Pesawat penumpang buatan Russia telah terhempas, ketika membuat demonstrasi penerbangan dengan membawa bakal pembeli berpotensi dan juga wartawan.
Serakan serpihan pesawat telah dijumpai dengan menggunakan helikopter, namun masih tidak terdapat tanda tanda mangsa yang masih hidup dan terselamat. Pasukan Pencari dan Penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat nahas ketika rencana ini ditulis.
Keluarga mangsa, yang kebanyakannya menunggu perkembangan berita dari lapangan terbang sepanjang malam sejak dari kehilangan pesawat itu dilaporkan, tidak dapat menahan tangisan apabila laporan kemalangan dikeluarkan hari ini. Malah ada yang masih kurang percaya dengan berita yang diterima.
- Pesawat dijumpai terhempas di tebing yang curam diatas sebuah gunung berapi tidak aktif
- Tidak terdapat tanda tanda penumpang yang berjumlah seramai 47 orang terselamat
- Sukhoi Superjet-100 adalah keluaran pertama negara Russia semenjak kejatuhan Soviet Union
- Pesawat meninggalkan Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta pada petang hari Rabu
'Dari gambar yang kita perolehi, kelihatannya seperti tidak ada apa lagi yang tinggal' Ujar Daryatmo, Ketua Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, begitu juga pendapat ramai orang di indonesia apabila imej pertama disiarkan dalam televisyen tempatan.
Pesawat Sukhoi Superjet-100, yang merupakan pesawat penumpang yang pertama dikeluarkan oleh negara Russia sejak kejatuhan Soviet dua dekad lalu, telah dijumpai berserakan di atas curam berdekatan puncak Gunung Salak, sebuah gunung berapi yang terletak 30 batu barat daya dari Jakarta.
Logo biru dan putih milik pesawat tersebut terlihat jelas di bawah deretan pokok di tempat kejadian.
Lokasi kejadian tersebut agak menyukarkan usaha untuk menyelamat menurut jurucakap Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, Gagah Prakoso, dan beliau juga menambah, mangsa terpaksa ditarik naik ke helikopter dengan menggunakan tali dan jaring.
Pesawat berlepas dari lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta untuk penerbangan pendek dalam usaha untuk menarik perhatian pembeli pembeli yang berpotensi.
20 minit berlepas, anak kapal telah meminta kebenaran untuk mengurangkan ketinggian dari 10 000 kaki ke paras 6 000 kaki, ujar Daryatmo.
Pesawat itu telah hilang dari radar sejurus selepas itu. Adalah tidak dapat dipastikan mengapa juruterbang dan pembantunya meminta untuk menurunkan paras ketinggian, lebih lebih lagi kerana ianya berdekatan dengan gunung yang berketinggian 7 000 kaki. Juga tidak dapat dipastikan samada permintaan itu diluluskan.
Pita perbualan antara juruterbang dan kawalan trafik udara sedang dikaji, menurut Tatang Kurniadi, Ketua Keselamatan Pengangkutan Nasional.
Lebih dari 1 000 orang, termasuk tentera dan polis, mengambil bahagian dalam usaha mencari dan menyelamat awal hari ini. Bagaimanapun, kawasan nahas itu telah berjaya dikesan oleh sebuah helikopter yang sedang menjalankan kajiselidik udara.
'Mereka mempunyai pemandangan yang lebih jelas' ujar Prakoso. 'Tiada maklumat tentang penumpang ... kami cuba untuk mendekati kawasan nahas tapi ianya hanya boleh dilakukan dengan berjalan kaki'.
Industri Angkasa Russia melalui masa yang buruk kesan dari kejatuhan ekonomi ekoran kejatuhan Era Soviet pada tahun 1991.
Superjet tersebut - dibina oleh divisyen pesawat awam Sukhoi dengan mendapat kerjasama rakan dari Negara Barat - merupakan harapan besar negara itu untuk kembali mendapat tempat dalam pasaran pesawat penumpang antarabangsa.
Program Welcome Asia! yang juga termasuk perhentian di Pakistan, Myanmar dan Kazakhstan, dirancang untuk meningkat sokongan bagi tujuan tersebut.
Sunaryo, wakil dari PT Trimarga Rekatama, syarikat yang terlibat dalam penganjuran acara itu kelmarin berkata terdapat 47 orang penumpang dalam pesawat tersebut yang kebanyakannya merupakan pembeli pembeli yang berpotensi dan juga wartawan.
8 orang daripada mangsa adalah terdiri dari rakyat Russia, yang mana kesemuanya dari syarikat Sukhoi, manakala 37 orang lagi adalah rakyat Indonesia.
Seorang konsultan rakyat Amerika yang bekerja untuk PT Sriwijaya Airline dan seorang warga Perancis dari syarikat pembuat enjin pesawat, Snecma, turut menaiki pesawat.
Pesawat Superjet, yang mengandungi 75 - 95 tempat duduk, dikatakan bakal menjadi pesaing dalam kelasnya kepada jet Bombardier dari Kanada dan jet Embraer buatan Brazil. ia membuat penerbangan komersial rasmi yang pertama pada tahun lepas.
'Ia merupakan harapan besar mereka untuk memasuki pasaran pesawat penumpang dengan lebih meluas dari apa yang mereka ada sekarang, kerana kita semua tahu, Russia mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang ini pada waktu yang lepas, maka pesawat ini adalah sangat penting bagi industri mereka' ujar Tom Ballantyne, pakar penerbangan yang berpangkalan di Sydney.
Dengan tanda harga yang boleh dikatakan murah, iaitu sekitar BP(British Pound) 27.7 juta, pesawat itu telah berjaya mendapat sebanyak 170 tempahan.
Indonesia, negara kepulauan yang mempunyai seramai 240 juta orang penduduk, dengan kelas pertengahannya mengalami pertambahan pesat, adalah merupakan pelanggan yang mempunyai potensi yang terbesar.
Kartika Airlines dan Sky Aviation - diantara syarikat yang muncul di Indonesia dalam sedekad yang lepas, untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah - telah pun menempah sekurang kurangnya 42 buah pesawat.
Mereka yang terlibat dalam cadangan pembelian tersebut berkata mereka akan menunggu hasil laporan siasatan sebelum memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Apa yang paling penting adalah untuk mengetahui samada ianya adalah masalah mekanikal ataupun hanya kecuaian juruterbang.
Pihak berwajib Indonesia telah merumuskan bahawa hanya ada 2 kemungkinan yang menyebabkan nahas - samada ianya terhempas ataupun berlaku rampasan.
Sumber dari tentera Indonesia pula mengatakan, adalah jelas bahawa jet tersebut 'telah jatuh dari langit' selepas ia tiba tiba hilang dari radar pada ketinggian 6 200 kaki didalam kawasan pergunungan.
Pesawat itu, yang tiba di Indonesia pada hari Rabu, adalah merupakan destinasi ke empatnya selepas Myanmar, Pakistan dan Kazakhstan. Ia selanjutnya bakal meneruskan demonstrasi penerbangan di Laos dan Vietnam.
Pesawat Russia tersebut diwar warkan menawarkan 'penerbangan yang sempurna' kepada penumpangnya, dengan konfigurasi empat tempat duduk yang memberikan suasana kelas perniagaan yang sebenar, memberikan setiap penumpangnya keselesaan yang samarata.
Terjemahan Bebas : Karmic
Artikel Asal : Richard Shears
Sumber Artikel : Dailymail.co.uk
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah