Saturday, April 7, 2012

TAGGED UNDER:

Kantoi : Wakil Rakyat BN Penang Curi Letrik ??


SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional dikesan  "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu.

Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.

Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.

Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang.

Sumber berkata, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas.

Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.


Kiri kanan pon dah sapu .. bil letrik pon nak kapur .. kah kah kah 
Macam cerita kassim baba sampai mentol lampu pon nak cilok .. kah kah kah

Bil air dapat bayar tak ??
Kalo itu pon miss .. meh datang Selangor ..
Tetiap bulan dapat free ... kah kah kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. ini letrik punya crita sikit ada syiok wa mau baca..
    keh keh keh keh keh...

    ReplyDelete
  2. @Madie lu pandai alter meter letrik ke Madi ?? moh buat bisnes .. Adun pon boleh jadi kastemer ..keh keh keh ...

    ReplyDelete
  3. kui kui kui kui...
    wa staff yg berintegriti bro.. umah wa sendiri pun wa tak buat, takkan la wa nak bat kat umah org plak kan... tapi Adun ni spesis Kassim Baba, dalam citer P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.. 'Nasib ko panas, kalo ko tak panas, dgn ko2 sekali aku kebas!!'..

    keh keh keh keh keh keh..

    ReplyDelete
  4. @Madieweyh .. intergriti ke integrasi ?.. kah kah kah .. biasak aaa .. selagi ada peluang .. cilok sampai lumat

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top