Lately, kita dah banyak dilambakkan dengan isu isu dangkal yang ditimbulkan oleh pihak kerajaan seolah olah untuk mengalihkan perhatian kita pada isu yang utama.
Isu keganasan dan rusuhan, Isu sampah oleh DBKL, Isu tangkap peserta Bersih oleh polis, Saman oleh NGO, Fatwa, Panel Siasatan Bebas, Prof Prof Kangkung dan berbagai isu lagi berjaya menenggelamkan isu pemberian wang yang berlambak oleh Safie Afdal pada seorang artis yang begitu hangat diperkatakan sebelum Bersih 3.0
Dah tentu le kerajaan suka dengan keadaan ni, isu yang ditimbulkan bersilih ganti dan kita tanpa sedar terheret untuk terus menari dengan irama diowang. Bukan salah pon bagi kita untuk menjawab tuduhan dan fitnah, tapi kena ada check and balance gak dalam perkara ni.
Skang ni Kak Jat dah boleh tidur nyenyak, lensa dah alih ke tempat lain. Muhyiddin senyum simpul, Shafie Afdal lega, blogger pencacai bersorak.
So, Gesaan oleh 14 buah NGO yang menyokong Bersih 3.0 untuk kita kembali fokus kepada isu sebenar, memang tepat pada masanya.
Isunya bukan sekadar untuk membersihkan daftar pemilih, malah mencakupi genre yang lebih besar termasuklah perkara no 7. Hentikan Rasuah. Apa yang boleh kita katakan dengan pengumuman durian runtuh pada Felda semalam ? Bukan kah ini satu bentuk Rasuah ?
Memandangkan PM dengan bangga mengatakan barulah beliau yakin untuk membubarkan parlimen setelah melihat sambutan penduduk Felda pada program tu.. maka sahihlah yang pemberian itu memang semata mata untuk modal pancing undi pilihanraya. Rasuah dulu baru boleh yakin kaa ? Apa punya turr ..
Selebihnya, luorang boleh baca Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah