Friday, July 20, 2012

Antara Komunis, Polis Dan Dot Dot Dot


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. - Petikan dari Malaysiakini.

Kenyataan kat atas adalah pemikiran yang mungkin terkeluar dari kepala yang terkena bisul selama 7 hari berturut turut dan kemungkinan untuk pulih akan memakan masa yang panjang .. kah kah kah  

Dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit merupakan satu ayat andaian, satu tanggapan, satu serkap jarang yang selalu digunakan oleh orang yang sebenarnya langsung takde maklumat dan substansi tentang isu yang dia sendiri perkatakan. Kalau kerja dalam satu syarikat, masa meeting lembaga pengarah, bila ditanya oleh CEO dalam satu satu perkara, bila perkara yang hanya andaian ni dikeluarkan untuk menyokong satu satu pelan tindakan , maka bersedialah untuk disembur dan dimaki sampai rasa macam takde harga diri .. kah kah kah kah 

Takkan unit risikan langsung takde bukti bergambar yang menunjukkan pelaku pelaku yang dituduh sekurang kurangnya berada di tempat pertemuan? Kalau ada foto, boleh goyang jugaklah rakyat Malaysia walaupun kita tak tahu apa niat disebalik pertemuan tu .. itu pun KALAU ADA FOTO .. ni takda langsung .. luorang risik apa ? Risik anak dara orang kat Siam ke ? kah kah kah kah 

Tu foto kat atas tu, terang terang membuat jalinan kerjasama dengan Parti Komunis China malah sangat mengalu alukan kehadiran kader kader (apprentice) dari CPC. Sampai sekarang ni, desakan untuk memperjelaskan tujuan kedatangan mereka ke Lurah Bilut masih tidak kedengaran jawapan yang memuaskan. Dan ini bukanlah kali pertama peristiwa yang menunjukkan hubungan jelas antara UMNO dan CPC.

Diharap selepas ni unit risikan polis boleh le teropong dalam kem ameno pulak yang memang terbukti telah diresapi malah tahap telah dirasuk dengan komunisme melalui CPC - Parti Komunis terbesar didunia, kapitalisme yang semakin menekan ekonomi negara, Zionisme melalui peranan APCO sebagai penasihat kerajaan, nasionalisme yang menjadi tunjang BN, dan FLOMisme + Rosmahisme yang sangat berpuaka .. kah kah kah kah

Nota : Kenyataan yang dibuat semalam tak ubah macam nak membenarkan kenyataan gila Rahim Noor yang boleh nampak agen komunis dalam Bersih 3.0, pakai teropong Laksamana Do Re Mi ke ? kah kah kah kah.. hati hati weyh, berbagai lagu dah berkumandang untuk merealisasikan ramalan bahawa rakyat nak menggulingkan kerajaan secara kekasaran, dan ini tak syak lagi adalah antara ayat yang paling bangang dalam tahun 2012.. kah kah kah

Nota Ciput : PKM dah lama bubar weyh.. bekas ahli yang masih hidup pon kesemuanya dah masuk era expired..  tapi CPC masih berkuasa dan jadi tunjang pemerintahan komunis.. apa cerrr?

Iklan Yang Mencapai Standard Haram Jadah


Apa pasal la mengarut sangat tahap iklan kat akhbar sekarang neyh. Luorang perati tengok ... pakai model bertudung, ok le tu .. tapi siap statement ''ramai lelaki TERUJA melihat kehebatan PAYUDARA kami yang mantap lagi terserlah'' .. terserlah kepala abah dia.. awat bangsat sangat??

Samada sedar atau idak, iklan cam ni pon merupakan satu bentuk penghinaan kepada wanita dan aurat itu sendiri. Baghal ayam betul .. 

Thursday, July 19, 2012

Apa Kesudahan Dengan Cerita Ni ?? Happy Ending Ke ??

Klik kalo tak clear


Isu ni memang sangat hot diperkatakan sekitar Mac - April 2012, sampai habih terlondeh pasal banglo, botox, komisen, orang tengah untuk projek dan macam macam lagi cerita yang menambahkan sensasi.

Kemudian keluar plak pihak sini nak saman sana, yang sana nak saman sini .. pihak sini nak keluarkan bukti lebih terperinci, puak sana nafi .. sehinggalah tarikh 28 April apabila Bersih 3.0 mengambil alih tempat sebagai berita yang diperkatakan seantero dunia.

Selepas dari Bersih 3.0, kita semua diheret kedalam isu demi isu sehingga wa tengok langsung takde perkembangan pasal berita yang kat atas ni .. ada sesape yang boleh bagi pencerahan ?? ke wa yang terlepas pandang ??

Wednesday, July 18, 2012

Foto Edit Yang Paling Sedih .. Kah Kah Kah



Kami Ber Tiga Penyamun Tarbus,
Sudah Menang PRU 12 Kami Berambus,
Inilah Kerja Kami Mencari Kekayaan,
Biarlah Pengundi Kami Bodohkan...
Huh ~!!? Sedeyh ..
kah kah kah kah kah 

Sumber Foto : Facebook

Tuesday, July 17, 2012

Bukti Hishamuddin Tak Layak Jadi Menteri .. Kah Kah Kah


Poll yang kat atas ni dicetuskan oleh blog pro kerajaan, Outsyed The Box. Dari 439 voters (setakat ni dah melonjak ke 532), 422 orang setuju yang Hishamuddin tak layak untuk jadi Menteri Dalam Negeri dan dalam masa yang sama 266 orang yang percaya beliau langsung tak layak untuk mana mana jawatan menteri.

Yang lagi haru .. ada 74 voters yang pilih Hishamuddin kena cross dressing .. wa tak tahu le niat penganjur undian untuk bab cross dressing ni .. tapi pada fahaman wa .. auwww .. kah kah kah kah .. boleh ah ganti Najib untuk menteri wanita plak ..


Nota : wa percaya poll ni akan segera ditutup kalo flow cam ni berterusan .. apatahlagi ada komen yang dah mula panas mempertahankan Hishamuddin .. huhu .. dan pada Hishamuddin, sila pegi kesat air mata sekarang .. kah kah kah kah

Nicholas Anelka : Sebuah Perjalanan Mencari Kedamaian

Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpu perhatian dan memiliki semangat tinggi. Saya senang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang tenang dan saya juga banyak belajar dari Islam

London - Lahir di Versailles, France, 14 Mac 1979, Nicholas Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes, sebuah bandar kecil yang terletak di pinggir barat kota Paris. Sebelum memeluk agama Islam, Anelka merupakan seorang Atheis atau tidak percaya adanya tuhan, bukan seorang penganut kristian sebagaimana sangkaan sebahagian orang, kerana Anelka benar benar tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.

Namun, ketika tidak beragama itulah, beliau banyak bergaul dengan teman teman dari kalangan keluarga muslim. Bermula dari situ, pemain yang kini beraksi dengan kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua itu mulai tertarik untuk mendalami Islam. "Saya menjadi 'seorang Muslim' sejak saya berusia 16 tahun" ujar Anelka kepada majalah Super yang berpangkalan di Arab Saudi.

Dalam majalah FourFourTwo pula, penyerang yang pernah membawa Peranchis menjulang Piala Euro 2000 ini mengungkapkan sebab beliau memilih Islam sebagai pegangannya. Islam, menurut Anelka, adalah cara hidup yang amat sesuai untuk dirinya.

"Saya berasa aman dan tenang dengan agama dan hidup saya hari ini", ujar beliau yang juga menyandang nama Abdul Salam Bilal Anelka. Namun beliau tidak ingin memperincikan lebih lanjut apabila menyudahkan temuramahnya dengan mengatakan "Tapi ini adalah perkara peribadi dan saya tidak ingin ianya terlalu diperkatakan. Itulah sisi peribadi saya".

Memeluk Islam, mencorakkan perubahan positif dalam kehidupannya. Bekas peledak Chelsea itu berpendapat, Islam mendorongnya untuk bertindak dengan bijaksana. Tidak lupa, dia menegaskan Islam merupakan sumber kekuatannya samada di dalam atau di luar padang. "Saya mempunyai karier yang mencabar, saya kemudiannya memutuskan untuk mencari kedamaian.. dan akhirnya saya menemukan kedamaian itu dalam Islam", tambah beliau lagi.

Sumber : FourFourTwo

Monday, July 16, 2012

Santai: Koleksi Iklan Iklan Retro - Part 1

Hari ni wa nak share ngan luorang koleksi iklan iklan 70's - awal 80's. Mungkin ada yang familiar ngan foto foto kat bawah ni .. tapi memang retro ahh .. pakai ejaan lama lagi .. huhuhu


Putik Kapas Johnson antara produk yg masih top 

Makanan kanak kanak Dumex

Yeah .. untuk kegembiraan .. 

Timur Vs Barat ? Huhuhu

Yeah Magik .. Chuchi Kasi BERSIH

Iklan Gini Dulu Nampak Jauh Lebih Sopan ..

Weyh .. Agong Betul Iklan Ni . kah kah kah
Gitu le kira kiranya ..amacam retro ke idak ?.. kalau ada kesempatan dan tambahan koleksi .. wa sambung ke part 2 le plak ..

Nota : Mode hibernating, laptop dalam unit jagaan rapi .. huhuhu
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic