Saturday, January 15, 2011

Gempar - DAP Anti Islam

Foto dari Akaun Facebook Akhi Dhamam
DAP melalui lajnah gerak sarafnya telah mula memasuki fasa terbaru nya iaitu Program Anti Harakah Islamiyyah Tenang ( PAHIT ) yang sekarang semakin hangat dan menjadi perbualan ketika proses pengundian PRK Tenang semakin hampir. Ia menjadi satu perbualan hangat didalam forum forum yang diadakan di kedai kedai kopi,  perhentian bas, tapak pengumpulan buah sawit, dan tidak ketinggalan rumah rumah individu yang merasakan perlunya ada kesedaran dari penyebaran kepada projek undercover ini .

Menurut jurucakap yang tak dilantik .. antara isu yang dijangka dapat membuatkan rakyat menolak ideologi yang ingin dibawa oleh DAP melalui agen agen sahnya ialah :

1 .  Kenyataan agennya dalam MCA , Mr Chua (bukan nama sebenar .. LOL) , yang terang terang menghina Perayaan Aidil Adha dalam kenyataannya yang berbunyi : 
“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter ... baca lebih lanjut disini 

2. Mr Chua , agen yang juga dikenali sebagai pelakon filem porno secara kecil kecilan juga telah mengeluarkan kenyataan baru baru ini yang berbunyi :
Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.. baca lebih lanjut disini 
3. Agen wanitanya yang lebih ingin dikenali dengan nama First Lady, Ms. Ros .. telah menghina nama Rasulullah dalam penganjuran acara fesyen IFF yang telah diadakan di Monte Carlo atas nama Pertunjukan Fesyen Busana Islam. Baca selanjutnya disini 

4. Agen wanita tersebut iaitu Ms Ros juga sebenarnya tidak berseorangan dalam mempersendakan Islam . Beliau turut dibantu oleh isterinya DS N (nama beliau dirahsiakan .. LOL) . DS N ini pula adalah merupakan agen hierarki tertinggi yang dimiliki oleh DAP sekarang . Berikut adalah antara ucapan beliau yang masih kita ingati sehingga sekarang 

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)

5. Melalui agennya seorang peguam yang juga ahli seumur hidup, yang telah memprotes laungan azan di Kampung Kerinchi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ummat Islam . Walaubagaimanapun isu itu dianggap 'selesai' setelah peguam tersebut berpindah rumah . aih pindah rumah selesai isu ke ? .. baca disini untuk lebih lanjut .

6. Senarai petikan ucapan dari agen utamanya yang telah bersara iaitu Dr. M, yang memang berkaliber dalam gerak kerja DAP.

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." 
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." 
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

7. Senarai ucapan agen DAP yang lain .

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." 
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." 
(Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

===========

Kah kah kah ... banyak betul kenyataan 'anti Islam oleh DAP' eh ? .. weyh .. buka lah mata .. bukalah minda .. tepuk dada .. tanya selera 

Sekarang baca yang ni plak .. dari musuh DAP


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.
Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara .. baca lebih lanjut dari Sumber 


Ada lagi ..


KL 4 Jan 11: 'DAP anti Islam' dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar. Kata Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng.

Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor.. baca lebih lanjut dari Sumber 

Nota : Maka, entah mana salahnya, LGE dan DAP dibelasah tanpa henti oleh orang-orang Umno yang kononnya sangat sayangkan Islam. Guan Eng dikatakan menekan orang Melayu dan Islam, sedangkan sejak berkuasa dia meluluskan banyak peruntukan bagi pembangunan Islam. Kasihan, dibuat baik tapi difitnah jahat. Tapi, itulah kerja Umno yang Ulamo mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu.

Friday, January 14, 2011

Pedofilia - Kecelaruan Seks Yang Semakin Serius

 Seremban, 14 Jan. Seorang lelaki warga India mengaku salah dihadapan hakim Mahkamah Sesyen disini diatas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak kanak perempuan yang berusia 8 tahun di Daerah Rembau minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Naina memasukkan kemaluannya ke dalam mulut kanak kanak itu di sebuah rumah kedai di Jalan Dato' Undang , Rembau pada 6 Januari 2011.

Berdasarkan fakta, mangsa yang ditarik ke belakang sebuah kedai runcit sempat menjerit lalu memberitahu bapanya mengenai kejadian tersebut yang kemudiannya membawa kepada penangkapan suspek dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut .

Nota : Pertuduhan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan
          Jika Sabit Kesalahan : Penjara sehingga 20 tahun beserta sebatan

=====================

Apa Itu Pedofilia

Pedofilia ialah kecelaruan tingkah laku seks di mana individu menpunyai masalah psikologi yang tertarik dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun, di mana dia mampu berimaginasi seks terhadap kanak-kanak tersebut.

Mereka yang mempunyai tingkahlaku pedofilia ini sukar dikenalpasti.

Yang lebih mengejutkan, kemiskinan… antara punca wujudnya fenomena ini.

“Kemiskinan punca semakin bertambah kes pedofilia kerana orang miskin tidak mempunyai wang untuk berhibur di luar, hanya duduk di rumah lantas berfikir mengenai seks.”

Antara faktor terjadinya pedofilia adalah perkembangan tumbesaran kanak-kanak di mana kajian lebih daripada 50 peratus individu yang mempunyai pemikiran pedofilia ini terjadi semasa zaman kanak-kanaknya diganggu secara seks oleh orang dewasa yang lain.

Yang kedua, pembelajaran melalui media dan internet mengenai pornografi mudah didapati dan akhirnya menyebabkan orang lain tertarik dengan tingkah laku ini.

Selain itu, faktor sosial menyebabkan si perilaku tidak mempunyai ramai kawan kerana pengalaman silam di mana perhubungannya akan beralih kepada kanak-kanak.

Akhirnya, si perilaku pernah mengalami gangguan zaman perkembangan semasa kanak-kanak seperti suka menyimpan permainan kanak-kanak.

“Semua ini berpunca daripada mereka yang mengikut naluri nafsu yang tak terkawal kerana kekosongan ilmu agama. Inilah yang kita lihat lelaki gila seks bermula daripada unsur-unsur luar kawalan, iaitu bertindak mengikut naluri yang mendorong minat yang terlalu mendalam,” kata Ustaz Masridzi Sat, Pengerusi Pertubuhan Darul Islah Malaysia (PERKID).

Nota : Pelbagai pihak harus memainkan peranan masing-masing, agar kita tidak lagi mendengar berita-berita yang menyayat hati. Profil manusia haiwan sebegini semakin banyak berkeliaran dalam masyarakat. Cukuplah sekadar kekejaman disiarkan di dada-dada akhbar. Biar apapun persepsi masyarakat, namun kita tidak dapat lari kerana inilah realitinya.

Yang menjadi mangsa, generasi baru…kanak-kanak.

Apa pun cara yang dapat dirangka , peranan ibubapa adalah yg paling utama dititikberatkan .. jangan ambil mudah tentang keselamatan anak anak ketika berada diluar rumah ..

Jangan benarkan peristiwa malang yang menimpa adik Nurin Jazlin kembali berulang ...

Thursday, January 13, 2011

Datuk Yang Terlampau

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.


========

Tu pasal apa tu .. dah tak masyuk ? kah kah kah 
Beli gelaran sampai 250 ribu .. humang aih .. nak kata apa lagi .
Sahih la ada gelar Datuk senang dapat projek 
Nak dapat gelar Datuk plak kena bagi rasuah sampai 1juta .. SPRM taknak siasat ke ? dah ngaku tu ..


Ngan title Datuk dapat jadi Presiden PVTM .. kogh kogh kogh
Ngan title Datuk dapat balun projek dah 5 tahun 
Title Datuk gak buat orang salam cium tangan .. 
Psttt .. tak cari artis ke ? kah kah kah .. 


Mamat ni tak nak mintak maaf ngan Anwar ke pasal kenyataan dia bulan 12 ari tu ?

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom berikrar akan mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir. "Sebagai penderhaka, pemimpin PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan perlu keluar dari negara ini.Kami haramkan Anwar dan mereka yang lain kembali ke tanah air walaupun selepas mati," katanya.

Pakai gelaran Datuk tipu tu bukan kira menderhaka ke ? 
Tipu Sultan tu kira tak derhaka ? .. moron 
Tak haramkan diri sendiri duduk kat tanahair ? 
Dah fikir ke nak mati kat mana ? Vietnam ? 
P.S .. Bini  tak marah ke hilang gelaran Datin ? .. kah kah kah 

Ni lagi satu bebal dari perbuatan KM ku yang terchenta ..


Memang nangih nengok Bollywood eh ?
Shah Rukh ada project apa kat Melaka ? kah kah kah 
Takde plak wa nampak dia ni menyumbang apa apa 
Ke ada sumbangan dari SRK untuk MAR?
Tapi yang pasti .. dia tak tambah glamer pon ngan Datuk
Sebab dia memang dah glamer .. kah kah kah
Kalo ngan dia kena cium tangan ke ?
Tapi kalo jumpa bik mama .. cium pipi .. kih kih kih
Weyh .. STAR apa cerita .. kalo berjaya .. boleh la dapat Tun plak ..
Eye Of Malaysia plak .. dah abih ke bayar saman ? .. ke nak ganti ngan gelaran Datuk kat orang Belanda ? kah kah kah 

Wednesday, January 12, 2011

Gebang Sampai Lebam


Owh .. baru wa tau yang selama ni Ahli Parlimen BN ni sebenarnya tak tau apa bidang tugas diowang .. kah kah kah ... jadi selama ni diowang bantu sape ? Mungkin sebelum ni diowang ingat yang jawatan MP tu wakil kepada kapitalis kot .. ataupun tiket untuk ke sorga .. kah kah kah 

Perkara paling asas diberi penekanan PM .. hadoih .. memang la .. basic je tu oiks .. luorang masa pilihanraya sape yg undi ? kambing ? kah kah kah .. sebab tu le diberi nama Wakil Rakyat .. samada ke DUN atau Parlimen .. bukan wakil tokey .. kah kah kah.

Kalo menda paling utama gini pon .. luorang kena tunggu 'fatwa' dari PM .. baik berenti je la oih .. jadi wakil pos je udah .. tak menyusahkan pakcik makcik kat kampung nun .. kah kah kah 

Bila Menteri Kesihatan Melawak


KUALA LUMPUR: Pesakit dikenakan caj perubatan yang tinggi dan tidak munasabah ketika menerima rawatan di hospital swasta boleh membuat aduan kepada Jawatankuasa Abitri Perubatan Kebangsaan bagi tujuan semakan semula caj berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jawatankuasa khas yang diwujudkan di setiap hospital swasta dan dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican di peringkat pusat, berperanan memantau dan menilai semula kadar caj sama ada berpatutan dengan kos yuran doktor dan kemudahan perubatan hospital berkenaan.

Keputusan itu, antara yang dicapai menerusi persetujuan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), pakar dan akademi perubatan baru-baru ini bagi mengelak hospital swasta mengenakan caj berlebihan kepada pesakit sewenang-wenangnya. - Berita Hairan

Haiya Latok .. apa mikin susah susah bagi lakyat mendelita ..olang tengah sakit maa .. mana sempat mau buat leport .. lu order saja maa suluh itu private hospital kasi laporan tanda harga sama lu .. haiya .. bengkel keleta pon kena letak tanda harga maa .. KPDN nanti saman .. Olang lamai bukan manyak sinang punya .. lagi lu suluh liaolang report sama lu .. lu punya pigawai mikin apa ? goyang telo ka ? kah kah kah .. haiya .. soli Latok .. wa talak perasan sudah mencalut .. kah kah kah 

Lagi satu wa sudah jatuh kelusi la loo tadi .. talak sengaja meh .. sebab baca lu punya statement ..

Ditanya kadar yuran baru doktor itu akan meningkatkan caj hospital, Liow berkata perkara itu tidak menimbulkan masalah.
“Yuran doktor tidak ada masalah, orang tidak mengadu. Yang bermasalah adalah bil hospital, kita akan pastikan bil ini dikawal dengan baik dan memang jawatankuasa ini diwujudkan untuk pantau yuran hospital dan yuran doktor,” katanya. 


Itu caj doktor kalo mulah .. bil hospital pon musti moleh tulun maaa .. ini lu cakap sudah tebalik .. bil hospital kasi tulun .. tapi itu caj doktor kasi maintain .. haiya .. lu cakap sama itu pendatang halam pon lia olang cabut lali balik takmo datang lagi woo .. sindlom picah pelut .. ketawa manyak kuat . Laggiii lu mau cakap .. tala masalah .. wa atak pengcan woo . 


Ada lagi satu .. 

Mengenai usaha kerajaan menyediakan kos perubatan percuma kepada rakyat, Liow berkata tidak ada negara mampu memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua rakyatnya kecuali kepada yang miskin. 
“Kalau ada pun, kita risau kalau ada yang salah guna perkhidmatan kesihatan untuk rakyat miskin. Kerajaan akan bantu, tapi bagi orang berada, saya fikir tidak ada yang setuju beri perkhidmatan percuma kepada yang kaya,” katanya. 





Olang miskin aa Latok .. pigi hospital kelajaan punya jam .. datang jam 8 .. abis jam 4 petang woo .. kalo sakit cirit birit pon boleh meninggal ditempat kejadian .. ini lu talak mintak lepot ka ?  Itu Hospital Universiti pon sulah convert jadi PPUM .. semua mau privatise maaaa .. olang miskin sekalang pon talak pilihan .. mau sayang luit kaaa .. mau mati .. kah kah kah .


Lu kalo ada masa aaa Latok .. lu menyamar laa jadi olang sakit dekat hospital gavenmen .. pakai misai palsu kaaa .. kasi olang talak cam .. lu tengok apa macam dia punya service .. sana bikin itu macam .. itu pasal private hospital pon selalu penuh maaa .. olang ada mau cepat sembuh .. bukan mau tengok itu misi jalan lenggang kangkong.

Ok a Latok .. wa kena belenti cakap .. lu punya lawak sulah buat wa sakit pelut .. wa takut kejap lagi wa pulak yang terpaksa panggil ambulance sebab ketawa talak belenti .. wa bukan olang kaya maa .. talak luit punya .. haiyaaa .. tak mo meyh . Itu ambulance punya charge pon bukan mulah punya .. kah kah kah .. wa chiao dulu .. adios


Tuesday, January 11, 2011

Makanlah Racun Untuk Berjimat

Tang ni wa nak cerita skit je sebab wa tau ramai antara luorang yg memang maklum .. mee segera memang tak berapa bagus utk kesihatan. Ye ke ramai yang tahu ? ntah le .. wa teka je .. tapi yang pasti ... mee segera ni memang sinonim ngan harga jimat ..  rata ratanya ngan harga RM4 untuk 6 bungkus .. boleh makan 6 kali you .. auwww ~!!

Dengan kenaikan harga kebanyakan barang masakan sejak kebelakngan ni, wa rasa mee segera memang jadi agenda wajib di pertengahan bulan buat mat mat rempit, orang orang bujang, yang tak berapa bujang .. malahan orang yg dah berkeluarga pon terbabit sama demi utk masa depan yang cemerlang .. hehe.. (tanpa memalu .. wa pon terlibat sama .. kah kah kah)

Ok , stret tu de poin .. mee segera memang sedap (ye ke ? ke sebab takde pilihan ?) dan jimat .. tapi ni yang wa nak bagitau luorang kalo luorang belum tau laaa .. kandungan yg terdapat dalam setiap pek mee segera terdapat bahan bahan aktif yang berbentuk racun dan menjadi tiket utk ke hospital berdekatan dengan kadar segera gak .. tak caya ? moh nengok gambar kat bawah ni ..


haaa .. tu dia .. apa aje yg kita bawak masuk dalam perut eh ? ... patut lah anak anak jadi hyper-aktif skang ni .. mak bapak masa bujang banyak belasah meggi rupanya .. kah kah kah . Menurut Codex (Jabatan Piawaian WHO/FAO) sebanyak 136 bahan pewarna/perisa/bahan yang ditambahkan kedalam setiap pek mee segera untuk membuatkan dia umphhh dan ada gak penambahan bahan utk bagi dia tahan lama .. ye le .. kengkadang bertahun dalam pasaraya .. huhuhu..

Selain tu , mennurut kajian yang dijalankan, setiap pek mee segera ni mengandungi sebanyak 2,400 miligram Sodium . Sementara ujikaji yang dibuat kat Hong Kong mendapati terdapat 5,800 mg Sodium untuk setiap 100 gram mee segera.. humang aih .. Ermm .. luorang tau ke apa kesan sodium tu ? haa baca kat bawah ni .

High sodium intake raises high blood pressure. It also creates other health problems like stroke, atherosclerosis, fluid retention, swollen ankles, Carpal Tunnel Syndrome, Meniere’s Syndrome, Premenstrual Syndrome, glaucoma, osteoporosis, kidney and bladder stones, stomach cancer, enlargement of the heart, rigidity of large arteries and asthma.
Takde jenama yang berkecuali dalam bab ni .. tak kira samada dalam negara atau diimport dari negara jiran .. atau pun sekadar mee segera tak berjenama .. sebab badan pengguna Pulau Pinang dah pon buat kajian susulan .. Baca kat bawah ni ..

Tests conducted by CAP on 10 samples of instant noodles found three samples to contain sodium above 1,000 mg. The average amount of sodium found in the samples was 830 mg. According to the current US Recommended Dietary Allowance (RDA) of sodium for adults and children over 4 years old is 2,400 mg/day. Consumption of instant noodles can easily cause excessive sodium intake as sodium is commonly used in our other daily foods especially from processed and hawker foods.  
So .. kalo wa sorang pengamal kesihatan wa akan cakap "berenti le woi makan mee segera .. sebab luorang dah tau kesan buruk dia .. bukan je untuk luorang .. tapi bakal zuriat luorang akan kena tempias sama .. menda ni akan kekal lama dalam badan luorang"

Tapi kalo wa sorang peniaga wa cakap lain plak " woit .. bukan boleh mati pon makan mee .. sikit je pon .. lagipun luorang kena jimat .. esok esok kena bayar hutang memacam .. kalo ada lebih boleh beli ferarri .. kah kah kah "


Nota :

  • 1210 juta paket yang berjaya dijual dalam pasaran negara pada tahun 2008 .. wow cemerlang
  • Terdapat perisa tambahan MSG (monosodium glutamate) yang menyebabkan Chinese Restaurant Syndrome
  • Mee dalam cawan lebih berbahaya sebab air panas yang dimasukkan kedalam bekas plastik akan membebaskan Dioxin kedalam sup. Dioxin adalah penyebab kanser
  • Mee segera juga diselaputi bahan yang semacam lilin .. tak bagi dia melekat .. luorang boleh nampak menda ni terapung cam minyak masa mee dah kembang 
  • Untuk setiap 1kg mee segera terdapat 10,000mg bahan yang dinamakan Propylene Glycol , sejenis bahan anti penyejukan yang digunakan untuk mengekalkan kekeringan mee dalam bungkusan. Bahan mudah larut ini akan terkumpul didalam jantung , paru paru dan buah pinggang disamping melemahkan sistem imunisasi badan
Tepuk dada tanya selera .. apa lagi .. jom le gi pasaraya reramai .. moh beli racun untuk kehidupan yang lebih gemilang .. 

Monday, January 10, 2011

Facebook Akan Ditutup - Lawak Paling Ngeri

Gegak gempita alam maya ari ni disebabkan berita besar yang mengalahkan tsunami .. berita apa ? Facebook nak kena tutup  ngan alasan .. Mark Zuckerberg dah boring nak buat duit .. kah kah kah .. weyhh .. kalo ye pon nak percaya .. biarlah logik skit . 

Wa bayangkan gini .. wa dah ada satu perniagaan menggoreng pisang .. kemudian ada le pengusaha pengusaha kuih ngan kek secara kecil kecilan tumpang sekali kat gerai wa .. sebab perniagaan wa maju .. tetiba wa umumkan nak tutup perniagaan wa .. sebab dah boring ramai sangat owang datang beli . sampai wa rasa tertekan .. dan mungkin disebabkan perniagaan goreng pisang wa la.. orang ramai sampai lupa nak makan lempeng kat rumah ... kah kah kah .. dah tu plak apa yg wa nak bagitau kat pengusaha kecil kecilan tu ? hadoih .. letih .

Siapa petualang disebalik penyebaran hoax ni ? ni dia .. blog yg bernama Weekly World News .. ntah datang dari planet mana ntah .. tetiba dia lebih tahu dari segala laman web yang besar besar .. malah dia lebih tahu dari Mark Zuckerberg sendiri .. khabarnya mamat ni dapat interview melalui telefon .. adoih .. ntah Mark mana le yang jawab agaknya .. sesilap Markonah .. kah kah kah .

Setelah diselidik lebih lanjut tentang isi kandungan web ni .. banyak cerita yg berbentuk mengada ngada.. kalo luorang tak caya .. gi selidik sendiri .antaranya



dan banyak lagi cerita yang bebetul buat kutu berguguran dari rambut dek gegaran otak diluar kawalan ..  so dengan otomatiknya kita akan dapat tau yang laman ni memang sengal .. nak percaya lagi ? .. walo cemana pon .. free free je laman tu collect komen sampai dekat 10 ribu .. lepastu ramai plak yg tumpang glemer tolong sebar cerita payah ni .. apa le buat susah susah diri sendiri .. Mark Zuckerberg elok je dok umah tengah minum milo .

Ok kemudian gi ke babak ke dua .. laman yg memula sekali buat penafian pasal hoax yang dah tersebar ni --> blogtechnical .. boleh nengok apa yang dia kata ..

So just to confirm, this is a fake story by a faux news site, similar to that of The Onion and Chive. As a reminder, always fact check before passing on stories, or else what happened today will keep happening over and over (like this trend will ever stop anyway)… oh yea, use some common sense. Also, with a company estimated at being worth over $50 billion, why would anyone even think of suddenly shutting it down. As a friend said, it would obviously make sense to sell it off rather than just kill it all together.
betul le tu .. takkan Mark Zuckerberg bengong sangat sampai nak tutup gitu je .. dah tentu tentu fb generate banyak income .. apsal tak jual je .. 50billion beb .. bukan 50 ringgit yang tak bernilai apa apa bila gi pasar malam kat negara kita sekang ni .. huhuhu

Ketiga .. kalo luorang peka .. utk akaun fb ... ada banyak blog yang direka khas oleh jabatan IT fb untuk membantu pengurusan akaun .. antaranya developer, technical blog dan ada plak blog.facebook.com untuk pemberitahuan maklumat terkini hal ehwal facebook .. pernah tak luorang check atau amik tau ? Antaranya .. dia ada kata dalam mukadimah nya .. apa apa je hal berkaitan FB akan diupdate di blog FB .. bukan kat tempat lain .Semalam wa nengok .. takde apa apa pon pasal topik penutupan fb .. guruh takde .. kilat takde .. tetiba nak tutup ? dah cam cerita Pendekar Bujang Lapok lak .. 'Ani .. angkat kain hujan ... Jemuran dah turun'. kah kah kah 

Keempat .. wa teringat awal tahun lepas .. cenggini gak .. ada ura ura FB akan mengenakan bayaran sebanyak 3dollar sebulan .. riuh rendah alam maya .. semua tertanya tanya gitu dan gini .. last last FB kena letak kat login page .. It's free, and always will be. .. kalo luorang tak caya .. nanti luorang nak login .. cuba luorang perati ayat tu ..

Last sekali .. adoih .. dah jadi cam jurucakap FB lak wa .. tapi ye lah .. FB baru je launch product baru dia yang berupa email .. berapa juta dia abih untuk developement project .. masuk akal ke bila dah berabih gitu tetiba belum start guna lagi .. tetiba dia nak tutup .. huhuhu .. mana logiknya bhai ? apa apa pon .. setiap yg bermula pasti akan berakhir .. esok esok ntah apa le laman sosial yang akan timbul .. cam dedulu la .. sape sangka Myspace akan dipotong tang corner oleh FB .. kan ? 

Ok aa .. memandangkan ni post pertama wa untuk blog ni .. wa berenti dulu takat ni .. kang pening lak luorang nak baca .. buang karen je .. keh keh keh .. dah petang .. wa nak mandi .. Adios 

Blogs' Policy

If you require any more information or have any questions about our privacy policy, please feel free to contact us by email at karmic@dr.com. 

At http://ghaflah.blogspot.com/, the privacy of our visitors is of extreme importance to us. This privacy policy document outlines the types of personal information is received and collected by http://ghaflah.blogspot.com/ and how it is used. 

Log Files
Like many other Web sites, http://ghaflah.blogspot.com/ makes use of log files. The information inside the log files includes internet protocol ( IP ) addresses, type of browser, Internet Service Provider ( ISP ), date/time stamp, referring/exit pages, and number of clicks to analyze trends, administer the site, track user’s movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable. 

Cookies and Web Beacons 
http://ghaflah.blogspot.com/ does use cookies to store information about visitors preferences, record user-specific information on which pages the user access or visit, customize Web page content based on visitors browser type or other information that the visitor sends via their browser. 

DoubleClick DART Cookie 
.:: Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on http://ghaflah.blogspot.com/.
.:: Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to users based on their visit to http://ghaflah.blogspot.com/ and other sites on the Internet. 
.:: Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy at the following URL - http://www.google.com/privacy_ads.html 

Some of our advertising partners may use cookies and web beacons on our site. Our advertising partners include ....
Google Adsense
Commission Junction
Adbrite
Clickbank
Amazon


These third-party ad servers or ad networks use technology to the advertisements and links that appear on http://ghaflah.blogspot.com/ send directly to your browsers. They automatically receive your IP address when this occurs. Other technologies ( such as cookies, JavaScript, or Web Beacons ) may also be used by the third-party ad networks to measure the effectiveness of their advertisements and / or to personalize the advertising content that you see. 

http://ghaflah.blogspot.com/ has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers. 

You should consult the respective privacy policies of these third-party ad servers for more detailed information on their practices as well as for instructions about how to opt-out of certain practices. http://ghaflah.blogspot.com/'s privacy policy does not apply to, and we cannot control the activities of, such other advertisers or web sites. 

If you wish to disable cookies, you may do so through your individual browser options. More detailed information about cookie management with specific web browsers can be found at the browsers' respective websites. 

Pengenalan

Assalamualaikum sahabat sahabat dan musibat .. yeah .. wa mempersilakan diri sendiri untuk menyertai gelombang panass isu isu sensasi kat negara yang terchenta . Dah lama terasa gatal tangan nak mendebik .. baru kini le rasanya hajat kesampaian .. almaklum .. takde menda lain yg nak dibuat sementara waktu .. kah kah kah 

Isu isu yang mungkin wa nak terbitkan besar kemungkinan berkaitan ngan politik.. (sebagaimana yg diusulkan oleh beberapa kerat member yg karib le konon) . Selebihnya isu isu umum yang meliputi kes kes jenayah, mahkamah, artis (ada gak kot) ,  dunia secara amnya dan kes kes yang berkaitan yang wa fikirkan perlu .

Selebihnya , kalo luorang nak isu yang lebih santai .. luorang boleh gi blog wa yang lagi satu - Catatan Karmic - atau pun untuk articles berbahasa inggeris luorang klik kat Karmics-Articles dan juga untuk isu kesihatan boleh gi ke Karmic-Health .. kalo semua pon luorang tak suka .. apa wa nak buat .. pangkah aja laa .. kah kah kah .

Then .. gaya bahasa yang wa gunakan mungkin tak sesuai dengan sesetengah orang .. ataupon posting wa nanti mungkin tak dipersetujui oleh sesetengan pihak .. One Word Said - I dont give a damn . LOL .

Pilunya hati umpama dihiris dengan sembilu yang runcing tajam .. terkenang akan bangsaku kejam
Kepada kekayaan negerinya tiris .. di pupus oleh bangsa sentri
Yang musafir di negeri ini dengan usahanya serta berani
Hingga habis umatnya sendiri terketepi .. sedemikian peri
Disebabkan bangsa pemerintah tiadalah khali dari membantah supaya di tutup pintu negeri
Bangsaku sedar mereka tersemu ANAK DILETAKKAN , BERUK DITAMU

yeah .. dengan tak malunya wa jemput .. selalu selalu le datang .. takkan nak paksa je ye dak ? bagitau member sekampung .. kah kah kah .. pada memember yang nak share/change link .. dengan segala hormatnya dipersilakan .
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic