Tuesday, January 11, 2011

TAGGED UNDER:

Makanlah Racun Untuk Berjimat

Tang ni wa nak cerita skit je sebab wa tau ramai antara luorang yg memang maklum .. mee segera memang tak berapa bagus utk kesihatan. Ye ke ramai yang tahu ? ntah le .. wa teka je .. tapi yang pasti ... mee segera ni memang sinonim ngan harga jimat ..  rata ratanya ngan harga RM4 untuk 6 bungkus .. boleh makan 6 kali you .. auwww ~!!

Dengan kenaikan harga kebanyakan barang masakan sejak kebelakngan ni, wa rasa mee segera memang jadi agenda wajib di pertengahan bulan buat mat mat rempit, orang orang bujang, yang tak berapa bujang .. malahan orang yg dah berkeluarga pon terbabit sama demi utk masa depan yang cemerlang .. hehe.. (tanpa memalu .. wa pon terlibat sama .. kah kah kah)

Ok , stret tu de poin .. mee segera memang sedap (ye ke ? ke sebab takde pilihan ?) dan jimat .. tapi ni yang wa nak bagitau luorang kalo luorang belum tau laaa .. kandungan yg terdapat dalam setiap pek mee segera terdapat bahan bahan aktif yang berbentuk racun dan menjadi tiket utk ke hospital berdekatan dengan kadar segera gak .. tak caya ? moh nengok gambar kat bawah ni ..


haaa .. tu dia .. apa aje yg kita bawak masuk dalam perut eh ? ... patut lah anak anak jadi hyper-aktif skang ni .. mak bapak masa bujang banyak belasah meggi rupanya .. kah kah kah . Menurut Codex (Jabatan Piawaian WHO/FAO) sebanyak 136 bahan pewarna/perisa/bahan yang ditambahkan kedalam setiap pek mee segera untuk membuatkan dia umphhh dan ada gak penambahan bahan utk bagi dia tahan lama .. ye le .. kengkadang bertahun dalam pasaraya .. huhuhu..

Selain tu , mennurut kajian yang dijalankan, setiap pek mee segera ni mengandungi sebanyak 2,400 miligram Sodium . Sementara ujikaji yang dibuat kat Hong Kong mendapati terdapat 5,800 mg Sodium untuk setiap 100 gram mee segera.. humang aih .. Ermm .. luorang tau ke apa kesan sodium tu ? haa baca kat bawah ni .

High sodium intake raises high blood pressure. It also creates other health problems like stroke, atherosclerosis, fluid retention, swollen ankles, Carpal Tunnel Syndrome, Meniere’s Syndrome, Premenstrual Syndrome, glaucoma, osteoporosis, kidney and bladder stones, stomach cancer, enlargement of the heart, rigidity of large arteries and asthma.
Takde jenama yang berkecuali dalam bab ni .. tak kira samada dalam negara atau diimport dari negara jiran .. atau pun sekadar mee segera tak berjenama .. sebab badan pengguna Pulau Pinang dah pon buat kajian susulan .. Baca kat bawah ni ..

Tests conducted by CAP on 10 samples of instant noodles found three samples to contain sodium above 1,000 mg. The average amount of sodium found in the samples was 830 mg. According to the current US Recommended Dietary Allowance (RDA) of sodium for adults and children over 4 years old is 2,400 mg/day. Consumption of instant noodles can easily cause excessive sodium intake as sodium is commonly used in our other daily foods especially from processed and hawker foods.  
So .. kalo wa sorang pengamal kesihatan wa akan cakap "berenti le woi makan mee segera .. sebab luorang dah tau kesan buruk dia .. bukan je untuk luorang .. tapi bakal zuriat luorang akan kena tempias sama .. menda ni akan kekal lama dalam badan luorang"

Tapi kalo wa sorang peniaga wa cakap lain plak " woit .. bukan boleh mati pon makan mee .. sikit je pon .. lagipun luorang kena jimat .. esok esok kena bayar hutang memacam .. kalo ada lebih boleh beli ferarri .. kah kah kah "


Nota :

  • 1210 juta paket yang berjaya dijual dalam pasaran negara pada tahun 2008 .. wow cemerlang
  • Terdapat perisa tambahan MSG (monosodium glutamate) yang menyebabkan Chinese Restaurant Syndrome
  • Mee dalam cawan lebih berbahaya sebab air panas yang dimasukkan kedalam bekas plastik akan membebaskan Dioxin kedalam sup. Dioxin adalah penyebab kanser
  • Mee segera juga diselaputi bahan yang semacam lilin .. tak bagi dia melekat .. luorang boleh nampak menda ni terapung cam minyak masa mee dah kembang 
  • Untuk setiap 1kg mee segera terdapat 10,000mg bahan yang dinamakan Propylene Glycol , sejenis bahan anti penyejukan yang digunakan untuk mengekalkan kekeringan mee dalam bungkusan. Bahan mudah larut ini akan terkumpul didalam jantung , paru paru dan buah pinggang disamping melemahkan sistem imunisasi badan
Tepuk dada tanya selera .. apa lagi .. jom le gi pasaraya reramai .. moh beli racun untuk kehidupan yang lebih gemilang .. 

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top