Monday, February 14, 2011

TAGGED UNDER: ,

Pemuda PAS Mandom ??

KEPALA BATAS, 14 Feb: Pemuda PAS memerlukan pemuda berhati waja yang boleh menggerakan aktiviti hebat sekaligus menggerunkan musuh politik yang selama ini menganggap perjuangan yang dibawa oleh PAS semakin terpinggir serta kurang mendapat sambutan.

Justeru, Pemuda PAS tidak mahu 'pemuda mandom' hadir ke majlis Perhimpunan 30 ribu Pemuda seluruh negara di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 19 Februari ini.

Sebaliknya Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mereka memerlukan pemuda yang agresif melangkah ke hadapan.

Katanya, pemuda mandom akan menyemakkan dataran serta mengakibatkan suasana menjadi sesak.

Pemuda mandom tambahnya, bukan sahaja boleh menyekat kemaraan perjuangan yang semakin diterima ramai termasuk bukan Islam tetapi menyekat perjalanan PAS di cawangan atau kawasan.

Dipetik dari : Harakahdaily

==========================

Wa merasa terpanggil untuk mengulas isu pemuda PAS semakin mandom ni ..

Tidak dinafikan sejak Era Reformasi sehingga ke Pilihanraya Umum 2008, kemasukan ahli ahli baru begitu memberansangkan sampai kat mana mana je kita boleh terdengar sambutan positif pemuda yang ingin menyertai Parti Islam.

Kini setelah hampir 4 tahun setelah PRU2008, apakah tindakan yang signifikan yang telah dibuat oleh PAS Cawangan dan Kawasan . Adakah cukup sekadar untuk meraikan kemasukan berbondong bondong pemuda ke dalam parti dengan membuat hebahan sana sini ? Kemudian apa ??

Wa masih teringat .. ketika PAS masih lagi dipandang sepi oleh golongan muda, atau kata je sebelum era reformasi tahun 98.. banyak program yang melibatkan pemuda yang diusahakan . Program Usrah mingguan jadi agenda .. Banyak Naqib dan Naqibah yang dapat dilahirkan . Badan dakwah Pemuda pon begitu aktif melahirkan pemidato pemidato hebat dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam isu isu semasa disamping dibekalkan dengan ilmu ilmu Islam disamping sering dilibatkan dalam mesyuarat peringkat lajnah, cawangan dan kawasan.

Program Solat Tahajjud juga sering diadakan untuk membentuk jatidiri pemuda agar menjadi tegar dalam perkara Iman. Juga dalam masa yang sama sering diadakan Liqa` Fikri untuk menyambut kehadiran ahli ahli baru supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain .. sehingga antara ahli begitu kuat rasa persaudaraannya.

Disamping itu juga , dianjurkan pula Mukhayyam, Tamrin dan banyak lagi program yang membuatkan ahli ahli baru tidak berasa dipinggirkan dan sentiasa mempunyai sesuatu yang baru untuk mengisi masa yang terluang.

Lepas tu, sekadar untuk beriadah, dianjurkan pula program gotong royong, rentas desa, marching, bola dan sebagainya dan ini semua menjadi benchmark kenapa Pemuda begitu aktif di zaman wa.

Untuk tu wa harap, jangan le diwujudkan kekangan bagi pemuda pemuda untuk bergiat aktif dalam parti. Sudah tiba masanya tak kira PAS diperingkat cawangan atau kawasan untuk mengadakan sessi sessi yang sebagaimana wa sebutkan kat atas secara tentatif dan efektif. Mereka perlu kepada pendedahan . Mereka perlu kepada pengetahuan . Mereka perlu kepada rasa dihargai oleh parti.

Yeah .. syabas kerana menyuarakan dengan tegas
Perhimpunan bukan untuk pemuda datang makan angin
Perhimpunan bukan untuk pemuda sekadar tunjuk diri
Perhimpunan bukan kerana datang terpaksa

wa amat bersetuju dengan gesaan yang dibuat oleh Sdr Mohd Firdaus
Pemuda PAS sepatutnya terdiri dari orang orang yang kental .. bukan yang kaki sental
Pemuda PAS sepatutnya terdiri dari orang yang aggresif .. bukan pasif

Tapi biarlah setelah mereka diberikan ilmu yang secukupnya
Tapi biarlah setelah mereka diberikan penerangan yang selengkapnya
Tapi biarlah setelah mereka rasa wujud dikalangan ahli
Setelah segalanya telah dibuat dan mereka masih mandom ...
Barulah gesaan seperti itu dibuat ... adil kan ?

Nota : wa dah naik sebu bila hadir untuk mesyuarat .. isu jawatan menjadi agenda .. sedangkan sebelum era reformasi .. masing masing berebut rebut untuk menolak jawatan .. :) .. kerana jawatan itu tanggungjawab .. tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Yaumil Mahsyar .. dan mereka itu tidak faham ....

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. assalamulikum

    saya terpangil untuk memberi ulasan - barang kali meraka sudah lupa akan imbuhan di akhirat - maka meraka memikirkan imbuhan dunia semantara -ramai manusia ramai ragam --
    ramdzan jabar

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top