Refer pada posting Tragedi Pesawat Sukhoi Superjet Russia: Dijumpai Terhempas Manakala Nasib Penumpang Belum Diketahui, kemaskini dari media di Indonesia telah mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian nahas.
Pasukan penyelamat mengalami kesukaran dalam usaha untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian berikutan bentuk muka bumi yang curam dan sukar untuk diakses.
Menurut saksi yang pertama tiba di lokasi, keadaan mayat mangsa tidak sempurna dan ada potongan manusia disana sini. Belum ada jumlah mangsa yang diputuskan namun menurut pasukan penyelamat, mereka telah mengumpulkan mayat mangsa ke dalam 6 kantong untuk diterbangkan dengan menggunakan helikopter.
Dibawah ini adalah antara foto foto yang sempat dirakam, sebelum pesawat itu melakukan penerbangan yang berakhir dengan tragedi.
Kapten & Co Pilot |
Kru Penerbangan |
Mengalukan kedatangan penumpang |
Taklimat sebelum boarding |
Antara aksi terakhir |
Sejurus sebelum pintu ditutup |
Push Back sebelum berlepas |
Alfatihah buat mereka yang beragama Islam. Semoga usaha mengeluarkan semua mangsa berjalan lancar. Ameen.
Nota: Kesemua foto wa cilok dari live journal photographer Sergey Doyla
Hidang arak ke sparkling juice?
ReplyDelete@Jali-jali difahamkan servis semua berdasarkan perkhidmatan Sky Air, pramugari pon memang orang Indonesia ..
ReplyDelete