Wednesday, August 1, 2012

TAGGED UNDER:

Senator Maijol Juga Letak Jawatan Dari UPKO Dan BN


Kota Marudu : Senator Datuk Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata. Menurut bekas Naib Presiden PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol ada merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Terdapat kira kira 900 000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.

Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."

"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan disetiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.

"Saya sudah tidak boleh bertolak ansur dalam hal ni. Ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap kehidupan rakyat." katanya sambil menyentuh isu perlantikan kaum KDM dalam perkhidmatan awam.

"Bukanlah menjadi satu rahsia bahawa masyarakat KDM berasa sangat tidak berpuas hati tentang ketidakadilan yang berlaku dalam perkhidmatan awam, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Bilangan orang KDM dalam perkhidmatan adalah sangat minima dari segi peratusan berbanding populasi dalam negeri." kata Maijol.

Selain dari itu, mereka hanya ditawarkan jawatan paling tinggi tempat ketiga atau keempat dijabatan jabatan atau kementerian kementerian mereka, mereka telah diketepikan sejak sekian lama. Kekecewaan mereka telah terkumpul dan pastinya akan meledak menjelang tibanya pilihanraya.

Berkaitan :

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top