Latest : Untuk menjustifikasikan fatwa yang dikeluarkan oleh jawatankuasa majlis fatwa kebangsaan, Menteri JPM Jamil Khir Baharom menekankan bahawa mereka adalah dilantik oleh majlis raja raja.. so ? adakah kenyataan tu membawa maksud, keputusan majlis fatwa kebangsaan tu jadi wajib dipatuhi hanya kerana mereka dilantik oleh majlis raja raja dan bukan kerana kredibiliti badan itu sendiri ? apa punya turrrr .. rujuk laporan
Wa secara peribadi memang tunduk hormat dengan majlis fatwa disebabkan kedudukannya sebagai penentu garis hukum yang memang sepatutnya terpakai untuk kesemua rakyat Malaysia yang beragama Islam TANPA KECUALI.
Malangnya, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam negara yang tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh badan ini, sementelah lagi isu yang lebih besar demi kemaslahatan rakyat Malaysia secara amnya dan orang Islam khususnya terpinggir dari agenda perbincangan mereka.
Mencetuskan keadaan huru hara tanpa ragu adalah sesuatu yang haram dan itu wa sangat setuju. Masalahnya adakah benar sahih dari pengamatan mereka sendiri bahawa peserta Bersih yang melakukan atau ianya provokasi yang dimulakan oleh pihak lain? Adakah bertindak mempertahankan diri dari dipukul beramai ramai oleh anggota polis itu merupakan satu bentuk cetusan huru hara?
Badan yang mengeluarkan fatwa semestinya adalah mereka mereka yang berkecuali, adil dan mempunyai akal yang waras yang dapat membezakan antara hak dan yang batil. Mereka seharusnya tidak condong pada mana mana pihak dan berusaha untuk mendapatkan penjelasan dari keduanya sebelum sesuatu keputusan itu dilakukan.
Namun apa yang kita lihat, majlis ini hanya mendapatkan sumber dari pihak pihak yang bernaung dibawah pemerintah dan dengan tergesa gesa mengeluarkan keputusan yang terlihat hanya untuk menyenangkan hati majikan yang menjadi tuan kepadanya. Satu lagi episod malang bagi Rakyat Islam Malaysia.
Sepatutnya, majlis tersebut boleh mencerna keinginan orang ramai yang berhimpun untut menuntut satu pilhanraya yang adil dan saksama bagi semua pihak termasuk kepada parti yang memerintah. Itu pun dibuat setelah hampir semua pintu rundingan secara perbincangan tertutup dengan pihak yang berkaitan tidak ambil peduli tentang apa yang dibangkitkan oleh jawatankuasa Bersih sejak dari mula.
Akhirnya, apa yang kita nampak dengan jelas, anggota majlis juga adalah orang orang yang telah boleh diarahkan untuk menjamin kelangsungan pada hayat pemerintah dan bukan lagi sebuah badan bebas yang sepatutnya berkecuali dari mana mana pegangang politik.
Ini dapat disaksikan apabila mereka memilih untuk berdiam diri dalam banyak isu yang membabitkan kerajaan, agensi dan orang orangnya, seperti:
- Kewajipan melaksanakan undang undang Islam di Malaysia
- Kewajipan memakai tudung bagi wanita lebih lebih lagi pemimpin
- Hukum lelaki memakai gelang
- Perlakuan menipu dalam pilihanraya
- Pernyataan Mahathir berkaitan Islam
- Berlaku amalan riba' dalam PTPTN
- Pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing
- Penyelewengan NFC yang melibatkan sejumlah RM250juta
- Jamil Khir menggunakan duit zakat untuk urusan peribadi
- Orang Islam jadi pengerusi syarikat perjudian
- Pemilikan syarikat arak san miguel oleh orang Islam
- Perampasan kuasa Negeri Perak
- Fitnah seks yang berleluasa
- Mengaibkan orang dengan jalan salah
- dan semakin wa menulis, semakin banyak senarai yang datang dalam kepala ...
Saidina umar pernah berkata
“Jangan kamu menyangka saya ini keras seperti saya pada zaman Nabi Muhammad. Ini kerana saya adalah pengawal ke atas beliau dan pada masa Abu Bakar pula saya juga pengawal kepadanya. Sekarang ini saya memimpin dan saya adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran”
Dirayu supaya majlis fatwa tidak menjadi perisai kepada golongan yang angkuh apabila berhadapan dengan kebenaran.
Sementelah lagi, sebagaimana fatwa yang pernah dikeluarkan oleh majlis berkenaan dengan sure heboh satu ketika dulu, dimanakah suara jamil khir apabila fatwa itu terus terusan dilanggar malah program itu kekal diadakan saban tahun?
Kesimpulan peribadi untuk diri wa, selain dari jika majlis membuat pembetulan pada fatwa yang dikeluarkan, dengan memasukkan elemen elemen terpercaya dan membuat satu garis jelas antara perhimpunan aman dan rusuhan, wa memilih untuk berlepas diri dari mematuhinya.
Rujuk Topik Berkaitan:
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah