Saturday, April 7, 2012

Alhamdulillah, TG Nik Aziz Telah Dibenarkan Keluar HUSM


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan keluar  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sejak Khamis lalu.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas  berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin baik dan telah dibenarkan pulang, cuma beliau sedikit keletihan serta memerlukan banyak rehat."

“Saya juga bersyukur dengan keadaan beliau dan berharap Mursyidul Am Pas  dapat meneruskan khidmatnya kepada Islam dan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Nik Aziz, 81, mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim dan dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz turut mendapatkan rawatan di hospital sama kerana saluran jantungnya tersumbat.

Sementara itu, pada 8 Disember lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke hospital lebih  lima hari kerana masalah tulang belakang dan kemudiannya turut dimasukkan di hospital yang sama, pada bulan sama, selepas mengadu mengalami keletihan.

Walaupun keadaan kesihatan tidak memuaskan sehingga mendapat tekanan pelbagai pihak, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

- Sumber

Nota : Semoga TGNA segera sembuh untuk terus memimpin rakyat yang dahagakan ilmu dan pembelaan. Semoga TGNA terus tabah dan dikurniakan kesabaran yang tinggi terhadap segala mehnah dan tribulasi pihak yang sentiasa iri pada perkembangan negeri Kelantan khususnya. Semoga Allah melembutkan hati mereka yang membuat fitnah dan menerima kenyataan bahawa Islam mampu mentadbir negeri/negara dengan adil dan makmur. 

Kantoi : Wakil Rakyat BN Penang Curi Letrik ??


SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional dikesan  "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu.

Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.

Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.

Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang.

Sumber berkata, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas.

Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.


Kiri kanan pon dah sapu .. bil letrik pon nak kapur .. kah kah kah 
Macam cerita kassim baba sampai mentol lampu pon nak cilok .. kah kah kah

Bil air dapat bayar tak ??
Kalo itu pon miss .. meh datang Selangor ..
Tetiap bulan dapat free ... kah kah kah kah kah 

Satu Juta Hijab Untuk Shaima



Rujuk pada post wa yang lepas -> 18SG : Wanita Islam Dibelasah Hingga Mati Dalam Jenayah Perkauman Di US


  • Shaima, seorang ibu kepada 5 orang anak telah dijumpai berlumuran darah dirumahnya bulan lepas
  • Satu juta wanita pelbagai kaum dan agama berikrar untuk menyatakan sokongan pada keluarga Alawadi dengan mengenakan hijab/tudung
  • Polis masih belum mengenalpasti penjenayah yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan.
Sejumlah wanita seluruh dunia memuatnaik foto mereka mengenakan tudung/hijab ke laman web (facebook), sebagai menyatakan simpati dan sokongan kepada immigran Iraq yang dibunuh dengan kejam Mac lalu.

Ibu kepada 5 orang anak, Shaima Alawadi, dijumpai dalam keadaan pengsan dengan kesan pukulan yang teruk di rumahnya di San Diego dalam kes pembunuhan yang dikelaskan sebagai 'jenayah kebencian'.

Sebagai menunjukkan solidariti mereka keatas komuniti wanita Islam, satu juta wanita - yang kebanyakannya bukan beragama Islam - telah memuatnaik foto mereka dengan memakai tudung/hijab/skaf.


Seorang wanita, Saroise, berkata, "Saya memakai tudung ini sebagai tanda hormat kepada hak wanita yang memakainya" 

Sementara seorang wanita lain yang menyertai kempen itu, Lauralyn pula berkata, "Saya merupakan seorang guru sekolah di Detroit dan telah memakai tudung selama hampir 1 minggu sebagai simbol menentang anti-toleransi agama dan diskriminasi. Sokongan dan rasa kasih yang ditunjukkan oleh pelajar saya serta komuniti sekeliling amat memberangsangkan dan luar jangkaan.

Shaima Alawadi telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya didalam ruang makan rumahnya di El Cajon, satu daerah yang mempunyai ramai immigran yang datang dari Iraq.

Sementara ketika menyatakan kepada wartawan sehari selepas kes pembunuhan tersebut, Kassim Alhimidi, suami kepada mangsa, menyatakan, "Persoalan utama yang kami ingin tanyakan (kepada pembunuh sekiranya tertangkap), apa yang kamu dapat dari pembunuhan ini dan kenapa kamu melakukannya?"

==========================

Berita Dari Harian Metro

Los Angeles: Jean Younis tidak akan memakai topi Easter di gereja Ahad ini. Sebaliknya pengurus pejabat di Gereja Adventist Lembah Bonita di bandaraya National di California itu akan mengenakan tudung wanita Muslim untuk menyokong keluarga dan teman Shaima Alawadi, imigran Iraq serta ibu lima anak yang mati pada 24 Mac lalu, tiga hari selepas dibelasah dikediamannya di El Cajon, California.

"Saya jangka akan mendapat reaksi, tapi memang itu tujuan saya. Ia perlu dibincangkan," kata Jean, 59, yang meramalkan kebanyakan anggota gereja akan menyokong atau menghormati tindakannya.

Dia adalah antara ramai wanita bukan Islam yang memuat naik gambar mereka memakai tudung pada "Satu Juta Hijab Untuk Shaima Alawadi", laman facebook yang baru direka dan mempunyai hampir 10,000 pengikut Isnin lalu dan ratusan foto.

Pengikut yang lain menghantar mesej di laman itu mengenalkan diri mereka sebagai penganut Katolik, Quaker, Mennonite, Yahudi, Pagan dan Ateis.

Shaima, 32, melarikan diri dari Iraq pada 1993 dan menetap di Dearbon. Michigan sebelum berpindah ke California dimana dia dan suaminya bekerja untuk tentera AS menawarkan latihan kebudayaan.

Penyokong bimbang kerana sentimen Anti-Muslim di AS, pembunuhan Shaima yang dipercayai ramai berpunca daripada kebencian terhadap wanita Islam bertudung, tidak akan dihiraukan.

==========================
Sekilas antara yang menyatakan sokongan ..




Tess Murray - Buddha


Lore, France - Kristian Romanian 









Nota : Setakat post ni ditulis, pengikut fanpage facebook tersebut dan mencecah angka 14,000 orang.

Friday, April 6, 2012

Aik ..Mykad Baru Kehabisan Stok ? JPN Sila Jawab ..

Gambar Cilok


Di sini saya ingin memberitahu kepada seluruh Malaysia bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebenarnya telah kehabisan stok kad mentah MyKad di seluruh Malaysia menyebabkan kelewatan dalam penyiapan MyKad di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan tak berani nak bagitau Malaysia tentang ini. Kerana ini juga akan menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak pengurusan JPN sekarang.

Saya sebagai staf JPN amat tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan pengurusan atasan kami yang mengambil sikap sambil lewa, tidak endah dan ambil tidak peduli akan kami staf-staf bawahan di kaunter yang dimaki hamun, dicelaka dan disumpah seranah oleh orang awam yang marah akan kad pengenalan tidak siap.

Siapa tahan kena maki tentang piagam bodoh kad pengenalan siap yang ditetap oleh pihak pengurusan. Tetapi apabila tidak dapat dipenuhi, kami staf-staf bawah yang terpaksa menanggung tahinya.

Siapalah kami ini? Siapa yang faham akan perasaan kami? Di mana kami hendak mengadu? Setiap hari dimaki hamun, kerja balik lewat hingga pagi untuk bantu pelanggan kami menyiapkan kad pengenalan mereka?

Untuk pengetahuan anda, bahagian cetakan kad kami setiap hari balik sehingga subuh dan ada yang tidak balik langsung untuk cetak kad pengenalan pemohon tetapi masih juga tidak mampu untuk disiapkan.

Jika hendak dikata aduan aduan kami tidak disampaikan kepada pihak atasan, mereka memang telah maklum, sedar dan tau akan keadaan ini.

2 minggu lepas kami dimaklumkan oleh orang atasan bahawa kad pengenalan yang tidak siap ini hanya akan siap selepas bulan Julai 2012 dan kami sebagai staf kaunter hendaklah memaklumkan orang awam akan hal ini.

Maknanya kami kena menahan sumpah seranah orang awam ini sehingga Julai?

Di ibu pejabat negeri semua telah kehabisan stok kad mentah membuatkan kami tidak dapat mencetak kad pengenalan kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Yang tidak adilnya pulak, di Putrajaya ada pulak stok kad? Apa ni? Dalam JPN pun ada double standard seperti ini ke?

Saya juga harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Audit Negara masuk bagi menyiasat JPN ini. Saya percaya mesti ada yang tidak kena.

Bagaimana stok kad boleh habis macam tu je? Takkan sebagai orang atasan tak boleh nak jangka yang Malaysia ni ada berapa orang penduduk?

Saya harap pihak media dapat hebahkan semua ini kepada seluruh Malaysia. Biarlah semua orang orang atasan ini malu. -LC

Bahaya Si Ani - Muslim Nilai Progresif

Sumber : MVP Board Of Directors

First of all, wa nak higlight background minah yang terpampang kat atas supaya luorang tak tertanya tanya motif disebalik post wa ni.

Nama Glamour : Ani Zonneveld
Nama Sebenar : Zuraini Abd Kadir
Asal : Kedah
Umur : 49 Tahun
Menetap : Los Angeles

Serba Sedikit Latar Belakang :

Sumber : Wikipedia


- Dia ni pernah menang anugerah grammy award untuk lagu ciptaan dia pada tahun 2005 .


- Dilahirkan di Malaysia, Zuriani pernah tinggal di Jerman, Mesir dan India kerana mengikut bapanya yang bekerja dalam perkhidmatan diplomatik. Pendedahannya kepada pelbagai ragam politik, agama dan budaya telah membentuk beliau untuk menjadi seorang warga dunia .. fuhhh

- Zuriani telah mula mencipta lagu selama lebih 25 tahun dan pada tahun 2005, telah mengambil keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu-lagu yang dicipta, yang beliau gelar muzik pop Islam.

- Sebagai penulis lirik dan produser, beliau telah bekerja dengan ramai artis yang album mereka diedarkan di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Jerman, United Kingdom dan pastinya di Amerika Syarikat sendiri.

- Hasil kerjanya menerusi album Datuk Siti Nurhaliza telah diiktiraf Anugerah Industri Muzik(AIM) sebagai Album Terbaik tidak lama dahulu.

- Walaupun menetap di sebuah apartmen di Los Angeles bersama suami, rakyat Amerika, Arthur Zonneveld, 40, yang mengusahakan perniagaan penghantaran runcit, hati Zuriani masih di Malaysia. Beliau pernah menulis lagu untuk Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, dan Liza Hanim. Ini termasuk Bagaikan Puteri yang dinyanyikan Farah dan Jalan Di Sisimu oleh Ella.

Setakat tu le yang wa nak catitkan secara ringkas sebagai intro .. so apa kejadahnya ??

Ok standby dendiam, wa nak start cerita.

Minah ni sekarang merupakan co founder & presiden kepada satu gerakan yang bernama Islam Untuk Nilai Progressive (MPVUSA), satu gerakan yang semakin berkembang kat amerika nun. 

Luorang kalo alert ngan berita semasa, gerenti pernah dengar pasal Amina Wadud yang pernah menggemparkan dunia Islam dengan menjadi Imam solat Jumaat yang mana makmumnya bercampur antara pompuan ngan lelaki ..ni lah gerangan diowang punya group .. liberal seliberal liberalnya. 

Pic terlatest dari MPVUSA
Antara fakta yang luorang tau dalam jemaah ni ..

  • Imamnya seorang gay dan masih terus bergelumang ngan cara hidup gay 
  • Lepas ibadah boleh tonggang todi 
  • Pompuan dia plak boleh kawin ngan orang yang bukan islam 

... dan banyak lagi ah yang wa tak lalu nak tulih pepanjang .. luorang baca terus dari post terbaru Jaweed Kaleem kat Hufftington Post nun. Memana yang maleh nak membaca tu tak yah klik .. buang karen, then memana yang tak paham, luorang cari jalan nak translate kan ke BM sebab kalo luorang pakai google translate alamat macam terjemahan dvd cetak rompak lah adanya ..

Bilamana luorang nengok betapa tunggang langgangnya jemaah yang mengaku sebagai Islam Nilai Progresif ni, dapat tak luorang bayangkan cemana plak kepala otak presiden dia ?

Moh kita sekodeng apa fikrah minah ni .. adoih ..


Biadab ? malah lebih dari tu .. dengan bongkaknya dia interpret yang amalan Islam yang ada sekarang sebagai drakonian dan takleh bawak ketengah tengah masyarakat .. dan sebagai menyahut idea mentornya .. si Amina wadud tu lah, dia pon tak ketinggalan untuk jadi imam kepada makmum yang ada gak terdiri dari golongan jantan.


" if i tell my daughter, 'You can't eat PORK', but also i have to tell her, 'But at the time you're going to die and there's nothing to else for you to eat, you're allowed to eat pork. Please do. Because God loves you, your life so much so that God allows you to break that rule'." The Sun, Sept 7

Kat sini wa tak nak sungkit pasal makan babi, sebab ternyata dia menggunakan kaedah darurah. Tapi susah sangat ke nak sebut Allah berbanding GOD ? then bila wa selongkar lagi ..patut ah.. jawapan dia terang lagi bersuluh ..

"But the most important thing is we, as normal practising people, who are very spiritual, we should all gather together, we should all work together no matter what religion you are because you know, it is all the same God."

dan satu lagi ..

 "All the same God, just praying in different ways. The term 'do unto others what you want others to do unto you'? It is in Islam, in Christianity, in Judaism, in Buddhism, in Hinduism, in Zoroastrian, and on and on."

perghhh .. luorang fikir sendiri la .. jangan tanya dah bab aqidah .. kalo ada yang rasa nak setuju ngan dia .. gi korek lubang kubur .. tanam diri sendiri hidup hidup .. tak yah nyusahkan orang .

Motif wa post menda ni ?? Mudah .. sebab ada satu pertubuhan kat Malaysia yang ada bau bau bacang ngan mpvusa .. menyandang nama sister in islam, jangan pernah pandang remeh pada persatuan ni ..dan.. weyh .. Hassan Ali .. lu bila nak start kerja neyh ?? ..

Thursday, April 5, 2012

Auta Mangkuk Ni Bertahan Seminggu Aje

Sumber : Berita Hairan

Manis sungguh kata kata mamat ni .. tak nak bebankan rakyat le kunun .. prihatin tahap jingga la neyh .. alih alih tak dan seminggu .. berita ni plak menyusul ..pala hangguk dia ..


Sumber : Malaysiakini

Jenuh la  rakyat kat Malaysia ni .. kenyang dok asik makan kelentong cam taram nasik .. tahap ruji dah ..

Update : Terkini Pembedahan Jantung Prof. Haron Din


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
[Maklumat Terkini] PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL USA

2-Apr-2012 Isnin 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia) : 
- Tuan Guru masuk bilik pembedahan 

2-Apr-2012 Isnin 6:30 petang (3-Apr-2012 - 9:30 pagi waktu Malaysia) : 
- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.

3-Apr-2012 (Selasa)  1:00 pagi (3-Apr-2012 - 4:00 petang waktu Malaysia) : 
- Keadaan Tuan Guru bertambah stabil. Cuma TGUH kehilangan banyak darah. Tuan Guru telah mula sedar dan mengadu kesakitan kesan pembedahan, maka telah diberi ubat sedatif yang kuat.

 - Sumber

===================================

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.

Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.

Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.

Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'. Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.

Ya Allah sesungguhnya kami bermohon kepadaMu dengan penyaksian kami bahawa Engkau lah Allah tiada Tuhan melainkan Engkau yang Maha Esa yang ditujukan kepada Engkau-lah  segala permintaan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan yang tiada bagiNya sesuatu yang menyerupaiNya, yang tidak mengambil sesiapa sebagai isteri dan anak, yang tiada bagiNya sekutu dalam pemerintahanNya, yang telah menjadikan setiap sesuatu dan menetapkan baginya ketetapan yang sesuai baginya. Ya Allah sesungguhnya kami mengadu kepadaMu kelemahan upaya kami dan kekurangan usaha kami, wahai yang Maha Penyembuh setiap orang yang sakit, sembuhkan lah hambaMu ini (Tuan Guru  Dato’ Dr. Haron Din), berlembutlah dengannya wahai Allah yang Maha Penyantun mengatasi segala yang penyantun, berpihaklah kepadanya (dengan mengurniakan kesembuhan) bukan ke atasnya (dengan sesuatu yang tidak baik) dalam semua urusannya wahai Allah yang Maha Mendengar semua pengaduan, wahai Allah yang Maha Mengetahui semua bisikan, wahai Allah yang Maha Menghindari segala keburukan, dengan hak junjungan besar nabi Muhammad SAW.

(Doa ini disediakan oleh Ustaz Ikmal Zaidi)

Wednesday, April 4, 2012

Sampai Bila Agenda Melayu ?


Luorang pernah gi pasar karat ? Kat Penang wa dengar besar tapi kalo kat KL ni luorang boleh gi kat Petaling Street .. waktu antara 3 - 6 pagi .. kat sana luorang boleh nengok memacam khazanah lama . Sebut je apa yang luorang nak cari .. tutup botol tahun 60an, syiling zaman british, dulang memacam size, piring hitam, gambar seksi marilyn monroe termasuklah radiogram yang kengkadang karat dia lagi berat dari radiogram tu sendiri. 

Tapi wa nak cerita pasal radio khas tahun 70an. Stereo semata mata ngan bateri 2A dan takde pemain kaset. Cuba lu tanya brader yang jual tu .. kalo beli radio tu boleh dapat siaran 70an tak ? wa ingat samada brader tu tak layan lu .. ataupun lu boleh dapat penendang tanpa bayang .. kah kah kah kah 

Muak ! itu yang wa dapat katakan pasal cerita klasik ni. Melayu hilang hak laa .. terhakis laa .. semakin terpinggir laa .. mangkuk hayun laa .. bla bla bla .. dia ni baru keluar dari gua mana pon wa tak tau, atau mungkin dia baru  lahir dari fosil yang dah tertanam sejak zaman merdeka. 

Menatang mana yang jual beli tanah rezab melayu ? 

Paraok yang menzahirkan tentangan pada raja raja melayu secara terbuka ?

Hak dan keistimewaan melayu kian tercalar dan terpinggir pada zaman pemerintahan balaci mana ??

Sejak merdeka sampai la ni .. bukan PAS, PRM, PSM, DAP maupun JKR yang pegang tampuk kuasa maaaa .. dan baru baru ni je melayu baru tersedar yang bangsanya kena gelembong ngan kaum luorang .. 

Yang tak sedar cuma pemimpin dan pencacai yang gila pangkat dan kuasa, bila dah nak terantuk baru nak nampak melayu, kalo idak ..sakan pulun kiri kanan. Takyah cakap banyak laa .. penghulu merangkap ketua cawangan kat kampung wa pon pagar rumah beliau sama nilai ngan sebuah rumah kampung yang sekadarnya .. sedangkan pakcik wa (non partisan pakcik wa ni) bagai nak rak mintak bantuan betulkan zink rumah yang dah macam jala tangkap udang, 2 tahun pon tak dengar bunyi .. pe jadahnya ? 

Ya .. wa harap melayu sedar, sedar yang mereka dah lama tertipu .. dengan mainan rakaman radio tahun 70an .. fuhh

Tuesday, April 3, 2012

Santai : Hari Tu Keladi .. Ni Lobak Merah Plak


Weyh .. hari tu wa post pasal keladi bentuk cam kaki - refer post - hari ni wa nak share pasal lobak merah yang bentuk sebijik cam tangan .. memula wa nak ajak luorang ucap "SubhanAllah"..jangan lupa takde yang mustahil..

Lobak merah ni memang sesuai sangat kalo luorang nak tambah power masa menampar mulut mulut yang celupar .. padat dan padu .. kah kah kah kah


Walo pon dedua lobak merah ni datang dari hasil kebun yang berlainan, tapi luorang perasan tak .. dedua membentuk tapak tangan kanan .. tu tandanya kalo nak lempang .. kena pakai tangan kanan .. kah kah kah kah 

Tapi berbeza plak gambar yang last ni .. 


romantik siot .. nampak ala ala 'caring' gitu .. mesti keladi yang hari tu naik jeles .. perghhhh

Monday, April 2, 2012

MCA Yakin PR Akan Terus Menerajui Selangor ??

Sumber : Free Malaysia Today

Kalo ikut teori lapangan quantum then disilangkan ngan hukum tangan kiri flemming kita akan dapati cicak takkan mungkin beranakkan ayam .. kah kah kah  kah..

Luorang kalo tak dapat pakai otak kiri, cuba otak kanan, kalo dedua tak dapat gak .. cuba alignment pakai otak tetengah .. kah kah kah kah 

Donald Lim, pengerusi Macai Cap Ayam Selangor hari ni bermadah .. "Saya hanya ingin memberitahu rakyat Selangor ..kita harap PR boleh cari MB yang lebih baik dari Khalid" . huh .. seolah olahnya beliau konfiden PR akan terus jadi teraju negeri dalam tahun tahun mendatang.

Dengan mengambil kira kedudukan PRU yang akan datang tak lama lagi, Donald tentunya sedar yang jawatan MB tu takkan mungkin bertukar tangan dalam masa yang terdekat .. permintaan beliau yang inginkan MB baru dari PR akan berlaku hanya selepas tu. So kita harap, beliau sabar menanti ..sebab dalam PR memang ramai yang berkualiti berbanding MCA yang terpaksa amik aktor 18sx ..  kah kah kah kah kah

weyh blogger gerombolan.. wa pon terer spin gak .. kah kah kah kah kah 

Sarawak : PAS Mungkin Akan Ketengahkan Kaum Iban Sebagai Calon Parlimen


PAS mungkin akan mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lalu, apabila bercadang mengketengahkan untuk kali pertama seorang calon dari kaum Iban untuk bertanding di Kerusi Parlimen di Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid mengesahkan senaraipendek untuk calon yang berpotensi telah dibuat dan salah seorangnya merupakan calon dari kaum Iban yang dicadangkan untuk bertanding di Parlimen Sibuti, kawasan majoriti bumiputera, disini.

Adalah difahamkan calon dimaksudkan adalah juga merupakan seorang tenaga profesional yang bertugas di Kuala Lumpur.

"Keputusan untuk meletakkan calon tersebut adalah berdasarkan sambutan atau trend pengundi pada pilihanraya negeri tahun lepas. Kami melihat banyaknya sambutan dan sokongan dari kalangan pengundi Iban" katanya kepada Bernama hari ini.

Sebagai contoh, beliau berkata ketika PAS bertanding bagi merebut kerusi Beting Maro pada tahun lepas, sejumlah besar pengundi Iban disana telah mengundi calon PAS.

Ujar beliau lagi, dengan menurunkan calon Iban, makin terserlah matlamat untuk menjadikan PAS sebagai parti untuk semua kaum dan ini akan membolehkan PAS memahami masalah setempat dalam senario politik negeri Sarawak dengan lebih mendalam.

"Bagi PRU yang akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding enam atau tujuh kerusi parlimen di negeri ini" tambah beliau lagi.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di lima kerusi, iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kesemuanya tewas di tangan calon BN.

Nota : Dalam PRU 2008, PAS mencipta sejarah apabila meletakkan calon dari kaum India, Kumutha Raman, untuk bertanding kerusi Ulu Tiram di Johor. Kumutha menjadi wanita pertama dari kalangan yang bukan Islam menjadi calon PAS sejak parti ditubuhkan pada tahun 1951.

Kami sertai DAP bukan sebab kerusi kata Aspan, Ariff



SUBANG JAYA 1 April - Atas kekecewaan terhadap kepimpinan parti Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar kesatuan nasional. 

Malah mereka turut menolak dakwaan blog-blog Umno bahawa mereka menyertai DAP atas sebab tiada kekosongan kerusi dalam parti komponen lain Pakatan Rakyat PR seperti PAS dan PKR.

"Kami menyertai DAP kerana kami merasakan parti ini mengamalkan perjuangan dasar kesatuan nasional yang tidak mengamalkan politik perkauman dan agama malah dalam borang penyertaan sendiri tidak disediakan ruang untuk bangsa" 

"Kami bukan menyertai DAP atas dasar kerusi bukan untuk bertanding merebut kerusi Melayu dalam DAP Itu semua spekulasi Umno yang sejak dulu mengamalkan politik fitnah. Umno adalah kilang fitnah terbesar" tegas Asfan Alias ketika siri jelajah Kenapa Saya Masuk DAP anjuran Roketkini dan DAP Subang Jaya di sini. 

Menurut Asfan lagi masa yang beliau habiskan bersama Umno sejak 41 tahun lalu adalah satu pembaziran. Umno sekarang berbeza. Mereka memusuhi Melayu dan tidak menghormati badan legislatif negeri. Umno sudah mati dan hanya berselindung dalam tubuh Umno dahulu tegasnya. 

Jelasnya Umno sudah musnah sejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Dr Mahathir yang memulakan kronisme kerana beliau tidak faham politik. Pemimpin terdahulu adalah golongan aristokrat yang tidak makan duit rakyat, mereka fokus untuk membangunkan negara. Tapi bila orang biasa jadi pemimpin mereka mula sibuk untuk mengumpul kekayaan sendiri katanya lagi. 

Sementara itu bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan Datuk Ariff Sabri berkata penglibatan beliau dalam DAP adalah kerana parti itu adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi kesaksamaan ekonomi dan negara yang bebas dari rasuah. 

"Saya ambil keputusan yang lama untuk sertai DAP saya kecewa dengan kepimpinan parti yang mengamalkan kronisme politik berbeza dengan DAP yang memperjuangkan kesaksamaan dalam ekonomi bebas rasuah dan berjuang semata-mata demi demokrasi" tegasnya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Pulau Manis untuk sepenggal. 

"Umno bukan pejuang Melayu sejati mereka adalah pejuang hanya untuk sekumpulan Melayu" 

Tambah Ariff penyertaan dirinya ke dalam DAP juga berikutan gejala korupsi dalam Umno yang tidak dapat dibendung dan sudah tidak dapat terkawal. Umno dan rasuah ibarat aur dengan tebing. Umno tidak dapat hidup tanpa rasuah, rasuah tidak dapat berkembang tanpa Umno katanya lagi. 

Sementara itu anak kepada bekas pemimpin Umno Zairil Khir Johari berkata penyertaannya ke dalam DAP disebabkan parti itu mengamalkan keterbukaan dan tidak mengamalkan politik kronisme dan beliau benci dengan permainan perkauman dan agama yang didalangi Umno. Umno sudah sakit dan tidak boleh diubati. Parti itu menggunakan sentimen bangsa dan agama untuk takutkan rakyat Selama 46 tahun. 

Umno menuduh DAP Komunis chauvinis Melayu dan sebagainya sedangkan dasar DAP adalah perjuangan keadilan kesaksamaan tegasnya, yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng. 

Zairil turut menyelar Umno yang menurutnya menjadi dalang menuduh DAP mengkristiankan umat Islam. 

"Umno menuduh DAP mengkristian umat Islam sedangkan parti ini hanya mempunyai kurang 10 peratus ahli beragama Kristian, jadi apa logiknya tuduhan mereka itu?"  katanya lagi dan menegaskan kenyataan Umno itu adalah tidak berasas.

- Sumber 

Nota : Blog Aspan Alias - Aspan Alias Net
          Blog Datuk Ariff Sabri - Sakmongkol AK47

Sunday, April 1, 2012

Video : UMNO Setiawangsa Bergolak ?


Perghh ... bukan kat SPR je nama boleh hilang, peringkat bahagian gerombolan pon ada rupanya .. ishk ishk ishk 

wa quote keterangan video ..

episod yang tidak sepatutnya berlaku, apabila kerakusan merebut jawatan mempengaruhi emosi pemimpin-pemimpin Umno bhg Setiawangsa-Ketua Umno Cawangan Setapak Jaya 1A,En.Awaluddin Abu Zaharin telah di Mangsakan apabila jawatan nya dirampas sebegitu rupa dihadapan ahli-ahli umno cawangan,bersaksikan wakil-wakil Umno W.P dan juga wakil Umno Bhg.Setiawangsa.Peristiwa ini berlaku pada Jumaat 23/03/2012 di Setapak Jaya 1A.

 "itu zaman kau bergaduh dengan leha.." ?? kah kah kah kah kah
gitu le senarionya .. lu cilok wa , wa cilok lu
jawatan punya pasal.. kawan hilang pon pe de hal ...
sib baik makcik tu tak buat choke slam kat situ .. kah kah kah kah kah

Foto : TGNA - Wajah Kesayangan Hamba






Speak Louder Than Words .. *Speechless*

Halemak .. Pemuda Umno PP Kantoi Plak Dah ..

Niinndiaaaaa ... piiiiraahhhhhh

Punya la libang libu puak ni canang isu Masjid Bayan Mutiara macam cacing tak cukup air, menggelisah macam kucing hilang anak, macam radio tak cukup karan ..alih alih datang plak Kongres Melayu P.Pinang kasi pecah lobang .. tu dia aih ..apa lagi .. sila tepuk dahi sampai lebam .. kah kah kah kah

==========================

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. - Sumber

==============================

2 hari lepas site diowang dengan bangganya suh LGE saman sebab nak tunjuk kebenaran konon ..

"Biar rakyat negeri ini tahu apa sebenarnya kerajaan negeri telah buat," katanya pada sidang media di sini hari ini sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik Lim sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu penjualan tanah berkenaan.

Apalagi , PR kasi pertahan la Penang sebab kes mesti sebut lepas PRU, lepas tu jangan tarik hand brake .. kasi saman je sampai tak cukup tanah dia nak lari ... kah kah kah kah ... habih la lu anak Inche Mydin

Debik Santai : Spin Sampai Lebam

Refer signboard atas ni .. 

Soalan Pertama : kalo wa cakap hala nak ke Seremban luorang kena terus bukan korner kiri, luorang percaya tak ? Ceh simple melampau soalan ni sebab mesti la luorang percaya sebab signboard tu dah tulih gitu kan ? Takkan le pihak yang bertanggungjawab dengan sengaja nak buat luorang hilang haluan. 

Soalan Kedua : Kalo nak gi Pedas wa cakap, lu kena korner kiri, luorang boleh ikut tak ? .. dah tentu luorang takmo sebab signboard tu dah tulih pergi terus apahal plak nak ke kiri, tak kira le lepas tu boleh u-turn ke atau ada simpang lain boleh tune balik ke Pedas. Ikut arahan signboard cam soalan pertama tu je kan senang.

Soalan Ketiga : Kalo wa yang bagi direction ni berpandukan signboard tu tentang arah yang betul, adakah itu bermakna wa yang bina signboard ni ? .. adoih .. soalan pe lak ni ?

weyh .. rilek laa .. jangan peningkan kepala .. wa bukan nak uji kepintaran atau nak rendahkan intelektual luorang. Wa cuma nak buat analogi mudah bagi kaum kaum yang sebangsa wa paham, dan toksah spin spin bagai nak rak.

Tuan Guru Nik Aziz kata TOLONG ISLAM/TOLONG AGAMA ALLAH balasan dia syurga. Tolong Sekular boleh neraka .. sama gak ngan soalan pertama. 

Yang luorang nak spin cam soalan kedua tu pehal ? Sebab dia Mursyidul Am PAS luorang spin le kata Undi PAS masuk syurga .. gitu ?

Balasan syurga tu bukan TGNA yang buat .. sebab signboard dia memang dah ada cam soalan ke 3. 

Kalo luorang nak spin .. signboard tu kena tukar cam kat bawah ni ... kah kah kah kah kah 


Siri Pengkhianatan UMNO Atas Nama Melayu Part II



Senarai tanah tanah rezab melayu yang telah berjaya diprojekkan oleh puak puak gerombolan 

1) 22,000 ekar (Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) 

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL). Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! 

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12). 

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.) 

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu. 

Cool 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan. 

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. 

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara - PR atau UMNO? 

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. 

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. 

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) 

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. 

16) Tanjong Pagar yg menjadi persinggahan terakhir KTM dan menjadi satu2nya tanah rizab melayu yg tinggal di luar negara telah digadai oleh pentadbiran Najib demi mendapatkan pegangan entiti 60% di Marina Court. 

17) Gunung rizab melayu iaitu Gunung Ulu Kali yg sepatutnya dibangunkan sebagai settlement org asli telah diserahkan secara percuma kepada Lim Goh Tong dan Genting Berhad untuk dijadikan pusat perjudian terbesar asia pasifik.

=============================



Aziz     :  Ia tak ia la Din .. rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang yang tinggal  blom ?
Sudin   :  Rumah yang mana tu ?
Aziz     :  Yang kau cakap tu
Sudin   :  Owh rumah tu  ada kosong lagi .. kalo kita apply dapat laa
Aziz     :  Berapa bilik ada Din ?
Sudin   :  Bilik yang aku tengok ada dalam 3 bilik le yang kosong
Aziz     :  3 bilik .. bagus la kita sorang satu ye ? besar ke bilik tu Din ?
Sudin   :  Besar tu tak berapa besar la bilik tu Jiz .. panjangnya tu 7 kaki kau tau ? lebarnya tu membawak ke     3 kaki , dalamnya sama dengan panjang 7 kaki daaa

Aziz     : Besar jugak .. bagus le rumah tu ya .. 7 kaki panjangnya ,, 3 kaki lebarnya ,, ada dalam plak ya .. itu kubur .. tempat kau nak mampos ... kah kah kah kah kah

Santai Cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Sejuk hati wa layan video ni walopon singkat. TGNA jalani kehidupan tak ubah macam pakcik makcik kita kat kampung walhal beliau dah 22 tahun menjawat title Menteri Besar ..

Apa de hal ye dak .. dari main golf .. baik menebas kat kebun .. ke luorang tak setuju ?

A.Samad Said Ajak Kasi Jatuh BN Johor



JOHOR BAHARU, 31 Mac: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Johor mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya mengajak semua orang kampung, dan golongan yang teraniaya supaya bangkit mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat)," ujarnya.

A Samad berkata demikian dalam ucapannya di Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor dekat sini.

Program yang dianjurkan PAS Johor berjaya menghimpunkan ramai rakyat Johor, khususnya orang-orang Melayu, mengadu nasib bahawa mereka dianiaya oleh kerajaan Umno BN Johor.

Tegas A Samad, selaku golongan Sasterawan, beliau berkarya dengan puisi dan sajak, untuk mengajak rakyat Johor, supaya bangkit menolak kedangkalan Umno-BN.

Antara pengadu yang hadir adalah golongan nelayan di Penggerang, Kota Tinggi yang mengadu tanah rakyat akan diambil untuk projek Petronas Rapid.

Rakyat bangkit membantah kerana perkampungan nelayan merupakan perkampungan tradisi yang hendak diambil atas alasan pembangunan.

"Tanah kami hendak dirampas, semua hendak dipindahkan, masjid hendak dipindah, rumah, tanah, malah kubur pun hendak dipindahkan.

"Yang hidup teraniaya, yang sudah mati pun menjadi mangsa," ujar wakil nelayan Penggerang.

Hadir sama di majlis dialog tersebut ialah AJK. PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan panel peguam. - Sumber

====================

Salut pada Pak Samad .. 

Kalau orang cerdik dah lama tinggalkan gerombolan
Weyh orang Johor kasi ubah lah pada Pakatan ..
Sampai bila nak terus diperbodoh bodohkan 
Orang atas sibuk kumpul harta .. orang bawah kumpul beban ..
Kali ni kasi pecah jangan bagi can .. amacam .. ada bran ??

Siri Pengkhianatan UMNO Atas Nama Melayu



Kini nama Melayu dijual sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu : 

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999? 

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95% Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama? 

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan? 

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan? 

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997? 

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji? 

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB? 

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. 

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi? 

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT? 

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu? 

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen? 

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja Raja Melayu pada awal 1990-an? 

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu? 

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999? 

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa? 

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%? 

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain lain? 

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar? 

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di IPTA/IPTS? 

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter? 

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA? 

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang? 

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2? 

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimis? 

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu? 

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu? 

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan? 

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini? 

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)? - Sumber 

Siapa .. ? Siapa .. ? Ahmad Albab ? kah kah kah kah kah

Katak Dah Tak Duk Bawah Tempurung Sebab ...

.. (sambung tajuk .. dah belajar dok bawah zink .. kah kah kah kah


PASIR MAS – Rakyat dinasihatkan berhati-hati sekiranya masih mahu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, kelak.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menasihati rakyat agar menilai semula tindak-tanduk pemimpin pembangkang ini, sebelum berlakunya bencana kepada negara. .... bla blah bla .. bla bla bla ....letih ..

“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. - Sumber 

===========================

Owh patut le semalam khabarnya ceramah Anwar kat Kota Bharu langsung takde sambutan orang melayu .. rupa rupanya orang Islam dan melayu dah tak sokong beliau .. isk isk isk .. mungkin yang datang semalam ni kesemuanya campuran kaum cina, india, bangla, myanmar ngan vietnam kot .. sebab orang melayu semua berlumba lumba gi jumpa Berahim sebab nak dapatkan zink .. kah kah kah kah 



huwarghhhh ... ngantuk ah nengok putera katak ni .. orang lain tangkap gambar pakai cek besar .. dia pakai zink pon jadi ... janji juara isu .. kah kah kah kah
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic