Saturday, May 12, 2012

Zul Kulim Yang Perasan Power ..



Ada le wa terbaca artikel yang mamat ni memang suka menonjolkan diri untuk mendapatkan perhatian. Dedulu dalam kes Anwar, dia lah yang menjerit sana sini untuk memberitahu dunia bahawa dialah yang paling depan dalam membela DSAI. Masa tu pon wa sedikit rasa terkagum mendengarkan kompang yang dimainkan beliau. Tak lama je lepas tu baru wa dapat tahu yang tugas dia cuma memikul fail kes je, satu saat pon dia tak pernah berhujah depan hakim .. kah kah kah ... powerrrr

Lepas tu dia diberi amanah untuk jadi YDP Bandar Tun Razak, tapi tak dapat peluang untuk jadi calon PAS. Then untuk PRU 12, dia bertanding sebagai ahli PKR, menang, walaupun kemenangan dia tu atas gerakan rakyat yang ingin menghukum BN, tapi bagi Zul, itu adalah kemenangan yang bertitik tolak atas peribadi beliau sendiri .. sebab dia powerrrr ... kah kah kah

Kemudian adalah wa terbaca pasal dia berbasikal ke parlimen. Masa tu pon wa terkagum gak ngan movement yang dia buat.. kengkonon nak bagitau parlimen yang kenaikan harga minyak begitu membebankan.. tapi tak dan abih parlimen .. dia dah berkereta balik .. kah kah kah ... powerrrr

Seterusnya wa malas nak amik tau pasal kepoweran beliau, sebab kalo ikut apa yang dia claim.. semut pon boleh mati kena heart attack ..kah kah kah

Hari ni mamat ni sekali lagi memunculkan diri untuk membuktikan betapa powernya beliau apabila mendesak Presiden Majlis Peguam untuk meletakkan jawatan untuk menyertai politik .. mamat ni belajar mana ? kah kah kah kah ... takkan tak pernah belajar pasal pengasingan kuasa legislatif dan eksekutif ? .. sebab dia tak partisan tu laa dia boleh jadi Presiden Majlis Peguam, yang didalamnya pun ada ahli dari berbagai parti termasuk ameno .. apa yang beliau katakan tu adalah hasil dari pungutan suara majoriti melainkan 16 orang yang tak setuju.. tu le demokrasi namanya wahai En. Zul oii.. powerr betul bodo nya .. kah kah kah 

Kemudian cabar plak Chee Wee untuk bertanding kat Kulim Bandar Baru .. aik .. macam dah konfem je jadi calon ...yakin ke kena pilih?? orang ameno kat situ nak campak mana ? kalo nak bertanding Bebas .. maka bersedialah untuk hilang wang pertaruhan ... kah kah kah kah .. tapi tak pe .. hang kan powerr ?? power gelembong.. kah kah kah

Mengumpat Yang Diharuskan



Selalu musuh Pas menuduh bahawa Pas parti mengumpat. Bukankah mengumpat itu dilarang oleh agama.

Kenapa Pas sebagai sebuah parti Islam terus dengan amalan mengumpat. Persoalannya adakah di dalam Islam tidak membenarkan penganutnya menceritakan keburukan seorang bagi tujuan maslahat agama?

Apakah ia terus haram? Apakah ini ajaran Islam sehingga tidak ada ruang untuk kita memberitahu kepada orang lain demi kebaikan kepada penganutnya. Mustahil! Islam sebagai Agama rahmat dan adil tidak mengajar kepada penganutnya untuk menggunakan kaedah mungumpat yang diharuskan oleh syarak.

Memang amalan mengumpat satu amalan yang dilarang keras oleh agama sebagaimana Allah SWT menyebut di dalam al-Quran

“Dan jangan sebahagian kamu mengumpat setengah yang lain, adakah kamu suka memakan akan daging saudaranya yang mati? Amat sudah pasti kamu benci akan demikian itu?”

Sabda Rasulullah SAW

“Adalah aku lalu pada malam Isra’ maka sampai aku ke Baitul Maqdis dan aku dapati satu kaum yang mencakar muka dengan kuku hingga luka segala muka mereka itu. Maka aku berkata “Hai Jibril siapa mereka itu?. Maka kata Jibril “Mereka itulah yang mengumpat akan manusia dan jatuh mereka itu di dalam menyebut keaiban manusia”.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa had mengumpat, iaitu engkau menyebut akan manusia dengan suatu perkara yang dia marah jika sampai kepadanya, samaada engkau sebut itu akan sifat kekurangan pada badannya atau pada bangsanya atau perangainya atau pada perbuatannya atau pada perkataannya atau pada agamanya atau pada dunianya hingga pada pakaiannya, rumahnya dan binatangnya sekalipun”.

Kesimpulannya mengumpat ini tidak tertentu dengan perkataan sahaja, bahkan tiap-tiap, kelakuan, perbuatan yang memberi tahu akan kejahatan seseorang maka ia dinamakan mengumpat. 

Demikian lagi haram mengumpat kepada seorang samaada dengan perkataan yang soreh (jelas) atau kinayah (sindiran) yang memberi tahu akan kejahatan orang yang tertentu . 

Demikian lagi haram mengumpat kepada seorang walaupun dengan isyarat dan suratan. Harus menyebut kejahatan orang yang tidak tertentu .

Seperti sabda Rasulullah SAW apabila ia melihat akan seorang yang berbuat kejahatan pada hal ia benci akan yang demikian itu. Maka Sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya

“Ada kelakuan beberapa kaum itu pada hal berbuat mereka itu akan kejahatan begini-begini, dan adalah ia tidak menentukan akan perbuatan kejahatan itu kepada individu yang tertentu”. (Riwayat Abu Daud)

Walau bagaimanapun di sana ada pengecualian yang diharuskan mengumpat,

Pertama : membuat aduan kepada hakim mengenai kejahatan seorang supaya ia menerima pengadilan.

Kedua : memberi tahu kejahatan seorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan untuk meminta bantuan daripadanya supaya dapat membantu orang yang buat maksiat kembali ke pangkal jalan.

Ketiga : harus melaporkan kejahatan kepada mufti atau orang yang dipohon fatwa mengenai suatu perkara. Seperti apa yang pernah dilakukan oleh Hindun (isteri Abu Sufian) mengadu hal mengenai suaminya Abu Sufian kepada Nabi SAW

“Bahawa Abu Sufian seorang lelaki yang kedekut, ia tidak memberi kepada aku dan anakku makanan dan pakaian yang mencukupi. Maka adakah harus aku mengambil akan makanan atau pakaian dengan tanpa pengetahuannya?. Maka Sabda Rasulullah SAW “Ambilah akan makanan dan pakaian itu memadai dan munasabah untuk engkau dan anak engkau, walaupun ia tidak mengentahui sekali pun” (Muttafaqun ‘Alaih)

Keempat : harus mengkhabarkan kejahatan seorang supaya orang lain tidak terpengaruh dengannya. Seperti engkau melihat seorang yang sering berulang alik menemui orang yang tidak baik dari segi iktiqadnya atau orang yang tidak baik dari segi pegangan agamanya. Maka harus engkau memberi tahu supaya jangan ia mengaji atau bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan dia akan membawa kepada kebinasaan kepada agamanya.

Demikian juga jika kita melihat seorang yang mengaji kepada ulamak jahat maka harus kita beri tahu supaya menjauhkan diri daripada berguru dengan dia.

Kelima : harus kita memberi tahu kepada seorang yang hendak mengambil mana-mana individu untuk menjadi saksi, kerana kita tahu bahawa orang itu tidak layak menjadi saksi kerana fasiknya.

Keenam : harus kamu menceritakan kepada seorang yang bertanya mengenai seorang wanita yang hendak dijadikan calon isteri, maka harus kita memberi tahu mengenai kejahatan akhak perempuan tersebut.

Ketujuh : demikian juga harus kita memberi tahu mengenai seorang lelaki yang hendak meminang seorang perempuan, mengenai akhlak buruknya kepada bakal mertuanya. Sabda Rasulullah SAW

“Sebutlah oleh kamu akan kejahatan seorang yang fasik, supaya manusia dapat menjauhinya” (al-Tabrani)

Kelapan, harus menyebut akan aib orang yang tidak diketahui akan dia melainkan dengan disebutkan aibnya itu seperti sipulan yang buta atau sipulan yang tempang.

Kesembilan : harus menyebut kejahatan orang yang telah masyhur dengan fasiknya seperti seorang yang terkenal sebagai penzina, peliwat, minum arak dan sebagainya. Seperti Kata Imam al-Hasan Basri Rahimahullah
“Tiga orang yang tiada haram atas orang yang mengumpat kepada mereka, pertama orang yang mengikut hawa nafsu, kedua ialah orang yang fasik yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya nescaya tiada ia benci akan demikian itu. Ketiga pemimpin yang zalim maka tidak haram menyebut akan pekerjaan zalim itu”

Untuk keterangan lanjut boleh dilihat di dalam Kitab Riadhu al-Salihin oleh Imam Nawawi, Sairu al-Salikin Sheik Abdul Samad al-Palimbani mengenai perkara yang harus mengumpat.

Sumber : Ustaz Idris Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiyyah Dan Perkaderan
Parti Islam SeMalaysia PAS

Update Nahas Sukhoi Superjet: Ekslusif - Foto Anak Kapal Dan Penumpang Sebelum Nahas


Refer pada posting Tragedi Pesawat Sukhoi Superjet Russia: Dijumpai Terhempas Manakala Nasib Penumpang Belum Diketahui, kemaskini dari media di Indonesia telah mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian nahas. 

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran dalam usaha untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian berikutan bentuk muka bumi yang curam dan sukar untuk diakses. 

Menurut saksi yang pertama tiba di lokasi, keadaan mayat mangsa tidak sempurna dan ada potongan manusia disana sini. Belum ada jumlah mangsa yang diputuskan namun menurut pasukan penyelamat, mereka telah mengumpulkan mayat mangsa ke dalam 6 kantong untuk diterbangkan dengan menggunakan helikopter. 

Dibawah ini adalah antara foto foto yang sempat dirakam, sebelum pesawat itu melakukan penerbangan yang berakhir dengan tragedi.



Kapten & Co Pilot

Kru Penerbangan

Mengalukan kedatangan penumpang


Taklimat sebelum boarding


Antara aksi terakhir

Sejurus sebelum pintu ditutup

Push Back sebelum berlepas
Alfatihah buat mereka yang beragama Islam. Semoga usaha mengeluarkan semua mangsa berjalan lancar. Ameen.

Nota: Kesemua foto wa cilok dari live journal photographer Sergey Doyla

Friday, May 11, 2012

Aik .. Umno Shah Alam, Macam Potong Queue Nampak ??

Nota : Satu lagi kemenangan buat PR. selepas berminggu mencanangkan untuk mengadakan bantahan kepada kerajaan untuk pemansuhan tol sehingga kepada cadangan untuk membuat demo bantahan 13 Mei ini, dengan tak semena mena ameno shah alam potong tang korner dengan mengadakan bantahan lebih awal hari ini.


Memula wa nak bina ayat skema, ameno juga rupanya selama ini berasa tertekan dengan kehadiran tol yang cukup membebankan rakyat sekitar Shah Alam dan Klang kerana terpaksa membayar tol sekiranya mempunyai urusan diluar kawasan tersebut.

Ameno juga rupanya bersetuju dengan perjuangan PR yang dilihat lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan segelintir kroni yang mendapat manfaat dari hasil kutipan tol tersebut.

Seterusnya, ameno mungkin merasa amat tertekan kerana habis isu isu rakyat telah/sedang diperjuangkan oleh PR sehingga diowang kekurangan modal isu untuk diketengahkan ...

dah mula ayat tak berapa skema .. kah kah kah 

weyh .. ameno, kalo agak agak nak join jangan le memalu datang sama ahad ni bagi ramai skit majlis, setakat 200 orang je yang berhimpun apa barang, kasi up ribu ribu la, baru kelasss!! err.. ada ke 200 dalam gambar tu ? kah kah kah kah

Kalo teringin nak jadi champion, cari le isu lain, tak yah le tumpang isu orang lain then claim jadi juara, ke luorang memang tak mampu nak jana idea sendiri? .. apsal tak bawak kepala lembu ? kah kah kah ..

Serupa le masa sebelum merdeka, pejuang pejuang kemerdekaan abih diburu british, ameno yang dok bawah ketiak penjajah tiba tiba claim memerdekakan tanah air .. cehhh

So, encik ameno sekelian, tolong le generate isu isu lain yang boleh diketengahkan untuk kebajikan rakyat Selangor demi kepentingan bersama ..owh , wa lupa .. Dr. M kata tak de yang cemerlang dalam ameno ni .. maafkan wa sebab tak teringat ..kah kah kah

Nota : Isu Berkaitan Yang Diperjuangkan Oleh PR


Tragedi Pesawat Sukhoi Superjet Russia: Dijumpai Terhempas Manakala Nasib Penumpang Belum Diketahui



Pesawat penumpang buatan Russia telah terhempas, ketika membuat demonstrasi penerbangan dengan membawa bakal pembeli berpotensi dan juga wartawan.

Serakan serpihan pesawat telah dijumpai dengan menggunakan helikopter, namun masih tidak terdapat tanda tanda mangsa yang masih hidup dan terselamat. Pasukan Pencari dan Penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat nahas ketika rencana ini ditulis.


Keluarga mangsa, yang kebanyakannya menunggu perkembangan berita dari lapangan terbang sepanjang malam sejak dari kehilangan pesawat itu dilaporkan, tidak dapat menahan tangisan apabila laporan kemalangan dikeluarkan hari ini. Malah ada yang masih kurang percaya dengan berita yang diterima.

  • Pesawat dijumpai terhempas di tebing yang curam diatas sebuah gunung berapi tidak aktif
  • Tidak terdapat tanda tanda penumpang yang berjumlah seramai 47 orang terselamat
  • Sukhoi Superjet-100 adalah keluaran pertama negara Russia semenjak kejatuhan Soviet Union
  • Pesawat meninggalkan Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta pada petang hari Rabu


'Dari gambar yang kita perolehi, kelihatannya seperti tidak ada apa lagi yang tinggal' Ujar Daryatmo, Ketua Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, begitu juga pendapat ramai orang di indonesia apabila imej pertama disiarkan dalam televisyen tempatan.



Pesawat Sukhoi Superjet-100, yang merupakan pesawat penumpang yang pertama dikeluarkan oleh negara Russia sejak kejatuhan Soviet dua dekad lalu, telah dijumpai berserakan di atas curam berdekatan puncak Gunung Salak, sebuah gunung berapi yang terletak 30 batu barat daya dari Jakarta.

Logo biru dan putih milik pesawat tersebut terlihat jelas di bawah deretan pokok di tempat kejadian.

Lokasi kejadian tersebut agak menyukarkan usaha untuk menyelamat menurut jurucakap Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, Gagah Prakoso, dan beliau juga menambah, mangsa terpaksa ditarik naik ke helikopter dengan menggunakan tali dan jaring.

Pesawat berlepas dari lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta untuk penerbangan pendek dalam usaha untuk menarik perhatian pembeli pembeli yang berpotensi.

20 minit berlepas, anak kapal telah meminta kebenaran untuk mengurangkan ketinggian dari 10 000 kaki ke paras 6 000 kaki, ujar Daryatmo.

Pesawat itu telah hilang dari radar sejurus selepas itu. Adalah tidak dapat dipastikan mengapa juruterbang dan pembantunya meminta untuk menurunkan paras ketinggian, lebih lebih lagi kerana ianya berdekatan dengan gunung yang berketinggian 7 000 kaki. Juga tidak dapat dipastikan samada permintaan itu diluluskan.

Pita perbualan antara juruterbang dan kawalan trafik udara sedang dikaji, menurut Tatang Kurniadi, Ketua Keselamatan Pengangkutan Nasional.



Lebih dari 1 000 orang, termasuk tentera dan polis, mengambil bahagian dalam usaha mencari dan menyelamat awal hari ini. Bagaimanapun, kawasan nahas itu telah berjaya dikesan oleh sebuah helikopter yang sedang menjalankan kajiselidik udara.

'Mereka mempunyai pemandangan yang lebih jelas' ujar Prakoso. 'Tiada maklumat tentang penumpang ... kami cuba untuk mendekati kawasan nahas tapi ianya hanya boleh dilakukan dengan berjalan kaki'.

Industri Angkasa Russia melalui masa yang buruk kesan dari kejatuhan ekonomi ekoran kejatuhan Era Soviet pada tahun 1991.

Superjet tersebut - dibina oleh divisyen pesawat awam Sukhoi dengan mendapat kerjasama rakan dari Negara Barat - merupakan harapan besar negara itu untuk kembali mendapat tempat dalam pasaran pesawat penumpang antarabangsa.

Program Welcome Asia! yang juga termasuk perhentian di Pakistan, Myanmar dan Kazakhstan, dirancang untuk meningkat sokongan bagi tujuan tersebut.

Sunaryo, wakil dari PT Trimarga Rekatama, syarikat yang terlibat dalam penganjuran acara itu kelmarin berkata terdapat 47 orang penumpang dalam pesawat tersebut yang kebanyakannya merupakan pembeli pembeli yang berpotensi dan juga wartawan.



8 orang daripada mangsa adalah terdiri dari rakyat Russia, yang mana kesemuanya dari syarikat Sukhoi, manakala 37 orang lagi adalah rakyat Indonesia.

Seorang konsultan rakyat Amerika yang bekerja untuk PT Sriwijaya Airline dan seorang warga Perancis dari syarikat pembuat enjin pesawat, Snecma, turut menaiki pesawat.

Pesawat Superjet, yang mengandungi 75 - 95 tempat duduk, dikatakan bakal menjadi pesaing dalam kelasnya kepada jet Bombardier dari Kanada dan jet Embraer buatan Brazil. ia membuat penerbangan komersial rasmi yang pertama pada tahun lepas.

'Ia merupakan harapan besar mereka untuk memasuki pasaran pesawat penumpang dengan lebih meluas dari apa yang mereka ada sekarang, kerana kita semua tahu, Russia mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang ini pada waktu yang lepas, maka pesawat ini adalah sangat penting bagi industri mereka' ujar Tom Ballantyne, pakar penerbangan yang berpangkalan di Sydney.

Dengan tanda harga yang boleh dikatakan murah, iaitu sekitar BP(British Pound) 27.7 juta, pesawat itu telah berjaya mendapat sebanyak 170 tempahan.

Indonesia, negara kepulauan yang mempunyai seramai 240 juta orang penduduk, dengan kelas pertengahannya mengalami pertambahan pesat, adalah merupakan pelanggan yang mempunyai potensi yang terbesar.



Kartika Airlines dan Sky Aviation - diantara syarikat yang muncul di Indonesia dalam sedekad yang lepas, untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah - telah pun menempah sekurang kurangnya 42 buah pesawat.

Mereka yang terlibat dalam cadangan pembelian tersebut berkata mereka akan menunggu hasil laporan siasatan sebelum memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Apa yang paling penting adalah untuk mengetahui samada ianya adalah masalah mekanikal ataupun hanya kecuaian juruterbang.

Pihak berwajib Indonesia telah merumuskan bahawa hanya ada 2 kemungkinan yang menyebabkan nahas - samada ianya terhempas ataupun berlaku rampasan.

Sumber dari tentera Indonesia pula mengatakan, adalah jelas bahawa jet tersebut 'telah jatuh dari langit' selepas ia tiba tiba hilang dari radar pada ketinggian 6 200 kaki didalam kawasan pergunungan.

Pesawat itu, yang tiba di Indonesia pada hari Rabu, adalah merupakan destinasi ke empatnya selepas Myanmar, Pakistan dan Kazakhstan. Ia selanjutnya bakal meneruskan demonstrasi penerbangan di Laos dan Vietnam.



Pesawat Russia tersebut diwar warkan menawarkan 'penerbangan yang sempurna' kepada penumpangnya, dengan konfigurasi empat tempat duduk yang memberikan suasana kelas perniagaan yang sebenar, memberikan setiap penumpangnya keselesaan yang samarata.

Terjemahan Bebas : Karmic
Artikel Asal : Richard Shears
Sumber Artikel : Dailymail.co.uk

Thursday, May 10, 2012

Calon- Calon Winnable Candidate Umno .. Wuuhaii



Formula dan idea Haji Najib Razak untuk meletakkan calon yang boleh menang (winnable cadidate) demi untuk kelangsungan UBN memerintah negara ini tampaknya merangsangkan. Formula dilontarkan Najib itu bakal mengumpul ramai calon yang boleh menang dan ini dijangka tidak akan menyulitkan Umno untuk memilih calon dalam pilihan raya ke-13 ini. Rasanya Umno sudah pun lebih 90 peratus telah selesai memilih calon.

Misalnya untuk Dun Selising Pasir Puteh Kelantan khabarnya ada enam ahli Umno yang dianggap sebagai winnable candidate di situ. Angka itu membayangkan Umno tidak berdepan dengan masalah calon di situ. Saya rasa apa yang berlaku di Selising itu juga berlaku di tempat-tempat lain, bukan saja di Kelantan tetapi di negeri lain juga.

Mungkin juga kerana terlalu banyak calon-calon boleh menang menurut perkiraan Umno itu ia boleh jual calon-calon berkenaan kepada mana-mana parti yang 'kasik' calon - yang kekurangan calon. Mengenai harga mungkin diukur kepada berat atau tinggi calon berkenaan. Kerana soal kredibiliti - layak menang tidak boleh dinilai kerana semua layak menang?

Dalam pada itu khabarnya calon boleh menang ini bukan saja terhad kepada ahli Umno atau kepimpinan peringkat bahagian negeri dan nasional. Tetapi ia juga terbuka kepada tokoh-tokoh di luar Umno juga. Tindakan Najib ini tidak mengambil calon di kalangan ahli Umno yang sudah lama bergelumang dengan parti Melayu itu dikira sebagai formula baru.

Melihat kepada kegalakan beberapa orang di luar Umno yang boleh dipertimbangkan menjadi calon kerana mereka layak yang kini sedang giat menunjukkan kehebatan dan kerajinan mereka khasnya membela Umno dan menyerang lawan Umno.

Apakah mereka ini terpanggil dengan formula Najib itu, yang mahu mengambil calon yang boleh menang. Beberapa orang yang saya suluh layak menjadi calon (winnable candidate) ialah dua orang bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar dan Rahim Mohd Noor.

Kesungguhan Hanif yang mengkritik himpunan Bersih sehinggakan katanya dia ada bukti Bersih diserapi komunis adalah pembelaan besar buat Bersih. Pembelaan dan kritikan Hanif itu meneggelamkan kritikan pimpinan tertinggi Umno peringkat MT. Zahid Hamidi, Shafei Bedal, eh Afdal, tidak mengkritik sehebat Hanif Omar terhadap Bersih.

Begitu juga dengan ahli MT lain dan Menteri Besar seperti Zambry Abdul Kader, Mat Said Terengganu, Abdul Ghani Othman, Adnan Yaacob dan lain-lain seakan-akan tidak berbunyi mulut dan ada idea untuk mengkritik Bersih.

Tetapi Hanif dan Rahim Nor... oiii bukan main lagi. Rahim Nor pula sampai dilaporkan mengatakan Nik Aziz sebagai bapak kafir kerana marah MB Kelantan itu mengeluarkan arahan supaya wajib hadir himpunan Bersih kepada ahli-ahlinya.

Selain mereka berdua, dua lagi calon winnable yang boleh dipertimbangkan oleh Najib. Mereka ialah Pengerusi SPR Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Omar Wan Ahmad. Mereka ini juga bekerja keras untuk memastikan Umno menang. Mereka melakukan apa saja tanpa mempedulikan apa yang dunia ludah kepadanya kerana kesanggupan mereka melanggar kewibawaan yang seharusnya mereka pertahankan sebagai ketua kepada badan bebas.

Lagi pun mereka berdua khabarnya sudah lama menjadi ahli Umno. Mungkin setelah Najib membuka formula itu, nak ambil calon layak maka mereka semakin menggiatkan usaha membantu Umno menerusi suruhanjaya itu. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki boleh menang dan dilantik senator kalau kalah.

Oh hampir terlupa ada beberapa orang yang boleh diambil sebagai calon kerana mereka berkerja menyokong Umno dan membelasah oposisi. Mufti Perak, Harussani Zakaria juga boleh dipertimbangkan. Sekiranya Umno mengira pengaruh Pas makin meluas di Perak, mungkin Harussani boleh diuar-uarkan akan dilantik menjadi MB Perak. Harussani tidak berhenti membela Umno selepas beliau gagal untuk menghubungikan kerjasama Umno dengan Pas.

Seorang lagi juga boleh dipertimbangkan untuk diambil menjadi calon Umno ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, lupa nama... kalau tidak silap Puad. Puad bukan main lagi masa pre-Bersih, himpunan pelajar di Dataran Merdeka menunjukkan taring dan bidang kuasanya. Setiap malam mukanya keluar dalam tv. Tetapi sayang selepas Bersih selesai, suaranya hilang terus dibawa arus sungai Gombak dan Sungai Kelang.

Itulah calon-calon luar dari Umno yang layak untuk dipilih sebagai calon Umno pada PRU-13 ini. Kita akan cuba tilik-tilik dan tinjau kalau-kalau ada lagi sila kemukakan nama kepada; Presiden Umno, Ibupejabat Umno, Menara Tun Hussein, Jalan Ismail, Kuala Lumpur. Up Tengku Adnan Mansor. 

Bukti Jelas SPR Sayap Umno

Malaysiakini
Pasai apa plak dia ni yang melatah ?
SPR sepatutnya cuma menjalankan apa yang dibentangkan/diluluskan di parlimen
Parlimen kata tarik balik, tarik balik je dah la .. tak payah banyak hal
Ini macam dia plak yang lebih tinggi dari parlimen
Apa barang ni ?

Spin tang mana labu oih
Itu tanda tuntutan Bersih tu benar
Sebab tu BN nak tak nak kena tarik balik
Rakyat dah nampak
Semua ni wayang luorang ..

Ini bukti jelas yang SPR tu salah satu sayap ameno
Sebab kalau berkecuali
Mamat ni takkan melenting
RRU dibantah kerana ternampak berat sebelah
Dan bila parlimen memutuskan untuk menarik balik RRU
Tak memasal dia plak marah ..
Apa ke hal nya yob ??

Apa apa pon syabas buat Bersih 3.0
Ini satu tanda kemenangan
Desakan dah membuahkan hasil
Walaupun hanya sekadar itu ..
Namun sekurang kurangnya, suara rakyat mula didengari
yiehaaaa~!!

Fokus Bhai .. Jangan Hilang Tujuan

Lately, kita dah banyak dilambakkan dengan isu isu dangkal yang ditimbulkan oleh pihak kerajaan seolah olah untuk mengalihkan perhatian kita pada isu yang utama.

Isu keganasan dan rusuhan, Isu sampah oleh DBKL, Isu tangkap peserta Bersih oleh polis, Saman oleh NGO, Fatwa, Panel Siasatan Bebas, Prof Prof Kangkung dan berbagai isu lagi berjaya menenggelamkan isu pemberian wang yang berlambak oleh Safie Afdal pada seorang artis yang begitu hangat diperkatakan sebelum Bersih 3.0

Dah tentu le kerajaan suka dengan keadaan ni, isu yang ditimbulkan bersilih ganti dan kita tanpa sedar terheret untuk terus menari dengan irama diowang. Bukan salah pon bagi kita untuk menjawab tuduhan dan fitnah, tapi kena ada check and balance gak dalam perkara ni.

Skang ni Kak Jat dah boleh tidur nyenyak, lensa dah alih ke tempat lain. Muhyiddin senyum simpul, Shafie Afdal lega, blogger pencacai bersorak.

So, Gesaan oleh 14 buah NGO yang menyokong Bersih 3.0 untuk kita kembali fokus kepada isu sebenar, memang tepat pada masanya.

Isunya bukan sekadar untuk membersihkan daftar pemilih, malah mencakupi genre yang lebih besar termasuklah perkara no 7. Hentikan Rasuah. Apa yang boleh kita katakan dengan pengumuman durian runtuh pada Felda semalam ? Bukan kah ini satu bentuk Rasuah ? 

Memandangkan PM dengan bangga mengatakan  barulah beliau yakin untuk membubarkan parlimen setelah melihat sambutan penduduk Felda pada program tu.. maka sahihlah yang pemberian itu memang semata mata untuk modal pancing undi pilihanraya. Rasuah dulu baru boleh yakin kaa ? Apa punya turr ..

Selebihnya, luorang boleh baca Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

Anggota Panel Penasihat Bebas Yang Tak Bebas


Ini adalah senarai yang dikeluarkan mereka meraka yang dipilih untuk menganggotai Panel Penasihat Bebas untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang episod kejadian semasa Bersih 3.0

Tapi kenapa takde wakil dari NGO ? Kenapa takde wakil dari Bersih sendiri ? Malah, mereka yang pernah terlibat dalam isu Hak Asasi Manusia langsung tak dijemput untuk menganggotainya.

Hishamuddin KDN kata, panel ni ditubuhkan sebab untuk mengelakkan prejudis tanggapan oleh rakyat. Tapi,  perlantikan yang dibuat langsung takde usaha untuk mengelakkan prejudis, malah makin bertambah. Malah Timbalan Menteri, Saifuddin Abdullah turut mengatakan Tun Haniff Omar kurang sesuai jadi pengerusi panel

So .. alang alang nak bagi memihak kat kerajaan, wa cadangkan ahli panel tu dirombak dan digantikan macam senarai kat bawah 



Haa... baru ada akai ..dah konfem Bersih 3.0 kena bantai cukup cukup .. kah kah kah

Awas : Bersiap Sedia Untuk Dituduh Komunis


Parah ..
Serigala diamanahkan untuk menjaga biri biri
Musang diminta untuk menjaga ayam,
Pegar ditugaskan untuk menjaga padi,
Hampeh ..

Terang terang,
Orang yang dilantik sangat cenderung pada pemerintah
Malah sangat ghairah mengutuk perhimpunan Bersih 3.0
apa nak kata ?

Tak yah cerita banyak,
Pengerusi yang tak pernah jumpa ayat larangan berjudi dalam Al Quran
Masa Bersih 3.0, boleh nampak pro komunis tahun 70an
Jawatankuasa Bebas kepala abah dia ..


Yeah .. Welcome to Zimbabwe, have a  nice day


=========================


Bersih 3.0: Tun Hanif Pengerusi Panel Penasihat Bebas

9 Mei 2012
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya dalam satu persidangan media di sini.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya, beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

"Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

"Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak. 

Beliau berkata, pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara," katanya. -- Bernama

Wednesday, May 9, 2012

Rahim No No No No



Kalau nak tahu pasal ilmu sakit puan jangan tanya nyonya jual kangkung
Kalau nak tahu pasal ilmu kaji bintang jangan tanya pakcik pomen kedai besikal

Mak cik goreng pisang takkan nak cerita pasal ozon makin nipis
Pakcik jual cendol takkan nak cerita pasal beruang kutub

Bila, apek besi buruk bercerita pasal trigonometri, gerenti kena gelak
Bila Mak Jah jual jamu cerita pasal angelina jolie makan manjakani, konfem kena umpat

Sebab apa ? sebab cerita cerita tu datang dari orang yang bukan ahlinya
So bila seseorang yang terlibat ngan judi dan pernah plak dipenjara kerana memukul tahanan,   keluar dengan statement yang memang bukan langsung bidangnya, maka .......

percayalah, bahawa dia memang dah buang tebiat dan tak perlu amik pusing dengan cakapnya..buang karen

Panas : Balik Balik Duit Rakyat Kena Sapu .. Hadoih



Jumlah aliran wang keluar secara haram dari tahun 2000 - 2009 adalah sebanyak RM 1 bilion (1000 juta) seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Intergrity (GFI). Rujuk laporan Bernama 

Timbalan Menteri, Dato' Donald Lim, ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senatak Ezam yang bertanya kesahihan laporan GFI itu berkata, NILAI YANG DIKEMUKAKAN ITU MUNGKIN TERLEBIH ANGGARAN.. uiks ..perghh .. terlebih anggaran tu bermaksud ada le ye dak ?, cuma jumlah tu yang mungkin sedikit berbeza .. wuhaiii

Kemudiannya, dalam usaha untuk menerangkan apa yang dimaksudkan dengan 'terlebih anggaran', timbalan menteri tersebut mengatakan jumlah itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan dan pelaburan lain juga kesalahan sistematik dalam kompilasi data.

Alasan kedua yang diberikan, Silap Harga Perdagangan yang MUNGKIN disebabkan oleh kesilapan sistematik  dalam mengkompilasi data antara Malaysia dan Rakan Dagang .. cam sama je alasan yang pertama ngan kedua .. goyang ka ?

Woih .. GFI dalam laporan itu mengatakan, jumlah yang terlibat adalah dari perlakuan rasuah, sedangkan untuk alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri dah memang ada data lain.. di ULANG .. GFI menunjukkan data untuk pengaliran keluar secara haram dalam tajuk KETIRISAN yang mungkin dari kegiatan RASUAH bukan tajuk portfolio ke, sistematik ke, biskut marrie ke atau kejadah hape pon.

Halo Dato' Donald, penjelasan yang cuba dibuat tu mungkin boleh relevan dengan carta yang kat sebelah ni. Sumber

Tajuk yang sama, tapi jumlah wang keluar secara haram adalah USD291bilion. Kat carta ni hentam la nak korner jawab cara mana pon, nak kata lari cukai ke, mispricing ke, kena hijack dek lanun ke.. terpulang.

Tapi cerita kat atas tu tetap tak leh nak kaver. 1 bilion hilang woo ..sape kaw tim ?? mana mau larikkk ???

Tuesday, May 8, 2012

OPS Scorpene Reload : Fakta Yang Tersembunyi




Actually ni video yang diambil sebelum pendakwa di mahkamah Perancis temui bukti Najib ada meminta US$1b dari DCNI untuk diberikan kepada Syarikat yang diterajui oleh Abdul Razak Baginda, Perimekar. 

VC ini menerangkan bagaimana perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan,  bagaimana ketirisan perbelanjaan berlaku & apa yang ada disebaliknya .. yiehaaa.. punah ranah duit rakyat.

Mati Digigit Anjing Ketika Berjogging

Anjing spesis Pit Bull

Subang Jaya: Seorang lelaki yang berusia 74 tahun maut setelah diserang oleh seekor anjing ketika sedang berjogging dikawasan perumahannya awal pagi itu.

Yip Sun Wah, menemui ajal ditempat kejadian setelah digigit oleh anjing itu di lehernya dan juga menyebabkan telinga mangsa hampir putus, dalam kejadian jam 9 pagi tadi.

Adalah difahamkan, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya telah pun menangkap haiwan tersebut.

Ketika dihubungi, OCPD Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli mengesahkan polis ada menerima laporan tentang kejadian serangan. 

Sumber : The Star

!update dari Twitter Hannah Yeoh


Foto Tercicir : Bersih - Keadilan Milik Semua

Tabik Spring Bro .. Toinggg~!!

Brother ni juga tak ketinggalan untuk satu peristiwa bersejarah Bersih 3.0. Yeah , keadilan itu milik semua tanpa  ada apa apa halangan. Salut !

Langkah yang ku ambil ini
Pasti tidak dipersetujui oh..
Semua orang bicara tentang kebebasan
Kebebasan tiada lagi, hanya ilusi, bayangkan

Malam ini malam gelisah
Untuk yang berwajah-wajah
Dan kalau aku temui penawar dukaku
Aku dedikasikan malam untuk manusia seperti aku

Aihh .. Ye Ke Penipu Ni Nak Mengaku Dia Menipu ??


Kalau dah bodoh, duduk dendiam kat rumah tengok tv cerita spongebob squarepant. Jangan duduk tepi jalan macam orang jaja ubat kuat semata mata untuk meraih simpati supaya orang kesian dengan tahap kebodohan diri sendiri. sekurang kurangnya, bila dok dendiam, orang tak perasan yang lu tu bodoh.. tapi bila lu mula bersuara, kebodohan itu dengan sendirinya terpancar pancar keseluruh alam maya .. kah kah kah

Cerita 6 kotak tu satu dunia dah tahu ditimbulkan oleh senatak Ezam sejak mula dia kat dalam Keadilan.. wa sendiri pon sampai sekarang ni masih  menunggu mana dia pendedahan yang dia dah janji nak buat dari dulu sampai laa ni. Bila dia berjaya menukarkan diri jadi sesumpah pon AMK dah tuntut untuk dia dedahkan isi 6 kotak tu tapi tetap tarak .. hampeh. Rujuk Sumber . 

Sekarang ni plak, NGO bengong ni nak bawak si penipu ni untuk mendedahkan penipuan dia sendiri .. kah kah kah kah .. jadi sape yang lebih bodoh sebenarnya ?? Memandangkan dia sekarang senator dalam kerajaan, maka sesuai le luorang tukar tajuk tu jadi Penipuan Kerajaan BN akan didedahkan 10 mei ini.. amacam? 

Weyhh .. cuba le jadi cerdik skit .. takde cara lain ke nak cari makan ? Susah susah, luorang cuba jual belon masa ceramah ceramah pakatan, ada gak pekdah .. kah kah kah kah kah

Nota Berkaitan :
Awas : Katak Ni Bakal Keluar Dari Celah Kotak
PANAS : Ketua TIBAI Rayu Supaya Jangan Percaya Cakapnya .. Pulak Dah

Guano YB ? Baham Tanah Ko ? .. kah kah kah


Mentaliti YB siput sedut .. demo lo ni bodoh bodoh blako ..thubarkk aaa .. kah kah kah kah

Sumber Foto : FB  Hamitsu Koniciwa 

Mesti Baca : Dibawah Lindungan Hipokrasi - 1



Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. 

Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang. Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?

Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majoriti nya orang Melayu mendapatkan royalti minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.

Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus. Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? 

Bolehkan kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik. Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties.

Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN berdiam diri dalam hal ini? adakah mereke bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut?

Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah.

Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN. Saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.

Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah?

UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan mandate satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka.

Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa.

Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadangkan oleh UMNO?

Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis.

Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya.

UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan wa ‘ulil-amri-UMNO.

Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan.

Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik.

Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya.

Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.

Sumber Asal :


Monday, May 7, 2012

Fatwa Komeng


Latest : Untuk menjustifikasikan fatwa yang dikeluarkan oleh jawatankuasa majlis fatwa kebangsaan, Menteri JPM Jamil Khir Baharom menekankan bahawa mereka adalah dilantik oleh majlis raja raja.. so ? adakah kenyataan tu membawa maksud, keputusan majlis fatwa kebangsaan tu jadi wajib dipatuhi hanya kerana mereka dilantik oleh majlis raja raja dan bukan kerana kredibiliti badan itu sendiri ? apa punya turrrr .. rujuk laporan

Wa secara peribadi memang tunduk hormat dengan majlis fatwa disebabkan kedudukannya sebagai penentu garis hukum yang memang sepatutnya terpakai untuk kesemua rakyat Malaysia yang beragama Islam TANPA KECUALI

Malangnya, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam negara yang tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh badan ini, sementelah lagi isu yang lebih besar demi kemaslahatan rakyat Malaysia secara amnya dan orang Islam khususnya terpinggir dari agenda perbincangan mereka.

Mencetuskan keadaan huru hara tanpa ragu adalah sesuatu yang haram dan itu wa sangat setuju. Masalahnya adakah benar sahih dari pengamatan mereka sendiri bahawa peserta Bersih yang melakukan atau ianya provokasi yang dimulakan oleh pihak lain? Adakah bertindak mempertahankan diri dari dipukul beramai ramai oleh anggota polis itu merupakan satu bentuk cetusan huru hara? 

Badan yang mengeluarkan fatwa semestinya adalah mereka mereka yang berkecuali, adil dan mempunyai akal yang waras yang dapat membezakan antara hak dan yang batil. Mereka seharusnya tidak condong pada mana mana pihak dan berusaha untuk mendapatkan penjelasan dari keduanya sebelum sesuatu keputusan itu dilakukan. 

Namun apa yang kita lihat, majlis ini hanya mendapatkan sumber dari pihak pihak yang bernaung dibawah pemerintah dan dengan tergesa gesa mengeluarkan keputusan yang terlihat hanya untuk menyenangkan hati majikan yang menjadi tuan kepadanya. Satu lagi episod malang bagi Rakyat Islam Malaysia.

Sepatutnya, majlis tersebut boleh mencerna keinginan orang ramai yang berhimpun untut menuntut satu pilhanraya yang adil dan saksama bagi semua pihak termasuk kepada parti yang memerintah. Itu pun dibuat setelah hampir semua pintu rundingan secara perbincangan tertutup dengan pihak yang berkaitan tidak ambil peduli tentang apa yang dibangkitkan oleh jawatankuasa Bersih sejak dari mula.

Akhirnya, apa yang kita nampak dengan jelas, anggota majlis juga adalah orang orang yang telah boleh diarahkan untuk menjamin kelangsungan pada hayat pemerintah dan bukan lagi sebuah badan bebas yang sepatutnya berkecuali dari mana mana pegangang politik.

Ini dapat disaksikan apabila mereka memilih untuk berdiam diri dalam banyak isu yang membabitkan kerajaan, agensi dan orang orangnya, seperti:

  • Kewajipan melaksanakan undang undang Islam di Malaysia
  • Kewajipan memakai tudung bagi wanita lebih lebih lagi pemimpin
  • Hukum lelaki memakai gelang
  • Perlakuan menipu dalam pilihanraya
  • Pernyataan Mahathir berkaitan Islam
  • Berlaku amalan riba' dalam PTPTN
  • Pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing
  • Penyelewengan NFC yang melibatkan sejumlah RM250juta
  • Jamil Khir menggunakan duit zakat untuk urusan peribadi
  • Orang Islam jadi pengerusi syarikat perjudian
  • Pemilikan syarikat arak san miguel oleh orang Islam
  • Perampasan kuasa Negeri Perak
  • Fitnah seks yang berleluasa 
  • Mengaibkan orang dengan jalan salah
  • dan semakin wa menulis, semakin banyak senarai yang datang dalam kepala ...

Saidina umar pernah berkata 

“Jangan kamu menyangka saya ini keras seperti saya pada zaman Nabi Muhammad. Ini kerana saya adalah pengawal ke atas beliau dan pada masa Abu Bakar pula saya juga pengawal kepadanya. Sekarang ini saya memimpin dan saya adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran”
Dirayu supaya majlis fatwa tidak menjadi perisai kepada golongan yang angkuh apabila berhadapan dengan kebenaran.



Sementelah lagi, sebagaimana fatwa yang pernah dikeluarkan oleh majlis berkenaan dengan sure heboh satu ketika dulu, dimanakah suara jamil khir apabila fatwa itu terus terusan dilanggar malah program itu kekal diadakan saban tahun?

Kesimpulan peribadi untuk diri wa, selain dari jika majlis membuat pembetulan pada fatwa yang dikeluarkan, dengan memasukkan elemen elemen terpercaya dan membuat satu garis jelas antara perhimpunan aman dan rusuhan, wa memilih untuk berlepas diri dari mematuhinya. 

Akhirnya Ada Juga Nasihat Najib Yang Wa Patuh Tanpa Reserve

 Sumber Foto dan Artikel Berkaitan: Kedahlanie

Ye le Dato' Seri .. wa memang amik serius dengan kenyataan Dato'. Umat Islam memang perlu pada kuasa politik untuk melindungi agama suci kita. Jadi, memang itulah tujuan PAS berpolitik dari awal penubuhan sehinggalah ke hari ni. 

PAS memang ingin memartabatkan kesucian agama Islam dari terus diperlekehkan seperti ini :

Foto : anakmalaysia.com
Atau gagal untuk difahami oleh mereka seperti ini..


Atau pun, serangan serangan dari dalam umat Islam itu sendiri ..

Cilok dari MisaiMerah
atau yang ini ..

Budakkampungonline

malah siri siri serangan ke atas Agama Islam oleh pemimpin pemimpin Umno yang direkodkan bukannya sedikit.. boleh buat buku woo ..err.. laa  ..dari Dato' Seri sendiri pon ada .. perghhh

Kesimpulannya Dato' Seri .. dalam banyak banyak kenyataan yang Dato' Seri pernah keluarkan ..kenyataan yang ini saja lah yang menawan kalbu dan akan wa ikuti tanpa banyak soal ... kah kah kah kah

Kenyataan Geli Ketiak Dari Najib Malah Cencorot Pon Boleh Terbersin .. kah kah kah

Foto Cilok Dari BatuvsKayu
Nota : Ini adalah satu bentuk kenyataan yang sangat transgender dari seorang jantan yang suka pakai lipstik .. kah kah kah kah

11.15 PM: Wa datang untuk himpunan Bersih berbekalkan kain pelikat dan berus gigi (sebab niat bermalam di bawah titisan embun)

Malam tu penuh gak le aktiviti dari himpunan spontan, fotoshot, persembahan seniman jalanan oleh Nik Jidan & Black dengan lagu tema Bersihnya, Deklamasi puisi oleh Pyanhabib dan acara makan makan oleh wa ngan member serombongan.

9.00 AM: Sarapan pagi dengan beberapa orang sahabat kat Selangor Mansion, belasah nescafe ngan roti special yang 'world'..

10.00 AM: Lepak kat sekitar Masjid India sambil tengok manusia yang kebanyakannya berpakaian kuning lalu lalang. Sempat gak tengok peniaga yang dah start dikerumuni pengunjung. Member baik wa sempat gi gam tapak kasut (biasak ah.. working class, tapak kasut selalu haus dan tercabut)

11.00 AM: Wa sempat buat shopping baju kat area Mydin, beli baju skuad harimau yang berwarna kuning. Brother yang jual tu kata nyesal tak bawak stok banyak sebab semua size hampir kaput - sold out. Gitu gak ngan beberapa peniaga yang lain .. senada seirama.

12.00 AM: Kembali ke area Masjid India. Waktu ni anggota Unit Amal dah mula berbaris - Ramai yang tumpang sekaki untuk fotoshot - Glamer dah Unit Amal .. wa plak sekadar memerhati kalau kalau ada orang yang wa kenal. Jumpa gak le member dari Masjid Dahlan (orang orang kuat Che Mat Sabu). 

12.30 PM: Ternampak Abe Jak (Kelantan) yang pernah kena fitnah angkat kain depan Puteri Umno. Sempat le berborak dan bertanya khabar.

13.30 PM: Zuhur dan lepas tu dengar taklimat ringkas dari Dr. Zul - Kuala Selangor. Waktu ni crowd memang tahap pecah panggung.. 

14.10 PM: Mula bergerak ke Kawasan Berhimpun di Simpang Jalan TAR - Jalan Tun Perak. Jalan memang tersumbat. Wa berdua terpecah dari 2 orang lagi member (masa ni, terleka je kejap memang terus tak nampak le member tu .. sebab semua pakai baju kuning)

14.30 - 16.00 PM
  • Dapat duduk kat area bersebelahan Jalan Raja Laut
  • Nampak semua golongan masyarakat - Melayu, Cina, India dan Lain Lain - saling tersenyum antara satu sama lain.. bagi wa .. ini .. WOWW .. dan sangat WWOOOWWWW ..
  • Suasana memang dah macam satu pesta karnival rakyat, ada yang berborak, gelak ketawa, tertinjau tinjau ke depan, ada yang duduk, ada yang bergerak cari port, ada yang cari angle untuk fotoshot .. malah ada yang tertidur sambil mengeluarkan bunyi yang misteri .. kah kah kah kah
  • Nampak ketibaan Chegu Bard dan Anwar dari jauh - walaupun tahu memang ada ucapan dari sebelah sana tapi memang sepatah haram tak dengar apa apa.
  • Tetiba wa nampak nun .. polis berlari lari kesana sini .. apa kes? Wa pon mula cari posisi tinjau untuk tengok apa yang dah jadi, tapi masa tu le mata wa tetiba pedih, kulit jadi panas, dan nafas macam tersekat .. laaa .. dah ada perlancaran gas pemedih mata rupanya.
  • Wa mudik ikut jalan Raja Laut sampai ke bangunan KWSP, baru pandangan wa kembali pulih seperti sediakala .. mata berair jangan cakap la, hingus pon keluar tanpa kawalan.
  • Rujuk rakaman wa pada masa tu..
  • Wa stay kat area tu sambil tengok polis seronok main mercun kanister.. Semakin banyak tembakan padahal orang ramai dah semakin berundur. Dari jauh wa nampak ramai yang kena pegang dek mato mato. 


16.40 PM: Wa dapat panggilan dari member wa kata dia dah tunggu wa kat depan Sogo dengan sorang lagi member yang terpecah dari kumpulan tadi. Bila wa tiba kat sana, memang masih ramai yang tengah lepak, namun ramai gak yang wa tengok dah onboard bas metro yang lalu kat area situ. Masa ni kejadian kereta polis langgar orang yang lepak kat sana belum berlaku .. cuma timeline dia dah dekat.

Oleh disebabkan rasa haus pada tahap jingga, wa ajak member member tadi cari port untuk minum air panas. Lokasi tujuan : Doraisamy. Masa lepak kat sini le baru terdengar, ada kereta polis sudah kena terbalik selepas langgar orang kat depan Sogo .. perghh .. selisih.

Member wa sempat tanya mamak kat Dorai tu, hasil perniagaannya pada hari tu, jawapannya ? Kelass .. mamak tu siap kata, kalo boleh ada perhimpunan gitu selalu.. fuhhh .. bengong betul sape yang tak buat biz pada masa tu..

17.30 PM: Polis dilihat masih mengejar peserta peserta Bersih sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Baru & korner ke Jalan Ampang. Tapi semua yang lepak kat dalam restoran tu buat rilek tahap jerung., walaupun hampir semuanya berbaju kuning.. segerombolan polis hanya melewati restoran sambil terjerit jerit ke arah peserta yang kebanyakannya dah jauh dari pandangan.

18.00 PM: Member dapat khabar dari sorang lagi member yang dia kena kantoi dan akan dibawa ke Pulapol. Wa plak amik keputusan untuk balik ke rumah sebab badan dah bau tenuk demam. 

19.55 PM: Wa sampai rumah dengan jayanya.

Gitu lah catatan seharian wa dalam Perhimpunan Bersih 3.0. Dengan berbekalkan kain pelikat dan berus gigi, jadi boleh bagitau wa, kat mana logiknya wa antara yang terlibat dalam cubaan untuk gulingkan kerajaan? biar betik ... kah kah kah kah .. 

Takde sorang pon bawak keris macam perhimpunan Sidang Penghulu Melaka yang menikam gambar Ambiga  atau perhimpunan tibai yang bawak rotan yang juga untuk memangsakan gambar tapi kali ni Anwar..

atau mungkin Najib fikir kehendak rakyat adalah senjata yang lebih ampuh dari water canon & gas pemedih mata ? .. kalo gitu .. wa fikir ada logiknya. Logik yang mengatakan Najib dah kecut ngan kebangkitan rakyat ..malah mana lebih bahaya antara Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dengan kenyataan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir ?? .. wuuhaaiii

Sunday, May 6, 2012

Melaka Menuju Muflis?

Laporan Malaysiakini 8 April Lalu


Seringkali, apabila ditanya mengenai isu negeri Melaka makan jawapan spontan yang akan saya berikan ialah pembaziran berterusan dengan projek mega dinegeri ini tanpa memberikan apa apa manfaat kepada rakyat.

Sedangkan segala hasil mahsul kekayaan negeri sepatutnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat samada berbentuk kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan bagi melaksanakan tanggungjawab kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyatnya.

Rekod hutang negeri Melaka menunjukkan pada 1999 di awal pemerintahan Dato' Seri Mohd Ali Rustam ialah sebanyak RM482 juta tetapi selepas 12 tahun ianya semakin meningkat saban tahun kepada RM865 juta pada 2011.



Manakala simpanan tunai kerajaan negeri pada 1999 ialah RM234 juta dan terus merosot setiap tahun hingga tinggal RM8 juta pada 2011 di mana, kedua dua indikator ini amat jelas menggambarkan pada kita bahawa Umno-BN Melaka sebagai sebuah kerajaan yang lemah, gagal dan tidak berwibawa mentadbir negeri ini.

Malah hutang kerajaan negeri pada 2010 sebanyak RM850 juta juga tidak dibayar sesen pun kepada kerajaan pusat dan Ali Rustam dengan selamba tanpa rasa bertanggungjawab berkata didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa ianya perkara biasa sebab kita ada 'Big Brother' iaitu Kerajaan BN di pusat.

Persoalannya ke mana pergi simpanan tunai yang banyak sebelum ini dan kenapa hutang negeri semakin bertambah? sedangkan dalam masa yang sama, kebajikan rakyat terus terabai, pengangkutan awam semakin teruk di samping kehidupan rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga barangan, cukai, caj perkhidmatan dan pelbagai hutang.

Jawapannya mudah iaitu pertama, duit banyak dihabiskan kepada projek-projek mega dan membazir kononnya dilakukan atas nama perlancongan bukannya untuk memenuhi keperluan rakyat tetapi hakikatnya sebagai jalan pintas bagi pemimpin negeri serta kroninya mengaut kekayaan tersebut.

Jika tidak bagaimana Ali Rustam boleh mempunyai wang yang banyak bagi merasuah perwakilan pada pemilihan Umno dan didapati bersalah oleh partinya sendiri sehingga beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Antara projek itu ialah 
  • Litar go-kart di Ayer Keroh berharga 12 juta, 
  • Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka berjumlah RM240 juta, 
  • Monorel Melaka yang selalu rosak berharga RM15 juta, 
  • Roller Coaster yang terbiar berharga RM10 juta, 
  • Jeti Marina Melaka yang tidak digunakan berharga RM24.3 juta 
  • Planetarium Melaka berharga RM20 juta.


Kedua, duit dihabiskan untuk membeli bangunan yang terbiar dan rugi serta menyelamatkan projek kroni yang gagal iaitu 
  • Bangunan Melaka Mall yang dulu dikenali dengan Kompleks Kotamas Melaka berharga RM54.92 juta, 
  • Bangunan Digital Mall berharga RM52 juta, 
  • Hotel terbiar di tebing sungai Melaka iaitu Riverside Hotel berjumlah RM31.77 juta, 
  • Hotel terbiar di Bukit Katil iaitu Hotel Water City berharga RM47 juta
  • Selamatkan projek gagal Auto City di MITC Ayer Keroh berjumlah RM20 juta


Pembelian bangunan terbiar serta projek gagal itu keseluruhannya berjumlah lebih RM 200 juta dan ianya bersamaan dengan 50 peratus bajet tahunan kerajaan negeri dimana ianya bermakna separuh bajet kerajaan negeri telah dihabiskan bagi tujuan tersebut, maka tidak hairanlah banyak kemudahan asas dan kebajikan rakyat Melaka sendir terabai.

Akhir sekali, duit banyak dihabiskan bagi tujuan pelaburan kepada anak syarikat kerajaan negeri dan agensinya seterusnya mengalami kerugian contohnya 
  • Hospital Putra Specialist - RM59.82 juta
  • Melaka Mall Sdn Bhd - RM8.06 juta
  • Panorama Melaka Cultural & Tourist - RM3.04 juta
  • MITC - RM7.24 juta
  • Pertam Construction Sdn Bhd - RM7.3 juta
  • Eye On Malaysia - RM1.60 juta


Jumlah keseluruhan kerugian ini sahaja mencecah hampir RM100 juta dan jika ianya dapat dielakkan maka banyak kemudahan asas kepada rakyat dapat disediakan termasuk dapat menjaga kebajikan kepada mereka terutamanya kepada golongan miskin

Tulisan : Zaili Muhammad - Harakah
 

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic