Sunday, May 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Melaka Menuju Muflis?

Laporan Malaysiakini 8 April Lalu


Seringkali, apabila ditanya mengenai isu negeri Melaka makan jawapan spontan yang akan saya berikan ialah pembaziran berterusan dengan projek mega dinegeri ini tanpa memberikan apa apa manfaat kepada rakyat.

Sedangkan segala hasil mahsul kekayaan negeri sepatutnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat samada berbentuk kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan bagi melaksanakan tanggungjawab kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyatnya.

Rekod hutang negeri Melaka menunjukkan pada 1999 di awal pemerintahan Dato' Seri Mohd Ali Rustam ialah sebanyak RM482 juta tetapi selepas 12 tahun ianya semakin meningkat saban tahun kepada RM865 juta pada 2011.



Manakala simpanan tunai kerajaan negeri pada 1999 ialah RM234 juta dan terus merosot setiap tahun hingga tinggal RM8 juta pada 2011 di mana, kedua dua indikator ini amat jelas menggambarkan pada kita bahawa Umno-BN Melaka sebagai sebuah kerajaan yang lemah, gagal dan tidak berwibawa mentadbir negeri ini.

Malah hutang kerajaan negeri pada 2010 sebanyak RM850 juta juga tidak dibayar sesen pun kepada kerajaan pusat dan Ali Rustam dengan selamba tanpa rasa bertanggungjawab berkata didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa ianya perkara biasa sebab kita ada 'Big Brother' iaitu Kerajaan BN di pusat.

Persoalannya ke mana pergi simpanan tunai yang banyak sebelum ini dan kenapa hutang negeri semakin bertambah? sedangkan dalam masa yang sama, kebajikan rakyat terus terabai, pengangkutan awam semakin teruk di samping kehidupan rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga barangan, cukai, caj perkhidmatan dan pelbagai hutang.

Jawapannya mudah iaitu pertama, duit banyak dihabiskan kepada projek-projek mega dan membazir kononnya dilakukan atas nama perlancongan bukannya untuk memenuhi keperluan rakyat tetapi hakikatnya sebagai jalan pintas bagi pemimpin negeri serta kroninya mengaut kekayaan tersebut.

Jika tidak bagaimana Ali Rustam boleh mempunyai wang yang banyak bagi merasuah perwakilan pada pemilihan Umno dan didapati bersalah oleh partinya sendiri sehingga beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Antara projek itu ialah 
  • Litar go-kart di Ayer Keroh berharga 12 juta, 
  • Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka berjumlah RM240 juta, 
  • Monorel Melaka yang selalu rosak berharga RM15 juta, 
  • Roller Coaster yang terbiar berharga RM10 juta, 
  • Jeti Marina Melaka yang tidak digunakan berharga RM24.3 juta 
  • Planetarium Melaka berharga RM20 juta.


Kedua, duit dihabiskan untuk membeli bangunan yang terbiar dan rugi serta menyelamatkan projek kroni yang gagal iaitu 
  • Bangunan Melaka Mall yang dulu dikenali dengan Kompleks Kotamas Melaka berharga RM54.92 juta, 
  • Bangunan Digital Mall berharga RM52 juta, 
  • Hotel terbiar di tebing sungai Melaka iaitu Riverside Hotel berjumlah RM31.77 juta, 
  • Hotel terbiar di Bukit Katil iaitu Hotel Water City berharga RM47 juta
  • Selamatkan projek gagal Auto City di MITC Ayer Keroh berjumlah RM20 juta


Pembelian bangunan terbiar serta projek gagal itu keseluruhannya berjumlah lebih RM 200 juta dan ianya bersamaan dengan 50 peratus bajet tahunan kerajaan negeri dimana ianya bermakna separuh bajet kerajaan negeri telah dihabiskan bagi tujuan tersebut, maka tidak hairanlah banyak kemudahan asas dan kebajikan rakyat Melaka sendir terabai.

Akhir sekali, duit banyak dihabiskan bagi tujuan pelaburan kepada anak syarikat kerajaan negeri dan agensinya seterusnya mengalami kerugian contohnya 
  • Hospital Putra Specialist - RM59.82 juta
  • Melaka Mall Sdn Bhd - RM8.06 juta
  • Panorama Melaka Cultural & Tourist - RM3.04 juta
  • MITC - RM7.24 juta
  • Pertam Construction Sdn Bhd - RM7.3 juta
  • Eye On Malaysia - RM1.60 juta


Jumlah keseluruhan kerugian ini sahaja mencecah hampir RM100 juta dan jika ianya dapat dielakkan maka banyak kemudahan asas kepada rakyat dapat disediakan termasuk dapat menjaga kebajikan kepada mereka terutamanya kepada golongan miskin

Tulisan : Zaili Muhammad - Harakah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top