Thursday, May 10, 2012

TAGGED UNDER:

Awas : Bersiap Sedia Untuk Dituduh Komunis


Parah ..
Serigala diamanahkan untuk menjaga biri biri
Musang diminta untuk menjaga ayam,
Pegar ditugaskan untuk menjaga padi,
Hampeh ..

Terang terang,
Orang yang dilantik sangat cenderung pada pemerintah
Malah sangat ghairah mengutuk perhimpunan Bersih 3.0
apa nak kata ?

Tak yah cerita banyak,
Pengerusi yang tak pernah jumpa ayat larangan berjudi dalam Al Quran
Masa Bersih 3.0, boleh nampak pro komunis tahun 70an
Jawatankuasa Bebas kepala abah dia ..


Yeah .. Welcome to Zimbabwe, have a  nice day


=========================


Bersih 3.0: Tun Hanif Pengerusi Panel Penasihat Bebas

9 Mei 2012
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya dalam satu persidangan media di sini.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya, beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

"Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

"Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak. 

Beliau berkata, pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara," katanya. -- Bernama

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. Salam Tuan Tanah,

    Tun Anep sibuk citer pasal komunis.....dia tak ikut ker perbicaraan kat Britain pasal BATANG KALI MASACRE???

    omputeh sudah tergeliat lidah nak DENY bahawasanya mereka MENGADAKAN pembunuhan ini untuk JUAL citer KUNUNnya mereka2 yang dibunuh itu adalah KOMUNIS dan mereka ditembak sewaktu MELARIKAN DIRI!!!....FAKTA menyatakan sebaliknya yang berlaku!.....DAN dikatakan banyak lapuran2 dari arkib britain SUDAH LESAP tanpa berita!!!

    Sejarah sedang MENGHANTUI OMPUTEH dan OMPUTEH CELOP @ balachee chap umno!.....

    gheng lama

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam gheng lama ..

    contoh terbaik .. begitu gak masa pembunuhan memali .. mereka di cap pengganas padahal langsung tak mempunyai senjata untuk melawan bala tentera yang siap ngan senjata berat. Itu juga zaman beliau

    ReplyDelete
  3. Hahaha, ayat lu memang power bro.. Baru skarang aku jmpa blog best mcm ni, kepala abah kau hanif omar. Sibuk dok jaga genting udah la,

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top