Saturday, January 15, 2011

TAGGED UNDER: ,

Gempar - DAP Anti Islam

Foto dari Akaun Facebook Akhi Dhamam
DAP melalui lajnah gerak sarafnya telah mula memasuki fasa terbaru nya iaitu Program Anti Harakah Islamiyyah Tenang ( PAHIT ) yang sekarang semakin hangat dan menjadi perbualan ketika proses pengundian PRK Tenang semakin hampir. Ia menjadi satu perbualan hangat didalam forum forum yang diadakan di kedai kedai kopi,  perhentian bas, tapak pengumpulan buah sawit, dan tidak ketinggalan rumah rumah individu yang merasakan perlunya ada kesedaran dari penyebaran kepada projek undercover ini .

Menurut jurucakap yang tak dilantik .. antara isu yang dijangka dapat membuatkan rakyat menolak ideologi yang ingin dibawa oleh DAP melalui agen agen sahnya ialah :

1 .  Kenyataan agennya dalam MCA , Mr Chua (bukan nama sebenar .. LOL) , yang terang terang menghina Perayaan Aidil Adha dalam kenyataannya yang berbunyi : 
“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter ... baca lebih lanjut disini 

2. Mr Chua , agen yang juga dikenali sebagai pelakon filem porno secara kecil kecilan juga telah mengeluarkan kenyataan baru baru ini yang berbunyi :
Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.. baca lebih lanjut disini 
3. Agen wanitanya yang lebih ingin dikenali dengan nama First Lady, Ms. Ros .. telah menghina nama Rasulullah dalam penganjuran acara fesyen IFF yang telah diadakan di Monte Carlo atas nama Pertunjukan Fesyen Busana Islam. Baca selanjutnya disini 

4. Agen wanita tersebut iaitu Ms Ros juga sebenarnya tidak berseorangan dalam mempersendakan Islam . Beliau turut dibantu oleh isterinya DS N (nama beliau dirahsiakan .. LOL) . DS N ini pula adalah merupakan agen hierarki tertinggi yang dimiliki oleh DAP sekarang . Berikut adalah antara ucapan beliau yang masih kita ingati sehingga sekarang 

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)

5. Melalui agennya seorang peguam yang juga ahli seumur hidup, yang telah memprotes laungan azan di Kampung Kerinchi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ummat Islam . Walaubagaimanapun isu itu dianggap 'selesai' setelah peguam tersebut berpindah rumah . aih pindah rumah selesai isu ke ? .. baca disini untuk lebih lanjut .

6. Senarai petikan ucapan dari agen utamanya yang telah bersara iaitu Dr. M, yang memang berkaliber dalam gerak kerja DAP.

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." 
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." 
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

7. Senarai ucapan agen DAP yang lain .

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." 
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." 
(Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

===========

Kah kah kah ... banyak betul kenyataan 'anti Islam oleh DAP' eh ? .. weyh .. buka lah mata .. bukalah minda .. tepuk dada .. tanya selera 

Sekarang baca yang ni plak .. dari musuh DAP


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.
Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara .. baca lebih lanjut dari Sumber 


Ada lagi ..


KL 4 Jan 11: 'DAP anti Islam' dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar. Kata Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng.

Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor.. baca lebih lanjut dari Sumber 

Nota : Maka, entah mana salahnya, LGE dan DAP dibelasah tanpa henti oleh orang-orang Umno yang kononnya sangat sayangkan Islam. Guan Eng dikatakan menekan orang Melayu dan Islam, sedangkan sejak berkuasa dia meluluskan banyak peruntukan bagi pembangunan Islam. Kasihan, dibuat baik tapi difitnah jahat. Tapi, itulah kerja Umno yang Ulamo mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. di pulau pinang ni dah tau dah sapa Umngok sapa Dap....sapa yg tolong melayu sapa yg makan melayu...haprak punya Umngok...pasai hangpa la berapa banyak tanah orang melayu pulau pinang yg dah habis terjual dan tergadai...Umngok nak tolong melayu??? pi mampooiihhhh laaaa..

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top