Saturday, April 14, 2012

Alangkah Bertuahnya Jika Negara Mempunyai Hakim Seperti Ini .


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.'

Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Facebook - Jkkk Fan Club

Episod Jenayah Yang Kantoi


Nota : Di restoran makanan laut inilah salah seorang daripada dua suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk melakukan peras ugut menemui ajal akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Atas tinggi, Pasir Mas Kelantan Isnin lalu.

PASIR MAS – Kedatangan dua lelaki berwajah bengis yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk memeras ugut seorang pengusaha restoran makanan laut berakhir dengan kejadian tidak diduga apabila salah seorang suspek mati mengejut akibat diserang penyakit jantung.

Kejadian mengejutkan pukul 8.30 malam Isnin lalu di Kampung Atas Tinggi di sini itu mengakibatkan rakannya turut diberkas selepas dia gagal melarikan diri akibat ‘menggigil’ melihat mangsa yang tidak sedarkan diri selepas melakukan penyamaran dan peras ugut.

Difahamkan, kedua-dua suspek belum sempat mengambil wang tersebut kerana kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan peras ugut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, suspek telah datang ke restoran itu untuk memeras ugut pemilik dan pekerja premis itu.

Katanya, belum sempat wang diambil, salah seorang suspek kemudian rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian hingga membuatkan pemilik dan pekerja restoran serta rakan suspek panik. - Sumber 

Friday, April 13, 2012

STOP LYNAS : Apakah Mereka Ini Semua Dibayar Oleh PR ??




Klip video ini diterbitkan atas inisiatif sekumpulan sukarelawan, termasuk Koh Wee Sun, Nicole Wong, Patrick Goh, Low Wawa, Weesiang Ng, James Cheng dan Joyce Ng, dengan muzik yang digubal oleh Hao Wei.

"Saya seketul batu yang kecil, hilang begitu saja jika dibaling ke dalam air.  Namun, jika ribuan riak air ditimbulkan, maka ia bakal mencetuskan gelombang, yang berakhir dengan tsunami untuk menghanyutkan segala yang buruk."

Dalam klip video tersebut, penduduk bandar yang berbeza dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, China, Hungary, Indonesia, Korea dan sebagainya, mengangkat poster "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", dengan latar belakang yang berbeza, mereka menyatakan satu hasrat yang sama.

=============== Sumber ==============

Ini satu inisiatif terpuji dari kalangan anak anak muda yang sedar akan keburukan pemprosesan nadir bumi Lynas. Satu dunia tahu, betapa bahayanya kesan jangka panjang radioaktif pada alam sekitar dan manusia, melainkan babun babun yang menyokong kehadirannya. Satu dunia bergabung untuk satu mesej - HENTIKAN LYNAS, SELAMATKAN MALAYSIA !!

Nota : Kalo luorang tajam mata, cuba luorang perhatikan dari kalangan sukarelawan yang bergiat untuk menerbitkan video ni, ada tak yang kat nama dia ber'bin atau ber'binti ? Ini bukti yang jelas betapa mereka amat sayangkan Malaysia berbanding puak gerombolan yang terlalu cintakan kroni .. tapi sering mengkambing hitamkan kaum tiong hua.

Nota : Luorang jangan tunjuk kat puak pencacai .. nanti diowang dok spin kata semua yang terlibat dalam video ni agen amerika  dan dibiaya oleh Pakatan Rakyat .. kah kah kah kah kah

Mesti Baca : Sesekali TG Haji Abdul Hadi Libas - Tepat Dan Padat


Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya.

"Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS?

"Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?"

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat! Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walaupun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka, yang dikira termasuk dalam ke-Rasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah S.A.W memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah Taala :


"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawwa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya". (Al Hujuurat:13)

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah)  dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah S.A.W melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.

Rasulullah S.A.W melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah Taala :


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat". (An-Nisa':58)

Diriwayatkan dalam  Hadith Qudsi bahawa Allah Taala berfirman (yang bermaksud), "(Wahai hamba-hamba ku, sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim)".

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah S.A.W berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Perlaksanaannya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah S.A.W menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan). Ia juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah S.A.W masuk ke Makkah daripada Thaif.  Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.

Rasulullah S.A.W juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah S.A.W mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan  PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman  yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa.   Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib  melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua. Maka, PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk. Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya  yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat. - Tuan Guru Presiden, Abdul Hadi Awang

Berita Yang Hampir Mustahil Akan Keluar Dalam Akhbar Mainstream

162 siswa P.Pinang terima zakat hampir RM1 juta


Hampir RM1 juta wang zakat disumbangkan kepada 162 anak Pulau Pinang yang menuntut di beberapa Universiti sekitar Jordan, Mesir dan Indonesia.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan.

"RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama.

"Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.

PenangInsight.com difahamkan, tajaan akan terus diberikan kepada mereka sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mendapat kelulusan akademik saban semester.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Haji Ahmad dan Dr Azman Abdul Samat (Pengurus Besar PUZ MAIPP).

Kira-kira 300 hadirin, termasuk waris kepada mahasiswa berkenaan hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan IPT Luar Negara anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pulau Pinang (MAIPP).

Dalam perkembangan lain, Mansor turut menyeru hadirin menyokong hasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan merombak perbadanan itu menjadi skim biasiswa ke arah merealisasikan pendidikan percuma di negara ini.  - Sumber

Thursday, April 12, 2012

Kalo Dah Kotor Cemana Plak Nak Join Bersih ??

Sinar Harian

wei wei wei .. apa plak ni ? Takde angin takde ribut tetiba mamat ni boleh bersuara yang puak perkosa tak akan join Bersih .. weyh tak malunya ..sape yang ada jemput puak dia ? ..ceh .. hidung tak mancung, pipi bau mengkarung .. melantung ..kah kah kah kah kah.

Walaweh .. dah lompat sana sini, terjun lurah dan lombong, berselut ngan air limbah .. dah tentu le puak dia takleh nak join Bersih .. segan beb , sebab dah sebati diselaputi ngan kekotoran.

Weyh .. kalo pon nak datang, sila menyamar jadi kodok, orang tak perasan .. tapi kalo terpijak , wa mintak maaf lebih dulu.. kah kah kah kah kah

Akhir sekali , apa wa peduli sama Perkosa ? wa pinjam tagline member blogger merangkap sedara sesakai wa si Madie Kopi Tarik Kaw.. Ada Aku Kesah ? .. kah kah kah kah

FAM : Dari Harimau Malaya Terus Jadi Harimau Sarkas


FIFA: Malaysia Di Tangga 156 Dunia - Sumber

Wa membaca berita tentang prestasi bolasepak negara kita sambil terkenangkan nostalgia betapa suatu masa dulu kita pernah bergelar gergasi Asia. Pernah sama tinggi dengan Jepun & Korea dan pernah digeruni oleh negara negara dari Timur Tengah. Pernah juga menjadikan perlawanan dengan negara negara ASEAN sebagai hanya permainan pemanas badan. 

Tapi apabila dibandingkan dengan masa sekarang, kita pula yang perlu melutut dan berdoa agar tidak dimalukan walaupun hanya pertemuan dengan negara seperti Laos dan Kemboja, atau mungkin tak lama lagi kita duduk sama level dengan pasukan Timor Leste malah mungkin juga mangsa ratahan dan itu sangat pasti jika tiada perubahan dalam karenah orang orang penting dalam FAM. Sangat Pasti.

Dengan fasiliti kelas pertama, stadium bertaraf mega, prasarana yang sentiasa ada penambahbaikan, latihan yang ekstensif, gaji dan saraan yang semakin tinggi, liga yang gah dan tidak lupa juga dengan pertambahan jumlah penonton, tapi kenapa kedudukan kita dalam senarai dunia makin merudum ? Apa yang tak kena dengan senario bolasepak kita ?

Wa masih boleh terima kalau kita sekadar dikalahkan oleh Thailand & Indonesia dalam kedudukan tersebut, tapi ni kita berada dibelakang Palestin (153) yang kita tahu tak pernah aman dari pergolakan. Kita berada di belakang Bangladesh (152) yang majoriti penduduknya dibawah paras kemiskinan tegar (patut la mamat bangla tadi senyum je masa wa singgah kat Petronas .. ceh) . Kita berada dibelakang Samoa (155) yang mana sukan bolasepak ni macam tak wujud dikalangan rakyatnya yang mencintai rugby dan sumo. Ya, pasukan kita dah tak ubah macam Harimau Sarkas yang gah pada nama, gah pada ngauman tapi hakikatnya tak bergigi dan tak pula berkuku .. hadoih

Dalam memperkatakan hal bolasepak negara, kita memang tak boleh lari dari menuding jari kearah FAM, badan yang dipertanggungjawab untuk mengendali dan memajukan sukan bolasepak Malaysia, ye lah .. takkan nak tuding ke FIFA plak, malangnya badan induk tersebut mengamalkan polisi tertutup pada kritikan dan sentiasa bersikap elitis dalam keputusan. Langsung tak boleh dikritik walaupun kritikan yang bertujuan untuk kebaikan. C'mon la weyh ..

Kenapa FAM seperti menghakmilikkan sukan bolasepak seolah olah memang kepunyaan mereka secara ekslusif 100%? Apakah FAM lupa bahawa sumber kewangan mereka juga datang dari rakyat ? Tak kira samada geran tahunan, belanjawan sukan termasuklah pendapatan dari tiket perlawanan dan sebagainya.

Walaupun mungkin nada wa berbau retorik dan klise, tapi MEMANG sudah sampai masa untuk keseluruhan blok FAM dirombak dan diperbaharui dengan mereka mereka yang memang ada keinginan untuk menaikkan kembali imej kita sekurang kurangnya di kalangan negara ASEAN.

Sudah tiba masa untuk badan tersebut dikendalikan oleh individu yang benar benar layak dari segi pengurusan & pentadbiran sukan. Selagi keadaannya masih kekal seperti hari ni, kita tak payah mengharapkan ada sinar dihujung terowong, kedudukan pasukan kebangsaan akan tetap goyah tak kira siapa pun yang menjadi jurulatihnya waima Jose Maurinho sekalipun  (silap silap Maurinho pon boleh sasau dengan karenah FAM). 

Sekali lagi wahai FAM, sudah sudah lah berpolitik dan hentikan lagak elit tu..  jangan dibazirkan lagi duit peruntukan dan pendapatan untuk sekadar imej gah tapi tak bernilai apa apa.. Wa tak nak kutuk lelebih sebab wa tau FAM memang kebal dari kritikan apatah lagi dari blogger picisan macam wa.

Tapi yang pasti ..Tolong lah berubah atau rakyat Malaysia yang perlu berubah selera dari bolasepak kepada sukan lari dalam guni .. kah kah kah kah

Nota : Blog wa ni mungkin akan dikenakan penggantungan selama 2 tahun kerana mengkritik FAM secara terbuka ... kah kah kah kah

Siapa Lantik Mamat Ni Jadi Jurucakap PAS & DAP ??


Bila pulak si Khairy ni dok semeja ngan pimpinan PAS & DAP sampai dia boleh keluarkan kenyataan yang 2 parti ni tak sehaluan dengan PKR dalam isu PTPTN ? Setakat post ni ditulis, belum ada lagi wa terbaca berita dari kem kedua dua parti yang berkenaan, menolak atau menentang idea DSAI dalam isu ni ..tapi yang menyokong memang ada, malah banyaakkkkkk ... contoh :



Tapi wa sebenarnya tak berminat nak ulas lanjut pasal PTPTN ni sebab banyak dah blog sentuh isu yang sama. Wa lebih terarah untuk mendebik mamat ni berkaitan 'janji manis dan tak bertanggungjawab' yang dia dok tujukan pada DSAI. Rembau tak pernah lupa bhai .. 

Selama dia jadi wakil parlimen Rembau, apa yang BN tak tabur bagi kelabu mata penduduk kat sana ? Then apa yang dia dah tunaikan ? .. yilek ..nil .. kosong .. hampas ..kelabu asap. Apa macam bro ? Mana janji lapangan terbang dengan pusat pembelajaran penerbangan yang nak dibangunkan ?? . Luorang tengok apa jawapan dia ..

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Putar belit eh ? Lu ingat ini zaman mesin taip ke ? Silap bro .. maklumat di hujung jari 'be .. moh tengok belit ke tak belit ..

Utusan Malaysia 21 Feb 2008 

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. 

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.” 

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam. Rujuk - Pusat Aduan Rakyat Chembong 

Tu diaaa aih .. janji sebelum PRU 12, dan sampai nak ke PRU 13 pon jangan kata lapangan terbang cessna, lapangan terbang mainan pon takde bayang bro. 

Yang lebih bangang nya plak, kenyataan lanjutan dari MB (Mangkuk Berayun)Mat Hassan yang jelas mempermainkan harapan rakyat Rembau bila mengatakan lapangan terbang yang dibina adalah lapangan terbang mainan di hadapan penduduk Rembau sendiri .. weyh .. ni dah kira menghina pengundi yang percaya pada janji luorang .. So tu kira janji manis ke janji masin kelat bro ?

Mana dia hospital Rembau yang batu asasnya dah dibina sebelum PRU12 ? Dah dekat PRU13 baru puak luorang renew balik projek dengan kembali menaikkan papan tanda dan pembersihan tapak binaan. Perghh .. dasat luorang punya skrip. Tender baru yang dikeluarkan plak khabarnya ada peningkatan kos yang drastik berbanding penilaian awal dengan kos sekitar RM100juta .. senang je puak luorang tibai duit kan ? Cerita Lanjut - Sila Rujuk Janji Hospital : MB Negeri Sembilan Perbodoh Rakyat Rembau.

Haih .. ada lagi janji PRU12

Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. - Sumber Rujukan

Ni plak skrip re-make untuk PRU 13

REMBAU, 31 Mac 2012 – “Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak.” Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi. - Sumber

Dari 2008 sampai ke 2012 baru peringkat awal cadangan je ke bro ? kalo ikut congak ni .. mungkin UiTM tu mungkin akan siap pada tahun 2045 ye dak ? .. so luorang boleh le canang setiap kali PRU (kalo masih pegang persekutuan laa).. 

Walopon semua cerita wa ni pasal mat yeh yang bernama Khairy, tapi wa rasa tu le realitinya secara borong kat tempat tempat lain pon. Janji Gerombolan ni datang cuma masa dekat PRU, then akan renew pada next PRU. Berulang ulang macam iklan keropok cikedis time tengok drama sedih. Tapi nak buat cemana , mungkin rakyat Malaysia memang suka makan jajan sambil tengok cerita ombak rindu .. kah kah kah kah .. 

kredit : tawanmalaysia.com
Khairy ni plak khabarnya taknak dah dicalonkan untuk PRU kali ni. So janji tu semua akan kekal sebagai janji. Play Safe ke bro ? Ke sebab memang dah tak laku dalam gerombolan ? Cer cerita cer cerita ..

Berbalik pada janji Pakatan Rakyat plak, cemana le nak kata janji manis ke atau idak ..blom perintah persekutuan lagi bro .. Acu try tengok .. Sekurang kurangnya ada Kelantan sebagai role model. Dengan segala kekurangan pon masih bertahan untuk memberi khidmat yang diperlukan selama 22 tahun dan yang paling penting, MB Kelantan masih mengekalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian idak le pelahap macam puak gerombolan. 

Nota : Dah jadi pengerusi PUNB plak .. arghhh jahanam ~!!

Wednesday, April 11, 2012

Apa Punya Bengong : Masih Hidup Tapi Perlu Dibuktikan Dengan Akuan Bersumpah



Ni cerita haru, ni cerita edan, betul betul gila punya kes, cemana seorang insan yang masih hidup disuruh untuk buat akuan sumpah untuk membuktikan dia masih bernyawa ? 

Kalaupun (kalau yang berat) berlaku kesilapan teknikal di pihak JPN, mangsa tak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri. Bukan beliau yang sepatutnya dirumitkan dengan proses pembuktian sedangkan kecuaian jelas dilakukan oleh pihak JPN.

Pihak yang berkenaan harus dipertanggungjawabkan untuk menyiasat dengan lebih terperinci bagaimana dan siapa yang menyebabkan kecuaian ini berlaku. Siasat bagaimana seorang yang hanya bersara dari perkhidmatan boleh direkodkan sebagai si mati dan jika perlu, siasat juga kemungkinan identiti mangsa telah dipergunakan oleh individu lain untuk tujuan tertentu.

Jika sebaliknya, kita tidak dapat lari dari terus menyangka memang berlaku ketirisan dalam pengurusan JPN kerana ianya berkait langsung dengan daftar pemilih pilihanraya SPR. 

===============================

JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.

Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.

“Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian­ isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000."

Menurutnya, dia pernah membuat rayuan­ berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.

“Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.

Bapa lima anak itu kemudian­ dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

“Segala maklumat berkaitan­ saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.

Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan­-jabatan lain.

“Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.


============================

wa memang simpati ngan pakcik ni .. malang bertimpa timpa..dah le orang rumah meninggal, dia plak kena rekod 'mati' , bantuan BR1M tak dapat, mengundi pon blom tentu .. haishh .. takde perumpaan dan bidalan dah untuk tahap gini. 

Nota : Lepas wa baca balik post ni .. baru wa terperasan betapa skema nya ayat intro yang wa gunakan  ... kah kah kah kah kah

Tuesday, April 10, 2012

Mesti Baca : Dialog Sakmongkol Dan Tun Daim


Nota : Artikel ni wa cilok terus dari blog asal - Salmongkol . Bagi wa, catatan gini memang rare dan susah nak jumpa selalu. Bukan senang nak dapat informasi dari inner circle weyh.. ahh .. citer banyak pon tak best .. luorang baca sendiri ..

================================

UMNO : dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

Pada 7 april 2012, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera. Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin. 

Dahulu di pinggirkan oleh UMNO, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat. Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi UMNO.

Bomoh tak bomoh,  macam mana ya, Najib sang general tanpa soldadu. Soldadu nya soldadu upahan, pengikut nya, pengikut bayaran.

Wah, memang nasib saya baik pada hari itu. malam nanti, saya akan berceramah di markas Tarbiyyah Pas , Taman Melewar. Ada modal mahu cakap.

Sang Pendita: You boleh tanya direct segala kemusykilan dari Tun sendiri. Dia baru pulang dari Tokyo. He went there after memberi temu ramah Utusan Meracau dan beberapa akhbar Cina yang lain. Isnin ini Tun akan ke Afrika untuk suatu tempoh yang agak panjang. Tun kata dia mahu jumpa Sakmongkol yang sudah masuk DAP itu.

Kami semua ketawa.

Sakmongkol : Saya tukar wadah Tun, bukan tukar aqidah. Orang UMNO hari ini, kalau agama boleh mereka jual, sudah lama mereka lakukan. Tanah, bangunan, saham, akhirnya lembu pun mereka balun. Funny Tun that you are going to Africa. Our country is becoming what Africa was 30 years ago. Kita ada menteri bawak lari orang dan puukul setengah mati. Kita ada anak menteri dulu di kata menembak seorang rakan dan kini suruh bodyguard pukul orang.

Tanpa membuang masa saya pun bertanya dari Tun kontradiksi antara memberi markah A++ kepada Najib dan pandangan yang selalu disampaikan kepada saya melalui Sang Pendita bahawa Najib has lost the plot on how to run the country.

TDZ : Tidak ada kontradiksi. No contradiction. He got A++ dari segi membuat pengumuman berentetan pengumuman. Dia sudah perfect the art of doing everything and accomplishing nothing (kah kah kah - karmic). You ke yang kata, much thunder, no rain? (wa terjemah, guruh berdendam dentum, tapi haram tak hujan) My take is BN is comfortable with Johore, Pahang and Melaka sahaja, ulangi Tun.

Sakmongkol : Tapi Johore is in trouble too Tun. Ghani has intimated to some UMNO confidantes that he fears that up to 9 parliamentary seats will be lost. And up to 16 DUN seats are going to the other side. Ong Kar Ting pun ada menggalakkan orang kuat DAP bertanding di Kulai, sure menang kata nya. Ini bereti Ong Kar Ting pun tidak yakin dia boleh mengekalkan kerusi parlimen nya.

Tun Daim kelihatan terkejut dengan pemakluman saya.

TDZ : Hmm, Ghani didepan kita kata semua ok. Tapi saya ingat mungkin ada kebenaran jugak- the seats now held by MCA are good as gone. Areas with a sizeable number of Chinese voters are also in danger. In Segamat unless BN can create another flood like the last time, the seat will also be yilek. No floods means , BN boats cannot carry only BN voters and also cannot begin counting votes on military and police lorries.

Sakmongkol : Biasalah lah Tun kata saya. Orang UMNO ingat Allah pun ahli UMNO. Sebab itu mereka yakin Tuhan hanya mendengar doa mereka. Doa rakyat yang sengsara lagi mujarab Tun. Dan saya dengar doa mereka ialah supaya BN bungkus kali ini dan UMNO jadi parti pembangkang.

Saya pun Tun, mahu bantu najib untuk kalah supaya dengan kekalahan UMNO, bolehlah dia lakukan transformasi yang di laung laungkan. You know, all the rats will desert the sinking ship. Unfortunately Tun, Najib says he is a driver and not a ship’s captain. Most likely he will also jump ship.

Sampai sini dahulu perbualan saya dengan Tun Daim. Lain kali kita sambung.

Mari kita bincang mengenai pembohongan pimpinan UMNO. Kita fikirkan pandangan seorang lagi Pendita- the original Pendita bangsa Melayu- Zaaba.

Dalam tahun 1927, iaitu pada 16 haribulan bulan Mac dalam Majalah Al Ikhwan, pendita pertama Melayu iaitu Zaaba menulis tentang sebab musabab Melayu bernasib malang. …

..adat kebiasaan dan keadaan hidup yang dasyat yang telah di tanggung oleh datuk nenek mereka pada zaman sebelum kedatangan British, dan oleh sebab adat kebiasaan yang telah jadi pusaka itulah hingga perkataan pun tiada kita dapati dalam bahasa Melayu bagi menamai kebanyakan daripada sifat2 kemuliaan perangai…. . 

apa maksud Zaaba? Maksud Pendita Zaaba ialah orang Melayu tidak ada sifat kemuliaan perangai yang menjadikan mereka bangsa yang robust dan rugged dan mempunyai minda tangkas untuk memajukan diri. Atau dalam bahasa yang mudah, orang Melayu mewarisi perangai captive mind atau jiwa hamba.

Dan pada bulan April 1927 dalam Majalah Al Ikhwan Pendita Zaaba menyambung menulis……

…..dan ini yang menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…

Saya macam ingat Zaaba menulis mengenai parti UMNO yang mahu mengembalikan orang Melayu ke zaman dulu kala dimana orang Melayu kena picit, perah dan ramas dan mengabdikan fikiran orang Melayu. Inilah sifat dan perangai rendah UMNO.

Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini yang tersangat cemas dan ketakutan, mengembalikan orang Melayu kepada zaman gelap dengan cerita cerita seram mengenai ancaman terhadap mereka.

Ini lah pembohongan besar UMNO keatas orang Melayu yang bertujuan untuk memicit, meramas dan memerah jiwa orang Melayu supaya orang Melayu terus di perabdikan. Kita jangan sekali kali lupa bahawa Najib, is at heart a feudal person.  His objective is to keep the Malays in servitude under UMNO hegemony.

========================================

Mimpi ngeri gerombolan ..
Daim sendiri kata Najib tong kosong .. kah kah kah kah
Ong Ka Ting (ex-Presiden MCA) plak suh DAP tanding kat Kulai .. kah kah kah kah

Nota : Artikel ni bakal bersambung kalo ikut kata penulis.. luorang boleh follow dari blog Sakmongkol untuk selanjutnya.

Kerajaan Benarkan Perhimpunan BERSIH 3.0 - Owh Murninya



Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini. - Sumber

================================

OK le tu .. tapi jangan ghairah tak tentu arah dulu ..tunggu jap .. luorang penah amik tau ke apa yang dinamakan ngan Akta Perhimpunan Aman 2011 ? 

Akta ni sebenarnya cuma bersifat kosmetik kepada Akta Polis 1967. Kalo diteliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang ni, kekanak rebina pon akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini. Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang digubal ni jauh lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Sebenarnya .. hak untuk perhimpunan aman memang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Puak puak gerombolan ni plak main terjah je pinda akta memacam ikut kemahuan diowang .. ptuihh

Ciri-ciri selepas pindaan


  • Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:      
  1. seseorang bukan warganegara; 
  2. perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; 
  3. suatu protes jalanan; 
  4. berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan 
  5. berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.
  • Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
  • Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
  • Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
  • Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
  • Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
  • Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
  • Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
  • Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]
  • Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
  • Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
  • Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
luorang tengok .. sebenarnya polis memang ada kuasa mutlak untuk justifikasi tindakan diowang .. kalo luorang bersin pon .. kalo dia kata bahaya .. apa luorang boleh kata ?? kah kah kah kah ..ahhh ... apa de hal .. akta atau idak ..kosmetik atau idak .. turun tetap turun ..

Kecewa dengan kerajaan Selangor


SHAH ALAM - Penduduk di Blok 1 dan 2 Pangsapuri Teratai, Bukit Subang di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan Selangor apabila kerja-kerja membaiki bumbung pangsapuri itu yang rosak teruk akibat dilanda ribut pada Februari lalu seperti 'melepas batuk di tangga'.

Dakwa mereka, walaupun kerja-kerja membaiki sudah siap dijalankan oleh kontraktor baru-baru ini namun kebanyakan rumah di tingkat lima sering dimasuki air setiap kali hujan lebat berikutan atap yang masih bocor sehingga turut merosakkan sistem pendawaian elektrik.

Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, peruntukan kerajaan negeri bernilai kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat tersebut didapati tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

"Selain bocor, kami bimbang jika bumbung usang yang tidak diganti baharu akan tercabut apabila dilanda angin kencang kerana bukan semua bumbung di pangsapuri ini telah ditukar seperti yang dimaklumkan kepada penduduk.

"Dua unit lampu limpah yang rosak di kawasan padang permainan kanak-kanak juga didapati tidak dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama lebih 50 penduduk mengenai isu tersebut di sini semalam. Sumber 

===========================================

Oit .. 3 kali ulang baca pon wa tak paham berita ni . Mungkin wa ngantuk dah kot .. tapi kalo ikut bulat bulat berita yang disampaikan .. kerajaan negeri dah pon bagi peruntukan sebanyak 480 ribu untuk baiki bumbung rumah diowang ni. 

Kalo dibahagi sama rata kerosakan tu bermakna setiap pangsapuri dapat le 240 ribu. Tapi masalahnya skang ni diowang tak puas hati sebab kontraktor buat kerja macam hamjadah. Aik .. bih tu .. diowang ni marah kerajaan negeri ke marah kontraktor ??

Dah buat aduan ke blom ? Kalo ikut logik kepala wa yang dah berat ni .. kena bencana alam Februari .. mungkin siap betulkan dalam bulan Mac selepas dapat peruntukan kerajaan (masa untuk budgetary ngan perbekalan bahan pon kena amik kira) .. sekang ni 9 April . Haiya .. terus demo kesal ngan kerajaan negeri .. isk isk isk .. baguih dok ada .

Wa tolak tepi la kalo nak fikir ada agenda pihak tertentu balik semua ni .. tapi kalo ikut logik pon .. macam dah tak logik.. tak beragak.. Lain le kalo peruntukan memang tak dapat .. hadoih ..

Yang lagi tak logik tu bila wa tolong bilang jumlah peserta yang dikata seramai 50 orang tu .. luorang nengok cemana ? ke mata wa dah khianat kat wa ? .. kalo tolak ngan geng geng bas sekolah yang siap kontrol lawa & macho kat foto tu .. ada ke 20 orang ? .. kah kah kah kah

Monday, April 9, 2012

Lawak : Apa Buruk Beno Nama Restoran Ni ?


Kalo luorang kena call member then bagitau lokasi perjumpaan kat restoran ni .. cemana penerimaan member tu eh ? .. adakah beliau akan menyangka yang luorang sengaja nak mempermainkan dia .. sekadar melawak .. atau luorang dah masuk air ? kah kah kah kah ..

Kedai ni memang wujud, bukan sekadar anekdot, rekaan atau khayalan wa semata mata ..ini betul betul .. bukan cobaan .. kah kah kah kah

Mamak ni tak reti ke nak tanya bebetul sebelum daftar nama tu ? .. walopon tak sama tapi bunyi memang saling tak tumpah ..ahh .. takyah nak tuding jari kat sesapa .. sebab dek mungkin azimat  papan tanda.. tak sedar sampai 2 bungkus nasi lemak wa balun .. kah kah kah kah

Psst .. ni bukan iklan komersial .. mamak tu tak rasuah wa apa apa pon untuk wa post menda ni .. sesilap kalo dia jumpa wa .. kena debik lagi ada... kah kah kah kah

Misi Pembodohan PTPTN Oleh Sang Menteri



Menteri IPT Khaled Nordin : Peluang Melayu terjejas jika mansuh pinjaman ?? Baca sepenuhnya dari - Sumber

Khaled bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar. ?

aih .. memang patut le belambak lambak ipts tumbuh cam baru lepas letak baja kelawar, sebab kalo ikut kenyataan dia ni, bermaksud ipta sekang main taram je terima kemasukan pelajar tanpa perlu mempunyai kecemerlangan yang sesuai untuk diterima masuk ke ipta. So akhirnya apa ? akan lahir la ramai graduan graduan cap ayam yang kelak akan menjelma jadi prof prof kangkung .. kah kah kah kah kah. Seolah olahnya kerajaan berpolisi lebih ramai yang diterima masuk lebih baik.. tolak tepi laa kualiti, janji ramai yang akan buat pinjaman berfaedah ala ah long yang bakal dikenakan oleh ptptn (3% + 1%).. perghhh ... masyukkk ... talk by quantity .. genius sungguh. Sebab tu le ranking Uni/Kolej kita merudum ngan bergaya manja -> Rujuk Post 

"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi. ??

Dia ni cakap hape ni ? .. apa maksud dia ? lain kali kalo nak cakap ngan owang melayu .. guna lah bangsa kebangsaan .. jangan konar pakai bahasa zimbabwe .. kah kah kah kah .. apa anak owang miskin ramai yang bengong ke kalo nak bandingkan ngan anak owang kaya ? .. ceh .. ini dah memperlecehkan taraf akademik rakyat terbanyak.. Satu penghinaan pada tahap intelektual orang miskin.. Apa teori yang dia gunapakai sampai boleh buat rumusan tahap bedebah gini ? Setau wa la .. biasiswa dan pinjaman tanpa faedah yang dicadangkan PR bukan le main hentam keromo. Ada le terma dan syaratnya.. tapi yang pasti, tak kira le anak owang kaya ke miskin .. kena le ikut merit yang ditentukan .. baru piawai. Ini idak .. anak menteri/vip yang bangang tahap siput sedut pon boleh masuk ipta .. sebab ? .. lu pikir la sendiri .

Bila dah baca rangkap demi rangkap .. maka terserlahlah maksud yang cuba nak disampaikan .. pusing punya pusing .. last last .. kapitalis gak yang dia nak menangkan dulu ..

"Cadangan pembangkang itu akan menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap negara ini kerana dasar ekonomi yang tidak konsisten apabila tiba-tiba pinjaman itu dilupuskan dengan mudah dan kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan lain menanggung hutang berkenaan sehingga mengorbankan projek pembangunan lain yang lebih penting."

La ..weyh .. ini lah cara pemikiran menteri yang sangat melayu, pembangunan lain lebih penting dari menyediakan pelajaran yang berkualiti dan mesra kewangan pada rakyat. Supaya rakyat kekal bergantung pada sistem yang dapat diperkotak katikkan dikemudian hari. Supaya rakyat terus dapat didiamkan dengan alasan kerajaan telah banyak membantu dengan memberikan pinjaman untuk pelajaran .. hadoih ..

Selalunya drama telenovela ni.. seperti biasa , disambung plak oleh sikangkung untuk menjustifikasikan kebodohan yang melantun...

Laporan akhbar itu turut memetik kenyataan naib canselor Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata, pembangkang sepatutnya memulakan langkah menyediakan pengajian percuma di Universiti Industri Selangor (Unisel)..

weyh .. jangan le jadi bengong sangat .. kalo kerajaan persekutuan PR yang pegang lu boleh ah cakap gitu. PR blom pegang Putrajaya .. apa prakk sangat ?? Cakap biar praktik ..takyah retorik bebanyak la, Kelantan, Penang, Selangor, Kedah .. dah terbukti dapat menguruskan perbelanjaan dan mengurangkan defisit walopon kerajaan pusat main tarik tali dengan saluran kewangan yang sepatutnya diberikan .. sedangkan negeri negeri yang diberi geran dan bantuan semakin berlagak menambah hutang .. orang kampung wa pon tau laa pasal tu .. kah kah kah kah 

So kalo penjimatan dari pemborosan yang melampau-lampau dapat dibuat, baru le kita cerita pasal menda ni dengan lebih mendalam .. maka tanam pokok dulu , baru dapat buah bro .. err.. cemana lu boleh jadi naib canselor ni ?? kah kah kah kah kah

Aih .. Tetiba Pemuda Umno PP Jadi Sopan .. Kah Kah Kah

KETUA Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin hari ini berkata, kontroversi isu penjualan tanah Bayan Mutiara tidak perlu dirujuk dan boleh diselesaikan secara damai.

Pendirian harmoni itu disuarakan selepas beliau menerima kecaman beberapa pihak gara-gara menolak cabaran debat secara terbuka oleh bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Rahmad Isahak (Pengerusi KMPP) atas alasan kedua-dua pemimpin Melayu itu 'tiada kuasa' eksekutif dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Shaik Hussein sebelum pada itu mengaku tidak gentar dengan risiko disaman fitnah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Saya pun tidak mahu isu ini ke mahkamah...dapatkan balik tanah masjid dan satu lagi (iaitu) tapak sekolah, selesai masalah.

"Saya tidak berniat untuk bertikam lidah dengan Rahmad Isahak (Pengerusi KMPP) atau mana-aman pemimpin Melayu Pulau Pinang.

"Saya bukan mencari publisiti. Buat apa saya gaduh sesama Islam, lebih baik kita bersatu padu untuk pergi desak Guan Eng selesai itu ini," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi PenangInsight.com.

Beliau berkata, beliau tidak berniat untuk bertikam lidah dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Rahmad Isahak (Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang, KMPP).

Beberapa hari lepas, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP memilih untuk mengfailkan saman ke atas Shaik Hussein serta dua akhbar mesra Umno - Utusan Malaysia dan Berita Harian - demi menghentikan fitnah yang memburukkan imej dirinya serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Isu tanah Bayan Mutiara milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjadi kontroversi apabila Kerajaan Negeri menjual 102.6 ekar tanah itu kepada pemaju Ivory Property Group Berhad secara tender terbuka.

Walhal, Ivory dipilih kerana menawarkan harga belian paling tinggi, iaitu RM224 sekaki persegi atau RM1.07 juta.

RM500 juta dari hasil penjualan tanah itu diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membina 11,800 rumah mampu milik berkualiti di Batu Kawan untuk rakyat terbanyak. - Sumber -

================

kah kah kah kah ..
berderai derai kokok suh LGE saman ..
bila LGE bebetul saman ..terus kata ikut jalan damai ..
kah kah kah kah .. apa punya parpu 

wa dah bayangkan cemana pucat mamat ni kena saman
sesilap lagi putih dari kapur kasut .. kah kah kah kah 

tang ni la damai laa ..harmoni laa .. taknak gegaduh laa ..
padahal sebelum tu mengaum macam singa tersepit teloq .. kah kah kah

luorang baca kat -> post <- apasal mamat ni tetiba jadi jantan budiman .. kah kah kah kah

Sensasi : Seorang Lagi Selebriti Join PR



Penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan diberitakan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Sunday, April 8, 2012

Lawakkah Kereta Itu ? .. Kah Kah Kah


Kah kah kah kah .. ni bukan iklan ubat kuat, bukan iklan rumah sewa, bukan gak iklan ah long yang berserepah sampai kat dalam jamban. Iklan iklan low class gitu memang selalu ada typo error .. tapi ni kereta polis..

Weyh .. diowang skang dah banyak kerja, banyak tugasan, nak layan report itu ini, nak handle kes begitu begini .. tu tak campur nak buat roadblock sana sini .. mana sempat nak check ejaan .. kah kah kah

Masih kira nasib baik dia tulih POILS .. kalo S tu kat depan .. dah jadi SPOIL .. kah kah kah kah 

Weyh .. Kesian le Kat Najib Sama

Dalam Wassatiyah .. salam gini dibenarkan .. huhu

Shahrizat lega Najib ketuai KPWKM - Baca Kat Sumber

Wa rasa la ..Najib dah takde jawatan yang bebetul under dia punya control.
Ada portfolio PM, Rosemoh amik.
Sandang Menteri Kewangan, pon Rosemoh gak yang sapu,
Skang ni dengan tak semena mena ada kekosongan plak jawatan Menteri Wanita ..
so dari takde, dia belasah je la .. kah kah kah kah


Ni le realiti yang mungkin Dr. M kata hari tu ..
Orang cerdik pandai, dia takmo join umno
Tinggal le yang bodo bodo je
Sebab tu takde sape yang layak ganti Kak Jat .. kah kah kah kah

Cemana la ye orang jantan jaga kem pompuan
Masa mesyuarat kena angkat tangan ke angkat kain ? .. kah kah kah kah



Tapi mungkin memang dah ditakdirkan ..
Najib takleh buat kerja orang jantan ... kah kah kah kah kah

Tinggal Umno Fenomena Baru Di Kelantan



1,458 Ahli Umno Sudah Tinggal Parti


Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno? - Sumber >> MSO

Calling All Forces - Transform And .. err .. Sit Down~!! 3.0



SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tiada hak bercakap hal asasi rakyat di negara ini serta menuduh nekad Bersih 3.0 menghimpunkan 500,000 ke jalan raya pada 28 April ini sesuatu yang terburu-buru, kata Professor Abdul Aziz Bari. 

Pakar perlembagaan yang pernah menjadi kontroversi kerana menasihat seorang Sultan supaya memelihara konsep 'Raja Berpelembagaan' itu berkata, suruhanjaya itu berhak untuk bercakap soal proses pilihan raya sahaja, bukan menyekat kebebasan bergerak rakyat.

Sepatutnya hasrat rakyat untuk berhimpun serta menuntut reformasi sistem pilihan raya itu menerima reaksi positi daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam). 

Kenyataan itu disuarakan dalam Forum Cabaran Pelaksanaan Hudud Antara Kefahaman dan Tohmahan anjuran Gabungan Sokong Syariah (Gesa).

Beliau secara terbuka turut menyuarakan sokongan terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 atas alasan usaha perhimpunan aman itu adalah hak serta kehendak rakyat.

"Jadi kalau hanya duduk dan bantah pada 28 April ini, apa yang menimbulkan masalah? Saya rasa mereka yang hendak menuntut pilihan raya bersih itu tak perlu takut, sebenarnya. Apa salahnya Bersih 3.0 diberikan ruang," katanya semalam di Harakahdaily.net

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu takut dengan rakyat kerana dalam perhimpunan itu mereka hanya duduk dan bantah bukannya mahu melempar batu sana sini. 

"Apa yang takut sangat?" tegasnya sambil tersenyum setelah diajukan soalan sama ada beliau akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti. 

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagi kawasan perhimpunan aman 

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pula menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu. 

Wan Ahmad berdalih, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya sehingga meletakkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib di bawah tekanan serta dikecam di beberapa negera. 

Senario itu membawa pada penubuhan PSC kononnya mahu melakukan penambahbaikan pada sistem pilihan raya. 

Dari lapan tuntutan Bersih 2.0, hanya satu tuntutan diterima, iaitu penggunaan dakwat kekal. Malah, usul laporan minoriti yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat turut ditolak. -Sumber-

============================

PAS menerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu mengerahkan ahli dan penyokong Parti tersebut untuk bersama-sama hadir dalam perhimpunan aman, 'Duduk dan Bantah' yang bakal dianjurkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), BERSIH 3.0.

Menurutnya lagi, sehingga kini sistem pilihanraya Malaysia masih belum telus. Dalam 8 tuntutan yang dibuat NGO berkenaan sebelum ini, hanya 1 sahaja diluluskan iaitu, penggunaan dakwat kekal.

Sambil mempertahan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam, beliau turut mendesak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menubuhkan Satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) dalam menyiasat segera tuduhan penyelewengan proses daftar pemilih dan pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - >>Selanjutnya 

=====================================


Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang & N Surendran.

KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”  >>Keadilandaily

======================================


KUALA LUMPUR, 5 April – DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April jam 2 petang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa parti itu menyokong 3 tuntutan penting Bersih 3.0

“Memandangkan kekurangan komitmen untuk pilihanraya yang bersih, adil dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya seruan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka jam 2 petang pada 28 April, 2012, untuk menunjukkan hasrat rakyat untuk mempunyai pilihan raya yang bersih, bebas dan adil umum ke-13. DAP juga mengulangi sokongan untuk kesemua tuntunan Bersih 2.0. Daripada 8 permintaan, hanya satu – penggunaan dakwat kekal – telah ditangani dalam Laporan PSC,” tambah beliau lagi. >>roketkini.com

===========================


Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau hari ini mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan membantah projek nadir bumi di Kuantan serentak bersama perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

Presidennya Wong Tack berkata penyokong daripada lima kumpulan hijau akan berkumpul di bangunan KLCC sebelum berarak 3 kilometer ke Dataran Merdeka - tempat BERSIH mengadakan bantahannya.


BERSIH, yang sinonim dengan pakaian kuning, merancang duduk di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Sudah cukup jerit pekik kita. Keputusan kita muktamad. Kita mahu Lynas keluar daripada Malaysia," katanya yang turut membawa kain rentas bertulis "Lynas berambus". >>Mkini

========================


Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah.

“Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” katanya

Saya akan kerahkan semua ahli Amanah sertai himpunan "Bersih 3.0"

===============================


Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.

Sejauh mana akta itu akan berdiri atas prinsip undang-undang ataupun akta Perhimpunan Aman itu bakal menjadi satu sejarah baru pulak.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.


  1. Bersihkan senarai undi. 
  2. Memreformasikan undi pos. 
  3. Guna dakwat kekal. 
  4. Akses media bebas dan adil. 
  5. Kukuhkan institusi awam. 
  6. Hentikan rasuah. 
  7. Hentikan politik kotor.


yiehaaaaaa ... hujan asid, kepulan asap dan gerombolan balachi balachi takkan pernah dapat membantutkan gerakan rakyat kearah sebuah negara yang mengamalkan sistem yang lebih adil dan saksama. Ayuh .. jangan pernah gentar ..mari sama sama mencipta sejarah.. jadikan 28 April antara hari yang akan luorang kenang sepanjang hayat dan juga untuk bacaan generasi akan datang .. 

Blog Pimpinan

 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic