Monday, May 7, 2012

Kenyataan Geli Ketiak Dari Najib Malah Cencorot Pon Boleh Terbersin .. kah kah kah

Foto Cilok Dari BatuvsKayu
Nota : Ini adalah satu bentuk kenyataan yang sangat transgender dari seorang jantan yang suka pakai lipstik .. kah kah kah kah

11.15 PM: Wa datang untuk himpunan Bersih berbekalkan kain pelikat dan berus gigi (sebab niat bermalam di bawah titisan embun)

Malam tu penuh gak le aktiviti dari himpunan spontan, fotoshot, persembahan seniman jalanan oleh Nik Jidan & Black dengan lagu tema Bersihnya, Deklamasi puisi oleh Pyanhabib dan acara makan makan oleh wa ngan member serombongan.

9.00 AM: Sarapan pagi dengan beberapa orang sahabat kat Selangor Mansion, belasah nescafe ngan roti special yang 'world'..

10.00 AM: Lepak kat sekitar Masjid India sambil tengok manusia yang kebanyakannya berpakaian kuning lalu lalang. Sempat gak tengok peniaga yang dah start dikerumuni pengunjung. Member baik wa sempat gi gam tapak kasut (biasak ah.. working class, tapak kasut selalu haus dan tercabut)

11.00 AM: Wa sempat buat shopping baju kat area Mydin, beli baju skuad harimau yang berwarna kuning. Brother yang jual tu kata nyesal tak bawak stok banyak sebab semua size hampir kaput - sold out. Gitu gak ngan beberapa peniaga yang lain .. senada seirama.

12.00 AM: Kembali ke area Masjid India. Waktu ni anggota Unit Amal dah mula berbaris - Ramai yang tumpang sekaki untuk fotoshot - Glamer dah Unit Amal .. wa plak sekadar memerhati kalau kalau ada orang yang wa kenal. Jumpa gak le member dari Masjid Dahlan (orang orang kuat Che Mat Sabu). 

12.30 PM: Ternampak Abe Jak (Kelantan) yang pernah kena fitnah angkat kain depan Puteri Umno. Sempat le berborak dan bertanya khabar.

13.30 PM: Zuhur dan lepas tu dengar taklimat ringkas dari Dr. Zul - Kuala Selangor. Waktu ni crowd memang tahap pecah panggung.. 

14.10 PM: Mula bergerak ke Kawasan Berhimpun di Simpang Jalan TAR - Jalan Tun Perak. Jalan memang tersumbat. Wa berdua terpecah dari 2 orang lagi member (masa ni, terleka je kejap memang terus tak nampak le member tu .. sebab semua pakai baju kuning)

14.30 - 16.00 PM
  • Dapat duduk kat area bersebelahan Jalan Raja Laut
  • Nampak semua golongan masyarakat - Melayu, Cina, India dan Lain Lain - saling tersenyum antara satu sama lain.. bagi wa .. ini .. WOWW .. dan sangat WWOOOWWWW ..
  • Suasana memang dah macam satu pesta karnival rakyat, ada yang berborak, gelak ketawa, tertinjau tinjau ke depan, ada yang duduk, ada yang bergerak cari port, ada yang cari angle untuk fotoshot .. malah ada yang tertidur sambil mengeluarkan bunyi yang misteri .. kah kah kah kah
  • Nampak ketibaan Chegu Bard dan Anwar dari jauh - walaupun tahu memang ada ucapan dari sebelah sana tapi memang sepatah haram tak dengar apa apa.
  • Tetiba wa nampak nun .. polis berlari lari kesana sini .. apa kes? Wa pon mula cari posisi tinjau untuk tengok apa yang dah jadi, tapi masa tu le mata wa tetiba pedih, kulit jadi panas, dan nafas macam tersekat .. laaa .. dah ada perlancaran gas pemedih mata rupanya.
  • Wa mudik ikut jalan Raja Laut sampai ke bangunan KWSP, baru pandangan wa kembali pulih seperti sediakala .. mata berair jangan cakap la, hingus pon keluar tanpa kawalan.
  • Rujuk rakaman wa pada masa tu..
  • Wa stay kat area tu sambil tengok polis seronok main mercun kanister.. Semakin banyak tembakan padahal orang ramai dah semakin berundur. Dari jauh wa nampak ramai yang kena pegang dek mato mato. 


16.40 PM: Wa dapat panggilan dari member wa kata dia dah tunggu wa kat depan Sogo dengan sorang lagi member yang terpecah dari kumpulan tadi. Bila wa tiba kat sana, memang masih ramai yang tengah lepak, namun ramai gak yang wa tengok dah onboard bas metro yang lalu kat area situ. Masa ni kejadian kereta polis langgar orang yang lepak kat sana belum berlaku .. cuma timeline dia dah dekat.

Oleh disebabkan rasa haus pada tahap jingga, wa ajak member member tadi cari port untuk minum air panas. Lokasi tujuan : Doraisamy. Masa lepak kat sini le baru terdengar, ada kereta polis sudah kena terbalik selepas langgar orang kat depan Sogo .. perghh .. selisih.

Member wa sempat tanya mamak kat Dorai tu, hasil perniagaannya pada hari tu, jawapannya ? Kelass .. mamak tu siap kata, kalo boleh ada perhimpunan gitu selalu.. fuhhh .. bengong betul sape yang tak buat biz pada masa tu..

17.30 PM: Polis dilihat masih mengejar peserta peserta Bersih sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Baru & korner ke Jalan Ampang. Tapi semua yang lepak kat dalam restoran tu buat rilek tahap jerung., walaupun hampir semuanya berbaju kuning.. segerombolan polis hanya melewati restoran sambil terjerit jerit ke arah peserta yang kebanyakannya dah jauh dari pandangan.

18.00 PM: Member dapat khabar dari sorang lagi member yang dia kena kantoi dan akan dibawa ke Pulapol. Wa plak amik keputusan untuk balik ke rumah sebab badan dah bau tenuk demam. 

19.55 PM: Wa sampai rumah dengan jayanya.

Gitu lah catatan seharian wa dalam Perhimpunan Bersih 3.0. Dengan berbekalkan kain pelikat dan berus gigi, jadi boleh bagitau wa, kat mana logiknya wa antara yang terlibat dalam cubaan untuk gulingkan kerajaan? biar betik ... kah kah kah kah .. 

Takde sorang pon bawak keris macam perhimpunan Sidang Penghulu Melaka yang menikam gambar Ambiga  atau perhimpunan tibai yang bawak rotan yang juga untuk memangsakan gambar tapi kali ni Anwar..

atau mungkin Najib fikir kehendak rakyat adalah senjata yang lebih ampuh dari water canon & gas pemedih mata ? .. kalo gitu .. wa fikir ada logiknya. Logik yang mengatakan Najib dah kecut ngan kebangkitan rakyat ..malah mana lebih bahaya antara Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dengan kenyataan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah yang terakhir ?? .. wuuhaaiii

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top