Friday, January 14, 2011

TAGGED UNDER:

Pedofilia - Kecelaruan Seks Yang Semakin Serius

 Seremban, 14 Jan. Seorang lelaki warga India mengaku salah dihadapan hakim Mahkamah Sesyen disini diatas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak kanak perempuan yang berusia 8 tahun di Daerah Rembau minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Naina memasukkan kemaluannya ke dalam mulut kanak kanak itu di sebuah rumah kedai di Jalan Dato' Undang , Rembau pada 6 Januari 2011.

Berdasarkan fakta, mangsa yang ditarik ke belakang sebuah kedai runcit sempat menjerit lalu memberitahu bapanya mengenai kejadian tersebut yang kemudiannya membawa kepada penangkapan suspek dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut .

Nota : Pertuduhan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan
          Jika Sabit Kesalahan : Penjara sehingga 20 tahun beserta sebatan

=====================

Apa Itu Pedofilia

Pedofilia ialah kecelaruan tingkah laku seks di mana individu menpunyai masalah psikologi yang tertarik dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun, di mana dia mampu berimaginasi seks terhadap kanak-kanak tersebut.

Mereka yang mempunyai tingkahlaku pedofilia ini sukar dikenalpasti.

Yang lebih mengejutkan, kemiskinan… antara punca wujudnya fenomena ini.

“Kemiskinan punca semakin bertambah kes pedofilia kerana orang miskin tidak mempunyai wang untuk berhibur di luar, hanya duduk di rumah lantas berfikir mengenai seks.”

Antara faktor terjadinya pedofilia adalah perkembangan tumbesaran kanak-kanak di mana kajian lebih daripada 50 peratus individu yang mempunyai pemikiran pedofilia ini terjadi semasa zaman kanak-kanaknya diganggu secara seks oleh orang dewasa yang lain.

Yang kedua, pembelajaran melalui media dan internet mengenai pornografi mudah didapati dan akhirnya menyebabkan orang lain tertarik dengan tingkah laku ini.

Selain itu, faktor sosial menyebabkan si perilaku tidak mempunyai ramai kawan kerana pengalaman silam di mana perhubungannya akan beralih kepada kanak-kanak.

Akhirnya, si perilaku pernah mengalami gangguan zaman perkembangan semasa kanak-kanak seperti suka menyimpan permainan kanak-kanak.

“Semua ini berpunca daripada mereka yang mengikut naluri nafsu yang tak terkawal kerana kekosongan ilmu agama. Inilah yang kita lihat lelaki gila seks bermula daripada unsur-unsur luar kawalan, iaitu bertindak mengikut naluri yang mendorong minat yang terlalu mendalam,” kata Ustaz Masridzi Sat, Pengerusi Pertubuhan Darul Islah Malaysia (PERKID).

Nota : Pelbagai pihak harus memainkan peranan masing-masing, agar kita tidak lagi mendengar berita-berita yang menyayat hati. Profil manusia haiwan sebegini semakin banyak berkeliaran dalam masyarakat. Cukuplah sekadar kekejaman disiarkan di dada-dada akhbar. Biar apapun persepsi masyarakat, namun kita tidak dapat lari kerana inilah realitinya.

Yang menjadi mangsa, generasi baru…kanak-kanak.

Apa pun cara yang dapat dirangka , peranan ibubapa adalah yg paling utama dititikberatkan .. jangan ambil mudah tentang keselamatan anak anak ketika berada diluar rumah ..

Jangan benarkan peristiwa malang yang menimpa adik Nurin Jazlin kembali berulang ...

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. Bro .. setakat ni pedofilia diklaskan sebagai salah satu cabang mental .. rawatan bagi kita yg muslim .. kena le bebanyak lakukan ibadah .. kena lengkapkan diri ngan pengetahuan agama ..

    Kalo kat barat .. diowang kena hadir kelas atau forum perbincangan/pemulihan sesama diowang .. setakat ni kat malaysia memang takde senario yang cenggitu

    ReplyDelete
  2. boleyh saya tahu aper sumber makna pedofilia

    ReplyDelete
  3. kalaula kat malaysia pun ada kelas/ forum tu... maksud senario yg awk kata tu apa? pedofil mengaku sendiri ke @ senario forum ? saya ada kawan yg pedofil, saya sendiri perasan... dia pun banyak melakukan ibadah... jd saya nak tahula, kalau ada rawatan islam yg terbaikk...

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top