Ni cerita haru, ni cerita edan, betul betul gila punya kes, cemana seorang insan yang masih hidup disuruh untuk buat akuan sumpah untuk membuktikan dia masih bernyawa ?
Kalaupun (kalau yang berat) berlaku kesilapan teknikal di pihak JPN, mangsa tak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri. Bukan beliau yang sepatutnya dirumitkan dengan proses pembuktian sedangkan kecuaian jelas dilakukan oleh pihak JPN.
Pihak yang berkenaan harus dipertanggungjawabkan untuk menyiasat dengan lebih terperinci bagaimana dan siapa yang menyebabkan kecuaian ini berlaku. Siasat bagaimana seorang yang hanya bersara dari perkhidmatan boleh direkodkan sebagai si mati dan jika perlu, siasat juga kemungkinan identiti mangsa telah dipergunakan oleh individu lain untuk tujuan tertentu.
Jika sebaliknya, kita tidak dapat lari dari terus menyangka memang berlaku ketirisan dalam pengurusan JPN kerana ianya berkait langsung dengan daftar pemilih pilihanraya SPR.
===============================
JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.
Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.
Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.
“Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000."
Menurutnya, dia pernah membuat rayuan berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.
“Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.
Bapa lima anak itu kemudian dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.
“Segala maklumat berkaitan saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.
Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.
“Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.
============================
wa memang simpati ngan pakcik ni .. malang bertimpa timpa..dah le orang rumah meninggal, dia plak kena rekod 'mati' , bantuan BR1M tak dapat, mengundi pon blom tentu .. haishh .. takde perumpaan dan bidalan dah untuk tahap gini.
Nota : Lepas wa baca balik post ni .. baru wa terperasan betapa skema nya ayat intro yang wa gunakan ... kah kah kah kah kah
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah