Saturday, April 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Satu Juta Hijab Untuk Shaima



Rujuk pada post wa yang lepas -> 18SG : Wanita Islam Dibelasah Hingga Mati Dalam Jenayah Perkauman Di US


  • Shaima, seorang ibu kepada 5 orang anak telah dijumpai berlumuran darah dirumahnya bulan lepas
  • Satu juta wanita pelbagai kaum dan agama berikrar untuk menyatakan sokongan pada keluarga Alawadi dengan mengenakan hijab/tudung
  • Polis masih belum mengenalpasti penjenayah yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan.
Sejumlah wanita seluruh dunia memuatnaik foto mereka mengenakan tudung/hijab ke laman web (facebook), sebagai menyatakan simpati dan sokongan kepada immigran Iraq yang dibunuh dengan kejam Mac lalu.

Ibu kepada 5 orang anak, Shaima Alawadi, dijumpai dalam keadaan pengsan dengan kesan pukulan yang teruk di rumahnya di San Diego dalam kes pembunuhan yang dikelaskan sebagai 'jenayah kebencian'.

Sebagai menunjukkan solidariti mereka keatas komuniti wanita Islam, satu juta wanita - yang kebanyakannya bukan beragama Islam - telah memuatnaik foto mereka dengan memakai tudung/hijab/skaf.


Seorang wanita, Saroise, berkata, "Saya memakai tudung ini sebagai tanda hormat kepada hak wanita yang memakainya" 

Sementara seorang wanita lain yang menyertai kempen itu, Lauralyn pula berkata, "Saya merupakan seorang guru sekolah di Detroit dan telah memakai tudung selama hampir 1 minggu sebagai simbol menentang anti-toleransi agama dan diskriminasi. Sokongan dan rasa kasih yang ditunjukkan oleh pelajar saya serta komuniti sekeliling amat memberangsangkan dan luar jangkaan.

Shaima Alawadi telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya didalam ruang makan rumahnya di El Cajon, satu daerah yang mempunyai ramai immigran yang datang dari Iraq.

Sementara ketika menyatakan kepada wartawan sehari selepas kes pembunuhan tersebut, Kassim Alhimidi, suami kepada mangsa, menyatakan, "Persoalan utama yang kami ingin tanyakan (kepada pembunuh sekiranya tertangkap), apa yang kamu dapat dari pembunuhan ini dan kenapa kamu melakukannya?"

==========================

Berita Dari Harian Metro

Los Angeles: Jean Younis tidak akan memakai topi Easter di gereja Ahad ini. Sebaliknya pengurus pejabat di Gereja Adventist Lembah Bonita di bandaraya National di California itu akan mengenakan tudung wanita Muslim untuk menyokong keluarga dan teman Shaima Alawadi, imigran Iraq serta ibu lima anak yang mati pada 24 Mac lalu, tiga hari selepas dibelasah dikediamannya di El Cajon, California.

"Saya jangka akan mendapat reaksi, tapi memang itu tujuan saya. Ia perlu dibincangkan," kata Jean, 59, yang meramalkan kebanyakan anggota gereja akan menyokong atau menghormati tindakannya.

Dia adalah antara ramai wanita bukan Islam yang memuat naik gambar mereka memakai tudung pada "Satu Juta Hijab Untuk Shaima Alawadi", laman facebook yang baru direka dan mempunyai hampir 10,000 pengikut Isnin lalu dan ratusan foto.

Pengikut yang lain menghantar mesej di laman itu mengenalkan diri mereka sebagai penganut Katolik, Quaker, Mennonite, Yahudi, Pagan dan Ateis.

Shaima, 32, melarikan diri dari Iraq pada 1993 dan menetap di Dearbon. Michigan sebelum berpindah ke California dimana dia dan suaminya bekerja untuk tentera AS menawarkan latihan kebudayaan.

Penyokong bimbang kerana sentimen Anti-Muslim di AS, pembunuhan Shaima yang dipercayai ramai berpunca daripada kebencian terhadap wanita Islam bertudung, tidak akan dihiraukan.

==========================
Sekilas antara yang menyatakan sokongan ..




Tess Murray - Buddha


Lore, France - Kristian Romanian 









Nota : Setakat post ni ditulis, pengikut fanpage facebook tersebut dan mencecah angka 14,000 orang.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top