Saturday, August 4, 2012

Gempar : Pornografi Kini Mula Dipasarkan Secara MLM DI Malaysia



Sibu : Perniagaan Jualan Langsung  (MLM) telah dibawa ke satu tahap yang lebih ekstrim di sini apabila terdapat skim terkini yang menawarkan siaran pronografi secara langsung melalui penjualan USB flash drive. Pendedahan yang mengejutkan ini terbongkar apabila pihak polis menerima laporan dari seorang wanita pada Selasa lepas yang mendakwa rumahnya telah dijadikan pusat untuk memasarkan pronografi oleh satu pasangan yang mengaku mempunyai pertalian saudara dengannya.

Wanita itu melaporkan bahawa 'saudaranya' itu telah membawa USB flash drive tersebut secara haram dari Taiwan yang membolehkan siaran secara langsung ditonton oleh para pelanggan, dan menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk tujuan pengenalan dan pemasaran produk tersebut.

Mengikut laporan, pihak polis gagal untuk mengakses talian tersebut berikutan laman webnya dipercayai telah ditutup oleh penyelia laman.

Juga dilaporkan bahawa pasangan Taiwan tersebut telah dibebaskan oleh pihak polis.

Sumber menyatakan, pelanggan perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM2,100 untuk menjadi ahli kepada perniagaan ini dimana mereka kemudiannya akan dibekalkan dengan 3 unit USB Flash Drive tersebut.

Untuk setiap ahli baru yang diperkenalkan, ahli (yang memperkenalkan) akan menerima imbuhan sebanyak RM500 sementara 'upline' pula akan mendapat RM200.

Menurut wanita yang membuat laporan tersebut, sebanyak 99 unit telah dibawa masuk ke negara ini dan sehingga kini sejumlah 25 unit telah terjual.

Kumpulan ini juga telah menganjurkan siri pemasaran perniagaan ini disekitar Bintulu dan juga ke Semenanjung, ujar wanita pemilik rumah ini.

Beliau juga mendakwa terdapat juga kumpulan lain yang turut memasarkan perniagaan ini di sini. - Borneo Post.

Nota : Ada ke sesape yang dah jadi ahli weyh ? kah kah kah kah

Sabah - Kenapa Najib Menggelabah ??



Masa kecik kecik dulu wa selalu dengar peribahasa "kalau takde angin, masakan pokok bergoyang". Wa pasti luorang pon memang mesra ngan frasa ayat tu - walaupun sejak dari dulu sampai la ni, dah banyak modifikasi yang dibuat tapi maksud ayatnya tetap sama.. pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang menyebabkan terjadinya sesuatu yang lain pula.

Gitu lah gambaran yang tepat yang boleh disimpulkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pi Em baru baru ini berkenaan dengan kegawatan politik yang berlaku dekat Sabah. Najib dan kuncu kuncunya seboleh bolehnya cuba mengeluarkan kata kata macho yang berbentuk penafian seolah olahnya apa yang terjadi cuma satu perkera enteng yang tidak perlu diberikan perhatian yang khusus.. tapi kenyataan yang berlaku menggambarkan sebaliknya.. jika tidak .. kenapa Najib perlu terburu buru untuk membuat lawatan ke Sabah esok?

Malaysiakini
Najib dalam kenyataannya menolak anggapan lebih ramai anggota komponen yang akan meninggalkan BN di Sabah, namun menurut khabar yang diberitakan, bukan sahaja UPKO dan LDP yang dikatakan bermasalah, malah ianya juga melibatkan parti UMNO yang dikatakan berantakan ekoran perpecahan yang berlaku diantara kem Musa Aman dan Shafie Afdal yang semakin bernafsu untuk menungguli kerusi Ketua Menteri Sabah.

KENANGAN......Lajim menghadiahkan Musa potret peribadi sebelum sengketa ciptaan Shafie meletus? Apakah Lajim bayangan Shafie Apdal yang kepingin menjadi Ketua Menteri Sabah? 
Najib juga katanya mengulangi keyakinan bahawa kedudukan BN tidak terancam dan desas desus tentang perkara ahli parlimen yang akan berpaling tadah itu tidak mempunyai asas dan cuma merupakan cakap cakap politik tapi apakah benar benar keyakinan beliau itu kukuh?

Baru baru ini, DS Anwar Ibrahim mengatakan akan berlaku lebih banyak kejutan yang bakal melanda di negeri bawah bayu itu dalam kunjungan pusingan kedua yang dijadualkan pada minggu depan, jadi tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari dari membina persepsi bahawa kunjungan Najib secara tergesa gesa ke Sabah juga adalah berikutan dari kenyatan DSAI itu kerana jika benar Najib tidak gusar, mengapa harus beliau kesana secara tiba tiba sedangkan mengikut laporan diatas belum ada perincian yang dibuat dalam pembentangan RCI, jadi pengumuman terma tersebut secara automatik menjadi sesuatu yang tidak relevan.

Kita sedia maklum, beberapa tahun yang lepas, rentetan dari pengumuman Anwar Ibrahim bahawa akan terjadi perubahan kuasa pada 16 September telah menyaksikan ramai dikalangan Ahli Parlimen BN yang telah dihantar untuk melancong keluar negara, apakah senario yang sama akan berulang sekali lagi?

Apa apa pun, Sabah adalah merupakan negeri yang sukar untuk diramal sepak terajang politiknya. Namun harus diingat, sejarah telah membuktikan betapa pembelotan Lajim Ukin pada PBS satu ketika dahulu telah melahirkan UMNO disana dan mengakibatkan tumbangnya parti yang dipimpin oleh Joseph Pairin Kitingan dan pecahnya dominasi PBS. Perkara ini mungkin sahaja berulang dan itulah sebenarnya yang sangat ditakuti oleh Najib Tun Razak.

Nota : Bersedialah orang Sabah untuk menerima durian runtuh yang bakal mengiringi kedatangan Najib nanti. Mungkin perkara ini memang telah dicaturkan oleh para pemain politik disana .. tapi yang pasti .. pokok bukan sekadar telah bergoyang malah bergoncang, dan anginnya pula bukan lagi selembut bayu ..yiehaaa ~!!

Friday, August 3, 2012

'Tanda Putera' Mampu Cetuskan Rusuhan Kaum

SEBUAH filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum. Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang Melayu dengan orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.

Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: “Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu.”

Kuasa politik

Jika orang Melayu tidak bersatu di bawah ‘payung’ Umno maka orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.


Generasi baru

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem ‘Tanda Putera’ ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’. - Zainal Abidin Nor (FMT)

Lepas Tarik Balik Logo, Sekarang Lagu Pulak Belum Muktamad .. Gilak Dong Ah ~!!


Sangat dicurigai bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam pencarian idea, pencetus, penghasilan logo, penciptaan slogan, penggubahan lagu dan apa sahaja yang berkaitan dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini telah terkena sumpah ketulahan sehingga sikap mereka berubah menjadi ketidakketahuan tahap akut ... kah kah kah kah

Bermulanya dari isu slogan/tema Janji Ditepati yang telah menjadi bahan bualan dan pertikaian sehingga akhirnya membawa kepada penghasilan slogan baru bagi negeri negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dengan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". 

Kemudian isu logo yang bermati matian dipertahankan oleh menteri warisan (rujuk foto). Logo yang menjadi lelucon dan senda gurauan  atas ke'sofistikated'an rekabentuk yang dipercayai bersumberkan ilham dari planet zebbulun itu.. kah kah kah

Apa yang pasti, setelah bersusah payah untuk mempertahankan 'masterpiece' nya, akhirnya menteri warisan terseungkur jua apabila ia dibentes manja oleh PM yang mengarahkan agar logo bangang tersebut ditarik balik dari penyiaran. Maka dengan senyum simpul yang memang khas milik beliau, dihikayatkan pulak bahawa logo itu cuma selingan dan buat gurauan dikala sepi .. kah kah kah.. padahal dah berapa banyak duit hangus untuk promosi web, banner, bunting dan placard.. hadoih .. apa pon tak bleyh ..

Baca juga



Ter'latest ni plak, lagu 'Janji Ditepati' diumumkan sebagai blom muktamad .. Rujuk - Sinar Harian. Weyh .. apa punya turr.. kah kah kah

Lu cakap je la, Rais warisan suh lu kaver line. Dah berminggu  kecoh diperkatakan orang, dibedal, didebik, di 'dislike' sampai makkin shining dahi si Rais, baru sekarang lu muncul bagitau lagu tu blom muktamad ? hadoiyai .. 

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan."

A' ah ..  macam nak masuk juara lagu le plak siap ada peringkat peringkat sampai ke final ..  dah kena kutuk rapat kiri kanan, macam macam alasan plak yang nak direka cipta. Dah lah tak mengaku lagu ciplak, lirik plak tak langsung membawa makna, sekarang nak kata lagu ni ada makhluk hantu raya plak yang memandai upload sedangkan tak siap lagi .. apa bangsat punya spin .. kah kah kah kah

Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi. Mengenai proses awal penggubahan lagu 'Janji Ditepati', beliau menjelaskan bahawa mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk menghasilkan melodi berdasarkan lirik yang diberi.

Weyh .. Rais siap promote dalam twitter le dol .. macam macam lah luorang ni .. kalo semua tu free takpe .. ini berbayar .. dan kena ingat .. bukan duit mak bapak si menteri warisan .. apa punya turrrr ~!!

Selingan : Dengarkan juga labun menteri spinner di suatu ketika dulu .. hihihi -  Rais Yatim Sekadar Membenarkan Ucapan Beliau 22 Tahun Yang Lampau

Nota: Wa harap lagu ni terus dimuktamadkan sebagai lagu hari kebangsaan, disamping tidak lagi membuang duit dan masa rakyat Malaysia untuk menantikan hasilnya yang mungkin lebih kurang aje nanti,  ia nya juga bakal menjadi pemangkin kepada rasa meluat rakyat terbanyak pada kebejatan otak gerombolan .. kah kah kah

Hebahan : Karmics Portal On The Move ~!! Yiehaaaa

Klik Untuk Skodeng

Oret, wa cuma nak bagitau yang wa dah up satu lagi blog yang berbentuk portal bertujuan untuk menghimpunkan sebanyak mungkin berita dalam dan luar negara yang wa rasakan menarik untuk dikongsi ngan pembaca. Logiknya, portal ni adalah himpunan berita dan cerita dari sumber sumber lain .. melainkan ditambah editing, nota dan mungkin sedikit ulasan.

Disamping itu gak, wa akan up kan entri entri dari blog member (yang tak termasuk dalam tool tip bloglink) yang wa rasa nak highlight dan mengikut kesesuaian semasa.

FYI, blog portal ni wa dah mula usahakan sejak awal 2011, tapi pancit ditengah jalan.. so ni la sekarang wa nak upkan balik .. wuhaiii .. almaklum laa .. lone ranger.. keh keh keh ..

Nota : 
* Masih ada 8 kekosongan untuk blogger yang berminat untuk disenaraikan dalam tool tip bloglink. 8 aje tau ..
* Wa senaraikan rss summary link portal ni dari blog debik karmic di sebelah kanan luorang

Thats will be all .. chillz ~! ciao  

Thursday, August 2, 2012

Menteri Penerangan Bangang, Ketua Penerangan Plak Bengong .. 2x5 Aje

Wa cukup rasional .. tapi muka ni sungguh menyebalkan hati .. huhuhu

Semalam kita dihidangkan dengan 'keterpesongan' Rais bin Yatim mengenai isu Slogan Hari Kemerdekaan.. dan luorang boleh baca Siapa Yang Terpesong Dan Siapa Pula Yang Terpele'ot ?

Hari ni datang plak kembar dia untuk sama sama berlumba menunjukkan kebangangan masing masing, bukan kembar sedarah sedaging, tapi kembar kepada bangang iaitu bengong .. kah kah kah

Ahmat Maslan ni memang masuk dalam senarai debik wa sejak memula lagi sebab suka melebar-luaskan isu isu yang takde substansi, tapi apa yang wa tak sangka, beliau ni sangat istiqamah dalam arena mulut tempayan itu dan perkara ini sangat janggal bagi seorang pemimpin .. huuhaiii


Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tema tersebut yang ditiru PR tidak boleh dikatakan tema baharu dan tidak perlu diambil kira kerana telah sama dengan makna asal konsep 1 Malaysia.
"Memanglah kita sebangsa Malaysia yang ada pelbagai kaum, senegara Malaysia satu-satunya tiada yang lain dan sejiwa patriotik mencintai negara," katanya lagi. - SinarHarian

Abih takkan nak suh Pakatan Rakyat buh 'Menuju Ke Putrajaya' kot ? Dah tentu lah slogan yang disyorkan oleh PR itu lebih menunjukkan semangat perpaduan sebagai satu entiti dalam satu negara. Abih tu apa masalahnya ? Kalau rasa slogan tu simple, apsal tak keluarkan sejak awal? takleh nak fikir ke? idea tak mai eh? kah kah kah .. otak semput sebab penuh dengan agenda membodek.

Lagi satu, takde angin takde ribut, tup tup timbul plak ayat 'tak boleh dikatakan tema baharu'. Oih Encik Timbalan Menteri .. sapa pulak nak lawan tema baru ke lama .. PR cuma syorkan tema yang lebih bersesuaian. Pasal apa baghal sangat ? Kemudian, tiru apa nya ?? ada ke puak luorang keluarkan slogan yang berbunyi Sebangsa, Senegara Sejiwa' tu ?? ishk .. malang sungguh la pemikiran beliau ni .. 


Penat dowh nak layan orang gilak .. kah kah kah

Wednesday, August 1, 2012

Siapa Yang Terpesong Dan Siapa Pula Yang Terpele'ot ?



Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema "Senegara, Sehati, Sejiwa" bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka itu. - Mkini.

====///====

Persoalan dia yang utama, siapa yang cuba memesongkan siapa ??
kah kah kah kah kah 

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang cuba memesongkan matlamat sambutan hari kemerdekaan dengan secara paksa memasukkan unsur unsur kepartian kedalam majlis yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang menggubah lirik pada lagu yang juga ternyata di ciplak dan mengakibatkan para pendengarnya terkena kejutan budaya dan dikhuatiri ada yang dah pun mengalami muntah hijau..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah pula yang mencipta logo hari kebangsaan yang jelasnya tidak membumi pada falsafah sambutan hari besar tersebut sehingga akhirnya logo itu menjadi lelucon dan senda gurau yang menjatuhkan airmuka si penciptanya sendiri ..

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu boleh mendatangkan bukti bahawa pihak yang dituduh telah pernah membelakangkan Hari Kemerdekaan sebelum ini??

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu pernah membandingkan slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" dengan "Janji Ditepati" disamping cuba untuk berlapang dada sambil memikirkan yang mana lebih layak untuk menterjemahkan semangat 1 Malaysia ??


Persoalan yang kedua, Bukankah beliau sendiri yang mencabar Pakatan Rakyat untuk membuat slogan sendiri kalau tak berpuas hati dengan slogan yang dicadangkan ??

Serentak dengan itu Rais menyindir dengan berkata parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong. - Agendadaily.

Namun bila Pakatan Rakyat dah sahut cabaran dan keluarkan slogan yang lebih mencerminkan wadah sambutan hari kebangsaan, ditambah lagi dengan segala hiruk pikuk yang melanda slogan/logo/lagu yang beliau sendiri cipta/paksakan untuk 31 Ogos, tiba tiba dia boleh kata jangan terpesong .. kah kah kah kah .. apa pon tak bleyh .. weyh .. bagi laa can rakyat nilai dulu sebagaimana yang lu cadangkan ..

Nota Tak Terpesong : Memang selama ni kerajaan negeri waima yang diperintah oleh ameno-bn menganjurkan sambutan diperingkat negeri masing masing jadi tak timbul soal sambutan berasingan kat sini. Cumanya negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat enggan menggunakan Tema yang berunsur kepartian dan lebih mengutamakan Tema yang mewakili semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan pegangan politik.

Nota Yang Langsung Tak Terpesong : Rais bukan anak yatim walaupun nama sahih beliau Rais bin Yatim .. kah kah kah kah

Senator Maijol Juga Letak Jawatan Dari UPKO Dan BN


Kota Marudu : Senator Datuk Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata. Menurut bekas Naib Presiden PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol ada merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Terdapat kira kira 900 000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.

Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."

"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan disetiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.

"Saya sudah tidak boleh bertolak ansur dalam hal ni. Ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap kehidupan rakyat." katanya sambil menyentuh isu perlantikan kaum KDM dalam perkhidmatan awam.

"Bukanlah menjadi satu rahsia bahawa masyarakat KDM berasa sangat tidak berpuas hati tentang ketidakadilan yang berlaku dalam perkhidmatan awam, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Bilangan orang KDM dalam perkhidmatan adalah sangat minima dari segi peratusan berbanding populasi dalam negeri." kata Maijol.

Selain dari itu, mereka hanya ditawarkan jawatan paling tinggi tempat ketiga atau keempat dijabatan jabatan atau kementerian kementerian mereka, mereka telah diketepikan sejak sekian lama. Kekecewaan mereka telah terkumpul dan pastinya akan meledak menjelang tibanya pilihanraya.

Berkaitan :

Presiden UPKO Kelihatan Sudah Mengibar Bendera Putih ??


Presiden parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga seorang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok (foto) hari ini mengulas, pengunduran Timbalan Presidennya, Dato' Wilfred Bumburing dari Barisan Nasional adalah disebabkan kegagalan BN secara amnya untuk menangani masalah imigran di Sabah.

Ditanya samada beliau menjangka lebih ramai anggota UPKO akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata,

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (Upko).". Berita penuh di Sinarharian

===///===

Wowhh .. ketepek atas muka BN dan UMNO Sabah .. kah kah kah

Apakah signal yang cuba dihantar oleh Bernard Dompok ?

Bernard seolah olahnya menyekolahkan Ameno-BN tentang kegagalan mereka dalam menangani masalah imigran yang sudah melepasi tahap kronik di Sabah. Isu ini adalah isu yang sentiasa relevan dalam suasana politik di sana sejak berpuluh puluh tahun yang lepas dan sentiasa menjadi janji politik BN setiap kali Pilihanraya Umum diadakan, namun sehingga kini tiada pendekatan dan penyelesaian yang dicapai, malah masalah kebanjiran PATI semakin meruncing saban tahun. 

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Wilfred baru baru ini lebih memeranjatkan apabila PATI lebih diberikan keutamaan apabila mereka ditempatkan di kawasan yang lebih selesa sedangkan anak tempatan terus merempat dibumi sendiri. Begitu juga dengan kedudukan tanah adat mereka yang semakin hari semakin menipis ankara kerakusan pemimpin pemimpin BN sendiri.

Apabila Bernard secara terbuka mengatakan 'ini negara bebas' dan langsung tidak membuat ulasan yang boleh dilihat sebagai tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Timbalan Presidennya, apakah ini bermakna tindakan Dato' Wilfred meninggalkan BN dan menubuhkan Sabah Reform Front (SRF) sebenarnya mendapat restu dari presidennya sendiri ?? 

Wow .. iklim politik di Sabah semakin panas dan kenyataan akhbar Datuk Bernard seakan akan membuka ruang untuk spekulasi yang lebih besar .. akan adakah lagi yang bakal mengikut jejak langkah Dato' Wilfred dan Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN ? Sama sama kita nantikan .. yiehaaa ~!!

Tuesday, July 31, 2012

Feewitt .. Kerajaan Negeri Selangor Bertegas Tidak Akan Naik Tarif Air


SHAH ALAM 30 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk kekal mempertahanan keputusan untuk tidak menaikan tarif air sehingga 70 peratus di negeri itu bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rakyat negeri ini tidak boleh dibebankan lagi dengan kenaikan tarif air kerana bebanan kos sara hidup di negara ini sudah sedia tinggi.

“Kos sara yang ditanggung rakyat sudah cukup tinggi, jadi amat tak wajar kalau ditekan lagi dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

“Sekiranya Langat 2 diteruskan maka, rakyat Selangor akan memikul sehingga RM2,000 juta (RM2 Bilion) beban kos itu dan tarif air dinaikan,” kata beliau.

Abdul Khalid turut menyelar pemimpin Umno-BN yang bercakap soal kebajikan rakyat tetapi pada masa sama mahu menaikan tarif air di Selangor.

Selain itu, beliau turut mengutuk kenyataan yang meramalkan Kerajaan Negeri akan muflis sekiranya pemberian 20 meter padu air percuma dilaksanakan di negeri ini.

“Pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan negeri bukan sahaja tidak menyebabkan Kerajaan Negeri Muflis, tetapi rizab simpanan kita semakin meningkat,” ujar Abdul Khalid lagi.

Dalam ucapan Abdul Khalid itu, beliau juga sempat menceritakan pertemuan antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit masa dahulu.

“Saya pernah beritahu Tan Sri Muhyiddin, sebab saya nak tolong rakyat maka saya sertai politik,” ujarnya ketika menerangkan isu pemberian air percuma kepada Muhyiddin.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abdul Khalid baru-baru ini memulakan usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengelakan kenaikan tarif air.

Bagaimanapun usaha itu mendapat halangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat pemegang konsesi pengurusan air itu sendiri.

Dibawah satu usaha penswastaan oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi merawat air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang.

Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula, bertanggungjawab bagi menguruskan empangan yang menyimpan bekalan air mentah.

Bagaimanapun Syabas didapati gagal menguruskan sumber air di negeri itu dengan berkesan apabila pengguna di negeri itu sering mengalami gangguan bekalan air.

Selain itu, Syabas yang membayar gaji Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail sebanyak RM400 ribu sebulan itu, juga didapati gagal mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) dari 35 peratus ke 15 peratus dari setiap 100 gelen air bersih. - Selangorku

Pedoman : Antara Iblis, Syaitan Dan Jin



Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. 

Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud:

 'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.'

Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan  yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: 

"Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." 

Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. 

Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: 

"Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud:  

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."

Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia  yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.

Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: 

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;  "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". 

Menurut Ibn Qayyim maksud "jalan yang lurus" di dalam ayat di atas  ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: 

Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.     

Ibn Qayyim menyatakan lagi: "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya". 

Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

Sumber | Ustaz Shauqi

Nota Karmic : Terjemahan Surah An Nas

Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia. 2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia. 3. Tuhan yang disembah manusia. 4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang. 5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia. 6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia. 

Syaitan tu bukan jenis halus dan kabur dari pandangan mata je bhai., tapi ada gak dikalangan manusia .. malahan memang ramai. Cuba lu perati skang ni, katanya iblis dan syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan tapi kenapa masih lagi kita menyaksikan jenayah, kebobrokan & kebejatan moral masih berlaku ?? Sebab syaitan dikalangan manusia tu lepas bebas bhai .. lu sendiri mau ingat ~!!

Monday, July 30, 2012

Subhanallah : Wartawan Jepun Yang Membuat Liputan Di Syria Terbuka Hati Untuk Memeluk Islam .. Allahuakbar ~!!


Seorang wartawan Jepun yang sedang membuat liputan telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar Walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki Jepun, yang juga merupakan seorang wartawan, telah melafazkan dua kalimat syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang berpangkalan di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, beliau terbuka hati untuk memeluk Islam setelah jiwanya tersentuh melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan sedikit kesukaran namun lancar sekali lafaz, beliau mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid dari briged tersebut. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthafa, hamba Allah yang menemukan hidayah di bumi para syuhada, Syam.


Pada saat itu, bertepatan dengan masuknya waktu solat asar, maka Musthafa dipelawa untuk bersama sama menunaikan solat. Ia diajarkan berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti proses wudhu yang diajarkan. Sentiasa ada dakwah dibalik jihad, Allahu Akbar~!!.

Gempar: UFO Muncul Di Sunway Mentari



PETALING JAYA: Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.

Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.


Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan. - Mstar

Nota : UFO tu mungkin dapat salah info antara Piramid Giza ngan Sunway Piramid .. kah kah kah kah .. wa sendiri merasa sangat stress dengan entri ni.. tapi apa pun .. rakyat Malaysia sebenarnya sungguh bernasib baik .. sebab kita ada pasukan khas untuk menyiasat ..


Yeah .. Frog In Black sedia untuk berkhidmat ... kah kah kah kah kah

Alhamdulillah, Sebuah Lagi Masjid Cina Di Malaysia



Masjid Cina yang pertama di Malaysia....

Kita biasa mendengar nama Masjid India, ramai di kalangan kita yang turut mengimarahkannya. Masjid India wujud di banyak tempat dan ada di hampir setiap negeri di Malaysia.

Sebaliknya Masjid Cina pula agak asing di negara kita sedangkan negara kita mempunyai tidak kurang daripada 62,000 orang Cina Muslim (Banci Negara 2002) di Malaysia.

Alhamdulillah, pembukaan Masjid Cina di Rahang Square, Seremban adalah satu sejarah kerana masjid ini dikatakan merupakan Masjid Cina yang pertama dibina di Malaysia.

Masjid ini juga beroperasi sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Ia turut lengkap dengan laman dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya dewan serbaguna, dewan solat utama, ruang pejabat, bilik imam, perpustakaan serta bilik mesyuarat.

Semoga kewujudan kompleks ini juga akan menjadikannya sebagai pemangkin terhadap perkembangan dakwah Islam kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia. 

Saya pun sangat khuatir kalau gagal menjawab soalan di Akhirat nanti akan kenapa kita tidak berdakwah kepada mereka walau pun telah berpuluh-puluh tahun kita hidup dan bermuamalah bersama mereka ketika berkerjaya dan dalam urusan kehidupan seharian. FB Dr Zainur Rashid Zainuddin

===///===

Nota : Masjid ini sebenarnya merupakan Masjid Cina kedua di Malaysia selepas Masjid Beijing Rantau Panjang yang telah disempurnakan pembukaan nya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.


Simber Foto dan Artikel Mengenainya : Come2Kelantan.my

Pendedahan yang dibuat oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin adalah sesuatu yang tepat pada masanya dan perlu kita sebagai orang muslim di Malaysia untuk memandang serius tentang perkara ini. Sejauh manakah usaha dakwah kita dalam mendekati kaum tiong-hwa selama kita bermuamalah dengan mereka? 

Dalam pada kita inginkan Hukum Islam tertegak dinegara kita ini, sudahkan kita menjalankan kerja dakwah kepada non muslim untuk menarik mereka kejalan Islam ??

Wa setuju 100% dengan pandangan beliau, dengan usia 55 tahun kemerdekaan negara dan selama itulah Islam menjadi tunjang, sepatutnya jumlah Masjid Cina ini bukan hanya berjumlah 2 buah sahaja. Mudah mudahan kita akan menyaksikan perkembangannya dalam masa yang terdekat ini nanti .. InsyaAllah.

Sunday, July 29, 2012

Agak Agak La .. Nak A.B.U Pun Biarlah Bertempat


Siapa je yang buat perangai macam ni .. memang tak senonoh dan standard otak udang. Bhai .. semangat memang perlu tapi kena la placing betul betul kat tempatnya .. bukan main hentam semberono ..

Luorang pegi tampal stiker ABU kat merata rata dah serupa macam iklan Ahlong .. luorang ingat best ke ? kira champion laa boleh buat gitu ? bangang ke hape ?

Kalo yang tampal stiker ni memang orang pro PR, wa harap semua ni dihentikan sebab perbuatan macam ni hanya akan membuat orang benci dan menyampah. Gila ahhh

Sekian .

Pedoman : Baik Buruk Lidah Dan Hati


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan:

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.


Nota : Entri ni wa reload dari blog wa catatan-karmic yang asalnya dipost pada Disember 2010. :)  - Mode Santai Hari Minggu
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic