Sunday, April 8, 2012

TAGGED UNDER:

Calling All Forces - Transform And .. err .. Sit Down~!! 3.0



SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tiada hak bercakap hal asasi rakyat di negara ini serta menuduh nekad Bersih 3.0 menghimpunkan 500,000 ke jalan raya pada 28 April ini sesuatu yang terburu-buru, kata Professor Abdul Aziz Bari. 

Pakar perlembagaan yang pernah menjadi kontroversi kerana menasihat seorang Sultan supaya memelihara konsep 'Raja Berpelembagaan' itu berkata, suruhanjaya itu berhak untuk bercakap soal proses pilihan raya sahaja, bukan menyekat kebebasan bergerak rakyat.

Sepatutnya hasrat rakyat untuk berhimpun serta menuntut reformasi sistem pilihan raya itu menerima reaksi positi daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam). 

Kenyataan itu disuarakan dalam Forum Cabaran Pelaksanaan Hudud Antara Kefahaman dan Tohmahan anjuran Gabungan Sokong Syariah (Gesa).

Beliau secara terbuka turut menyuarakan sokongan terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 atas alasan usaha perhimpunan aman itu adalah hak serta kehendak rakyat.

"Jadi kalau hanya duduk dan bantah pada 28 April ini, apa yang menimbulkan masalah? Saya rasa mereka yang hendak menuntut pilihan raya bersih itu tak perlu takut, sebenarnya. Apa salahnya Bersih 3.0 diberikan ruang," katanya semalam di Harakahdaily.net

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu takut dengan rakyat kerana dalam perhimpunan itu mereka hanya duduk dan bantah bukannya mahu melempar batu sana sini. 

"Apa yang takut sangat?" tegasnya sambil tersenyum setelah diajukan soalan sama ada beliau akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti. 

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagi kawasan perhimpunan aman 

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pula menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu. 

Wan Ahmad berdalih, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya sehingga meletakkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib di bawah tekanan serta dikecam di beberapa negera. 

Senario itu membawa pada penubuhan PSC kononnya mahu melakukan penambahbaikan pada sistem pilihan raya. 

Dari lapan tuntutan Bersih 2.0, hanya satu tuntutan diterima, iaitu penggunaan dakwat kekal. Malah, usul laporan minoriti yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat turut ditolak. -Sumber-

============================

PAS menerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu mengerahkan ahli dan penyokong Parti tersebut untuk bersama-sama hadir dalam perhimpunan aman, 'Duduk dan Bantah' yang bakal dianjurkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), BERSIH 3.0.

Menurutnya lagi, sehingga kini sistem pilihanraya Malaysia masih belum telus. Dalam 8 tuntutan yang dibuat NGO berkenaan sebelum ini, hanya 1 sahaja diluluskan iaitu, penggunaan dakwat kekal.

Sambil mempertahan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam, beliau turut mendesak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menubuhkan Satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) dalam menyiasat segera tuduhan penyelewengan proses daftar pemilih dan pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - >>Selanjutnya 

=====================================


Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang & N Surendran.

KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”  >>Keadilandaily

======================================


KUALA LUMPUR, 5 April – DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April jam 2 petang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa parti itu menyokong 3 tuntutan penting Bersih 3.0

“Memandangkan kekurangan komitmen untuk pilihanraya yang bersih, adil dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya seruan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka jam 2 petang pada 28 April, 2012, untuk menunjukkan hasrat rakyat untuk mempunyai pilihan raya yang bersih, bebas dan adil umum ke-13. DAP juga mengulangi sokongan untuk kesemua tuntunan Bersih 2.0. Daripada 8 permintaan, hanya satu – penggunaan dakwat kekal – telah ditangani dalam Laporan PSC,” tambah beliau lagi. >>roketkini.com

===========================


Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau hari ini mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan membantah projek nadir bumi di Kuantan serentak bersama perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

Presidennya Wong Tack berkata penyokong daripada lima kumpulan hijau akan berkumpul di bangunan KLCC sebelum berarak 3 kilometer ke Dataran Merdeka - tempat BERSIH mengadakan bantahannya.


BERSIH, yang sinonim dengan pakaian kuning, merancang duduk di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Sudah cukup jerit pekik kita. Keputusan kita muktamad. Kita mahu Lynas keluar daripada Malaysia," katanya yang turut membawa kain rentas bertulis "Lynas berambus". >>Mkini

========================


Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah.

“Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” katanya

Saya akan kerahkan semua ahli Amanah sertai himpunan "Bersih 3.0"

===============================


Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.

Sejauh mana akta itu akan berdiri atas prinsip undang-undang ataupun akta Perhimpunan Aman itu bakal menjadi satu sejarah baru pulak.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.


  1. Bersihkan senarai undi. 
  2. Memreformasikan undi pos. 
  3. Guna dakwat kekal. 
  4. Akses media bebas dan adil. 
  5. Kukuhkan institusi awam. 
  6. Hentikan rasuah. 
  7. Hentikan politik kotor.


yiehaaaaaa ... hujan asid, kepulan asap dan gerombolan balachi balachi takkan pernah dapat membantutkan gerakan rakyat kearah sebuah negara yang mengamalkan sistem yang lebih adil dan saksama. Ayuh .. jangan pernah gentar ..mari sama sama mencipta sejarah.. jadikan 28 April antara hari yang akan luorang kenang sepanjang hayat dan juga untuk bacaan generasi akan datang .. 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top