Wednesday, August 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Presiden UPKO Kelihatan Sudah Mengibar Bendera Putih ??


Presiden parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga seorang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok (foto) hari ini mengulas, pengunduran Timbalan Presidennya, Dato' Wilfred Bumburing dari Barisan Nasional adalah disebabkan kegagalan BN secara amnya untuk menangani masalah imigran di Sabah.

Ditanya samada beliau menjangka lebih ramai anggota UPKO akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata,

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (Upko).". Berita penuh di Sinarharian

===///===

Wowhh .. ketepek atas muka BN dan UMNO Sabah .. kah kah kah

Apakah signal yang cuba dihantar oleh Bernard Dompok ?

Bernard seolah olahnya menyekolahkan Ameno-BN tentang kegagalan mereka dalam menangani masalah imigran yang sudah melepasi tahap kronik di Sabah. Isu ini adalah isu yang sentiasa relevan dalam suasana politik di sana sejak berpuluh puluh tahun yang lepas dan sentiasa menjadi janji politik BN setiap kali Pilihanraya Umum diadakan, namun sehingga kini tiada pendekatan dan penyelesaian yang dicapai, malah masalah kebanjiran PATI semakin meruncing saban tahun. 

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Wilfred baru baru ini lebih memeranjatkan apabila PATI lebih diberikan keutamaan apabila mereka ditempatkan di kawasan yang lebih selesa sedangkan anak tempatan terus merempat dibumi sendiri. Begitu juga dengan kedudukan tanah adat mereka yang semakin hari semakin menipis ankara kerakusan pemimpin pemimpin BN sendiri.

Apabila Bernard secara terbuka mengatakan 'ini negara bebas' dan langsung tidak membuat ulasan yang boleh dilihat sebagai tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Timbalan Presidennya, apakah ini bermakna tindakan Dato' Wilfred meninggalkan BN dan menubuhkan Sabah Reform Front (SRF) sebenarnya mendapat restu dari presidennya sendiri ?? 

Wow .. iklim politik di Sabah semakin panas dan kenyataan akhbar Datuk Bernard seakan akan membuka ruang untuk spekulasi yang lebih besar .. akan adakah lagi yang bakal mengikut jejak langkah Dato' Wilfred dan Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN ? Sama sama kita nantikan .. yiehaaa ~!!

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

5 comments:

  1. Di semenanjung juga imigran asing mendapat keutamaan dari gomen bah.

    ReplyDelete
  2. Kalau berdasarkan faktor kad pengenalan, memanglah tak ada PATI di Sabah sekarang ini macam kata Nazri Aziz, menteri di JPM tu. Sebab PATI di Sabah telah mendapat kad pengenalan Malaysia. Mereka kini sedang membanjiri bandar, pekan, kampung dan pedalaman. Mereka bebas bekerja di mana-mana dan dalam bidang apa sahaja yang mereka suka.

    Kalau tak percaya pergilah ke pejabat kerajaan persekutuan di Rumah Persekutuan Kota Kinabalu. Anda boleh dengar pekerja pembersihan yang bertugas di sana bertutur bahasa asing sesama mereka. Rupa wajah mereka pun bukan rupa orang tempatan. Tapi mereka adalah pemegang kad pengenalan Malaysia. Sebagai petugas di situ, tentulah mereka bebas keluar masuk di pejabat kerajaan berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Orang bukan Islam pun nampak dan faham kezaliman pemerintah... tapi malangnya org yg mengaku Islam kununnya... terus menyokong pemerintah yg zalim dan sesat lagi menyesatkan.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. kemasukan pati menjadi warga negara akanembawa padah besar pada masa akan datang......pribumi dan warga asal akhirnya gigit jari gara2 pemimpin yg hanya pentingkan kuasa dan nafsu sendiri!

    ReplyDelete
  5. Tindakan msa kni akan mpngaruhi msa dpan. Klau brterusan PATI diberi ic......................generasi msa dpan mnjadi PATI dlam ngara sndiri.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top