian Ortodoks iaitu  Ortodoks Channel Spas, yang ke udara sejak tahun 2005.

Beliau menambah bahawa saluran tersebut akan dibiayai oleh masyarakat Muslim dan bukan oleh kerajaan, sebagaimana sebelum ini saluran agama Kristian Ortodoks dibiayai oleh persatuan itu sendiri maka kerajaan tidak dapat membiayai kos operasinya kerana mahu dilihat adil dalam hal tersebut.

=============================

adoih .. apa signifikannya cerita ni plak yang wa lambung ?
dalam negara pon banyak cerita yang melantung harung
Merlimau dah menjerit , Kerdau plak dah meraung
eih .. lupa lak .. semalam ada cerita pasal sayfool sotong
kah kah kah kah kah

weyh .. Russia tu persekutuan Sosialis
adik beradik laa kalo luorang sebut Komunis
atau boleh gak kalo nak sebut Fasis
yang pasti bukan Bulan atau parti cap keris
kah kah kah kah kah 

Komunis ni katanya berpolisi yang anti agama
tapi bagi plak satu channel untuk Islam bersuara
TV oi .. bukan sekadar cerita dari net atau blogger
siaran secara langsung .. tarak tipu punyaa .. apa cerrr ~!! ?
kah kah kah kah kah 

Beza pulak dengan negara kuh yang aman damai
dalam bab agama .. semakin ramai pemimpin mamai
saluran hiburan tip top .. masyarakat makin lalai
bila orang agama buat teguran .. semua pakat tibai .. apa pasai ?
kah kah kah kah kah 

Lagi satu .. semakin bebas warga Islam di Russia
dalam sistem maklumat dan informasi terus dari Ulama
kat Malaysia plak skang dah nak dipinda akta
kekononnya media internet .. mengancam keselamatan negara
kah kah kah kah kah

Nota :
- Komuniti Islam kat Russia hanya berjumlah 8 juta jiwa .. namun dapat hak yang sewajarnya
- Adil bila Kristian Ortodoks ada channel .. Channel Muslim pon diusahakan sekali
- Tak adil bila .. TV3suku, Utusan Meloya, Berita Hairan terus dibiarkan mencacai sedangkan takde ruang untuk menjawab dalam stand yang sama dan dalam pada itu .. media yang pro kepada pihak lawan diberikan macam macam sekatan.
- Tak adil bila .. media internet yang membongkar segala jenis penipuan dan fitnah dilabelkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara
- Tak adil bila .. pembangkang tak leh tunjuk penumbuk .. tapi Umngok boleh terus tunjuk keris tak bersarung
kah kah kah kah kah

Hina Besi Kerana Karat - Tumbuk Rusuk Dari TGNA


Kalo nak tanya pasal buah buahan .. jangan tanya kedai motor
Kalo nak tanya pasal setem .. jangan tanya makcik jual sayur

Kalo nak tau pasal undang undang .. jangan tanya arkitek
Kalo nak tau pasal Tahaluf Siasi .. jangan tanya kat Chua Soi Lek
kah kah kah kah kah

Pada pembaca yang dihormati ..
Luorang tau ke maksud Tahaluf Siyasi ?
Pada yang tak faham .. moh sesama kita hayati
Pada yang dah tau .. sesama le kita kongsi

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Ulama ulama haraki, mengharuskan pendekatan Tahaluf Siyasi berdasarkan hujah hujah yang berikut

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
 
Nota : 
 
Kerjasama antara PAS , PKR & DAP adalah sebagai konteks yang dinyatakan diatas yang mana saling bekerjasama tanpa perlu mengorbankan prinsip asas kepada dasar parti. Kita menghadapi lawan yang sama dan atas sebab itu bergabung untuk menghadapinya dalam satu gabungan yang lebih kukuh. 
BN sering menuduh PAS menjadi alat tunggangan kepada DAP sedangkan ternyata sejak gabungan ini diadakan , DAP semakin berlembut malah sehingga adakalanya mempertahankan PAS dalam isu Islam. 

Sebaliknya UMNO terkelu lidah apabila MCA dan Gerakan menyerang peribadi seorang wanita yang mempertahankan haknya dalam aurat sebagaimana yang terjadi di PRK Tenang tempohari.

So siapa yang tunggang siapa ?

Hina Besi Kerana Karat
Hina ....... Kerana Keparat

Nota Kaki : Sorry terpanjang plak kali ni .. kah kah kah kah

Monday, February 14, 2011

Putar Belit Utusan Semakin Meloyakan


Utusan Malaysia buat fitnah lagi: Cabar Utusan Malaysia bela kebenaran siarkan penuh kenyataan bertulis saya dan jangan putar belit

Utusan Malaysia sekali lagi membuat fitnah ke atas saya dalam satu rencana pengarang bertajuk "Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng":-

"KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini¡­"

Rencana ini telah memutarbelitkan kenyataan bertulis saya semalam. Saya tidak langsung menyentuh tentang larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine. Sebaliknya saya mahu rakyat lihat hasutan jahat melabelkan amalan orang bukan Islam sebagai berdosa di kalangan orang Islam dan melabelkan Negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik di kalangan orang bukan Islam.

Tindakan tidak bertanggungjawab Utusan berterusan bukan hanya terhadap pemimpin PR malah terhadap wartawannya sendiri yang mendukung prinsip kebebasan akhbar seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Saya cabar Utusan Malaysia membuktikan ia bela kebenaran dangan menyiarkan penuh kenyataan saya untuk menunjukkan hakikat sebenarnya.

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Isnin, 14hb Februari 2011

===============================

Bandingkan ngan yang sebenar - Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran Cabang Tanjung PKR Pada 13.2.2011

======XXX======

Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa dan negara-negara Islam adalah mundur, miskin, korup dan tidak demokratik

Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa, khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih Valentine Day adalah berdosa. Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik.

Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa. Keengganan BN menjawab skandal tentang RM888 bilion wang yang dibawa curi-curi keluar secara haram dalam 9 tahun di antara 2000-2008, amat tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Betapa besarnya boleh dilihat sekiranya RM888 bilion diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, maka setiap orang akan menerima RM 33,000/-! Atau kini setiap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi telah kehilangan RM33,000/-.

Hari Kekasih atau Valentine's Day bukanlah sebahagian daripada fahaman, ajaran atau nilai Kristian. Tidak ada sebarang upacara sembahyang dijalankan dalam gereja untuk menandakan Hari Kekasih ini. Sebaliknya ia adalah hanya suatu amalan popular yang tidak menggalakkan amalan jahat berzina atau berdosa. Sekiranya ada pihak jahat yang cuba menyalahgunakan Valentine's Day untuk kegiatan maksiat atau berzina, ia dikecam dan dilarang oleh semua pihak baik bukan Islam ataupun Islam.

Untuk melabelkan ajaran Kristian sebagai tradisi berdosa dalam TV adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan biadab. Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan suatu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.

Sekiranya mereka ingin mempertahankan Islam, mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN yang menyerang calon wanita PAS sebagai ekstremis kerana calon wanita itu memilih untuk tidak salam dengan kaum lelaki? Mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN sama yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik?

Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing. Sandiwara talam dua muka BN ini berlainan dengan PR yang bertindak adil kepada semua kaum dan agama dengan mempromosikan kesederhanaan, kesefahaman, dan saling hormat-menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain.

PR berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa kesederhanaan adalah keadilan.

Pemuda PAS Mandom ??

KEPALA BATAS, 14 Feb: Pemuda PAS memerlukan pemuda berhati waja yang boleh menggerakan aktiviti hebat sekaligus menggerunkan musuh politik yang selama ini menganggap perjuangan yang dibawa oleh PAS semakin terpinggir serta kurang mendapat sambutan.

Justeru, Pemuda PAS tidak mahu 'pemuda mandom' hadir ke majlis Perhimpunan 30 ribu Pemuda seluruh negara di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 19 Februari ini.

Sebaliknya Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mereka memerlukan pemuda yang agresif melangkah ke hadapan.

Katanya, pemuda mandom akan menyemakkan dataran serta mengakibatkan suasana menjadi sesak.

Pemuda mandom tambahnya, bukan sahaja boleh menyekat kemaraan perjuangan yang semakin diterima ramai termasuk bukan Islam tetapi menyekat perjalanan PAS di cawangan atau kawasan.

Dipetik dari : Harakahdaily

==========================

Wa merasa terpanggil untuk mengulas isu pemuda PAS semakin mandom ni ..

Tidak dinafikan sejak Era Reformasi sehingga ke Pilihanraya Umum 2008, kemasukan ahli ahli baru begitu memberansangkan sampai kat mana mana je kita boleh terdengar sambutan positif pemuda yang ingin menyertai Parti Islam.

Kini setelah hampir 4 tahun setelah PRU2008, apakah tindakan yang signifikan yang telah dibuat oleh PAS Cawangan dan Kawasan . Adakah cukup sekadar untuk meraikan kemasukan berbondong bondong pemuda ke dalam parti dengan membuat hebahan sana sini ? Kemudian apa ??

Wa masih teringat .. ketika PAS masih lagi dipandang sepi oleh golongan muda, atau kata je sebelum era reformasi tahun 98.. banyak program yang melibatkan pemuda yang diusahakan . Program Usrah mingguan jadi agenda .. Banyak Naqib dan Naqibah yang dapat dilahirkan . Badan dakwah Pemuda pon begitu aktif melahirkan pemidato pemidato hebat dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam isu isu semasa disamping dibekalkan dengan ilmu ilmu Islam disamping sering dilibatkan dalam mesyuarat peringkat lajnah, cawangan dan kawasan.

Program Solat Tahajjud juga sering diadakan untuk membentuk jatidiri pemuda agar menjadi tegar dalam perkara Iman. Juga dalam masa yang sama sering diadakan Liqa` Fikri untuk menyambut kehadiran ahli ahli baru supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain .. sehingga antara ahli begitu kuat rasa persaudaraannya.

Disamping itu juga , dianjurkan pula Mukhayyam, Tamrin dan banyak lagi program yang membuatkan ahli ahli baru tidak berasa dipinggirkan dan sentiasa mempunyai sesuatu yang baru untuk mengisi masa yang terluang.

Lepas tu, sekadar untuk beriadah, dianjurkan pula program gotong royong, rentas desa, marching, bola dan sebagainya dan ini semua menjadi benchmark kenapa Pemuda begitu aktif di zaman wa.

Untuk tu wa harap, jangan le diwujudkan kekangan bagi pemuda pemuda untuk bergiat aktif dalam parti. Sudah tiba masanya tak kira PAS diperingkat cawangan atau kawasan untuk mengadakan sessi sessi yang sebagaimana wa sebutkan kat atas secara tentatif dan efektif. Mereka perlu kepada pendedahan . Mereka perlu kepada pengetahuan . Mereka perlu kepada rasa dihargai oleh parti.

Yeah .. syabas kerana menyuarakan dengan tegas
Perhimpunan bukan untuk pemuda datang makan angin
Perhimpunan bukan untuk pemuda sekadar tunjuk diri
Perhimpunan bukan kerana datang terpaksa

wa amat bersetuju dengan gesaan yang dibuat oleh Sdr Mohd Firdaus
Pemuda PAS sepatutnya terdiri dari orang orang yang kental .. bukan yang kaki sental
Pemuda PAS sepatutnya terdiri dari orang yang aggresif .. bukan pasif

Tapi biarlah setelah mereka diberikan ilmu yang secukupnya
Tapi biarlah setelah mereka diberikan penerangan yang selengkapnya
Tapi biarlah setelah mereka rasa wujud dikalangan ahli
Setelah segalanya telah dibuat dan mereka masih mandom ...
Barulah gesaan seperti itu dibuat ... adil kan ?

Nota : wa dah naik sebu bila hadir untuk mesyuarat .. isu jawatan menjadi agenda .. sedangkan sebelum era reformasi .. masing masing berebut rebut untuk menolak jawatan .. :) .. kerana jawatan itu tanggungjawab .. tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Yaumil Mahsyar .. dan mereka itu tidak faham ....

Debat Yang Misteri .. Adoihhh


JASIN, 14 Feb: Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang.

Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS.

Timbalan Ketua Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata Ali Rustam tidak faham maksud debat sebenar.

"Cadangan beliau untuk berdebat secara bersebelahan adalah cadangan yang menggelikan dan kebudak-budakan.

Baca lebih lanjut kat : Harakahdaily

===============

kah kah kah kah kah

Ali Ketam nak debat ?

Debat ke musibat ??

makna debat pon tak paham ...

dah sah sah nak kena debik ..

ada ke debat main terpekik terlolong dari seberang jalan ..

ada ke debat main jerit jerit untuk lawan ceramah ??

kah kah kah kah ...

ini ke Ketua Menteri negeri ku ?

Adoih ... wa nak pindah dok kutub utara laaa

malu malu ...

tapi takpe .. wa tunggu ~!!

kah kah kah kah kah

Sunday, February 13, 2011

Makhluk Aneh Yang Sering Muncul Setiap Kali Ada PRK ..

Sorang lelaki masuk kedalam satu kedai makan .. terus gi jumpa pemilik kedai untuk slow talk ..

"Bang .. Kalo saya boleh tunjukkan sesuatu yang menakjubkan.. boleh tak abang bagi saya minuman segelas ?"

Tokey kedai tu pikir .. laaa .. pedehal .. segelas air je .. terus dia setuju .. "Haa .. amenda yang ko nak tunjuk ?"

So si lelaki tu terus seluk saku jeket dia .. dan keluarkan seekor hamster ngan sebijik piano kecik .. 

Tanpa berlengah lagi .. hamster tu pon tunjuk le ketereran beliau bermain piano .. lagu Isabella lagi ..

Rasa kagum ngan kebolehan yang hamster tu tunjukkan .. si tokey pon tanya le .. amenda yang mamat tu nak minum .. 

Tapi mamat tu balas "errr .. kalo saya boleh tunjukkan sesuatu yang lagi menakjubkan .. boleh tak abang belanja saya makan sekali ?"

"Eish.. hamster tu pon dah cukup bagus .. ada lagi yang lebih bagus ? .. ermmm .. ok .. tapi ko jangan mintak memacam plak .. sepinggan je tau !?"

Bila dah dapat green light dari tokey kedai .. si mamat tu pon seluk jeket dia lagi sekali .. tapi kali ni dia keluarkan sekor katak puru then terus letakkan kat ataih meja .


"eh .. apa lak katak ni boleh buat ?" tanya si tokey ngan muka bebuat terperanjat .. sebab tak sabar 

Sekejapan lepas tu .. bunyi piano kedengaran lagi .. si hamster tu le yang main .. dan sang katak .. menyanyi le plak .. kah kah kah .. eh .. serius .. katak tu pon nyanyi le ikut alunan piano tu ..

Sambil menyatakan kekagumannya .. si tokey pon mula le offer makanan ngan minuman kat lelaki tu tadi .

Dalam pada tu .. ada sowang lelaki lain yang turut berada kat tempat kejadian .. rasa naik suka plak kat katak tu ..

"Bro .. kalo wa offer lu RM10 ribu .. boleh tak lu jual katak tu kat wa ?"

Lelaki tu buat maintain macho .. "ish .. mana boleh .. ni le yang buat saya terus hidup sampai sekarang .. sumber rezeki ni "

13 ribu ?

18 ribu ?

20 ribu ? lelaki tu tetap menggelengkan kepala ...

"Ok .. final call .. wa harap lu terima .. 25 ribu .. tu je yang wa boleh offer kat lu"

Memeranjatkan .. si lelaki tu setuju pulak kali ni .. yang lebih terperanjat ... tokey kedai tu .. tapi ye lah .. yang kan terjadi tetap terjadi .. adoih .. sekali terfalsafah plak dah .. ni tuan saddiq le ni .. ( sebab wa tengah taip menda ni dia berfalsafah kat wall .. kah kah kah ) .. tak caya ??

Iklan - Saddiq Sigaraga karmic.....ok la tuan....kaki harus melangkah kan?....hanya kita yg mampu membimbing nafsu kita.....haluan harus ke laut luas....agar tak tersangkut di pulau.....takkan tiba sampai bila.....
2 minutes ago · Like

kah kah kah .. ok kita sambung cerita ...

Tokey tu cakap "ko dah hilang akal ke ? kalo aku le .. sesenang aku leh jual sejuta hinggit .. pastu glemer plak masuk sokabar .. ni ko jual 25 ribu je .. isk isk isk ... tolak tuah betul la ko ni .. "

Lelaki tu balas .. "rilek aa bang .. yang katak tu bukan boleh buat menda .. yang nyanyi tu tadi si hamster ni .. katak tu MIMING je

kah kah kah kah kah ... hampeh nya katak ... bebuta mamat tu hilang 25ribu 

Moral of the story : balik pada tajuk 
Makhluk Aneh yang sering muncul setiap kali ada pilihanraya kecil ..
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic