Monday, April 2, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sarawak : PAS Mungkin Akan Ketengahkan Kaum Iban Sebagai Calon Parlimen


PAS mungkin akan mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lalu, apabila bercadang mengketengahkan untuk kali pertama seorang calon dari kaum Iban untuk bertanding di Kerusi Parlimen di Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid mengesahkan senaraipendek untuk calon yang berpotensi telah dibuat dan salah seorangnya merupakan calon dari kaum Iban yang dicadangkan untuk bertanding di Parlimen Sibuti, kawasan majoriti bumiputera, disini.

Adalah difahamkan calon dimaksudkan adalah juga merupakan seorang tenaga profesional yang bertugas di Kuala Lumpur.

"Keputusan untuk meletakkan calon tersebut adalah berdasarkan sambutan atau trend pengundi pada pilihanraya negeri tahun lepas. Kami melihat banyaknya sambutan dan sokongan dari kalangan pengundi Iban" katanya kepada Bernama hari ini.

Sebagai contoh, beliau berkata ketika PAS bertanding bagi merebut kerusi Beting Maro pada tahun lepas, sejumlah besar pengundi Iban disana telah mengundi calon PAS.

Ujar beliau lagi, dengan menurunkan calon Iban, makin terserlah matlamat untuk menjadikan PAS sebagai parti untuk semua kaum dan ini akan membolehkan PAS memahami masalah setempat dalam senario politik negeri Sarawak dengan lebih mendalam.

"Bagi PRU yang akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding enam atau tujuh kerusi parlimen di negeri ini" tambah beliau lagi.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di lima kerusi, iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kesemuanya tewas di tangan calon BN.

Nota : Dalam PRU 2008, PAS mencipta sejarah apabila meletakkan calon dari kaum India, Kumutha Raman, untuk bertanding kerusi Ulu Tiram di Johor. Kumutha menjadi wanita pertama dari kalangan yang bukan Islam menjadi calon PAS sejak parti ditubuhkan pada tahun 1951.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top